Rabu, Disember 09, 2009

Menghitung Hari..

(jangan jeles yea Mak Aji...)

(si Usop memanjang menyelit!)

(aku dan muniandy)

(muniandy dan aku!)

(pandangan dari belakang yang mengerikan!

Tu lagu Kris Dayanti yang aku dok nyanyi tiap-tiap hari masa tengah dok syampu rambut masa mandi...heh3...check list aku dah siap. Rambut dah gunting. Chat rambut? Alamak, masa aku tengah dok chat rambut tadi tiba-tiba aku dapat call dari Leman. Leman kata dia dah ada kat bawah...kalut aku cuci rambut balik. Jadinya rambut aku tak sempat nak chat lah jugak! Heh3...takpa-takpa, Leman punya pasal, biarlah rambut aku putih! Seronok kami dok bersembang tadi. Betuk tak jadi datang sebab aku pun tak tahu sebab apa, mungkin dia buat umrah kot...takpa yang tu lagi penting dari jumpa aku nih...si Bob pulak, wife dia tak sihat. Jadi yang sempat aku jumpa cuma si Leman dan isteri. Sekali lagi aku nak ucapkan terimakasih pada Leman dan isteri yang melawat aku tadi dan kami sempat dinner kat kedai kopi aku. Apa aku makan? Aku minum kopi saja untuk dinner aku. Gula tetap setengah sachet. Kalau si Adil tu dia tibai sampai 3 sachet! Patut perut bulat...amboi...nada sombong lagi bongkak tu...heh3...

Barang aku tak banyak. Sebab aku datang hari tu pun banyak dah barang yang tak penting aku tinggalkan kat KL. Bukan sebab aku dah tak nak datang lagi...tapi sebab semua barang tu aku boleh dapat kat sini. Jadi tak payahlah aku usung banyak-banyak datang sini. Cukuplah satu beg baju saja..macam nilah kehidupan aku selama berpuluh-puluh tahun ni. Dari umur 13 tahun aku dah duduk sendiri sampailah nak masuk umur 42 tahun pun serupa jugak. Tak habis-habis berkelana....(sambil nyanyi lagu Dhalan Zainuddin nih...). Malam tadi untuk menyemarakkan semangat aku nak balik, sekali lagi aku masuk kat youtube dengar lagu Alleycats...pergh....naik buluroma dengar lagu "Berita dari rantau", alamak, betul ke tajuk nih? Terbayang muka mama, terbayang muka arwah bapak...sayu aku...dulu masa kecik-kecik naik bas ke KL. Then masa remaja naik keretapi ke Seremban, lepas tu masa dewasa naik kereta pulak, sekarang ni balik kampung naik kapalterbang...huh, ambik kau...cuma tak sempat merasa naik Business Class saja. Bilalah nak dapat naik macam si Nyamuk ni....teringin jugak makan satay kat Business Class....heh3...

Masa time sekolah tak sabar nak balik Penang sebab nak jumpa mama dengan arwah bapak. Lepas tu tak sabar nak balik kampung sebab nak jumpa kawan-kawan....lepas tu tak sabar-sabar nak balik tokyo jumpa aunty....lepas tu tak sabar-sabar nak balik kampung jumpa anak-anak dan aunty...mungkin tak lama lagi bila dah umur 60 tahun dah tak sabar-sabar nak pergi rumah anak-anak jumpa cucu! What a life!

Hari ni aku last kerja. Esok pagi aku masuk office jugak sekejap untuk check e-mail dan jawab apa-apa yang patut kalau depa ada mintak apa-apa. Aku ingat sebelum zohor aku kena lari sekejap buat tawaf. Si Samir katanya akan ambik aku lepas zohor dan hantar aku ke airport di Jeddah. Hopefully kereta dia ok. Kalau tidak memang nak kena starlight lah si Samir nih...tak lupa aku nak jumpa budak-budak aku semua dan ucapkan terimakasih kat depa sebab kerja bertungkus-lumus sepanjang musim haji.

Pada adik-adik di Mekah macam Lotfi, Asnawi, Rashid, Tuan Bad, Haji Arshad, Halim Residence dan lain-lain yang aku tak sempat nak sebut, anda semua tetap di hati Uncle....sampai kita jumpa lagi samada di Mekah ataupun di KL, aku nak mohon berbanyak-banyak ampun dan maaf kalau ada tersalah kata...ish....aku datang balik...aku datang balik....jangan panic yea! Dan kalau aku tak sempat nak update blog dalam masa 2-3 hari ni, faham-faham sajalah....Marina yang dok kacau...heh3...

Selasa, Disember 08, 2009

805

(aku dan tetamu dari malaysia yang datang melawat aku)

(kawasan pembesaran haram)

hilton tu tak lama lagi kena robohlah..)

(dari suite. langit cerah)

(lepas asar tadi...ramai lagi tu...)

(kedai kopi aku lengang)

(mana pi guest aku semua ni? depa main achilot ka?)

(katil aku la...)

Malam tadi aku dah balik ke bilik aku yang lama. Amboi lega sungguh rasa. Pada hal baru 4-5 hari aku bertapa kat bilik lain. Aku tukar lagi katil bagi menghilangkan perasaan boring aku kat lay-out lama. Aku pakai single bed balik. Masa pakai king size bed dulu memanglah sedap tapi yang aku perasan, aku cuma tidur kat sebelah sini saja. Sebelah sana aku tak golek pun....rugi rasa...Jadi sekali ni aku cakap, pakai single bed sajalah...bila dah pakai sb ni, bilik aku jadi tambah luas pulak...boleh skipping satu bilik..heh3...

Apa kami masak untuk guests malam ni? Kami buat kari kepala ikan...heh3...kari kepala ikan la...aku cakap kat executive chef aku tadi, kari kepala ikan ni is a famous dish kat malaysia...dia cakap, "la...apasal tak bagitahu...depa dok buang ja kat marrrket tu sebab tak tahu apa nak buat...". GULP...aku telan air liur! Nanti aku nak tengok reaction guests aku yang dari singapore..

Petang tadi aku dapat lawatan dari jemaah dari malaysia. Baik sungguh family depa ni. Ayah kepada guest aku ni akan makan kat kedai kopi aku 2 kali seminggu dan selama ni dah 11 tahun makan kat Vogue Cafe, Renaissance hotel, setiap hari selasa dan hari khamis..tak pernah miss...meja nombor 61! Ada aku cerita dulu pasal guests aku tu. Encik Hamzah dengan Makcik Embun dan gambar pun aku ada masukkan kat dalam entry aku. Sekali ni anak dia pulak datang melawat aku masa buat haji ni. Aku besar hati bila ada orang sanggup berjalan dari jauh dan nak jumpa aku. Terimakasih banyak-banyak lah sebab sanggup bersusah-payah jengok aku. Kami lunch sama-sama. Err, depa makan, aku minum kopi...actually aku masih bersemangat nak turunkan berat badan ni...setelah 20 tahun aku dok bawak badan yang berat! Sekarang ni rasa dah ringan sikit. Tapi macam aku selalu cakap, aku tak tentu lagi berapa lama boleh bertahan...heh3...tempura....sushi....futomaki...yakisoba....maggi goreng? Yum2..aku rasa mamak kat pelita ampang point tu dok gosok-gosok tangan tunggu aku sampai.....dia cakap, "heh3..penyamun sudah mari..."

Malam ni aku ada lagi 400 orang nak makan. Ni tengah break sembahyang isyak dan aku lari buat entry dulu sebab takut nanti tak sempat pulak..yang tinggal cuma indonesia, singapore, pakistan, australian dan sikit moroccan...aku tanya kat budak-budak aku, busy ke? Depa cakap, ala....500 je...bukannya 1800...amboi sombong lagi bongkak depa nih. Heh3...

Isnin, Disember 07, 2009

Aku dan bola.

(aku berdiri nombor 2 dari kanan. masa ni aku form 4 dan yang lain-lain form 5)

(last meeting of the century....masa ni aku ucapkan terimaksih pada semua penyamun yang bertungkus-lumus menjadikan musim haji kami very successful)

(asar tadi)

(tadi asar)

( tongkat VIP yang tak boleh masuk beg...aku kena hand carry ni...)

Aku dulu gila bola jugak. Sama macam abang. Tapi gila aku cuma setakat dapat main untuk sekolah dan daerah masa sekolah menengah. Dari form 1 sampailah ke form 5 aku dok main bola. Dulu tak ada kelab macam sekarang ni dan tak ada facilities yang macam ni. Masa aku form 1 aku dah bernasib baik sebab dapat main untuk under 14 yang rata-rata budak-budak form 2. Aku rasa sebab aku badan besar dan ada sikit kebolehan main bola yang menyebabkan aku dapat main bola. Seluar aku masa tu bukannya Adidas ataupun Puma. Aku cukup berbangga sebab ada seluar Grand Sport dari Siam yang aku selalu beli kat satu lorong sempit kat depat stesyen bas lama Jalan Langgar dulu. Masa tu arwah bapak aku dah nak pencen dan dapat transfer ke Alor Setar. Jadi masa aku balik cuti sekolah, aku akan pergi kat lorong tu dan beli seluar dengan stokin GS tu. Aku suka sangat seluar tu sebab potongan dia ngam dengan peha aku yang besar. Selalunya aku payah nak cari seluar sebab peha aku...then dia ada pulak tali kat depan untuk bagi ketat dan poket kecik kat depan. Poket tu untuk apa, sampai la ni menjadi misteri kat aku...mungkin depa buat untuk simpan duit 20 sen. Lepas main bola boleh beli aiskrim Malaysia! Heh3...Macam-macam kaler aku beli. Ada merah, ada biru, ada putih dan ada hitam. Semua aku simpan elok-elok dalam locker masa balik ke sekolah. Tapi selalunya seluar aku tak tahan lama dalam jagaan aku sebab selalu sangat kena pinjam....budak-budak senior pulak yang selalu pinjam, jadi aku dah tak berani nak mintak balik....

2 tahun aku main untuk U14. Masa aku form 3 aku main untuk U15 pulak. Masa tu dah jadi kepala untuk team aku. Dah adat, ada menang dan ada kalah. Masa form 4 dan form 5 aku main untuk U18 pulak. Macam tu lah zaman horey-horey aku yang dekat-dekat nak sama dengan "summer camp" aku selama 5 tahun tu! Manager aku masa tu Cikgu Guffri. Dia ni mengajar Physics....aku punyalah letih nak dengar dia mengajar Physics...memanjang cari reason untuk masuk bilik sakit (sick bay). Macam-macam formula dia mengajar kat kelas...tapi yang aku ingat cuma formula 4-2-4 ataupun 5-3-2. Formula lain aku tak ingat....masa kelas Physics selalu kepala otak aku ke lain...otak aku melayang ke Barcelona lah....Real Madrid lah....busuk-busuk pun PKNS! Macam tu lah selalu kepala otak aku melayang selama 5 tahun aku kat sekolah tu. Ada aku cerita dulu yang Timmbalan Pengetua panggil aku mengadap dia dan suruh aku pindah sekolah beberapa bulan sebelum SPM sebab takutkan result aku. Depa takut kalau aku flunk, sekolah tak dapat 100%! Heh3...sampai macam tu sekali depa sayang kat aku...heh3...

Masa form 5, aku dah bersemangat main bola sebab nak dapatkan tempat untuk NS U18 dan pergi ke MSSM. Entah macamana, main bagai nak gila dan cikgu pun ada cakap yang aku ada chance untuk dapat selection, tiba-tiba nama aku tak keluar. Sebaliknya forward aku, Hazlan Hassan dan midfielder aku yang dapat call-up, si Fuad Mustadak! Aku sedih bagai nak gila...mengalahkan fail SPM! Budak-budak pun terkejut pasal apa aku tak dapat. Sedangkan masa tu kalau free kick, aku lah penyamun paling besar. Sebab selalunya free kick aku kalau tak kena tiang gol, terus masuk dalam gol....heh3...sebab yang aku nak sangat main untuk NS tu sebab abang aku main untuk Melaka, Piala Rahman dengan Piala Razak...kiranya aku nak lawan abang la tu...ingatkan bila tak dapat selection untuk NS, aku akan baca buku....rupanya jauh panggang dari api....aku lagi kuat main sukan! Aku concentrate kat rugby pulak! Lagi satu hal....

Sekarang ni abang bernasib baik sebab semua kelengkapan ada. Masa main untuk club pulak berkesempatan pergi Singapore dan masa tu baru darjah 3. Panic gila aku...aunty relax habis...tiap-tiap hari aku talipon aunty tanya kot-kot coach ada talipon ke tidak...tadi aunty ada sms aku dan bagitahu yang abang sekarang ni dah besar sangat. Aunty cakap aku akan terkejut bila balik nanti sebab ketinggian abang dah mencapai 165cm dan umur baru 11 tahun sekarang ni! Huh? Biar betul ni...aku sekarang pun baru 170cm...Bila la nak 171cm.....

Cepat sungguh abang besar. Mungkin ikut aku kot...masa kecik-kecik dulu, akulah yang paling besar...dan masa besar-besar ni pulak, aku lah salah sorang yang paling kecik....heh3...

Ahad, Disember 06, 2009

Sleep walking

(aku teringin nak pergi Dubai 7)

(ni last group yang sampai semalam)

(tengah bertungkus-lumus mop sebelum jemaah datang makan)

(masa depa kecik dulu...masuk arab news tuh!)

Aku dapat bilik baru yang agak terkebelakang sikit. Itu aku tak kisah langsung sebab main point, aku masih dapat tidur dengan nyenyak. Tapi challengenya sebab bilik tu tak ada view kecuali menampakkan ruang dalaman blok-blok hotel. Jadi, nak tak nak aku terpaksalah tutupkan curtain dia. Bila dah tutup curtain, bilik akan jadi gelap-gelita bila aku tutup lampu. Bila dah gelap gelita, aku bertambah nyenyak tidur dan payah nak jaga bila dah pagi...tu yang 2-3 hari aku asyik terbabas sampai ke pukul 7.30 pagi! Itu masalah besar tu sebab aku selalunya dah jaga lebih awal dari tu walaupun aku tidur pukul 1 atau 2 pagi. Aku sebenarnya tak payah pakai alarm clock untuk kejutkan aku. Aku akan terbangun sendiri tepat pada jam yang aku nak dan dah plan malam sebelumnya. Mula-mula aku pun heran macamana boleh jadi macam ni? Tapi lama-kelamaan aku dah terbiasa terjaga tepat pada waktu yang dirancang dalam kepala otak aku yang berserabut ni....heh3...part tu aunty pun tak boleh chelen aku...walaupun aku tidur terbongkang bagai nak gila, part bangun sendiri tu memang "one in a million!"

Hari tu masa tengah busy, ada satu guest cerita kat aku yang anak dia jalan masa tidur...orang putih kata "sleep walking". Ni memang masalah besar dan aku sampai sekarang tak dapat jawapan lagi walaupun puas aku cari kat dalam majalah "Galaxie". Ada jugak aku bertanya kat Doktor yang merawat hamster Yuya dulu dan doktor tu cakap, "you salah doktor nih...". Sebenarnya bila perkara tu tak berlaku pada kita ataupun pada ahli keluarga kita, kita akan ambil mudah penyakit tu. Macam aku jugak dulu. Masa tak ada orang dalam family aku ada penyakit AD, aku tak pernah ambik pusing....then suddenly aku ada menonton satu movie dari Hollywood pasal Mathematics professor ni yang selalu dengar dan hallucinate benda-benda pelik masa mengajar Maths dan akhirnya diberikan rawatan dan lastly berjaya dibaik pulihkan. Dari situ aku mula interested nak tahu pasal penyakit ni. Then bila mama didiagnosekan dengan AD, aku mula banyak membaca pasal ni.

Berbalik kepada sleep walking tadi, guest aku bercerita yang depa ada pergi ke satu amusement park diluar negara dan menginap disalah sebuah hotel yang terletak kat dalam amusement park tu. Lepas bagi anak-anak dia tidur kat bilik sebelah, dia pun baliklah ke bilik dia. Tiba-tiba dalam pukul3 pagi dia dapat panggilan dari guest hotel tu jugak suruh check bilik anak dia samada anak dia masih tidur kat bilik ataupun tidak. Dia lari ke bilik sebelah yang nasib baik is connected. Tengok-tengok anak dia dah tak ada. Kalut dia berlari ke bilik guests tu tadi dan cari anak dia. Masa sampai kat bilik orang lain tu, dia tengok anak dia ada kat situ, duduk atas sofa sambil minum air, muka blurr. Dia terkejut dan tanya kat mana jumpa budak tu. Guest tu cakap dia jumpa kat dalam lif masa budak tu nak keluar dan dia nak balik ke bilik. Dia heran pasal apa tengah malam budak tu jalan sorang-sorang...dia bawak budak tu balik bilik dan terjumpa key card holder dalam poket pyjama budak tu dan terus hubungi pihak hotel. It's a happy ending.....bagi aku pulak yang melopong dengar cerita dia, nasib baik jumpa...kalau tak jumpa? Kalaulah perkara tu terjadi kat aku? Mahu aku meraung cari anak-anak aku...dan lepas ni aku nak cari information pasal "sleep walking" ni sebab penyakit ni mungkin boleh terjadi kepada orang-orang yang kita sayang!

Sabtu, Disember 05, 2009

Dah kurang sikit!

(lepas asar tadi)

(nama kedai kopi aku, ala-ala Bunga Tanjong...!)

(special service....on wheels...)

(penyamun semua hilang!)

(masih lagi lepas asar tadi)

Malam tadi tekak aku dah rasa perit. Nak telan susah, nak luah susah...bak kata pepatah.......hmmmm, aku tiba-tiba lupa pulak! Alah...ada pepatah yang main luah-luah tuh! Jadi malam tadi sebelum tidur, aku telan antibiotics aku 2 botol dan panadol 3 papan...PUAS! Malam tadi jugak si Mainul dah buat aku air halia campur honey campur mint segala. Pedas-pedas sikit rasa tapi melegakan tekaklah..oooh tak lupa masukkan cardamon sekali! Hasil daripada minum air tu, 4 kali aku pergi toilet buang air kecik malam tadi...pagi ni bangun dah senoneng pulak aku jadinya sebab tak cukup tidur...sedar-sedar dah pukul 7.30 pagi. Alamak, dah lambat ni...macamana jemaah aku dok breakfast ni? Aku dah risau. Kelam-kabut mandi, tukar baju tapi takl sempat nak shave. Terus lari turun bawah...

Keadaan hari ni agak lengang sebab ada a few groups yang dah check out dan ada yang akan check out tadi lepas lunch. Anyhow, aku masih ada 1000 orang jugak nak makan. Sekali lagi aku heran. Masuk 500 dan keluar 500. Kalau ikut calculator CASIO aku, dia kata 0! Heh3....beranganlah nak 0!

Esok ada a few groups lagi yang akan check out. Jadinya 1-2 hari ni aku akan sedikit lengang. Tadi aku dapat sms dari Bob. Katanya nak jumpa geng semua on the 9th. Aku ok saja.....tak ada hal punya...minumlah teyy sampai kembung perut.

Hari tu masa kami jumpa, macam-macam cerita keluar. Cerita yang paling best sekali mestilah pasal cikgu kami...gelak mengekek-ngekek kami dok bercerita. Cikgu Khalil lah....(aku pun dah terlupa pasal cikgu ni..) dan semestinya cikgu Bio kesayangan aku, cikgu Arathy Bardhan...apalah jadi kat dia sekarang ni? Mungkin dah nak masuk 70tahun kot...

Dalam last comment, ada Rezeki (fellow blogger) cakap pasal nak pekena teyy sama-sama bila aku balik nanti. Aku tak ada masalah langsung kalau segala jadual mengizinkan. Maklumlah balik 7 tahun sekali...so to Rezeki, like I mentioned, memang tak ada masalah dan aku pun tak sabar nak jumpa Rezeki agar terbukaklah pintu Rezeki aku...heh3...

Malam ni aku nak tunggu satu lagi group dari Indonesia nak sampai. Taklah ramai...cuma 100 orang saja...tapi masalahnya pukul berapa depa nak sampai ni? Aduh...part tu aku memang letih nak menunggu. Tunggu salah, tak tunggu lagilah salah! Serba-salah ni aku dibuatnya...tapi makanan dah siap. Ni tekak aku dok gatal lagi ni. Bukan gatal pasal nak makan tempura.....tapi gatal pasal sakit! Adohai....bila lah nak baik ni...nak suruh si Mainul buatkan air, nanti aku tak tidur malam pulak...parah ni...

Jumaat, Disember 04, 2009

Seram-sejuk!

(suasana dibalik tingkap masa khutbah jumaat tadi)

(aku dengar khutbah dari kedai kopi...)

(ramai jugak yang joint aku rupanya...berderet2...)

(last jumaat yang padat untuk tahun ni)

Amboi...satu dua hari ni aku memang dah naik seram-sejuk. Sebab air-cond, tak jugak...sebab jemaah ramai, tak jugak...sebab nak balik, tak jugak...sekali lagi aku garu tapak kaki yang tak gatal! Aku lari pergi bilik sekejap tadi sebelum sembahyang asar. Capai benda yang check suhu badan tu. Ala...yang aku cerita dulu, made in china tu...aku tekan punat dia, selit celah ketiak aku...teet...teet...teet...dia tunjuk 36*. Aik...tak demam pulak...satu hari berlari, aku tak sempat nak makan walaupun si dollah dah kenyit-kenyit mata kat aku sebab dia masak briyani hari ni. Aku cuma rasa briyani dia 2-3 sudu. Memang sedap!

Lepas sembahyang jumaat tadi, aku didtangi sekumpulan jemaah yang nak kata asian tak asian, european tak european...check punya check, rupanya depa ni dari Bosnia Herzegovina. Adalah dalam 50 orang. Macamana nama depa? Halilovic Muderris...pergh...terbelit jugak lidah aku nak sebut. Depa ambik tempat makan yang mengadap masjid. Ala tempat yang selalu aku ambik gambar masjid tu. Seronok sungguh depa makan sambil depa tengok masjid. Tak habis-habis berdoa...alhamdulillah. Kalau tak salah aku, bukan senang orang sana nak datang haji kalau tak ada duit. Maksudnya, mungkin depa ni banyak duit.

Petang pulak lepas asar, aku jumpa 3 orang penyamun mekah...depa sekarang dah jadi tokay kambing. Memang power berniaga kambing ni. Mengikut cerita salah sorang penyamun tu, tahun lepas ada lagi sorang penyamun beli Mercedes pakai duit kambing...dia bayar cash....ni bukan bayar cash beli kambing, ni bayar cash beli merc...bersemangat aku dengar. Dan menurut cerita sorang lagi pulak penyamun, dia kata, kambing untuk korban tahun depan dah mula masuk ke Saudi sekarang ni untuk dibela. Ini penting dilakukan dari sekarang sebab bila sampai musim korban tahun depan, kambing-kambing tu semua dah boleh cakap ARAB! Heh3...Jadi kawan-kawan penyamun aku tu sekarang tengah dok berkira-kira macamana depa nak menyamun tahun depan...heh3...

Kejadian banjir di Jeddah pada 8 hb zulhijjah tempohari memang dahsyat. Maklumlah sini tak pernahnya jadi bencana alam yang seteruk tu. Hari ni aku baca paper yang mengatakan, kerugian mencecah berjuta-juta Riyal dan setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarga akan diberi sejuta riyal. Duit tu memang lah banyak bunyinya tapi mana nak sama dengan nyawa orang tersayang! Banyak kedai-kedai yang masih ditutup dan sekolah yang terpaksa bercuti. Perniagaan semuanya terbengkalai dan tuntutan-tuntutan insurans akan bernilai berbillion-billion ringgit. Sapa jadi lawyer, aku rasa masa ni memang pening kepala nak melayan...mungkin lebih pening daripada aku yang hanya menjaga jemaah makan!

Tadi aku jumpa tour leader dari sebuah negara Asia. Kami bersembang sambil menghirup kopi sorang secewen...dia cerita kat aku yang dia nak pergi Jepun. Aku kalau dengar orang cakap nak pergi Jepun, aku pulak yang jadi excited lebih....apa program dia? Katanya dia nak bawak jemaah SEA untuk berkunjung ke Jepun dalam pakej Islam. Meaning, semuanya halal dari segi pemakanan jemaah kat sana. Bagus jugak tu. Selalunya Apple Holiday ada buat macam tu tapi aku tak sure samada dia concentrate on muslim package ataupun tidak? Mungkin ada kot...but anyhow, aku rasa kalau nak pergi mana-mana pun, makanan selalunya tak ada masalah untuk aku. Takkan nak usung pergi mana-mana...makanan aku selalu akan menjadi bertambah simple kalau pergi mana-mana. Roti pun ok....cicah kopi pun ok......boleh diet sekali! Heh3...ok, aku nak pergi sembahyang maghrib sekejap dan lepas tu berperang lagi sikit. Semoga seram-sejuk aku akan beransur baik esok...

Khamis, Disember 03, 2009

Aku dan sardin

(pandangan dari bilik yang aku menumpang semalam...)

(pagi yang indah!)

(last photo sebelum aku kena hambat...heh3...)

Aku masih sibuk...apa dah jadi ni? Aku pun heran dengan kejadian alam ni. Tak habis berlari lagi ni. Berlari ke langit dah aku buat semalam...hari ni? Hari ni aku berlari pergi balik pulak. Mana tak berlarinya...habis bilik aku pun dah kena jual! Ngeri sungguh! Kelakar pun ada jugak...memang macam orang lari malam! Hentam sajalah labu...janji happy jemaah aku semua! heh3...

last VIP kita check out hari ni lepas asar. Banyak aku bergambar dengan depa dan aku akan jadikan gambar-gambar dengan depa tu semua sebagai koleksi peribadi aku masa tua nanti. Aku nak buat album special untuk tribute...macam aku cerita dulu, aku nak drama dengan anak-cucu aku nanti...."ni semua kawan Tok Wan nih..." Mesti tercengang anak-cucu aku nanti tengok gambar aku dengan VIP Malaysia semua...heh3...

Lepas aku jamu semua jemaah aku dengan makanan yang special beberapa hari ni, aku tarik handbrake sikit nak tengok apa reaksi depa. Masih lagi special, tapi aku selitkan lauk sardine goreng dengan cili potong serta bawang besar yang dollah potong bulat-bulat dan tabur kat atas. Aku tengok, sorang-sorang jemaah dok sengih...tour leader yang eksyen dengan aku tak nak makan, aku tengok dah cekau nasi 5 sendok! Vip kita yang tak nak makan jugak masa aku jumpa kat entrance sebab kenyang lunch bagitahu aku yang dia tak ada selera nak makan. Takpa-takpa....aku bisik kat telinga dia...."Dato', betul ke tak nak makan ni? Saya buat lauk sardin goreng hari ni..". Terbeliak bijik mata dia dan cakap, "Shahrir, kau ni memang tahulah apa I suka..." sambil dia toleh kat Datin dan sama-sama senyum. Aku bukan senyum lagi dah...aku dah sengih!

Hari ni depa dah check out. Tadi masa dalam perjalanan depa ke airport depa talipon aku. "Eh Shahrir, you lari pergi bilik I sekejap, I tertinggal tongkat la...nanti you balik kl bawak sekali. Then kita boleh pergi lunch sama...". Heh3....Dato'...Dato'.....nanti kalau aku dah jadi Atuk nanti, mungkin aku pun cepat lupa...heh3...

Rabu, Disember 02, 2009

Old Boys

(dari kiri, bob, leman dan betuk!)

(dari kanan, betuk, leman dan bob!)
(sedara IQ yang datang jenguk aku. Thanks for visiting!)

Hari ni aku dikunjungi oleh beberapa orang sahabat lama dan sahabat baru. Sahabat lama aku bermaksud sama-sama masa kat Seremban dan dan sahabat baru pulak ialah sedara kepada IQ yang jugak rakan aku masa kat seremban dulu. Satu batch dari 81-85. Dah ramai jugak kawan-kawan aku yang dah bergelar haji diwaktu yang muda ni. Alhamdulillah...last week aku jumpa Nyamuk si Penghisap Darah tu. Nyamuk pun dah haji. Haji Nyamuk...kelllaaasss! Last year yang datang buat haji dari batch aku, si Chico, Amiri dan Chenet. Seronok sungguh depa bergelar haji ni...

Dulu ada aku cerita pasal si Betuk ni. Nama betul Raden Azlane Tukimin. Genius nak mampus pasal Maths ni. Aku pun heran...kat mana lah si betuk ni bertapa sampai pandai sangat jadi macam tu. Ada jugak aku tanya dia...apa pill dia telan? Pill kuda ka? Paracetamol ka? Dia tak jawab jugak...akupun cuba telan Pil Chi Kit Teck Aun sebotol...tak pandai-pandai jugak...asyik ke toilet adalah...heh3...

Betuk ni lah yang selalu bagi aku tiru Maths dia. Aku selit soalan kat celah partition papan, dia selit jawapan kot celah papan tu jugak...dia kat Set A dan aku yang pandai ni kat Set E! Masa form 4 tengah mid year exam, betuk selit kat aku..aku cilok...aku concentrate salin...cikgu heran sebab aku tiba-tiba mintak kertas extra...selalunya aku tak payah mintak kertas langsung tapi sekali ni aku pecah rekod. Mintak sampai 3 helai nak buat Add Maths...cikgu maths aku sampai juling bijik mata tengok aku...aku jeling dia dengan pandangan "kembang hidung" sambil menyilok jawapan betuk kat bawah kertas soalan aku...habis semua kertas aku tulis...pandainya aku!

Result keluar, aku dapat 96% sedangkan betuk dapat 98%. Pergh...aku dah setaraf dengan budak set A ni...Bila cikgu tanya, aku jawap aku selalu belajar sampai ke pagi. Cikgu senyum...heh3...lepas beberapa hari, cikgu panggil aku pergi bilik guru. Dia kata aku dah pandai sekarang. Dan budak pandai selalunya bila-bila masa pun pandai...aku bangga...kembang lagi hidung aku buat kali ke 3...cikgu suruh aku duduk sebelah dia masa kat dalam bilik guru tu...aku pun duduk lah...maklumlah, dah pandai....tiba-tiba dia keluarkan kertas soalan add maths yang serupa. Dia jeling aku tapi sekali ni aku dah tak berani nak jeling dia! Dia senyum dan bagi kertas soalan tu kat aku suruh aku buat sekali lagi...GEDEGANG........aku tersandar sambil tengok kipas yang dok pusing kat siling sambil lengan aku melintang kat atas dahi!

Bob pulak satu bilik dengan aku kalau tak salah, kat D7. Kuat baca buku. Selalu dia baca buku. Lain daripada aku yang selalu tak baca buku. Memang kami berbeza dari segi ke intelectual an kami. Tapi Bob tetap Bob yang dulu. Sangat baik dan prihatin dengan masalah kawan-kawan. Banyak jugak geng-geng lama berdebat kat dalam e-mail dan Bob selalu melontarkan jawapan-jawapan yang logic dan bernas...I salute you Bob. Bob ni pun brilliant jugak. Dari dulu lagi dia dah nampak ketokohan dan kepandaian dia. Bila aku tanya tadi Bob kerja kat mana, dia cakap SHELL. Bob suka berulang. Jadi Bob duduk JB dan kerja kat Singapore! Kelas.....

Leman pulak tak banyak cakap. Banyak diam dari cakap..si Leman ni pun terlebih kuat baca buku. Entah apa pill dia telan dengan si Betuk pun aku tak tahu...

Moral of the story is, aku bangga dengan kawan-kawan aku semua sebab depa dah tersangatlah berjaya. Dan depa masih lagi kawan aku dari dulu, kini dan selamanya....

Selasa, Disember 01, 2009

Kenduri Mak Limah Part 2

(penuh nak ke tingkat atas masjid)

(atas jalan raya pun penuh)

(tepi terowong pun penuh)

(ramai lagi menghala ke masjid)


(34 kali aku mengajar si Shafiq tangkap gambar aku, last2 aku yang tangkap gambar penyamun ni...)

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...pergh...aku dah happy sambil nyanyi "Lenggang Kangkong" pagi tadi masa dok lambai kat jemaah dari Morocco, Egypt, Canada semua....baru dok nyanyi sambil skipping, aku diserang lagi oleh group dari Indonesia yang berjumlah 600 orang! Apa aku masak kat depa hari ni? Sebagai menyambut tetamu, aku buat Bakso....sebagai menyambut Pak Lurah, aku buat rendang ayam....sebagai menyambut pengantin aku buat Semur Daging dan sebagai menyambut diri aku sendiri aku goreng Tempe! Bagi depa makan...waduh Bapak-Bapak sama Ibu-Ibu ternyata tersengih selepas makan Bakso...Emilia Contessa pun kalau makan lepas tu mesti merdu suara dia....heh3...

Malam ni apa jadi kat aku? Lobby aku yang aku dah kemaskan daripada jemaah terpaksa aku bukak balik untuk esok pagi mula dengan breakfast sebab jemaah yang bertali arus masuk...pukul 5 petang ada group dari Pakistan datang jumpa aku. Tour Leader dia masuk office aku. Kami duduk dan bersembang. Dia cakap dia ada jemaah seramai 200 orang yang nak dinner pukul 6 nanti...huh? Pukul 6? Hari ni jugak? Sekarang ni dah pukul 5 petang! Biar betul dia ni! Aku kelam-kabut panggil Exec Chef aku, Assistant aku, Chief Steward aku dan meeting 2.5 minit depan dia. Aku tanya kat Executive Chef aku, boleh siap tambahan makanan untuk 200 orang lagi dalam masa 45 minit? Chef Nashat angguk....aku tanya Chief Steward aku, boleh siapkan equipments untuk 200 orang lagi dalam masa 45 minit? Delwar mengangguk....aku tanya Assistant F&B Manager aku, boleh arrange kan tempat untuk depa makan dalam masa 45 minit lagi? Yaser mengangguk....aku tengok muka Tour Leader tu, aku angguk! Tour Leader tengok aku, aku tengok Tour Leader, kami sengih macam kerang busuk! Settle....

Lepas Pakistan keluar, Indonesia pulak masuk...dari 150 orang, dia kata naik jadi 300 orang? Huh? Biar betul sorang lagi ni? Hmmmm...aku garu siku yang tak gatal....30 saat aku pikir.....aku cakap elok-elok kat dia, macam nilah...apa kata kalau kita split kan jadi 2 group. Satu masuk lepas maghrib dan satu lagi masuk lepas isyak? Dia senyum, aku senyum...settle....

Sementara tu budak-budak aku terpaksa set kan balik lobby untuk jadi restaurant. Baru pagi tadi lepas breakfast aku dah kemaskan semua, tapi sekarang aku terpaksa re-setkan balik untuk group lain pulak pagi esok.

Macam nilah kerja aku. Nak bagi semua jemaah happy. Nak pastikan semuanya dapat makan secukupnya dan semuanya selesa...ok aku letih sangat dah ni. Esok aku akan sambung lagi cerita!

Isnin, November 30, 2009

Kenduri Mak Limah..











Whoooooo....memang power hari ni....serangan bertubi-tubi. Dah macam Brazil lawan dengan Aruba dah jadinya...aku pun tak tahu guests aku datang dari mana. Dari semua pintu depa dah masuk...heh3...8 buffet counter aku bukak pun melimpah-ruah lagi keadaan dia. Pergh....memang kenduri anak Mak Limah ni...seronok pun seronok, ngeri pun ngeri jugak!

Malam ni aku tak sempat nak duduk. 3 botol air aku dah tunggang. Berlari aku ke dapur cakap dessert dah habis. Dessert replenish, main course pulak habis....main course replenish, salad pulak habis...salad replenish, semua habis, tapi guests tak habis-habis jugak...tapi takpa, mise-en-place semuanya cukup. Makanan jemaah kami dah prepare cukup-cukup dan alhamdulillah semuanya cukup. Kat sini aku kena plan betul-betul...kena tengok jemaah tu semua datang dari mana...kalau dari Egypt, kena prepare lebih...kalau dari SEA, prepare ngam-ngam pun okay lagi...ingat pasal 100 kilo tomato yang aku cerita? Pagi tadi aku sign 200 kilo tomato! Hah...ambik kau...ni bukan festival yang baling tomato tu yea....itu kat spain kalau tak silap aku...ni kan Mekah...memang depa makan macam makan durian! Heh3...

Sekarang aku take 5 sekejap. Rasa macam nak minum teyy ais pulaklah lepas ni...tekak ni kering sangat...sama macam poket aku jugak....

Esok pagi ramalan cuaca macamana? Ramalan cuaca cakap esok pagi aku TSUNAMI! Dari mula pukul 6 pagi sampailah pukul 11 pagi kami akan melayan hampir 1800 orang yang nak sarapan dan nak check out. Then dalam 2 jam aku nak kena re-set balik semua kedai kopi aku untuk 1200 orang makan tengahari...lepas tu pulak aku ada masa sikit dari pukul 4 petang selama 2 jam dan kami bertungkus-lumus lagi untuk prepare dinner untuk 1400 orang makan pulak...memang HORR LIAO! Anyway esok actually Tsunami yang kira last lah untuk kami...lepas tu dah subside dah...lega...

Tengahari tadi masa aku tengah berlari, aku dapat panggilan dari Menteri dari Nigeria. Dia panggil aku mengadap dia kat bilik. Alamak, apa hal ni...dia ni dah lah serious. Kami jaga dia memang special sebab dia ni first time duduk sini. Selalunya duduk InterCon Darul Tawhid! Makan minum menteri ni semua aku hantar kat bilik. Aku standby 2 staff setiap shift untuk attend personally kat dia termasuklah room service manager aku. So bila dia call aku, aku pun belari pulak naik atas...mengadap dia. Dia suruh tutup pintu...dia tanya aku dari mana? Aku cakap kl, Malaysia. Dari muka serious, dia dah mula senyum...tiba-tiba dia dah cerita pasal kl dengan aku. dia pergi manalah...dia duduk manalah....seronoklah...aku tumpang bangga bila dia sebut KLCC. Terus aku cakap aku duduk kat tepi KLCC padahal 15 minit naik moto dari KLCC...then suddenly dia cakap dia suka makan satu jenis buah limau yang besar macam bola...isi macam orange tapi kaler putih ataupun merah. Kulit warna hijau sikit tapi kadang-kadang kuning...pergh..penat otak aku pikir. Masa aku meniru masa buat Add Maths dulu pun tak susah aku pikir! Last-last tersembul dari mulut aku POMELO! Pak Menteri dah angguk-angguk kat aku...dia suruh aku cari. Aduh! Ni Mekah ni...bukannya Ipoh! Aku berlari ke Bin Dawood teringat yang tahun lepas aku nampak ada 2 bijik kat situ. Mana tahu kot-kot pomelo tu ada lagi ka? Lepas setengah jam aku talipon Pak Menteri cakap limau bali tadi dah takada. Dia bantai gelak kat aku, dia cakap, dia cuma tanya saja...........pergh....aku rasa nak golek-golek kat corridor tu jugak!

Ahad, November 29, 2009

Back to work!

(tersangat sesak..)

(sesak tersangat...)

(pandangan sayu dari tingkap bilik aku...)

(ada yang tawaf kat atas bumbung...)

(bekas pembesar kita ada kat situ...)

Pagi tadi aku dah terasa sikit penangan haji. Tengahari penangan haji dah bertambah sikit lagi. Malam ni pulak tadi, aku memang diserang. Guests aku masuk dari segala pelosok...depa semua letih lepas beberapa hari melakukan tanggungjawab. Muka-muka keletihan, muka-muka kelaparan semuanya bercampur aduk. Kesian pun kesian jugak kat depa. Berapa ekor kambing aku dah letak kat atas buffet. Toleh belakang, toleh depan kambing dah tinggal tulang...kambing baru masuk....toleh kiri, toleh kanan, kambing tinggal sendi! Pergh...kalau depa letak aku kat atas buffet pun aku rasa jadi macam kambing tu jugak kot...NGERI!

Masa depa keluar dari restaurant aku tengok semua keluar dengan muka puas...aku puas tengok depa puas...ada sorang guests dari Dubai datang jumpa aku personally dan bagitahu yang dia dah tulis dan bagi surat personally kat GM bagitahu yang dia puas hati dengan F&B. Aku ucapkan terimakasih dan nanti lepas haji aku akan ucapkan terimakasih pulak dengan penyamun-penyamun aku semua! Tanpa mereka, siapalah aku....heh3...

Surprise...surprise..., aku dikunjungi oleh kawan se alma mater aku, si Nyamuk penghisap darah! Nyamuk berjaya meloloskan diri disaat-saat akhir nak wukuf...sempat dia melakukan haji tahun ni. Aku happy untuk dia. Ni lah salah sorang lagi penyamun yang berjaya melakukan haji...Nyamuk complaint dia kejang urat kaki...aku balas, balik, "aik...kau lari kat Bahrain Marathon bulan lepas boleh..." Nyamuk sengih kat aku!

Ni dah 10.30 malam. Aku baru dapat balik bilik. Terus aku masukkan cerita sementara perut lapar menanti esok. Tangan laju menaip masa perut lapar. Aku pun heran, apasal jadi macam ni? Tengahari tadi, Pak Menteri panggil aku, "Shahrir, come sit here..." aku pun dengan malu-malu kucing duduk mengadap dia. Macam-macam dia tanya aku. Pasal masa depan aku lah...pasal masa depan negara lah...pergh...aku rasa macam dok kat dalam kabinet...horey...aku rasa penting.....Cikgu Bibah kalau tengok aku duduk dengan Pak Menteri mahu dia meraung nih...heh3...sorry yea cikgu...jangan jealous...nanti saya report kat Pak Menteri! Heh3...

Pagi raya haji aku sempat skype dengan aunty, anak-anak, kakak aku, abang aku dan yang penting sekali mama...aku sedih tengok keadaan mama sekarang...dia merenung aku dengan satu pandangan yang amat kosong! Takpa, nanti aku balik jumpa mama. Aku nak cari kawan-kawan aku yang kerja doktor supaya dapat memberi aku satu solution macamana nak handle situation mama. Dulu masa kat kl aku dah jumpa macam-macam doktor. Depa bagi nasihat macamana nak handle situation bila berdepan dengan mama yang didiagnoskan mengalami AD. Ni satu tanggungjawab besar antara kami anak-anak. Aku salute kakak-kakak aku dan abang-abang aku yang bertungkus-lumus tanpa jemu cuba menjaga mama dengan cara yang terbaik. Pelbagai usaha dilakukan tapi penyakit ni tiada kesudahan. Tiada penyelesaian kecuali keadaan akan bertambah serious. Kami sebagai adik-beradik perlu tabah. Banyak sudah aku baca. Dari bahasa malaysia sampai ke bahasa inggeris. Aku google dan google. Aku jumpa doktor dan bertanya. Sekarang ni aku dah tahu hampir 75% pasal penyakit ni dan aku perlukan 25% lagi untuk benar-benar faham dan mampu menjaga mama sebaik mungkin. Dan aku pun dah mendaftarkan diri dengan persatuan ni di kl dan pernah menghadiri satu sesi kaunseling untuk lebih faham macamana nak handle pesakit ni. Aku dan adik-beradik yang lain sayangkan mama dan kami masih berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk menguruskan mama. Allahuakbar...

Tinggal 2 hari saja lagi kami terpaksa berperang dengan guests disini sebelum satu persatu mula berangkat pulang. Misi tahun ni hampir berjaya. Tapi misi personal aku unofficially pun nampaknya dah agak berjaya. Apa misi aku? Misi aku sebelum aku tinggalkan bumi Mekah ni aku nak jadikan department aku sebagai satu department yang terbaik di Mekah dan akan menjadi bualan travel agency travel agency yang menggunakan khidmat kami dan setakat ni jawapan yang aku terima semuanya positif...aku dapat good feedback dari South Africa, aku dapat good feedback dari Canada, Italy, US, UK, Indonesia, Brunei, UAE, Singapore, Nigeria, Russia dan alhamdulillah dari VIP-VIP kita dari Malaysia....horey.....semua kata kami dah melepasi InterCon Darul Tawhid, Hilton, Le Meridien, Zam-Zam dan banyak lagi...in fact guests kami musim haji ni kebanyakkannya datang dari hotel-hotel tersebut...heh3....kembang-kuncup hidung aku...anyway, aku ada lagi seminggu lebih sikit untuk menutup tirai haji tahun 2009 dan kalau aku balik pun nanti aku akan balik dengan perasaan bangga dengan penyamun-penyamun aku! Depa yang kerja bertungkus-lumus...aku cuma orchestrate saja.....

Sabtu, November 28, 2009

Masih santai

(budak ni lain kerja takde, cuma balut limau!)

(fruit cake aku sebelum dipotong dan di icing kan..)

(orange aku pulak sampai..)

(tempat aku main jengket-jengket kat lobby pagi tadi..)

Hari ni aku masih lagi sempat minum kopi, minum teyy, horey-horey, main galah panjang dan lari jengket-jengket kat lobby. Kebanyakkan guest aku masih lagi berada di Mina. Cuma sebilangan sahaja yang mampu balik ke hotel untuk beristirehat. Penat sungguh depa kata. Tahun lepas aku kata...tahun ni depa kata...heh3...walau macamanapun kepada yang mampu physical dan mental silalah kesini. Aku syorkan buatlah dari sekarang...sementara kederat masih ada..

Aku turun ke bawah dan berjalan kat luar sekejap tadi. Cuaca telah agak dingin. Orang masih bersesak kat luar nak ke Haram manakala lepas sembahyang maghrib pulak, berlaku traffic jam yang amat dahsyat...semua berlumba-lumba ke Mina. Ramai jemaah yang complaint kat aku pagi tadi masa breakfast yang pengangkutan disini macam tahun 1940-an. Yang tu memang aku setuju sangat. Sangat tidak teratur dan menyesakkan nafas. Ala-ala Puduraya tahun 80-an (masa aku beratur nak ke seremban naik sks RM2.70).

Tadi tiba-tiba aunty hantar sms kat aku. Dia cakap dia tengok cerita Face Off kat rumah dengan abang. Dia teringat yang kami tengok cerita tu masa dia mengandungkan abang hampir 12 tahun yang lalu...John Travolta berlakon lagi...heh3...aku terkejut sebab teringat yang aku dah kahwin selama 12 tahun! Rasa macam tak sampai setahun...heh3...abang pun dah nak masuk 12 tahun...yuya dah nak masuk 9 tahun...dan marina nak masuk 4 tahun....aku pulak dah nak masuk 42 tahun...mak aii...berapa lama aku boleh bertahan ni?

Aku tak sabar nak balik KL. Yang pentingnya aku dapat jumpa family aku. Yang keduanya aku dapat jumpa kawan-kawan penyamun aku dulu...aku dapat message yang reunion akan diadakan pada 26hb Disember di Putrajaya. Tarikh dan tempat yang sama macam tahun lepas. Masyallah..dah setahun ke? Ingat tak gambar dalam entry yang aku ambik dulu masa kami kat atas jambatan putrajaya tu? Tu lah tarikh 26/12/08....dan next reunion pulak pada 26/12/09....whoohooo biar betul dah setahun ni?

Lepas tu apa yang aku looking forward lagi? Melepak dengan anak-anak sempena musim cuti sekolah...horey...yak-yak yay! Pagi hantar aunty pergi kerja....lepas tu kami boleh ronda satu kl jalan-jalan sambil berpimpin tangan sambil skipping kat Kampung Baru...lepas tu makan-makan....lepas tu golek-golek kat depan tv main game, lepas tu boleh swimming sama-sama...lepas tu makan lagi...lepas tu tidur sekejap sambil marina tidur kat atas lengan aku...bliss....cium rambut dia yang sikit masam tu...heh3...bangun dari tidur, siap-siap ambik aunty lagi...balik rumah singgah kat ampang point beli dvd...masak, makan, baring depan tv tengok dvd...horey!

Weekend jalan jauh sikit...mandi sungai...mandi pool....kayuh basikal, main badminton, main touch rugby dengan anak-anak...then, apa lagi? Jangan aku sakit belakang sebab main rugby sudah! Heh3...

Esok apa jadi? Esok mimpi ngeri akan bermula lagi. Breakfast mungkin tak berapa busy lagi. Dalam lingkungan 500 orang nak makan. Then lunch pun mungkin dalam jumlah yang serupa. Tapi dinner? Heh3...dinner aku mula mendapat lebih kurang 1000 orang sekali lagi....khemah kenduri kahwin aku akan pasang balik...macam tulah seterusnya sampai 15 zulhijjah. Lepas dari tarikh keramat tu, aku mula kembali santai sampailah ketarikh 8 zulhijjah yang mana last group akan check out. Jadi sementara nak tunggu sampai esok, baik aku rehat dan tarik napas secukupnya sebelum aku tercungap-cungap nanti...heh3....selamat bercuti lagi yea....kepada yang nak pergi pasar tani beli ikan, aku pun dah tak terkira, si Rezeki dah berapa kali cerita kat aku dia pergi pasar tani. Bila dia cakap pergi PT, baru aku teringat yang hari tu hari Ahad! Heh3.....sekali lagi selamat berhari minggu....

Jumaat, November 27, 2009

Discipline and Time Management

(petang tadi kembali sesak sebab orang dah mula ke Mina)

(di Haram pun penuh petang tadi)

(bersemangat menunaikan ibadah)

(halus macam semut..)

(aku dan pegawai-pegawai kedutaan malaysia di riyadh..)

Selamat petang semua. Hari ni pulak seperti yang dijangkakan, guests aku ramai yang balik ke hotel pagi tadi selepas balik dari Mina. Depa bersarapan, makan tengahari dan bermula dari lepas Asar tadi, perlahan-lahan bergerak semula ke Mina untuk melontar selepas bermalam di Mina pada malam ini. Jadi suasana kat luar hotel kembali sesak dengan kenderaan semua sedang menghala ke Mina.

Ada beberapa orang yang aku jumpa bertanya kat aku, walaupun sibuk melayani tetamu yang ada, macamana aku masih lagi sempat meluangkan masa untuk membuat entry-entry baru? Ada yang hairan...jadi kepada adik-adik, Uncle nak cerita sikit. Jawapannya sangat mudah...dulu dalam entry yang lepas-lepas aku ada cerita sikit tapi kali ni biar aku cerita lagi sekali sebab rasa aku, topik ni akan membantu adik-adik aku semua. Jawapan kepada soalan tadi ialah, "discipline and time management".

Adakah adik-adik suka menunggu? Kalau kawan adik-adik berjanji yang depa akan berjumpa adik pada pukul 2 petang tapi sampai pada pukul 2.30 petang, apa perasaan adik-adik? Kemudian, kalau wayang sepatutnya bermula pada pukul 1 petang tapi bermula pada pukul 2 petang, adakah adik sanggup menunggu? Mungkin adik-adik akan jadi tak sabar...geram...marah...dan sebagainya..jadi kalau adik-adik tak suka menunggu, jangan biarkan orang lain menunggu adik-adik...

Ada penyamun aku yang datang lambat dan aku bagi warning letter. Depa tanya kenapa bagi warning letter sedangkan depa cuma 5 minit lambat...atau aku suruh depa order stock tapi depa terlupa....jadi aku bertanya balik, kalau gaji keluar lambat, apa perasaan depa? Ataupun kalau gaji, aku lupa nak bayar, apa perasaan depa? Pergh....macam-macam jawapan aku dapat. Sudah tentu jawapan yang aku dapat semuanya menyalahkan orang lain sebab membayar gaji lambat...pandainya depa!

Jadi kat situ, kita harus ada disiplin diri. Kalau kita sebagai ketua tetapi kita yang datang lambat, apakah pandangan para pekerja terhadap kita? Adakah depa akan hormat ataupun masih hormat dalam keadaan terpaksa? Jangan macam tu adik-adik....adik-adik ada masa yang sangat panjang untuk membentuk kareer adik-adik supaya berjaya...mungkin 30 atau 40 tahun lagi...jangan sia-siakan peluang yang ada. Jagalah disiplin diri.

Time Management pun penting jugak. Ramai yang mengeluh sebab tak cukup masa nak berkejar kesana kemari. Kat situ aku nak cadangkan supaya berfikir sebelum bertindak. Plan betul-betul perjalanan kerja kita. Letakkan agenda paling penting disebelah pagi sebelum waktu makan tengahari. Ini penting untuk adik-adik sebab waktu tu kita masih fresh lagi dan masih bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dan untuk otak berfikir. Tulis dan tulis apa perkara penting yang harus dibuat dan kemudian letakkan priority kepada setiap satu...cuba pikir, PM kita yang kena pikir masalah dunia pun masih ada masa, pasal apa kita yang cuma nak pikirkan hal satu department tak ada masa? Apa yang tak kena?

Jika kita bekerja sebagai ketua jabatan, bila masuk kerja, apakah perkara yang penting yang perlu dilakukan dahulu? Mungkin meeting dengan pegawai-pegawai diletakkan sebagai priority pertama. Kemudian? Segala appointment harus di confirmkan sehari sebelum. Bukannya pada hari yang tu jugak. Ini untuk mengurangkan masa menunggu. Sebagaimana yang aku bagitahu tadi, perkara penting yang memerlukan perancangan dan meeting penting, cuba lakukan disebelah pagi.

Apa yang aku buat setiap hari? Sewaktu masuk kerja pada pukul 7.30 pagi, aku akan check e-mail. Ini penting untuk aku sebab selalunya bookings akan masuk melalui e-mail samada outlook ataupun personal e-mail aku. Selepas check e-mail, aku akan ronda-ronda restaurants, berjumpa dengan managers aku semasa tengah round, berjumpa staff aku diwaktu yang sama, berjumpa guests dan memulakan perbualan pendek dengan depa dan kemudian aku akan pergi ke "back of the house" untuk check...sepanjang aku jalan, mata aku liar memerhatikan sekeliling dan apa yang aku tak berkenan, aku akan catatkan supaya tak terlupa. Balik ke office, aku akan shoot e-mail kepada penyamun yang tak mengikut arahan ataupun kepada apa yang tak kena pada pandangan aku sewaktu aku round tadi mengikut catatan yang dah aku buat. Lepas pada tu aku akan check revenue semalam samada bertepatan dengan plan aku ataupun tidak. Kalau revenue yang masuk salah, aku akan detect terus dan menghubungi Accounts Dept untuk rectify masalah tadi. Dalam masa yang sama, Chef yang bertugas pagi akan report kat aku apa menu yang akan dihidangkan waktu tengahari nanti dan kalau ada apa-apa pertukaran disaat-saat akhir disebabkan oleh stok tak sampai atau sebagainya. Kalau aku nak tukar menu untuk tengahari, masa tu aku akan bagitahu chef dan menu mesti ditukar dengan cepat. Aku check balik organiser aku untuk pastikan perkara penting aku terlaksana. Kemudian aku turun pergi check store, fridge dan freezer. Ni penting untuk aku pastikan yang bekalan makanan untuk jemaah dan staff semua tak terputus. Dalam pukul 10 pagi aku kembali ke restaurant untuk ronda-ronda, check makanan dan memulakan perbualan pendek lagi dengan guests. Perbualan pendek ini untuk aku sangat penting sebab dari situ aku akan dapat immediate feedback dari guests samada semuanya bagus ataupun sebaliknya..Aku kembali ke office dan melakukan banyak lagi followup dengan Purchasing Department, HR Department, Sales Dept, FO dan aturkan meeting secepat mungkin. Semuanya aku buat sendiri sebab kat sini aku tak ada secretary.

Selepas zohor aku kembali check buffet, rasa makanan sikit sebelum guests makan dan terus ronda lagi di kitchen pulak. Berjumpa dan bertegur sapa dengan staff akan memudahkan perjalanan kerja aku. Ingat, aku ada 150 staff dibawah aku..pergi ke lobby dan restaurant untuk memulakan perbualan pendek dengan guests lagi. Rapport dengan guests sangat penting. Pukul 3 petang aku ada meeting dan plan untuk malam nanti, serta 3 meals keesokan harinya pulak. Masa ni aku akan buat administration work aku sebab masa ni lengang. Selepas Maghrib aku kembali dengan routine aku untuk ronda-ronda dan check. Lepas Isyak aku pastikan yang apa-apa yang aku patut sign semuanya dah sign. Yang penting barang-barang yang nak dibeli. Sekarang ni kalau tomato, chef order 100 kilo sekali order. Yang tu aku kena tengok betul-betul supaya tak ada wastage dan pilferage...Semua tu duit...bukannya free...

Lepas Isyak, aku akan ronda for the last time...again, meet with as many guests as possible. Bersembang dan bertanyakan feedback dari depa. Masuk office, update kan e-mails dan kemudian plan kan untuk besok pulak dan masukkan semuanya kedalam organiser aku.

Yang aku cakap kat atas tu semua adalah "routine" kerja aku. Tapi macam biasa, tak semua yang dirancang akan dapat diikuti. In between akan ada benda-benda baru yang akan menyelit. Jadi adik-adik mesti pandai membahagikan masa. Ingat adik-adik, cari keutamaan kerja adik-adik dan ikut dengan betul. Yang in between tu adik-adik boleh buat diwaktu yang "in between" jugak....kebanyakkan orang tak bagi priority, jadi kerja yang tak penting didahulukan makanya, adik-adik akan jadi kelam-kabut nanti...then jangan lupa, sebelum tidur, refreshkan balik memory adik selama 2 minit untuk pikir balik apa yang tak kena the whole day tadi...

Dan bagi aku pulak, pukul 10 malam, penyamun semua dah tahu yang otak aku dah "switch off" dan dah tak nak pikir apa-apa lagi. Time ni kalau Chef Adil nampak aku, dia mesti cakap, "I know...you already switch off now, Sirrrr..." dan pukul 12 aku tidur...heh3.....aku rasa, lepas baca ni, mesti ramai adik-adik yang akan berminat untuk kerja hotel...heh3...

Khamis, November 26, 2009

Letih nih!

(live-nak ke mudzalifah)

(al haram yang tiba2 lengang)

(kalau tengok semalam, memang jauh beza dengan hari ni)

(pandangan sisi hotel)

(jalan dah lengang pagi tadi)

Aku bangun awal pagi ni. Bukan sebab aku nak ke Arafah, tapi sebab guests aku yang nak kesana. Aku cuma nak pastikan yang special guests aku semuanya puas tinggal kat sini dan mendapat layanan yang terbaik dari aku. Aku turun ke restaurant dan pastikan breakfast depa semua berkhasiat sebab nanti nak gunakan banyak tenaga. Lepas tu aku bekalkan sikit roti dan air untuk depa jamah dalam perjalanan nanti kalau tersangkut dalam kesesakkan. Aku hantar dan tarik beg depa sampai ke coach yang dah sedia menunggu di tepi hotel Ajyad Makarim. Adalah lebih kurang 500 meter...tu yang buat aku tambah lapar nih...aku lambai kat depa masa coach tu bertolak...

Aku kadang-kadang heran...pasal apa aku sanggup ikut depa ke bas dan tunggu bas atau kereta depa bertolak dan lambai kat depa masa pergi? Part ni aku belajar masa aku kat Tokyo Bay Hilton dan semua rangkaian Hilton di Jepun iaitu Tokyo (Shinjuku), Osaka dan Nagoya. Ke 4-4 Hilton di Jepun aku dah kow tim kerja...rezeki aku masa tu! Masa aku di Front Office, kami ada kelas yang mengajar macamana nak addresskan tetamu-tetamu yang datang. Intonasi suara yang macamana bila bercakap, berapa darjah kita kena tunduk sewaktu mengucapkan selamat datang kepada tetamu dan salah satunya ialah menghantar tetamu sampai ke kereta ataupun bas dan ucapkan terimakasih sambil melambaikan tangan. Lambaian tangan pun masih ada standard yang harus diikuti. Tak boleh lambai macam nak hantar atok pergi Haji...mesti ada cara, mesti style masa goyang tangan tu ala-ala ms chinatown kat atas stage gitu! Heh3...

Jadi habit yang macam tu aku dah terikut. Itu yang kadang-kadang ada aku cerita yang aku akan hantar VIP guests aku sampai ke kereta, aku bukakkan pintu kereta, aku tutupkan pintu kereta, aku lambai sambil tunggu kereta depa hilang dari pandangan mata. Itu pun penting untuk adik-adik yang didalam bidang "hospitality" ni. Priority kita mesti "guest satisfaction". Yang ni pun boleh dikategorikan sebagai small touch yang akan meninggalkan long impression kepada tetamu-tetamu tadi. Itu kerja aku. Kerja aku mesti pastikan kepuasan tetamu yang datang. Kalau booking datang melalui aku, aku akan tunggu tetamu tu sampai. Aku sendiri yang tunjukkan bilik dia. Itu penting yea adik-adik....tunjukkan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada guests kita.

Hari ni bila guests dah tak ada, aku tiba-tiba jadi lapar pulak! Aku suruh dollah masakkan nasi goreng kat aku. Dia tanya nak masuk udang? Aku cakap tak payah...dollah tanya nak masuk ayam? Aku cakap tak payah....dollah tanya nak masuk sayur? Aku cakap tak payah..., "Habis, ini nasi goreng bugil ni Pak..." Aku cakap kat dollah, "bugil pun bugil lah dollah...janji sedap..." Dollah senyum sambil kenyit mata kat aku...heh3...

Apa jadi lepas makan nasi goreng bugil? Lepas meeting petang tadi pukul 3, lepas sembahyang asar dan makan nasi goreng bugil si dollah, aku naik bilik sekejap. tengah dok baca paper, aku terlelap...sedar-sedar dah nak masuk maghrib dah...kalau kat arafah ni orang dah nak pergi mudzalifah dah pun...masyallah...letih sangat aku. Tak pernah aku terlelap petang-petang macam ni sebab aku tak suka tidur petang. Nanti aku jadi malas dan susah nak tidur malam! Pergh...memang power penangan musim haji kali ni. Time-time macam ni aku terasa yang tenaga aku dah tak macam 20 tahun dulu. Ni badan aku dah rasa sengal-sengal ni. Naik seram-sejuk pun ada ni...rasa letih sangat-sangat...jadi lepas sembahyang isyak ni aku nak turun round sekejap, kunci office dan balik bilik. Nak gantung kat luar bilik DND! Heh3...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog aku yang aku kenal dan sayang serta pada all the silent readers out there...take good care of yourself and jangan lupa sembahyang!

Rabu, November 25, 2009

Bila dah tua nanti...

(dengan hassan yang jumpa jemaah italy yang hilang dan kami bagi jemaah yang hilang tadi makan dulu..)

(penyamun2 FO seronok guests dah keluar!)

(usung beg jalan keluar nak ke mina diikuti oleh hujan lebat, kilat sabung-menyabung...)

(aku dan guests penting aku dari KL)

Memang kelas sungguh hari ni. Lepas sembahyang subuh, tak sempat nak habis salam, restaurant aku dah kena serang. Pergh...memang power habis...aku terperangkap kat korner-korner dan tak boleh nak buat apa-apa lagi dah. Kepala asyik pusing kiri dan kanan manakala mata aku pun dok toleh kiri-kanan jugak sambil badan melekat kat dinding dan tengok jemaah bersesak-sesak nak makan. Mungkin depa practise untuk bersesak-sesak kat sana nanti kot...aku turun tengok kat lobby pulak. Pun sama jugak keadaan dia, mengalahkan tengok bola. Pukul 7 pagi, kedai kopi aku dah jadi macam padang jarak padang terkukur! Yang jaraknya depa dan terkukurnya aku! Whooohooo...dahsyat...suatu suasana yang amat dahsyat dan mengerikan...8 buffet counter aku dah togel! Nasib baik pinggan tak boleh makan..kalau tidak dengan kerusi meja depa dah sebat..

Jemaah berbondong-bondong turun ke lobby sambil menyinsing beg kecik...ada jugak yang usung anak kecik sama. Penyamun-penyamun semua dok kelam kabut re-set balik buffet dan refill buffet. Dalam aku dok liar mencari kenalan, aku ternampak 2 orang guest melayu. Pakai kain pelikat. Pelan-pelan aku ambik kopi duduk kat meja depa. Aku bagi salam, 'Assalamualaikum Dato'....." depa terkejut tengok aku. Guest aku ni duduk kat hotel lain tapi kami dah kenal lama masa aku kat Madinah lagi. Depa datang buat haji dan singgah kat kedai kopi katanya nak having a good breakfast before leaving for Mina...lama kami bersembang. Sakan sungguh...seronok bersembang dengan guests aku ni sebab pasangan ni dari Perlis dan kalau tak silap aku Kedah jugak...mengekek-ngekek kami gelak sambil dok minum kopi...aku cakap yang aku tak pernah nampak dia pakai baju melayu dengan kain pelikat..then dia cakap sebenarnya semalam masa kat haram dia terjumpalah sorang melayu ni. Depa pun bersembang...dia tanya kat orang tu dah berapa lama duduk mekah dan orang tu kata dah lebih 30 tahun...pakcik tu pun pakai baju melayu dengan kain pelikat. Habis guest aku pun terkejut kat pakcik ni sebab pakcik ni walaupun dah duduk mekah lebih 30 tahun, tapi identiti baju melayu dengan kain pelikat tak pernah dia tinggal...jadi pagi ni bila guest aku bangun nak ke haram, dia teringat kat pakcik tu tadi, terus dia capai baju melayu dengan kain pelikat dan pakai untuk ke haram...

Then aku cerita pulak satu lagi "tragedi buah epal" kat depa. Ni guest aku dari Morocco lagi sorang...dia dah tua dan jalan pun lambat. Pakai tongkat dan terhinggut-hinggut (terketar-ketar). Dia datang breakfast dengan isteri dia dan kawan-kawan isteri dia. Selalunya kalau dia datang aku akan bagi meja yang paling dekat dengan entrance sebab tak payah nak ganggu orang masa nak keluar nanti. Ada satu pagi tu dia cakap kat wife dia...nanti kalau nak pergi masjid, tolonglah tunggu dia sebab dia takut hilang...pintu masjid ada banyak...nak jalan ke masjid pun lambat...terketar-ketar lagi...pakai tongkat pulak tu...wife dia kata, okay akan tunggu. Tapi pakcik ni kata dia lapar lagi, nak ambik makanan sikit kat buffet, tolong tunggu dia habis makan dulu...makcik ni kata ok. Pakcik ni pun jalan ke buffet dengan terhinggut-hinggut pakai tongkat. Ambik roti sikit, foul sikit dan balik ke meja dia...sampai kat meja dia, pakcik ni terkejut sebab orang lain dah duduk situ. Pakcik tanya kat orang yang duduk tu mana pergi makcik tadi. Depa kata tak tahu...pakcik tak jadi makan...tinggalkan makanan kat atas meja, dengan terhinggut-hinggut turun lobby cari makcik...lama pakcik ni cari. Sekejap aku jumpa kat lobby, sekejap aku jumpa kat restaurant, sekejap aku jumpa kat lif. Lepas tu aku terlupa pasal pakcik ni...petang pukul 5 aku ternampak pakcik ni lagi dengan muka susah hati dok pi balik pi balik kat depan lift. Masa tu aku dengan Hotel Manager tengah dok tunggu lift. Kami approach pakcik tadi dan tanya nak kemana. Dia kata dia hilang kunci bilik...dia lupa bilik mana...dia tak tahu nak pergi masjid...dia dok cari isteri dia...kami pun check beg sandang dia dan terjumpa "key card" hotel yang ada tertulis nombor bilik dia. Kami organisekan kunci baru untuk dia...habis cerita...

Masa aku tengah dok check dinner, pakcik ni datang ke restaurant. Dia duduk di meja yang sama. Kami tanya dia ada dia tunggu sapa-sapa ka? Dia cakap dia tunggu makcik...dia tak nak tunggu kat tempat lain. Dia nak tunggu makcik kat meja tu jugak! Nak jadikan cerita, makcik pun sampai..nampaklah pakcik ni tengah termenung duduk kat meja...dengan muka letih dan sedih pakcik pun tanyalah kat makcik...pagi tadi pergi mana? Kan pagi tadi dah janji nak bawak pakcik (husband makcik) pergi masjid....kan pakcik dah tua...kan pakcik jalan terhinggut-hinggut...kan pakcik cepat lupa...kan pakcik dah cakap pakcik takut hilang....tapi pasal apa tinggalkan pakcik sorang-sorang macam tu? Makanan satu pinggan yang pakcik ambik pagi tadi tu sebenarnya nak bagi makcik makan...pasal apa makcik tinggalkan pakcik? Makcik tak sayang kat pakcik ka? Dia tanya isteri dia kat depan aku...lama depa cerita. Aku tengok makcik diam dan tak berkelip-kelip mata dia..tapi mata makcik dah berkaca, mata pakcik pun serupa...makcik menangis....pakcik menangis...makcik pegang tangan pakcik dan cium tangan pakcik sambil menangis dan mintak maaf....Tadi masa guests aku semua check out, aku tengok makcik dok pegang tangan pakcik sambil sama-sama turun escalator nak ke Mina.

Aku tengok Dato' kesat mata....aku tengok Datin kesat mata....tiba-tiba aku pun terharu dan kesat mata sama.......

Selasa, November 24, 2009

You're simply the best!

(untuk kerja tampar lalat, anda perlukan botol chemical, reket badminton berletrik dan plastik simpan lalat yang terkena renjatan....bro, I salute you!)

(belajar memandu cara sini...)

(penyamun ni lah yang buat mandi semalam...secukup rasa...alamak dahi dia berpeluhlah...secukup rasa???)

(ubi kentang untuk jemaah)

(telur untuk jemaah, setengah hari dah habis tu!)

Esok pagi kebanyakkan guests aku akan check out. Jadi esok, breakfast aku akan jadi tapak pesta....mesti meriah dan penuh dengan warna-warni...seronoknya...tak sabar rasanya nak tunggu esok!@#$%^&*. Tadi aku sempat bersembang pulak dengan guests aku dari Marakesh. Baik sungguh couple ni. Nampak macam muda lagi...semalam aku dah bersembang sikit dengan depa tapi hari ni aku sembang lebih sikit lagi dengan depa. Couple ni duduk kat Marakesh, Morocco iaitu sebuah tempat percutian yang memang aku teringin nak pergi sebab "souq" nya yang cantik dan very traditional. Kami bertukar-tukar name card. Aku tengok-tengok name card dia, mak aiiii.....Al Jazeera! Alamak...tak tahulah kalau Al Jazeera tu kedai jual coklat ka kat sana tapi aku tengok ada lambang-lambang tv...mungkin Jazeera tu la kot...yang ada Riz Khan tu! Mungkin depa wakil kat Morocco. Husband and wife lagi tuh! Dia kata next year nak bawak anak-anak buat umrah pulak. Aku tanya macamana nak tinggalkan anak-anak kecik kat rumah bila depa datang buat haji? Depa kata anak-anak depa boleh hidup berdikari...aku terkejut. Eh kecik lagi anak-anak takkan dah pandai berdikari? Last-last depa bagitahu yang anak sulung umur 18 tahun, nombor 2 dah 15 tahun dan nombor 3dah 14 tahun...alamak, jauh beza dengan aku sedangkan depa nampak muda sungguh! Depa bagitahu aku yang depa kahwin masa kat universiti dan umur depa belasan tahun lagi masa kahwin dulu...

Bab kahwin muda ni memang aku tahu kat Egypt pun serupa. NO OFFENCE PLEASE! Aku tanyalah kawan aku budak Egypt. Pompuan Egypt ni macamana? Depa kata masa muda memang cantik gila...lepas kahwin depa gemuk gila! Then, aku tanya lagi...chef nashat pun cakap yang pompuan Egypt ni garang-garang....kalau balik rumah tu dia malas nak cerita banyak sebab asyik kena potong cakap memanjang...heh3...aku gelak sorang-sorang...hai chef, kat dapur suara dia lah yang paling kuat aku dengar. Belasah sana, belasah sini tapi kat rumah diam rupanya! Heh3...

Ada sorang kawan kerja yang aku kenal ni, mulut dia, masyallah...pon serupa macam chef nashat. Punyalah kuat. Kalau cerita suara dia saja yang aku dengar. Ada sekali kami ajak pergi minum. Dia cakap, "aku nak kena balik awallah...nanti susah..." Heh3...

Aku bernasib baik sebab aunty paham kerja aku. Aunty pun tak banyak hal walaupun aku tahu dia sedih aku tinggal jauh dan aku jugak tahu yang dia susah nak handle semua sorang diri...jadi kat situ, aku sangat respect dengan ketegasan dan kecekalan dia. Walaupun kecik tapi semangat sangat kuat...semangat Jepun...Aku tak susah hati kalau aku tinggalkan lama-lama sebab dia pandai jaga anak-anak. Dalam pandai-pandai tu aku fahamm yang dia sangatlah letih. Nasib baik aku dapat pembantu yang membantu. Rumah aku kecik. Anak-anak aku makan makanan yang senang-senang. Jadi basically, pembantu aku dah tak payah nak jaga abang dan yuya. Cuma jaga yang kecik saja selain daripada jaga rumah yang sekangkang kera tu...dulu aunty selalu cerita yang dia letih nak jaga rumah sorang-sorang. Balik kerja dah pukul 9 malam...nak makan lagi, ambik anak-anak kat nursery lagi, basuh baju lagi, lipat baju lagi...sampai kadang-kadang kalau hujan, neighbour aku yang tolong kutipkan baju. Menangis jugak aunty masa cerita kat aku dulu. Aku jadi sayu terus...masa tu lah aku dok mengenang nasib. Apasallah aku kerja jauh-jauh...kerja kat MBO Galaxy Ampang kan dekat...selain tu dapat tengok wayang free!

In fact kalau aku cuba nak bayangkan apa yang dia buat tu, memang aku tak terbayang langsung...aku tak terbuat benda tu semua. Dah lah dia datang dari jauh...aku pulak tinggalkan dia sorang-sorang. Guilty tu ada jugak tapi aku pesan jugak kat dia kalau ada apa-apa, tolong talipon kat Kak Anne ka sapa-sapa ka adik-beradik aku yang ada kat KL. Infact Ah So yang kat atas rumah aku pun pesan kat aunty jugak. Kalau nak apa-apa, talipon kat Ah So. Dia terjun lompat balcony!

Macamanalah aku nak balas jasa dia ni? Errr...ada cadangan?

Isnin, November 23, 2009

Semuanya rezeki!

(ni cashier aku. budak egypt. sapa tak bayar dia rendam dalam nile river!)

(malaysian students dan tuan bad. dia bukan pegawai polis, tapi tuan bad..heh3...)

(salad yang nak keluar untuk dinner)

(marhabah...marhabah...jangan bah sudah!)

(take away breakfast aku, murah tuh!)

Wah...hari ni memang meletup aku....bukan meletup pasal apa, buku lali, lutut dengan siku aku habis meletup-letup...Prup-prap, prup-prap bunyi...dari pagi sampai malam dok berperang non-stop. Main rugby pun aku tak letih sampai macam ni. Ni dah kira aku main rugby lawan dengan 3 team sekali ni, non-stop! Badan punyalah letih, kalau hantar bengkel kereta pun mesti kena reject sebab dah tak boleh nak buat apa lagi dah! Nak ketuk tak boleh, nak overhaul tak boleh, nak cat tak boleh...tapak kaki aku ni dah dok nyut-nyut balik. Aku tak reti nak cerita macamana. Jadi "nyut-nyut" tu lah jadi penterjemah aku...harap-harap ada lah yang paham!

Semalam aku ada jemput orang besar negara kita makan tengahari hari ni. Semalam masa lunch time aku ada tanya, depa teringin nak makan apa? Depa kata nak makan tradisional mandi. Jadi semalam aku dah pesan kat penyamun tarbus semua yang aku ada VIP yang aku nak entertain makan mandi. Aku suruh buat 2 sekali, ayam dan kambing. Depa kata okay, beres. Ala nak cover balik la tu...hari tu dah terbalikkan tajin kat suit aku..

Jadi lepas breakfast tadi, aku tutup satu restaurant dan re-set balik jadi private dining area untuk depa. Time makan, pukul 1 lepas zohor. Kalut penyamun semua dok masak nak impress. Berpeluh dahi budak-budak tu...lepas zohor aku pun tunggu VIP aku sampai. Sorang-sorang datang...aku tunggu kat lift dan usher depa masuk. Depa terkejut sebab cuma depa kat satu restaurant yang boleh tampung 170 orang makan tu. Lepas semua duduk, aku pun bukakkan napkin letak atas riba, tiba-tiba depa kata, "Shahrir, you have to sit with us. This time please join us..". Bila Menteri dah cakap macam tu, aku pun mulalah terkemut-kemut! Aku pun duduklah disatu sudut yang jauh dari pandangan mata kasar...Mula-mula salad sampai....semua makan. Depa kata sedap nih....habis salad....then mixed grill keluar, depa kata sedap nih....habis mixed grill....then mandi keluar, depa kata sedap nih....habis mandi....then dessert sliced fruit dan omm ali keluar, depa kata sedap nih....habis dessert, aku tengok semua dah tersandar mata layu....tiba-tiba si Mainul yang aku dah pesan semalam bawak keluar setiap sorang double espresso. Sebelum minum double espresso, aku keluarkan pulak vanilla ice cream untuk masukkan dalam espresso tadi. Kacau sana, kacau sini, minum...mata celik terus...dah habis makan, kami mula bersembang. Seronok sungguh bercerita tiba-tiba Menteri buat announcement...."I saja nak bagitahu pada yang belum tahu ni, actually Shahrir ni junior I masa kat Seremban...tapi jauh lah...dia muda 10 tahun dari I.." Heh3...aku pun apa lagi, keluar sayap lah....aku rasa macam naga masa tu, hidung keluar asap, telinga keluar asap, rasa macam terangkat semacam...dah terapung kat atas kerusi tu sambil dok senyum-senyum...maklumlah 10 orang-orang penting dok tengok aku...aku pulak saja-saja lah pakai tie old boys....keelllaaasssss!

Ok habis, on the serious note, tiba-tiba topik perbualan kami dah jadi serious...aku yang tak boleh nak serious ni terkulat-kulat sorang-sorang. Nak bangun salah, tak bangun pun salah...seronok aku dengar cerita. Kena pulak ada sorang lagi tetamu aku bercerita pasal penglibatan dia mula-mula dulu. Bersemangat sungguh aku! Aku memang suka kalau dengar cerita patriotik dan memberi semangat kepada orang kita untuk berjaya ni. Memang banyak aku belajar dalam temph 2 jam kami makan tu. Aku tiba-tiba rasa macam pandai pulak...heh3...

Lepas makan, aku hantar depa kat lift dan ucapkan terimakasih sambil bersalam dengan VIP semua sorang-sorang. Amboi aku rasa macam orang penting sungguh...first time aku rasa penting selama lebih 41 tahun nih! Heh3...Masa nak naik lift, senior aku siap pesan lagi, "Shahrir, while in KL, sms me, we'll go out for dinner!". Huh?

Pukul 3 aku ada meeting dengan FB Heads semua untuk next day progress. Berapa ribu orang nak makan...apa last meal depa sebelum ke Mina dan bila depa balik ke hotel lagi sekali dan apa first meal depa nanti. Prepare menu balik supaya tak sama dengan sekarang etc...lepas meeting dan sembahyang Asar, mata aku dah kuyu balik. Aik...espresso ni kena triple kot...tak boleh double. Aku turun bawah sekejap pekena teyy. On the way nak naik hotel aku terserempak dengan orang kuat embassy dan kami bercerita pendek...sembang punya sembang rupanya dia pun senior aku jugak kat sana dulu...laaaa....masa dia kat Putrajaya aku tak tahu pun tapi dia selalulah datang RKL organisekan govn function...dia kata, "La...I should have known you earlier...boleh buat semua function kat tempat you..." Tu dia aih...rezeki ni....aku bagi name card aku. InsyAllah kalau ada orang penting datang, janganlah lupa yea! Duduklah kat sini...junior ada....heh3.....

Aku dan Berita Harian!

Salam semua...pagi ni aku dapat small note dari KL yang mengatakan ada small, tiny article aku keluar kat Berita Harian. Bahagian mana aku tak tahu sebab aku pun tak baca lagi. Mungkin Bahagian Ugama sebab yang pastinya, article aku tak akan keluar kat Bahagian Ekonomi ataupun Politik...heh3...selamat membaca!

Ahad, November 22, 2009

Aku dan lembu!

depa tunggu show)

(keciknya marina..)

(show tunggu depa!)

(depa tengok binatang ka binatang tengok depa?)

(nanti besar boleh main tenis nih!)

Dulu aku selalu suka bawak anak-anak aku pergi zoo. Bukan pasal aku suka sangat dengan zoo tapi sebab zoo tu dekat sangat dengan rumah aku. Tu reason dia. Jadi bila dah tak tahu nak bawak anak-anak pergi mana, zoo lah yang selalu jadi sasaran. Pergi pagi then balik tengahari! Bila balik, tapau Burger King, ngap-ngap, terus terlelap sekejap sebab penat pusing satu zoo! Actually, aku yang penat dan bukannya budak-budak...

Cerita pasal zoo ni, masa aku kecik-kecik dulu kat Penang, mana ada zoo...in fact dah besar-besar, kat Penang tu mana ada zoo...sama ja dari dulu sampai sekarang. Aquarium pun takda sekarang ni. Selain daripada anak-anak ayam yang selalu aku tengok kat belakang rumah sebab mama bela untuk kami sorang sekor, aku cuma kenal cicak, semut, kucing, anjing Mak Nya rumah sebelah, burung belatuk yang tiap-tiap malam dok mengetuk tiang lampu depan rumah aku, aku kenal jugak dengan lembu. Malam-malam lepas maghrib, berpuluh-puluh ekor lembu lalu kat rumah aku. Depa nak balik kandang. Mama kata jangan pakai baju merah sebab lembu marah. Jadi selama lembu dok lalu kat depan rumah aku, aku tak pernahlah pakai baju merah sebab takut kena tanduk dengan lembu.

Ada sekali tu entah macamana aku cari-cari dalam bakul baju, baju lain tak ada dan yang ada cumalah yang warna merah. No choice...aku pun pakai baju merah tadi. Keluar rumah sekejap main kat tepi longkang. Masa tu bukit botak ada lagi sebelum kena tarah..seronok main kat longkang, aku pun terduduk sebelah longkang. Sambil dok mengelamun hari pun dah senja dan aku tak dengar azan maghrib. Toleh-toleh belakang, "tentera lembu" dah sampai...mahulah dalam 20-25 ekor lembu. Aku panic. Lari kiri dia ada, lari kanan, dia ada. Lari depan dan belakang, pun dia ada..ah sudah...kacau ni..last-last aku tersadai kat tengah-tengah sekawan lembu tadi tu. Aku pejam mata dan terus melolong mintak tolong. Bila aku bukak mata, lembu sekor dah usyar kat aku. Aku toleh nak lari. Belum sempat nak lari, dia dah tanduk kat belakang aku....aku terlentang atas rumput tepi longkang. Aya yang jaga lembu tadi terus sebat ponggong lembu tu. Berterabur depa lari. Aya datang dan angkat aku bangun. Aku tengok lembu aku nangis. Aku tengok muka Aya lagi kuat aku nangis! Masa aku lari lintas jalan dan balik rumah, mama tengah dok masak nasi. Mama tanya apasal aku nangis? Aku cakap kena tanduk lembu...mama terus pot-pet pot-pet...tak dengar cakap...pot-pet pot-pet....pakai baju merah, pot-pet pot-pet.....jadi sejak dari hari tu, aku pun percayalah yang lembu benci orang pakai baju merah.....

Ada sekali tu masa aku drive balik Penang dengan Kak Anne, Kak Lit dan Wan (abang aku), aku pun cerita lah yang aku pernah kena tanduk lembu. Aku siap bawak kereta lalu kat tepi longkang tu lagi nak tunjuk kat depa yang kat situlah aku kena tanduk lembu tahun 74 dulu. Longkang tu pun ada lagi...cerita bagai nak gila kat depa...last-last Kak Anne kata, lembu tu "color blind..." mana dia kenal warna apa! Pergh...biar betul ni....jadi selama lebih 30 tahun aku dok percaya tu sebenarnya cuma mitos lah....heh3.....

Sabtu, November 21, 2009

Lost and Found..

(lamb curry. Baru setengah tu...)

(adil tengah dok senduk lamb curry masuk chafing dish)

(tadi hilang...)

(sekarang dah jumpa...)

(bagus betul group ni)

Macam-macam aku jumpa bila kerja kat hotel ni ataupun kedai kopi. Jam tangan, cincin, gelang, subang, duit, passport, payung, pampers, seluar anak dan macam-macam lagi dan kalau aku nak listkan mungkin sampai esok baru habis...itupun kalau habis. Kalau tak, mungkin sampai minggu depan pun ada list tu lagi. Mmemang menarik bila nak dikenang-kenangkan...

Dalam banyak-banyak barang yang hilang dan jumpa, ni lah first time guest complaint yang dia hilang gigi! Aku heran macamana gigi boleh hilang? Tak masuk akal gigi tu boleh hilang..tercengang aku sekejap tadi. Aku tengok gigi dia penuh tapi dia dok melilau tunjuk aku gigi dia. Aku tanya apa yang tak kena dengan gigi dia? Semuanya penuh! Dia dok cerita jugak kat aku yang gigi dia hilang...dekat setengah jam kami dok bercerita. Last sekali aku panggil budak aku yang dok jaga kat meja dia dan tanya sapa yang clear meja tu tadi? Ada la sorang penyamun ni mengaku. Aku panggil dia kat belakang. Aku tanya, samada dia jumpa gigi kat atas meja? Dia heran...muka heran tu aku tengok kelakar sungguh! Aku cakap takpa, macam nilah...bagitahu kat aku, kat mana dia buang balance plate tu tadi dan mungkin gigi tadi ada tertinggal kat atas plate. Dia tunjuk aku tong sampah. Alamak, tong sampah dah penuh ni. Tak pa. Aku terbalikkan tong sampah. Habis semua makanan yang dibuang tadi bersepah kat atas lantai. Kami 2-3 orang duduk mencangkung dan kuis-kuis sisa makanan tadi. Ada la dekat 10 minit dok cari. Last-last aku ternampak ada segumpal tisu. Selalunya depa ni makan apple dan balance apple depa gumpal dan masukkan kat depan tissue dan buang. Tapi sekali ni aku curious nak tahu apa yang ada kat dalam tissue tu tadi.

Pelan-pelan aku ambik tissue tu dan aku tengok muka penyamun-penyamun lain semua pun dok curious jugak....macam pakar pathologist (betul ke pakar ni depa panggil pathologist? Tolong betulkan kalau aku salah!) dok buat kerja. Masa tu aku dah terbayang cerita CSI! Siap pakai glove la...dok kat dalam lab la....pakai microscope la...pakai mask la....ada dead body la...macam-macam imagination aku...tiba-tiba praaaap.....aku bukak tissue tu...pergh, memang ternyata benda tu ada kat dalam tissue...berbungkus rapi....kami masa tu tengah dok mencangkung terus terduduk terkejut! Tersandar kat dinding kat belakang restaurant...alamak....gigi palsu la....patutlah guest tu kalut dok cari...tapi yang herannya aku tengok gigi dia penuh! Aku balut balik dalam tissue, bawak pergi pantry, cucikan gigi dia.....rendamkan dalam air sekejap kononnya nak sterilise la....then siap. Aku suruh penyamun balut balik dalam tissue baru. Habis budak-budak aku lari! Semua tak nak balut gigi palsu tu.....

Ooooo, lari yea....tak pa, aku balut balik elok-elok, aku cari tuan punya gigi tadi kat lobby. Penat aku cari pasal lobby hari ni dah peak. Nak jalan pun tak lepas 10 meter! Last-last aku ternampak muka dia yang susah hati. Aku bagi balik dan dia punyalah happy tak sangga! Aku tanya ni gigi apa? Tadi aku tengok gigi dia penuh...dia kata memang dia pakai gigi palsu tapi dia ada dua..satu untuk makan dan satu lagi bukan untuk dipakai masa makan. La....macam ni pun ada...jadi hari ni aku dah belajar benda baru pasal gigi palsu...heh3..."Lost and Found!"

Jumaat, November 20, 2009

Panjang sikit nih...

(tu dia aih......part 1)

(tu dia aih.....part 2)

(tu dia aih.....part 3)

(tu dia aih.....part 4)

(tu dia aih.....part 5)

Amboi seronok sungguh aku melayan tetamu hari ni. Malam ni aku tunggu lagi sorang VIP kita. Masa mata tengah dok juling tadi aku lari turun kat Saji kejap pergi minum teyy satu bagi mata cerah balik. Sementara mata cerah dan perut tengah lapar, baik aku taip dulu. Kalau dah sibuk satgi, tak sempat pulak nak karang cerita.

Tadi ada sorang pakcik Indonesia aku jumpa terduduk letih kat depan office aku. Aku tanya pegawai Indonesia yang ada dari mana pakcik ni datang dan pasal apa ada terduduk kat depan office aku? Lepas disoal-siasat, rupanya ada jemaah Indonesia yang tinggal kat hotel aku terjumpa dia kat depan hotel, sesat tak tahu nak pergi mana lalu diajaknya pakcik tadi masuk hotel ni. Bila dah sampai waktu makan, dia tak sampai hati dan diajaknya sekali pakcik ni makan. Jadi bila aku nak masuk office tadi pukul 9 malam aku terkejut tengok pakcik ni dah letih tergolek sorang-sorang kat depan pintu. Petugas Indonesia tu bagi makan tapi dia mintak maaf kat aku sebab tak bagi tahu aku yang dia ajak pakcik tu makan...Ish...takkan aku tak bagi pulak? Blind stomach ka aku ni? Kalau jadi kat arwah bapak aku dulu apa perasaan aku? Aku ajak pakcik tu masuk pejabat aku dan aku suruh dia baring kat atas sofa so good aku. Lepas setengah jam, petugas bagitahu yang kereta dah sampai nak hantar pakcik tu balik hotel dia berdasarkan jag haji yang dia pakai. Alhamdulillah...semoga pakcik selamat ke hotel dan selamat mengerjakan haji...

Lepas pada tu aku tersandar sorang-sorang kat kerusi office sambil dok berfikir masalah dunia! Macamana kita nak memajukan pemikiran kita? Macamana aku nak sampaikan message pada adik-adik semua macamana nak menghadapi cabaran kat tempat kerja? Ditempat kerja ni ada macam-macam perangai. Ada yang terpuji dan ada yang tidak...aku bermula dari bawah. Sama-sama susah tapi aku berusaha dan berusaha. Ada jugak yang sama-sama aku susah dan kurang berusaha tetapi berjaya. Kat situ aku ada sikit sikap jealous. Tapi sikap tu lebih menjurus kepada macamana nak mencapai tahap yang lebih baik daripada kawan aku tadi. Sikap positive. Aku cari strategi dan strategi-strategi aku ada aku cerita dalam entry yang lepas-lepas...tak menyusahkan orang dan tak menyakiti hati orang. Bila tiba masanya aku dapat promotion, kawan aku yang sama-sama tadi dah berada kat bawah aku pulak...Alamak, macamana aku nak bagi instruction kat dia suruh dia buat kerja? Kat situ aku terbantut sikit...lama jugak aku ambik masa untuk convincekan depa yang aku tak pernah berubah...luckily, depa terima aku dengan baik dan kami bekerjasama dengan baik...

Aku selitkan cerita ni bukan pasal apa, Usop Santorian yang ada sekali tu aku masukkan dalam entry sebab dia aku calonkan sebagai "employee of the month" dan dia menang. 2 bulan lepas tu aku tengok prestasi kerja dia bagus dan aku promote ke position Sr Waiter. Kalau kat tempat lain depa panggil Captain. Usop bangga. Usop kerja dengan lebih giat lagi. Minggu lepas aku dapat complaint daripada budak-budak yang sama-sama waiter dengan dia dulu. Depa kata Usop dah banyak berubah dan arahan-arahan yang dia bagi kat penyamun-penyamun tu semua agak keras. Depa tak suka dan rasa macam Usop cuba menunjuk-nunjuk....hmmm...payah jugak situation macam ni.

Aku sebenarnya faham sesangat. Usop muda lagi. Masih didalam awal 20-an. Promotion untuk Usop aku rasa kena pada masa dan tempat lepas kerja dengan aku selama hampir 2 tahun. Tapi apa masalah Usop ni? Masalah si Usop ni sebab tiba-tiba dia rasa yang dia dah senior dan semua orang patut dengar cakap dia. Aku faham yang Usop bukan berniat tak baik ataupun menunjuk pandai. Tidak sama sekali. Cuba perubahan sedikit tu membuatkan kawan-kawan dia kurang menyenangi Usop. Bagi aku Usop tetap Usop yang dulu, cuma kawan-kawan tak dapat terima arahan dia. Usop memang tegas tapi bertempat walaupun kadang-kadang tersasar sikit. Dulu depa sama-sama makan kat cafeteria. Horey-horey sama-sama....tapi la ni bila Usop dah ada tanggungjawab sikit, dia agak sibuk menguruskan tanggungjawab dia. Jadi Usop dah tak sempat nak makan sama-sama kat cafeteria dan dah tak sempat nak horey-horey dengan kawan-kawan dia macam dulu lagi...kawan-kawan dia rasa terpinggir...dan bila depa ajak dia makan sama-sama, dia kata tak boleh sebab nak habiskan assignment dulu. Lagilah kawan-kawan rasa diketepikan...

Aku panggil Usop pulak masuk opis aku dan kami bersembang lama. Aku cakap kat Usop, kerja dia bagus dan ada peningkatan. Aku suka dan aku harap, dia dapat teruskan prestasi kerja dia. Walau macamanapun, aku pesan kat Usop, promotion tu tak bermaksud yang Usop dah ada kuasa veto....Usop masih lagi seorang pekerja biasa yang diberikan sedikit tanggungjawab lebih daripada kawan-kawan yang lain. Laksanakan tanggungjawab tu dengan sempurna. Bagi arahan dan perintah dengan berhemah...jangan tengking-tengking...buat kerja sama-sama...Usop angguk-angguk tapi dia tak geleng-geleng! Usop lebih memahami kawan-kawan tu sebab sama-sama kerja waiter jadi jangan terburu-buru....take your time.....lama-lama kawan-kawan akan dapat terima yang Usop bukan lagi waiter macam depa tapi dah berpangkat Senior Waiter...dan depa akan mengikut arahan Usop. Usop keluar office.....tadi aku tengok si Usop Santorian dengan budak-budak yang complaint pasal dia tengah dok horey-horey sambil lipat napkin yang cuma berjumlah 2500 tu! Depa senyum kat aku dan aku senyum kat depa...

Ok, berbalik pada cerita waiter-waiter tadi, macamana kita nak menangani masalah ni? Sebagai orang yang telah dilantik keatas, kita sekarang dah jadi ketua depa semua. Buatlah kerja dengan baik, bagi arahan dengan baik dan dengar masalah-masalah depa semua. Jangan berubah mendadak sebab kawan-kawan kita tak boleh nak terima sebab dulu kita sama-sama horey-horey dengan depa. Since kita pernah sama position dengan depa, advantage tu terletak kat tangan kita. Waktu santai atau waktu makan duduk sama-sama dan bercerita macam biasa dengan depa tetapi indirectly bagi isyarat yang waktu kerja, depa kena ikut arahan kita. Macam kita main rugby jugak....sebelum masuk padang, kita pi minum teyy tarik sama-sama tapi lepas masuk padang kita Captain dan depa mesti dengar arahan kita. Lepas main rugby kita masih sama-sama duduk minum teyy dengan depa. This is teamwork...laksanakan tugas kita sebagai ketua dengan baik...tunjukkan contoh dan tauladan yang baik sebagai ketua...orang kata "walk the talk" errr...betul ke ayat ni? Fahami masalah depa, be a good listener...bagi advice yang baik...semuanya bergantung kepada kita....

Kepada adik-adik yang tak dapat promotion pulak, terimalah hakikat bahawa adik-adik kurang bagus daripada Usop Santorian tadi. Belajar lagi dan berusaha lagi supaya sama ataupun lebih baik dari Usop...jangan berniat jahat...jangan mengumpat atau mengutuk......sebab nak tak nak dia dah jadi boss kita! Dengar arahan Usop dengan baik selagi dia menyuruh kearah kebaikan...

Pada Usop pulak, aku nak pesan, jangan ego, jangan tunjuk besar kepala, jangan sombong dan jangan tak hiraukan keluh-kesah depa....bantu depa, dengar masalah depa, duduk dan berbincang dengan baik dan cari jalan penyelesaian...

Petang tadi masa aku tengok Usop dok lipat napkin sama-sama dengan penyamun-penyamun, timbul rasa bangga aku kat Usop....aku rasa, he deserved the promotion!

Khamis, November 19, 2009

Small touch!

(persidangan meja bulat)
(muka aku diblurrkan oleh penyamun...mesti dia ada niat jahat nih...)

(balik nanti aku nak jogging kat sini)

(horey...pisang dah sampai!)

(masa minum teyy tarik dengan faisal petang tadi sebelum maghrib)

Wooohhh, hari ni pun serupa, aku tergolek-golek melayan tetamu. Tetamu yang diundang! Macam aku cakap hari tu, sulah libu-libu woooo. Pagi ni awal-awal pagi aku dapat panggilan talipon. VIP aku dah sampai. Penat dia sampai. Kesian kat dia dan isteri. Sekali ni kedatangan dia aku sambut dengan tangan terbuka. Lari pergi kat Lobby pukul 7 pagi tadi, checked-in kan dia dan terus bawak ke bilik. The moment dia tengok bilik tu, dia senyum pandang aku sambil wife dia kata, "macam balik kampung!". Aku lega dan terus tersenyum. Maksud dia kata macam tu actually dia rasa selesa bila set-up dan bilik aku organise kan yang serupa macam masa dia datang Ramadan hari tu. Aku pesan suruh dia rest sekejap dan aku tunggu kat restauranyt untuk breakfast sama-sama. Bila sampai kat restaurant pulak, staff aku pulak sambut dan ucap "welcome back" kat VIP ni tadi...Kami breakfast sama-sama. Ni penting untuk aku sebab dia tetamu VIP aku dan seorang tokoh yang disegani. Sama-sama memimpin negara beberapa tahun yang lalu. Tokoh ni memang "down to earth". Lama kami bersembang. Dia bertanya pasal aunty dan anak-anak aku. Aku tersentuh bila isteri dia bertanya banyak pasal family aku. Dulu kami bercerita panjang. Cerita-cerita menarik semasa dia masih lagi berada didalam kabinet. Cerita-cerita yang sungguh menakjubkan aku. Membuka minda aku dan cerita-cerita yang membuatkan aku bertambah positive.

Tokoh ni sangat berjasa pada negara kita. Memegang jawatan-jawatan penting dalam party dan salah seorang orang kuat bekas PM kita. Aku terharu bila isteri dia memanggil aku dengan panggilan Encik Shahrir. Nampak sangat halus budi-bahasa dia. Pasangan ini sudah melalui banyak peristiwa-peristiwa penting negara. Aku tak pernah puas bila duduk bersembang dengan depa. Aku tahu apa yang kedua-duanya suka. Malam tadi sebelum sampai, aku letakkan satu bowl daun pudina kat dalam bilik sebab isteri dia suka minum teyy dengan daun pudina fresh dari Madinah. Aku ingat semua tu. Walaupun kecik, ia sangat bermakna untuk aku. It's the small touch that counts.....setiap kali VIP datang ke hotel, aku akan tulis dan hafal semua likes dan dislikes. Sampaikan dulu masa aku kerja kat Sagano, aku cam kasut yang ini siapa punya. Aku susun elok-elok kat luar tatami room jadi bila depa keluar, depa terus serlom masuk...

Ada sekali masa aku jaga sorang isteri VIP ni, dia pun heran macamana aku boleh tahu apa yang dia suka makan. Ada sekali dia panggil dan tanya aku, "Shahrir, macamana you tahu I suka makan ni dan bukan yang tu?" aku senyum...dia sambung lagi, "Then you tahu pulak I suka kalau dihiris macam ni dan bukan macam tu...". Aku senyum panjang. Pada adik-adik yang baru nak mendalami "hospitality" ni, aku ada bagitahu dulu yang "attention to detail" tu sangat penting. Aku cerita sikit pasal attention to detail ni....maksud dia, kita perati, kita ingat dan kita ulang sesuatu yang dia suka dengan ada hadnya. Tak keterlaluan dan tak jugak kurang...part ni payah aku nak cerita sikit but once again, biar aku elaborate melalui cerita merepek aku.

Masa isteri VIP ni ambik makanan kat buffet, aku tengok, dalam kata lain, observe apa yang dia ambik. Kemudian aku tengok apa dan macamana dia makan. Then aku perati kat dalam pinggan dia, apa yang habis dan apa yang tak habis. Lepas tu aku tengok lagi apa yang dia ulang ambik. Makan dengan relax....ulang makan lagi.....makan benda yang serupa dengan santai dan kat situ aku dah capture. Kalau aku takut lupa, aku tulis kat kertas. Nama dia, title dia, apa dia ulang makan. Bingo...aku dah dapat. Jadi hari kedua masa dia datang nak makan, aku tanya samada dia suka makan makanan yang dia makan semalam ataupun dia ada apa-apa permintaan yang specific. Aku bet dia akan terkejut kalau aku tanya dia samada dia nak makan makanan yang dia enjoy makan semalam tu atau tidak. Voila...adik-adik dah berjaya menawan hati dia....kalau dia ada permintaan special, adik-adik keluarkan pen dan kertas dan tulis. Nampak remeh tapi ini menunjukkan yang adik-adik memberi perhatian penuh pada permintaan dia. Tulis dik....garam berapa banyak? Seasoning ok ke tidak? Apa specific sayur yang dia nak etc. Tulis dik......then bila dah habis, ulang balik dan dapatkan approval dari dia sebelum berjumpa chef dan explain supaya chef faham...bila siap, adik sendiri yang ambik dari kitchen dan serve dia. Tunggu for approval dari guest tadi. Bila suapan pertama tu masuk mulut, adik tanya kat dia samada makanan tu kena dengan apa yang dia mintak atau pun tidak....once guests tu angguk dan senyum, adik-adik dah menang half of the battle. Lepas daripada tu, adik-adik cuma perlu cruise along....life is going to be very simple for you...ingat adik-adik, attention to detail in whatever you do. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suruh orang lain buat. They are full of surprises...yang last-last akan jadi nightmare!

Berbalik pada isteri VIP yang kedua tadi tu, setiap kali dia makan, aku letakkan apa yang dia suka kat atas meja dia. Aku tahu warna apa yang dia suka. Jadi makanan tu mesti datang dari one particular country, has to be the same common color that she likes, nicely wrapped, properly sliced......the moment dia terpandang apa yang aku letak kat atas meja, aku tengok dia tersenyum dan mata dia liar cari aku....the moment dia nampak muka aku yang selalu nampak macam kepala penyamun tu, dengan senyuman manis dia cakap "thank you" dengan isyarat mulut saja kat aku......dia senyum...aku senyum....ingat adik-adik, "it's the small touch that counts..."

Rabu, November 18, 2009

Teringat lagi...

(Miss Lee Pui Leng, cikgu Norzila, cikgu Sazali Sam dan cikgu takraw aku, Sabarudin Ahmad - gambar cilok FB senior aku...sorry bro, heh3...)

(tiap-tiap kali aku usung kamera, ada saja penyamun menyelit!)

(buffet pesyen lama tapi trendylah kat sini..)

(gado-gado)

(ikan masin - lepas ratah 7 ekor, aku telan ponstan terus!)

wooooh...hari ni memang aku terasa bahang haji, Breakfast aku dah masuk dekat 1500. Lunch aku dalam 800 dan dinner aku tadi 1300 orang yang makan. Punyalah sibuk bagai nak gila. Dalam dok sibuk-sibuk tu, lauk untuk jemaah Indonesia dah habis. Aku pun lari kedapur nak jerit kat penyamun-penyamun tarbus suruh replenish...budak-budak steward tengah cuci kitchen masa tu...aku nampak Chef Adil tengah bawak "lamb tajin" kat dalam chafing dish untuk replenish international buffet aku. Entah macamana dia tergellincir betul-betul kat depan aku...bedebab jatuh tertiarap. Chafing dish tu aku tengok melayang-layang......(ni macam cerita Matrix nih..). Aku yang dok berdiri tercegat sambil cekak pinggang ala-ala Mak Gayah dan dok bising suruh budak-budak isi makanan cepat tak sempat pulak nak lari selamatkan diri. Habis terpelanting lamb tajin tadi dan kena baju aku...wooohhhh, kuah dia melekat kat jacket aku, melekat kat tie aku, melekat kat rambut aku, seluar aku, muka aku dan segala-galanya pasal aku. Budak-budak dah panic...habislah...kalau kepala penyamun marah.....nasib baik aku ni baik...kalau aku kepala yakuza, habis budak-budak tu semua aku suruh potong jari...penyamun tarbus semua datang kat aku bawak tissue lah, bawak napkin lah, nak simbah air lah...macam-macam...ada yang suruh bukak baju, tie, baju, semua sebab nak tolong aku. Eh gila ka? Takkan aku nak bukak semua? Pelan-pelan aku lap muka dan naik lif balik bilik. Ibu-Ibu dengan Bapak-Bapak tengok aku terkejut! Aku cakap tadi aku masak kuah kacang nak buat gado-gado untuk depa makan! Depa blurrr! Heh3...

Hari ni aku nak cerita sikit pasal cikgu-cikgu aku kat sekolah dulu. Yang first, Miss Lee Pui Leng. Cikgu ni mengajar aku masa aku form 1 pakai seluar pendek stokin panjang tu. Dia baru keluar universiti masa tu. Selain daripada tu dia mengajar aku Music. Ala...yang kelas horey-horey tu...aku bukannya pandai nyanyi pun tapi pasal Miss Lee ni lah aku masuk jugak kelas koir. Heh3...Miss Lee ajar aku lagu "100 Miles" but in French. Aku dapat join koir group sekolah. Punya happy tak sangga. Seminggu 2 kali kami practise kat IA Block dengan Hall sekolah. Pergh...dalam toilet pun aku nyanyi 100 Miles.....kellasssss...kami masuk pertandingan kat TKC masa tu untuk peringkat daerah Seremban. Aku beratur paling belakang sekali sebab aku besar. Penuh perasaan kami nyanyi. Masa lawan tu, saingan datangnya dari TKC, SPI dan KGV kalau tak silap aku. Nyanyi bagai nak gila, last-last kami dapat nombor 4 dari 4 buah sekolah yang bertanding...heh3...sapa kata aku tak boleh nyanyi?

Miss Lee ni jugaklah yang menambahkan minat aku pada English Literature dizaman muda walaupun aku cuma baca Jane Eyre 10 mukasurat ulang-ulang 8 kali! Ms Lee ni very the caring. Miss Lee mempunyai magnet yang sangat kuat. Sampai hari ni aku heran pasal apa masa dia mengajar, aku tak pernah mengantuk, tak pernah menguap, tak pernah berkelip mata aku dan tak pernah paham apa dia ngajar...heh3...Satu kelebihan Miss Lee, dia suka pakai baju traditional. Selalu pakai cheongsam masa mengajar. Sampailah ke hari ni, masa aku ternampak gambar dia dalam FB senior aku, dia masih macam dulu albeit nampak berumur sikit, tapi tetap pakai cheongsam....manis sungguh...

Yang nombor 2, Cikgu Norzila. Cikgu Norzila ni pun dulu baru keluar universiti. Mengajar Commerce. Kalau aku tak salah, dia tak mengajar aku sebab aku tak ambik commerce. Tapi pasal Cikgu Norzila ni cute masa tu dan penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, aku yang tak kena-mengena pun menyelit masuk dalam kelas tu jugak...heh3...ada sekali tu Cikgu Norzila dah terperasan muka aku dok terselit kat belakang. Dia tanya, "eh cikgu tak pernah nampak pun muka awak sebelum ni?". Pelan....aku keluar dan masuk balik kelas aku.....aku rasa sebab aku tak ambik commerce dengan Cikgu Norzila ni lah sampai sekarang aku tak pandai-pandai....hmmm, part ni aku heran, macamana lah Mak Aji boleh minat dengan nombor-nombor ni semua? By the way, sekarang ni Cikgu Norzila dah jadi Senior Asistant kat SDAR baru yang kat Sungai Gadut tu. Tahniah cikgu....

Yang nombor 3 tu pulak cikgu Sazali Sam. Yang ni memang best sebab dia treat kami macam adik-adik dia. Kami pulak anggap dia macam abang kami yang selalu dok bagi nasihat. Baik sungguh cikgu ni. Dia warden sekolah kami. Kami tak takut kat dia tapi tersangatlah hormat dengan dia. Bila kami dah hormat, kami selalu terpikir tak nak susah kan dia. Macam keluar malam-malam tu....cikgu Sazali Sam ni memang sangat prihatin dengan students semua. Aku tak tahu nak express macamana hormatnya kami kat dia. Tapi memang hormatlah...kalau berlumba lari, memanjang dia menang. Main bola boleh, main takraw boleh, serba boleh ni cikgu Sazali Sam ni...last year aku ada jumpa dia kat reunion di Putrajaya. Nampak yang cikgu Sazali Sam ni dah dimamah usia. Sayu aku tengok....

Yang nombor 4 tu, pergh...nilah yang aku ada cerita dulu kat entry yang terdahulu. Cikgu Sabarudin Ahmad. Dalam entry tu aku sebut SA. Pergh...ganas tuh....kalau dia ronda malam, aduhai....kadang-kadang kami terpikir, cikgu ni tak pernah selsema ka? Deria bau dia memang fantastic. Dari satu block ke satu block kami lari dari dia tapi tetap dia dapat ikut....power sungguh! Dengan rotan satu kat tangan....wooohhhh larik......ni yang aku kata best pal dengan Singh ni.....heh3...Singh, kau jangan marah aku Singh.....

Pada semua cikgu-cikgu yang diatas tu, saya nak ambik kesempatan di musim haji ni nak memohon ampun dan maaf dari cikgu-cikgu semua sebab banyak menyusahkan cikgu-cikgu dulu. Hasil tunjuk ajar daripada cikgu-cikgulah yang banyak menyedarkan saya balik walaupun dah 24 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. Kalau boleh masuk "time tunnel" mahu saya patah balik ke alam persekolahan tu dan belajar bersungguh-sungguh daripada banyak main bersungguh-sungguh! Salam hormat dari saya bekas pelajar Tahun 1 Putih, 2 Putih, 3 Putih, 4 Al Tabari dan 5 Al Tabari.......insyAllah kita jumpa di reunion pada December nanti!

Selasa, November 17, 2009

Suisse

(lac leman - gambar kat internet)

(kampung le bouveret - gambar internet)

(geneva - gambar internet)

(winter in geneva - gambar internet)

(jet d'eau - gambar internet)

Suisse adalah sebuah negara mewah. Aku suka kat sana sebab udara dia malar segar...memang terasa segar bila bernafas melalui hidung ataupun mulut...mula-mula aku sedut udara dia, wah....memang lain...penuh dengan zat dan vitamin...makanya aku menjadi bertambah segar dan ceria! Hidup di perantauan ni memang penuh dengan adventure. Adventure dengan masyarakat dia...adventure dengan bahasa dia...adventure dengan tradisi dan jugak adventure dengan pemandangan dia yang sebijik macam kat dalam postcard. Tak berubah langsung antara postcard dengan reality. Susah nak dapat kat tempat lain. Kalau kita pergi kekawasan perkampungan, tanah dia, masyAllah, punyalah besar! Family dia tak besar mana tapi ada 2-3 generasi duduk dibawah satu bumbung. Cara hidup depa mirip ke kampung sikit tapi layanan depa pada kita memang sangat memuaskan. Pernah aku beberapa kali pergi rumah kawan aku dan jugak selalu pergi rumah Fracheboud. Fracheboud ni orang suisse tapi wife dia Mexican. Dia mengajar aku Beverage. Semua jenis beverage@minuman dia ajar aku sampai aku jadi salah seorang yang expert dalam beverage kat situ...

Walaupun rumah orang kampung kat situ memang kampung tapi depa ni kaya-raya. Dalam garage bukannya ada lamborghini tapi ada sampai 2-3 tractor...ladang depa sangat luas. Macam-macam depa tanam. Seronok aku tengok. Pokok bunga jangan ceritalah...penuh kat tingkat belah luar kat rumah depa. Sangat cantik. Kalau depa bela lembu, memang banyak. Lembu depa selalunya depa bela untuk dapatkan susu. Susu tu pulak diusahakan untuk buat cheese. Aku sempat pergi ke tempat buat cheese beberapa kali. Mula-mula aku tak berkenan sangat dengan cheese ni sebab bau dia meloyakan tekak petai aku! Tapi bila dah lama duduk kat tempat orang dan tiap-tiap hari tengok cheese, aku pun dah sedap pulak makan cheese. Bukan setakat tangkap gambar saja aku sebut cheese, malahan masa tidur pun mengigau cheese! Setiap bulan kat sekolah aku diadakan Suisse Night. Staff dan student dari Suisse akan berpakaian traditional. Depa sewa pulak sorang pakcik datang main accordian....baju dia warna-warni. Sedap dia main...tapi kalau dah tiap-tiap bulan dok dengar lagu yang serupa, aku pun naik letih tengok pakcik tu.

Malam Suisse Night tu selalunya kami makan "fondue". Mula-mula macam biasa, tekak petai tak boleh nak telan...tapi lama-lama, jadi sedap lah pulak...aku dah perasan pakcik accordian tu tapi tak ingat kat mana aku dok jumpa dia. Penat aku pikir, tak ingat-ingat jugak. Takpalah...lain kalilah aku tanya. Ada sekali tu masa aku nak pergi minum kopi, aku lalu kat depan kedai daging, "Butcherie". Aku jengok kat dalam tengok daging. Macam-macam ada. Ada daging itulah, ada daging inilah...aku jadi curious nak tahu. Lama aku kat kedai tu. Macam-macam daging depa jual. Kat situ aku belajar jenis-jenis daging. Tiba-tiba ada orang tegur aku dari belakang tirai kat belakang counter. La..."pakcik accordian" rupanya...aku tanya kedai sapa? Dia jawab kedai daging tu kedai dia lah....then aku tanya lagi, yang main accordian tu adik dia ka? Dia jawab sebenarnya yang tu dia. Tapi dia minat main accordian, jadi bila ada offer dari sekolah aku, dia pun main lah sebulan sekali....rupanya accordian ni sebenarnya macam alat muzik traditional depa lah jugak...macam kita main angklong...

Ada satu pekan famous kat sini setiap musim panas. Tiap-tiap tahun mesti ramai pengunjung dari seluruh dunia datang ke Montreaux Jazz Festival. Aku tak terkecuali. Sebenarnya Montreaux ni taklah besar manapun...kalau setengah jam jalan mungkin dah habis. Banyak kedai cenderahati kat situ. Depa jual Swiss watches, swiss army knife, postcards, flags etc. Memang tempat pelancungan. Depa jaga sungguh tempat tu bagi bersih. Ada satu castle kat situ yang namanya Chateau de Chillon. Banyak kali aku pergi tempat tu. Boleh katakan setiap musim lah...yang rajin dok bawak aku kesitu selalunya sorang budak Siam ni. Nama penuh panjang sangat tapi nama pendek dia "O". O kahwin dengan Lyn, budak Taiwan, junior dia. La ni duduk kat Bangkok dan ada anak pompuan sorang. Aku tengok gambar anak pompuan dia, aku ternampak muka Lyn masa muda-muda dulu. Baik sungguh O ni. Selalu buat tomyam kat aku! Tu yang baik tu! Heh3...at one time O kerja jadi Executive Chef kat Bangkok tapi dia dah letih kerja hotel yang tak tentu hala tu jadi dia tukar profession dan sekarang lecturing kat culinary school kat Bangkok. Ada O tanya aku samada aku nak kerja kat Bangkok ke tak....alamak...cabaran ni....nanti aku pikir dulu yea O....

Isnin, November 16, 2009

Mulanya Disini Part 12

(pandangan dalam tingkap bilik - reflection dari tngkap bilik aku)

(orang dah start jalan ke haram untuk zohor walaupun baru 10 pagi)

(atas bumbung)

(semangat ke haram)

(satu lagi pandangan sisi)

Aku kembali lagi macam biasa dengan cerita suka-duka aku yang selalunya lebih duka dari suka...heh3...lepas aku agak-agak dah nak habis belajar, result pun dah dapat, cuma tunggu nak ambik sekeping kertas tu saja kat atas stage, aku ada buat permohonan sekali lagi kat HQ semoga dipertimbangkan permohonan aku untuk ke US pulak. Aku cuba dapatkan list-list universiti yang diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran dan aku dapat banyak balasan...pergh...kira qualified la tuh! Ni kalau Cikgu Muhardi tahu aku nak ke US masa tu.....mahu dia tampar dahi sambil geleng-geleng tak pun hantuk kepala kat dinding bilik guru sambil pikir "macamanalah penyamun ni boleh dapat?". Aku yang sentiasa kembang hidung (pensel boleh masuk!) pun hantar transcript aku kasi depa tengok. Lepas check sana check sini, Washington dah approve kemasukkan aku kesana. Horey....aku happy....yak-yak yay! Dalam diam aku pun buat persiapan untuk terus masuk ke sana dari suisse. Masa tu aku tengah kerja kat Geneva. Wui...punyalah sejuk Geneva tuh...rasa macam nak pergi kerja pakai kain selimut!

Ada sekali aku buat panggilan talipon ke HQ dan bertanyakan samada permohonan aku dah masuk BOD Meeting ke belum? Depa kata sudah dan baru habis tapi keputusan belum muktamad lagi...fuh...suspense gila aku...lepas 2 minggu aku bangun tengah-tengah malam dan jalan keluar ke phone booth tepi bus stop.Duit syiling penuh semua poket. Aku risau jugak takut-takut masa dok jalan tu, police depa buat spot-check mampus aku...apa nak jawab? Dah lah after midnight, duit syiling penuh semua poket pulak tu! Memang sah penyamun ni pergi menyamun kat "convenient store" ataupun korek phone booth ni...takpa-takpa...niat aku bersih walaupun "suci dalam debu!" Pelan-pelan aku masukkan tangan kat dalam poket. Kereching-kereching bunyi dia. Semua coin Sfr5. Patut berat aku pagi tu naik 2.5 kilo! Aku dial nombor ajaib tu, Ada suara dihujung talian. Dalam hati aku dok kata, "cepatlah-cepatlah...duit nak habis nih..". Panggilan aku disambungkan kepada "orang besar" yang aku nak bercakap sangat tu. Aku bagi salam sebagai tanda hormat. Dia jawab. Tak sempat aku nak cakap apa-apa, dia dah tanya aku dulu...ni pukul berapa ni? Aku cakap after midnight dan aku tengah menggeletar sejuk kat dalam phone booth dengan temperature dah minus 5 kalau tak salah aku...dii hujung talian aku dengar dia tergelak sikit. Aku lega....

Perbualan singkat terus aku focus kan ke soalan aku. Lama dia diam...last sekali dia cakap kat aku, "Shahrir, I want you to come back!" Pergh...satu jawapan yang aku rasa paling syahdu pernah aku dengar....macam petir pun ada jugak...dalam duit balance tinggal Sfr25, aku cuba merayu macam lagu Rahim Maarof tapi jawapan yang aku dapat masih lagi....."jangan kauuuuu rayuuuuuu, jangan kauuuuuu rayuuuuuuu, tak guna merayuuuuu, aku bukanlah......alat...........woh...........". By the way, ada aku cerita dulu yang adik si Rahim Maarof tu pernah kerja dengan aku dulu-dulu. Nama dia Rahman Maarof! Sungguh aih, tak tipu! Suara pun sebijik macam abang dia...malam-malam selalu buat s/w bagi aku makan masa aku dok study french untuk exam kat dalam bar Paya Serai tu!

Berbalik pada episod "White Onion Red Onion" tu, aku tergamam. Sambil tangan digenggam erat dan menumbuk-numbuk manja cermin phone booth di tengah-tengah malam buta! Dia ada explain kat aku pasal apa depa nak aku balik dan aku tersangat faham dan menghormati keputusan depa. Dia bagitahu suruh aku tunggu surat dan tiket untuk aku balik. Longlai aturan kaki aku naik lif ke tingkat 6.....sedih sungguh aku....aku teringin nak pergi US sebab kakak aku sorang kat Boston...sorang lagi kat Connecticut....dan kalau aku kat Washington pulak..pergh...mesti cun punya! Tapi takpa, bukan rezeki aku...aku tekan butang naik ke tingkat 6. Lif terbukak luas.....seluas masa depan aku...heh3...aku pun mula berjalan mengatur tapak menghala kepintu apartment aku. Tangan aku selok masuk dalam poket seluar sebelah kanan...dahi berkerut. Tangan masuk poket kiri...dahi berkerut. Tangan masuk poket belakang...dahi berkerut. Tangan masuk dalam poket jacket aku....dahi berkerut..oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk kunci rumah tinggal kat dalam phone booth..............

Adik-adik....setiap apa yang Uncle cerita, adik-adik baca betul-betul. Bukan ada binatang tersembunyi kat dalam tu tapi ada maksud yang tersembunyi...adik-adik kena tahu yang perjalanan hidup kita tak sentiasanya lurus. Kadang-kadang bengkang-bengkok macam lalu kat Bukit Putus nak pergi Pilah tu...tapi Uncle nak adik-adik semua bersyukur. Pada waktu dan ketika itu, Uncle ada sedikit tamak. Selepas dihantar ke Suisse, Uncle nak ke US pulak. Tapi kalau depa hantar ke US, entah apa pulak yang Uncle nak nanti. Jadi adik-adik jangan jadi macam Uncle yea...bersyukur dengan apa yang kita dapat. Kemudian dilain waktu, sambung balik berusaha.

Jangan lupa ucapkan terimakasih kepada yang membantu kita. Jangan lupa jasa depa. Bila balik, bagilah courtesy call sebagai syarat bertanya khabar. Tapi mesti ikhlas dan jangan dibuat-buat...dalam hal adik-adik yang masih muda remaja, Uncle nak cakapkan courtesy call tu seumpama kita menalipon mak-bapak kita untuk bertanya khabar. Orang tua kita mesti seronok dengar suara kita bertanya khabar pasal kesihatan depa.

Errr, by the way, kunci yang aku tinggal tu masih ada kat atas talipon dalam phone booth tu...heh3...

Ahad, November 15, 2009

Mulanya Disini Part 11

(kat padang MPAJ pakai baju sponsor)

(abang paling besar sekali)

(sekali pandang nampak macam rio ferdinand pulak...)

(2 budak jepun dengan isyarat tangan budak jepun!)

(surprise......berat aku pagi tadi...sorry leha dan bedah...aku dah kuuuuuuuruuuus! sorry, lupa nak pusing..heh3...)

Tiba-tiba aku rasa mengantuk ya'amat pulak lepas sembahyang Maghrib nih..kepala dah pening-pening lalat sikit. Badan pulak rasa kurang sedap...aduh jangan dia buat gila masa tengah-tengah busy ni sudah...tak sanggup aku dibuatnya!

Semalam aku cerita pasal semua lecturers aku. Err tak lah semua, sebab setengah tu aku dah lupa nama depa. But anyway, kawasan sekolah aku pun tak lah besar mana sangat. Kalau tak salah aku students semua adalah dalam lebih kurang 200-300 kot. Memang kecik in size sebab dia nak maintainkan the quality. Heh3...aku rasalah...Masa aku sampai tu tengah Winter menggila. Kalau kat sana, musim sejuk, petang dah turun minus. Pukul 3 petang dah gelap sedangkan kelas pulak sampai pukul 6 petang tiap-tiap hari...pergh tension aku sebab tak pernah nya dalam seumur hidup aku masuk kelas dari pagi sampai malam. Pagi dah start pukul 8 tapi pukul 3 petang matahari dah tenggelam...tu yang rasa macam dari pagi sampai ke malam tu. Aduh mak...aku rasa lama sungguh kelas masa winter ni. Dah lah perut memanjang lapar. Kami pulak tak dibenarkan memasak kat dalam bilik. Tapi being a Malaysian yang tak pernah ada duit, macamana aku nak buat kalau tengah-tengah malam lapar? Ala...perut nasi lemak...biasalah....cafeteria tutup ngam-ngam lepas dinner. Kalau nak makan kena beli chocolate kat vending machine...ala...takkan makan chocolate je...mesti nak ada sambal sikit....nasi sikit....ayam goreng sikit....jadi aku pun masaklah kat bilik.....sambil dok tunggu minyak nak panas, aku mandi dulu. Ala...winter, kalau mandi pun sekejap je...since aku pakai hot water, maka berasaplah toilet aku dengan wap air panas tadi...lap-lap badan, pakai baju, siap-siap, aku tengok eh bilik pun berasap...panasnya air kat bilik air tu...belek punya belek, rupa-rupanya "hot plate" aku terbalik masa panaskan minyak tadi....habis carpet melekat kat hot plate...bila aku angkat hot plate, aku terrr angkat dengan carpet-carpet sekali! Alamak, berlubang carpet aku...nasib baik kat tepi meja, aku tarik meja, arrangekan balik katil, jatuhkan bedsheet, pergh...dah siap....dah tak nampak lubang!

Lepas pada tu aku dapat single room. Yang tak bestnya single room ni dekat corner kat tingkat atas sekali. Ada cuma tingkap kecik mengadap ke belakang. Masa winter malam-malam aku nampaklah snow turun....kelas......aku seronok tengok snow yang terhoyong-hayang jatuh. Nampak cantik. Penuh atas dahan pokok...penuh atas jalan, atas daun, atas bumbung...memang menarik. Tapi yang tak seronoknya bila aku nak keluar pergi Migros beli beras Uncle Ben yang kotak merah tu dengan ayam, dengan kunyit dengan garam...baru nak beli barang sikit dah kena pakai baju sampai 3-4 lapis, seluar 2 lapis, glove, yang balut leherlah, boots segala..aduhai...letihnya. Nak bersiap dah dekat 45 minit...pergi balik kedai baru 30 minit! Kalau nak shopping Sfr400-500 takpelah...ni baru nak beli Sfr20....nanti bawak balik ayam dengan beras kalau terserempak dengan Mrs. Waals pulak dah kena bersoal-jawab. Apasal beli beras lah....ayam nak buat apalah...nak masak kat manalah...ish....letih aku nak jawab. Jadi untuk selamat, aku balik dan masuk melalui pintu kitchen..heh3...Chef Conrad dah tahu aku mesti nak masak kat bilik..baik Chef Conrad ni...sekarang dah jadi Executive Chef merangkap tenaga pengajar untuk Chef Training kat sana.

Masa summer pulak lagi satu hal. Malam tak nak gelap-gelap. Dah pukul 9 malam pun cerah lagi....tapi kelas tetap macam biasa...dari 8 pagi sampailah ke pukul 6 petang. Memang panas gila masa summer. Tak tahan aku...(chewah...perasan...). Tapi betul, memang panas lit-lit. Ada satu hari tu, aku tak tahu apa plan penyamun-penyamun ni semua, masa break, depa dah pakat siap-siap. Oklah, macam biasalah....sebelum kelas nak habis, aku balik bilik sekejap sebab nak pergi toilet, masa aku keluar dari toilet, kelas dah habis....aku pun jalan nak ke kelas balik. Sampai-sampai kat kelas aku tengok budak-budak dah hilang...aik...mana semua penyamun ni pergi? Yang tinggal kat kelas cuma jacket, baju, seluar, skirt, kasut! Aku jengok tingkap, nampak penyamun semua tengah lintas jalan pergi lake nak swimming....la...gila betul penyamun ni semua, semua dah siap pakai swimming trunks dengan baju mandi masa pergi kelas dari pagi tadi!

Masa kat sana aku tak pernah balik KL. Duit yang aku simpan bagai nak gila masa buat kerja part time semua aku laburkan kat tiket pergi Jepun jumpa aunty. Punyalah sayang aku kat dia! Masa cuti hujung tahun, aku beli tiket dan pergi sana selama dekat sebulan. Memang kopak aku waktu tu, tapi nasib baik aunty banyak tolong. Kalau tidak, memang tak balik suisse aku dulu sebab hotel kena bayar, makan lagi, jalan-jalan lagi.....tapi aku nasib baik sebab aku selalu sedar diri dan belanja ikut keperluan saja dan bukannya ikut suka...

Jadi sekali ni Uncle nak pesan lagi kat adik-adik:

1) jangan boros...belanja ikut keperluan. Sebagai contohnya, semasa Uncle bekerja sebagai waiter dan selalu buat OT, Uncle simpan duit dan Uncle setkan target. Cuma untuk pengetahuan adik-adik, pada umur Uncle diawal 20-an, Uncle dah beli rumah di Sri Damansara dekat dengan Mc Donald tu. Bukan nak menunjuk (ala...rumah pun kecik...) tapi nak bagitahu yang kita mesti simpan duit dan buat pelaburan yang betul untuk masa depan kita.

2) Uncle dah banyak perabihkan duit mak-bapak jadi dari masa Uncle kerja kat Swensens, Uncle dah tak pernah mintak ataupun berhutang dengan adik-beradik Uncle walaupun RM10. Alhamdulillah, uncle sedar yang Uncle kena kerja kuat untuk dapatkan duit dan kembalikan kepercayaan keluarga pada Uncle.

3) Pergunakan masa muda adik-adik dengan perkara-perkara yang berfaedah. Uncle pernah tak pass, jadi Uncle faham kalau adik-adik rasa tense bila SPM tak bagus...Adik-adik, bagi Uncle, SPM tu just the first hurdle saja untuk masa depan. Jangan patah semangat. Get up and move forward....

Ok, aku nak sembahyang Isyak sekejap dan lepas tu aku nak pergi check dinner untuk malam ni. Adalah dalam 700 orang nak makan satgi....heh3...

Sabtu, November 14, 2009

Mulanya Disini Part 10

(masa dating dengan budak jepun tahun lepas..)

(kakak aku punya suami punya adik-beradik datang umrah dulu, duduk kat hotel najd. baru rtahu hotel tu...kalau tidak...)

(aku tak sabar nak cubit pipi budak ni)

(teringin nak buat macam pullman ni kat rumah aku nanti)

(bersama penyamun-penyamun sebelum sembahyang jumaat)

Amboi...lega sikit hari ni. Bukan pasal apa, guests aku dah kurang sikit 3-4 hari ni. Sampailah 29 Zulqaedah nanti...heh3...pada yang terkebil-kebil mata dan fikiran nak tukarkan pada gregorian calendar, padan muka...tulah dulu ustad mengajar, tak nak dengar...yang tahu cuma Ramadan dengan Syawal yea....pulas telinga nanti baru tahu! Alamak, bunyi dah macam Ustad Supian lagilah....heh3...jadi dalam 3-4 hari ni sempatlah aku gosok gigi!

Berbalik kepada cerita "Mitos" aku yang macam semalam tu. Tiap-tiap kali kelas Finance, aku mulalah naik mengantuk...dia debit sana...dia kredit sini....dia pi simpan duit kat sana....dia pi simpan duit kat sini....ish....apasal susah sangat nih? Arwah nenek aku dulu simpan duit dalam tin "cream crackers" tak payah pakai buku pun....Dalam dok blurr tu, aku angkat tangan kat Mr. Hains. Dia tanya aku nak pergi mana pulak? Aku cakap nak hisap rokok sekejap. Yang bestnya (eh, best ke?)kat situ, kalau nak hisap rokok, duduk saja kat luar tepi tingkap. Sambil menenggek kat tepi tingkap sambil dok tengok dan dengar Mr. Hains mengajar...macam tu pun ada....mula-mula aku keluar....lepas aku, Karin keluar....lepas tu Marco keluar....last-last dalam kelas cuma tinggal 15 orang sebab 6 orang lagi tengah bertenggek kat tingkap belah luar!

Satu lagi lecturer maths aku, nama Dr Ali. Suka sangat duduk kat depan aku. Aku tanya dia pasal apa suka duduk kat depan aku? Dr. Ali cakap dia nak suruh reccommend marrrrka sorang kat dia...Pergh, biar betul Dr Ali ni...part reccommend-reccommend ni aku kurang sikit. Nanti jadi apa-apa, sapa nak jawab! Tapi aku drama jugak kat dia cakap ada sorang "gadis melayu terakhir" dok tunggu-tunggu "prince charming" dia. Dr Ali punya happy.....bila Dr Ali dah happy, penyamun lagilah happy...penyamun happy bukan pasal apa, Maths dapat 81%......tu dah kira sejarah dunia tu....kalau kat sekolah dulu maths, kawan aku budak set A yang tolong buatkan (selit celah dinding sebab dinding papan, yang boleh lipat-lipat tu..)...errr...in fact budak yang tolong buat add maths aku dulu tu nak datang haji minggu depan...heh3...kalau aku terjumpa si Raden Azlane Tukimin tu, aku ambik gambar dia, ok?

Ada sorang lagi lecturer aku nama dia Karim Arifin. Karim mengajar French kat kelas aku. Punyalah baik nak mampus...bapak orang KL tapi mak orang suisse. Malangnya dia baru meninggal beberapa tahun lepas sebab cancer. Gila moto besar ni si Karim ni walaupun dia sendiri tak lah besar tara mana! Ada lagi sorang pulak, nama dia Madame Vicari. Pun mengajar aku French. Pergh...kalau tengok dari belakang, memang sah mengerikan...rambut punyalah panjang...ala-ala Jane Austen punya cerita Madame Vicari ni. Klasik habis....Kalau dia boring dengan penyamun-penyamun semua, selamba je dia keluar tepi kelas (kelas ada corridor dan mengadap Lac Leman) terus hisap rokok...aku pun masa tu selalu jugak lah light kan cigarette dia....ala-ala gentleman gitu....Madame Vicari ni gila kucing. Kadang-kadang aku confuse samada kat jacket dia tu actually rambut dia ka bulu kucing! Heh3...

Front Office Manager masa tu nama Lopez. Kepala botak dan pakai glasses. Muka serious tapi kelakar nak mampus! Kalau aku kena duty dengan dia, aku punyalah susah hati. Bukan susah hati pasal apa, pasal si Lopez ni kalau partner dengan aku on duty, selalu dia belah balik bilik tidur...sebab dia cakap, "Ali, I know you can handle alone!" Mak aiii...haru-biru aku jadinya, mana tak nya, nak jawab talipon in French...tergeliat lidah aku...nasib baik French, kalau German ka, Italian ka? Ada satu hari tu aku ada baca dalam FB budak-budak Cesar Ritz dan alumni mag, depa kata Lopez dah jadi "buddhist monk" dan la ni duduk kat Tibet! Wooooo, biar betul kawan-kawan aku ni! Heh3...

Mrs Waals ni pulak, husband dia pun Director of School jugak. Misai melenting! Kalau masuk kelas, lain dia tak pegang...dok belek misai kucing dia...ngeri tengok. Suara punyalah kuat! Kalau jerit dari ground floor, merudum budak-budak lari keluar bilik masuk kelas...aku kat toilet bilik di tingkat 3 pun lari sama! Ada sekali satu malam, lepas handle function, aku dengan penyamun lain duduk melepak kat koridor bilik yang mengadap lake tu. Sambil minum-minum. Aku minum air kotak...bila dah malam tu kami pun cakap good night la nak tidur. Semua penyamun nak balik bilik masing-masing...masa nak masuk dalam bilik, si Marco budak Portugal tu dah baling air kotak dia ke bawah...pedepap naik atas kepala Mr. Fracheboud! Hari-biru kami lari. Dari bawah dia dah jerit. Aku kalut tutup lampu. Alamak....bila tutup lampu, dia perasanlah yang tu bilik aku..terus dia talipon suruh aku turun kat reception. Aku kena marah macam dok kena dengan warden dulu tahun 84/85....esoknya semua kena mengadap Mr. Waals kat office dia...heh3...

Seronok sungguh bila kenang-kenangkan balik cerita tu semua. Pada adik-adik yang teringin nak belajar dan teringin nak tahu the real hospitality, silalah pergi kesana belajar. Memang fun....tak boleh dapat kat tempat lain. Kawan-kawan aku la ni ramai yang dah tersangatlah berjaya...ada yang jadi Head of Department, ada yang jadi GM, ada yang jadi Regional Directors dan macam-macam lagi. Yang seronok tu kami masih lagi keep in touch...jadi pada adik-adik, Uncle tak banyak nak bagi pengajaran pada hari ni. Tapi adik-adik semua bolehlah google ke www.cesarritz.com, bila dah masuk page tu, sila click ke alumni dan tengok pencapaian kawan-kawan Uncle semua...bacalah dan download kan newsletters yang diterbitkan every quarterly dan baca sendiri...semoga adik-adik akan mendapat pedoman career dan selamilah pengalaman depa tu semua! Enjoy reading!

Jumaat, November 13, 2009

Mulanya Disini Part 9

(semua junior aku masa aku form 5 depa form 1...)

(tengok askar yang kat pintu dok control tak bagi orang masuk lagi dah, jumaat tadi)

(chef tariq tengah drama, dollah yang goreng, dia cuma tabur daun bawang je!)

(pandangan sisi)

(1st time executive chef aku buat kerja...increment sah-sah aku cancel!)

Pergh...ramai sungguh jemaah check out hari ni. Adalah dalam 1000 orang...tapi, tak semudah itu....orang yang akan check in pun jumlah dia macam tu jugak...heh3....kira samalah jugak...part ni aku tahu nak kira sebab tadi aku dah pakai calculator. Aku tekan 1000 then aku tolak balik 1000...jawapannya aku tengok 0. Aik... biar betul...kalau nak ikut kan, takde orang lah ni...heh3...

Aku sambung balik cerita semalam. Yang seronok nya Sekolah Horey-Horey ni, makan minum semua dia masukkan sekali kat dalam fees. Then tak payah pening kepala sebab bilik pun masuk dalam fees. Lepas tu pulak, kami duduk satu kawasan. Atas bilik, bawah kelas. Kalau tak datang kelas, lecturer pergi je bilik kat atas dan ketuklah pintu suruh keluar..terkemut-kemutlah depa keluar..amboi, bahagianya! Kepala otak budak-budak ni tersangatlah amazing...penuh dengan tipu muslihat. Tempat ni terletak kat pekan kecik. Ada satu post office, ada satu bank, ada 4 kedai minum Horey-Horey, ada satu kedai kopi dan satu supermarkerrrrket nama MIGROS kalau tak silap aku. Oh tak lupa, ada satu kedai jual majalah....

Penyamun kat dalam kelas aku ada dari Greece, Iceland, Thailand, Indonesia, Singapore, Turkey, Cpyrus dan macam-macam lagi. Meriah sungguh! Dan tak lupa, aku lah...heh3...tempat duduk aku, macam biasa jugak lagu tahun 85 dulu. Kat belakaaaang sekali. Kami ada 21 orang semuanya.

Budak-budak kat kelas aku semuanya heran, sebab apa, bila subject-subject macam Marketing, FB Operation, Humanities etc, selalunya aku tak ambik kisah langsung. Setakat dengar lecture kat dalam kelas saja tapi tak payah baca buku. Masa exam tetap score...pergh semua orang tertanya-tanya....apalah penyamun ni bela! Aku diam tak mahu cakap. Assignment aku selalu cepat siap dan malam aku dah horey-horey...Johann Runarrson, Karin Scmidt, Rozana Winarto semua heran tengok aku. Kira kat situ aku dah jadi terrrpandai pulak...aku pun heran! Apasal jadi lagu ni? Sedangkan dulu, aku lah yang berlumba-lumba untuk dapatkan nombor last kat dalam kelas! Pikir punya pikir, baru aku teringat. Ooooo, aku ada pengalaman kerja sedangkan depa tu semua fresh! Actually masa aku pergi tu, aku dah kerja lebih kurang 5 tahun. Jadi pengalaman kerja aku banyak membantu pelajaran aku. Tu yang beza nya. Kalau masuk dalam kelas F&B dan tajuknya Menu Engineering, budak-budak tu semua pening kepala macamana nak buat food cost dengan selling price untuk 5 course dinner for 10 persons. Aku yang tak pernah bijak-bijak matematik pulak yang dok mengajar depa walhal yang tu kalau suruh Abang dengan Yuya pun depa tahu buat...heh3...campur-campur-campur, tolak.......campur-campur-campur, tolak.....errr, bahagi sikit, menu aku siap. Then multiply sikit, voila, costing boleh submit...heh3...first time aku rasa budak-budak datang tanya kat aku macamana nak buat. Selalunya aku yang dok tanya kat orang macamana nak buat...Bangga tuh...ajar pulak mat salleh! Heh3...

Banyak subject yang aku ambik. Termasuklah masak-memasak. Part ni aku silap sikit. Aku patut menjurus lebih ke dapur tapi dalam time-time macam tu aku decided untuk buat Management. Takpalah...at least tak banyak, sikit pun aku tahu jugak pasal dapur. Aku belajar pengurusan hotel. Semua department aku belajar in detail termasuklah Sales and Marketing dan subject yang aku benci dalam dunia pun aku kena belajar jugak, FINANCE! Sampai serak suara Mr. Haans dok menjerit kat aku sebab tak paham-paham apa dia ajar. Bila sampai part tu, aku cari balik 3-3 penyamun yang aku sebut kat atas tadi. Depalah yang tak putus-putus mengajar aku sampai aku surrender sebab dah pukul 2 pagi! Heh3...

Masa tu jugak aku selalu hantar postcard kat family aku dan aunty yang aku tinggalkan jauh kat Tokyo. Kesian kat dia, rindukan aku...heh3...Oh ya, ingat tak semalam aku cerita yang aku beli baju sejuk tu? Lepas 3 bulan aku pakai dan tak pernah basuh, ada sekali tu aku nak cuci baju. Aku turun pergi laundry. Semuanya pakai "pre-paid card" masa tu. Kena upload duit saja. One Sunday morning masa Spring, aku dengan semangat bergelora turunlah dekat basement nak buat laundry...aku masukkan baju sejuk aku dalam washing machine.....gung-gang gung-gang dia pusing. Sambil tu aku pergi breakfast dulu kat tempat makan. Lepak dan makan pelan-pelan. Cornflakes, scrambled egg, fruit yogurt dan coffee. Lama aku makan sampai orang lain kena beratur tunggu aku bangun..heh3...lepas makan, aku kemaskan tempat aku, hantar tray ke dish washing area dan pergi balik kat laundry tadi. Keluarkan baju yang dah dicuci then masukkan kat dalam dryer. Spin bagai nak gila...sambil tu aku pergi beli kopi lagi secewen. Lepas 20 minit aku balik ke laundry lagi. Habiskan kopi, buang dalam tong sampah, pelan-pelan aku bukak dryer tu. Aku ambik selai-selai baju-baju aku. Pergh...harum....panas....bersih....then aku tutup. Check-check balik, aik...mana pergi baju sejuk aku? Bukak balik dryer tu...belek-belek, aku terkejut....alamak, sweater aku dah jadi kecik? Dah shrink.....dari sweater tu size aku, sweater tu dah jadi size Marina!!!!!

Ada pelajaran ka hari ni? Aku pun heran....tapi takpa, untuk adik-adik, Uncle turunkan jugak pesanan-pesanan ni.....baca dan hafal kan sebelum adik-adik tidur yea...esok Uncle nak tanya!

1) Gunakan peluang yang ada untuk bersosial secara positive. Dalam hal ni, Uncle bernasib baik sebab kawan-kawan Uncle dari pelbagai negara. Jadi Uncle banyak belajar tentang budaya, cara hidup dan cara pemikiran depa. Ini penting untuk adik-adik di masa depan apabila mula ke Universiti ataupun mula bekerja. Selain daripada tu adik-adik akan disenangi.

2) Uncle suka berpesan especially kepada adik-adik yang kurang bernasib baik dalam pelajaran supaya mencari pengalaman bekerja. Tak kiralah kerja sebagai penjaga tol ataupun tukang cat traffic light atau apa-apa saja yang halal. Jadikan pengalaman singkat itu sebagai batu loncatan untuk adik-adik berjaya. Tanamkan semangat juang untuk bersaing dengan orang-orang yang berjaya. Dalam hal sebegini, adik, Uncle kira dah berjaya sebab mampu bekerja sebagai penjaga tol ataupun tukang cat traffic light dan mampu manahan ego dan rasa malu. Kawan adik-adik yang berjaya tadi tak tentu lagi boleh buat atau tidak...depa akan lebih terasa kalau satu hari depa jatuh tersungkur...

3) kalau tak tahu atau tak faham, segeralah bertanya pada yang tahu. Dalam hal ni, Uncle akan bertanya pada Johann pasal Finance dan Karin akan tanya Uncle pasal Menu Engineering. Share your knowledge. Kalau kita tak share, lama-lama knowledge tu akan berkarat dan adik-adik yang rugi..belajarlah daripada konsep Dr. KUMON!

4) jangan pandai-pandai masukkan sweater ke dalam washing machine dan dryer sebab daripada size XXXL sweater adik-adik akan jadi XXXS! Heh3....percayalah....

Ok, sampai sini dulu hari ni. Aku nak pergi check dinner kejap. Ada lagi 500 orang nak makan tuh...bukan kecik anak.......

Khamis, November 12, 2009

Mulanya Disini Part 8

(tu bukan Leha!)

(jemput makan Pak!)

(ni nak masuk Asar)

(ni pun nak masuk Asar)

(depa dok tunggu nak surung salad set kat buffet!)

Aku terrrrrajin sikit hari ni. Kalau ikutkan aku nak sambung lepas haji nanti. Tapi lepas haji nanti aku takut terlupa pulak nak bercerita. Maklumlah banyak aktiviti dah nanti...nak usung Marina naik moto lah...heh3...

Macam nilah lebih kurang cerita dia....aku dapat pergi suisse tu untuk winter intake...sebelum ni ada jugak rasa sejuk tapi yang tu sejuk aku naik bas Mas Mara tahun 70-an dulu dari Penang ke KL...ala-ala sejuk cuping telinga...heh3...so sekali ni since aku nak pergi tempat orang sejuk, aku kenalah pakai baju sejuk! Aku punyalah pikir apa nak pakai nanti. Masa tu mana ada internet ka, google ka wikipedia ka...kat mana aku nak dapat informations? Jenuh lah nak cari kat library ataupun pergi tanya kat embassy! Nak beli Lonely Planet punyalah mahal! Aku tanya kat Abang Borhan...macamana keadaan tempat ni...Abang Borhan cakap kalau aku tanya pasal Parit Buntar, tahulah dia nak jawab...kerja dia cuma uruskan orang, sedangkan dia sendiri tak pernah sampai! Heh3...kelakarlah Abang Borhan nih..

Aku capai honda cub C70 aku yang plate number B__5181 tu, terus aku celapak pergi ke Parkson tingkat 1..aku tanya kat Leha, cakap nak cari baju sejuk yang tutup sampai kat leher. Leha cakap kalau setakat nak pergi Maxwell Hill, tak payahlah berangan...pakai sajalah t-shirt pagoda pun ok...aku hangin satu badan!

Aku beli baju sejuk satu yang aku rasa paling cun dalam dunia. Malam tu jugak aku pakai sambil pasang kipas nombor 4! Heh3...Aku dapat SwissAir dari Singapore. Naik MAS kat KL sampai Changi then tukar SwissAir ke Zurich then tukar flight ke Geneva. Lepas tu naik keretapi dari Geneva ke Montreaux. Sampai kat Montreaux yang famous denga Summer Jazz Festival tu, aku pergi tunggu kat satu hotel depan dengan stesyen keretapi. Lama aku tunggu. Alamak, aku teringat yang Montreaux ni dalam kawasan yang berbahasa Perancis...kat situlah aku start bercakap dengan French native speaker...ingat tak dulu aku dah belajar kat Alliance Francaise selama 2 tahun tu? Heh3...ni lah gunanya...memang aku dah plan dari dulu lagi. La ni sah-sah aku dah sampai. Actually masa naik keretapi dari Geneva tu aku tengok keluar tingkap, alamak...ada laut la...kalau tak salah aku, Suisse ni tengah-tengah negara lain, macamana aku ada kat tepi laut pulak? Last-last baru aku perasan yang tu actually Lac Leman...bukannya laut...amboi mak...punyalah luas lake dia!

Berbalik pada cerita tadi, aku tunggu punya tunggu, adalah sorang pompuan ni datang kat lobby hotel sampai bawak kad yang tertulis nama aku. Dia tulis nama "ALI" sebesar-besarnya....lama aku tengok nama tu. Mahu dekat sejam setengah aku tengok pompuan tu dok pi balik pi balik dengan kad nama tu. Last-last baru aku perasan yang tu sebenarnya nama aku....Shahrir ALI....la....depa panggil bapak aku buat apa? Actually kat sana depa panggil pakai surname...heh3...aku ambik beg aku, knapsack aku, longgok kat dalam volvo cabuk dia. Dalam kereta kami dok bersembang sakan. Pasal family aku, pasal Malaysia, pasal suisse, pasal cheese...macam-macamlah kami dok bersembang...last-last aku tanya dia, "dah lama ka kerja drebar?" Dia senyum tapi tak jawab..sampai kat sekolah, aku terpegun...alamak...depan mengadap lake, belakang mengadap Alps...penuh snow...kelllaaasssss! Kalau Leha kat Parkson tu tahu aku kat sini, mesti dia suruh aku beli baju sejuk yang paling mahal...huh, padan muka kau Leha ooiii...hari tu kau ekk sangat dengan aku!

Lepas daftar dan dapat kunci bilik, aku terus pergi bilik dan letakkan barang-barang aku yang sejemput tu...aku tengok kat luar tingkap...pergh...bahagia...aku share dengan 2 orang lagi kawan, Sorang tu nama Ramain Murugeson, budak Sungai Petani tapi dah duduk US bertahun-tahun dan sorang lagi budak Indonesia nama Paulus. Seronok kami dok bersembang. Malam tu ada Party Horey-Horey kat restaurant. Ala-ala Tupperware Party tu....semua students senior yang organisekan. Havoc habis...tengah malam aku dah malas nak ikut cara depa, aku balik bilik sorang-sorang. Letih...maklumlah flight saja campur transit dah dekat 22 jam...kebas ponggong aku! Masuk kat bilik, aku tengok ada notice kat bawah pintu. Aku tengok, dia tulis ada perjumpaan esok kat hall pukul 9 pagi. Oklah....malam tu aku tidur sambil teringatkan aunty! Heh3...

Pagi esoknya aku bangun, mandi, kemas-kemas dan kejutkan 2 orang lagi penyamun. Depa terkejut tengok aku...aku tanya apasal terkejut tengok aku? Depa kata ni winterlah....mana ada orang mandi masa winter? Huh? Winter takdak orang mandi pagi ka? Lepas kena kutuk dengan 2 orang penyamun tu, aku pun keluar bilik dan turun tangga pergi ke hall. Tepat pukul 9 pagi, Student President bagi ucapan.....lepas tu Cik Kiah pulak naik....lepas tu Pak Harun pulak buat ucapan selamat datang...adoi letih aku nak tunggu sampai habis. Menguap sakan aku....last-last depa announce yang ucapan paling penting akan datangnya dari Director Cesar Ritz sendiri. Aku gosok mata, garu hidung, angkat kepala dan tengok ke stage....Depa pun announcelah nama Director tu. Semua orang bertepuk sakan...maklumlah sekolah tu top 5 as a hotel school kat sana! Nama pompuan tu Mrs. Waals....orang habis semua bangun masa pompuan tu naik stage. Aku tak berapa nampak sebab kat depan aku semua mat salleh yang besar-besar. Dalam pada tu aku curious jugak nak tengok pompuan yang depa bertepuk sakan sangat tu. Jengok sana jengok sini, aku terpandang pompuan drebar aku semalam! Pergh...pompuan semalam yang ambik aku kat stesyen keretapi tu? Yang naik volvo buruk tu? Yang aku sangkakan drebar tu? Aku tepuk dahi sambil geleng kepala 6 kali........

Tu dia.....nak jadi cerita....jadi pada episod yang sangat menyentuh perasaan ni, masih ada pengajaran yang dapat kita ambik sebagai iktibar...ok adik-adik semua, keluarkan pen dan pensel, sila salin yea....

1) sebelum melakukan sesuatu tugasan, meeting, interview atau apa-apa saja, jangan lupa buat "homework" dulu...dalam kes ni, study dan cari maklumat tentang negara yang kita nak pergi i.e. cuaca dia, bentuk topography dia (ada ka topography ni?) dan lain-lain lagi. Tak lah jakun tengok lake tapi sangkakan laut!

2) preparation sangat penting. Kalau hotel terms, dia kata "mis-en-place" yang membawa maksud, persediaan sebelum melakukan sesuatu tugasan. Sebagai contohnya, kalau adik-adik kerja kat restaurant, sebelum mula tugas, pastikan barang-barang semua siap, i.e. gelas, sudu, garpu, napkin, air sejuk dll dah siap kat side station supaya tak kelam-kabut kalau guests mintak. Kalau untuk adik-adik yang masih bersekolah, buatkan jadual untuk belajar, ikut jadual betul-betul (bukan macam Uncle kat sekolah dulu!) supaya adik-adik tak panic masa exam nanti!

3) don't judge a book by its cover...dalam kes ni, jangan ingat pompuan yang bawak kad nama kita tu drebar kita! Heh3...kalau adik-adik tengok orang tu nampak selekeh, jangan pandang rendah kat dia. Mungkin dia tu artist yang mempunyai nama besar dalam dunia dia, tengok macamana rupa Einstein....

4) jangan kawan dengan LEHA! Huh, yang ni aku tak tahu nak bagi contoh apa...heh3...

Tu lah dia cerita aku untuk kali ni...dalam sibuk-sibuk jaga orang haji makan dan minum, aku masih sempat lagi nak merepek..heh3...Esok first group nak check out...lega...

Rabu, November 11, 2009

Suka hati..

(first time in 20 years!)

(dah ramai jemaah tadi..)

(same spot, different angle)

(hujung tu darul tawhid)

(dollah dengan borhan tengah goreng sayur untuk 1000 orang...macam kenduri kahwin Kak Tipah!)

Amboi, seronok sungguh aku hari ni. Bukan pasal apa, tadi pagi masa mata dok kuyu bangun tidur, macam biasa, sebelum mandi, aku timbang berat badan dulu. Tiba-tiba aku tengok weighing scale aku menunjukkan berat aku dah 74.8kg! Pergh...aku gosok mata 11 kali....lari keluar toilet, capai kamera, timbang lagi sekali, wui...betullah...berat aku dah 74.8kg! Dah lama aku tak berat macam ni. Rasa-rasa akulah, mahu dalam 20 tahun berat aku tak dipped below 75! Ni kalau aunty tahu ni, mahu tiap-tiap hari dia pulak pergi jogging kat KLCC Park tu! Heh3...Jangan jealous...aku pikir balik, semalam aku buat apa sampai jadi lagu ni? Rupa-rupanya aku teringat yang aku tak sempat breakfast. Aku cuma minum air, then kopi, then teyy. Mahu sampai 7 gelas kot...Then lunch aku tak sempat duduk makan. Cuma macam biasa, aku buat food tasting pakai teaspoon kat dapur. Mana boleh pakai ladle dengan pinggan, tu melantak namanya...heh3...Then dinner? Aku cuma makan 2 sudu nasi dengan kangkong goreng saja. Resultnya...."Tengolah pinggang ku...rampingkan..." (iklan yang aku tak berapa gemar, actually...sebab dia buat-buat suara sengau....). But anyway, aku suka dengan weight aku sekarang ni. Cuma yang aku tak berkenan bila tersalah tengok dari pandangan sisi, sebabnya, eeeeeee...malas aku nak cerita...NGERI! Kalaulah kat sini ada gym...

Cakap pasal gym ni, aku mula gilakan gym lepas aku main bola Inter Dept masa kat RKL dulu. FB lawan Accounts kot kalau tak silap aku. Penyamun tu gelecek bola. Aku pusing badan, tapi bila nak melangkah, ya Allah punyalah berat rasanya...then bila lari kejar bola, kepala aku dah pening...tak larat sangat-sangat dah...masyAllah, aku pikir, apasal aku jadi macam ni? Tak pernah-pernah aku jadi letih macam ni. Balik dari main bola tu (15 minit saja sempat main!) Masa naik moto WAVE tu, aku terpikir balik, apasal lah aku teruk sangat...dulu aku lah yang selalu masuk final SPRINT kat sekolah. Aku masuk 100m, 200m, 4X100m dan macam-macam lagi. La ni 10m pun mungkin mengah...then main rugby lagi. Punyalah fit masa tu. Last-last aku faham yang keinginan aku masih lagi tinggi walaupun kemampuan aku dah kurang...even till now...heh3...then aku mula register kat Fitness Club. Pergi gym. Rajin aku lebih-lebih pulak sebab almost 2 years aku pergi sampai 4-5 kali seminggu. Aunty pun dah jadi suspicious! Lain macam je husband aku ni...rajin sangat pergi gym...heh3...

Nak jadikan cerita, masa aku off day, macam biasa, aku baring kat depan TV. Masa nak bangun tu, aku bangun duduk terus tanpa menongkat dengan tangan ataupun siku. Pedepap, bunyi pinggang aku. Aku freeze dalam post tu jugak. Aku jerit panggil aunty, cakap aku tak boleh bangun. Kalut dia lari datang cuba angkat aku, masa dia angkat, aku bertambah sakit...tapi aku dapat duduk atas kerusi. Dia papah aku pergi klinik Kita kat Bandar Baru Ampang. 2 kali dia cucuk aku. Aku kata sekali dah lah....rasa macam aku pulak nak cucuk dia! Lepas sejam sakit tak hilang, doktor suruh aku pergi hospital. Aunty laju bawak kereta pergi Ampang Putri. Masuk emergency...dia usung aku punyalah laju. Check sana-check sini...dia kata kena buat xray sebab takut "slip disc". Aku ingat yang dengar lagu saja depa panggil disc...rupanya kat tulang belakang un ada disc...aku tak ingat pulak Mrs. Arathy Bardhan ajar aku masa BIO dulu....doktor pun datang...check sana check sini, xray sana xray sini, dia kata semua ok cuma aku kena "muscle pull". Doktor tanya kat aku apa yang aku angkat? Masa tu aku tak teringat pulak apa-apa...tak pernah aku angkat simen ataupun beras 50kilo...doktor suruh pikir lagi...penat aku pikir...masa aku sekolah dulu tak pernah aku pikir banyak sampai macam ni....heh3...then aku teringat yang semalam kat gym aku buat "bench press" lepas tu "back curl" ke apa entah....doktor senyum kat aku dan cakap, tu lah sebabnya....dia kata at a certain age, workout ni kena ikut umur jugak....alamak....aku betul-betul terlupa yang masa tu aku dah masuk 36....ingatkan baru 16...heh3...

Selasa, November 10, 2009

Cerita Haji..

(sampai kat belakang hotel depa sembahyang)

(dah ramai sampai kat luar Haram)

(ni masa asar tadi)

(pandangan dari atas. Penuh jemaah dok sembahyang kat tepi hotel)

(pasal haji)

Sekarang ni aku betul-betul mengantuk. Aku pun dah terlupa apa aku makan masa breakfast tadi. Rasanya asyik minum saja kot. Malam tadi kira awal jugak aku tertidur. Slightly after midnight selepas berjumpa dengan semua guests aku dan meeting dengan orang-orang penting jemaah. Pagi ni aku bangun dengan keadaan kepala aku yang sungguh berat. Rasa macam ada 2 kilo lebihan lemak dok bergantung kat kepala. Pelan-pelan aku bangun jugak. Aku rasa mungkin semalam aku tidur tak lelap kot. Masa tidur kepala otak aku mungkin tengah flash back balik request-request yang aku dapat dari jemaah semua. Rasa-rasanya semua dah tertunai...makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tak sihat dan sakit tak boleh bangun, semuanya aku dah hantar makanan kat bilik depa. Bubur ayam special aku dah hantar 3 kali sehari ke sorang jemaah yang tak sihat tu...apa lagi yang tak kena? Golek-sana, golek-sini, aku terlelap didalam kerisauan takut masih tertinggal apa-apa yang diperlukan jemaah. Tu yang pagi tadi bangun, kepala berat sangat nampak gayanya...adoi...pun ada macam nih! Orang lain sakit kepala pikir business juta-juta...aku sakit kepala pikir jemaah tak makan!

Cerita pasal haji ni aku teringat masa mama dengan arwah bapak pergi haji dulu. Ada sekali masa depa pergi haji, kalau tak salah aku terowong runtuh dan ramai jemaah yang meninggal. Termasuklah jemaah dari Malaysia. Tahun tu depa ada kat sana. Kami satu family dah panic. Kami talipon TH tanya, tak dapat-dapat. Mungkin masa tu beribu-ribu keluarga dok talipon TH. Last sekali panggilan berjawab tapi depa kata senarai nama tak keluar lagi. Satu dua hari kami dok panic. Last-last kami dapat talipon ke hotel yang depa duduk. Sambungkan ke bilik. Nasib kami baik sebab mama ada kat dalam bilik. Mama jawab talipon. Kami tanya mama sihat ka? Dia kata sihat. Arwah bapak pun sihat. Then kami tanya lagi, apa jadi dengan terowong? Mama terkejut dan tanya kami balik....apa yang dah jadi? Jadi kami di KL pulak yang dok cerita balik kat mama apa yang dah jadi...terbalik pulak....lepas tu kami tanya, mama dok buat apa? Mama jawab, dia tengah makan bihun! La.........makan bihun rupanya.....heh3...

Masa kapalterbang mama sampai KL, kami semua pergi ke Subang Airport nak tunggu. Suasana meriah macam Kelantan lawan NS....yang takdak cuma kerusi airport yang masih tak terbakar! Heh3...dapatlah kami duduk tunggu! Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar jugak. Entah berapa jam kami tunggu kat situ. Last sekali baru nampak arwah bapak dengan mama keluar sambil senyum-senyum walaupun masih tak nampak kami sebab cermin gelap! Bila lepas arrival hall, kami berpelukan lega.....semua sihat....malam tu kami tak pergi mana. Semua adik-beradik penuh kat rumah dok dengar cerita pasal Mekah. La ni, nak jadi cerita, aku pulak yang mai duduk kat Mekah! Tu dia aih......

Isnin, November 09, 2009

Buat2 sibuk...

(ni abang tengah cerita pasal safee sali)

(ni Yuya tengok mengelak cerita pasal exam..)

(ni Marina tengah cakap dan aku sendiri tak faham!)

(hajj meal arrangement..)

(bagi meja bersepah sikit...baru nampak macam kerja...heh3...)

Hari ni aku buat-buat sibuk. Pagi tadi lepas meeting aku dapat call. Katanya junior aku masa kat seremban dulu. Masa aku form 5 dia baru form 1! Alamak, sapa ni? Aku terpikir sorang-sorang. Jauh betul ni. Mungkin aku tak kenal dengan dia. Selalunya aku tak berapa ingat sangat dengan junior-junior ni semua. Aku turun pi jumpa dia kat bawah hotel. Namanya Juzaiddin aka Ah Chong. Dia kat block A dan aku pulak kat block D. Memang aku tak cam. Tapi yang tu bukan menjadi penghalang ataupun masalah untuk aku. Aku seronok dapat berjumpa balik dengan dengan adik-adik aku dari sekolah yang sama. Sama-sama buat maggi dalam baldi baju dulu ataupun rendam maggi dalam gayung! Rasanya, tak sanggup aku nak buat lagi macam tu sekarang ni...tapi kalau keadaan terdesak, aku bedal saja. Dan dulu, memang keadaan terdesak! Heh3...To Juzaiddin dan isteri, aku nak ucapkan selamat datang ke Mekah dan semoga dapat menunaikan tanggungjawab haji dengan sebaik mungkin. Thanks to Uncle J dari Bangi (ni pun senior aku dulu tapi tak sempat jumpa sebab dia tahun 77') Aku darjah 3 masa tuh! Heh3...Kalau Uncle J tak introduce, aku pun lupa dah...

Then aku berlari lagi sebab ada Tour Leader nak jumpa pasal group dia yang akan datang makan. Kelam-kabut aku berlari naik balik ke office. Settlekan a few things dengan depa. Lepas tu pulak, ada 2 lagi agent nak jumpa during lunch. Sekali lagi aku berlari pergi restaurant dan duduk dengan depa untuk arrangekan dinner pulak. Pergh....dah bertambah seronok ni...Aku tanya kat TL samada semua jemaah ok atau tidak. Depa semua happy dengan arrangement yang aku dah buat. Tempat makan besar, makanan bertukar menu setiap kali. Lunch dan dinner tak pernah sama menu. Katanya sedap dan jemaah semua looking forward bila sampai time makan. Depa happy, akupun happy. Habis cerita....

Semalam aku sempat skype dengan aunty dan anak-anak. Marina dah lancar bercakap walaupun kadang-kadang aku sendiri confuse dengan apa yang dia cakap. Happy memanjang. Tak sabar aku nak lari balik, peluk, cium dan tepuk ponggong dia bagi tidur...Yuya pulak tak nak cerita dengan aku pasal exam dia. Tiap-tiap kali aku tanya dia mesti mengelak. Hmmm...I'm getting a bit suspicious.....then Abang pulak, seronok cerita pasal bola sebab masa depa main, ada national player datang tengok dan bagi semangat kat depa. Bertambah semangat Abang main bola. Katanya Safee Sali datang bagi sokongan. Alhamdulillah, in fact aku actually harapkan Rio Ferdinand yang datang jumpa Abang. Heh3...or is it the other way round?

Hari Ahad ni ada 3 junior aku yang akan datang minum teyy sambil horey-horey dengan aku. Yay...tak sabar nak jumpa adik-adik semua. Kepada jemaah yang aku kenal melalui blog yang berkesempatan datang untuk menunaikan haji, datang-datanglah jengok Uncle kat sini. Seronok kalau dapat duduk bersembang. Hilang letih...let me know if you are coming...

Apa aku nak buat lepas ni? Check for new arrival and food tasting for dinner. Aku mesti pastikan yang semua mendapat makanan berkhasiat dan berzat. Depa nak buat haji. Besar tanggungjawab tu. Berapa ramai malam ni? Ala...baru 1300! Berapa lama depa ambik masa untuk 1300? Semuanya dalam masa 2.5 jam semuanya dah habis makan.

Sebelum lupa, tadi aku terjumpa dengan Tuan Badrul dan Lotfi kat bawah...amboi, sibuknya depa...sempat hi-hi saja! Walau macamanapun malam nanti pukul 9 malam aku ada satu lagi tetamu yang aku kena entertain. Ni dari Malaysia. Kalau anda semua baca paper atau ternampak gambar professional dari Tabung Haji, actually gambar tu datang dari professional photographer depa yang ambil gambar dari hotel sini. So aku nak kena arrangekan bilik mengadap kaabah supaya dapat shots yang menarik...ok, aku lari dulu yea!

Ahad, November 08, 2009

Senyum..

(dollah dan tempe-tempenya)

(sekumpulan jemaah...beratur panjang)





Aku dah kena serang pagi tadi...baru serang ala-ala manja gitu...tapi since preparation kami buat dah lama dan tiap-tiap hari aku ada meeting dengan Labu-Labi semua, jadi alhamdulillah, pagi tadi dan lunch tadi kami masih boleh tersenyum dan jemaah pun tersenyum tengok kami.

Tak dinafikan yang senyum ni actualy macam madu. Kalau tension macamana pun aku cuba jugak senyum. Kena pulak kerja aku memang macam ni. Kadang-kadang masa tidur pun boleh senyum...Heh3...yang tu aku rasa bahaya sikit. Aku selalu dok pesan kat penyamun-penyamun ni semua supaya senyum. Depa tak mahu jugak senyum. Aku cerita kat depa kalau muka berkerut-kerut, lebih banyak muscles yang kita guna daripada kita senyum...lepas aku explain selama 25 minit pasal senyum dan muscles, aku tengok muka depa tambah berkerut! Hmmm tak palah...2 tahun lagi lah baru aku cerita balik kat depa..."finish the rice...ja" @ mengabihkan boreh!

Aku cukup geram kalau terpaksa tanya kat counter dan receptionist dia muka macam 2 hari tak pergi toilet...rasa macam nak tarik-tarik telinga dia, cubit-cubit pipi dia....kalau muka tak boleh nak senyum ataupun kononnya nak control macho, aku rasa memang salah lah duduk kat reception tu. Dulu aku ada pergi kat Alamanda. Cari kedai tak jumpa, aku pergi kat receptionist dan tanya dia...alamak, budak tu siap bangun, explain kat aku, tunjuk arah kat aku dan sebelum habis, dia tanya balik, samada aku dapat ka tak? Pergh....memang power. 2-3 kali aku pergi kat situ dan 2-3 kali jugak dia ada....bagus budak lelaki tu. Aku lupa nama dia, tapi badan dia gempal-gempal sikit. Kalau sapa-sapa pergi Alamanda, jumpa dia, cakapkan yang aku kata dia bagus..."keep up the good work!"

Tapi tak semuanya senyum ni bagus...aku ingat lagi ada sekali tu guest marah sangat dan panggil bos aku nak complaint. Bos aku pun pergilah dekat guests ni. Guests mula complain...boss aku dengar dan senyum...tiba-tiba tak pasal-pasal boss aku pulak yang kena complaint sebab guests tu kata tak ambik serious complaint dia dan senyum perli kat dia! La....pulak dah!

Jadi kesimpulannya, senyum tu elok, tapi kena lah tahu tempat. Kalau senyum tak tentu hala pun kacau jugak...bayang kan kalau kita tengok budak jatuh basikal dan kita pi senyum kat dia........lari..........heh3...

Sabtu, November 07, 2009

Dia datang...

(masa lawan Japanese School. La Abang main untuk U-18 ka?)

(horey2 kat rumah)

(abang salah age group kot..)

(mahal tu aku beli hari tu)

(ingatkan RM50 boleh dapat..)

Dulu-dulu selalu aku dok dengar lagu ni. Mula-mula aku tak berapa faham tapi disebabkan nenek aku cukup suka dengan penyanyi ni, dan aku tiap-tiap hari dok dengar lagu ni, sampailah sekarang lagu ni terngiang-ngiang kat telinga aku setiap kali ada orang nak datang. Dalam hal ni, para jemaah...aku dapat wake-up call pagi tadi sebab aku takut tak terjaga. Budak aku talipon suruh bangun mandi...aku dengan muka tak cukup tidur, terus bangun dan mandi. Dalam dok mandi, sempat aku masak air untuk buat teh. Lepas kena teh aku turun bawah jumpa jemaah yang akan sampai untuk sarapan. Pergh....meriah...selamat datang Bapak-Bapak....silakan...silakan....hilang ngantuk!

Seronok tengok depa makan. Aku yang dah rasa-rasa turun berat badan sikit pun sangat teruja tengok makanan tu semua. Ish...Dollah nih...malam ni dia masak apa pulak? Tadi aku tengok dia buat tauhu dengan kuah kacang. Alamak, yang simple macam tu pun aku dah senyum meleret dengan jelingan manja. Oh tidak.......actually dah dekat sebulan aku tak makan malam ni. Tapi angkara Dollah punya pasal, mungkin malam ni aku terbabas.

Hari ni aku jogging sikit. The whole day aku dok terperap kat dalam office dok buat planning untuk meal. Habis memang lah dah habis....dah circulate pun....tapi masalahnya, ada pulak yang datang last minute...pergh...part tu aku tension betul..nasib baik tak ramai lagi la ni. Bayangkan kalau dah libu-libu ada lagi last minute? Mahu pengsan aku terjegil bijik mata tak tidur! Then setengah hari dok check stock pulak. Takut nanti beras habis setengah jalan...aku nak jawab apa? Kalau aku boleh gantikan dengan pasta takpalah..tapi Bapak-Bapak tu semua nak makan nasi jugak! Takpa-takpa...ni semua ibadah jugak ni bagi orang makan. Walaupun aku sendiri kadang-kadang tak sempat nak makan!

Keadaan bertambah meriah di kawasan Masjidil Haram. Orang dah mula penuh. Semalam masa aku pergi ke Haram lepas Isyak, ingatkan nak tawaf tapi tengok keadaan yang sesak, aku tak jadi. Takpalah, bagi lah peluang pada orang yang datang dari jauh. Kesian tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik kena tolak masa tawaf. Aku doakan depa selamat menunaikan tanggungjawab.

Lepas ni aku nak lari pergi bawah balik dan tengok suasana dinner. Bersembang sikit dengan guests aku sebelum aku switch off! Errr by the way, bola sapa menang, NS lawan Kelantan? Aku tak tahu nak pilih mana. NS, aku sekolah selama 5 tahun kat sana dan Kelantan pulak, mama lahirkan aku kat sana....dua-dua tak kena.....anyway, jangan lupa bagitahu aku result yea....

Jumaat, November 06, 2009

Commercial Break

(dari tingkap restoran belah tepi)

(menyusur ke tingkat 1)

(depa dah start dah..)

(orang ramai dok berjalan ke haram)

(dah start sembahyang kat atas jalan..)

Setiap benda yang kita buat berterusan, mestilah ada break in between. Aku ingat lagi masa lawan rugby dulu after 35 minutes, ada break for 15 minutes. Then main bola pulak, lepas main 45 minit, ada break lagi 15 minit. Tengah syok-syok tengok cerita Dallas yang ada Jr Ewing tu, tiba-tiba ada pulak iklan Fab Buku! Ish...kacau sungguh.

Sama jugak masa aku balik ke Penang dari KL. Sampai kat Ipoh, aku stop sat pi toilet la...makan jambu lah...kena tey lah...then masa dok belajar dulu pun serupa. Every 45 minutes ada 15 minutes break, jadi kami berlari la turun ke cafe dan pekena kopi "o" kaw. Tak boleh pakai duit..kena pakai "jeton" masa tu. Tadi mata dah nak juling, jadi cerah balik...sambung masuk kelas..

Masa aku tengok konsert Zainal kat Tokyo dulu pun macam tu. Ada interval in between. Tapi nasib baik ada interval masa konsert Zainal...kalau tak dak interval, memang aku tak jumpa lah aunty masa tu...Nasib baik...nasib baik....fuuuhhh.....then kat Istana Budaya, masa aku tengok show apa entah,, mungkin Cats, kerusi dah lah kecik untuk menampung punggung aku yang dah gelebeh kiri-kanan ni...seat depan punyalah dekat, masa break tu lah aku sempat jogging kat Tasik Titiwangsa tu sekejap sambil buat stretching kat tepi tennis court sebelum sambung tengok Cats...

Waktu naik kapalterbang pun serupa. Aku cukup susah hati kalau tak dapat "aisle" seat...bukan apa, aku tak boleh nak gelunjor kan kaki...jadi selalu kalau aku naik, aku selalu mintak kat tempat depa letak baby tu. huh, baru lega....actually, satu lagi reason sebab aku nak pergi toilet senang...tu yang nak duduk kat tepi tuh..heh3...

Errr..actually, yang aku dok merepek kat atas tu bukan pasal apa, guest aku dah start masuk malam ni. Jadi aku rasa aku tak sempat nak sambung telenovela aku yang tak berpenghujung tuh...nampak gayanya, lepas ni, cerita aku akan jadi pendek-pendek dan jarang-jarang sikit kot...jemaah ramai wooooo...tak tipu...ada sampai 2500 orang aku nak bagi makan dalam satu meal period...esok pagi aku dah masuk gear 2! Heh3.....please bear with me yea...

Khamis, November 05, 2009

Mulanya Disini Part 7

(woooo jamal lah...)

(meeting Pak Lurah...)

(penyamun2 aku tengah dok drama...)

(ya akhi...cat jangan tak cat kat depan opis aku tuh...)

(ambulan aku tempah khas...untuk sapa2 yang sedih baca telenovela aku!)

Yay...ramai aku jumpa manusia hari nih...aku jumpa Hj Arshad (tokey hotel), aku jumpa Ridwan juruforo pro dari Tabung Haji , aku jumpa Rahman Hamzah (ni bukan adik Othman Hamzah yea...Puan-Puan..) dan yang lain-lain termasuklah budak yang paling rajin dalam dunia, si Lotfi! Bersembang dan minum-minum...tu sajalah yang aku dengan Lotfi tahu selain daripada tugas aku menyelewengkan minda masyarakat! Heh3...Puas....

On a more serious note, berbaliklah kepada cerita 1001 malam aku ni...duduk kat Jepun ni tak semuanya senang...makan sendiri, basuh baju sendiri, gosok baju sendiri dan tinggal pun sendiri. Panjang masa aku kerja. Mana ada kerja 8 jam satu hari kat Jepun! Berangan lah aku kalau dapat kerja 8 jam. Selalunya 14 sampai 16 jam satu hari. Pergi kerja 1.5 jam, balik kerja 1.5 jam. Bila sampai kat bilik, makan, mandi dan terus tidur. Letih ya'amat. Itu belum kira keluar dengan budak-budak Jepun lagi tuh...Memang selalu aku tertidur kat dalam keretapi. Tapi yang herannya, bila sampai stesen, mata aku auto focus terbeliak! Memang magis...mengalahkan David Copperfield...

Masa musim Autumn adalah satu musim yang sungguh cantik. Daun-daun berubah warna dan cuaca sangat nyaman...Kalau boring-boring, aku lajakkan keretapi ke Shinjuku ataupun Shibuya. Kalau weekend aku selalu melepak kat lorong di Shinjuku, tempat muda-mudi zaman ini berpesta, Seronok tengok depa dan depa pun seronok tengok aku! Heh3...Masa tu masih bersendiri....sungguh aih....tak tipu nih...lepas-lepas tu baru aku jumpa aunty...(ada cerita dalam entry aku yang terdahulu!)

Masa aku balik ke KL, aunty ada hantar aku kat bas ekspres yang datang sampai kat depan hotel. Aku ingat lagi, aku bagi dia sekole duit syiling Jepun, balance yang aku tak akan guna lagi...aunty sedih bila hantar aku balik. Aku rasa dia tereyak kot...aku dengan sikap macho tak bertempat pun actually nak tereyak sama, tapi control habis...heh3...

Balik ke KL aku buat permohonan "undi masuk" balik ke PJ Hilton dan diterima masuk dengan tangan terbuka oleh F&B Manager aku si Michael Luible. La ni Michael Luible dah jadi GM kat salah sebuah hotel yang terbaik di Singapore. Well done ML.....bila aku masuk balik ke PJ Hilton, aku dah risau, apalah post yang depa nak bagi aku nanti? Tiba-tiba satu hari ML dah panggil aku mengadap dia kat office. Bercerita punyalah panjang...last-last dia cakap, tak ada post yang sesuai untuk aku. Yang ada cumalah post yang aku tinggalkan dulu. Yakni, waiter! 4 hari 3 malam aku pikir sambil lengan bersilang kat atas dahi....pergh...macamana aku nak face muka penyamun-penyamun lain? Macamana aku nak face family aku dan macamana aku nak cerita kat aunty nanti kalau dia tanya? Aku tension...mengalahkan SPM tak pass! Kalau Habsah Hassan jumpa aku masa tu, mesti dia buat lagu sedih satu....aku memang sedih. Penat aku kerja kuat-kuat...penat aku pergi kerja jauh-jauh...last-last balik ke position yang sama. Memang sedih...

Sekali ni depa transfer aku ke Genji. Genji ni Japanese Restaurant. Chef aku Umezawa masa tu. Nak tak nak, aku pun kerja lah jugak...dalam diam-diam aku buat application ke Carcosa Sri Negara (masa tu baru nak bukak). Aku mintak post Captain. Tapi entah macamana, aku sayang pulak nak tinggalkan tempat lama sedangkan apa yang aku nak masih lagi tak dapat. Takpa-takpa, aku tetapkan pendirian, aku kuatkan semangat, aku mesti lakukan sesuatu...jadi aku terus kerja kat situ dengan lebih giat lagi. Aku mesti tunjukkan yang aku boleh berjaya macam orang lain jugak. Dalam diam aku perbanyakkan membaca buku-buku yang bercorak "positive thinking". Aku cuba praktikan "paradigm shift" walaupun paradigm shift tak masuk list lagi. Aku terus berusaha sebab cikgu-cikgu aku kat sekolah dulu pernah berpesan, "usaha itu tangga kejayaan"...aku jadi bertambah tense bila aku kira-kira balik, alamak, budak-budak yang pergi overseas semuanya dah nak balik Malaysia. Kalau depa balik dan ajak aku minum teh macamana? Kalau depa balik ajak aku pergi reunion macamana?

Selang beberapa bulan, ML panggil aku dan cakap depa ada plan nak tukarkan Anggerik Lounge dan jadikan Fun Pub. Dan nama aku tercalon untuk jadi kepala kat situ. Huh? Aku tersedak dalam terharu...ML explain yang sebenarnya depa dah plan dari awal dan depa nak tengok macamana penerimaan aku bila balik dari Jepun dan masih lagi bermula dari bawah. Katanya, aku dapat kembali ke bawah dengan baik sambil mengatur balik langkah aku yang satu waktu dulu dah sangat longlai...kali ni aku terdiam. Balik rumah, dengan lengan masih kat atas dahi, kopi "O" secewen, aku pikir balik...boleh ka aku jadi kepala ni? Dulu orang lain kat atas aku dan aku kena report kat depa, tapi la ni, depa pulak yang akan report kat aku! Wah kacau nih...dalam debaran, aku beranikan diri untuk sign surat promotion aku.

Dari situ, bermulalah satu lagi pengembaraan merentasi masa untuk aku...Aku bermula disitu daripada mula tempat tu dipecahkan sampailah dinaikkan. Tiap-tiap hari aku kena mengadap FB Manager aku dan PR Director aku (Puan Adlina Borhan). Chef aku masa tu memang number one in the world. Nama Tengku Farazil dan sekarang ni dah jadi Executive Chef kat Indonesia. Ada lah sangkut kat belah-belah N9 tu tapi very down to earth dan sama kepala dengan aku. Sama-sama kami usahakan tempat tu sampai jadi meriah.....

Aku agak terhanyut bila kerja kat tempat tu. Hanyut dengan nafsu muda. Aku terbabas jauh. Aku memang tak sedar yang aku dah tersasar dan tak mampu berpatah balik. Tapi Allah masih sayangkan aku. Dia bagi petunjuk kat aku. Tiba-tiba masa aku tengah makan nasi lemak kat "mapley" malam tu lepas habis kerja, aku terfikir balik, ish...sampai bila aku nak jadi macam ni? Aku muda lagi, tenaga masih ada, pasal apa aku tak buat apa yang aku patut buat? Malam tu masa naik honda cub, airmata aku berlinang...sampai kat rumah KA, aku tengok mama dengan arwah bapak tengah tidur tunggu aku. Aku renung muka depa lama-lama......

Esok pagi aku bersemangat. Aku buat satu surat permohonan ke pihak pengurusan lagi. Kali ni aku bagitahu yang aku nak sambung belajar! Depa terkejut. Dan aku? Macam biasa, aku pun terkejut...biar betul tindakan aku nih? Selang 2 bulan aku dapat surat balas yang suruh aku pergi jumpa pegawai atasan di HQ. Aku pergi...masih dengan honda cub dan helmet shoei warna merah ang-ang...sampai kat HQ, pelan-pelan aku parking motor bawah pokok. Angkat seat moto dan tarik tie aku dari bawah seat moto, tepi tangki minyak...tutup balik dan capai sikat terus sikat rambut kat bawah pokok! Tengok kiri-kanan, ambik fail dari bakul moto, terus jalan....lama kami dok bercerita kat dalam office tu. Selang beberapa minggu, depa panggil aku lagi. Interview lagi dan lagi dan lagi sebab permohonan memang banyak. Depa tanya aku nak pergi mana? Aku cakap....Hawaii Pacific ka......New Haven ka.......Johnsons and Wales ka.....busuk-busuk pun hantarlah aku kat Cornell di Ithaca tuh! Depa gelak...depa cakap depa tak hantar kesana tahun tu. Memang the next following year baru hantar. La....habis mana nak hantar aku? Aku dah panic...aku tak naklah pergi Shatec kat Singapore tu...kalau Shatec, dengan honda cub pun aku sampai....

Hari berganti hari...bulan berganti bulan...sambil naik moto kat seksyen 14 nak balik DJ, aku nyanyi lagu Harmoni...."Penantian satu siksa...yang tidak terrrrrtanggung....". Esok tu aku dapat call dari Abang Borhan (dah pencen pon dia la ni). Dia cakap, "Shahrir, kau siapkan passport...board decided to send you to Suisse, tunggu surat, nanti Abang hantar...". Pergh...biar betul ni.....

Heh3....tu lah mulanya cerita aku....

Di episod telenovela yang dah mula horey-horey ni, aku titipkan sikit pengajaran kat sini untuk adik-adik buat renungan....

1) tak semua yang kita plan akan menjadi
2) jangan patah semangat, Allah bagi kita tenaga untuk berusaha dan otak untuk kita berfikir
3) jangan malu untuk kembali bermula dari bawah
4) sparekan sedikit masa sebelum tidur ataupun masa tunggu lampu merah tukar lampu hijau untuk berfikir macamana nak ubah taraf hidup
5) always stay in the positive mode
6) sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada (in this particular case, honda C70 dan helmet shoei kaler merah ang-ang...) heh3...
7) trust in Allah and be yourself....

Wahai adik-adik semua, kasihanilah mak-bapak kita yang dah banyak berabih dan bersusah-payah nak menyekolahkan kita. Belai kita dari kecik sampailah besar dan dalam kesusahan, depalah yang menjadi pendengar kita dulu masa kecik-kecik...tak ada apa yang depa harapkan kecuali melihat anak-anak depa berjaya.....

Rabu, November 04, 2009

Mulanya Disini Part 6

(rasa2 NY Eve nanti aku nak duduk sini la...)

(ada fireworks ka nanti? mesti anak-anak aku suka!)

(mina tengah dibersihkan)

(lagi kawasan Mina)

(tempat melontar yang dah besar dan moden)

Hari ni aku terasa bahang Haji sikit. Tapi masih belum tekan "panic button" lagi...semuanya insyAllah ok tapi macam biasa la...ada sikit "stage fright"....bila dah 2-3 hari tu akan jadi ok...cepatlah pulak haji sekali ni. Rasa macam baru saja lepas haji tahun lalu!

Sambungan pada cerita syahdu semalam tu, ni lah pertama kali aku naik kapal terbang. Airport masih lagi kat Subang. Alamak kecoh gila...sekali ni mama dan arwah bapak hantar aku, maklumlah, nak jalan jauh...heh3...Naik pukul 11 malam dan sampai esoknya pukul 6 pagi. Lepas breakfast, aku sampai. Penat aku cari toilet. Aku masuk toilet. Bila aku keluar toilet, orang dah kecoh sebab tadi tiba-tiba aku hilang. La...kena bagitahu ka kalau nak pergi toilet? Mana aku tahu...perjalanan naik bas mengambil masa selama satu setengah jam sebab kesesakan lalulintas nak ke Tokyo. Aku ditempatkan di "business hotel" bernama Toko Hotel. Bilik aku bernombor 403 (yong zero san). Aku ingat lagi. Kunci dia yang pakai batang plastik yang besar-besar tu! Heh3...Aku dengan kembang hidung, naik lif masuk bilik. Kononnya nak rehatlah...masuk aje bilik aku dah terkejut...la...keciknya bilik! Size dia? Aku sendiri tak tahu nak cakap macamana. Ok, let me explain. Kalau baring atas katil dan julurkan kaki, ibu jari kaki dah boleh cuit suis TV! Dari hujung bilik ke hujung satu lagi, cuma 8 langkah...dan bilik air, cuma ngam-ngam sorang saja. Kalau masuk dengan Abang, alamatnya Abang akan pengsan tersepit kat pintu! Macam tu lah besar dia. Jangan tanya aku berapa square meter sebab dulu add maths dengan mod maths aku dapat 6 terbalik..heh3...pandaikan?

Lepas 2-3 hari orientation naik keretapi turun keretapi, aku dah pandai pergi sendiri ke hotel. Hotel tu memang cun. Tokyo Bay Hilton. Kalau sapa-sapa tengok drama Jepun yang bertajuk HOTEL, maka kat situ lah depa shooting dan kat situlah aku kerja. Bahagian depan mengadap Disneyland dan bahagian belakang mengadap Tokyo Bay. Malam-malam memang cantik. Lampu lip-lap, lip-lap...macam "mastorra" Chom Bee! Kalau weekend kita boleh tengok fireworks display dari Disney. Dekat gila....macam Hotel Impiana dengan KLCC! Tu dia aih...perumpamaan.

Bahasa sangat penting kat sini. Nasib baik aku belajar bahasa Jepun secara intensif selama 6 bulan sebelum pergi. Jadi basic Kanji aku boleh baca. Kalau hiragana dengan katakana tu, memang no problem lah...jadi kat situ aku survive sendiri. Nak beli tiket, cakap Jepun...nak beli air, cakap Jepun...nak makan, cakap Jepun...lama-lama aku dah boleh comunicate sebab aku ni kaki redah...semua aku bantai. Betul ke tak betul ke, hentam saja.

First department yang aku masuk, depa hantar aku kat Stewarding Dept. Ni bukan pramugara nih...ni cuci pinggan! Aku kerja dengan budak-budak rambut panjang. Depa ni bisu...(aku sangkalah..)masa break tiba-tiba depa ajak aku pergi cafetaria, makan. Aku jadi kawan dengan budak-budak tu semua. Aku tanya pasal apa depa diam masa buat kerja? Tak boring ka? Depa senyum kat aku. Depa kata, kalau depa bersembang, kerja jadi lambat. Wooooooo...pelajaran nombor (1) jangan dok bersembang tak tentu hala....kemudian depa kata, kalau dok bersembang, otak tak boleh concentrate kat kerja. Woooooo....tu pelajaran nombor (2). Then depa kata, kalau dok bersembang memanjang, depa tak boleh nak habiskan kerja dalam masa tertentu sebab masa tu sangat penting. Wooooo....dah (3) pelajaran aku dapat kat tempat cuci pinggan tu! Aku tanya depa, pasal apa rambut panjang dan ikat tocang? Depa kata depa sebenarnya University Students yang buat part time @ arubaito. Woooooo...melopong memanjang mulut aku..

Aku teringat masa kat cafetaria tadi aku tengok semuanya beratur panjang ambik makanan. Tak dak yang berebut, buffet counter cuci-chalat...dan pekerja semua beruniform kemas. Aku kagum...actually kagum sebab aku kerja kat situ...heh3...lepas makan aku sambung balik kerja. Tapi sekali ni aku dah malu nak bersembang sebab nanti depa kata macam-macam kat aku...heh3...

Lepas kerja dan masa tukar baju kat locker, depa mai jumpa aku. Depa tanya samada aku free malam tu dan ajak aku keluar minum. Aku kata ok. Jadi kami pun ramai-ramai keluar hotel, naik keretapi dari Maihama stesyen sampai Tokyo stesyen then tukar pergi Shinjuku dengan JR Yamanote yang kaler hijau tu sambil menyanyi lagu "Apa Khabar Mu Disana..." heh3...

Aku seronok bekerja dengan depa ni sebab sentiasa tolong aku yang masih tak berapa pandai nak buat kerja sendiri. Depa tanya dan tanya sampai aku dapat. Kalau tak dapat, depa tunjuk lagi kat aku sampai aku sendiri naik rimas dan rasa "guilty of the 1st degree!". Macam tu lah kami, sampai aku jadi baik dengan depa. Then aku kena transfer pergi ke restaurant. Bila aku kat restaurant, kerja aku tambah senang sebab aku tahu kat mana nak hantar pinggan kotor, kat mana nak cari gelas, sudu dan garpu...makcik-makcik yang kat dapur semua aku tegur, termasuklah iron chef-iron chef yang ada kat belakang tu. Semua jadi baik dengan aku dan sebab tulah kerja aku jadi senang. Jumpa kat mana-mana kami mesti bertegur sapa. Dalam perjalanan balik ke Gotanda tempat aku tinggal, aku tak habis-habis baca buku pasal peradaban orang Jepun, etika kerja Jepun dan segala-gala pasal Jepun. Aku jadi obses dengan apa-apa saja tentang Jepun. TV program Jepun, keretapi Jepun, rugby team Jepun, lagu Jepun dan termasuklah gadis Jepun...heh3...

Orang Jepun ni, kalau tunggu bas, depa beratur. Tunggu teksi, depa beratur dan semuanya beratur. Bukan macam kat Ampang Point tunggu teksi. Kita pulak, kalau nampak orang tunggu teksi kita bukannya beratur kat belakang dia, kita suka beratur kat depan dia! Heh3...macam ni punya manusia pun ada..

Budak-budak Jepun ni masa kat dalam locker aku tengok memang jaga kebersihan sungguh. Lantai locker room tu boleh baring tak pakai baju, punyalah bersih! Rambut depa, jangan ceritalah....pakai gel, then pakai hairdryer...pakai gel, then pakai hairdryer lagi...kelas...kalah A Mamud dalam majalah Gila-Gila tahun 78'! Bab berkawan dengan depa memang aku seronok. Especially lepas kerja. Banyak tempat kami pergi dan sampai aku dah tak larat nak pergi pun depa usung aku jugak. Punyalah baik...depa tengok aku letih, depa tolong, depa tengok aku blurr sikit depa tanya pasal apa? Part tu aku memang bernasib baik dengan budak-budak tu semua. All in all, salah satu tempat yang aku enjoy bekerja ialah kat Jepun. Aku belajar tentang "Positive Work Ethics"

Amboi Cik Kiah, cerita pasal Jepun, sampai lupa nak buat ending....basically cerita aku la ni dah mula nampak horey-horey...sebabnya aku dah mula confident! Macam biasalah Cik Pah ooiii, walaupun horey-horey, pengajaran hari ni jangan dilupa yea...apa yang kita dah belajar hari ni?

1) pesan kat orang kedua, mana-mana kita nak pergi (ni pasal pergi toilet tak bagitahu orang nih..), jangan terus hilang..
2) cepat adaptkan diri dengan persekitaran yang baru
3) belajar tentang "local culture" samada dikampung yang baru, sekolah yang baru ataupun pejabat yang baru
4) bahasa sangat penting untuk mengeratkan perhubungan
5) jangan pencilkan diri....bergaullah dengan orang sekeliling kita
6) sentiasa positive dan berhemah

Woooo, hari ni pun aku bersemangat waja....bukan pasal apa, aku dah mula ada keyakinan diri kat sini. Aku dah mula bersemangat. Aku dah mula nampak cahaya kat lorong gelap aku, aku dah mula rasa yang aku berhak menentukan masa depan aku sendiri, aku nak ubah semuanya dan tunjukkan pada kawan-kawan aku tadi yang Grade 3 SPM tak bermakna masa depan aku akan gelap sentiasa dan aku mula pasang cita-cita yang lebih tinggi...heh3...

Selasa, November 03, 2009

Mulanya Disini Part 5

(besarkan dan baca apa yang dia tulis!)

(dah nak siap sepenuhnya)

(kat bawah jabal rahmah pun ada pesan jangan buat yang tak senonoh)

(jabal rahmah dari jauh)

(jauhnya nak naik gua hira')

Selamat petang Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta adik-adik sekelian....hari ni aku sambung lagi cerita yang tersangatlah sedih lagi syahdu ni. Bakal di alihkan ke layar perak tak lama lagi dengan dibintangi oleh Angelina Jolie sebagai aunty....Tom Kurus sebagai Uncle....Osman Kering sebagai ustad supian......dll lagi yang mungkin anda semua tak kenal. Heh3...KOG...nak joint sekali ka? Kleenex, kacang GOOD, kopi Hang Tuah...semua dah siap? Macam ni cerita dia...

Lama aku kerja kat PJ Hilton tu. Macam-macam cerita dan drama aku tengok selain daripada aku sendiri yang buat cerita dan aku sendiri yang buat drama. Lama aku kerja jadi waiter kat situ. Tak naik naik jugak pangkat. Aku heran..apa yang tak kena ni? Kalau nak kata aku tak handsome, aku handsome...tapi yang tu bukan ciri-ciri untuk naik pangkat..heh3...saingan aku masa tu memang banyak sangat. Sama-sama waiter dengan aku masa tu, ST ada, SB ada, S ada, I ada.....pergh, semua tu senior aku yang super-duper. Tak terkejar aku dengan ketangkasan depa...Satu station 15 meja boleh pukul sorang-sorang...patutlah aku masih terperok jadi waiter. Penyamun-penyamun tu semua pun waiter jugak sama aku. Kalau depa yang senior tak naik pangkat, macamana aku nak naik pangkat? Dekat setahun setengah aku pikir! Aku study cara setiap sorang. Level of work, speed, courtesy dengan guests, sama taraf....punctuality, attendance.....huh kat situ aku study betul-betul...mungkin kat situ aku menang sikit sebab depa ada yang selalu terbabas bila bab punctuality ni...jadi kat situ aku jaga betul-betul. Kalau siapa-siapa pergi check attendance aku selama bertahun-tahun aku kerja kat situ, tak kan jumpa punch card aku warna merah sebab aku tak pernah sekalipun lambat. Part tu aku sendiri pun terkejut...Jadi dari situ aku dah ada kelebihan dari yang lain-lain.....(1-0)...ingat adik-adik yea.....cari kelebihan diri sendiri...

Lepas pada tu aku terpikir pulak, alamak, menu kebanyakkannya dalam bahasa Peranchis sedangkan aku tak tahu apa-apa....sama macam penyamun-penyamun yang lain. Kalaulah aku tahu cooking terms tu semua, mungkin aku ada kelebihan....jadi kat situ, aku dah bersemangat nak belajar french. Aku daftar kelas malam kat Alliance Francaise di PJ (dulu depan sekolah sri aman) selama 2 tahun kelas malam. Abang aku heran dan tanya aku pasal apa aku ambik bahasa Perancis sedangkan bahasa Jepun tengah "in" masa tu. Aku diam sebab aku dah ada matlamat jangka panjang. Exam semua aku pass....huh, sekarang aku dah boleh bersembang dengan guests dan baca menu dan faham semua cooking terms...

Sekarang adik-adik tengok....kelebihan dari segi tahap kerja, aku dan orang lain semuanya sama. Tapi apa kelebihan aku sekarang ni? Sekarang ni, kelebihan aku ialah, tak pernah datang kerja lambat dan sekarang berkemahiran untuk bertutur, membaca dan menulis didalam bahasa Perancis. Penyamun-penyamun lain boleh buat? Aku rasa tidak....jadi disitu aku dah menang 2-0! Aku cuba cari jalan macamana aku boleh belajar daripada kelemahan depa dan berupaya untuk memajukan diri.

Kami ni dekat dengan airport Subang. Jadi selalulah ada flight delay especially Phillippine Airline (masa tu ada lagi). Jadi bila sampai part tu, penyamun-penyamun semua cepat-cepat lari selamatkan diri walaupun stewardess semuanya lawa-lawa...heh3...Aku tidak. Aku akan volunteer buat overtime. Jadi bila ada emergency cases, nama aku akan naik dulu dan aku seronok buat kerja. Aku tak menyusahkan siapa-siapa dan kami masih lagi main bola sama-sama. Keluar pergi DV8 (masa tu la..) sama-sama dan buat benda yang tak senonoh sama-sama....jadi, takada timbul perasaan iri antara kami semua. Kat situ aku ada kelebihan lagi satu. Dah 3-0!

Nak dijadikan cerita, JPA ada keluarkan tawaran untuk ke Jepun. Aku terbaca kat notice board depan HR. Aku cerita kat kawan-kawan aku yang lain masa kami tengah makan kat cafetaria. Depa bantai gelak jugak kat aku. Depa kata, "hang tu waiter....sekolah tak pandai...." Aku sedih dengar cerita depa. Mahu 2-3 hari depa dok cerita pasal tu. Aku tak kisah..kami masih lagi boleh mengutuk antara satu sama lain. Tu semua geng aku, takkan aku nak marah kat depa? Sama-sama angkat pinggan, angkat kerusi, angkat meja...sama-sama pergi DV8, sama-sama tak balik rumah! Dalam diam aku ambik alamat JPA dan buat permohonan berserta dengan surat sokongan dari pihak hotel. Err...orang yang sokong kuat permohonan aku actually sekarang ni dah jadi orang besar kat Mekah! En. WS, aku nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kat dia walaupun aku tahu dia tak baca blog menyeleweng aku nih...Lepas buat permohonan, aku lupa...

Lepas 3-4 bulan, aku dapat surat interview dari JPA (masa tu kat Kiara kot). 2 kali aku attend interview. Aku cuba jawab soalan dengan terbaik sebab aku tahu kelulusan aku cuma sikit berbanding dengan budak-budak lain yang apply. Gerun aku tengok depa...lepas interview aku lupa lagi.....then lepas 2-3 bulan, aku dapat surat dari JPA suruh aku lapur diri. Pergh...biar betul ni....penyamun yang SPM grade 3 tuh! Yang 24 jam teringat kat bola lonjong dan bukannya teringatkan kat buku BIO! Sebelum aku sambung belajar bahasa Jepun dibawah kelolaan JPA/ITM, aku ucapkan selamat tinggal kat budak-budak Paya Serai yang sama-sama jatuh terlentang dan pernah terlingkup dengan aku dulu dan sama-sama main bola kat padang tepi A&W PJ dan yang sama-sama tengok midnight show Jurassic Park kat panggung STATE! Dan of course yang selalu menyusahkan Gopal, Abang Joe, Anuar dll bos-bos yang ada...heh3...

Ada sekali sebelum aku pergi Jepun aku ada terserempak dengan Training Manager aku kat sana. Sorry, nama dah lupa. Dia seronok tengok aku. Kami bersembang sakan. Dalam dok bersembang tu, entah apa lah soalan yang aku tanya, tapi dia jawab, "Shahrir, I tengok you ni ada kelebihan walaupun bekerja sebagai waiter selama beberapa tahun. You tak pernah masuk kerja lambat.....(1-0)...then you sanggup belajar kelas malam dan ambik bahasa Perancis untuk memajukan diri....(2-0)...then selalu I dengar bos-bos semua sebut nama you sebab you rajin dan tak pernah kata tak boleh bila diperlukan...(3-0)......dan sekarang you akan ada kelebihan lagi satu sebab tahu pulak berbahasa Jepun...(4-0).....

Tu dia aih....aku dah tersedak....masa aku naik moto honda cub C70 aku tu balik rumah KA, kat dalam helmet aku senyum sorang-sorang.....dan dalam hati aku kata, "the time has come..."

Heh3....Tuan-Tuan, Puan-Puan dan adik-adik sekelian....pelajaran kita pada hari ni pulak adalah seperti berikut yea....

1) know your strength..
2) change the negative in others into something that can spur you to move forward
3) well discipline
4) when you run in the Olympics, you only go for GOLD!
5) jangan menyusahkan orang lain
6) berbaik dan berkawan dengan orang sekeliling kita. Kita memerlukan depa dan depa memerlukan kita
7) meanwhile, don't forget to have fun....tu yang selalu pesan, work hard and play hard! Has to be equal...

Heh3...berapa banyak kleenex hari ni? Tak banyak kot....pasal hari ni aku tiba-tiba bersemangat tak tentu hala la pulak.....jadi cukup sampai disini telenovela "...kasih" untuk hari ni...(psst...nyamuk cukup gila kat drama nih). Nyamuk...kau biar betul ni....tak groovy lah! Heh3...

Isnin, November 02, 2009

Mulanya Disini Part 4

(kaki gunung gua Hira')

(signage yang tak bagi buat yang bida'ah)

(matahari nak terbenam kat Jeddah)

(macam bot PX masa aku pergi Pulau Jerjak dulu...nostalgia...tu yang tangkap tuh!)

(ni bukan adik-beradik)

Aku kembali lagi dengan episod terbaru. Heh3...kat Swensens tu pulak kawan-kawan aku semuanya baik-baik walaupun muka nampak ganas...Bob dan Sulaiman bukak gerai nasi lemak dan teh tarik betul-betul kat depan Piccadilly. Sebelah dia ada Yong Tau Foo dan Rojak Penang. Malam-malam akan penuhlah gerai depa. Especially weekend. Ada sekali, dengan aku sekali berlari usung kerusi meja sebab kena kejar dengan MPPJ. Mana tak kena kejar, lampu sambung tiang letrik kat sebelah, air pulak curi paip tepi jalan yang kami sama-sama bukak dan sambung paip getah....kadang-kadang hujung minggu aku akan melepak tolong Bob kemas meja sebab Bob dan Sulaiman busy. Depa panggil aku "Shah" ala-ala hero 80-an...Aman Shah! Depa tak bayar gaji aku tapi bagi aku makan nasi lemak dengan teyy tarik PREE! Horey-horey aku. Kadang-kadang Fredo turun makan. Aku tumpang seronok melayan Fredo. Kena pulak kalau dia keluar TV rancangan Dwiwarna ka apa ka, aku dengan bangga cakap kat orang, "woi, aku serve dia nasi lemak lah!"

Dalam dok kerja kat situ, aku dah mula gatal tangan nak pegang bola lonjong. Ada sekali tu (aku ada cerita dulu) aku pergi RSC dengan harapan nak kerja waiter. Tapi macam biasa aku kena reject sebab muka "ganas". Sedih aku...apasal lah muka aku tak macam Brad Pitt...(walaupun selalu orang kata macam tu...heh3...). Sebelum keluar dari interview, interviewer tanya aku kot-kot ada soalan. Aku terus tanya, macamana aku nak main rugby? Depa terkejut. Depa hantar aku kat Sports Dept. Jumpa 2-3 orang, depa suruh turun training for trial. Aku seram sejuk sebab masa tu 2-3 orang main untuk Malaysia i.e. Alan dan adik dia Norman Mannan. Selain daripada Richard Dutton dan ramai lagi Mat Salleh-Mat Salleh yang lain. Aku turun 3 kali trial dan last sekali masa bulan puasa, depa announced yang aku dapat first 15! Horey!

Aku balik kerja kat Swensens dan 2 kali seminggu, aku naik bas mini nombor 12 untuk ke RSC. Lilian memanjang complaint sebab aku selalu mintak kerja pagi sebab petang aku ada training. Weekend pulak selalu ada game. Masa kat situ, aku kenal dengan sorang lagi penyamun yang bernama R. Budak ni bijak bistari. Number 1 in the world...dia tak pernah cakap kat aku dia study kat mana tapi tiap-tiap hari datang kerja dengan motor cub. Kalau balik malam, dia akan hantar aku sampai rumah. Bagus budak ni. Ada sekali dia cakap dengan aku, "Shah, aku dapat sambung belajar..." Huh? aku ingatkan budak ni dah hancur masa depan macam aku! Aku tanya dia, hang dapat kat mana? Dia cakap dia dapat pergi Jepun sambung belajar. Wooooo...aku terkejut....malam tu kami minum kat gerai Bob sambil celebrate cara orang tak ada duit! Si R ni pergi Jepun selama 5 tahun kalau tak silap aku dan kahwin pulak dengan orang Jepun dan sekarang ada anak 4! And surprisingly, Ms. Legolas pun kenal kawan aku ni sebab sama-sama belajar kat Jepun dulu....OMG....what a small world!

R dah dapat pergi Jepun, alamak...aku pulak macamana? Masa tu jugak aku kalut cari address ITM. Jumpa....aku talipon, ada bunyi berdering...aku tunggu. Tak dak orang angkat...aku tunggu lagi, pun tak dak orang angkat jugak. Last-last, aku tengok jam. La......pukul 1.45 pagi! Patut lah tak dak orang.......

Esok aku kembali tension dengan nasib si Labu-Labi aku ni. Apa lah nak buat? 48 kali aku ulang soalan yang serupa sambil jalan buang sampah kat hujung lorong. Aku belek Yellow Pages yang aku pinjam kat Kakak Rock. Nama Rogayah tapi......ganas habis! Jumpa ITM Shah Alam. Aku talipon dan dijawab. Depa kata tunggu borang keluar. Bila keluar aku rasa akulah orang yang ke 1042 apply. First choice, Hot Cat....2nd choice, Chef Training. Lepas sebulan, depa panggil interview. Err...lupa nak cakap. Yang sama interview dengan aku kat Shah Alam pagi tu ialah...........Anuar Zain @ Kain Pelikat.......heh3....lepas beberapa purnama, aku pun resign dari Swensens dengan linangan air mata dan hingus....kakak aku terkejut, mama terkejut, arwah bapak terkejut....dan aku? Lagilah terkejut...heh3....

Aku pergi ITM dengan duit yang aku simpan masa kerja kat Swensen's dulu. Mama nak hantar, aku cakap tak payah, aku naik bas pergi daftar sendiri kat Dungun. Tu yang aku tahu pekan Dungun tu...masa tu Azam Dungun tak dak lagi...kalau ada, kami sama-sama buat lagu! Heh3...Maka bermulalah cerita sedih aku sebagai pelajar kat sana pada umur aku yang dah masuk 23 ke 24 tu....

Masa kat sana, aku masih gila dengan bola lonjong tu. Aku main untuk ITM Trengganu dan pergi Shah Alam lawan. Kat Shah Alam aku terjumpa pulak penyamun yang sama-sama dengan aku kat Seremban dulu. Faisal (la ni dah migrate ke US) dgn Siput. Dua-dua masa tu tengah tunggu result nak ke US. Punyalah happy jumpa kawan...depa tu buat "preparation course" nak pergi seberang laut. Bertambah semangat aku nak sambung belajar lepas jumpa depa.

Lepas belajar aku buat practical kat PJ Hilton dan terus diserapkan kat Paya Serai. Aku jadi bussboy. Kerja aku, cuci meja, hantar barang pergi cuci dan re-set meja. Tu lah kerja aku sebelum naik pangkat untuk jaga buffet. Chef aku masa tu Chef Marzuki @ misai melintang! Manager aku si Gopal dan dibantu oleh 2 orang pelakon telenovela, Abang Johari dan Anwar. Memang time tu memang meriah...

Masa tu jugak, Headwind tengah ligat main kat disko Reflections kat bawah tu...Pergh...Suraya la...macam-macam aku tahu. Malam-malam kalau nak makan, dia cari aku. Dari situ aku mula kenal Zainal Abidin!

Ada sekali tu pulak, (ada jugak aku cerita), masa dok kerja, Sabarudin cakap aku kena jaga satu family VIP. Aku kata ok tak dak hal...aku pergi dapur kemas-kemas. Abang Din cakap guests dah sampai. Aku terpa pergi depan. Pergh terkejut aku tengok.....alamak....VIP aku rupa-rupanya Nyamuk and family.....aku tengok Nyamuk, Nyamuk tengok aku...dia tanya, 'La...Uncle kau buat apa kat sini?" Pergh...aku masak betul dengan soalan yang macam ni...sama dengan soalan masa kat Swensen's dulu! Aku terbabas lagi.....Mak dia tanya, "eh kau kenal ke Lan budak nih?" Nyamuk cakap, "apa tak kenal....satu batch kat SDAR nih!". Malam tu aku balik dengan kepala otak yang penuh dengan kekesalan.....apasallah aku tak belajar dulu?

Di kesempatan ini aku nak ucapkan terimakasih kat mak si Nyamuk..."Makcik, ikan masin yang makcik kirim minggu lepas, saya dah goreng....sedaplah....terimakasih makcik...ni lah penyamun yang makcik jumpa kat Paya Serai dulu tuh!" Heh3...

Pengajaran untuk adik-adik pada hari Isnin ni adalah seperti berikut yea adik-adik....

1) Work hard, study harder and play hardest...heh3...
2) Belajar ni tak pernah ada kesudahan
3) Jangan mudah patah semangat. "Never Say Die"
4) Cuba sebaik mungkin selagi mampu
5) Sentiasa beringat (simpan duit...)

Macam biasa telenovela "Soya si Betty Fea" akan bersambung kalau tak ada gangguan rancangan dan cuaca baik.....heh3...

Ahad, November 01, 2009

Mulanya Disini Part 3

(prawn curry)

(nak pergi haji mesti tak lepas tempat ni)

(appetiser yang appetising!)

(ada lagi appetiser)

(dan lagi...dan lagi...dan lagi...)

Aku sampai KL dengan hati yang cuak. Aku tumpang rumah Kak Anne aku kat DJ. Aku selalu tumpang dia. Dulu masa time sekolah dan aku kehabisan duit pun aku mintak kat dia. One thing pasal Kak Anne aku ni, apa-apa yang aku mintak tak pernah dia tolak. Rumah dia aku buat macam rumah aku sendiri pulak. Anak-anak KA semuanya tengah membesar. Masa KA kat US dulu, anak nombor 2, dia tinggalkan kat Mama, sebab mama dok jaga dari kecik. Memang berat KA nak tinggalkan anak dia. Jadi anak KA yang nombor 2 tu membesar depan mata aku di Penang dan sekarang ni dah pun bekerja.

Masa di KL aku dok melilau rata. Aku tak tahu nak cari kerja macamana. Masa tu ada disko nama Piccadilly kat belakang tu, tepi Atria dan Parkson (formerly known as Kimisawa then Printempts). Aku jalan pergi balik-pergi balik. Masuk Parkson, aku tanya, takada kerja. Then aku melilau lagi pergi Eden. Masuk kat dalam aku dah kecut perut tengok decor yang ala-ala Eric Leong tu. Masa tu Eden memang GRAND habis! Then ada Sparkman Shop....sebelah dia ada kedai nasi ayam hainan yang halal walaupun depa potong ayam kat tepi longkang! Malam tu sambil dok berjalan menyusuri lorong-lorong berliku, aku terrrr masuk kat Piccadilly. Yang aku tahu Piccadilly ni cuma ada kat London. Tapi kalau dah ada kat DJ, kira powerlah tuh...sampai kat tangga aku dengar bunyi music kuat. Aku naik atas dan tengok kat notice board ada tulis..."Live...Fredo and the Flinstones!". Aku selok tangan masuk poket, alamak, duit tak ada, macamana nak bayar cover charge ni? Aku turun balik longlai...kona kanan, jalan terus tepi kedai Nasi Ayam tadi. Lepas satu lorong kecik, aku nampak ada kedai aiskerim! Ada counter kat luar dan ada orang jual aiskrim. Satu scoop RM2.50 kalau tak salah aku. Pergh....mahal gila! Aku jenguk kat pintu kaca, ternampak satu notis...kedai tu nak pakai Cleaner dan Waiter. Walk in interview dengan Supervisor. Malam tu aku pun tanya kat pompuan di counter tadi...pompuan tu cakap, esok pagi datang pukul 11 jumpa Supervisor. Aku happy dalam cuak sebab nak interview kerja kat kedai aiskerim...heh3...malam tu tidur tak lena. Apa aku nak pakai esok? Nak pakai tie ka? Lepas kilat kasut, aku tidur...

Esok pagi tu aku dah bangun awal, siap-siap. KA tanya nak pergi mana? Aku cakap ada interview kedai aiskerim! 11 terpacak aku ada kat dalam kedai. Supervisor nama Lilian. Muka ala-ala Lilian Too. Sungguh, aku tak tipu! Muka garang gila, aku ingat kalau aiskerim keluar freezer, terus cair! Aku isi borang mintak kerja Waiter. Lilian cakap aku tak ada experience, dulu cuma kemas bilik...pergh...tegas tuh! Dia kasi aku kerja cleaner. Aku tanya nak buat apa? Dia cakap macam aku kerja cuci bilik dulu jugak tapi sekarang cuci kedai...laaa.....pulak! Aku tanya, bila boleh start? Lilian cakap sekarang pun boleh...huh? Biar betul Lilian ni...aku cakap esok tak boleh? Hari ni aku pakai tie, takkan pakai tie nak cuci jamban? Heh3...

Esok pagi aku start pukul 9 sebab kedai bukak pukul 10 kalau tak silap aku. Leader aku pagi tu nama Sundram. Baik budak Sundram ni. Aku heran tengok dia...dia heran tengok aku...Sundram tanya apa aku buat kat situ, macam dah lama kenal aku. Aku yang blurr tu cakap aku baru start kerja...lepas seminggu baru aku teringat. La....Sundram ni lah yang dok mesin rumput kat rumah KA hari tu...dan aku lah yang bayar! Sundram ni rajin. Selalu baca buku-buku motivasi. Kalau tak ada kerja, dia ajak aku bersembang dan tengok buku2 dia. Author aku dah lupa (ada nama Da Silva sikit kat belakang nama tu) tapi lepas tu, 3 buku aku baca! Aku jadi rapat dengan Sundram. Yang lain-lain kat dalam kedai tu nama Farah (yang ni NOOR kenal, aku pun terkejut!). Then ada Rogayah. Then Sulaiman, then Bob, then Chin then Syawal dan lain-lain yang aku dah lupa nama. Manager masa tu nama Yan (lelaki, budak Perak).

Kerja aku tiap-tiap hari, collect tub-tub aiskerim yang kosong then tunggu van datang collect untuk hantar ke Federal Hotel. Lepas tu sapu sampah dan mop lantai. Habis mop lantai, aku cuci tingkap pakai suratkhabar lama dengan window spray yang beli kat Parkson untuk cermin kereta! Dah habis semua, aku cuci toilet pulak. Macam-macam aku cuci. Afdlin, Hans Isaac dengan AC semua aku balun! Heh3...gaji aku dah lupa tapi dalam lingkungan RM270-RM400 tak masuk OT.

Dengan duit sebanyak tu, aku kumpulkan sikit demi sikit. Aku nak jadi macam kakak-kakak dan abang-abang aku. Kawan-kawan aku masa tu semua tengah buat AAD lah...KPP lah...AUSMAT lah....aku pulak, AUSCREAM lah....aku tak tahu yang kat DU tepi balai polis tu actually budak-budak KPP dok belajar sebelum sambung belajar...ada sekali tu masa tengah dok scoop icecream, ada penyamun tegur aku..."eh Uncle, apa kau buat kat sini?" Alamak, aku lupa pakai mask.....kalau pakai memang sah dia tak cam aku. Aku terkedu sekejap. Masa tu dia nak sambung belajar pergi UK untuk study Law. Aku terbabas....kami bersembang sekejap sebelum dia balik DU jalan kaki...malam tu sambil dok jalan kaki balik rumah, aku terpikir kat kepala otak yang benak ni...la...sampai bila aku nak macam nih? Dalam dok pikir masalah dunia tu, aku terbabas salah lorong....

Esok pagi aku jumpa sifu aku masa tu. Si Sundram....weekdays jual icecream, off day pagi mesin rumput dan petang jual suratkhabar lama dan botol kosong kat DJ.....dia cakap pelan-pelan kat aku belakang counter fountain tu..."eh Shahrir, banyak cara kalau kita nak berjaya....yang penting, never give up...". Malam tu lepas kerja dan dengan hayunan kaki yang lebih bersemangat supaya tak terbabas lorong, aku teringat kata-kata Sundram.....

Sekali lagi Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta adik-adik sekelian, pelajaran pada hari ini ialah...

1) jangan memilih kerja
2) buat kerja dengan bersungguh-sungguh walaupun kerja cleaner
3) percampuran dengan pelbagai bangsa membuatkan minda kita berkembang
4) bersemangat dalam membuat sesuatu
5) strive hard in whatever you do
6) if there's a will there's always a way...(kata2 lama nih tapi masih boleh diguna pakai lagi. Memang masih relevant)
7) Tak payah pakai tie kalau interview cleaner! Heh3...

Telenovela Sepanyol berbahasa Melayu tunggang-langgang dan bertajuk "La Isla Bonita" ni akan bersambung esok kalaulah aku rajin...heh3...

Sabtu, Oktober 31, 2009

Mulanya Disini Part 2

(gambar dari bilik aku. Atas bukit tu lah si Faisal duduk..)

(apa menatanglah kat dalam balang tuh?)

(lemon yang aku slice kan...tak cun jugak!)

(pastry chef aku tengah bina masjid...ni bukan kahwin tau!)

(orang dok pening kepala, dia sempat baca paper...memang nak kena "starlight" nih. Tangan kiri dok pegang cert yang aku bagi kat penyamun semua pasal kerja kuat masa ramadan hari tu. heh3...aku sayang penyamun2 aku semua!)

Bukan senang kerja di Housekeeping Department. Nampak mudah tapi kerjanya berat. Assignment yang kami dapat pun memang berlambak-lambak. Selalunya kami ada permanent floor, jadi kami ada rasa "sense of belonging" kat situ. Aku rasa nak jaga floor aku betul-betul. Sebelum balik kerja, aku akan pastikan yang pantry aku bersih, penuh stok dan trolley aku dah disiapkan untuk esok. Dulu atas trolley aku ada tong ais dan kami kena isikan ice cubes kat dalam container yang ada kat bilik. Selalunya aku dahaga dan teguk air dari tong ais tadi tu...

Supervisor aku punyalah rajin buat spot check...first week tu lepas aku kemas satu bilik, dan dah terlepas ke bilik lain, dia datang check bilik yang aku dah buat mula-mula. Alamak, frame gambar lupa nak dusting....patah balik ke bilik tadi buat lagi sekali! Dari situ aku mula berhati-hati.

Bila buat kerja kat bilik ni, barang-barang guests memanglah bersepah-sepah. Aku kena berhati-hati. Kalau pendek fikiran, banyak benda yang boleh hilang..tapi fikiran aku masih panjang. Aku kemaskan baik-baik...duit yang berselerak atas meja aku tak sentuh. Kalau sentuh pun selepas aku panggil supervisor untuk observe, barulah aku sentuh dan susun elok-elok. Barang-barang kemas jangan ceritalah...gelang, cincin, jam tangan, macam-macam ada. Kadang-kadang kita ni cepat "gelap mata"....jadi pada adik-adik, jangan buat benda-benda yang tak elok. Orang tak nampak, tapi Allah nampak apa yang kita buat..ataupun last-last sekali, kita kena tangkap jugak..jadi nak senang cerita, jangan buat yang tak senonoh yea...

Standing ashtray kat tepi lif pun aku kilatkan. Pasir dia pun aku tapis balik then lekapkan logo hotel. Orang yang hisap rokok kalau tunggu lif ni, memang depa tak sempat nak habiskan....jadi rokok depa memang panjang-panjang lagi. Rokok-rokok tu semua aku ambik dan simpan dalam kotak rokok aku baik-baik. Kalau orang dengar mesti depa geli. Tapi bagi budak yang umur 19 tahun dan tak ada duit, aku apa peduli? Masa kat Cafetaria, penyamun yang lain akan tanya aku, ada rokok ke tak...jadi rokok-rokok yang aku kutip tadilah aku bagi kat depa. Depa tanya apasal pendek? Aku jawab, aku dah hisap setengah tadi.....then ada lagi penyamun lain mintak rokok lagi kat aku. Aku bagi lagi sebatang..penyamun ni very observant...dia kata, "awat kotak lain, rokok lain?" Pergh kat situ aku tak dapat nak jawab. Depa tahu jugak aku dok kutip kat standing ashtray tepi lif...

Ada kakak kelantan sorang ni mengandung. Dia kerja macam aku, jadi chambermaid. Aku kesian kat dia sebab dah tak larat. Aku cakap, 'Kakak ambik sajalah cuti...". Dia cakap kalau dia ambik cuti, dia kena ambik unpaid leave sebab nak bersalin lambat lagi. Aduh...sedih aku. Husband dia kerja sawah kat Kedah, dia kat Penang, anak pertama kat Kelantan! Aku jadi sayu tengok dia. Aku cakap kat dia, kalau ada apa-apa, bagitahu kat aku. Jadi mula hari tu, aku akan kemaskan bilik aku cepat-cepat dan pergi tolong kakak tu kat floor dia. Aku cuci toilet untuk dia sebab aku takut dia tergelincir nanti. Aku sorong trolley dia, takut dia senak nanti...aku penuhkan trolley dia lepas kerja supaya dia tak payah terbongkok-bongkok. Kalau dia terbongkok-bongkok, aku yang tengok pulak akan jadi sesak napas! 3 bulan lepas tu, dia bersalin...

Masa kat rumah, kalau aku larat, free time aku main takraw kat depan rumah aku. Geng aku ada yang aku panggil Arab. Selalu jugak aku pergi rumah dia sebab kakak dia jual aiskerim 10 sen. Depa tanya aku kerja mana? Aku cakap aku kerja Housekeeping kat Shangri-La. Depa bantai gelak kat aku. Takpalah...at least aku ada duit nak beli aiskerim dan bukannya aku mintak aiskerim PREEEE! Actually geng aku tu pun kerja kat kantin sekolah ja....pasal apa depa bantai gelak kat aku pun aku tak tahu. Sampai sekarang aku blurr!

Kerja kat Housekeeping ni kena kerja betul-betul sebab orang bayar mahal nak duduk kat bilik tu. Kadang-kadang penyamun ni semua malas...depa tak tukar bedsheet ataupun pillowcase. Depa tarik bagi tegang balik, letak balik duvet, tegangkan kat tepi, voila, dah siap....toilet pun serupa. Kadang-kadang toilet pun tak bersih bila depa cuci. Rambut dok ada lagi kat tub tu. Sama macam katil tadi. Rambut pun ada lagi. Kadang-kadang jugak, guests ni pun lepas pakai toilet, tak pernah flush...semuanya terapung-apung. Yang tu pun aku tolong flushkan...kalau ada yang melekit-lekit kat tepi, Uncle tolong cucikan...dah kerja aku macam tu, nak buat macamana?

Ada sekali tu guest panggil dan cakap barang dia hilang. Aku yang cuci bilik dia. Ahhh sudah....masa cuci tadi tak teringat la pulak subang dia ada kat bilik air...dia mati-mati kata ada kat bilik air. Kenalah interrogation kat bilik tu jugak. Guests tu ada, HR ada, security pun ada. Aduhai...apa yang tak kena ni? Then tiba-tiba husband dia balik...tercungap-cungap. Husband dia cakap, dia pi cari wife dia kat function room nak bagi subang tu sebab wife dia lupa nak pakai dan tinggal kat dalam toilet! HR pandang aku, aku pandang Security, Security pandang guest tu, guest tu pandang husband dia......

Jadi, pada adik-adik, apa pelajaran yang kita dapat kat sini?

1) Jangan ambik mudah sesuatu pekerjaan tu
2) Harus ada "sense of belonging", maksudnya kita sayangkan tempat kerja kita
3) "Attention to detail" pada apa saja yang kita buat. If you have to write it down, write it down supaya kita tak lupa..
4) Errrr....jangan merokok.....(look who's talking!)
5) Bantu orang yang memerlukan tanpa mengharapkan pembalasan
6) Jangan pandang rendah pada pekerjaan orang yang lebih rendah tarafnya dari kita. Mungkin dia lebih mulia dari kita dari segi lain..
7) Do what you are supposed to do (macam cerita sedih semalam, "follow the rule"
8) Stand tall dan percayakan diri sendiri
9) Jangan mencuri

Tuan-tuan dan Puan-Puan serta adik-adik sekelian, sampai sini dululah cerita "telenovela" aku untuk hari ni..aku sendiri dah tak tahan baca tulisan aku. Ni dok tereyak sorang-sorang ni....esok kalau aku rajin lagi, aku sambung Part 3, macamana aku mula berhijrah ke KL. Tsk...tsk...

Jumaat, Oktober 30, 2009

Mulanya Disini Part 1

(cuba teka, apa benda nih? kalau betul aku bagi penginapan serba mewah kat acapulco, tambang dan penginapan semua sendiri bayar, aku bagi nombor talipon je!)

(pandangan indah dari tingkap bilik aku. Kalau tak percaya tanya kat Nyamuk, Katak ataupun IQ)

(penyamun tengah ukir tembikai)

(kepala penyamun tengah ukir roti canai)

(nyamuk tengah report kat mak dia yang kuih batang buruk, ikan bilis, ikan masin, dah bagi kat aku! terimakasih makcik!!!)

(punya nak cantik sampai terbelit...sedangkan cili lagi terbelit....)

(potato salad dan tembikai tadi tu..)

Macamana aku boleh terjebak didalam pekerjaan aku sekarang ni? Ada jugak yang bertanya kat aku. Pelan-pelan aku fikir balik. Pergh, memang "tak terfikir akalku". Macamanalah aku boleh jadi macam ni? Orang lain semua dok bersenang-lenang dengan keluarga. Aku pulak? Bersenang-lenang dengan guest kat hotel. Alahai....jadi cerita sedih lagi sayu ni aku nak tulis untuk pembaca aku yang bertanya dulu dan jugak sekali lagi kepada adik-adik yang tengah pikir apa nak buat lepas periksa nanti. Dengan harapan akan adalah ramai yang berminat (kalau takpun benci terus) pekerjaan ni. Cerita kat sini adalah merupakan kisah benar dari pengalaman aku yang sangatlah cetek nih. Jangan sedih dan nangis baca cerita aku ni..heh3...

Tahun 87 lepas aku ambik periksa STPM dulu, aku tengah dok menggila main rugby kat Penang. Tiap-tiap petang aku kayuh basikal dari Gelugor ke Penang Free School, Recsam ataupun USM untuk training rugby selain daripada training kat Padang Polo (sebelah hospital tu). Masa tengah dok kayuh basikal tu aku teringat, alamak, allowance main rugby ni sikit, apa aku nak makan? Apasal orang lain naik kereta atau moto pergi centralise training sedangkan aku naik basikal? Basikal pulak aku pinjam kat neighbour belakang rumah aku kat Brown Garden dulu. Nama budak tu Rosyen. La ni dah jadi Doktor budak tu..aku rasa dia jadi doktor pun sebab dia pinjamkan basikal kat aku dulu kot! Heh3...

Balik rumah lepas training, aku pikir balik kat depan rumah. Apa aku nak makan? Sampai bila nak jadi macam ni? Orang lain dah masuk U. Dari situ aku terpikir nak cari kerja. Aku pergi mendaftar kat Pejabat Buruh di Komtar masa tu. Punyalah ramai manusia. Selama ni aku tak tahu pulak yang manusia memang ramai! Lepas seminggu, aku dapat surat suruh aku pergi ke Shangri-La Hotel di Magazine Road. Yang sebelah Komtar tu. Aku pergi interview kat situ. Dia tanya nak mintak apa? Aku cakap nak kerja waiter. Dia tengok aku atas bawah, atas bawah...pasal muka aku ganas dan perawakan aku ganas gila, dia cakap, waiter tak boleh sebab kena jumpa guests segala. Yang ada cuma kerja kemas bilik. Dalam dok fikir punya fikir, aku cakap ok saja sebab aku nak duit dan aku tak nak mintak kat family aku lagi dah. Cukuplah depa dah berhabis duit untuk aku selama ni dan aku tak pernahnya menjadi! Aku cakap ok. Minggu depan tu bermula lah kerja aku sebagai chambermaid. Kerja aku kemas bilik. Surung trolley pergi pantry, penuh kan trolley dengan bedsheet, pillowcase, toiletries, satu tong ais etc, jalan......

2 hari aku kena ikut senior aku tengok cara-cara kemas bilik dan cuci toilet termasuklah toilet bowl. Aku perati betul-betul. Aku tengok cara dia, apa chemical dia pakai, macamana dia tonyoh, macamana dia bagi kilat, cuci bilik ni ada peraturan dia sendiri. Ikut clockwise, kalau tidak tertinggal nanti kerja...apa nak buat dulu dan apa nak buat kemudian...bila nak dusting, bila nak vacuum? Semuanya aku kena ingat. Banyak tu...balik naik PYB aku tertidur sebab letih. Mula-mula family aku tak tahu yang aku kerja apa. Aku tak nak bagitahu sebab nanti depa terkejut. Tapi lama-kelamaan perlahan-lahan aku terbukak untuk bagitahu. Depa terkejut sungguh sebab apa aku buat kerja tu. Lepas aku explain, depa faham.

Tiap-tiap hari aku pergi kerja dengan bersemangat nak dapat gaji cukup bulan nanti. Kerja memang letih sebab aku tak tahan tarik katil King. Sakit pinggang aku la ni mungkin sebab tu selain daripada hasil tackling masa main rugby dulu. Kerja tetap kerja. Supervisor aku suka cara aku kerja. Walaupun kerja tu penat dan bagi sesetengah orang tu kurang baik, tapi bagi aku, kerja tu sangat mulia sebab aku kemas bilik orang bagi cantik dan selesa. Bila depa balik dan aku masih mengemas, aku dapat tengok muka depa dok senyum. Aku puas bila guests happy. Macam tu lah aku dok kerja berbulan-bulan.

Masa aku banyak terisi dengan kerja aku. Aku tak banyak melepak tak tentu hala sebab aku jadi tersangat letih lepas kerja. In fact budak-budak Brown Gardemn ajak aku main takraw kat depan rumah pun aku dah tak larat. Malam pukul 9 aku dah terlelap. Aku masuk kerja pukul 8 pagi dan selalu aku buat overtime 2 jam.

Gaji first aku, aku sempat belanja mama dengan arwah bapak aku makan Kentucky yang aku beli kat Komtar. Seronok dan puas aku rasa dapat belanja depa walaupun snack plate share 2 orang. Heh3...

Apa aku belajar kat sini?

1) jangan malu dengan pekerjaan kita
2) berani mencuba
3) menepati masa
4) pengorbanan masa muda
5) bermula dari bawah
6) mendengar arahan

Heh3...esok aku sambung lagi cerita "Bawang Putih Bawang Merah" ni yea....

Khamis, Oktober 29, 2009

Jalan-jalan..

(tu monorail from china tuh)

(pergh...lawa habis..)

(dia sorang yang berniaga kat situ. Lesen besar..)

(from china with love)

(sapalah punya kerja nih!)

(sapalah punya kerja lagi nih!!)

(aku dah check...nama kawan-kawan tak ada..)

(aku dan jabal rahmah)

(nur alam ni dulu kerja kat taman connaught woooo...kilang buat baju..heh3...jumpa jugak penyamun kat sini..)

(nyamuk dan haram..)

Semalam aku cerita pasal "Singh is King..." Hari ni, si Nyamuk pulak sampai. Horey...aku ada kawan.....boleh sembang sampai pagi. Tapi esok aku kerjalah...lagipun teyy tarik dah tutup...nak sembang macamana? Aku tumpang Nyamuk pergi Jabal Rahmah tadi nak tengok monorail punya rail. Orang tak ramai lagi kat situ tapi unta berlambak-lambak. Cantik pulak tengok unta lepas makeup...lipstick dengan blusher pun ada...bulu mata pun lentik...pergh...ngeri!

Tengahari tadi aku dapat call dari Haji Ghaz..lepak sekejap minum teyy dengan family dia. Banyak cerita kami sembang. Maklumlah orang kaya Mekah jumpa orang kaya Yanbu! Cerita juta-juta punya, tak main sikit-sikit. Lepas tu aku lari sana, lari sini..ensurekan jemaah semua ok..insyAllah semua ok kot.

Aduhai aku baru lepas makan mandi kambing ni...senak perut aku. Si Nyamuk la punya hal ni...habislah diet aku. Perut dah berat, mata dah kuyu. Idea pun terbantut nak cerita. Oklah, aku switch off dulu. Tak mampu aku nak merepek ni. Aku ingat lepas ni kalau nak berblog, aku tak boleh makan banyaklah...masa lapar tu idea datang mencurah-curah. Masa kenyang, pergh sampai perah pun tak keluar! Sambung esok je lah!

Rabu, Oktober 28, 2009

Tribute to a good friend, Singh!

(ala...tak cun la...apasal nih?)

(2 sahabat karib, daun sup dan dill)

(boleh masuk exhibition ke nih?)

(bawang putih berkilo-kilo sampai..)

(lunch aku terhenti angkara panggilan dari Singh!)

Aduhai...parah....malam tadi aku terkelip-kelip sampai pukul 3 pagi..mak..aiiii....dah lah nak bangun awal...pergi toilet sampai 7X. Letih aku! Ni minum teyy dengan geng la ni punya pasal! Reason...reason...Dalam mata dok terkelip-kelip dapat pulak sms ngeri dari Uncle Pet. Thanks mate! Ingat jugak dia kat uncle. Tapi heran jugak, Uncle Pet tak tidur ke atau bangun sembahyang subuh kat KL? Pergh....anyway, thanks!

Kepala pening, mata kuyu, otak melilau, then masa aku tengah lunch, aunty talipon dari KL. Dia cakap dia pergi dentist...aku tanya kat mana? Dia cakap dentist kat Segambut! Alamak, sounds familiar tuh..Aunty pass kan talipon kat doktor gigi. Woooo Singh la....Singh wooooo! Singh yang aku ada cerita kat comment reply hari tu! Ala...yang aku cakap dah masuk acuan kami tu. Kat sana depa panggil Doktor Jass. Ala Singh...kau jangan lah nak suruh orang panggil kau Doktor Jass. 20 tahun lagi pun aku tetap tak iktiraf kau sebagai Doktor. Aku tetap panggil kau Singh jugak! Heh3...

Singh ni aku kenal dari tahun 81 lagi. Anak pensyarah. Aku tak ingat dia berapa beradik tapi selalu jugak aku pergi rumah dia hari Sabtu untuk lunch. Mak dia masak kat kami. Kami kat sini, termasuklah Apam, Judd dll! Melepak dari pagi sampai ke petang. Mak-bapak dia sampai risau kami tak balik-balik ke sekolah sebab curfew pukul 6 petang. Singh ni memang bijak bistari. Sama macam yang lain tapi tak sama dengan aku. Belajar punyalah rajin. Sports.....jadi tukang sorak je! Pergi balik pergi balik usung buku budak ni. Jealous aku. Singh ni bagus sebab dia boleh bercampur dengan penyamun-penyamun yang lain. Seronok berkawan dengan dia. Kadang-kadang kalau stok habis, kami cari dia. Kalau stok dia habis, dia cari kami. Tu lah sikap tolong-menolng kami yang terpuji. Tu yang Cikgu SA hangin memanjang dengan kami sebab stok cikgu selalu 7, kami sampai 20! Heh3...

Lepas sekolah tahun 85, aku tak pergi langsung sekolah sebab frust dapat grade 3 sedangkan yang lain semuanya grade 1...dari situ aku perlahan-lahan menjauhkan diri. Penyamun yang lain semua pergi Unversiti. Aku pergi Universiti Swensen's kat Damansara Jaya. Banyak course kat Universiti tu. Ada Chocolate Chips la....Quake Tower la....macam-macam ada! Grad jugak aku kat situ lepas 6 bulan...

Berbalik pada Singh nih, dia sambung buat form 6 kat KGV kalau tak silap aku. Ada jugak terdengar kat corong-corong telinga yang Singh lepas tu masuk Universiti. Ala...Singh, kau lambatlah...aku masuk Universiti awal dari kau. Lepas tu lost contact lagi sampailah ada sekali tu masa penyamun-penyamun attend the monthly ritual yakni "TT@PAP", nama Singh terkeluar sekali lagi sebagai salah sorang penyamun yang dah berjaya. At the same time, kalau ikutkan jadual perubatan, memang dah sampai masa untuk kami sekeluarga pergi check gigi. Aku dapatkan nombor Singh dari Kudo dan talipon dia. Aku cakap kat nurse yang ni Uncle dia talipon...urgent! Singh tengah attend kat patient pun terus jawab talipon aku. Selang 10 saat, berdekah-dekah kami gelak. The following week aku dan rombongan pergi cari dia kat Klinik dia di Segambut. Nurse tu cakap. "Ooooo this is Dr's Uncle!" Aku gelak mengekek-ngekek!

Kopak aku hari tu kena sembelih dengan Singh sebab aku bawak satu family pergi check. Tapi takpa, Singh punya pasal, kawan lama punya pasal, penyamun punya pasal, kau cakap jelah...berapa Singh...aku bayar...dulupun kau jugak yang jamu aku makan kat rumah kau tiap-tiap hari Sabtu. Sampai semua lorong kat Paroi Jaya aku tahu! Heh3...Singh.....like you wrote behind the photo before we left school in 85, "cherish the moments that we've shared!" Now i've got something to say to you, "Singh is King!" Heh3...

Selasa, Oktober 27, 2009

Africa?

(kenangan ngeri kena marah dengan perempuan tuh!)

(naeem dan abang dia dan abang dia dan abang dia dan abang dia!)

(welcome to Africa!)

(ni Mohammad dan anak dia, Mohammad jugak!)

(lorong macam kat Chow Kit)

(wooo banyaknya baju..)

(baju-baju Africa yang datang dari China..heh3...)

Ni bukan lagu Africa ataupun aku nak ke Afrika walaupun kalau ada offer memang aku tak kesah pun. Tapi aku teringin nak ke South Africa sebab aku nak jumpa Springboks players yang Champion Rugby World Cup dulu...aku teringin nak jumpa depa. Kalau depa ajak aku main sekali aku rasa it's like a dream come true! Heh3...ada sekali tu aku cakap kat penyamun aku yang aku teringin nak ke Africa. Penyamun ni dah dengar keluhan aku yang ala-ala lagu Jamal Abdillah, "Keluhan Perantau" errr ada ka lagu ni? Heh3...nanti aku mintak tolong S Amin Shahab buat satu! Si Naeem ni tanpa usul periksa dah usulkan aku satu cadangan bernas. Dia tanya kat aku bila off day. Aku cakap Sunday. Dia kata Saturday Night kita pi horey-horey....ala-ala "Pesta Muda-Mudi" sans Vespa Mahmud June dan Siglap 5! Aku cakap set.....

Maka bermulalah perjalanan aku yang macam biasa tanpa hala tuju dan tanpa matlamat serta tanpa masa depan tu. Naeem talipon cakap dia tunggu kat hotel entrance. Aku pun celapak turun. Naeem sengih tengok aku tapi kali ni heh3...aku tak sengih pun kat dia. Kami jalan terus pergi cari bas mini kat tepi InterCon. Naik dan Naeem belanja aku. Dia cakap, "Don't pay boss, I pay..., I have money!" Kellass....berapa tambang dia? SR1!!! Patutlah Naeem ni belanja aku. Takpa-takpa, niat dia ikhlas. Aku ingat Tuk-Tuk kat Siam tu lagi power. Pintu tak boleh tutup. Kusyen koyak-rabak. Body berlekuk-lekuk. Tayar takdak rim. Aku rasa driver pun takdak lesen! Aku pegang tingkap....

Sampai kat Sala Mansour (kalau tak silap aku nilah ejaan dia). Kami turun dan jalan menyusuri lorong-lorong yang berliku. Kona kiri, kona kanan, jalan terus, kona kanan, kona kiri...aku dah nampak ramai Africans dok melepak kat tepi jalan. Aku ngeri jugak. Takut-takut depa tangkap dan jual aku. Tapi depa baik-baik. Aku bagi salam, depa jawab. Penuh depa bergelimpangan kat atas tikar tepi jalan, kat lorong-lorong dan tepi kedai. Aku jadi confuse. Yang bawak aku budak Bangladesh, aku duduk kat Saudi, aku jalan-jalan kat Africa...pergh...United Colors betul! Tanduk kerbau pun ada depa pegang. Aku tanya kat penyamun, apa depa buat dengan tanduk? Penyamun cakap "They collect bad blood Sirrrr" sambil kepala dok geleng-geleng. Oooo depa buat bekam rupanya. Oooo...bad blood....

Naeem kata abang dia berniaga kat situ. Aku tanya berapa lama berniaga? Dia kata dalam setahun dia berniaga 1 bulan saja. Lagi 11 bulan dia tidur. Pergh...kellass...aku pun nak macam tu! Abang Naeem berniaga kain baju. Sekali tengok macam kat Padang Besar pun ada minus pinggan pyrex! Kedai dia penuh dengan baju-baju Africa. Aku tanya, mana datang baju-baju tu semua? Dia kata dari China! Tu dia....China ni cakap apa saja nak. Semua ada. Sejadah pun depa buat meniaga! Yang aku dulu pi lah beli tasbih. Balik-balik tengok la...made in China ka?

Aku cakap kat Naeem aku nak jalan tengok lorong-lorong gelap tu. Dia kata ok....sampai satu kedai, dia cakap kat aku, "Mr. this is my brother number 3..." Aku pun salam...kami jalan lagi pergi kedai kat hujung lorong. Naeem cakap, "Mr. this is brother number 5" Aku pun shake hand lagi. Masuk kedai satu lagi, Naeem cakap, "Mr. this...brother number 4!". Dan yang jual ketayap kat tepi lorong tu, "Mr. This is brother number 2". Woi...ramai nya brother kau? Aku tanya lagi, kedai yang first tadi tu siapa? Dia cakap..."brother number 1!"

Dia tanya aku nak minum apa? Aku cakap "Shai Halip" @ teh susu....(ustad supian tak ajar aku ni, aku belajar sendiri...heh3...pandaikan?!#$%). Lepas tu dia capai talipon, Krung-krang...krung-krang dia cakap. Kemudian diam. 10 minit lepas tu, datang 3 orang lagi penyamun. Aku tanya Naeem, ni sapa pulak? Naeem cakap, "This Habib...son of my brother number 3". Mulut aku melopong...woooooo.......yang ni? "This Hassan...son of brother number 5", aku melopong lagi...wooooo....errr yang ni?, "This Hussin, son my brother number 2" Mak aiii...satu kampung dia usung! Patutlah sepanjang "lorong-lorong kenangan" tadi tu semua orang tegur dia....Macam Ronaldo balik kampung pun ada nih!

Aku tanya kat penyamun, "here photo ok?" Naeem gelak kat aku. Dia cakap "no problem, Sirrrr. All know me!" dengan sombong lagi bongkaknya. Aku pun dengan semangat Bushido, terus capai kamera lama aku dan snap merata-rata. Aku toleh tanya lagi. "Sure ok?" Penyamun cakap "No worry...this my area" dengan lagak macam Pirate of the Caribbean....ada sekali tu aku tangkap gambar, tiba-tiba perempuan tu toleh kat aku terus maki! Woooo...she is really mean mannn.....macam-macam dia hambur kat aku. Ganas gila perempuan tu. Warden-warden aku kat sekolah dulu pun aku tak kecut macam nih. Ini lain macam punya gangster ni...masa tu aku dah terbayang tanduk kerbau lah....lorong-lorong berliku lah.....bad blood lah...macam-macam dalam kepala otak aku. Ni semua si Naeem la punya pasal....aku hangin kat Naeem...Naeem sengih dan cakap kat aku, "Sorry Sirrr, I no tell you don't take girls photo!". Aku rasa macam nak cekik-cekik si Naeem ni. Tadi dia cakap satu kawasan kenal dia, semua abang-abang dia....

Dalam perjalanan balik naik bas mini SR1 tu, kepala otak aku dok bermain-main lagu, "sepanjang jalan kenangan....kita berganding...tangan...." heh3...

Isnin, Oktober 26, 2009

Dengar sini semua!

(marina ayumi dan berus gigi)

(abang dok buat burger)

(sebelum ambik gambar dah hilang setengah!)

(yuya muka blurr...)

(gadis dan bunga)

(gadis, mak gadis dan bunga)


Aaahhh...tidur tak lena nih...anak-anak aku punya pasal!

1)Kamu semua tahu tak yang Papa rindu giler kat kamu?
2)Kamu semua tahu tak pasal apa Papa suruh kamu semua balik cepat-cepat masa kat airport dulu?
3)Kamu semua tahu tak sebab apa Papa kurus selain daripada nak diet?
4)Kamu semua tahu tak pasal apa Papa kerja macam orang gila nih?
5)Kamu semua tahu tak kenapa tiba-tiba Papa computer savvy?
6)Kamu semua tahu tak Papa susah nak tidur malam?
7)Kamu semua tahu tak pasal apa Papa datang sini kerja?
8)Kamu semua tahu tak pasal apa bil talipon Papa tinggi?
9)Kamu semua tahu tak pasal apa kadang-kadang mata Papa bengkak?
10) Kamu semua tahu tak sebab apa rambut Papa tiba-tiba jadi putih? Errr...yang ni...boleh ke?
11)Kamu semua tahu tak pasal apa Papa gosok gigi 3 hari sekali?
12) Kamu tahu tak pasal apa Papa suka cium pipi kamu?
13) Kamu tahu tak pasal apa Papa garang dengan kamu?
14) Kamu tahu tak pasal apa Papa usung kamu semua naik moto horey-horey?
15) Kamu tahu tak sekali-sekali (syyyy) Papa tukar pampers kamu?
16) Kamu tahu tak err....kadang-kadang Papa basuh ponggong kamu?

Apa yang Papa nak kamu semua buat?

1) Belajar rajin-rajin
2) Sayangkan adik-beradik dan keluarga
3) Jangan bergaduh
4) Hormatkan orang lain
5) Jaga Mama
6) Buat perkara-perkara yang disuruh
7) Tinggalkan perkara-perkara yang dilarang
8) Jangan menipu
9) Jangan hasad / iri / dengki sesama adik-beradik ataupun dengan kawan
10) Study hard and play hard!
11) Tolong-menolong / bantu membantu

Horey! yang nombor 10 tu aku pun suka. Heh3...Apa sebab Papa tulis semua ni?

Semuanya pasal Papa sayang kamu semua.....errrr Mama sekali. Ni kena sebut ni, kalau tak, makan maggi aku nanti masa kat KL! Pergh...NGERI!

Ahad, Oktober 25, 2009

Jemputan ke majlis minum teyy / Memori..

(genius in the making..)

(executive chef waseem)

(dari kiri, tuan badrul tuan soh, aku, lotfi, executive chef dan najwa)

(dari kiri, lotfi, najwa, exec chef, asnawi dan tuan badrul)

(tuan badrul tuan soh)

(sorang lagi prophotographer dari national geographic, asnawi!)

2 malam lepas aku dapat satu sms, sms tu cakap, "..jom kena teyy..". Aku dengan mata kuyu dan layu ni pun terus berlari turun. Aku usung SONY sekali maklumlah nak jumpa tokei gambar...bukan senang nak jumpa macam ni...kena buat appointment baru jumpa nih! Aku sampai-sampai kat bawah aku nampak eh...si waseem dan najwa pun ada. Memang surprise betul ni...Waseem macam biasa, secomel-comelnya....macam aku jugak masa kecik-kecik dulu. Baru aku nak order si Lotfi cakap kedai dah tutup. Alamak....takpa esok aku minum 2 sebab untuk cover teyy yang aku terlepas minum! Macam ni pun ada. By the way, teh kat sini memang aku suka sebab lemak berkrim....marey-marey....

Sembang sakan sungguh. Topik macam biasalah kalau orang-orang kaya duduk bersembang. Global warming lah..harga minyak dunia lah...Vanuatu lah...macam-macam sungguh. Dan tak lupa, topik penting malam tu, yakni "aperture" dan pasal apa gambar aku jadi kuning. Berjela-jela si Lotfi mengajar...tapi macam aku kat sekolah dulu, 14.9% saja yang aku dapat!

Cerita pasal 14.9% ni teringat pulak aku masa muda-muda kat sekolah dulu. Aku ambik Bahasa Arab dari F1 sampai F5. 5 tahun tuh! Aku ambik Bahasa Arab ni dengan harapan, dapat tidur kat dalam kelas nanti. Tapi kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Ustad Supian yang mengajar aku ni memang power. Aku toleh kiri dia ada, aku toleh kanan dia ada, aku tengok depan dia ada sampai aku tengok luar tingkap pun dia ada....pergh...ngeri aku! Ustad Supian ni ada bela ke? Trauma betul aku....ni 1st degree punya trauma ni.....tak main-main!

Masa nak exam Bahasa Arab lagilah aku trauma....menangis sorang-sorang aku 4 hari 3 malam...(package berserta sarapan pagi..) masuk exam saja menggeletar satu badan macam kena sampok! Yang aku mampu cuma tulis nama sendiri. Tu pun aku hafal 2 hari 1 malam (macam package pergi PD!). Zaassss bukak kertas soalan. Soalan nombor 1, mata dah terbeliak. Soalan nombor 2, hingus dah meleleh. Soalan nombor 3, aku dah hantuk kepala kat meja 11 kali. Masuk soalan nombor 4, aku salin balik soalan tu. Dari soalan nombor 4 sampai soalan terakhir, aku cuma salin soalan balik. Ustad Supian terkejut tengok aku sebab khusyuk menulis...aku terkejut tengok Ustad Supian sebab khusyuk pandang aku. Budak-budak lain habis, aku pun habis....result keluar, aku dapat cuma 2/100. 2 tu pun sebab aku tulis nama sendiri...kalau aku tulis nama IQ ke, Jaws ke, Pisang ke, Singh ke...memang sah dapat 0! Heh3....

Masa aku dok melayari FB hari tu, aku ternampak satu gambar yang membuatkan aku mengigau 3 hari 2 malam (yang ni package light and easy!). 33 kali aku gosok mata kawan aku...biar betul ni...ni cikgu aku masa Form 1 sampai Form 5 ni....ni cikgu yang selalu pedepang sana pedepang sini nih...ni cikgu yang pakai tie stokin (straight kat bawah dan material macam stokin) masa concert ni....aku tersandar kat kerusi....sorang-sorang sambil mulut dah meracau-racau....Gambar tu senyum. Aku pun senyum kat gambar tu....cikgu SA ni lah yang ajak aku main takraw dari aku F1 lagi. Orang lain semua F3...Masa F1 aku dah main untuk U15. Tu kira terra la kononnya...macam aku selalu cerita dulula, aku ni terra main je. Pasal SA lah aku main takraw dan pasal SA lah aku berhenti main takraw. Banyak kali aku bertengkar dengan cikgu SA ni. Banyak kali aku naik angin dengan cikgu ni. Macam-macam yang aku buat tak pernah betul kat mata dia dan apa-apa yang dia buat pun tak pernahnya betul kat mata aku...heh3...

Aku taip kat bahagian message FB tu dengan kata-kata hikmat, "cikgu, nama saya Shahrir Ali....main takraw dulu....sekarang kerja kat Mekah!" dan aku berharap agar cikgu SA dapat baca dan teringatkan muka "jemuan" aku ni. Aku nak mintak maaf banyak-banyak kat Ustad Supian sebab menyusahkan dia dulu. Aku nak mintak maaf kat cikgu SA sebab aku tak minat subject yang dia ajar walaupun aku tahu yang subject tu pun tak minat kat aku! Aku nak mintak maaf kat cikgu SA sebab sorok kasut dia kat Block A masa dia jadi warden dulu...aku nak peluk depa dua dan ucapkan terimakasih sebab masih melayan jemuan ni dulu walaupun aku ni jemuan...dan aku nak ucapkan terimakasih kat depa sebab melentur aku dan mengajar aku erti disiplin walaupun aku merupakan salah sorang pelajar yang paling berdisiplin....aku nak genggam erat tangan depa dan ucapkan terimakasih kerana pasal depalah jugak salah satunya sebab kenapa aku berada kat sini sekarang ni....Jadi pada Ustad Supian yang mengajar aku Bahasa Arab sampai aku boleh datang Arab dan Cikgu SA yang mengajar aku "G" dulu walaupun aku selalu dapat markah ngam-ngam kalau tak pun fail dan memanjang dapat "F", aku nak ucapkan "Honto...honto..ni domo arigatou gozaimashita"

Jumaat, Oktober 23, 2009

Mana nak pergi?









(woooo tokey kedai kopi!)

(choc cake)

(ni nama dia buah!)

(greek salad on ice)

(dates pie)

(seafood spaghetti)

(blueberry/strawberry cheese)

(seafood sesaja)

(adil and my ice tea)

Nanti aku balik kl, mana aku nak pergi? Check punya check, aku tengok Club Med Cherating tutup pulak.....ishhhh baru teringat nak pergi. Bila dia tahu aku nak pergi, masa tu lah dia nak hujan dan masa tu jugaklah dia nak tutup! Tak sempat-sempat. IQ ada cakap kat aku suruh pergi Perak. Hmmmm...aku pun tak pernah sampai lagi kat Perak (lalu adalah..). Pangkor dah pergi dah...maybe Lumut kot...IQ cakap ikut jalan lama lebih menarik. Nanti aku check lagi dan organise apa-apa yang patut.

Shangri La Putrajaya aku dah duduk. Memang anak-anak suka hotel tu sebab bilik dia besar dan aku dapat 2 Queen bed. Siap golek-golek sampai balcony! Ada pulak former staff aku pun ada yang kerja kat situ. But this time maybe aku mengorak langkah kat hotel sebelah tu. Pullman Putrajaya. Dulu aku pergi lunch kat situ memang menarik. Tapi bilik, aku tak sempat tengok sebab nak kejar time pergi collect aunty punya PR tu kat Immigration. New Year aku rasa kalau kat PULLMAN tu mesti menarik sebab lokasi dia kat tepi lake. Mesti ada bungapi punyalah! Tak pun aku pasang unggun api kat situ.

Macam biasa, cerita pasal unggun api ni, aku teringat kat Ulu Bendul dulu masa aku pergi camping pengakap. Bas tinggalkan kami punyalah jauh. Aku sebenarnya camping-camping ni kurang selera sikit. Istilah cuti untuk aku ialah memanjakan diri...tapi time sekolah dulu horey-horey je...usung macam-macam masuk hutan. Ada aku cerita dulu tengah malam orang asli usung petai kat tepi khemah aku..........huah..."monkey shock" aku! Malam tu unggun api, kami buat kat tepi sungai. Ada pulak penyamun pergi bukak cerita hantu.....cepat-cepat kami padamkan unggun api tu. Kalau tak silap aku Cikgu Mat Hashim ada sekali kot.

Then masa aku kat Jepun, aku dah pergi kat National Park. Pun redah hutan jugak. Situ tak payah pasang khemah tapi chalet dah siap. Pergh....bahagianya rasa...masa tu sejuk dan kami pasang unggun api jugak. Tak lah besar, tapi pokok kat sebelah tu terbakarlah jugak! Alamak...suddenly aku terlupa nama National Park tu...

Kat Penang masa lepas SPM dulu ada jugak pergi pacak khemah kat Batu Feringgi. Punyalah seronok naik bas Tanjong Bungah. Kami pacak kat Miami Beach, malam tu lari sebab hujan dan khemah roboh...heh3...

Ni nak balik nanti, aku tak ada apalah nak buat kecuali nak duduk dengan anak-anak bagi depa seronok....bawak jalan-jalan sikit, horey-horey sikit....perabih duit kat depa.....lepas horey-horey, kita melepek ramai-ramai kat rumah sebab duit dah habis...

Aku nak lari turun sekejap sebab ada tetamu datang bertandang...sapa tu? Ni semua geng-geng "Glow In The Dark!" heh3...esok aku masukkan gambar depa kalau aku ingat!

Khamis, Oktober 22, 2009

Leadership values

(langit tak selalu cerah!)

(cantik..)

(supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik)

(intensive training berlangsung)

(barang dah mula sampai dengan lori)

(kumpulan haji pertama yang aku nampak tengahari tadi)

(spaghetti bolognese)

(grilled hammour with bechamel sauce)

(cold cuts)

Masa aku kecik dulu aku sangat lasak. Ala...semua budak-budak macam tu...tapi aku berada dalam kelas tersendiri. Super lasak. Tapi dalam kelasakan tu dan dalam kumpulan kecil aku, aku selalu disuruh menjadi "kepala". Aku rasa mungkin pasal aku badan besar kot.....ataupun mungkin suara aku kuat kot....masa aku kat Melaka dulu dan masa main bola dengan Aman, Betuk dan ramai lagi, duit yang depa kumpul depa akan bagi kat aku untuk simpan. Aku tanya untuk apa? Depa kata nanti bila dah cukup RM27 boleh beli bola kat pekan Umbai! Aku blurr. Pasal apa aku? Pasal apa tak bagi kat penyamun yang lain? Aku simpan duit depa dalam tin Milo. Tiap-tiap malam aku kira sebab takut hilang 10 sen...dan kalau aku tersalah kira, aku tak boleh tidur malam tu. Lama-lama aku belajar, ooo yang ni ka yang dipanggil "tanggungjawab..."

Then masa aku darjah 6, yang macam aku cerita dulu, aku dilantik untuk menjadi Ketua Pengawas kat Sekolah Bandar Hilir. Aku terima dengan bangga sampai kembang hidung aku. Aku suka jadi Ketua Pengawas sebab selalu jumpa Cikgu Rafeah. Cikgu Rafeah ada anak perempuan yang comel masa tu....kat situ aku belajar sikap tanggungjawab dan belajar menjadi ketua yang baik...tiap-tiap hari aku kutip sampah. Tiap-tiap hari aku tulis nama budak datang lambat. Kat situ aku belajar sikap "disiplin" dan tak datang lambat.

Dalam pada tu macam aku dok cerita dulu, aku ada kawan yang sangat daif satu kelas dengan aku. Malam-malam aku teringat kat budak ni sebab dia takdak kasut sekolah dan baju sekolah. Mama heran tengok mata aku terkelip-kelip malam-malam buta. Esok pagi aku cakap kat mama. Mama bekalkan baju sekolah lama aku dan kasut sekolah lama untuk aku bagi kat kawan sekolah tu. Disitu aku belajar sikap "tolong-menolong".

Masuk sekolah menengah aku jadi jemuan. Dalam pada jadi penyamun tu pun aku masih lagi dapat memegang jawatan sebagai Ketua Pengakap dan Ketua Rumah Bendahara. Dua-dua jawatan tu mengajar aku sikap-sikap sebagai ketua walaupun aku tahu aku tak sempurna mana dari pelbagai segi. Dalam permainan rugby yang aku minat gila tu, aku belajar sikap "bantu-membantu, sepakat dan mematuhi undang-undang" sebab permainan ni memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang sangat tinggi. Quick thinking, split second decision dll. Masa aku kat Jepun pun aku dilantik sekali lagi untuk menjadi ketua mewakili sekumpulan group aku. Kat situ aku dah tak payah tulis nama kalau lambat sebab semua dah dewasa. Heh3...cuma disana, aku selalu kena bagi ucapan dalam bahasa Jepun dan Razimah ataupun Neng atau Razali akan gelakkan aku sebagai masa berdiri kat depan dan cakap, tangan aku menggeletar gila.....kat situ aku belajar "public speaking".

Bila aku mula berkerja dari bawah, aku mula belajar kesusahan. Dulu tak berapa susah sebab arwah bapak dan mama serta kakak-kakak aku selalu membantu tapi bila kerja dan mula ada duit sendiri, aku terkenangkan arwah bapak dan mama yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Aku kerja teruk. Aku tak ada masa nak buat benda-benda lain. Masa aku banyak habis kat tempat kerja dan padang rugby. Situ aku mula belajar erti susah. Kemudian aku tanamkan sikap tak mahu mengalah. Mengorak langkah satu demi satu. Berani merantau sorang-sorang dan berani melakukan apa yang orang lain tak berani nak buat. Aku tanamkan sikap-sikap positif dalam diri aku.

Sewaktu bekerja, walaupun tiap-tiap hari aku tengok benda yang tak betul, aku akan fikir balik. Kalau benda tu tak betul, macamana aku nak betulkan balik? Kalau bos-bos aku ada value yang tak bagus, aku akan fikir lagi, nanti kalau aku jadi kepala penyamun pulak, aku takkan buat benda-benda salah yang depa buat tu....jadi benda-benda yang negatif aku dah tukarkan menjadi positif. Bila bangun pagi, aku rasa bersemangat dan sebelum tidur aku akan mengenang nasib lagi sekali selama 5 minit. Fikir sepanjang hari tadi apa yang aku dah buat salah dan cuba atasi keesokan harinya...aku nak capai cita-cita aku dalam bidang perhotelan bila aku genap umur 45tahun. Aku ada 4 tahun lagi. InsyAllah dan aku mesti bekerja kuat dari sekarang. Kat rumah pun serupa. Aku nak jadi sorang Bapak yang dihormati dan disegani dan disenangi dan disayangi oleh anak-anak aku. Aku nak jadi sorang suami yang terbaik untuk isteri aku. Aku cuba menjadi ikon terbaik untuk depa walaupun masih banyak kelemahan aku. Aku tahu aku tak sebagus orang lain, tapi keinginan untuk berubah dan kegigihan untuk berubah tak pernah padam dari jiwa aku.

Aku cerita ni bukan pasal apa, cuma aku sedih bila tengok adik-adik yang baru lepas sekolah tu semua duduk melangut tak buat apa-apa....aku sayangkan adik-adik tu semua. Aku teringin nak cakap kat depa, pergilah kerja kat petrol station ka....pergi lah kerja kat KFC ka.....pergi lah jual goreng pisang ka....pasal kerja-kerja tu lah yang akan membentuk "Leadership Values" kita nanti....kerja-kerja yang macam tulah yang akan membina sahsiah dan jati diri kita nanti.......

Rabu, Oktober 21, 2009

Healthy living!

(bahan untuk buat sambosek)

(cantik tak? meghelit..ni y boleh garnish kat atas nasi minyak, beriani atau nasi tomato!)

(aku pun ada air terjun la...kalah BB ok..)

(apple pie yang menusuk jiwa. sauce is separated. you can also pour the sauce on top. reccommended to serve warm with a scoop of ice cream at the side..)

(healthy cocktail, nampak tak 2 sesungut tu? hah..tulah spaghetti yang dah digoreng tu!)

(sama jugak...yang putih tu aku letakkan cheese)

(tapak hospital ajyad yang diletupkan tadi pagi)

(kawasan nak ke masjid masih lagi kosong)

Aku suka tengok makanan. Especially kalau makanan tu semua yang menyihatkan dan mampu menjana fikiran dan tumbesaran! Heh3...Aku dibesarkan didalam keluarga yang suka makan. Bagilah makan apa pun, mesti habis....tak bersisa. Panggil lah pukul berapa pun, memanjang ok, tak pernah tolak! Mama pandai masak dan apa-apa yang mama masak memang aku suka. Satu yang aku tak pandai ikut mama ialah "sambal siam" dia. Mana mama dapat resipi, aku pun tak tahu. Mana mama belajar masak, lagilah aku tak tahu. Dulu depa ada "WI" tapi mama belajar dari situ ka? Aku pun tak pasti...jadi dari situ timbul minat aku kat dapur ni...tapi aku masih tak suka bergelumang kat dapur sebab masak ni ambil masa yang banyak. Itu dulu. Tapi sekarang ni bila aku pikir balik, apasallah aku tak cenderung ke kelas memasak dulu? Kalau tak dah senang aku sekarang ni...boleh buat rancangan TV!

Kalau bab bahagian masak ni, aku suka yang simple dan moden. Sebab makanan dia sekarang ni lebih kepada healthy food. Aku masih belajar tentang ni dan aku rasa kita patut promotekan healthy eating ni pada masyarakat kita. Bukan nak kata yang kari atau gulai tu tak bagus...bagus ....tapi eating habit kita yang buat dia jadi tak bagus...

Tengok kepada sportsman kita, bila depa pergi centralise training, apa depa makan? Depa bagi makan "NASI LEMAK". Nasi lemak ni bagus....tapi masa tournament ataupun masa centralise training, makanan yang macam ni harus dikurangkan.

Aku pun sebenarnya selalu terbabas dan makan makanan yang tak berkhasiat. Nasib baik aunty ada dan dialah yang selalu dok jaga diet aku. Gula kat rumah kalau sekilo aku beli, boleh tahan sampai sebulan setengah...dulu mama pun terkejut. Huih....hangpa tengok ka gula ni? Dia selalu tanya...kopi dan teh kami tak ada gula kalau kat rumah tapi kalau kat luar tu lain ceritalah...part tu aku tak sempat nak control...dulu aku selalu sakit kepala. Berdenyut-denyut rasanya. Badan masa tu dalam lingkungan 85-90 kilo. Aku pikir apa yang tak kena...rupa-rupanya makanan aku banyak santan...banyak garam...dan nasi tambah sampai 2-3 kali. La...patutlah...satu lagi indication untuk badan aku ialah tumit kasut aku. Kalau tumit kasut aku cepat rebeh sebelah that means ada yang tak kena dengan weight aku...but anyway, itu aku punya indicator sendiri yea....mungkin aku salah...so jangan quote apa yang aku kata!

Sekarang ni kalau aku pergi jogging, anak-anak aku akan tanya, "La...Papa dok jalan ka lari ni?". Sebabnya aku dah tak larat nak lari...jogging aku sangat perlahan. Kalau aku lari kat Sweat Club dulu atas treadmill tu, cuma dalam lingkungan 6.5 saja tak pernah sampai 8.5! Anak-anak aku kalau tengok aku jogging kat padang bola kat Pandan tu selalu depa kata "Lambatnya....." Aku harap aku akan sihat. Tapi ni semua kuasa Allah. Tapi bagi aku, kalau kita masih dapat control perjalanan kesihatan kita, pasal apa tak jaga? Aku ni pun cerita macam real je...kadang-kadang terbabas jugak makan....heh3...aku mudah lupa!

Jadi sebagai kesimpulannya Tuan-Tuan dan Puan-Puan, jagalah pemakanan kita....by the way, ...."ish...lama tak makan NASI KANDAQ!" Heh3...there goes my so called "healthy living!".....