Sabtu, Ogos 30, 2008

Selamat Berpuasa


Kepada seluruh umat Islam aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. Kepada keluarga aku di Ampang, Wakana, Abang, Yuya dan Marina, lakukanlah ibadah berpuasa dengan sebaik-baiknya. Of course not Marina. Sekarang Wiwit dah ada kat rumah so, senang lah sikit gamaknya. Papa kat sini akan menjadi tersangat sibuk dari Iftar sampailah ke sohour kerana kami akan memulakan business pada hari pertama Ramadhan. Challenges memang banyak tetapi setakat ini alhamdulillah dan diminta perjalanan kerja dan karier aku akan bertambah lancar disini atau dimana-mana saja. Amin...

Sedih jugak rasanya sebab tak dapat berpuasa bersama-sama keluarga. Selalunya kita berbuka dan bersahur sekali tetapi kali ini tak dapat. Walau macamanapun Papa berjanji yang Papa akan balik ke KL satu hari nanti. Kepada ahli keluarga aku yang lain, ingin juga aku ucapkan selamat berpuasa semoga Mama sihat sentiasa. Jangan paksa diri kalau tak boleh berpuasa. Kesihataan mesti dijaga dulu.


Selalunya selepas bertugas aku akan membawa Abang ataupun Yuya ke pasar Ramadhan untuk membeli apa saja juadah yang mereka suka termasuklah air yang ada pelbagai warna. Kedua-duanya mempunyai karektor yang berbeza dan keinginan yang berbeza. Tak lama lagi Marina pulak....hai tak sabar nak bawak anak-anak aku berjalan-jalan. Mungkin hari ni Wakana akan beli baju raya untuk semua. Mesti seronok dan tak sabar nak pakai. Hah3! Abang dah taknak pakai baju kanak-kanak lagi dan Yuya pulak masih ok. Abang nak Adidas, mungkin Yuya pun sama! Marina pulak, entahlah mesti yang kawaii untuk budak perempuan. Untuk aku, tak payahlah apa-apa. Yang penting, anak-anak aku seronok..Tiap-tiap tahun aku masih lagi pakai baju melayu yang sama masa aku kahwin 11 tahun dulu! Untuk semua, "I love you all"

Selasa, Ogos 26, 2008

VIP

Katanya ada VIP nak sampai dari Egypt. Kalut kami dibuatnya. Nasib baik petang tadi aku ada buat sample fruit basket untuk aku letakkan kat bilik upon arrival. So dalam kalut tu (aku dapat tahu dah petang pukul 6) lebih kurang pukul 10 aku buat spot check kat RS tengok apa yang budak-budak aku dah siapkan. Lepas aku comment dan buat adjustment, dengan dalam keadaan yang tak cukup barang-barang, dapatlah jugak aku siapkan fruit basket yang tak seberapa tu! Tak lah cun pun tapi ok lah sebab ala kadar dan dalam keadaan darurat.



Aku letakkan satu plate fresh fruits kat atas steel stand dan satu plate lagi aku cuma letak kat bawah untuk dapatkan effect 2 levels dan aku isikan dengan dry fruits. Then bagi satu finger bowl. Lain-lain tu aku campakkan jus dan soft drinks and lastly, aku bagi seteko Arabic Coffee. Hantam sajalah labu......tak lah cun tapi kira oklah tu!

Ahad, Ogos 24, 2008

Anak-anak

Hari ni entah pasal apa aku teringat sangat-sangat kat anak-anak aku yang 3 orang tu. Apa lah dia orang buat masa cuti sekolah ni. Wakana kerja, aku pulak tak ada kat sana. Kesian jugak kat budak-budak 3 orang tu. Tapi semalam Wakana ada sms aku kata yang dia bawak abang dan Yuya tengok wayang cerita Wall-E. Wakana cakap, masa semua orang sibuk tukar baju, Marina pun tumpang seronok sama tukar baju sebab ingatkan nak keluar jalan-jalan, lepas semua dah tukar, Marina kena tinggal. Kesian dia...mesti nangis...

Takpalah, Marina kan kecik lagi, nanti bila Papa balik nanti, Papa bawak Marina tengok wayang pulak. To Wakana, Abang, Yuya dan Marina, I missed you all. Take care and Papa sayang semua!

Rabu, Ogos 20, 2008

Day to Day Routine



Aduh, sibuk betul aku 2-3 hari ni. Nak update blog pun tak sempat. Dari pukul 7 pagi aku start bagi briefing, check RS segala then meeting at 9.30am. Habis briefing ada meeting dengan manager aku pulak. Then check on training staff aku samada depa buat ka tak buat. By 11.30am baru aku sempat duduk buat paper work sikit either to update the bosses or follow up. After one hour dah masuk Zohor. Aku try pergi Haram kalau sempat. Selalu aku tak ambil lunch tapi terus masuk office untuk prepare training program that starts at 2pm and second session at 3pm. Besides that on the job training is conducted by my managers. Memang drill habis.

These 2 training sessions aku yang buat sebab semuanya kena ikut procedures yang aku dah organise. Selalunya 2 sessions tu cuma 30-45 minutes sebelum aku serahkan balik pada manager aku. Then dah masuk Asar. Sekali lagi ke Haram. Lepas Asar, aku ada meeting lagi dengan managers aku at 4.30pm for latest update on progress. Lepas tu dah Maghrib. Lepas Maghrib baru aku sempat dinner. Maggi Mee ka apa ka semuanya aku balun. Janji kenyang. Pasal makan tak tentu hala tu yang badan aku dah susut! 8pm aku dah pergi office balik untuk update kerja dan prepare for the next day or reply important e-mails. Selalunya aku tutup office dalam pukul 10 malam. Eh lupa nak cakap, lepas tutup office, aku jenguk lagi sekali kat RS. Biasalah spot check....staff datang lambat for night shift ka, depa dok makan ka....tak buat clearing ka, ada guest complain ka etc.

Oh ya lupa nak cakap lagi. Dalam satu hari aku round floor gunakan staircase dari Tingkat 21 sampai Tingkat 1 unuk check clearing from guest room kalau-kalau budak-budak aku ada tertinggal tray kat corridor lepas guest order RS. Lagilah kurus......

Gambar kat atas tu belum finalise lagi fruit basket mana nak pakai for guest arrival. Tu pun apa yang ada saja.....

Ahad, Ogos 17, 2008

Training Part 2



Hari ni aku mulakan dengan full training programme untuk staff-staff aku yang datangnya dari segala pelosok dunia tu. Letihnya berbahasa sebab lepas aku buat training dalam bahasa Inggeris, Restaurant Manager aku kena translate dalam bahasa Arab ataupun Urdu yang aku sendiri tak faham. Dalam ramai-ramai tu ada pulak sorang budak tiba-tiba jawap, "Saya faham bos.." Hah! Terkejut aku. Rupa-rupanya dia pernah kerja kat Kelantan dulu. Katanya kat kilang plastik. Eh ada ka kilang plastik kat Kelantan?

Rabu, Ogos 13, 2008

Dah Kurus!



Memang aku dah kurus. Kalau tak percaya tengoklah gambar aku sekarang ni. Mengalahkan Atkins Diet! Kalau kat KL dulu peh...punyalah susah nak turunkan badan. Ada ja "nyap-nyap group" yang ajak aku makan. Tak boleh nak tengok orang diet, ada-ada aja cabaran. Roti bakarlah, nasi lemak paru lah, karipap la (yang ni aku tak boleh tolak)dan segala macam lagi makanan yang menggemukkan dilambakkan kat depan aku. Tapi kat KL hari tu setiap Sabtu dan Ahad aku jogging sementara menunggu Abang habis latihan bola dan makanan aku control gila tapi macamanapun terbabas jugak. Memang kuat penangan "nyap-nyap gang" ni

Bila sampai sini, aku nekad nak kuruskan badan. BMI aku 72kg dan berat aku sebelum datang sini hari tu 77.5kg. Dalam tempoh 5 minggu berat aku dah jadi 72.9kg! Peh happy ya' amat aku pagi tadi. Tengah hari tadi aku makan sekeping roti yang disapu jem dan sekeping low fat cheese. Then aku minum laban (low fat yoghurt) yang aku campur dengan orange juice. Memang berkesan betul result dia. So sekarang ni fat burner aku tu aku simpan ja kat dalam beg baju. Tak makan pun.

Bila weight dah turun macam ni, aku rasa ringan badan dan tak pulak meletihkan ataupun sakit kepala. Dulu tiap-tiap minggu asyik sakit kepala. Tu lah penangan masakan kita yang sangat berlemak. Anyway, gambar kat atas tu aku ambil dengan Chef Jalil aku yang suka sangat buat hal tu then satu lagi gambar aku ambil sebab botol tu cute. Looks like a beer bottle but it's not. Sini mana boleh ada alkohol...dan kat belakang tu gambar anak-anak aku. Alahai....rindunya kat semua!

Sorry....sorry...sorry...


Sorry dah agak lama aku tak update blog ni. Bukan kehabisan idea tetapi internet connection tak ada. Aku berpindah office dari Lobby Level ke tingkat 2, jadi banyak perkara yang terpaksa dibuat.

Sehari dua aku agak sibuk memandangkan restaurant terpaksa diset untuk percubaan supaya aku tahu berapa maximum capacity yang boleh dimuatkan nanti jika di "high season". Nanti terpaksa sambung set up lagi oleh kerana pekerja sedang membersihkan kawasan.

Gambar yang aku attachkan diatas ialah gambar untuk Haram Viewing for VIP in the evening. Saja buat sample. Pemandangan malam sangat cantik dari situ. Anyway kalau ada masa lagi aku akan sambung cerita.

Khamis, Ogos 07, 2008

Training



Apa yang aku lihat disini ialah kurangnya training untuk para pekerja. Keadaan bertambah ketara apabila aku order makanan daripada "room service". Setiap hari berbeza caranya. Dari situ aku cuba adunkan cara terbaik untuk mendapat perhatian daripada pekerja aku dan selain daripada itu cuba memahami culture mereka yang pelbagai untuk aku suaikan supaya training aku menjadi mantap. Penggunaan bahasa yang berbeza, budaya yang berbeza, kehidupan yang berbeza benar-benar memberikan aku cabaran. Walaubagaimanapun, setelah berfikir dan mengolah training plan, aku berjaya mendapat perhatian daripada pekerja aku yang datangnya dari India, Sri Lanka, Myanmar, Bangladesh, Saudi dan Yaman. Tergeliat jugak lidah aku....

Gambar kat atas tu aku ambil sewaktu training yang dijalankan di bilik aku. Aku buat 2 hari teori, 2 hari practical menghantar makanan ke bilik dan 2 hari lagi classroom training yang mengajar mereka tentang barang-barang keperluan seharian yang sentiasa digunakan. Aku siapkan hadiah jus sekali kepada yang pandai menjawap! Hah3...

Ternyata disini kebanyakkan hotel tidak mempunyai training program yang selari dengan tugas mereka. Bagi pengusaha hotel disini, para jemaah tidak akan merungut kalau ketiadaan "service" kerana yang penting bagi mereka cumalah bilik untuk tidur dan membuat amal ibadat sebanyak mungkin selain daripada Tok Arab yang akan menipu untuk mendapatkan duit, juga dengan secepat mungkin! Falsafah tersebut ternyata menyimpang daripada prinsip aku. Training adalah merupakan satu "tool" yang akan membezakan standard atau class sesuatu hotel. Dan inilah tool aku untuk memperkenalkan "Malaysian Hospitality". Remember, whenever you are away, you are actually carrying a "Malaysian Flag" with you!

Rabu, Ogos 06, 2008

First Function



Ada satu function yang sepatutnya dilakukan. Venuenya di D'Saji which is situated one floor below us. Lokasinya di "foodcourt". Tak banyak barang-barang ada kat situ. Oleh kerana barang tak cukup, owner terpaksa sewa semuanya. Katanya nak datang lepas Isyak untuk set-up. Jadi petang tu jugak aku kemaskan foodcourt tu, clear semua meja dan kerusi dengan pertolongan beberapa orang budak-budak service dan housekeeping. By Maghrib semuanya dah clear. Aku lega sebab first part dah settle.

Lepas Isyak tak nampak batang hidung. Katanya tengah malam nak datang set-up. So aku pun risau jugak sebab takut nanti set-upnya salah ataupun tak kena dengan apa yang aku nak, maklumlah dia orang ni, lain kita cakap lain pulak dia buat. Tunggu punya tunggu, sorang pun tak nampak lagi. Ok aku balik bilik rest sekejap. Lebih kurang pukul 3 pagi aku turun tengok lagi. La....apa pun tak ada rupanya. Memang Arab Technology. Petang semalam beriya-iya cerita barang semua akan sampai dan set-up mesti siap malam tu jugak.

Next day aku sambung kerja sebab function pukul 9 malam lepas Isyak. OKlah, bila sampai malam semuanya dah siap. Tapi colour combination nya hancur! Arab kata barang yang kami order semuanya tak ada. Chinawares, silverwares, glasswares, linen etc semuanya tak kena dengan yang aku mintak. Last minute cakap barang tak dapat. Hangin betul! So apa yang ada terpaksalah kami pakai jugak. Maka jadilah seperti yang kat dalam gambar tu. Terbeliak bijik mata tengok colour dia...alamak macam tahun 70-an lah....apa nak buat, jalan sajalah labu.....habis dinner aku tengok staff aku dah lembik maklumlah kerja dari pagi. So kari ayam yang dibekalkan pada aku terpaksa aku bagi kat staff Pakistan yang tengah dok lapar tu. Jawapnya, aku pulak yang lapar malam tu. Tak apalah, rezeki dia!

Isnin, Ogos 04, 2008

Restaurant



Ini actually cuma mock saja....for picture taking. Last minute punya kerja...Tengoklah sendiri, banyak barang yang tak ada. Kalau ada, aku buat kasi meletup restaurant ni...Location is excellent sebab facing al Haram dan kalau malam, mesti cun punya especially lepas Isyak. Letak candle ka (sini tak boleh) ataupun aku dim kan lampu tu. Peh mesti power!

Anyway, ini semua kerja last minute. Selalu kalau ada photo shoot, kita dah tahu seminggu sebelum, siap dengan itinerary sekali i.e. front office pukul berapa, f&b pukul berapa and so on. Tapi kat sini semuanya last minute jadi kerja aku pun dah jadi last minute. Sabar, ini semua dugaan Tuhan...

Ini semua tak jadi masalah sebab aku memang di trained kan untuk produce result walaupun disaat-saat akhir. So far kerja kat sini tak banyak masalah sangat. Itu akulah, orang lain aku tak nak ambil tahu, bukan urusan aku. Aku cuma concentrate apa yang aku patut buat dan apa yang aku patut dapat. Itu saja.

Aku baru dapat satu e-mail pagi ni yang mengatakan bahawa Senior aku kat SDAR sorang lagi nak buat umrah. Nama dia Taufik. InsyAllah Rabu ni sampai dan bolehlah aku TT dgn dia. Maybe Nyamuk pun akan datang dari Riyadh. Tengah tunggu confirmation saja. Wah dah boleh bukak Saudi Chapter ni....

Jumaat, Ogos 01, 2008

Kerenah Tok Arab


Ni gambar lobby kami yang masih belum siap lagi. Banyak lagi benda yang belum sampai-sampai. Macam Tok Arab jugak yang tak pernah sampai on time! Biasa sangat dah kalau kat sini. Anyway it's getting better day by day insyAllah. (Malaysian InsyAllah dan bukannya Arab InsyAllah)

Malam tadi aku pergi Al Rajhi bank dengan bos, Kamal dan Azli. Cucuk kad kat ATM tu. Aku beratur panjang maklumlah semalam kan malam minggu kat sini. Malam pesta muda-mudi! Bila beratur semua orang asyik pandang kat aku. Eh apa hal dia orang ni? Makin lama makin ramai yang pandang aku. Eh, pelik ni? Aku pakai shorts ka? Last sekali baru aku perasan yang aku beratur kat line perempuan! La... pulak!

Aku pun bertukar arah beratur kat line lelaki. Punyalah panjang. ATM tu pulak instructions semua dalam bahasa Inggeris. Habis berterabur Tok Arab kat depan aku tekan nombor semuanya salah. Last sekali dia tanya kawan dia nombor apa? Kawan dia pun jerit bagi nombor pin. Ooh...dia tolong beratur untuk kawan dia rupanya. Part tu bagus sebab ada sikap tolong-menolong. Kawan ni pulak tak dengar, so kawan sorang lagi pun jeritlah kuat-kuat nombor pin rahsia tu.......hah3! Apa nak rahsia lagi? Dalam entry aku yang dulu ada aku ceritakan pasal Arab Technology. So this is one of them!

Musim hujan..

Penyamoons buat gila kat airport KB! Semua gambar ni masih berkisar dengan cerita yang dipaparkan pada minggu lalu. Cuma kali ni saja a...