Jumaat, September 26, 2008

Aku Kaya....



Ada satu hari tu satu guest dari Nigeria marah dekat aku sebab aku cakap dekat dia buffet dah nak habis sebab dah nak masuk Subuh. Dia kata takpa lepas Subuh pun dia boleh makan lagi. Aku tak cakap apa cuma mempertahankan pendirian dan percakapan aku tadi dengan begitu "discreet" sekali. Finally dia ok dan mula daripada situ kami dah jadi baik. Setiap hari dia datang makan, aku akan tunggu kat entrance. Sembang dengan dia dan kalau dia nak makanan, aku bawakkan sekali. Hari ni dia nak kurma kambing extra. Aku kata ok takde masalah. Aku jenguk tengok chaffing dish, alamak dah habis. Patut dia mintak kat aku tadi. Aku lari ke kitchen mintak tambahan dalam bekas lain. Chef aku kelam-kabut buat. Dapat aku sepinggan. Aku cepat-cepat hantar kat meja dia. Memang dia senyum panjang..aku jadi lega bila tengok dia senyum. Kadang-kadang aku terfikir eh ada ka FB Director ataupun FB Manager yang berlari sana-sini buat semua tu sendiri? Mmmmm ada kot....

Anyway, untuk pendekkan cerita, lepas Iftar tadi dia panggil aku lagi sekali. Dia suruh aku ikut dia kebilik. Aku ajak staff aku sekali tapi dia kata tak payah, cuma aku sorang saja. Ok fine...aku pun ikut pi bilik dia. Aku tunggu kat luar sementara dia masuk dalam. After a few seconds dia keluar dan shake hand tangan aku dan dalam dok shake hand tu aku rasa ada satu gumpalan. Kat dalam lift masa turun ke restoran aku tengok gumpalan tadi. MasyAllah dia bagi 4 keping SR500 jadi total value dia SR2000. Hmmmm.....rezeki ni.....aku turun dengan senyum panjang. Sampai kat bawah aku panggil Manager aku lagi. Aku bagi dia 4 keping tadi kat tangan dia. Dia terkejut. Dia kata, "it's for you Sir". Aku kata, "No. It's for the staff. I can't work alone without them!" Si Manager tadi terkejut sampai dahi berkerut-kerut!!!!

Khamis, September 25, 2008

My Dream





Aku teringin sangat nak buat concept yang macam dalam gambar ni. Simple yet elegant. Memang meletop kalau aku buat kat sini sebab belum ada lagi kat Mekah ni yang macam ni. Hmmm teringin betullah. Look at the doughnuts. Nicely presented dan aku boleh buat ni untuk coffee break aku pagi-pagi. Setiap tiang tu with different topping. Ada chocolate, ada marshmallow, ada strawberry dan ada rice crispies. Then on the healthy counter aku boleh buat smoothies a'la minute. Tapi aku preparekan dulu 20 different flavors then yang lain-lain tu aku boleh blend ikut kehendak guest aku. Semua boleh buat kat depan depa. Then satu lagi aku cukup suka dengan concept open kitchen. Guest will have a new experience dining with us which is still not available in Mekah. I know....I know...tempat lain memang dah ada macam ni...then having a chef's table is a wonderful idea as well. Chocolate buffet is another thing which I want to implement. Pehhh....tak sabar ni...

Tadi aku baru dapat news yang kawan aku dari Jakarta nak bukak restaurant and bar yang upmarket. Dulu aku ada ceritakan yang masa aku pergi Paris dulu aku tumpang apartment dia. Nama dia Ley, has a family business manufacturing Lea Jeans and Baby Lea. OMG....actually jeans tu pakai semperna nama dia! Ley sent me a note saying that she wanted to open that restaurant and she told me the concept. Concept apa, aku tak nak cakap sebab very exclusive. I'll try to be there for their opening in Feb 09 with my family untuk raikan kejayaan Ley. InsyAllah...

Selasa, September 23, 2008

Office baru


Aku baru pindah opis baru yang aku cakap dulu tu. Location memang strategic sebab mengadap Executive Chef aku dan opis aku pulak kat tepi restoran. Jadi staff aku yang seramai 120 orang tu memang tak boleh lari. Sekali jerit semua orang dengar. Tak banyak pun barang kat dalam opis ni. Aku cuma letak satu 3 seater sofa off white satu coffee table yang aku decoratekan dgn menu hotel-hotel kat Mekah then satu kerusi lagi untuk mtg. Meja tak ada kecuali meja aku yang super cute tu. Aku memang tak suka kalau serabut sangat. Aku happy kalau opis aku very simple @ zen @ minimalist. Kat rumah pun serupa. Barang tak banyak. Wakana pun cakap serabut kalau banyak sangat barang.



Kat sebelah corner satu lagi pulak, aku letakkan satu pasu pokok yang aku sendiri tak tahu species dia. Aloe Vera ka tu? Hantam sajalah labu...janji hijau sikit opis aku ni...

Isnin, September 22, 2008

Rezeki



Orang kata rezeki ni dimana-mana. Tapi rezeki aku selama ni walaupun tak melimpah ruah tapi alhamdulillah, cukuplah untuk makan pakai aku sekeluarga dan bayar duit minyak motor kapchai aku kat KL. Since sekarang ni musim Ramadhan, memang "dam..dam..dum bunyi mercunlah" kat sini. Bukak puasa hampir-hampir 6.25pm disini. Lepas saja azan maghrib, kami terus capai tamar dan laban untuk berbuka puasa. Restoran masih kosong lagi. Lepas sembahyang Maghrib saja, kami diserang bertubi-tubi. Guests masuk macam anak ayam keluar sangkar! Memang ramai giler. Aku pulak ada lif sampai 10 nak masuk restoran ni. Baru nak layan yang ni, yang nu dah menjengah nak masuk...Pergh memang berpeluh nak jaga tok Arab semua ni.

Walaumacamanapun senyuman mesti tetap ada. Itu yang penting. Service kena jaga, food quality and hygiene kena jaga. Dan satu malam lepas buka puasa, aku pun macam biasa dok round-round satu hotel then terjumpa 2 orang perempuan Arab. Sembang punya sembang, depa belum bukak puasa lagi. So aku pun bawaklah ke restoran kat atas. Bagi depa meja, bagi minum, bagi makan, dan siap tolong bukak lif lagi untuk depa balik bilik. Sebelum keluar depa sembang-sembang sama sendiri then depa selit something kat dalam poket aku. Ala....business card depa kot....Lepas hantar depa balik, aku tengok lagi sekali dalam poket aku, la.....SR500! Depa bagi tips kat aku! Aku pun pikir, ni rezeki ni. Tapi dalam pada tu aku pun teringat kat staff-staff aku jugak. Mungkin diaorang lebih memerlukan daripada aku. So dengan rendah hati, aku bagi tips aku tadi yang SR500 tu pada Manager aku untuk diagihkan pada staff-staff aku semua dihujung bulan nanti. Rezeki depa....

Dessert Arab / VIP datang lagi



Aku cukup tak tahan makan dessert Arab ni. Punyalah maneh! Rupa pun tak semeriah mana. Anyhow, aku letakkan jugak kat dalam buffet sebab itu yang depa dok cari nak makan tiap-tiap hari sampai letih aku nak menjawap. Guest aku ramai yang datang dari Dubai, Abu Dhabi, South Africa dan lain-lain lagi. Memang meriah bila bersembang dengan depa ni. Macam-macam cerita dok dengar. Kebanyakkan happy dengan layanan dan service yang kami bagi dan of course hasrat aku nak jadikan hotel kami ni sebagai hotel nombor satu di Mekah. Hotel Malaysia nih! Kebanyakkan guests mula membandingkan kami dengan hotel-hotel lain serti Hilton, Inter Continental dan Zam-Zam. So far kebanyakkannya cakap yang hotel kami ni lain berbanding dengan hotel yang dah ada kat sini. Bangga aku. Apa-apapun kami bertungkus-lumus ni pun untuk boss kami yang berjiwa amat penyayang tu selain daripada nak menaikkan nama Malaysia. Besar tanggungjawap tu!

Semalam ada Saudi Prince duduk dengan kami. 2 family semuanya. Aku jadi sibuk gila memandangkan permintaan yang pelbagai. Kaum kerabat dia punyalah ramai. Last sekali aku tidur pukul 5 pagi. Hari ni Prince Malaysia pulak sampai. Tak payahlah bagitau sapa dia.....Jaga depa ni seronok. Macam-macam protokol nak kena jaga. Aku dulupun masa kat KL dulu ada jugak jaga VIP such as Al Gore, Condoleeza Rice etc. So insyAllah tak ada masalah kot..

Sabtu, September 20, 2008

Luke Mangan / Uniform baru



Luke Mangan ni seperti yang aku dah ceritakan dulu ialah salah seorang chef muda yang terbaik didunia. Aku bernasib baik sebab berkesempatan bekerja dengan dia sekejap sewaktu aku buat Australian Outback Food Promotion semasa di KL dulu. A Very creative chef. Sekarang dia dah bukak restoran kat Jepun. Hai tukang masak la ni semua dah dapat celebrity status!



Ni pulak gambar staff aku dengan vest baru dan bow tie baru. Untuk pengetahuan semua, uniform pun belum complete lagi. InsyAllah lepas Haji nanti semua akan siap. Jangan ingat aku dok bagi reason ja.....tadi ada satu VIP datang makan iftar. Dia mintak kopi kat aku. Aku kata nanti aku buat Nescafe Special punya. Dia kata ok dia akan try. Lepas pekena nescafe tanpa gula aku, terus dia tanya, macamana nescafe tu boleh jadi sedap sangat? Kat Malaysia tak boleh dapat nih. Hah3.....20 tahun kerja macam ni Datuk........heh3...

Jumaat, September 19, 2008

Buffet




Buffet set-up aku kat sini tak siap apa lagi. Setakat ala kadar. Maklumlah baru lagi dan banyak benda yang nak kena buat. Jadi gambar yang aku ambil ni tak lah cun tara mana pun. Tapi memandangkan sekarang ni musim bulan puasa, jadi aku masukkan 2 gambar minggu sudah yang aku ambil. Fruit carving tu chef Morocco aku yang buat. Dia memang suka buat benda-benda macam ni. Sikit-sikit tu ok lah...tapi kalau dah banyak sangat serabut pulak kepala otak tengok..Set-up yang ada masih lagi old fashion @ passe kata orang....

Aku suka dengan set-up chef-chef ternama dunia seperti Luke Mangan (Australia) dan jugak chef Ramsey (UK) bila aku free. Melihatkan restaurant depa yang bertaraf dunia tu, timbul minat aku untuk melakukan yang sama tapi aku kenalah ubah sana dan sini. Aku pernah berkerja dengan Luke Mangan di KL dulu sebab abang dia Michael Mangan tu sebenarnya Executive Chef aku kat Renaissance KL dulu. Luke memang creative dan presentationnya sangat simple. Aku minat gila begitu jugak dengan Ramsey walaupun aku tak pernah kerja dengan dia tapi perkembangan dia memang aku selalu ikut. Sekarang ni dah jadi trend kat Jepun untuk memanggil chef-chef yang macam ni untuk set kan restaurant depa....Luke masih muda dan dah pun menang the best Australian Chef Award beberapa kali. Sekarang dia bukak pulak restaurant dia kat NY dan London. Memang kelas.....Satu lagi sushi bar....aku memang teringin nak bukak satu tapi kat Mekah mana ada orang makan benda-benda yang macam ni....haru...Conrad Bangkok dan Conrad Tokyo menjadi pujaan aku untuk bekerja kat sana. Tengoklah nanti kalau-kalau boss aku hantar aku kat sana pulak!

Rabu, September 17, 2008

Mandi Kambing



Mandi Kambing ni memang best. Bukan tak mandi macam kambing. Tapi makanan yang special kat sini namanya "Mandi" dan lauknya kambing. Peh, meleleh air liur kalau kena. Kalau selalu pekena pulak masalah besar sebab berat badan akan naik dengan mendadak! Kat dalam gambar tu si Azli tengah posing dengan mandi kambing. Kepala kambing dengan gigi pun masih ada melekat kat rahang dia. This dish is a must whenever you are here in Saudi. Makanan ni tiap-tiap malam aku letak kat buffet. Memang ada sorang budak Arab Badwi ni kerja dia tiap-tiap hari cuma buat mandi. Tapi dia sendiri samada mandi ataupun tidak, aku tak pasti pulak....heh3...

Selasa, September 16, 2008

Linen dah sampai!


Finally linen aku dah sampai dari Egypt. Depa kata kena pergi ambil kat Jeddah Warehouse. Aku dapat tahu pun dah pukul 12 malam! Hah3 biasalah Arab Technology. So dengan tanpa berlengah lagi, aku dengan 2 staff aku dan receiving clerk, sorang owner's rep dan sorang drebar terus bergegas ke gudang nak ambil barang-barang aku. Kawasan gudang memang gelap-gelita. Sah kalau kena sembelih kat situ mesti sorang pun tak tau. Sebijik macam dalam cerita "Kingdom" tempat dia. Lampu takdak, jalan tak bertar dll yang memang menggerunkan. Gudang tu cuma ada 2 staff. Aku pun carilah kotak linen aku. Berlambak-lambak kotak ada kat situ lebih kurang 50 kotak semua. Then aku ambil table cloth, napperon, napkin dgn uniform staff. Hah lega...


Bila dah set kat meja barulah nampak ok sikit. Sikit ja...sebab banyak lagi barang tak sampai. Itu kalau ada bunga ros ka, carnation ka, orchid ka, mesti meletop lagi tempat ni. Semalam ada wakil dari Kedutaan Yaman datang kat tempat aku by chance. Katanya dia pun tak tahu yang kami exist. Memang betul pun sebabnya kami tak advertise dan belum buat launching lagi.

Aku rasa kalau aku buat promotion sikit kat KL nanti mesti power habis. Jumpa JPM ka, buat launching sikit masukkan dalam newspaper, do a small talk kat "Malaysia Hari Ini" ka ataupun masukkan dalam "Prime News" sikit, alahai bos aku mesti happy nih....sincerely aku rasa ni lah kejayaan anak Melayu dari Kuala Kangsar yang patut dibanggakan dan bukannya benda-benda lain yang diwar-warkan selalu. This boss of mine is a genuine business man who has no personal interest macam selalu kita dengar-dengar tu.....I salute you Boss!!!!! (kalau dia baca ni....habislah)

Selalunya kalau orang datang sini, mesti depa tanya, Datuk mana punya hotel nih? Ahli politik mana punya hotel nih? Dengan bangganya aku jawap balik boss aku ni takde title selain dari title Encik kat depan nama dia then Datuk kepada sorang cucu...hah ambik kau! Puas..........

Rindu anak-anak



Ini anak-anak aku yang dah agak besar. Dah agak lama jugak aku tak jumpa dia orang, apalagi di bulan Ramadhan Mubarak ni. Memang sedih tapi apa nak buat. Setiap Jumaat seperti biasa Wakana dll akan telefon aku dan terdengar kat cuping telinga yang Marina menjerit-jerit panggil nama aku. Alamak sayunya...tapi apa nak buat? Terpaksa jugaklah memendam perasaan.

Yuya pulak masih nakal macam dulu. Mungkin lebih nakal lagi sekarang ni agaknya, asyik dok kacau Abang saja kata Wakana. Hari tu Wakana report kat aku, katanya Yuya talifon sampai 16 kali masa Wakana tengah sibuk buat kerja. Wakana tak sempat nak angkat talipon. So lepas meeting Wakana phone ke rumah dan bertanya kat Yuya sebab apa talipon sampai 16 kali. Kalau penting sangat barulah talipon. Then Yuya kata memanglah penting....dia nak tanya boleh bukak puasa tak? "Tu kan penting...sebab tu lah Yuya talipon Mama!"

Isnin, September 15, 2008

Rumah Sendiri


Amboi depa buat macam rumah sendiri noo....siap ada tempat lap kaki lagi. Memang kelas! Bilik guest ni dekat dengan bilik aku. Satu lorong ja. So tiap-tiap hari memang aku akan lalu kat depan bilik dia untuk pi ofis. Arab ni lain macam sikit. Bilik kat sini semuanya connecting room. So dia ambil sekali 2 bilik. Bilik yang ada lap kaki dia buatkan surau untuk anak-beranak dia sembahyang waktu, termasuklah terawikh sekali kemudian bilik sebelah lagi barulah dia buat bilik tidur. Kebanyakkannya akan buat macam tu. Depa sembahyang kat bilik ja berjemaah ikut haram sebab kat hotel ni memang ada speaker live dari Haram. So kalau nampak orang lain berjemaah kat Haram dan dengar bacaan-bacaannya, maka sahlah sembahyang berjemaah kat bilik sahaja. Tapi kalau dihadang penglihatan kita dari Haram oleh dinding, maka tak lah sah sembahyang kita berjemaah dengan Al Haram!

Sekarang ni bilik aku kat tingkat 8 dan opis kat tingkat 2. Mungkin malam ni jugak aku akan suruh staff aku semua transferkan aku ke ofis baru di belakang restaurant. Spacious sikit kat situ dan senang nak makan dan minum. Heh3....Anyway yang pentingnya aku dapat monitor budak-budak aku termasuklah chef-chef yang jemuan tu semua. Aku sekarang ni ada lebih kurang 120 staff dibawah aku termasuklah dari Restaurant, Kitchen dan Steward. Ramai tu, memang boleh bukak kilang plastik!

Sabtu, September 13, 2008

Rambut Putih / Azli


MasyAllah banyaknya rambut putih aku? 2 hari lepas aku pergi gunting rambut, balik sebelum tidur (mind you, it was 4am, ok! Wakana dah ada kat opis dah!)aku pun mandi dan syampu rambut. Lepas bilas rambut tengok-tengok kat cermin, la....semua dah putih! So hantam sajalah labu....age is really catching up. Ni gambar yang aku baru ambil tadi masa tengah round-round lepas berbuka puasa. Guests memang ramai dan kemungkinan akan bertambah ramai lagi towards the last 10 days of Ramadhan. Anyway, I'm prepared..

Gambar ni aku ambil kat entrance restaurant yang tak siap lagi tu. Ada la letak itu sikit, ini sikit nak cover mana-mana yang patut.



Gambar nombor 2 pulak ialah gambar member aku kat sini. Nama dia Azli. Dia memang world record holder, I tell you! Mana ada orang dalam dunia ni yang lost weight sebanyak 14kg dalam masa 2 bulan? Peh menangis Dr. Atkins! Azli dengan bangganya berposing kat lantai yang baru dia suruh budak dia polished tu. Chrystallized kata dia. Memang cun hasil kerja dia. Mungkin kalau Tok Imam Haram tengok, mesti suruh dia chrystallized lantai masjid pulak. Anyway Azli, your work is always "number 1 in the world lah..."

Jumaat, September 12, 2008

How time flies


Dah nak masuk 3 bulan aku kat sini. Mula-mula sampai dulu peh macam biasalah, apa pun tak ada lagi. Tension betul. Barang tak ada, restaurant dgn kitchen berterabur, staff tak ada, dll. Aku ada banyak deadline. Order barang, barang tak sampai, then hotel nak bukak masa Ramadhan lagi....alahai, kalau tak biasa memang lemah kepala lutut! Tengok ajelah kat dalam gambar tu. Dinding pun tak habis cat lagi! Then bumbung berlubang belum tampal, air tak ada, ac tak ada...



Tapi walau macamanapun berkat kesabaran dan kesungguhan dan doa daripada keluarga serta member2 kat sini yang memang banyak membantu macam si Azli yang sentiasa busy tu dan bos aku yang sentiasa baik hati, dapatlah aku bukak jugak restoran aku tu walaupun tak lah seperti yang diidam-idamkan. Tunggulah nanti yea....

Sorry, aku terpaksa lari sekejap sebab ada ramai Malaysians dah sampai kat D'Saji. All professionals dan aku sangat berbangga dengan dia orang!

Khamis, September 11, 2008

Ramadhan Mubarak


Sekarang ni musim puasa. MasyAllah...punyalah ramai manusia. Sampai aku nak kemana-mana pun tersangkut sebab jalan penuh sesak dan banyak jalan yang menghala ke Haram dah ditutup. Gambar yang aku hantar tu ialah gambar si Nyamuk yang dah 7-8 kali buat umrah. Alhamdulillah murah rezeki si Nyamuk. Dia duduk kat hotel aku dan dapat rate yang paling murah dalam dunia, SR1270 semalam! Itupun bilik yang menghala ke belakang after 50% discount. Bayangkan harga kalau dah dekat Eid nanti dan harga bila Hajj season.



Satu lagi gambar ialah sewaktu first day Terawikh. Ramainya macam semut. Sekarang ni lagilah...kalau dulu biasanya umrah akan ambil masa selama satu setengah jam tapi sekarang dah 3 jam kalau cepat. Kalau tak memang berjam-jam....

Tadi aku pergi gunting rambut. Selalunya SR10 tapi tadi dah jadi SR15 sebab katanya Ramadhan Mubarak.....!

Ahad, September 07, 2008

Store room


Amboi letih sungguh bila buat opening hotel ni. Bukannya apa, challenges yang mendatang tu kadang-kadang membuatkan orang akan cabut sebab tak tahan. Mana taknya, you are on call 24 hours. Tengah-tengah kerja tiba-tiba letrik takdak, air putus, computer jammed, barang tak sampai, storage takdak dan 1001 hal lagi yang tak terfikir pun akan muncul tapi tiba-tiba ada kat depan mata. MasyAllah cabaran tu!

Cerita pasal storage pun satu hal. Store aku tak siap-siap lagi. Bila buat storage kena ada proper lighting, kena ada proper ventilation dan kena ada proper air conditioning kalau tidak barang-barang ataupun beverage cepat sangat bertukar rasa jadi basi etc. Memang masalah besar tu. Sini bila bilik dah siap walaupun tak ada bumbung dan benda-benda lain, dia orang kata dah siap! Untuk aku benda macam ni tak siap langsung. Siap untuk aku bila semuanya berfungsi tanpa sebarang hiccup. Hah itu baru siap...

Jadi, beverage aku like juices, susu etc for the time being terpaksalah bermalam kat opis aku aje!

Khamis, September 04, 2008

United Colors of Benetton



Seperti yang aku ceritakan dulu, aku ada ramai staff yang datang dari segenap pelosok dunia. Dulu masa di Europe, ramai yang datang dari UK, Germany, Greece dan dari negara Balkan, masa aku kat Jepun, staff rata-rata Japanese tapi ada segelintir dari Phillipine dan sekarang aku kat Saudia, ramai pulak staff aku dari Asia terutamanya Bangladesh, Pakistan , Myanmar dan negara-negara eksotik yang lain dan tak terkecuali dari Patani dan nama dia orang pun Mohammed Fatani dan Abdullah Fatani (bukan adik-beradik tapi cuma sekadar menggunakan nama kampung halaman)

Kadang-kadang aku kesian bila tengok budak-budak ni. Dia orang ni ada talent tapi bila kat sini dia orang jadi macam blurr semacam sebab tak ada orang yang mengajar apa nak buat. Jadi kesempatan ni aku gunakan sebaik-baiknya untuk mempengaruhi. Kat sini ramai orang kata budak-budak Bangladesh dan lain-lain ni tak guna sebab bodoh dll lagi tapi bagi aku, aku sentiasa bagi second chance dan "benefit of the doubt". Aku ajar dia orang ni betul-betul dari cara berjalan, grooming, service sampailah kepada cara nak bercakap. Walaupun baru 2 bulan mengajar budak-budak ni, aku tengok memang ada banyak perubahan dari segi sikap dan budak-budak ni lebih selesa bila bercakap dengan aku. Hormat dan bersopan-santun. Alhamdulillah dalam masa 2 bulan ni aku memang terkejut sebab tak ada sorang pun yang datang lambat dan masih belum ada lagi staff aku yang absent! Surprise kan? Dan yang paling aku terharu sekali ialah sorang Manager dari Le Meridien sanggup suruh boss dia "fire" dan bagi dia termination semata-mata nak bekerja dengan aku. MasyAllah sampai macam tu sekali? Apa yang aku dah buat?

Nasihat pada Abang, Yuya dan Marina, bila besar nanti, kerjalah dengan sepenuh hati, love your job, do your best and be sincere in whatever you do. InsyAllah tuhan akan membantu.....amin..

Selasa, September 02, 2008

Terawikh di Mekah



Melakukan solat Terawikh buat pertama kali di Mekah sungguh mengujakan. Apalagi dapat bersama-sama jutaan umat Islam dari seluruh dunia. Aku pergi bersembahyang di Haram sebanyak yang mungkin kerana aku tahu yang kadang-kadang aku terlepas dan cuma mampu bersembahyang kat bilik saja. Tapi kali ni aku tak nak lepaskan peluang so aku bersolat Isyak dengan staff aku Khurshid dan Najjar (Arabian Coffee Maker. Kami terus pergi keatas bumbung masjid seperti selalunya apabila masuk waktu Maghrib dan Isyak.

Memang ramai orang sampai penuh satu bumbung dipasangkan carpet. Kalau tidak selalunya cuma 7-8 saf saja yang dipasang carpet. Kami dapat tempat pun kat belakang sekali. Kawasan masjid diluar penuh dan kat tengah pun penuh. Wah...ni belum Haji lagi ni...

Malam tu aku cuma dapat buat setengah saja memandangkan aku kena balik semula ke hotel sebab banyak lagi kerja yang aku kena sambung.

Lautan manusia memang tak dapat nak dibayangkan. Seronok betul aku. Tadi masa aku bersembang dengan Azli, katanya sampai menangis dia bila buka puasa kat masjidil Haram. Menangis terharu dan menangis kesyukuran!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...