Isnin, Disember 29, 2008

Old Boys Dinner Part 1


(dari kiri cepat jalan..Jawer, Anje, aku,Mat Long, Nash, Apam dan Kusha)

(gambar manja dari kiri Nash, Apam,Abul, Aini, Pahlavi, yang berdiri dari kiri cepat jalan....Anje dgn Jawer)

Macam yang aku cakap hari tu, baru touch down kat KLIA, switch on hp je dah berderet-deret masuk sms tanya dah sampai belum. Ramai jugak yang concern rupanya. Aku sampai kat rumah dalam pukul 12 tengahari, terus kena kerumun dengan anak-anak macam biji rambutan kena hurung semut! Heh3...

Malam tu tepat pukul 6.45pm Jawer (Petronas) datang jemput aku pergi dinner. On the way, kami pergi singgah pick up Apam (Skali) dengan Kudo (Insurance) then sebelum sampai kami pick up si Abul (PLUS) pulak. Thanks Jawer. Tanpa anda siapalah kami....sampai aje kat situ macam yang dah tahu-tahu, suasana sungguh haru-biru. Rasa macam budak-budak Junior baru register nak masuk sekolah!

Memang ramai masa tu. Dari batch 1957 sampai lah ke batch 2008 (aku rasa). Meriah macam nak sambut Raya pun ada jugak. Lepas register kami dibagi school badge besi untuk dipakai. Ada yang tempek nama kat baju sebab ramai dah tak ingat nama betul. Macam-macam kami cerita dan mengutuk. Ala....tu kan sessi kutuk-mengutuk....bila lagi...si Aini Atan (baju merah)tu memang aku dah lama tak jumpa. Dia ni ligat jugak dulu. Siap naik stage nyanyi lagu "Siti Rohani" (kalau tak salah aku...Kudo, Apam, tolong betulkan). Aku ingat lagu si Othman Hamzah kot lagu tu. Masa form 1 dia tibai nyanyi lagu tu atas stage. Lepas tu dia tibai aku pulak masa main badminton antara rumah. Amboi, tak padan kecik ni, kuat tibai....aku cari balik gambar Aini dok nyanyi, dah tak jumpa, kalau ada aku ingat Aini mesti nangis guling-guling! Aini ni budak PTD. Banyak jugak dia dah kena posting (definitely not blog postings!)...la ni dia kena posting kat tempat strategik untuk kami. Memang dari dulu dah ada gaya Top Level Government Officer. So since dia dah memang ada talent kat situ, aku ingat Government pun dah hantar dia kat Songkla, Thailand as Consul General. Cayalah Siti Rohani.....nanti kami sampai...nanti kami sampai....tu semua janji budak-budak lelaki yang "naive"...." eh Aini, Rita Rudaini dgn budak bola tu kahwin, lu ada kat situ ke?"

Khamis, Disember 25, 2008

Aku nak balik...


Semalam aku tak boleh nak tidur. Mata terkebil-kebil pukul 1 pagi (6 pagi waktu KL). Apa aku nak buat? Aku terus sms Wakana cakap kat dia yang aku tak beli lagi present untuk Marina. Kesian pulak kat baby aku yang sorang tu. Apa nak beli kat Marina ni? Dulu ada sekali aku beli anak patung, dia tokaknya kepala doll tu sampai putus. Ganas jugak baby aku ni...so sekarang aku tengah pikir kalau aku beli satu lagi apa dia nak buat pulak? Takpalah nanti aku cari kat airport ka taupun kat KLIA atau pun inflight shopping ja. Tengoklah nanti...



Then yang lain-lain tu gambar budak-budak aku yang tengah "Drama minggu ini" bila nampak muka aku. Sorang tu nama dia Yusuf bukan Usop Santorian (aku tahu jugak Santorian tu). Kelam-kabut dia tonyoh milk pot kat buffet counter. Pada hal pot tu memang dah berkilat! Aku pun saja-saja tengok masa aku minum kopi pagi tadi. Si Santorian tu terus jugak tonyoh sambil pada tu dok jeling-jeling kot kot aku tengok dia lagi ke tak. Oooo, drama yea! Huh nanti kau Santorian, aku suruh lap pinggan nanti. Hari ni pinggan tak banyak, cuma 4200 keping je! Lepas tu boleh sorong terus masuk store kat Basement 2.



Ada sorang lagi budak aku nama dia Hamad. Kerja dia buat omelet. Dia tak perasan aku masuk dari pintu lain, masa aku jengok dia, dia tengah sembang dengan si Usop Santorian tu, then aku keluar dan pergi masuk ikut pintu depan satu lagi pulak. Hamad nampak aje muka aku terus dia kelam-kabut pegang frying pan dan panaskan. Siap tuang olive oil lagi. Kelas....aku tanya dia tengah buat apa? Hamad cakap tengah buat omelet untuk guest. Aku tanya guest ada kat mana? Dia cakap belum turun lagi. Aik, pandainya Hamad aku ni? Guest tak turun dia dah buat omelet? Aku tanya filling apa? Dia kata guest belum bagitahu lagi. Eh Hamad ni biar betul...last sekali 2-2 kena pot-pet pot-pet dengan aku sebab drama kuat..

Macam-macam ada kat sini. Seronok jugak kerja dengan depa ni. Macam-macam style kelentong ada. Walau macamanapun, system aku dah switch off hari ni. In fact dari semalam system aku dah off. Tak nak pikir banyak-banyak. So lepas ni kalau gambar tak boleh upload jugak, aku posting cerita aje. Sampai KL aku upload gambar. Hutang lagi sebab aku nak pergi tawaf wida' sekejap sebelum cabut pergi airport. Biar awal pergi airport takpe sebab aku malas nak bergaduh dengan orang-orang airport nanti.

So Tuan-Tuan dan Puan-Puan, maka diumumkan bahawa 1-2 hari ni aku takde posting. Malam ni balik KL, sampai KL tengahari, then malam pergi Old Boys Dinner...."balik kampung...oooooo....balik kampung.....ooooo...balik kampung....hati riang.....ooooo"

Rabu, Disember 24, 2008

Asa gohan...

(tengah panaskan croissant aku sendiri!)
(nangis tok arab sini kalau tak ada telur rebus pagi-pagi)
Pagi ni aku macam biasa lepas ronda-ronda check sana-check sini, group jemaah haji
pun dah start makan, terus aku datang office. Alah....office aku yang sekangkang kera ni kan kat belakang dapur...so senanglah nak monitor budak-budak yang masuk lambat. Depa tak ada jalan lain kecuali kena lalu jugak kat depan office aku ni...so pada yang datang lambat tu, sekejap lagi sampailah e-mail aku kat chef bagitahu yang budak-budak dia masuk lambat, then macam biasalah, disciplinary action then aku sign dan hantar HR, settle...masa aku jadi prefect kat SRJK Bandar Hilir Melaka dulu pun serupa macam ni jugak. Tiap-tiap pagi kena jaga gate belakang sebelah sekolah convent tu. Tunggu budak-budak datang lambat naik basikal. Sebab ramai budak-budak kena report dengan aku kat dalam list yang berjela-jela tu, tahun 1980 nama aku tertulis sebagai Head Prefect kat SRJK Bandar Hilir Melaka masa darjah 6. Masa tu kalau tak silap aku, aku selalu tolong cikgu Rafeah. Sebab anak perempuan dia cute! Sampai dah tak ada barang kat dalam kereta cikgu tu yang aku nak bawak, siap tanya lagi, "Cikgu....kasut ni nak bawak naik pejabat ke?" Cikgu Rafeah jadi blurr sebab tu kasut husband dia yang memang selalu kat dalam kereta! Biar betul budak ni......
Gambar yang first gambar bakat terpendam aku untuk panaskan croissant pakai toaster. Malas nak bawak belakang masuk micro wave ke oven ke, janji cepat dan menyelerakan. Kat belakang aku ada 3 jemaah nak buat toast yang sama. Heh3...innovative dan creative tak? Depa tu tengok je apa yang aku nak buat.....eh makcik pun nak ke? Aku croissant tu cicah kopi je...ada satu benda yang aku nak cakap. Waktu makan, ada beberapa makanan yang dicategorykan sebagai boleh menggunakan tangan (table manners@etiquette), burger, fried chicken dan breakfast bread. Jangan malu, ni memang diterima pakai satu dunia. Kalau orang tegur, cakap Uncle yang kasi green light. Depa kenal tu siapa Uncle.....
Satu lagi, gambar telur rebus. Tok-tok Arab kat sini nangis guling-guling kalau tak ada telur rebus kat buffet breakfast. Ada sekali aku sengaja tak letak kat buffet sebab nak tengok reaction, wah...kecoh satu hotel! Cerita pasal telur rebus ni aku teringat masa kecik-kecik dulu, alah...sekarang pun kecik lagi...masa nak pergi sekolah, mama selalu paksa aku makan telur setengah masak. 2 biji then campur kicap dan campur pepper sikit. Mama cakap badan jadi sihat dan kuat. Lepas makan tu memang badan aku jadi sihat dan kuat. Masa tunggu bas sekolah makcik Zaharah datang, aku suka main "chap tey" (bulu ayam segenggam kat bawah ada getah)dengan budak-budak jail (anak-anak warder yang sama macam aku). Siap lipat lagi member sebelah. Memang bagus telur setengah masak tu. Bila sampai sekolah tak sampai sekerat hari, aku pun dah setengah masak. Telur setengah masak punya pasal, setengah kelas aku dah tidur!
Then masa aku kat SDAR pulak, mama siap pergi sekolah cakap kat Pakcik kantin tu suruh buat telur setengah masak tiap-tiap pagi kat aku. Special punya siap dengan toast lagi. Budak-budak lain makan kat dining hall, aku kat kantin. Special treatment. Waduh..telur setengah masak lagi...
Then masa aku kerja kat Jepun dulu, staff cafetaria ada breakfast. Aku pergi breakfast jugak ikut samurai-samurai yang lain. Apa menu breakfast dia? Nasi satu bowl, miso soup satu bowl then telur 2 biji. Aku yang tak tahu apa-apa ketuk-ketuk lah telur tu kat bowl sebab ingatkan telur rebus...rupa-rupanya telur mentah. Gaul dengan nasi dan hirup miso soup. First time memang geli, tapi tiap-tiap pagi macam tu, aku pun ok pulak.....dah jadi Jepun. Aku rasa lah....sebab makan telur mentah kat Jepun tu, timing aku pun dah jadi tepat@punctual macam Jepun. Kadang-kadang Wakana pun mengeluh sebab time aku lebih punctual dari Jepun! Heh3...

Selasa, Disember 23, 2008

Kawan aku.../ Dan Carter


Heh3...ni neighbour aku selama 7 bulan kat sini. Ala...yang aku selalu dok cerita pasal pintu bilik connecting kami yang tak pernah tutup tu....Si Azli ni kalau tak ada dapur dia tak boleh hidup! Rajin memasak dan favourite dia sambal tumis. Sampai terkeluar airmata makan sambal dia. Bukan pasal sedih....tapi pasal sedap...sampai ada orang Sri Lanka datang ketuk pintu bilik mintak sambal. Orang tu siap cakap wife dia masak pun tak sedap macam si Azli ni. So tak payahlah aku nak cerita lanjut pasal dia. Memang power. Sekarang dia tengah plan nak bukak kedai makan kat Balakong pulak....Azli dulu tak minat nak buat blog, sekarang ni bila dah hooked dan dia tengok ramai pulak yang follow, tiap-tiap hari ada entry baru. Kadang-kadang sampai 5entry satu hari....hah ambik kau!

Sekarang ni dalam "Dream Team NZ" aku, ada sorang budak ni yang aku memang minat sangat. Very sharp dan mampu buat split second decision bila time-time critical. Mula-mula aku ingat dia budak Jelebu sebab nama dia Dan...mungkin Hamdan kot....tapi tengok gambar, oooo tak mungkin...nama dia Dan Carter. Personal Coach, bapak dia sendiri. Dan ni ada padang rugby kat tepi rumah dia kat NZ. So tiap-tiap hari dari kecik kerja dia tendang bola rugby masuk post. Banyak jugak kejayaan dia masa tendang bola tu termasuklah tingkap rumah bapak dia dengan neighbour habis pecah, pintu kereta kemek dan lain-lain. Kalau Ustad aku jumpa budak ni mesti ustad cakap "Peroh anta nih..." Teringat pulak aku masa selalu practise conversion dulu. Macam Dan Carter jugak....tapi tendang keluar pagar sebab nanti senang budak nak fly....kononnya cari bola hilang, tapi bila balik selain dari bola, depa bawak 3 cartoon Marlboro sekali! Heh3....tu budak-budak tu....ala...baru 16 tahun! Bukan tahu apa-apa....

Dan Carter mempunyai speed dan skill yang mantap. Stamina dia boleh tahan sampai 1.5 game. Eh apa beza dengan aku masa tengah peak dulu? Tapi after discount, stamina aku cuma sampai 0.5 game. Habis macamana nak maju...tapi kat NZ lain, depa training tiap-tiap hari dan kadang-kadang berbulan-bulan lama dia cuma nak tour South Africa. Mmmmm aku rasa takde jugak bezanya dengan kami dulu...nak lawan TBS kami training seminggu! Pergh lama tu........then cakap training pukul 5, turun padang pukul 5.45!

Sekarang ni kat rumah aku dah ada Dan Carter in the making. Nama dia Yuya...dia memang nak main rugby dan sekarang masih belum pecahkan apa-apa lagi kat rumah aku. Tunggulah sampai cermin pecah baru nampak talent dia kot....

Ahad, Disember 21, 2008

Makan lagi...



Hari Jumaat lepas masa aku off dan tengah lepak kat bilik sambil baca paper tu tiba-tiba ada orang ketuk kat pintu bilik aku. Bila aku bukak, terpampang muka si Abdullah tukang masak aku dari Indonesia dah siap kat depan pintu tersengih. Kat tangan dia aku tengok ada macam cake box. Ala...apalagi la yang si Dollah ni bawak. Aku tanya dia apa benda ni? Dia cakap dia bawak kuih sikit kat aku untuk minum petang. Actually Abdullah ni tengah cuti. Dia datang cuma nak bagi kuih kat aku suruh rasa. Aku pulak hari tu puasa. Ala nazar hari tu tak bayar lagi, so day off aku, malas nak pergi mana-mana aku puasa sekali kasi settle kan. Kalau tak rasa kekok pulak jadinya. So lepas bukak puasa terus aku makan kuih tu. Memang sedap. Dia buat kuih koci. Lembut ada, lemak bersantan ada, manis tak berapa manis...alahai Abdullah ooiii, buatlah karipap pulak! Masa aku kat sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka dulu circa 77', aku selalu ikut abang aku pergi main bola kat padang Henry Gurney. Kat situ ada pavillion dan kat situ ada club house. Selalu aku bawak 50 sen pergi situ sebab dalam club tu ada jual kuih. Onde-onde dia memang sedap. Satu lagi yang buat aku tak tidur malam, bila teringat kat tempeyek@rempeyek dia...pergh...kacang sesaja penuh kat atas tu. Siap simpan duit sekolah nak beli kuih tu. Kat tepi tu ada makcik Zaharah yang selalu bawak bas sekolah aku pagi-pagi. Tengok muka dia mesti budak-budak kecut perut. Garang habis, tapi yang specialnya makcik Zaharah ni, macamana keadaan sekalipun lipstick ang-ang tak pernah lupa. Steadylah makcik! Anak dia nama Zahid. Selalu main bola dengan aku kat padang Sekolah Henry Gurney tu.Apalah jadi dengan dak Zahid la ni...

Hari ni aku tak tahu nak makan apa. Kan aku cakap nak turun 2.5 kilo...so tengah hari tadi, aku makan keropok udang sikit, telur masak lemak sikit dengan ayam 2 ketul. Diet Uncle diet.....last Friday aku timbang dah naik sikit macam badak. Jadi 76 so aku kena turunkan balik jadi 73.5 dalam 3 hari ni....so, tu yang kurangkan nasi tapi yang bersantan sikit makan jugak. Iisshh kacau betul lah group Indonesia ni. Depa check in last Saturday, tu yang nasi semua menyelerakan tu...kalau tak aku memang tak dapat santan langsung. Sehat sekejap! Then Abdullah lately ni rajin pulak hantar kuih kat aku kasi gemuk. Tu yang jadi badak sekejap. Pagi tadi aku timbang dah jadi 74.4 heh3...ada chan...ada chan...you know what? Sebelum ni at one time weight aku pernah sampai 92 kilo...tak percaya tanya Wakana!

Saujana mata memandang




Hari tu masa aku pergi Jeddah tukar tiket, aku pun snap lah gambar tepi-tepi jalan tu. Memang cantik pemandangan dia. Ada bukit, ada padang pasir sikit, ada merry go round dan ada theme park. Eh biar betul ni, Mekah ka ni? Oh yes...nilah Mekah..selalunya theme park tu penuh masa Eid holiday. Masa-masa lain aku tengok tak lah meriah sangat. Ala-ala "warm-warm fingernail" je...tapi aku memang boleh imagine kalau cuti Raya. Sini entertainment kan tak banyak..panggung wayang takde so tempat-tempat macam nilah yang menjadi tumpuan. Masa aku kecik dulu selalu jugak mama dengan arwah bapak aku bawak pergi Pesta Pulau Pinang. Masa tu memang aku tak ingat dunia ataupun memang dunia tak ingat kat aku! Naik kuda pusing lah, kereta langgar lah, keretapi lah, main tikam-tikam lah memang best gila...then bila besar pulak sempat pulak pergi Tokyo Disneyland. In fact berpuluh-puluh kali aku pergi sampai snow white pun dah cam aku, bukan aku cam snow white! Heh3...actually masa aku kerja kat Tokyo Bay Hilton dulu, hotel aku tu belakang Dsneyland je, ala....jalan 5 mnit dah sampai then kena pulak hotel aku tu pulak "Official Disney Hotel" so kami ni stafstaff Hilton, dapat special pass lah untuk masuk. Bayangkan si "Dumbo" pun aku rembat naik! Eeeeiii buruk perangai, sampai nangis budak kecik belakang aku sebab kena tunggu. Yang paling aku suka ialah "Space Mountain". Siap beratur 3 kali nak naik benda yang sama dan menjerit kat tempat yang sama. Macam ni punya manusia pun ada! Masa tu daily pass dah pun YEN4700 kalau tak silap aku minus the shooting range. Last sekaliaku pergi Disneyland masa Abang kecik lagi. Dia tak faham sangat tapi kalau bawak sekarang ni mungkin dia tak nak keluar!

Masa nak masuk area Mekah, landmark dia papan "Rehal". So bila sampai kat situ, aku pun snaplah satu gambar. Papan rehal tu pulak aku teringat masa pergi mengaji Quran kat rumah Mak Timah kat Brown Garden Penang dulu. Depan rumah dia ada rumah Bismillah. Aku pangil rumah Bismillah sebab gate dia ada tulisan Bismillah besar-besar. Aku ingat sekarang ni pun ada lagi kot. Depan rumah Bismillah ni pulak ada pokok Cherry. Selalu aku panjat pokok tu sambil makan cherry. Siap penuh poket baju Melayu dengan buah cherry. Buah cherry kan ada tangkai panjang...so aku kutip buah tu then buat senapang kayu dan buah tu jadi peluru. Lepas mengaji kami pergi kat Bukit Botak lawan perang. Masa Kak Anne (kakak sulung)aku kahwin, akulah yang paling happy dalam dunia sebab mama tak ingat aku pergi mana dari pagi...bila balik petang tu, mama tanya aku pergi mana? So aku jawap dengan bangga "Shah pergi perang!". Pedepang.....mama bagi penampar kat muka aku. Hah padan muka pergi perang!

So masa aku nak ke Jeddah, kiri-kanan ada padang pasir dan bukit-bukau.Otak aku dah melayang jauh....teringat pulak satu lagi tempat, nama dia Padang Brown, ada dekat dengan sekolah Francis Light aku. Bila arwah bapak dapat gaji, kami selalu pergi makan laksa dengan satay kat situ. Happy sungguh dapat makan satay 15 cucuk! Tu kira treat yang paling best dalam dunia la tu tahun 76! Heh3...so aku ingat nanti kalau aku balik KL aku nak belanja mama makan satay lah.....terkenang masa dulu-dulu....sayang kat mama!

Sabtu, Disember 20, 2008

Horey..Marina dah dewasa...




Happy betul aku bila Wakana hantar gambar Marina kat e-mail. Terus aku save as kat dalam my pictures. Nak tengok puas-puas. Sebab masa aku datang dulu, Marina tak pandai cakap lagi. Tapi sekarang ni dah petah. Lepas tu dah pandai nak bergaya pulak. Habislah aku nanti....Wakana cakap habis bedak dia jadi korban...apa lagi lipstick semua. Habis dia tonyoh kat muka. La, tu lipstick Estee Lauder...aku nak beli minyak rambut pun pikir 10 kali. Tu pun dari L'oreal (sebelum ada anak) finally tukar jadi Brylcream! (lepas anak 3) dan sekarang ni dengan pesyen rambut kebanggaan warden-warden asrama, lagilah tak payah pakai gel langsung! Memang jimat sungguh. Patutlah Telly Savalas kaya-raya!

Actually Marina ni memang senang nak jaga masa kecik dulu (ala..sekarang pun kecik lagi), in fact Wakana la cakap sebab memang bukan aku yang jaga pun....masa nak bersalin kat Marina, aku tengah ambil kad lapuran sekolah Abang. So bila senior aku kat sekolah dulu, si Munas (sekarang dah Dato' dia - Dr. Azhar Mohd Noh) talipon dan cakap "woi...Uncle, aku nak bius wife engkau ni....kau kat mana?", aku pun balas.."Munas kau biuslah dulu, nanti aku sampai, tengah ambik report card anak kat sekolah ni..." so lepas sejam aku pun sampai dan Marina pun dah mulut muncung sebab masa dia keluar, aku tak tunggu!

Cukuplah 3 orang rezeki Allah bagi. Setengah-setengah tu langsung tak ada rezeki walaupun segala-galanya ada...part tu aku bersyukur sangat-sangat. Abang dengan Yuya dulu pun operation jugak. Masa Yuya aku ada sekali. Then bila Yuya kena tarik keluar dengan Dr. Jamilah @ Mercy tu, aku dah nak pengsan pulak tengok banyak sangat darah. Lepas tu Dr. Jamilah pulak yang kena tarik aku, heh3..."Shahrir, put your head down and let the blood flow..." Dr cakap. Aku yang Biology dulu tak pas, terus tundukkan kepala....lepas tu lega sekejap...Kalau cikgu Bio aku (Mrs. Arathy Bardhan)tengok gelagat aku masa tu mesti dia gelak....dulu masa kelas Bio aku memang minat sebab tu duduk kat depan sekali masa kat Bio Lab tu...kononnya cepat pandailah...tapi orang lain dengar dia cakap dan pandang depan, aku pun pandang depan jugak tapi otak dah ke lain,ingatkan nanti bila lawan ragbi nanti dengan TBS ke KGV ke SPI ke macam mana aku nak buat conversion, macam mana aku nak lari then buat dummy sekali, then hand off sikit kat flanker opponent tu, pergh...mesti best ni...tiba-tiba Arathy Bardhan dah pindah jalan kat tempat lain dalam kelas sedangkan aku masih lagi dok tengok kat tempat yang sama.....pergh parah......kena lagi aku.....so last-last, buku Bio Fajar Bakti tu aku simpan kat locker je....heh3....

So, hari ni aku bagi tribute kat Marina Ayumi. Baby aku yang paling cun dalam dunia. Walaupun orang lain cakap baby depa yang paling cun dalam dunia, aku tak kisah....janji Marina tetap paling cun kat mata aku. Tak sabar aku nak pegang tangan dia bawak jalan-jalan, tengok wayang, naik motor HD aku tu, heh3...aku suka sebab dia rambut panjang. Wakana rambut pendek, kalau panjang sikit dia dah rimas....so Marina biarlah rambut panjang sikit...

Jumaat, Disember 19, 2008

Makan malam

(masih ramai, aku otw ke zam-zam)
Malam ni aku dapat jemputan pergi makan kat Restaurant Melayu kat Zam-Zam Tower. Yang jemput akupun bukannya orang lain, si Jaafar, yang pernah mintak jadi Assistant aku jugak dulu. But anyhow, sekali ni aku terima pelawaan dia sebab dah lama tak makan makanan melayu. Kononnya...tapi masa nak pergi makan tu kami terpaksa lalu depan masjid. Masih ramai lagi orang rupanya...adoi bila nak kurang ni? Aku, Azli dengan Chico pergi dulu dan tunggu kat depan kedai jam Ghazaz sementara tunggu ayah Chico yang tersangkut kat kesesakan nak keluar dari Haram. Traffic jam gila maklumlah...malam minggu. Rupanya crowd akan berkurang cuma pada 10 Januari nanti katanya. Oooo lambat lagi tu... Bila aku sampai nak makan, memang ternyata ada 3-4 orang staff yang pernah mintak kerja dengan aku dulu tapi aku reject oleh beberapa sebab tertentu.

(2-3 hari i aku makan banyak, argh....)
Ni muka-muka kami yang dah kenyang teramat sangat. Dengan perut yang kenyang dan mata yang kuyu, kami terima jugak pelawaan untuk minum kopi dan teh kat situ. Disuruhnya kami makan bubur kacang hitam pulak...OMG...dah tak sanggup aku rasa. Macam nak meletup perut ni...soup aku makan entah apa nama dia, aku panggil soup perut lah senang, dia masak dengan santan...then sayur goreng kicap, then ayam goreng, then rendang daging (sah ada santan), then tempe, then keropok....aduh, Pak kekenyangan ni....memang sah masakan Indonesia sebab aku masuk dapur dan tengok budak Indonesia tengah masak, siap pakai uniform Zam-Zam Hotel lagi...heh3....banyak duit depa ni (budak tu lah..)

(Chico and dad)
Lepas makan kami pergi kat Debenhams sekejap sebab Chico nak tukar belt dia. Aku pulak tengok pyjama yang dok gantung. Aduh memang cun...seluar saja SR150. Memang sah aku beli next month! Cun nya.....jacket Maine yang dia ada pun cun, SR450....aku nak beli tapi nak pakai kat mana? Memang sah kedai ni akan menjadi idaman dan igauan aku lepas ni...selipar Jepun dia pun dah SR80...pergh....kalau pakai pergi masjid, memang aku letak padlock takut hilang...heh3..tak pun aku pakai kat tangan satu sebelah macam Din Beramboi pakai kat dalam majalah Gila-Gila dulu!

Start esok aku janji akan control balik makan aku.Turun lagi 2.5 kilo sebelum aku balik KL....

Rabu, Disember 17, 2008

Russian Market in Jeddah?



Masa aku balik dari Jeddah lepas tukar tiket balik KL untuk horey-horey, si Hisyam al Kus-Kus tu bawak kami pergi Russian Market. Pergh...power rasa macam dok kat Padang Besar! Ala..barang-barang macam kat siam tu...part ni aku kurang sikit tapi seronok masuk situ sebab orang Rusia memang ramai. Depa ni macam gypsi. Depa datang dengan bas besar macam bas ekspres Durian Burung! Tapi dalam tu dah siap modified untuk keperluan harian siap dengan dapur, katil, almari dll. Macam caravan la jugak. Berselerak depa duduk. Bukan puluh-puluh orang lagi dah...ni dah masuk ratus-ratus orang ni...bila malam menjelma, depa pasang khemah dan tidur dalam khemah kat tepi jalan. Kita tidur dalam khemah kat Batu Feringgi tapi depa dalam khemah kat tepi jalan. Mula-mula aku ingat nak join depa buat camp fire...heh3...(teringat masa zaman scout camping kat Ulu Bendol!). Hafitah...Ulu Bendol kat mana?


Kalau tengok gambar tu betul-betul, ada orang kat atas bas tengah susun carpet. Berpuluh-puluh carpet depa beli. Balik nanti meniaga la tu...entrepreneurship tu ada..Aku tak dapat bayangkan depa mai dengan bas berapa lama? Dari mana depa mai, crossing which and how many countries? Must be interesting to follow. Macam going through the Silk Road in China. Cerita pasal Silk Road ni aku teringat regular guest aku dulu kat RKL. This lady ni selain dari aku dok jumpa makan kat restaurant aku, selalu jugak aku jumpa kat gym yang aku pergi, SWEAT CLUB. Kami selalu jugak sembang, so satu hari dia tanya aku nak ikut dia pergi China ke tak? Huh? Aya amoi...how like this? Then dia cakap we go for 3 weeks ony...bring only RM15,000...the rest I support you...huh? Biar betul amoi ni...she's in the mid 40's.Then I asked how la? Dia cakap ala senang je, the husband is the Petronas Expedition Leader for Silk Road (for that year) and they have another one more seat to be filled. Ooooo like that one aahh...you make me saspen ony la.....she giggled! But she's a nice lady and 2 days later she brought her husband and introduced to me. Anak-anak belajar kat boarding school in Australia. So since duit dah terlampau banyak, depa selalu organise trip macam tu. Siap ada doktor lagi then along the way they also do charity work. Repair toilet, paint old folks home segala....so conversation aku habis kat situ saja.

Tengok bas depa siap dengan tent untuk tidur. Rasa macam kat Acapulco pun ada tu...then gambar satu lagi, aku ambil dengan si penyamun sorang tu yang bawak kereta macam F1.
Kepada peminat-peminat barang-barang yang affordable, silalah ke Russian Market ni. Memang murah. Actually aku cari Binoculars tapi tak jumpa. Kalau ada senang aku teropong....heh3...

Gambar semalam





Heh3...tengoklah sendiri macamana keadaan si Hisyam tu bawak kereta. Kat mana lane dia tibai masuk? Satu lagi gambar muka puas dan tak sabara nak balik KL. Kat tengah tu Irfan yang selalu tukar tiket aku sampai naik lenguh tangan dia...lagi satu tu of course gambar penyamun, driver kami si Hisyam tu dengan sengih manja dia...bulan depan nak kahwin, dia kata....so, aku pesan kat Hisyam, "Ikut lane betul ya Hisyam...!"

Selasa, Disember 16, 2008

Jeddah and MAS

Internet ni buat hal lagi lah....tak boleh nak upload gambar lagi sekali. Macam semalam jugak...oklah labu, aku hutang gambar lagi sekali!

Hari ni aku pergi Jeddah, MAS Office kat Jamjoom dengan driver kami si Hisyam al Kus-Kus! Hisyam ni budak Badwi sorang lagi. Depa ni dulu dok bawak unta tapi bila dah sampai kat dia, dah modern sikit, so dia bawak GMC! Tapi perangai Badwi tak pernah hilang. Habis semua orang dia maki. Kacau betul si Hisyam ni. Sampai semua lane kereta dia rembat.Emergency lane pun dah jadi lane dia! Kalau kat KL memang sah kena saman ni masa balik Raya. Dulu si Hisyam ni driver bas ekspres long distance, so cara dia bawak memang Lewis Hamilton akan bagi dia laluan untuk jalan dulu. Kelam kabut aku tekan break walaupun break tu kat kaki dia. Dah terbiasa rasanya dok tekan break! Bila aku complaint, dia kata "mafi mushkilah...mudir!" @ lebih kurang kalau direct translation tu "No problem...bos..."

Aku pergi MAS office sebab nak tukar confirmation tiket aku ke 25/12. Si Irfan yang buat tiket aku pun dah kenal muka aku sebab selalu sangat tukar tiket. Then dia cakap kena SR350. Huh? SR350? Pasal apa? Irfan cakap dia kena upgrade class aku baru ada seat. Aku cakap aku tak nak bayar extra tapi aku tetap nak seat! Hari tu dia kata ada, pasal apa hari ni takdak pulak? Dia pun check lagi then dia kata ada pulak...memang nak kena pulas telinga ni budak ni..tak pun ketuk-ketampi ni...

Isnin, Disember 15, 2008

Hutang Gambar tadi...



Aku seorang yang sentiasa menunaikan janji. Kalau aku berhutang, aku mesti bayar. So earlier aku ada cakap aku hutang gambar DND dgn hair dryer...so nilah buktinya....heh3...

DND/Hair Dryer

Sorry...hari ni aku hutang GAMBAR!

Hari ni aku dok melilau rata, ronda sana ronda sini tanpa arah tujuan. Actually ada arah tujuan cuma aku suka ronda. Bila tengah dok ronda aku terjumpa 2 dessert plate dengan cutleries kat tangga emergency. Hei...penyamun betul budak-budak ni...kalau aku jumpa budak tu tengah dok makan, dengan pinggan-pinggan aku sumbat masuk dalam mulut, garpu pun sekali jolok! Memang menyusahkan orang betul..

Bilik aku sentiasa "DND", sebab tak mahu ada gangguan. Aku tak suka kalau aku dah balik bilik, orang talipon tanya itulah..inilah...ataupun masa tulah dok mai cari kita pasai benda-benda kecik. Ishhhh geram sungguh. So bilik aku tu di DND kan terus. Ada sekali tu pukul 4.30 pagi ada perempuan talipon aku ajak pergi sembahyang. Mungkin dia ingat bilik Pak dia kot..then bila dia realise suara lain, terus dia apologise sebab salah nombor. Salah nombor ka? Mmmmm.....let's assume that it was a mistake! Sekarang ni musim demam, aku tak terkecuali. Staff aku susah hati dan buatkan aku makanan dan minuman special. Katanya untuk legakan demam. Bagi "kebah" depa kata...mana tak kebah, dalam salad tu depa tibai cabai hijau 1/2 kilo. Berpeluh-peluh aku makan, then depa sanggup lagi tanya aku ada keluar peluh tak? Pergh bukan saja peluh yang keluar, habis berlari ke toilet aku 3-4 kali hari tu. Minum pulak depa buat hot lemon juice with honey campur cardamon campur ginger. Confirm aku c___t - b___t hari tu. But the beauty is lepas tu aku lega pulak. Memang hilang demam. Apa lah budak-budak Bangladesh ni jampi kat aku. Then masa aku lepak kat bilik, si Mainul tu asyik talipon tanya ok ka tak ok! Aduh...tambah parah aku...Sampai aku cakap kat dia "No news means good news". Lepas tu aku terfikir, eh faham ka dia?

Satu gambar lagi tu memang syahdu....dulu masa ada rambut depa tak teringat nak bagi hair dryer. La ni bila dah tak ada rambut, tiba-tiba depa teringat pulak nak letak kat aku....memang nak kena ketuk-ketampi dengan aku ni......dulu masa kat sekolah bila kena tangkap, asyik-asyik kena ketuk ketampi. Bukannya sikit, kadang-kadang sampai 500X pun ada. Memang lembik kepala lutut. Tapi pasal selalu kena tangkap dan kena ketuk ketampi, lutut jadi kuat la pulak...sebab tu lari laju dulu masa main ragbi! Bukan masa main ragbi saja aku lari laju, masa kena hambat dengan warden aku lari lagi laju! Heh3....Hisap rokok kat toilet lah.....kat dalam bilik lah....kat belakang dining hall lah...kat bilik prefect pun ada jugak...ala....prefect pun hisap rokok jugak...tak gitu Lan, Ketad, Nyamuk dll yang sewaktu dengannya...heh3...depa tu lah penyelamat kam masa spot check...

Planningnya aku balik 25th dan sampai klia 26th. Jumpa anak-anak kejap then malam tu about 7pm, Kudo, Jawer, Apam dll dah usung aku pergi dinner old boys kat Putrajaya. Wakana tak balik kerja lgi masa tu. Mesti angin dia bila dia balik aku dah pergi dinner dengan old boys! Dalam banyak-banyak hari, hari tu pulak depa pilih nak buat dinner....so I guess I have to do a lot of explanation to Wakana....ok..ok...I'll buy you Dior lipstick....heh3...or a new wrist watch...or both...heh3...anyhow, my dear Wakana, if you are reading this, "I love you and will always love you...till death do us part!"

Ahad, Disember 14, 2008

Selipar cabuk/sejadah Ali Manchester!




Masa aku pergi haji hari tu, aku pakai sandal lotto yang Wakana beli kat aku tahun lepas. Masa tu lelong kat tepi office dia kat Sunway tu. Memang dah season habis sebab sandal tu lah aku pakai pi balik pi balik. Jalan kat Madinah, naik kapalterbang dan jalan kat Dubai airport segala. Kira international jugaklah sandal lotto aku tu. Very comfy and airy...eh ada ka perkataan "airy" tu kat dalam Roget Thesaurus? Nanti aku check balik...

So masa nak pergi jalan-jalan buat haji tu aku pun teringat la kat si Lotto ni. Kesian dia kena tinggal, so tak sampai hati aku pun pakai lah sekali lotto ni sebab aku ingat pakai sandal selesa dan tak terlucut. Masa dok jalan nak cari khemah tu aku rasa macam sandal kiri tu dah nak give-way (eh ada ka perkataan ni?). Aku pun jalan terkemut-kemut hoping that dia tak putus. Dalam hati risau jugak takut-takut terpaksa berkaki ayam sepanjang perjalanan tu nanti. Pasal sandal tu pun aku mintak doa jugak! Janganlah buat hal sebab benda-benda kecik macam ni akan mengganggu aku nanti. Sebelum sampai khemah aku ternampak perempuan Chad dok meniaga kat tepi jalan. Belek punya belek, memang depa ada jual selipar rupanya. Aku beli sepasang SR5color putih tali hijau. Lega dah ada spare....The next day aku terlupa pasal selipar tu so aku pun tenyeh la pakai sandal sampailah habis melontar dan dah sampai kat bilik hotel, then aku bukak laundry bag aku dan tengok eh....ada selipar! Sandal aku tak putus pulak! Magic...magic...

Gambar sejadah tu aku dapat dari Ali Manchester. Sebab apa aku panggil dia Ali Manchester? Sebab dia datang dari Manchester. Keturunan Pakistan. Baru jumpa kat Muzdalifah tapi macam dah kenal lama. Yang sembang rabong tu bukan pasal apa, rupanya dia pernah kerja kat Tokyo selama 14 tahun so kami pun cakap Jepun lah kat situ. Bayangkan sorang dari Malaysia, sorang dari Pakistan dan sekarang menetap di UK, jumpa kat Saudi dan cakap Jepun. Heh3.....punya seronok kami sembang. Banyak....banyak cerita pasal Jepun yang keluar termasuklah cerita-cerita yang tak patut aku cerita....himitsu.....heh3.....tapi walau macamanapun sekarang ni dah repent.....repent....

Kami bertukar nombor talipon just in case kalau aku ke Manchester nanti. Bukan "Dari Manchester ke Jemapoh". As a parting gift, dia bagi aku sejadah sehelai. Ingat jugak dia kat aku walaupun cuma sejadah. "It's the thought that counts". So sejadah dia aku pakai kat bilik aku. Dah jadi double layer sejadah aku sebab first layer aku dapat (or guest tingal, to be exact)then top up dengan sejadah Ali Manchester...lembut sungguh...

Sabtu, Disember 13, 2008

Kopi Arab Pak....Sikalan....sikalan.....




Hari ni aku cerita pasal penyamun sorang lagi. Kerja dia buat kopi dengan teh. Lain kerja tak ada. Si Jalil ni dari Tunisia dan selalunya orang-orang dari kawasan ni dan sekitaran dia macam Morocco, Algeria, Egypt dan Arab ni semua cakap banyak tapi kerja sikit. Jalil dah agak berumur dah tapi kelakar walaupun bateri dah patut kena charge dan engine kena overhaul! Tiap-tiap hari dia masuk kerja mesti mengeluh sebab dia kata kena buat banyak Arabic Coffee. Aku tanya berapa banyak? Dia cakap 10 dallah! Aku cakap 10 dallah tu untuk orang pemalas, sebab masa Ramadan hari tu Coffee Maker aku si Najjar buat sampai 120 dallah! Sekarang ni oleh sebab kopi dia sedap, Najjar dapat offer jadi coffee maker kat Moroccan Embassy kat Jeddah kalau tak silap aku. Good for him sebab gaji dia naik lagi..

Masa group Indonesia datang 2 weeks ago, sebelum makan, kami jamu dengan Arabic Coffee dulu upon arrival, so si Jalil ni pun nak impresskan jemaah-jemaah haji Indonesia, so dia tanyalah aku beberapa perkataan Indonesia yang senang yang dia boleh pakai. So aku pun cakaplah...."Kopi Arab Pak.....silakan...silakan...". Jalil kata senangnya nak ingat....so 2-3 hari tu dia pun cakap lah macam yang aku ajar tu. The following day tu dia off pulak. Lepas off day dia datang kerja balik. Aku buat kerja macam biasa tapi tiba-tiba aku terdengar macam orang cakap Cina pulak...mula-mula cakap Indonesia then cakap Cina! Wah, kacau ni...sapa pulak la yang cakap Cina? Then aku ternampak si Jalil tengah dok melayan jemaah Indonesia dan jemaah Indonesia tu pulak memang blurr....apa taknya, Jalil mula-mula cakap "Kopi Arab Pak....." then dia pause, lepas tu dia cakap "Sikalan....sikalan....." instead of "silakan...silakan..." Heh3....Jalil...Jalil....sikalan...sikalan...

So ada 3 keping gambar yang aku attachkan. Tu semua empty room yang aku convert jadi Arabic Coffee room. Yang muda tu Jasheem (dia nak kirim barang kat Abang dia kat Komtar Penang masa aku balik nanti) then yang bateri nak kong tulah si Jalil Sikalan!

Jumaat, Disember 12, 2008

UAE VIP




Aku memang dah tahu yang group ni ada VIP dari Emirates. They wanted to have one whole restaurant catered only for their group of 450 pax. Since depa ni bayar berjuta-juta riyal, aku dengan besar hati dan kembang hidung, kampungkan depa kat main restaurant aku yang facing al Haram tu. Main table aku kasi table cloth warna "ang-ang" sikit....janji depa happy. Table panjang kat tepi cermin lagi...kelas...

Depa ni senang nak jaga. Bagi makan cukup time walaupun baru lepas heavy breakfast 10minutes ago, tapi masih boleh isi lagi. Tangki GMC 6 liters semua ni. Memang jenis unta padang pasir. Kasi Arabic Coffee dengan Moroccan Tea sikit, kambing sekor-sekor, senyum panjang depa...malam datang cari kambing lagi. Nasib baik depa cari kambing, kalau malam-malam depa cari ayam, habislah aku...

Hari ni aku jumpa geng lama aku lagi. Lepas subuh dia dah sms aku ajak breakfast roti canai kat Saji. Aku pun celapaklah turun lepas mandi dan bersolat. Memang panjang kami cerita, almost 2 hours dan teh tarik sampai 6 cups! Heh3....sampai terlupa yang group emirates tu nak check out sat lagi. Syoknya sembang....bila naik atas balik, breakfast hari ni ramai yang turun lambat sebab hari ni hari Jumaat. Semua bermalas-malasan.

Orang masih ramai lagi kat Haram. Nak jalan pun tak boleh lagi. Baik aku tak jalan..tapi aku rasa esok-lusa ok lah kot. Malam ni dinner pun takde booking. So aku rasa lepas lunch nanti, memang sah aku nak lepak kejap then esok ambik off day. Letih ni...sakit habis satu badan! Maklumlah kerja kuat...heh3...so malam tadi masa aku lepas makan ubat flu dan mata dah kuyu-kuyu manja, boss pada UAE group tu dah panggil aku pulak pergi mengadap dia. Nasib baik kepala aku botak, so tak payah sikat rambut. 5 minit saja aku dah terpacak kat bilik dia dengan kawan aku dan dept head yang lain pergi mengadap. Bos tu pun pot-pet pot-pet kat kami, kata semua bagus.....heh3...double kembang hidung aku. Then lepas shake hand dia bagi sorang satu bag. Dan dalam bag tu ada......heh3....satu lagi jam.....so sekarang ni aku pakai jam kiri-kanan...kelas.....

Rabu, Disember 10, 2008

Surprise..surprise...Final episode



Semalam aku tersalah post yang aku cakap nampak aurat tu. So hari ni baru lah nak postkan...heh3...aku suka gambar ni bukan sebab nampak perut, tapi tempat sa'e kat belakang aku tu nampak macam Coliseum la pulak! Kelas....dan dalam dah cantik cuma top floor tu masih dalam pembinaan.

Memang ramai gila..so masa aku pergi nak tawaf kat roof top tu aku pun tinggalkanlah kasut kat luar. Aku masuk dalam. Then bila aku keluar, la...selipar aku dah tak ada! Tukang sapu tu cakap depa dah sapu sekali selipar aku. Memang tukang "sapu" betullah depa ni...

Sorry hari ni entry aku pendek sebab tiba-tiba aku rasa macam nak demam. Tekak dok panas lagi ni..hati pulak memang dok panas dari pagi. Panas...panas...so dengan itu, tamatlah riwayat perjalanan seorang Pak Haji yang dah insaf dalam episod "surprise..surprise..."

Surprise..surprise...Part 3





Masa pergi melontar tu memang aku letih gila. Aku ingat mahu dekat 20 km kami berjalan. Tak larat jalan, kami duduk tepi jalan. Lepas tu jalan lagi lepas tu lepak lagi kemudian sambung jalan lagi....aduh macam ni kalau mahu kurus lagi aku ni...nasib baik malam tadi makan nasi beriani bogel (takde lauk) so,aku bertenaga sikit. Dalam pada penat-penat tu, aku paksa jugak berjalan. Isyhhh....kalau makcik-pakcik umur 60 tahun boleh, takkan aku yang umur 24 ni tak boleh....masa tengah pikir-pikir tu tiba-tiba ada pulak sorang jemaah tempang lalu depan aku! Pergh memang dia pemberi semangat betullah...steady Uncle...jalan jangan tak jalan...

Lepas kepala botak dan sampai kat Masjidil Haram, kami terus lembik. Dalam dok lembik tu sempat jugak kami posing maut kat depan tempat sa'e. Sorry satu gambar tu nampak aurat sikit. Kain dah nak terlondeh tu! Kami decided yang kami tak boleh nak buat tawaf dan sa'e sebab langsung tak ada tenaga. Aku ingat V Subramaniam pun akan kalah kalau lawan jalan dengan kami malam tu! So we headed back to the hotel.

Pukul 3 tidur dan pukul 6 pagi aku dah terpacak kat restaurant check on jemaah yang nak breakfast. 800 orang semua! Then lunch lagi....macam kenduri kahwin! Lepas lunch aku balik bilik dan tidur kat atas kerusi. Kalau aku tidur kat katil confirm aku tak bangun nanti. Heh3...

Next day aku pergi tawaf dan sa'e dengan si Azli. Alamak memang full house. Bawah penuh, tengah penuh dan atas bumbung pun penuh. Satu jam tawaf dan satu jam sa'e. Sampai bilik dah pukul 12 tengah malam. Tak makan dan terus mandi dan tidur. Flat habis macam lawan ragbi dengan New Zealand All Blacks!

Ada satu part yang aku skip tak cerita. Tu pasal melontar. Part tu panjang cerita dia. So aku tak payah ceritalah, kasi short cut sikit. Apa aku buat hari ni? Pagi check breakfast lagi sekali . Then prepare lunch, tiba-tiba tekak aku dah perit. Sah sore throat. Telan ubat dan minum banyak-banyak air. Malam ni aku makan special in the world meraikan kejayaan menunaikan fardu Haji. Maggi Ayam 2 bungkus dengan kacang sejemput. Heh3...jadilah...rezeki Allah bagi...hari ni takde mood nak makan. Tengok kabsah dah boring, tengok ayam boring, tengok kambing boring tengok semua benda boring. Tapi yang best sikit bila leave application aku untuk balik selama 5 minggu diluluskan....watch out KL, Uncle akan mengganas....

Gambar kat atas tu gambar Shaolin Temple 4 sekawan, then gambar maut kat belakang sa'e, then gambar kaabah yang full house semalam dan satu lagi gambar pelarian Rohingya yang selalu ada kat KL tu...kesian kat pelarian tu....heh3...

Selasa, Disember 09, 2008

Surprise..surprise... Part 2



Tengoklah muka budak-budak aku. Depa gelak tengok kepala aku botak! Takpa...takpa...ada ubi ada batas....(ayat yang selalu aku guna masa gaduh dengan abang aku dulu @ Joey masa kecik-kecik circa 1975 when I was 7 old). Tu masa aku first masuk kerja lepas kepala botak. Anyway, Untuk sambung cerita semalam yang mengalahkan Famous Five tu, aku dengan budak botak sorang lagi decided to gamble (no money involve) and walk towards Mina following the rest of the other pilgrims. MasyAllah ramainya geng-geng Turkiye (Diyanet, Anzara etc). Aku pun pakai mask dan ikut depa jalan. We kicked off at 10.30pm dan sampai border about 11.45pm Tunggu sat sampai slightly after midnight then we started our journey again. Eh hari tu aku naik moto ikut jalan lain ini kena lalu kat terowong pulak! Rupa-rupanya aku dengan Chef Adil dulu masa naik motor (yang tayar motor meletup tu), ikut jalan belakang. La....patut la lain...tapi sekali ni memang jauh rasanya nak sampai ke tempat melontar. Bila sampai, kami terus naik kat atas dan ikut yang lain-lain. Lepas tempat yang pertama, lepas tempat yang kedua dan bila sampai ke tempat yang ke tiga barulah kami mula melontar. Lepas lontar kami turun dari situ terus cari tempat bercukur. Full house. Kami jalan lagi, then jumpa satu lagi tempat selepas Al Baik Restaurant. Cukur SR10. Aku cuak sebab ni lah kali pertama aku cukur botak. Dulu masa kat SDAR aku selalu kena ligan dengan warden sebab selalu simpan rambut panjang. Cikgu Sabaruddin, Cikgu Azizi Sihab, Cikgu Sazali Sam, Ustaz Peroh (sorry ustad, nama ustad saya lupa. Nama Peroh tu sebab Ustad ni orang Trengganu dan selalu cakap kat kami, "Peroh anta ni..." @ lepas tangkap kami buat jahat! Heh3...) Aku ingat kalau warden-warden tu semua jumpa aku sekarang, depa mesti tepuk bahu aku sebab rambut aku dah jadi rambut contoh! Heh3...

Lepas cukur, kami cari transport nak balik hotel. Motor charge SR50 riyal. Woi....gila ka? Haram tu menipu...tapi Tok Arab ni semua memang kuat menipu pun. Tak payah lah nak agung-agungkan depa ni...setiap ayat yang depa sebut mesti ada "wallahi.." walaupun tengah dok ambik rasuah. So perkataan tu dah jadi ayat menipu depa untuk convince orang. Kalau kita kat KL nak sebut ayat tu tak berani sampai ada sorang tu tak nak sebut perkataan tu dalam masjid kat KL berkenaan dengan satu kes! Macam-macam ada.....

Sampai kat hotel pukul 2 pagi. Aku dengan partner Shaolin Temple the 2nd Disciple @ Haji Azli (marah dia aku panggil dia Haji!), terus menghala ke bilik secepat mungkin. Aku order 2 orange juice besar...dahaga lah labu...mandi dan dalam keadaan kaki yang melecet terus tidur pukul 3 pagi. Dalam letih ada keinsafan...dalam letih ada kelegaan...dan letih ada ketaqwaan...makin lama aku pikir aku rasa aku makin kerdil disisi Allah SWT....nanti sambung lagi...

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...