Ahad, Mei 31, 2009

Nabil Bertunang. Part 2

(budak2 aku)

(budak2 aku lagi yang baru sampai)

(usop dengan pak ya cashier aku yang paling best in the world, budak badu ni..)

(lagi 3 penyamun tarbus)

Macam yang aku janji pagi tadi, sekarang aku sambung lagi cerita pasal Nabil bertunang part 2. Masa depa tengah dok sibuk-sibuk suruh aku tunggu, aku ambik kesempatan yang tak seberapa tu untuk bertanya, macamana depa jumpa budak perempuan tu, macamana depa dating, macamana depa pakat nak kahwin, lepas kahwin macamana dan kat mana depa ni tinggal? Samakah macam kita kat Malaysia? Aku suka tanya benda-benda ni semua sebab bagi aku, nilah peluang pembelajaran aku tentang culture orang yang pelbagai bangsa kat sini. Nabil cakap dia ternampak budak yang ni kat mini market dekat rumah. Lepas bertukar pandangan dan menjeling tengok tangan dan tengok mata (tu saja yang depa dapat tengok), Nabil try untuk imagine macamanalah rupa budak ni. Bila nampak bulu mata lentik dan mata dan jelingan agak galak, Nabil rasa budak ni mesti cun punya..jadi pelan-pelan Nabil ikut budak ni dari belakang. Jadi depapun panjatlah bukit naik kat rumah...dah agak lama Nabil ikut naik bukit, Nabil cuba camkan rumah tempat budak perempuan tu tinggal. Tapi dia taklah tanda pintu rumah tu dengan kapur macam MARJINA tu. Eh Marjina ka nama pompuan dalam cerita Ali Baba tu? Lepas dia cam, dia balik rumah sambil merenung masa depan...dia bagitahu kat mak-bapak dia pasal budak pompuan yang cun tu. So sebagai permulaan, dia pakai adik dia sebagai messenger. Adik dia bawak surat bagi kat pompuan tu dengan message, "PECAH KACA PECAH GELAS, LEPAS BACA HARAP BALAS!" Heh3....kalau budak pompuan tu ada respond, budak pompuan tu pun balas balik surat tu dengan message...."BUAT ACAR TAMBAH CUKA, KALAU AWAK SUKA, KITA PUN SUKA!" Huh...tu dia....

Maka dari situ bermula lah percintaan Nabil dengan Marjina selama setahun tanpa pengetahuan sapa-sapa waima kedua orang tua mereka....walaupun depa selalu berjumpa kat mini market Burma kat bawah bukit sambil dok beli bawang. Nabil seorang yang berwawasan, macam yang aku cerita pagi tadi ka semalam (aku sendiri dah lupa), Nabil ni rajin bekerja. Cakap saja pukul berapa, memang muka dia saja yang aku terserempak kat restaurant. Management suka kat dia, guests suka kat dia dan kawan-kawan semua pun suka kat dia. Rajin sungguh dia kerja. Sat-sat check buffet, sat-sat check pantry, sat-sat check store, sat-sat hilang mengulat! Bagus Nabil ni....jadi bila dia dah simpan cukup duit, dia bagitahu kat mak-pak dia yang dia berkenan dengan Marjina ni. Mak-pak dia pun terkejut dalam kesyukuran yang Nabil dah dewasa....depa pun cari jalan macamana nak start the conversation dengan family Marjina. Lepas bersepakat, depa melawatlah rumah budak pompuan tu sambil bercerita. Agak-agak seminggu lepas tu, Marjina bagi green light. Depa bagitahu kat family Nabil. Nabil and family pun setkan date untuk bertunang....so process bertunang pun bermula macam yang aku cerita dalam entry lepas. Walaupun depa dah bertunang, Nabil masih lagi tak boleh jumpa Marjina dan bawak jalan-jalan kat KLCC sebab tak dapat lesen lagi. Nabil cuma sempat dating kat kedai bawang saja sambil tengok tapak tangan Marjina. Tapi sekali ni dah pandai sms dah...jadi adik Nabil la ni dah kembali menganggur! Heh3...

Malam tu depa ajak aku pergi lagi sebab ada dinner. Aku surrender la kalau tengah-tengah malam ni sebab (1) dah malam sangat dan (2) mesti makan banyak. Aku tak mahu jadi macam kenduri kahwin dulu yang aku makan unta tu. Malam pulak, Mainul dan Hilal pulak pergi sana makan malam. Depa masak kari kambing dengan ubi kentang. Sambil makan nasi beriani. Pergh...bestnya...awatlah tak masak macam tu untuk lunch. Dinner ni aku tak berani sikit. Malam tu jugak depa buat upacara tarian Bollywood. Katanya meriah. Depa ambik video bakal pengantin lelaki dok menari sakan. Pandai sungguh Nabil menari. Aku ingat kalau Hrithik Roshan tengok mesti tergeyak ni.....menitik air mata tengok Nabikl menari.

Esoknya masa aku nak lunch, depa cakap jangan ambik buffet. Ambik nasi putih saja sebab Nabil dah kirim satu tupperware kari kambing untuk aku. Masuk microwave panaskan kari kambing. So hari Jumaat tu, lunch aku kari kambing si Nabil lah....TAMMAT.

Nabil Bertunang! Part 1

(dari kiri Husin Shourab, Farok dan Idris)

(aku dengan Nabil)

(usop jerit suruh aku tunggu. kereta putih sebelah kanan yang bumper tercabut tu kereta usop la tu!)

(rumah atas bukit)

(tu dia...rumah si nabil)

Nabil dah bertunang.....tu lah tajuk berita aku pada hari ni. Sebenarnya dak Nabil ni waiter aku dari tahun lepas. Since dia ni kerja tersangatlah bagusnya, muka pun sentiasa manis, aku dah promotekan ke Senior Waiter 2 bulan sudah. Bertambah panjang senyum dia. Patutlah aku tengok Nabil ni rajin sangat kerja, rupa-rupanya nak bertunang yea....diam-diam je budak ni dah ada girlfriend. Heh3...aku dapat tahu pun dah petang pukul 4. Lepas sembahyang asar budak-budak aku bagitahu yang aku jadi special guest. Nabil harap sangat aku dapat pergi rumah dia. Alamak, macamana nak pergi ni? Yusuf Headwaiter aku dengan Husin Shourab, Senior Captain aku cakap don't worry. Depa dah organise kereta kat aku. Pergh...kelas...macam orang kaya-kaya aku rasa. Aku bukak jacket, sangkut kat kerusi aku kat office terus turun kat Ajyad Street tunggu Yusuf pickup aku dengan kereta dia. Husin jerit kat aku suruh naik cepat bila kereta dah sampai kat depan hotel. Aku tengok pergh...memang kereta Starsky and Hutch! Bumper belakang dah jatuh. Yusuf ikat dengan tali rafia! Kelas....macam ni la yang aku suka...thrill man...thrill...masuk dalam kereta, aku tengok stering dia kat tengah tempat hon dah pecah. Aku tanya si Usop apasal pecah? Dia cakap dia gaduh dengan wife dia, dari dia hentam sapa-sapa dia cakap, baik dia hentam stering kereta...heh3...macam ni pun ada! So dalam perjalanan selama 15 minit tu, memang Usop tak bunyikan hon...sebab hon dah bersepah kat bawah tempat kaki!

Rumah si Nabil ni kat atas bukit. Ni bukan Bukit Bendera (yang siti tanjong selalu pergi tu) ataupun Bukit Nenas yang dulu ada cable car tu tapi memang bukit betul. Curam gila...yang boleh naik cuma 4 WD! Kereta si Usop, sorrylah...berdesit-desit (screeching) bunyi tayar dia, berpusing tapi dah tak boleh jalan. Aku dah bau tayar terbakar....kelam-kabut Usop suruh aku dengan Husin Shourab keluar. Lepas keluar kereta, aku tengok Usop tersenggok-senggok reverse kereta cari parking. Memang curam sampai masa panjat tu badan aku dah bongkok 45 degrees ke depan. Bayangkan...

Sampai kat rumah, Nabil dah tunggu. Nabil pakai macam pakistan siap ada mafler lagi. Specs bingkai mesti kaler putih. Dah style depa macam tu. Happy dia nampak muka aku yang berminyak ni..Duduk-duduk aja dia servekan Pepsi. Then halwa. Then arabic coffee, then halwa, then teh susu, then sponge cake, then air sejuk, then tamar, then kopi o pulak, then halwa, then biskut kering. Woi...bila nak habis ni? Macam ni punya makan, bila weight aku nak jadi 72kg? Ikutkan BMI, aku patut 72. Tapi kalau ikutkan dak Nabil ni, aku patut 92! Nasib aku baik sebab lepas sejam setengah, azan maghrib dah berkumandang. Ni lah helah aku nak lari cepat selain daripada lari dari kena menari! Nabil mati-mati suruh aku tunggu sampai Isyak tapi malangnya aku kena balik cepat sebab ada group nak datang makan selain aku ada special dinner every thursday evening.

Oooo macam ni ka depa jamu orang lepas bertunang. Arrangement depa senang sangat. Tak ada yang kecoh-kecoh macam kita kat KL. Depa ni cuma pergi register bertunang kat pejabat, sign sana, sign sini, baca doa, setkan tarikh kahwin, baca doa, balik makan halwa. Dah settle. Kita? Mmmmm tak payah ceritalah.....sebab tu lah aku dulu tak bertunang pun dengan Aunty....heh3.....reason...reason....ok esok sambung lagi part 2 on Nabil Bertunang!

Khamis, Mei 28, 2009

Buah dan orang

(budak-budak Badu aku dengan PIMANG dan TEMBIKAI)

(fresh PIMANG dari Taif)

(tembikai lonjong macam bola rugby)

(ni bukan tembikai tapi Delwar, Chief Steward aku)

(orange yang tak orange)

Buah-buahan kat sini, surprisingly memang bagus. Ada yang datang dari Taif dan ada jugak yang terpaksa diimport dari negara-negara lain. Tembikai sini tak bulat tapi lonjong. Warna tetap sama, berkulit hijau dan berisi merah. Depa tak pernah tengok lagi yang berisi kuning. Aku ingat kalau depa tengok mesti pengsan 3 hari...actually aku pun heran jugak macamana boleh jadi kuning...mungkin bab ni aku kena tanya si Husin la kot. Husin, awat dia kunin? Habaq mai sikit..manakala kat Jepun pulak, tembikai ni bermusim. Especially during summer memang banyaklah tembikai ataupun dipanggil "suika" kat sana. Ada jugak suika species special kat sana yang berharga RM250 sebiji. Ni actually bukannya special apa, tapi cuma bentuk dia 4 segi macam kotak. Sebab apa dia 4 segi macam kotak? Sebab bila berbuah, depa letak dalam kotak 4segi. Jadi bila buah tu besar, jadilah dia tembikai 4 segi. Pasal dia 4 segi, harga dia pun jadi mahal. Kalau letak dalam kotak hexagon, mungkin akan jadi bersegi-segi! By the way, cikgu-cikgu, ada ka "hexagon?" aku main tibai ja..heh3...

Selain daripada tu, lemon kat sini pun cantik-cantik. Memang kuning power. Mengalahkan Austin Power! Aku dulu ada baca petua nak kurus. Dia kata perah juice lemon ni sebijik, campurkan dengan air suam, kacau secukup rasa dan minum segelas pagi dan segelas malam sebelum tidur. Besok kita akan senang pergi toilet dan automatically dia buang lemak. Aku ada try sekali tahun lepas masa kat Jeddah. Hasilnya sunguh menakjubkan...aku cirit-birit satu hari sampai lembik satu badan. Bukan lemak saja hilang, dengan air dalam badan aku pun ikut hilang sekali! Dehydration terus..Moral of the story is....kalau nak diet atau nak kuruskan badan, tanya doktor dulu. Kadang-kadang badan kita tak boleh terima diet orang lain..bak kata pepatah dari salah seorang ahli pemikir dan pujangga China zaman Shih Huang Ti, dia ada cakap...."Jangan tamak monyet...!"(iklan jabatan penerangan).

Aku tak tahu pasal apa pimento ni ada banyak kaler. Ada merah, hijau dan kuning. Kalau jalan kat kampung sesak sangat dengan bebudak balik sekolah, apa kata kalau cikgu disiplin berdiri kat tepi jalan dan pakai buah-buah (atau sayur) pimento ni sebagai isyarat Stop, Look, Go...lepas habis, boleh simpan bawak balik goreng! Kalau kat Jepun depa panggil PIMAN. Piman ni jugak banyak dipakai didalam chinese dan european cooking untuk dapatkan warna. Warna dia memang menarik, sama macam album "WARNA" Sheila Majid. Heh3...

Ada satu gambar tu pulak, dia ni bukanlah dari species buah-buahan ataupun sayur-sayuran. Tapi dia jenis species manusia macam kita semua. Nama dia Delwar dari Bangladesh dan dah duduk kat Mekah lebih dari 15 tahun. Pasal tu lah dia cakap lebih dari kerja. Delwar ni pun seorang perantau. Pernah berkelana macam lagu "Kisah Seorang Biduan" nyanyian Dahlan Zainuddin pada tahun 70-an dulu. Delwar berkelana bukan dengan gitar tua tapi dengan kudrat yang Allah bagi. Dah sampai Italy dah orang tua ni. Dia duduk kat Italy sampai 5 tahun kerja kat hotel-hotel kat sana. Banyak pengalaman ni budak ni..semua pinggan dan sudu dia tahu. Macam kita selalu cakaplah, "sekilas tengok ikan kat air, dah tahu jantan-betina" tapi Delwar punya falsafah pulak lain, "sekilas tengok sudu garpu, dah tahu mana yang asli, mana yang tipu!" Heh3...

Isnin, Mei 25, 2009

Horey-Horey..

(abang dengan track suit bola baru)

(lintas hormat)

(yuya dengan baju sponsor CIMB)

(alahai baby...)

(i miss you dear!)

Aunty dan anak-anak aku nak pergi bercuti. Memang seronok bila nak pergi bercuti ni. Macam aku jugak kecik-kecik dulu. Asyik bertanya soalan yang serupa kalau nak pergi mana-mana. Kadang-kadang mahu sampai seminggu dok tanya soalan yang serupa. Aku bet mama dulu mesti boring dengan soalan aku yang bertubi-tubi. Semalam (Sunday), Aunty bagitahu aku benda yang serupa. Yuya dah siap tarik beg dan susun baju dia. Siap tanya Aunty lagi, baju ni ok tak, baju tu ok tak? Abang pulak sentiasa cool dan control macho. Tak nak tunjuk muka excited tapi dalam hati memang nak lompat-lompat..exam dah habis, apalagi, memang horey-horey. Result Yuya is good tapi aku tak paksa sangat sebab Yuya baru darjah dua. Aku cuma risau sikit kat Abang sebab ujian hari tu tak berapa bagus result dia. Sampai aku kena upah cikgu sorang datang rumah mengajar Abang. Kalau tak dapat better result jugak, tak tahulah aku nak kata apa. Tapi Aunty sms aku bagitahu result Abang, oklah aku rasa...mungkin ada peningkatan sikit. Alhamdulillah..

Dulu masa aku kecik-kecik,jarang aku dapat pergi bercuti. Kalau ada pun sudah semestinya day trip. Pergi pagi, balik tengahari. Masa tu memang sesak duit maklumlah kami 6 beradik dan arwah Bapak sorang saja yang kerja. Mama pulak control apa yang patut..Aku ingat masa aku kat Melaka dulu, kami naik bas Jebat (entah ada entah tidak sekarang ni)dari depan Std Kubu. Sampai kat KL, Kak Anne dah tunggu kat stesyen bas dengan Abg Kasim (abang ipar aku). Kami naik kereta Mazda model 808. Aku panggil "ek-ok-ek". Malam tu kak anne ajak kami keluar makan kat luar. Wow...bestnya...aku dok imagine macamanalah gamaknya makan kat luar ni. Kak Anne is good with explanation@describe. Cerita dia dari tak real akan jadi real. Durian plastik pun akan jadi durian real kalau dengar cerita. Kalau dia cakap pasal luka, siap cakap "..darah menitik tik..tik..tik.." lagi. Memang kelas..so malam tu Kak Anne dengan Abang Kasim bawak kami ronda-ronda kat PJ. Dia bawak lalu kat jejambat kat tepi PJ Hilton tu. Bila lalu kat situ, dia bawak kereta pelan-pelan sambil tunjuk kat kami federal highway kat bawah. Dia cakap "..ni macam Golden Gate kat San Francisco ni..". aku pun yang baru darjah 3 tahun 77' pun jengoklah kepala tengok kat tingkap kereta. Wooooo.....dahsyatnya.....macam San Francisco...

Lepas tu kami pergi pulak kat SS14 tepi Jaya Supermarket makan Nasi Ayam Singapore (aku lupa gerai nombor berapa?) kat foodcourt tu. Woooo....macam ni ka makan kat luar......siap order ABC lagi tu...satay ayam aku makan 5 cucuk malam tu!. Lepas habis semua, Kak Anne dengan bangganya bayar semua bil. Then Kak Anne bawak kami pergi jalan-jalan lagi. Dia tanya aku, pernah dengar A&W tak? Aku cakap A&W tu apa? Dia cakap kat situ ada "root beer float"...mulut aku muncung lagi...wooooooo.....pandainya Kak Anne...macam-macam dia tahu! Dia cakap boleh makan "coney dog". Aku muncung lagi.."wooooooo". Bila sampai aku nak keluar kereta. Kak Anne cakap tak payah sebab yang ni "drive in". Woooooo....hebat sungguh! So malam tu aku makan Nasi Ayam Singapore sepinggan, ABC satu bowl, satay 5 cucuk, root beer float satu gelas dan coney dog satu. Puas........malam aku tak boleh tidur sebab perut senak!

Anak-anak aku pulak sekarang ni, jalan lagilah jauh. Siap nak pergi Disneyland lagi. Siap dapat tiket bola free lagi tengok game FC Tokyo lawan. Yang ni Aunty cakap kat aku saja bagi jealous. Tiket dapat dari kawan dia kat Tokyo who happens to be a sports writer kat sana. Ahhhh.........nak ikut.........

Ahad, Mei 24, 2009

4 in 1

(meeting dgn budak2 steward aku)

(mustaffa, chief engineer aku)

(standby, paper tampar lalat)

(close up pudina)

Mmmmm pagi yang sungguh indah...hari ni macam biasa aku terbangun awal. Pukul 5 pagi mata dah celik sebab hari ni aku off. Aku tak tahu pasal apa perangai aku macam ni. Bila aku off, aku akan tidur lambat dan akan bangun awal. Pergi marrket beli ikan, ni kalau kat KL lah..then beli breakfast untuk anak-anak. Tunggu depa bangun kalau tak pun aku akan kejutkan sorang-sorang untuk bangun breakfast sama aku. Abang mesti angin dengan aku, Yuya pulak mesti pot-pet pot-pet dan Marina pulak mesti nangis sikit sebelum senyum tengok muka aku. Aku rasa rugi kalau aku tidur banyak bila aku off. Mungkin pasal aku jarang ada dengan family kot, sebab tulah bila free aku selalu nak masa paling panjang dengan depa. But anyway, bukan itu yang aku nak cerita pagi ni.

Aku selalu pesan kat budak-budak aku dan even kat anak-anak aku supaya jangan malu dengan apa jugak pekerjaan yang kita buat. Asalkan mendatangkan hasil yang baik dari sumber-sumber yang halal. Ada jugak aku bagitahu kat Abang, bila tunggu SPM result nanti kerjalah kat Mc Donald ke, Petrol Station ke...aku tak kisah. Ni semua proses pembelajaran. Aku dulu pun macam tu jugak. Ada sorang budak yang selalu tiap-tiap petang jual kuih kat depan rumah aku dulu kat Brown Garden, Penang. Masa tu dia Form 6. Tiap-tiap petang kayuh basikal dan kadang-kadang berhenti kat depan rumah aku sambil lap peluh. Apa dia buat sekarang? Dah jadi pensyarah kanan kat salah satu universiti kat malaysia. Jadi berbalik kepada budak-budak steward aku. Aku cakap, jangan malu jadi steward. Aku pun steward jugak dulu macam depa. Kalau ada apa-apa masalah, office aku sentiasa terbuka untuk depa datang dan bercerita. Even minum kopi sama aku pun takpa...selalu depa ni ada inferiority complex. Kerja macam ni, orang tak sekolah pun boleh buat. Tu yang buat depa rasa kecik sangat.....masa aku kat Osaka Hilton dulu, budak-budak steward aku kebanyakkannya budak-budak universiti yang tengah dok tunggu peluang kerja yang sesuai. Lepas kerja kami sama-sama pergi minum...takdak perbezaan pun! Ni lah yang aku cuba terapkan kat sini. InsyAllah...so pada adik-adik yang lepas universiti atau yang tak pass sekolah, jangan malu buat kerja kat tempat-tempat macam tu yea...ooo just for your information, ada sorang budak ni (aku kenal sangat), dia kerja steward kat Germany, cuci pinggan, cuci kitchen, cuci pots and pans, then tranfered to Langham Hilton di London sebagai Chief Steward. After a few years dihantar ke PJ Hilton sebagai FB Manager. Lepas tu dia pergi Maldives as Hotel Manager dan sekarang ada kat Sentosa Island Singapore sebagai General Manager. Ni former boss aku, Michael Luible!

Mohd Mustaffa ni Chief Engineer aku. Ada anak 2. Apa-apa aku cakap, dia jawab no problem. Ada sekali aku cakap ceiling aku berlubang, Mustafa cakap no problem. 2 bulan jugaklah aku tunggu dia nak tampal! Sama jugak dengan washing machine aku. Eh ni bukan washing machine basuh baju kat rumah yea Puan-Puan....ni untuk basuh pinggan. Pun panggil washing machine..Lantai ada bocor sikit. Sekali ni taklah lama sangat....1 bulan je....kan Mustaffa dah cakap "NO PROBLEM"...Tapi Mustaffa ni bagus orangnya. Suka membantu. Aku selalu e-mail dia kalau aku perlukan apa-apa dan Mustaffa ni tak pernah cakap tak boleh kat aku. Semuanya NO PROBLEM!

Paper yang selit kat celah kerusi tu actually bukannya apa, itu untuk tampar lalat tu. Entah mana datang lalat pun aku tak tahu. Mungkin dia ikut naik lif kot. Sampai tingkat 8 pun ada....advance sungguh. Aku ada kawan dulu. Nama dia aku dah lupa tapi kami panggil dia Lalat. Bukan sebab dia suka menghurung makanan ka apa, tapi sebab dia datang dari satu tempat nama lalat. Kat Kelantan kalau tak silap aku. Apa nama tempat tu aku dah lupa, maybe Pintu Lalat? Maybe Padang Lalat or Kedai Lalat? Ish...tiba-tiba aku terlupa nama tempat tu. So kalau sapa-sapa yang dari sana dan tahu tempat tu tolong betulkan yea...aku lupa sungguh. Is this what they call "ageing process?" Mmmmmm I don't think so!

Ubat gigi aku dah nak habis. Aku turun pharmacy kat bawah. Aku nak beli Colgate dia cakap Colgate dah habis. Oklah, aku ambik Close Up je lah. Lama tak pakai Close Up ni. Tiap-tiap kali beli ubat gigi aku mesti teringat kat sekolah dulu. Pagi-pagi bangun awal. Bawak gayung satu. Dalam gayung ada berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu pelbagai. Kalau tak pun berus gigi selit je kat mulut. Pakai kain tuala dengan muka blurr terus pergi mandi ramai-ramai. Air sejuk pulak tu. Sekarang kat rumah dah pakai air panas..beratur lah kami junior panjang-panjang kat toilet yang tak pernah ada pintu tu. Kalau senior datang, priority kena bagi depa dulu mandi...tunggu lagi...bila aku jadi senior pulak, pihak sekolah ada buat kolah mandi kat tengah-tengah 4 blok tu. Ada 3 ka 4 kolah besar kalau tak silap aku. Kat keliling kolah ada pangkin untuk sental baju. So kat situ penuhlah anak-anak teruna dok basuh baju sambil dok nyanyi. Ala-ala Tipah dengan Joyah berkemban, dok basuh baju tepi sungai tu....aku pun sental sama baju kat situ. Kalau tak pun aku suruh junior sentalkan baju aku! Kami pulak 4-5 orang, tunggu masa je...bila orang dah tak ramai, kamipun apalagi, terjun masuk kolah macam swimming pool bapak sendiri! Heh3...

Jumaat, Mei 22, 2009

Gila Rugby / Kopi

(all participating countries)

(aku beli ni online RM180 kot)

(aku beli seluar ni kat CANTERBURRY the Curve, harga RM90 kalau tak salah aku, selalunya salahlah..)

(sebelum tawaf wida' then balik KL)

(ni headboy yang tangkap aku dengan rokok circa 1984!)

Alahai....kalau aku cerita pasal rugby, memang sampai next world cup tournament pun takkan habis cerita dia. Apa pasallah aku minat sangat dengan rugby ni walaupun kat Malaysia sukan ni tak pernah maju kedepan? Ada aku cerita dulu pasal rugby ni tapi tak pa, aku cerita jugak, minat punya pasal. Masa aku dok main untuk Royal Selangor Club tahun 88-91 dulu, masa tu aku tengah kerja kat kedai ais-krim Swensens kat Damansara Jaya. Seminggu 2 kali pergi training, hari Selasa dengan Khamis kalau tak silap aku. Aku selalu naik bas nombor 12 dan stop kat belakang Selangor Club. Tu RSC lama yang ada padang besar tu kat depan. Banyak kali aku bagitahu kat Sports Govenor aku , Teng Mui Ngee yang aku nak kerja...aku nak kerja...aku nak kerja...2-3 tahun jugaklah dia cakap ok nak carikan aku kerja. Tapi sampai sudah tak dapat-dapat. Finally masa aku dapat selection untuk Selangor team, barulah TMN datang bagitahu aku yang PULAPOL ada panggil. Huh? PULAPOL? Bunyi dah ngeri...ala-ala INTERPOL pun ada. Arwah Bapak tak bagi sebab dah ada 2 orang dalam family aku yang kerja uniform. Aku sedih....masa tu polis dengan tudm blackhawks memang power. Aku lepak kat tepi stesen mini bus sambil pikirkan masa depan aku yang kembali gelap-gelita...heh3...macamana nak main dengan Tana Umaga (former all blacks captain)?

Tu dulu, walaupun aku tak dapat kerja hasil daripada bermain rugby, tapi sekarang ni tengoklah pencapaian aku hasil daripada permainan yang aku gila sangat ni..kebolehan berlari 100m dalam jangkamasa 35 saat! Selalu sakit belakang (lower back) hasil daripada asyik kena tackle! Parut bawah bibir hasil daripada kena tackle masa lawan Royal NZ Infantry Regiment (COBRA 10's)dan dislocated ankle hasil daripada perlawanan dengan Trengganu. Memang banyak pencapaian aku dalam permainan ni...

Baju kat atas sekali tu aku beli online dari "LOVELL RUGBY". Mula-mula aku sceptical nak beli online ni, maklumlah kena pakai credit card, dahlah duit sejemput! Namun, keinginan melebihi segala-galanya! Aku dapat jugak baju cun tu dalam 2 minggu seperti yang dijanjikan. Puas...kalau ada sapa-sapa yang terlebih gila macam aku, layarilah www.lovellrugby.com jangan risau, aku takde share kat kedai tu!

Hari tu kawan aku sebelum balik KL ada melawat aku kat hotel. Macam biasa, aku jamu minum Machiato. Apa benda si Machiato tu? Ni bukan Mosquito, walaupun dia berbelang-belang. Machiato ni sejenis kopi yang berselang-seli dengan susu. Oleh sebab dia berselang-seli, aku letakkan kat dalam gelas instead of cup. Baru senang tengok jalur-jalur dia. Cool...kopi ni campur dengan susu panas. Lepas tu topped up dengan milk froth. Baru cantik kat dalam gelas tu. Budak-budak aku tahu yang aku suka minum kopi ni kalau aku kat Lounge. Since kawan-kawan aku datang melawat, aku pun jamulah depa minum. Nak minum machiato kat Rome tak dapat, minum kat Makkah pun jadilah..banyak kelebihan dia!

Aku teringin sangat nak pergi Rome dulu tapi malangnya duit aku cuma cukup untuk sampai kat Florence. Tu pun dah kira power. Memang kat sana depa gila minum kopi. 24 jam kopi, macam kita makan nasi lemak ataupun teh tarik. FYI the real Coffee Connoiseur (betul ke spelling ni?) are those who drink without adding anything. Takde gula, takde susu. That's when you get the real coffee taste. Especially early morning sebelum gosok gigi. Masa tu taste bud kita masih lagi fresh dan tak bercampur coq kodok ka, mihun goreng ka....try tengok kalau berani?

Khamis, Mei 21, 2009

Employee of the Month

(aku tengah salam dengan Yusuf)

(Yusuf tersenyum malu..heh3...)

(Yusuf Headwaiter dok bagi briefing..ramainya Yusuf!)

Ingat tak tahun lepas sebelum aku balik bercuti ke KL, aku ada cerita pasal Yusuf Santorian yang selalu dok drama bila nampak aja muka aku. Ada sekali tu masa aku tengah round waktu breakfast masa dah habis musim haji dan masa tu dah tak busy, bila si Yusuf ni nampak aja muka aku, terus dia tonyohnya milk pot aku yang memang dah ternyata berkilat. Ditonyohnya sampai boleh nampak gigi. Punyalah drama kuat si Yusuf ni. Itu cerita tahun lepas. Tahun ni bila aku balik ke Mekah dan duduk bercerita dengan dia pasal kerja sambil buat appraisal dia, Yusuf dengan muka welfare bagitahu kat aku yang dia dah berubah. Eh, biar betul budak ni..dia janji yang dia takkan datang kerja lambat lagi. Dia janji yang dia tak akan drama lagi. Dia janji yang dia akan kerja bersungguh-sungguh tahun ni. Ok takpa, aku cakap elok-elok kat dia yang aku akan pantau semua kerja dan kedatangan dia. Lepas seminggu, aku panggil dia lagi dan duduk bercerita lagi. Aku cakap elok-elok dekat dia. Aku cakap yang aku faham masalah dia, aku pernah kerja macam dia sebagai waiter, aku pernah kena maki dengan Manager aku. Aku pernah kena halau balik sebab pakai stokin warna putih datang kerja. Dia angguk-angguk kepala. Katanya dia faham cerita aku. First aku pun cerita welfare sebab aku tengok dia buat muka welfare..lepas penat aku cerita, aku tanya dia, apa dia nak jadi 2 tahun dari sekarang? Dia cakap dia tak tahu dan tak pernah terfikir apa nak jadi 2 tahun lagi. Aku double dosekan cerita welfare aku. Dia sedih, aku pun sedih dengan cerita sendiri. Tapi aku cakap kita mesti ada matlamat, kita mesti ada wawasan, kita mesti ada cita-cita untuk mencapai sesuatu tak kiralah kecik ke besar. Yusuf angguk-angguk lagi...masa tu nak aja aku pasang lagu "angguk-angguk..geleng-geleng!". Aku ingat kalau A.R Badul dengar aku cerita kat Yusuf, mesti dia buat filem cerita aku tu. Mengalahkan cerita "Sayang Anakku Sayang" lakunan Aziz M Osman tahun 74' dulu!

Tiba-tiba si Yusuf bangun, dia cakap terimakasih kat aku. Mata dah bersinar-sinar, semangat dah berkobar-kobar! Yusuf cakap dia nak jadi macam aku. Eh, biar betul si Yusuf ni. Dia tahu ke aku masih lagi terumbang-ambing ni? Kalau dia tahu, mesti menyesal nak jadi macam aku. Heh3...Kami shake hand, dia keluar dari office aku. Lepas tu aku check lagi attendance dia sebab aku mesti buat follow-up. Ternyata attendance dia dah improve. Kerja dia dah bagus, dia tak tonyoh pot susu aku lebih-lebih lagi. Yusuf senyum dan rajin bersembang dengan guest. Ramai jugak guest aku yang senang dengan si Yusuf ni. Budak-budak lain pun happy kerja dengan dia. Semua budak-budak jadi heran tengok perubahan dia termasuklah aku.

Dalam diam-diam aku submit nama si Yusuf Santorian sebagai calon untuk "Employee of the Month" bulan April. Masa Department Head Meeting, aku mention nama dia. Bila aku sebut saja nama dia, lain-lain HOD semua pandang aku. 2-3 round jugaklah kami pilih calon terbaik untuk bulan April. Pusing sana pusing sini, last-last nama Yusuf jugak yang dapat paling banyak pencalonan. Finally dengan sebulat suara, budak ni dipilih sebagai pekerja terbaik hotel untuk bulan April mengalahkan semua department yang lain. Hidung aku kembang lagi.....kerusi dah rasa tak muat untuk aku duduk. Semuanya serba kembang.

Semalam aku announcekan nama dia masa kat dalam briefing. Semua budak happy. Yusuf terkemut-kemut sendiri. Apa hadiah untuk si Yusuf ni? Aku jemput dia datang makan malam untuk 2 orang bila-bila dia nak dan aku ambik gambar dia untuk lekatkan kat cafeteria nanti. So to Yusuf "IMPOSSIBLE IS POSSIBLE!" Eh ada ka ADIDAS cakap macam tu?

Rabu, Mei 20, 2009

Happy Birthday Yuya!

(yuya dengan muka letih, baru nak lunch kot)

(jam birthday present)

(dapat hadiah pedang dari kawan)

(famous five and a cake)

Tanggal 15/5 Yuya dah berumur 8 tahun. Untung betul Yuya, walaupun aku tak ada kat rumah, aunty dah bawak keluar pergi KLCC cari hadiah. Actually jam tu dari dulu lagi Yuya dah tunjuk kat aku, tapi aku asyik cakap sabarlah dulu sebab nanti bulan 5 nanti dah birthday. Tak boleh kalau nak aje terus beli....pantang tengok yang berkenan terus nak beli, ish....Suisse Banque pun tutup! Jadi Yuya pun teruslah sabar selama 5 bulan dari bulan Disember tahun lepas. Seminggu lepas dia mintak jam tu kat aku tiap-tiap hari dia tanya bila nak beli jam tu? Esok pagi celik mata aja terus tanya lagi sampai naik letih aku nak menjawab. Kemudian since aku tak ada kat KL, kami janji yang birthday Yuya nak buat kat rumah atok kat Gotanda, Tokyo. Aku ingat aku pandai, rupa-rupanya Yuya lagi pandai bila dia bagitahu yang birthday dia, dia nak buat 2 kali. Sekali kat rumah Ampang dan sekali lagi kat rumah Atok! Wah...bijak sungguh. Dapat 2 kali hadiah! Aku rasa masa aku kecik dulu pun bijak macam ni jugak kot...heh3...

Masa aku umur 8 tahun dulu apa yang aku nak selalunya tak pernah dapat. Aku ingat lagi, aku teringin sangat nak bola plastik yang kaler merah belang putih tu. Senang bola plastik sebab tak payah nak pam. Kalau kena pam, nak beli pam pulak. Mana nak cari duit. Aku mintak kat Mama tapi macam biasa sebab kami tak ada duit masa tu, jadi aku cuma berangan sajalah. Tiap-tiap hari aku jeling bola tu kat kedai Pak Imam kat Brown Garden. Tak beli tapi dapat tengok pun jadilah..kena pulak masa tu Abdullah Ali tendang corner terus masuk gol. Lagilah berkobar-kobar semangat aku! Last-last sekali aku kumpulkan suratkhabar lama banyak-banyak, peronyok kan jadi macam bola, masukkan dalam plastik merah, ikat dengan getah, voila....bola aku dah siap. Tak payah susah-payah kumpul duit. Punya happy aku dapat bola yang aku buat sendiri. Satu rumah aku tendang....horey...horey...

Yuya sekarang dah nasib baik sebab sekarang ni tahun 2009. Bukannya tahun 1976. Kalaulah diterbalikkan Yuya jadi aku dan aku jadi Yuya, kan best...hujung bulan ni dah dapat naik kapalterbang pulak. Aku dulu tak sempat dan tak pernah naik kapalterbang. Yang dapat cuma kat Pesta Sungai Nibong. Kalau tak pun kat bawah marrrket Chowrasta dulu. Tu pun kena masukkan 20 sen sekali pusing. Lepas tu kalau pergi Botanical Garden tengok beruk (aku tengok beruk ke beruk tengok aku?)ada apek ambik gambar yang boleh bergaya trick kat atas kapalterbang la, jalan atas awan la, macam-macam lagi. Seronok!

Yuya...Yuya...dah besar kamu yea! Yang paling nakal kat rumah pun kamulah. Kalau tanya kat Abang, mesti Abang cakap kamu paling nakal. Kalau tanya si Marina pun dia mesti cakap kamu jugak yang nakal. Kalau tanya Mama pun Mama cakap kamu yang paling nakal. Tanya cikgu sekolah kebangsaan pun dia cakap kamu yang paling nakal. Tanya ustazah sekolah ugama pun sama. Tanya Pak Haji Bas Sekolah pun dia cakap sama jugak. Tapi kalau tanya kat Papa, Papa akan cakap kamu anak Papa! I love you and Happy Birthday to you!

Isnin, Mei 18, 2009

Lounge baru

(aku dok mengenang nasib lagi..)

(belum letak chandelier lagi ni)

(sofa buruk tu akan ditukar nanti)

(lampu dinding tak masuk lagi)

Aku tahu yang Lounge aku masih tak siap lagi. Tapi aku tak kira, aku nak tunjuk jugak gambar Lounge aku tu. Sebab apa? Sebab cantik. Dekat 3 bulan kami tutup Lounge ni untuk proses pengubahsuaian. Memang transformasi habis ni. Macam si Hafiz AF7 tu! Dinding dan siling diukir tangan oleh pengukir-pengukir terkenal dari Mesir yang diterbangkan khas dari belakang Masjid Jin (Mekah jugak!). Depa ni siang malam dok ukir kat dinding. Part ni satulah aku respect sikit kat orang Mesir ni, lain tu aku tak pernah pun dengar kelebihan depa ni selain daripada kelebihan menipu.

Kalau ditengok balik dekat-dekat, memang nampak kehalusan kerja tangan depa. Tapi ukiran ni semua bukan berkonsepkan Mesir tapi berkonsepkan Morocco. Ok lah tu sama-sama cakap Arab. Cuma Morocco boleh cakap French tapi Mesir tak boleh. Tu lah yang bezanya. Tempat ni tahun lepas merupakan office aku, office GM, office HM, office IT dan pelbagai office lagi. Sekarang semua dirobohkan dan dibuat baru. Tengoklah sebulan lagi aku akan postkan gambar baru siap dengan budak-budak teh dan decoration yang lain lagi. Mesti gah ni...ish...tak sabar aku!

Sebenarnya kat tepi tu nanti ada bar. Of course lah bar yang jual minuman yang tak mengandungi alkohol. Apa, gila ka aku nak jual benda tu semua? Nak mampus? Salah satu sebab kenapa aku datang sini pun untuk lari daripada benda-benda haram tu semua. Kalau tidak, memang sah masih bergelumang. Tu yang aku cerita dulu, apa yang aku tak pernah buat? Semuanya sudah..tiap-tiap hari aku bergelumang dengan benda tu sampai sekali aku terfikir balik, eh, sampai bila aku nak macam ni? Sampai kawan aku sorang tu terpaksa pimpin aku balik bilik pun ada, sebab dah terbabas cari bilik tak jumpa. Kena pulak kalau winter....masyAllah...Allah is Great....dibaginya peluang kali kedua untuk aku. Walaumacamanapun kadang-kadang sedih jugak bila aku tengok kawan-kawan aku yang lain masih lagi terikut dengan cara hidup lama. Aku berdoa supaya depa tu cepatlah insaf dan berhenti ajelah daripada benda-benda tu.

Berbalik pada design Morocco tu, aku memang minat betul dengan tempat ni. Katanya souq kat Morocco lah yang paling best. Aku teringin sungguh nak pergi tapi sayang pulak cuti aku. Cuti dahlah sejemput. Tu lah nak simpan balik KL nanti lepas Haji. Total adalah 2 bulan. Nantilah aku try cilok sana-sini, mana tahu dapat 3 bulan ka...heh3...

Balik nanti aku teringin nak pergi Club Med. Tak kiralah samada kat Cherating ka, Phuket ka Bali ka...janji Club Med. Dari dulu dok kata nak pi tapi tak sampai-sampai jugak lagi. Usung satu family pergi jalan-jalan. Pergh...mesti meriah ni...Tapi bila check-check balik, alamak dia tutup la sebab musim hujan! Mana lagi nak pergi Disember nanti? Langkawi ok ka?

Ahad, Mei 17, 2009

Hidup mesti ceria

(ali baba dan 6 orang penyamun!)

(satu lagi baklava style Turki)

(Chef Tariq dgn Shawarma)

(ayam sumbat cheese dan daging)

(strawberry mousse aku yang tak chomey)

Aku setuju sangat dengan falsafah Connetto ni. Aku sebanyak mungkin cuba menceriakan hari-hari aku. Setiap pagi aku akan cuba sedaya mungkin menjadikan hari aku positif. Aku ada baca satu buku on positive thinking. Dia cakap, bila kita bangun setiap pagi, ada 2 perkara yang kita boleh buat dan pikir untuk sepanjang hari tu. Samada nak menjadi negative ataupun positive. Kalau kita bangun tidur dan mula berfikir negative, maka keseluruhan hari tu akan menjadi negative. Tapi kalau kita bangun dan set kan pemikiran kita kearah positive, maka energy yang akan datang mampu membuatkan kita sentiasa positive sepanjang hari. Wah....amazing kan? Jadi, setiap pagi aku akan setkan otak aku supaya berfikiran positive..sampai ada sekali tu budak aku tanya, apa aku makan sebab sampai malam aku nampak fresh! Heh3...aku cakap kat dia, "have a healthy mind..@ hidup mesti ceria!", lepas tu aku terpikir, eh budak ni faham ke apa aku cakap?

Ada sekali tu isteri Pak Menteri kita ada tanya kat aku, "Eh Shahrir, you ni I tengok dari pagi sampai tengah malam, ok lagi ni...kalau I tak tahulah.." Aku cuma mampu tersenyum. Dalam hati aku berkata..hidup mesti ceria...ala-ala Cornetto gitu! Dia tak tahu berapa botol supplement aku dah telan untuk aku tahan 16 jam satu hari...heh3.....makan-minum dia aku kena jaga, air mineral dia pun aku hantar. Tapi jangan speculate apa-apa, aku suka kerja aku dan dia memang seorang yang sangat down to earth...blessed with beautiful kids. Bayangkan anak-anak menantu dia semua address aku En Shahrir! Pergh....setengah-setengah orang tu, hmmm.....tengok kita sebelah mata pun tidak, siap menjeling lagi....

Aku ada berpesan pada Manager-Manager aku supaya jangan bercakap yang tak elok pasal orang lain atau dalam erti kata lain, mengumpat. Rationalnya kata aku, kalau kita mengumpat orang pasal yang tak baik, firstly kita kena tanya diri sendiri dulu, kita ni baik sangat ka? Secondly, kalau kita mengumpat orang, orang tak mengumpat kita ka? So far aku tengok budak-budak aku kat sini, alhamdulillah semuanya dengar cakap dan tak ada cerita-cerita yang tak elok terkeluar lagi. To me everything starts from you. If you, as Head of Department selalu berfikiran negative, maka anak-anak buah dibawah kita akan semua jadi macam kita, sentiasa negative. Tapi kalau the Leader is always positive, mampu bercampur-gaul dengan semua orang, treat everyone the same and with respect, insyAllah anak-anak buah kita semua akan mengikut.

Sekian dulu kursus motivasi aku dipagi minggu ni sementara tunggu si Dollah hantar NASI LEMAK kat aku yang sentiasa dalam kelaparan ni....aku sudahi dengan ungkapan kata-kata rahmat dari seorang pujangga terkenal yang aku nampak kat Supermarket Hankyu Jaya, Alor Setar dulu circa 1983, "NICE TO SEE NICE TO HOLD, ONCE BROKEN CONSIDERED SOLD!" Heh3..."Hidup Mesti Ceria..."

Sabtu, Mei 16, 2009

Baklava, Aiman, Saud dan Dollah..

(aiman budak syria dengan saud budak saudi)

(dollah sengih dengan cili potong kicap dia))

(baklava 1st)

(baklava 2nd aku)

(baklava yang ketiga)

Tadi siang lepas sembahyang Jumaat, first time aku masukkan menu shawarma dalam buffet aku. Actually shawarma tu aku nak jual masa summer holiday nanti kat lounge, tapi tadi kira on trial lah kononnya..hari ni aku organisekan shawarma ayam. Dari semalam budak-budak butcher aku perapkan (marinate) ayam tu dengan rempah ratus orang-orang sini. Aku tengok, mmm memang nampak sedap pun. Aiman siap tukar baju lagi. Hari ni Aiman pakai uniform baru sebab kena standby kat depan tunggu orang mintak Shawarma. Aiman ni budak Syria. Aku ada 4 orang butcher semuanya. Kerja depa lain takdak, potong ayam, kambing, lapah lembu, siang ikan, itu je lah yang depa selalu buat. Kadang-kadang muka depa pun aku tak nampak sebab asyik terperap kat dalam butcher je. Butcher pulak, temperature memang sejuk, kalau tak betul temperature dia alamatnya, berkilo-kilo lah daging dengan ikan aku kena buang!

Semalam pulak aku bagitahu kat chef Nashat (exec chef) aku yang aku nak BAKLAVA sebagai special present kat guest aku. Actually aku terdengar yang guest aku tanya kat kawan dia, mana dia nak dapatkan baklava, jadi since aku terdengar dia cakap macam tu dan aku pulak tahu yang dia nak check out soon, aku nak surprisekan dia dengan baklava yang kami sendiri preparekan. Syh.....aku tak cerita lagi kat dia ni. So semalam aku cakap kat Nashat, dia kata ok nanti lunch time dia tunjukkan aku baklava yang sorang lagi budak Syria buat. Aku cakap ok, set! Tadi lunch, budak oriental pastry dah keluarkan 3 jenis baklava. comey-comey dia buat. Aku try satu jenis, alamak, sedap ni. Aku try satu lagi, alamak, sedap jugak..aku try yang nombor 3 pulak, pergh...lagi sedap....ah... kacau ni...so aku cakap kat budak pastry tu besok lunch time aku nak satu kotak! Heh3....esok budak pastry tu akan hantar kat office aku. Kita tengok besok apa jadi!

Gambar first tu, yang kecik tu si aiman, tukang potong ayam aku. Dan sebelah dia dak saud, dari saudi. Senang nak ingat nama dia, Saud...Saudi...memang aku tak lupa. Budak ni jugaklah yang bertungkus-lumus buat fruit basket aku untuk semua VIP. Fruit basket pulak ada banyak kategori. VIP 1, VIP 2, VIP 3 dan VIP 4. Buah pulak lain-lain aku bagi. Kalau VIP 1, aku letakkan mangga dari India yang sememangnya mahal kat sini kalau tak pun Pakistan. Kalau VIP 4 aku letakkan buah-buah yang balance minggu sudah...eh taklah....takkanlah aku buat sampai macam tu sekali kan...at least grapes la aku bagi dengan buah-buah lain...

Gambar yang nombor 2 tu si Abdullah. Dia pun kaki selit, aku ambik gambar baklava, dia pun suruh aku ambik gambar dia sekali. Aku cakap kat dia, pasal apa aku kena ambik gambar dia? Dia sengih, dia cakap sebab dia potong cili dan buat sambal. So aku kenalah ambik gambar dia. Alahai Dollah woi....oklah, aku pun snaplah gambar si Dollah. Dollah tak tahu apa nak tunjuk, dia tunjukkan cili potong campur kicap yang dia letak kat buffet. Dollah cakap yang tu specialty dia...ikut suka kau lah Dollah...janji, Sunday nanti kau masak nasi lemak kat aku hantar kat bilik ok!

Khamis, Mei 14, 2009

Small TT

(Amil dan Fairuz berlatar belakangkan Haram)

(kami posing maut)

(Amil pakai spek dan Fairuz pulak tak pakai spek!)

It was just a small reunion kat Mekah bila Amil dengan Fairuz datang menjenguk aku kat hotel. Semalam aku jumpa depa pukul 10.15 malam. Happy aku dapat jumpa senior aku kat sini. Macam biasa, depa datang buat umrah. On the same day aku hantar bosses of EXIM bank balik ke KL lepas check out tengahari semalam. Coincidently, boss EXIM bank tu kenal pulak dengan classmate 85 aku yang kerja sama-sama dengan depa. Kawan aku yang kat EXIM bank tu Zulkifli Raymond Haswell. Kalau depa send my regards to Zul dan bagitahu yang depa jumpa aku kat sini dan tinggal kat hotel ni, aku rasa Zul mesti "monkey shock!" Zul was and still is a nice chap..

Berbalik pada Amil dan Fairuz tadi, bila jumpa apa lagi kalau tak pekena teyy tarik kat Santos..kami sembang sampai 2 jam! Almost 1am aku balik bilik terkulat-kulat ngantuk tapi puas dapat bersembang. Memang since they completed SPM in 84, aku dah tak jumpa depa lagi. Amil pergi US manakala Fairuz pulak pergi UK. Sedangkan aku pergi Chung Ling Penang buat Form 6. Heh3...

Amil sekarang dah bos besar kat Faiza si Basmati tu. Actually Amil ni dulu satu bilik dengan aku tahun 84 masa kat D6. Satu bilik pulak dengan Izamin (doktor kat KB), Mek (bos kat AVON) dan lain-lain lagi. Lari laju ni si Amil ni...school runner lah katakan. Dia ni ulat buku, tu yang pass memanjang bila exam. Aku pulak, lepak dan main memanjang..

Fairuz sekarang ni dah jadi boss besar buat motivational talk and soon akan keluar TV katanya. Adik-beradik Datuk Fazillah Kamsah la ni..and now he's handling one of the biggest project untuk budak-budak khidmat negara. So to Fairuz, jangan lupakan aku yea bila aku balik KL nanti...boleh ikut buat ceramah sekali nanti, maklumlah time tu mungkin aku tengah bercuti! Fairuz ni dulu Headboy aku. Debator lagi pulak tu. Memang patutlah la ni dia buat ceramah-ceramah motivasi. Memang laku ni.

Dalam dok bercerita tu terkeluar pulak satu lagi nama super senior aku. Nama dia Isyak Tamyes. Aku jumpa Isyak masa aku nak balik KL dulu manakala dia kat Jeddah. Sekarang dah balik KL for good. What a small world! Seronok cerita sebab bila pusing-pusing balik budak-budak kami jugak yang kami cerita. Meaning the bonding is still strong lah..

Tengah dok seronok bercerita, aku dikejutkan dengan berita yang Belatuk, senior aku 3tahun, baru meninggal 2-3 minggu lepas. Tak sangka aku sebab belatuk ni dulu goalkeeper U18 aku dulu dan jugak main rugby. Aku baru jumpa si Belatuk ni masa reunion tahun lepas kat Putrajaya. So to Belatuk's family, aku ucapkan takziah dan banyak-banyaklah bersabar..