Jumaat, Julai 31, 2009

Malam ni..

(macam nilah jadi kalau orang tak pandai landscaping buat landscaping!)

(kerusi ikea yang depa lelong dulu)

(aku panggil pokok bawang, betul ke ni?)

(seronok tengok depa..)

(anak-anak aku yang happy)

Tajuk dah suspense. Macam-macam berlegar kat kepala otak aku. Hari ni macam yang aku cakap pagi tadi, kami buat laksa. Bila aku makan? Lepas sembahyang Jumaat tadi. Since aku makan pun dah lambat, aku pun makan lah sampai 2 pinggan. Hmmm puas hati aku! Abang dengan Yuya pun makan sama. Dinner tadi aku dah tak makan sebab kenyang dari lunch tadi. Perut pun dok kembong lagi ni. Nasib baik laksa, kalau briani tadi? Ohhh tidak.....since balik sini, aku tak makan pun briani lagi. Nak kena cari ni..Walaupun tak makan briani, badan aku dah naik 3 kilo! Ngeri......

Malam ni lepas budak-budak semua makan, aku yang selalu tak tahu apa nak buat, tarik kerusi duduk kat depan rumah sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Kena pulak kopi secewen, pergh...kelas...memang macam orang kaya-kaya. Sambil dok relax sambil dok belek pokok bunga matahari, bunga bawang, pokok mangga dan lain-lain pokok yang ada kat keliling aku. Pokok kelapa tak menjadi. Baru naik sikit dah kena attack virus. So mungkin nanti suruh depa tebang jelah pokok tu daripada menyusahkan orang nak kena siram selalu.

Anak-anak aku buat apa? Depa horey-horey kat depan rumah. Lari sana lari sini. Tembak sana-tembak sini. Aku buat apa pulak? Aku tak buat apa-apa. Cuma tengok depa horey-horey dah buat hati aku cair...masa ni pun aku teringat masa aku kecik-kecik dulu jugak. Masa tu dah dekat Raya. Aku dan lain-lain mulalah jadi hantu raya. Lepas makan malam kami dah plan nak main bunga api. Neighbour aku si Anuar Cikgu Rawi tu ada kakak 2 orang. Nama depa Noni dan Tata. Tata ni tak kena mengena dengan Tata Young dari Thailand tu. Aku seronok berkawan dengan depa. Tak payah pikir hal politik, tak payah pikir hal ekonomi dan tak payah pikir hal global warming macam Al Gore. Yang kami pikir cuma horey-horey, janji kami....happy! Bak kata Amy Mastura. Heh3...Lepas sembahyang Maghrib kami dah hilang. Kumpul bunga api dan kumpul mercun. Masa tu mercun boleh main lagi. Ala...tahun 76...zaman Pop Yeh-Yeh...tala kat sana, tala kat sini, masuk rumah Nyonya sebelah, die jerit, kami lari masuk rumah. Nyonya sebelah kiri rumah aku ada bela anjing. Malam-malam suka sangat menyalak jadi malam tu kami pasang mercun sekaki, lepas kat sangkar dia. Anjing Nyonya terkejut kat mercun, kami terkejut kat anjing Nyonya...lari.....heh3...

Dulu ada aku cerita masa aku Form 6 pun aku masih naik bas sekolah sebab senang. Tapi masalah dia, aku lah yang paling besar kat dalam tu sebab yang lain-lainnya budak-budak sekolah rendah! Drebar bas, kami panggil Achit. Achit suka sangat pasang lagu "Brother Louie", masa tu tahun 86-87. "Brother Louie" tengah famous masa tu. Tiap-tiap pagi dia pasang. Dari tak suka sampai terpaksa suka. Dari tak ingat sampai melekat kat kepala otak. Jalan kaki dari simpang Masjid Negeri nak ke Chung Ling pun dok terngiang-ngiang lagu "Brother Louie". Ada sekali tu Cikgu Mokhtar yang mengajar Sejarah Tingkatan 6 kat aku panggil aku pergi office dia. Aku heran, tak pernah cikgu Mokhtar panggil aku. Dia cakap pulak ada hal penting. Ahhh sudah, apa hal pulak ni? Cikgu Mokhtar tanya aku, "hang ingat dak Perang Jawa?", aku angguk kepala. "Hang ingat dak Perang Candu?", aku angguk lagi..."Hang ingat dak Brother Louie?" Huh? Part tu aku tercengang! Alamak, aku dah tersilap tulis nama ka? Memang aku kena belasah dengan Cikgu Mokhtar. Heh3...Jadi bermula dari situ, tiap-tiap kali aku terdengar lagu tu aku mesti tersenyum sorang-sorang......aku rasa Cikgu Mokhtar pun minat kot kat Brother Louie....tak pun Brother Louie minat kat Cikgu Mokhtar!

(aku dan baby kat depan rumah)

(baby dan aku kat depan rumah)

(sempena bulan kemerdekaan)

(tengoklah mempelam yang rendang nak cecah tanah tu)

Marina Ayumi/Aku dulu

(ni semua kerja Marina. Buah limau tu penyet sebab kena pijak dengan Marina!)

(Marina cum gardener. Satu lagi pekerjaan yang mulia!)

(Marina posing cair..)

(Marina dok pikir masa depan, macam aku dulu dok pikir kat tepi longkang kat Brown Garden!)

(satu lagi pose maut dari baby)









(Yuya dulu terjun pool dengan basikal!)

Aku seronok tak terhingga bila dapat main dengan Marina. Marina sorang budak yang sangat aktif. Suara dia halus. Bila Marina cakap tersekat-sekat, aku dengar macam kawaii sangat. Mana-mana aku pergi mesti Marina nak ikut. Tiap-tiap pagi aku usung Marina naik Harley Davidson aku pergi beli paper kat mini market ataupun kat achi di Taman Dagang dekat dengan LRT Ampang. Marina pakai helmet dan duduk dalam bakul. Pagi tadi aku usung Marina lagi pergi pasar Ampang naik motor. Tak payah lintas jalan besar sebab bahaya, aku cuma ikut jalan pintas kat tepi rumah pergi pasar. Josephine yang selalu jual ayam kat aku terkejut tengok Marina. Adoi...tokay ayam pun kenal anak-anak aku. Dari aunty mengandung sampai anak-anak aku dah 3 orang, Josephine lah yang selalu potong ayam aku. Jo tahu apa aku nak. Dia tanya nak masak apa then dia potong. Kalau ada cakap nak grill, dia potong besar. Kalau aku cakap nak buat darrrcha, dia potong kecik. Kalau nak buat sup atau kurma ayam, dia potong sedang. Kalau aku tak sempat, aku talipon Jo aja then dia akan siapkan ayam aku. Macam tulah baiknya aku dengan tokay ayam!

Hari ni aunty nak buat laksa for dinner. Ni semua pasal aku pergi rumah KL semalam dan dia jamu aku laksa for lunch.....malam masa tidur pun dok mengigau laksa...laksa....meleleh-leleh air liur aku masa tidur! So tadi aku beli bawang merah, cili kering, daun kesum, bunga kantan, daun pudina. Lain-lain dah ada kat rumah tapi sekarang baru aku perasan yang LAKSA aku lupa nak beli! Heh3....habih macamana nak makan laksa kalau tak beli laksa? Takpa, satgi aku lari dengan moto kat Hero beli laksa.

Ada sekali aku bawak Marina main kat padang depan rumah. Dia lari sana, dia lari sini, dia panjat sana, dia panjat sini, dia lompat sana, dia lompat sini, aku pun tumpang lari sana-sini, tumpang panjat sana-sini dan tumpang lompat sana-sini. Balik rumah aku tidur setengah hari. Marina masih horey-horey lagi! Pikir-pikir balik oooo patutlah, age difference kami 38 tahun! Part tu aku selalu lupa ataupun buat-buat lupa...

Masa aku kecik pun aku active macam ni. Kat padang depan rumah aku masa kat Brown Garden dulu ada padang. Kat padang tulah aku, Anuar Cikgu Rawi dengan Nasir selalu dok main. Ada bukit kecik kat situ. Kami main macam Secret-7. Main simpan-simpan maklumat rahsia. Kami korek lubang banyak-banyak kat situ dan simpan maklumat rahsia kami. Apa maklumat rahsia kami? Kami tulis kat kertas, agenda nak main perang-perang untuk esok, kat mana nak cari kayu nak buat senapang kayu, kat mana nak curi buah cherry nak buat peluru dll lagi. Kami tulis jugak kat mana nak dapatkan bahan-bahan tu. Buah cherry, kena panjat pokok kat depan rumah Bismillah, kayu pulak curi kat belakang rumah Mak An (geng mama ni!) sebab aku nampak dia tengah nak buat reban ayam kat belakang rumah dia. Then gergaji nak potong kayu boleh pinjam kat Pak Majid belakang rumah aku! Ok beres, maklumat rahsia dah siap. Kami gulungkan kertas then masukkan dalam lubang kat dalam tanah yang kami korek tadi. Eh modal macamana? Kami share sorang 20 sen dan masukkan dalam 3 lubang yang kami korek tadi. Total ada 3 lubang dengan jumlah 60 sen. Heh3.....kelas....operasi Secret-7 aku bermula esok pagi lepas mengaji Quran kat rumah Mak Timah depan rumah Bismillah. Malam tu aku tak lelap tidur. Sejuk pulak rasa malam tu. Kejap-kejap mata celek. Maklumlah nak buat projek besar esok. Pagi-pagi lagi aku dah bangun lari pergi rumah Anuar dengan Nasir. Tak sempat gosok gigi! 3 orang kami pun terus lari pergi kat padang depan rumah aku cari lubang rahsia yang kami buat petang semalam. Cari punya cari tak jumpa jugak. Puas kami cari tapi tak jumpa. Bukit kecik tu pun dah nak rata pulak. Kami pikir lagi apa dah jadi. Last-last baru kami teringat malam tadi rasa sejuk. Rupa-rupanya malam tadi dah hujan lebat.......habis lubang-lubang tu semua dah hilang kena hujan. Habis semua plan rahsia kami hilang, habis duit kami 60 sen hilang! Sedih kami ingatkan balik segala titik peluh kami semuanya dah hilang....kat mana nak ambik buah cherry? Kat mana nak curi kayu buat senapang? Kat mana nak pinjam gergaji nak potong kayu? Kat mana duit modal kami nak beli air soya dengan lengkong bila kami dahaga nanti? Aku, Anuar dengan Nasir jadi sedih tak terhingga.....tengahari tu kami balik rumah dengan muka sembab. Baju kotor dan duduk kat tembok rumah aku kat tepi longkang sambil pikir masa depan kami lagi......Aku jeling kat dalam rumah, aku dah nampak muka mama kat tepi tingkap dengan mata liaq dok tengok aku dan jari telunjuk dok goyang-goyang sambil mulut dok ketap-ketap macam cikgu Bibah dulu. Ngeri!

Isnin, Julai 27, 2009

Bola/Rakan-rakan

(Ms Legolas and the family came to visit)

(Syikin, Kuey San, Yuya dan aku!)

(Syikin, Kuey San, Yuya dan Aunty)

(Toilet bergerak)

(Abang and the team)

Sehari suntuk aku ada kat Stadium Mini Shah Alam semalam. Bukannya aku yang main tapi Abang main untuk Piala Kemerdekaan. Malang sungguh, sekali ni team Abang terkeluar dan tak qualified for quarter final. Dalam kereta masa balik tu aku pesan kat Abang, ni adat permainan. Ada yang kalah dan ada yang menang. Kalau selalu menang, maksudnya standard permainan dah stagnant, tak kemana. MU dengan Liverpool pun macam tu, apalagilah YFA Bintang Muda. Walaumacamanapun semangat setiakawan dan semangat kesukanan mesti tetap diterapkan. Abang angguk lesu, sama lesu macam aku yang dok tunggu dari 7 pagi sampai 7 malam!

Semalam aku sampai pagi lagi. Pukul 6 pagi aku dah bangun dan keluar rumah. Pergi 7-11 beli ais lah, beli isotonik drink lah, macam-macam ada...sampai padang aku tengok orang dah penuh. Macam ada Carnival Sure Heboh. Kereta dah tak boleh parking kat dalam sebab tak cukup tempat. Jadi kenalah aku parking kat luar dan menapak masuk. Oklah menapak sebab the past 2 weeks ni aku asyik melantak. Badan dah kembang macam kembang semangkuk ni...pipi tembam, leher double macam kena thyroid pun ada! Dada dengan perut jangan ceritalah....memang berlapis-lapis. Heh3....Aunty pulak masak nasi tomato dengan Darrrcha......pergh...3 kali aku tambah! Oh tidak.........apalah dosa aku? Next week aku nak register masuk "Biggest Loser!"

Pagi semalam aku terasa sangat dihargai bila Kuey San dan Syikin datang melawat aku kat padang sambil bawak kamera yang aku dok gila tu. EOS SLR. Harganya biasalah libu-libu....aku jeling 47 kali kat kamera tu. Kuey San siap ajar aku lagi macamana nak guna tapi since aku ni Camera Friendly dan IT Savvy, sampai kesudah aku tak faham....but to Kuey San, thanks anyway for guiding me. Baru semalam aku tahu pakai gadget yang ada tulis "MACRO" kat kamera autafokus aku tu after a few years....bayangkan...Lama kami bersembang dari tepi padang sampai masuk stadium sampai kat gerai teyy kami sembang. Pun tak habis jugak. Once again, aku nak ucapkan terimakasih pada 2 orang gadis pingitan yang tersangatlah baik hati tu....san-kyu...san-kyu...

Petang pulak aku dah tak sabar nak jumpa dengan Ms. Legolas. Finally, voila! Aunty pun ada jugak. Memang kami tak sabar nak jumpa. Aunty pun selalu tanya kat aku mana satu Ms Legolas ni? Macamana aku nak jawab sebab aku pun tak pernah jumpa in person! Hish...aunty ni kacau betul lah...ada sekali sampai kami approach salah orang dan tanya, "Ni Ms. Legolas ka?" orang tu muka confuse tengok kami! Lari.......Ms. Legolas bawak chocolate kek lagi...masa nak balik tu siap bagi aku present lagi...Aduh...malunya aku! Sekali lagi aku nak ucapkan terimakasih pada Ms. Legolas sebab bersusah-payah datang jumpa aku kat Stadium Mini Shah SAlam walaupun dalam panas terik dan dalam keadaan anaknya yang masih demam. Part tu aku sangat-sangat terharu. Aku terharu sebab melalui blogging ni lah kami dapat berjumpa dan terasa sangat mesra walaupun tak pernah jumpa. Rasa macam dah kenal berpuluh-puluh tahun pulak.

All in all, walaupun Abang tak menang semalam, tapi aku rasa perjuangan aku kira dah menang sebab aku dah jumpa 2-3 orang yang selalu support aku dan selalu bagi komen-komen bernas dalam blog aku. La ni aku nak nyanyi lagu baru Amy Mastura....."Janji kita....Happy!"

Khamis, Julai 23, 2009

Pullman Putrajaya

(tengah pikir masalah dunia)









(fruit display on ice)

(hotel dari jauh)

(dessert corner)

(pasta aunty)

(mee goreng aku)

Aku bagitahu hari tu yang aku ada pergi ke Pullman Hotel Putrajaya. Hotel ni baru lagi dan tak semua bilik dah beroperasi. Reason pasal apa aku pergi situ? Sebab aku tunggu passport aunty yang akan siap pada pukul 3 petang. Jadi sementara nak tunggu tu, aku pun melawat lah hotel ni sekejap. Nak cari pun satu hal jugak, tapi satu benda yang aku admire kat Putrajaya ni pasal even security kat situ mampu untuk bagi panduan ketempat yang nak dituju dengan tepat sekali. Part ni aku suka sangat. Ni bukan kali pertama aku tanya kat security guard kat situ tapi dah beberapa kali. Depa bagi direction dengan tepat dan cekap. Siap bagitahu landmark, traffic light mana nak pusing dll. Kelas....

Apa aku makan hari tu? Mmmm, aku nak order maggi goreng dengan telur satu tapi tak ada. Jadi aku order mee goreng dengan mooteq unei..aunty had pasta kalau tak silap aku. All in all, taste was not as good as expected. Kalau nak try mee goreng, if you happen to be in Penang, pergi ke Campbell Street dan terus masuk Restaurant Hameediyah. Mintak mee mamak satu, mesti terangkat...walaupun rating aku mee Pak Bakaq kat Brown Garden is still my all time favourite. Dan aku tak tipu sebab pernah di buat special article kat NST. Malangnya Pak Bakaq dah tersangat tua dan anak-anak dia sorang pun tak mau berniaga mee dah. Sayang kan....tapi walaupun aku tahu yang Pak Bakaq dah tak meniaga, aku lalu jugak depan rumah dia bagi puas hati...heh3...

Ok, Pullman Putrajaya ni architecture dia memang cantik. Mewakili berbilang bangsa kat Malaysia. In fact hari ni pun keluar article pasal hotel ni kat Harian Metro. Walaumacamanapun, masih banyak lagi yang tak berapa nak siap. Hari tu masa aku dengan aunty lepas makan, kami dalam perjalanan menuju ke carpark. Kami tengok orang ramai dok berkerumun kat situ. Belek punya belek, rupa-rupanya ada Bollywood movie tengah dok shooting kat situ. Jangan tanya aku sapa yang berlakon sebab aku memang tak kenal depa. Tapi aku rasalah....sorang stuntman yang hilang kat lake tu mungkin berlakon dalam cerita ni...

Rabu, Julai 22, 2009

Hujung Minggu

Hujung minggu lepas pun sama macam hujung minggu yang lain-lain jugak. Berlari kesana-sini mengejar schedule anak-anak yang tak pernahnya habis. Ni pun coach bola baru talipon untuk bagitahu pasal schedule untuk Sabtu dan Ahad pulak. MasyAllah...aku dulu tak pulak kalut sampai macam ni! Coach talipon bagitahu suruh bawah surat beranak lah, jangan lupa pakai jersey kuning lah, jersey hijau lah....pergh...mengalahkan MU nak lawan Malaysia hari tu! Aku boleh bayangkan masa aku tak ada kat sini...ngeri...kesian aunty!

Hari ni aku tak buat apa. Lepak aja kat rumah main-main dengan Marina dan bawak dia jalan-jalan naik moto. Happy dia. Kami stop kat kedai tepi rumah minum-minum...bestnya dapat minum dengan Marina. Jadi pada siapa-siapa yang ada anak dan selalu tak ambik pusing pasal depa, aku nasihatkan tengok-tengoklah anak-anak tu. Bawaklah depa jalan-jalan. Habiskanlah masa dengan depa sebab depa ni cepat membesar. Aku teringat masa Abang dan Yuya kecik-kecik dulu, aku selalu kacau depa, cakapkan yang bila depa besar nanti, mesti depa dah tak mahu cium pipi aku. Abang dengan Yuya mesti marah gila kat aku. Siap nangis-nangis lagi...depa kata "Papa janganlah cakap macam tu!" sambil terisak-isak! Aku pulak jadi emotional..tapi last week bila Yuya nak masuk padang bola, aku cakap kat Yuya suruh cium pipi aku dulu sebelum masuk padang. Dia cakap "Nantilah kat rumah, malulah nak cium kat tepi padang!" Aku senyum sorang-sorang..."..dah besar anak aku!" Aku miss masa depa kecik dulu. Walaupun sekarang ni kecik lagi, tapi perasaan malu dah ada. Aku sedih pun yea jugak. Cepatnya depa ni besar! Jadi sekarang ni, Marinalah yang cium aku tak tentu masa dan tak tentu tempat!

Masa aku balik KL aku tengok pokok-pokok kat rumah aku semuanya hijau menyala. Aku heran. Jadi aku tanya kat Wiwit apa yang dia bagi pokok-pokok aku makan? Dia cakap dia bagi kepala ikan bilis! Huh? Kepala ikan bilis? Biar betul ni. Ada sekali aku mengendap tengok apa dia buat. Memang dia tanam kepala ikan bilis kat tepi pokok aku. Hmmm patutlah sihat, banyak protein! So pada KN, pada Hafitah dll yang selalu dok tanam pokok tapi tak menjadi, aku cadangkan, cuba lah buat macam Wiwit buat. Mesti sihat pokok-pokok tu semua! Try tengok, then bagitahu kat aku.

Ada sorang follower blog aku yang menamakan diri dia Zorro. Ada a few comments dia bagi. Aku tak perasan siapa Zorro ni sampailah ada sekali tu dia tanya, tak kenal ke? Cari punya cari, baru aku tahu yang kami pernah bekerja sekali dulu kat Renaissance. To my dear friend and former colleague, aku nak ucapkan terimakasih sebab memperkenalkan diri. Aku kan mudah lupa....whenever you're free, please give me a call. Aku rasa dia masih lagi duduk kat Ampang. So to Zaini, please feel free to call me ok. In fact kalau tak ada aral, esok mungkin aku akan jumpa sorang lagi staff lama. Bagus budak ni. Rajin dan selalu kerja kuat. Masuk Captain dan habis sebagai Assistant Manager. InsyAllah kalau sempat, aku masukkan gambar dia nanti.

3 days ago macam yang aku cakap, aku dan 2 orang kakak aku pergi ke PJ Alzheimer Support Centre. Kami nak tahu macamana cara-cara nak menjaga orang yang didiagnosekan dengan penyakit ni. Mrs. Jasmine sangat berpengetahuan pasal penyakit ni. Dia cerita kat kami dari A sampai Z. Sebenarnya kami dah tahu pun cuma kami pulak yang perlu pergi kekelas-kelas yang dianjurkan supaya kami lebih faham tentang penyakit ni dan macamana nak menjaga orang yang berpenyakit macam ni. Dulu aku ada cerita yang mama aku kurang sihat dan selalu sangat lupa. Jadi untuk anda semua, mama aku didiagnosekan dengan penyakit Dementia, iaitu satu cabang dari penyakit Alzheimer. Memang sedih kalau tengok keadaan dia. Nak menitik air mata aku kalau cerita. Adik beradik aku semua very supportive dan kami sama-sama akan jaga mama. Masa nak balik KL dari Penang hari tu mama tanya lagi kat aku, nak balik KL ka? Bila nak mai Penang lagi? Aku sebak. Kakak aku sebak, abang aku sebak. Mama cakap, sampai KL nanti jangan lupa talipon mama dan aku angguk kepala. Allahuakbar, Allah menduga kita dengan berbagai-bagai cara. InsyAllah esok aku talipon mama lagi bertanyakan khabar berita. Tiba-tiba aku jadi sedih...

Ahad, Julai 19, 2009

Yes, Mr. President!

(Datuk Sri Kudo)

(sebagai orang besar, dia memang pemalu...low profile gitu!)

(durian buffet kat SS 2)

(memang hor liao!)

((kat SS 2 jugak, tepi balai polis)

President aku ni kuasa dia lebih besar daripada semua president yang ada kat mana-mana tempat dalam dunia ni. Mana ada president kat dalam dunia ni yang tak ada body guard? Mana ada president dalam dunia ni yang tak payah buat appointment kalau nak jumpa dia? Mana ada president yang pergi balik kerja naik Harley macam aku? Heh3....ni only one in the world ni! Ni salah sorang daripada penyamun yang sama-sama dengan aku dari Form 1 sampailah Form 5. Sama-sama makan nasi kawah. Sama-sama hisap rokok dengan aku kat toilet block C dan sama-sama pergi Penang lepas SPM tahun 85 dulu naik keretapi dari KL ke Butterworth. Ni lah salah sorang kawan Hor Liao aku ni...

Aku kalau balik KL mesti report duty kat dia. Bukannya pasal apa, Kudo akan update aku kalau ada apa-apa aktiviti yang boleh kami sertai bersama-sama i.e. aktiviti merentas desa, aktiviti memanjat gunung, aktiviti menunggang kuda dan last but not least TT@PAP! Kami buat yang extreme saja. Tak extreme kalau kami tak buat...heh3...Kudo ni pun memang kaki study. Aku pun heran pasal apa depa ni semua kuat belajar. Aku tak teringat pulak bila aku kena belajar? Tak ada pulak dalam vocab aku yang aku kena belajar! Heran kan? Aku sampai sekarang dok heran lagi....dah 25 tahun asyik termenung pikir....

Semalam lepas hantar abang main bola kat Padang Jalan Utara, aku pergi SS 2 sekejap. Saja pusing kat sana sebab dah lama tak pergi. Sekali aku terpandang 3 gerai jual durian. Wah hebat durian sale dia. Siap ada buffet lagi...so kalau siapa nak makan durian, silalah ke SS 2. Kalau tak tahu kat mana, call aku. Nanti aku cerita kat mana. Service aku cuma RM5++ je.....ingat free ka?

Jumaat, Julai 17, 2009

Sorry yea!

(dengan VY sekeluarga)
(wanita-wanita terpenting dalam hidup aku)

(lepas horey2 dengan aku)

(masa tengah slim)

(marina pun gila membaca macam aku jugak!)

Aku mohon maaf sebab aku tak update blog ni beberapa hari. Bukan pasal aku pergi training dengan Wayne Rooney tapi aku ada misi besar yang aku perlu selenggarakan. Aku balik Penang jumpa mama selama 3 hari. Mama tak tahu yang aku ada kat Malaysia. Aku tak cakap langsung sebab aku takut mama akan cari aku tiap-tiap hari. Mama yang seperti aku cakap, dah tak sama macam dulu lagi. Mama dah tak ingat apa yang dia buat. Kadang-kadang kami pun dia dah tak ingat. Jadi part tu very delicate sikit. Aku kena handle dengan hati-hati. Aku balik tidur tepi mama 3 hari tu. Part tu aku akan cerita kemudian bila aku teringat.

Aku balik naik bas Plusliner dari KTM. Huh? KTM? Very nostalgic tempat tu. Bukan nostalgic pasal apa, tempat tu lah aku bertukar train dari Seremban nak ke Penang dulu. Sounds boring.......nope, you're wrong. 100% wrong. Pasal apa aku kata macam tu? Sebab setiap ceruk kat KTM tu aku dah teroka. Pagi tu aku pergi awal kat KTM. Aku cari ceruk mana aku tukar baju dulu dari baju sekolah ke baju biasa. Aku cari lagi ceruk mana aku pergi hisap rokok masa aku nakal dulu. Ceruk mana aku jumpa budak-budak STF yang datang dari JB berhenti kat stesyen tu dan menunggu sama-sama nak ke Penang malam tu! Semua tempat-tempat tu masih ada...nak rasanya aku nyanyikan lagu KOPRATASA..."...masihkah kau ingat...!" heh3...

Di Penang pulak aku pergi sampai Gurney Drive, Batu Feringgi. Aku pergi Batu Feringgi sebab nak tengok hotel Rasa Sayang Shangri-La yang gah tu...memang cantik. Harga sebilik dia RM1080/single....memang cantik! Restaurant dia Spice Market...not bad. Staff dia, not bad....very helpful dan bawak aku terus ke restaurant dari lobby sambil bercerita kat aku facilities yang depa ada...isy...kalaulah staff aku semua kat Mekah pun macam ni, memang sah tempat aku jadi talk of the town. Then lepas tu aku gatal satu badan nak tengok Hard Rock Hotel. Dulu tempat tu tapak Casuarina Hotel. Dalam website dia kata tengah tahun ni siap, tapi bila aku sampai, aku tengok construction masih berjalan dan rancak, jadi aku rasa, mungkin January 2010 baru full swing kot..

Makan kat Penang? Masyallah.....aku rasa aku dah naik 4 kilo ni. Perut dan muka rasa mengembang semacam! Apa taknya, sebelum makan mee goreng dengan briani ayam kat Hameediyah di Campbell Street, aku dah drive pergi Gurney Drive pekena teyyy tarik kat Khaleel. Tengah malam aku pi pkena teyyyy lagi kat Kayu kat tepi Vistana pulak. Pergh...memang kayu betul! Pagi tadi dengan keadaan perut sarat dengan makanan 2 hari lepas, aku pi Taman Saadon pulak makan nasi lemak ikan! Woi.....macamana ni? Dalam dok nak pekena nasi lemak, ada member Penang dah tegur aku.Macam biasa, nama aku dah tak ingat. Ni pun geng anak hantu jugak. Bukan geng bas sekolah! Aku panggil dia KANDOS. Kandos sekarang dah bawak kereta-kereta besar. Aku tengok alhamdulillah dah berjaya si Kandos ni. Sejuk mata memandang. Dia bawak Merc SLR, BMW, Volkswagen dll. Aku tanya dia, "...ni Kandos hang khgreja apa ni? Hang meniaga ganja ka?" Dia pusing tengok muka aku then dia kata, "cheh.....hang ingat aku buat ka benda-benda lagu tu? Aku kgereja drebar la.....nak habaq mai....." Heh3...

Selasa, Julai 14, 2009

Family/Vimmy Yasmin

Macam biasa, aku tak berjaya nak upload gambar lagi buat kali ke 248! Ni geram sambil ketap-ketap bibir ni. Sama macam Cikgu Bibah marah kat aku dulu sebab tak buat Homework!

Hari Ahad lepas abang ada game Piala Sultan Ahmad Shah kat PJ. Padang yang kat depan Amcorp Mall tu! Since dah terlampau confident dengan kedudukan sekarang yang sedang leading carta daripada 12 team, YFA dah agak relax sikit. Maka oleh itu, first game dah kalah 0-1 dan second game cuma mampu seri, walaupun aku diberitahu dalam game-game lain habbis team tu semua kena belasah. Jadi moral of the story is, jangan terlalu confident. Aku pernah jadi macam ni dulu dan akibatnya team aku tak masuk final rugy MSSNS tahun 1985 dulu. Maka berakhirlah perjuangan kami dulu yang dikenali sebagai SDAR LIONS. Masa tu kalau tanya peminat-peminat kat NS rata-rata semua cakap kami yang akan Champion tahun tu. Menangis terisak-isak kami balik naik bas sekolah sampai Sikamat sambil dok hisap rokok Marlboro kat belakang bas walaupun 2 orang warden ada kat depan bas sebelah pakcik drebar! Daring betul!

Aku tengok 2 game abang hari tu. Abang memang ada size dan in fact abang lah yang paling besar, aku rasa, yang ada kat padang. Tapi masih ada banyak kelemahan abang. Abang lambat nak tackle, abang lambat nak recover kalau dah kena gelecek. Abang masih tak pandai membaca perlawanan dan pemain lawan. Selalu leka. Tackling tak sepenuh hati, masih takut-takut. Peluang memang banyak especially masa corner sebab bola tinggi selalunya sampai kat kepala abang tapi abang tak pandai lagi nak gunakan kesempatan untuk menanduk bola masuk. Contribution to the team masih kurang. This is a team work! Aku tak cakap apa kat abang tapi masa dinner, aku cakap elok-elok kat abang. Abang mengaku kelemahan dia. Abang sedih sikit, lepas tu terus abang masuk bilik belakang main PS2! La.......

Hari tu jugak aku dapat jumpa Vimmy Yasmin. VY datang dengan family dia. Thanks VY. Buat susah-susah ja. Aku terharu jugak sampai guling-guling kat Amcorp Mall sebab VY sanggup datang dari jauh nak jumpa aku sekeluarga walaupun VY sendiri sibuk sampai tak cukup tangan. Kami sempat lunch kat kopitiam di AM. By the way, this Saturday abang ada game lagi kat tempat yang sama. 2 games in fact. Then the following week ada tournament MERDEKA kat Shah Alam. The following week tu pulak ada RSC International Tournament kat RSC di KIARA. Pergh...macam main kat EPL la pulak!

Khamis, Julai 09, 2009

Marina Ayumi

Take note: Aku dah cuba upload gambar sebanyak 132 kali tapi tak berjaya. Actually aku baru subscribe WIMAX semalam. Ok quite good tapi gambar tak boleh masuk pulak. Sapa-sapa yang cerdik pandai tu tolong lah aku! Aku janji aku belanja teyy secewen bila kita pergi Milan nanti!

First day masa aku balik KL, Marina happy tengok muka aku. Sekali ni dia ingat aku. Maklumlah dah dewasa. Dah 3 tahun! Cakap pun dah mula petah. Aku seronok dengar Marina cakap. Pendek-pendek ayat dia tapi diatur kemas. Kadang-kadang masa tengah jalan pergi kedai, Marina terkeluar cakap Jepun. Heh3...aku ingat aku nak hantar Marina belajar Mandarin la pulak nanti. Of course, of course, sekolah ugama aku mesti hantar. Itu tanggungjawab aku. Bahasa tu bagi aku sangat penting. Kelebihan berbahasa asing akan membuka laluan lebih besar untuk anak-anak aku nanti untuk melayari kehidupan dewasa depa. Kita mesti mahir berbahasa Malaysia dan Inggeris sebagai bahasa asas. Tapi bayangkan kalau kita ada 2-3 bahasa lagi sebagai contohnya Afrikaans ataupun bahasa dari Vanuatu ka, tak kah memberi advantage kepada kita nanti? Tahun depan SA akan menganjurkan bolasepak Piala Dunia. Dengan kemahiran berbahasa Afrikaans, boleh lah nanti jual air tebu dengan goreng pisang kat depan stadium nanti selain daripada boleh jual sim card masa orang tengah beratur panjang nak beli tiket! Tu semua advantage tu..

Semalam aku bawak Marina pergi Klinik R kat Taman Dagang. Dr. R tengok aku, dia dah start cerita pasal Mekah. Aku cakap kat Dr. R, Marina ni demam......sakit tekak...lepas tu baru Dr. R terperasan yang Marina tu demam sikit. La...pulak...orang lain yang demam, orang lain yang kena soal jawab. Heh3...Dr suruh Marina makan ubat la-la tu jugak. Alhamdulillah anak-anak aku semua tak ada masalah nak telan ubat. Lepas demam dah agak reda sikit, aku bawak Marina pergi Ampang Point horey-horey. Marina tak nak pegang tangan aku sebab dia cakap, dia dah dewasa! Aku cakap tak boleh macam tu, orang dewasa la selalu hilang....lepas tu dia pegang tangan aku kuat-kuat sebab takut hilang. Aku rasa pasangan yang selalu berdating dan selalu pegang tangan tu sebab depa takut pasangan depa hilanglah kot...macam aku dengan aunty dulu...heh3...

Aku sebenarnya nak pergi massage. Dah lama tak massage. Dulu selalu aku pergi. Orang buta lah...orang tak buta la....orang buta huruf la...semua aku try. Tapi entah macamana aku tetap pilih Thai Massage. Errr...yang lelaki urut lelaki tu. Tempat dia bersih dan tak hanky-panky (if you know what I mean!). Siap bagi baju dan seluar lagi. Kalau weekend siap kena booking sebab ramai orang datang and this place is approved by Thai Tourism kalau tak silap aku akan tahap kelurusan depa. Ada sekali tu masa aku pergi situ, orang kat tirai sebelah tu asyik dok tergelak mengekek-ngekek. Aku heran apasal la orang tu dok tergelak sampai dekat 2 jam. Dia dok tengok Mr. Bean ka? Dia baca katun Rejabhad kat Gila-Gila tahun 1977 ka? Tak jugak, lepas aku research sana research sini termasuklah lepas talipon Universiti kat Arkansas (aku tak tahu pasal apa tiba-tiba terkeluar UA ni!) baru aku tahu yang orang tu sebenarnya geli! La....macam ni punya orang pun ada. Picit kaki geli, picit tangan geli, picit belakang geli, picit leher geli...la.....habis macamana nak urut? Macam ni punya orang pun ada. Jadi message of the story is, pada orang yang kuat geli ni, pergilah kat kedai Abas Bandung dan carilah buku massage. Balik rumah, bawah pokok ketapang, duduk bersila atas pangkin, bancuh kopi Aik Cheong ka Hang Tuah ka, bawak cucoq cempedak sepinggan, bacalah buku massage tu sampai habis......puas.....

Rabu, Julai 08, 2009

Surprise...!

Horey...aku dah balik KL....sebenarnya aku memang nak balik KL sebab ada beberapa benda yang aku nak kena buat. Ada yang tersangat penting, ada yang penting dan ada jugak yang sikit penting. Jadi kesimpulannya, aku balik kali ni sebab ada banyak hal penting! Berapa pentingkah penting tu? Jawapan aku, tersangatlah pentingnya kepulangan aku ni. Kalau aku tak balik KL, aunty tak dapat status warganegara! Amacam penting tak? Aku kena balik jugak sebab aunty diberikan tempoh yang singkat untuk dapatkan taraf penting tu. Aunty happy...aku happy...kami semua happy...haaaappy....haaaappy...macam kat dalam lagu satu kumpulan tu sambil aku lompat dan dua-dua kaki aku bercantum kat atas angin sambil 2-2 tangan goyang kat atas! Boleh bayang tak muka aku macamana masa tengah happy tu! Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan Allah selepas melalui pelbagai rintangan. Allah is great! Malam sebelum tu aku berkesempatan bertawaf sunat masa tengah-tengah malam dan kemudian sempat membaca Al Quran sedikit kat depan Hajar Aswad tapi dilingkaran paling luar. Sebab aku tak mahu kena sepak kalau duduk dekat sangat. Dan malam tu aku jumpa siapa kat depan Kaabah? Surprise...surprise...aku jumpa Katak! Yes, Katak yang aku tak pernah jumpa sejak tahun 1985! Kat mana aku jumpa Katak? Kat depan Kaabah! Katak ni nama manja dia, budak ni pun satu hal jugak, habis SPM terus buat AUSMAT cabut pergi Australia. Apasal lah korang semua tinggalkan aku sorang-sorang?

Balik ke cerita balik kampung. Aku first time naik Qatar Air. Good aircraft and a very good service. I like......tapi yang aku tak suka tu pasal kena transit sampai 5 jam! Adohai....bertambah leperlah ponggong aku...anyway, masa aku kat Doha nak lalu kat immigration counter, aku nampak satu group rugby players dari British Lion.....huah................British Lion....tengah buat tour! Aku panic dan teruja punya pasal, terus cari kamera tak jumpa! Finally memang aku tak ambik gambar. Tapi memang depa ada kat depan mata aku. Aku dok tunggu jugak kot-kot depa nak mintak sign autograph dari aku! Heh3....mak aih..besar gila budak-budak tu semua. Aku rasa depa ni average memang 6 kaki 3 inci kot...memang besar gila. Patutlah aku tak dapat main dulu pasal saiz aku cuma 5 kaki 7 inci je!

Aku sampai KL pukul 4 petang. Sampai je kat rumah , Abang, Yuya dengan Marina tengah horey-horey tunggu aku kat bawah. Aku pun sama horey-horey. Kami nyanyi lagu "Happy" sama-sama sambil lompat sama-sama dan kaki bercantum kat atas angin sama-sama! Malam tu jugak semua anak-anak aku demam....."haaaapy.....haaaaappy!

Ahad, Julai 05, 2009

Marina dan kimono merah!

(family photo tanpa aku)

(sukanya dia...)

(ada bunga lagi...kelas...)

(macamanalah nanti kalau dah 17 tahun!)

Aunty cakap dia tak boleh nak scan gambar sebab gambar besar sangat. Jadi, dia terpaksa ambik gambar lagi sekali pada gambar yang dah sedia ada. Aku tak kisah, janji dapat tengok baby aku pakai kimono. Hati aku puas walaupun gambar tak berapa clear. Tapi kalau kat Penang ada nama lorong nasi kandar "Line Clear". Jadi, gambar ni pun kira line clear jugak lah...heh3...

Gambar first tu sekali tengok baru perasan yang anak-anak aku dah besar walaupun taklah besar mana. Apa sebab aku cakap depa dah besar? Sebabnya senang. Aku jarang jumpa anak-anak aku. Entah depa kenal aku ke tidak masa aku balik KL nanti. Ada sekali tu masa aku balik, Marina tak berkelip-kelip mata tengok aku. Mungkin dia lupa aku siapa! Dalam kereta dari airport pun dia asyik pandang je kat muka aku. Bila kat rumah, lepas tenung aku lama-lama dan kemudian dia celapak duduk atas dada aku baru dia panggil, "Papa!" Masa tu aku tak tahu nak cakap apa. Seronok ke? Sedih ke? Aku pun tak tahu. Macam-macam perasaan ada. Yuya pulak macam biasa, sibuk cerita pasal dia dan abang pun sibuk cerita pasal bola.

Seronok tengok perangai anak-anak ni. Ish...kadang-kadang pikir balik, pasal apa lah aku kerja macam ni? Kalau aku ada kat KL kan best? Tapi dulu masa aku kat KL dulu, nama aja duduk KL dengan family...tapi dari pukul 6 pagi sampai ke tengah malam aku ada kat hotel! Off day pun tak tentu hala. Kalaulah aku kerja bank........kan ka best, 5 day week, sabtu dengan ahad ada kat rumah...ph pun ada kat rumah...huh, cerita pasal kerja bank ni, aku teringat pulak satu cerita. Masa aku tengah gila main rugby dulu dalam KRU Selangor League, time tu Maybank, Bank Bumi, Arab Malaysian semuanya tengah kuat. Aku ada tanya kat Pak Chat (orang Kedah). Pak Chat ni dulu main untuk Kedah Piala Agung. Then moved to KL dan jadi coach untuk Arab Malaysian. Pernah jugak main untuk Malaysia for a few years. Aku tanya Pak Chat kot-kot ada kerja kosong kat Arab Malaysian. Pak Chat cakap, hang pi tanya kat Maybank. Aku pun buatlah cv sendiri pakai kertas kajang tulis tangan lagi...senget-benget aku tulis. Then aku pergi Maybank HQ kat Puduraya tu. Tingkat berapa tah HR dia masa tu pun aku lupa. Bagi cv dengan surat tulis tangan tadi. Mintak kerja jadi teller kat Maybank. Kelayakan aku? Main rugby saja....heh3....since kelayakan yang aku tunjuk cuma paper cutting STAR yang tulis nama aku pasal buat conversion (tendangan penalty) jadi dia pun dengan sebelah mata tendang aku keluar! Padan muka....nak main sangat!

Berbalik pada Marina Ayumi, buah hati pengarang jantung aku sorang tu. Amboi tak sabar aku rasa nak balik KL. Sekarang Marina dah pandai cakap. Selau dia cakap kat aku, "daiiiisukiiiii" maksudnya "sukaaaaa sangat.." ataupun "sayaaaang.....sangat!" Pasal suara dia kecik dan comel, bertambah tak boleh tidur malamlah aku...dulu Abang, lepas tu Yuya, sekarang Marina pulak buat aku tak tidur malam. Alamak, lupa pulak nak cakap, Aunty pun dulu buat aku tak tidur malam jugak....heh3...

Khamis, Julai 02, 2009

Food saje-saje!

(aku dan tomato salad dengan oregano)

(close up tomato oregano aku)

(eee...kuat selit betullah santorian ni, santorian dengan salmon mousse on a bed of shredded lettuce)

(pate aku..)

(aku suka choc mousse, jadi, mesti ada tiap2 hari...boleh? Heh3...)

Aku tak tahu nak cerita apa. Since lately ni aku selalu ambik gambar food, jadi aku uploadkan sekali gambar food ni. Seronok pulak masukkan gambar food. Tiba-tiba bertukar arah! Thanks to Johan yang ada kat Dubai sekarang ni. Dia pun hantarkan aku gambar-gambar makanan special dari Burj Arab. Hotel yang terfamous kat dunia tu. Pergh...menarik dan agak lebih kurang dengan gambar-gambar aku. Banyak pakai gelas cuma presentationnya of course sedikit lain. Tapi kalau aku dah kearah tu, rasanya, kira ok jugaklah.....heh3...

Last few days aku ada melawat 2 buah hotel yang famous jugak kat sini. Memang nama dia sah meletup. Aku dengan Executive Chef pergi tengok sambil nak dapatkan idea baru. Mmmmmm...tak kesampaian sebab presentation depa tak menarik langsung yang aku tengok. Semuanya penuh tenggelam dengan gravy. Soaking gitu...yang tu aku tak berkenan. Hari ni aku pulak ke hot kitchen jumpa chef Tariq. Aku cakap kat dia, let's separate the sauce@gravy and the main item. Jadi leg of lamb aku hari ni taklah basah dengan gravy. Aku asingkan dan letakkan dalam bowl putih tapi masih diletakkan didalam chafing dish untuk sentiasa panas. Menarik!

Sorry, hari ni entry pendek. Layan gambar sajalah yea! Aku tiba-tiba letih pulak...

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...