Isnin, Ogos 31, 2009

9th Day Posa

(sorry kiwi cake aku terbalik!)

(sama macam dulang Kak Nab)

(polis dok berkawat sebelum masuk station masing2)

(supian dgn kotak kamarrdin sebelum buat juice)

(basyir dok buat arabic coffee, ni barista aku ni!)

Kepada pembaca semua aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan" dan semoga negara kita akan bertambah maju lagi. Aku doakan. Apakah kelebihan negara kita?

1) rakyat berbilang kaum
2) berbilang agama
3) keadaan ekonomi dan politik lebih stabil dari kebanyakan negara-negara lain
4) hormat-menghormati antara satu kaum dan kaum yang lain

Aku sayangkan Malaysia. Macamanapun aku nak balik Malaysia bila pencen nanti. Situlah aku dilahirkan. Macam-macam kelebihan dia. Tak payahlah aku cerita banyak-banyak. Aku happy sebab masih dapat minum teh tarik dengan Jeffvinder Singh, Senthil, Thomas Tan dan lain-lain kawan aku tanpa ada apa-apa masalah ataupun berperasaan curiga.

Hari ni semuanya berjalan dengan lancar. Aku berskype dengan anak-anak aku dan aunty pagi tadi. Abang masih lagi posa. Yuya aku rasa setengah hari dah senget. Marina pulak, horey-horey. Takpalah asalkan bahagia. Abang bagitahu kat aku yang dia nak handphone masa Raya nanti. Aku kata simpan duit sendiri dan beli. Tapi jangan salah gunakan handphone tu pulak sebab nanti aku ambik simpan. Abang janji...Yuya pun nak jugak, tapi aku cakap Yuya kecik lagi. Kena tunggu lagi 3 tahun! Buat masa ni, pakailah handphone Marina dulu.....Yuya angin....

Pizza aku memang sedap. Especially seafood pizza. La ni aku tengah dok garu kepala yang tak gatal pikir kat mana aku nak jual pizza take away. Location dah ada cuma aku nak cepatkan take-away tu supaya orang yang lalu lalang kat bawah tak payah tunggu lama. Nanti bila dah siap aku cerita nanti.

1-2 hari ni aku taklah jadi kalut sangat. Mai hari Rabu aku akan berlari balik sebab dah nak masuk weekend. Sembahyang terawikh kat Haram baru habis. So la ni, aku tengah dok tunggu guests yang nak makan lepas terawikh pulak. Lepas tu clear, lepas tu set Sahur, sampailah pukul 4.30am. Macam tulah tiap-tiap hari. Setakat ni guests semuanya masih ok. Semua keluar dengan muka senyum. Malaysian Hospitality mesti ada. Makanan sedap dan service bagus. Yang tu penting. Harga pulak taklah semahal hotel-hotel lain. Cuma SR160 untuk Iftar dan SR140 untuk Sahur. Berbanding dengan hotel-hotel lain yang lebih dari SR200 tapi cuma ada 100 orang makan sedangkan aku dapat dekat 700 orang makan. Sekarang ni aku pentingkan volume dulu. Tahun depan bila dah establish sikit, kita cerita lain pulak....Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut hari Kemerdekaan.....

Ahad, Ogos 30, 2009

8th Day Posa

(makanan arab lagi..)

(chef yang dok buat kunafa live!)

(tabbouleh, salah satu appetiser arab-close up)

(wife Delwar masak kari ikan kat aku, memang horr liao..)

(abdullah budak lounge belikan aku buku belajar bahasa arab)

Dah 8 hari kita posa. Horey! Tak sedar pulak dah lebih seminggu. Ni bermakna aku dah 3 minggu kat sini lepas balik bercuti hari tu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Banyak bilik yang dah check out hari ni. Maklumlah weekend dah habis. Walaupun yang check out kebanyakkannya dari GCC tapi dari negara-negara lain masih banyak yang akan check in.

Aku organisekan satu tempat bagi jemaah dari Pakistan makan untuk Iftar dan satu restaurant lagi untuk jemaah dari Qatar. Indonesian dah start masuk sekarang ni, tak lama lagi penuhlah tu. Macamanapun, output kena lebih sekarang ni. Tadi lepas habis bukak posa, aku dengan budak-budak dok organisekan kerusi tambahan yang baru sampai. Ni untuk aku tambah kat lobby pulak sebab by next week aku akan bukak lobby untuk berbuka posa.

Dalam aku dok termenung pikir nak makan apa malam ni, wife si Delwar hantarkan aku kari ikan Bangladesh. 5 ketul dia kasi aku. First aku ingat nak makan 2 kali tapi bila dah duduk mengadap, mmm, sekali jalan dah habis. Punyalah sedap. Kalau kat rumah aunty yang selalu masak kat aku. Mula-mula dulu abang tak suka makan kari sebab katanya pedas sangat tapi hari tu balik, aku tengok abang makan kuah lebih dari nasi! Dah macam artis, "lebih kuah dari nasi!" Heh3...abang dah besar rupanya, aku selalu lupa!

Malam ni aku rasa letih sikit. Mungkin nak tumbang awal kot malam ni. Paling awal aku tumbang pun mahu dah pukul 4 pagi. Kalau lambat pun 6 pagi macam 2 hari lepas. Badan terasa penat dan otak lagilah penat. Esok aku cari bahan yang lebih menarik untuk aku hidangkan sebagai santapan Sahur pembaca semua. Selamat berpuasa!

Sabtu, Ogos 29, 2009

7th Day Posa

(port baru)

(lupa nak tengok betul2 nama apa)

(croissant-close up)

(lounge menu aku)

(mido-vip guest aku)

Sekarang aku dah ada spot baru untuk rest sat sambil minum hot chocolate dan baca Arab News. Lepas habis berlari, jumpa guests sana-sini, lepas sembahyang Isyak, dalam pukul 9.30 malam, aku turun pergi dekat port baru aku untuk melepaskan penat-lelah dan sambil baca paper sikit untuk tahu perkembangan dunia. Lega rasa....pandai jugak depa buat Hot Chocolate kat aku. Number one in the world!

Selain daripada minum HC, aku beli Pocari Sweat beberapa tin. Ni tengah dok perabih the last can. Kononnya nak bagi bertenaga lah...tapi kalau dah lebih 41 tu, macam aku dok selalu cakap la..."keinginan tetap tinggi tapi kemampuan dah kurang sikit.." heh3...

Tadi aku dapat message kat fb dari Nyamuk. Dia cakap nak datang the last 10 days nanti. So, to my dear friend, kedatangan anda amatlah dialu-alukan. Aku tunggu. Janji belanja aku KUZI sudahlah...aku bukannya mintak banyak-banyak pun..

Few minutes ago, aku dapat e-mail dari Lovell Rugby. Dia tengah buat Raya Sale sakan ni. Bila cerita pasal sale ni aku teringat pulak kat satu kedai kat Alor Setar nama dia Mi-Ca Mi kalau tak silap aku. Maknanya aku sendiri pun tak tahu sebab bukan bahasa Malaysia dan bukan jugak bahasa Jepun. Orang yang pergi semuanya muka confuse! Termasuklah aku sekali. Pasal apa aku masuk pun aku tak tahu. Tapi Mama selalu pergi situ untuk beli kain. Memang murah. Dululah, tahun 1980...la ni entah ada entah tidak kedai tu lagi.

Malam ni aku tak makan lagi ni. Apa nak makan pun aku dah tak tahu. Tengoklah nanti kalau rajin aku buat maggi. Ada sekali tu aku dah jadi kemaruk maggi. 2 hari 2 malam aku makan maggi. Ni semua gara-gara aku terlebih tengok iklan maggi slurp! Pelik pun ada..kalau kat jepun dulu senang sebab ada cup noodle. Malaysia tak ada lagi masa tu. Tapi since portion jepun kecik-kecik, aku makan sampai 3 bekas...tu pun tengah malam lapar lagi. So aku lari pulak turun hotel pergi makan tempura soba pulak kat depan hotel. Lepas makan baru aku lega. Tapi satu lagi masalah pulak. Mata aku dah terbeliak pulak. Ish...pusing sana pusing sini tak boleh pejam. Last-last aku tidur dalam keretapi masa pergi kerja dari Tokyo station ke Maihama Station. Parah betul...jadi bermula dari situ, aku kena control makan tengah malam supaya tak terlebih makan dan aku senang tidur.

Esok ada a few groups yang akan check out. Tapi jangan ingat boleh goyang kaki....masih ramai lagi dok tunggu nak masuk. Kiranya sebulan ni memang aku berhempas-pulaslah...aku ni tak habis-habis berhempas-pulas, dulu tak berhempas tapi selalu kena pulas....aku ajak mama balik rumah, tangan kena pulas...aku tak buat homework, cikgu Sabaruddin pulak pulas telinga...apalah nasib.....ok, pada semua aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan kerjalah berhempas-pulas!

Jumaat, Ogos 28, 2009

6th Day Posa

(dia tengah pikir, awatlah banyak salad aku kena buat ni?)

(bukak posa dengan masyarakat setempat...maklumlah...Pak Lurah!)

(aku tengah bincang masalah global dengan Assad Harun)

(aku tak letak lagi ayat-ayat "nice to see nice to hold!)

(nabil yang bertunang dulu tu dok drama. Heh3...jangan kelentong la Nabil!)

Hari ni aku lega sikit. Sebab apa aku lega sikit? Sebabnya guests aku happy. Bila guests aku happy, aku lagilah happy. Heh3...biasalah, kan kerja aku ni bagi guests happy! Nanti aku pasang lagu Amy Mastura lagi..."..janji kita, HAPPY!"

Orang ramai berpusu-pusu menyerang kedai kopi aku. Ni barulah aku dapat duduk sat mengenang nasib Sahur pulak nanti. Dulu masa kat Malaysia dulu time bukak puasa, semua orang berduyun-duyun bukak puasa sampai lupa nak sembahyang ataupun langsung tak sembahyang tapi kat sini time bukak posa orang berduyun-duyun pergi sembahyang dulu dan lepas tu barulah makan besar. Kita selalunya terbalik...sampai naik moto pun depa pakai baju terbalik...kalau tak percaya pergi lah kat mana-mana kat Malaysia, semuanya pakai baju terbalik. Yang best tu bila masuk office depa pakai baju elok pulak! Awat tak pakai terbalik? Pakai tie kat belakang ka? Heh3...

Aku pernah posa kat Europe dulu. Memang best sebab masa tu Autumn. Pergh, sejuk tu....bukak posa pergi cafetaria dengan budak-budak lain then sahur aku dapat susu sekotak, juice sekotak, cornflakes sejemput dan yoghurt sepeket. Cukup kenyang aku makan. Ada sorang lagi Malaysian budak perempuan ni pulak, hidung dia very the sensitive. Aku goreng telur pun dia boleh bau...aku masak nasi pun dia bau. Bukannya aku masak beras wangi thailand pun, aku cuma masak nasik Uncle Ben yang dalam kotak merah tu pun dia tahu....Ish...Lilian ni....siap bawak pinggan tengah-tengah malam ketuk bilik aku! La ni Lilian dah kahwin dan anak ramai. Kahwin dengan Swiss dan menetap kat Geneva kalau tak silap aku. Sekali-sekala aku FB dengan dia. Dulu aku tanya dia, apa cita-cita dia? Dia kata cita-cita dia nak kahwin dengan Mat Salleh. Melepaslah kawan aku yang nama Mohd Salleh!

Tapak kaki aku memang dok nyut-nyut lagi ni. Maklumlah banyak berjalan luas pengalaman! Habis satu hotel aku ronda. Pagi aku ronda floor check kot-kot budak-budak aku tak buat clearing sahur tadi. Semua beres. Depa buat. Memang tip-top. Then tengahari aku masuk office check outlook aku kot-kot ada message urgent dari boss aku. Ada sikit. Then pergi Accounts Dept check last night punya revenue samada depa buat posting betul ke tidak. Depa ni pun kalau tak check memang terbabas memanjang. Ok good, semua duit aku masuk.Berapa masuk? Latut-latut libu oooo.....aku senyum kat pintu lif masa nak turun balik masuk office. Security kat sebelah aku heran....heh3...

Ni balik bilik sat update blog sebab nanti kalau tak update, Ms Legolas dengan Uncle Pet akan tanya aku esok apasal tak update? Kepuasan pembaca-pembaca blog aku adalah diutamakan! Jangan risau, aku akan tetap update untuk menceriakan kehidupan anda semua. Walaupun, "....penyu menangis siapalah yang tahu..." Cerita pasal Penyu ni, aku ada Junior kat Seremban dulu yang nickname dia Penyu. Aku pun tak tahu pasal apa nama dia Penyu. Mungkin pasal muka bulat dan mata kuyu kot...nak kata dia dari Trengganu, tak jugak...tak salah aku budak Kelantan si Penyu ni. Sampai la ni aku tak ingat nama betul dia. Kalau jumpa kat mana-mana pun aku panggil Penyu je...actually sekolah aku dulu dah macam zoo pun ada. Ada Nyamuk, ada Katak, ada Cicak, ada Ayam, ada Badak. Cicak dengan Ayam ni pulak kembar seiras! Pergh...parah nak kenal...Aku rasa kalau Datuk Ismail Hutson dengar cerita aku ni, mahu dia meraung sebab semua dah terlepas zoo....heh3....fellow sdarians, jangan marah yea!

Sekarang dah midnight. Hajat hati nak melawat Hilton sekejap sebab nak tengok preparation sahur depa. Kalau rajin aku pi lari sat jenguk. Ok, macam biasa, "Selamat Berpuasa!"

Khamis, Ogos 27, 2009

5th Day Posa

(tengah tunggu azan)

(nak masuk waktu asar)

(nak masuk Maghrib)

(kawasan perempuan berbuka puasa)

(muka-muka penyamun kelaparan!)

Hari ni aku talipon mama. Mama bunyi ceria tapi dia kata dia tak puasa. Aku faham keadaan mama. Mama tanya aku bila balik Mekah. Kalau tak salah aku ada bagitahu mama yang aku akan bertolak tapi mungkin mama lupa lagi. Aku jawab yang aku dah balik Mekah seminggu sudah. Mama mengiakan dengan lesu. Aku jadi sedih bila dengar suara mama macam tu..Allahuakbar, ni mama aku. Mama yang dah lama berkorban untuk aku tapi aku sekarang disini dan tak dapat menjenguk dan menjaga mama. Aku mintak diampunkan dosa aku terhadap mama angkara tak dapat menjaga mama dalam waktu-waktu yang kritikal macam ni.. Macam biasa aku panjatkan doa untuk mama setiap kali lepas bersolat.

Masuk hari ke 5 posa ni macam-macam kejadian aneh berlaku kat aku. Memang Misteri Nusantara. Kejadian pelik pertama, aku turun berat badan sikit walaupun aku nak lebih..kejadian pelik yang kedua, aku bersemangat makan makanan Bangladesh tu. Sedap la pulak! Kejadian aneh yang ketiga, aku bertambah letih sebab berlari marathon satu hari memenuhi permintaan hampir 800 orang tetamu untuk Iftar! Pelik, aneh dan mengerikan.

Aku dapat rasakan yang tarawikh sekarang ni bertambah panjang doanya. Tahun lepas aku tak perasan sangat. Hari-hari pertama dulu pukul 10 malam dah habis tapi sekarang ni belum habis walaupun dah nak masuk pukul 11 malam.

Sekarang ni dah ada barber kat lobby hotel yang beroperasi 24 jam. Bagus sebab aku tak payah bertekak dengan tukang gunting rambut kat luar yang selalu nak sagat kepala aku botak! Barber ni siap boleh cat lagi. Kelas...harga after discount cuma SR50. Okaylah tu....kalau nak pikirkan tak payah keluar hotel dan bertekak dengan tukang gunting. Lagi best tu sebab dia bukak 24 jam. Mana nak dapat kat KL?

Minggu depan nampak gaya aku kena tambah lagi capacity bukak posa sebab dah start masuk dari semua tempat. Tu pun macam mimpi ngeri jugak tu. Sahur aku tak risau sangat sebab depa tak masuk serentak. Tapi kalau Iftar, masyallah....kiri kanan, depan belakang depa rembat. Tak menang tangan aku. Mana nak replenish food lagi, nak tambah juice lagi, pinggan pulak habis....then guest panggil tanya mana toilet? Argh...bahagia rasa! Aku ingat masa aku tidur pun dok mengigau sakan pasal Iftar! Nasib baik aku duduk sorang-sorang. Kalau ada roommate mahu dia lari tengah malam!

Hari ni aku tak sempat nak ambik gambar food. Next week aku buat lagi, ok? Hari ni gambar cuma suasana di Mekah dan suasana aku nak bukak posa kat belakang restaurant malam tadi. Amacam ada nampak kurus tak? Sebab tu aku suuruh Dollah ambik gambar jauh-jauh...kalau close up, lagilah mimpi ngeri! Ok, selamat berposa....dah ada yang terbakar jari belum kat KL?

Rabu, Ogos 26, 2009

4th Day Posa..

(farid tukang buat kamaruddin! dok sengeh kat kamera sebab air dia laris!)

(eh eh..cantiknya..)

(eh eh lagi cantik!)

(dilarang menggosok!)

(ada display sikit kat lounge)

MasyAllah dah 4 hari posa rupanya! Aku terlupa..maklumlah..melayu mudah lupa..atau aku sengaja buat-buat lupa! Apalah anak-anak aku makan? Tadi aku sms aunty W, dia cakap Japanese Food..alamak...syoknya budak-budak kat rumah..

Aku dah mula busy hari ni. Selain daripada busy body, body aku memang busy. Pagi masuk office dah meeting pasal guest arrival. Then aku berlari-lari anak jumpa dengan managers aku semua, then berlari emak jumpa kitchen brigade pulak nak bagitahu pasal new groups yang akan makan, then aku berlari lintang-pukang bila aku kena serbu dekat 600 orang untuk bukak posa! Mengah tak habis lagi ni...aku rasa aku lari lagi laju dari Carl Lewis tadi atau Datuk J masa Olympics kat Tokyo dulu! Heh3...

La ni aku rest sat lepas post meeting dengan executive chef aku. Lepas ni berperang untuk sahur pulak. Nasib baik masa kecik-kecik dulu aku selalu pergi main perang kat Bukit Botak masa kat Penang, jadi, pengalaman tu aku gunakan balik. Tak sia-sia baju aku kotor dulu. Kan aku cerita dulu, aku selalu hilang sebab main perang-perang sampai Kak Anne kahwin pun aku tak ada kat rumah! Maklumlah, aku bertugas untuk mempertahankan negara dulu dengan pistol kayu dan buah cheri yang aku rembat kat depan rumah Bismillah. Heh3...kan aku dah cerita dulu. In fact gambar rumah bismillah pun aku snap gambar dia dalam last few entries aku dulu.

Astaghafirullah na'azim, aku terlupa nak talipon mama lagi hari ni. Aku berdoa agar aku diampunkan Allah. InsyAllah esok aku talipon mama. Aku janji. Aku dapat bayangkan betapa sayunya aku bila anak-anak aku tak talipon aku nanti bila waktu nak berbuka! Apa mama makan? Apa mama ingat waktu nak menjamah makanan berbuka? Macamana mama bersahur? Berselerakah mama makan sorang-sorang kat rumah tanpa anak-anak dan cucu-cicit? Allah huakbar.....

Masa aku kat RKL dulu, tiap-tiap petang masa bulan posa aku akan keluar naik motor dengan Robae pergi Kampung Baru beli kuih untuk staff berbuka puasa. Karipap mesti ada sebab yang tu dah all time favourite aku. Selain daripada tu mata dok loq-liaq loq-liaq kot-kot ada orang jual mercun dengan bunga api. Anak-anak dok tunggu kat rumah. Bila balik malam tu, soalan pertama depa tanya, "ada bunga api?" la...bukannya tanya aku posa macamana? Bukan tanya apa aku makan tadi? Seronokkan jadi budak-budak?

Tadi aku makan apa? Lauk Bangladesh yang sama tiap-tiap malam! Depa kata makanan tu mesti ada. Jadi aku pun makan sajalah..tak payah cakap banyak. Kalau aku kata aku dah cemuih, nanti depa kecik hati pulak...aku tak nak lah staff aku jadi small heart sebab nanti siapa yang nak kerja? Depa jugak...

Ok sorry yea, aku terpaksa lari lintang pukang lagi ni...walaupun baru pukul 12.30 malam, tapi aku nak kena check sahur pulak yang akan start pukul 1 pagi nanti....macam biasa aku sudahi dengan ucapan Vladimir Putin, "..gendang-gendut tali kecapi, dah kenyang perut jangan lupa posa nanti!" Selamat berpuasa!

Selasa, Ogos 25, 2009

3rd day posa..

(pralines pun ada tau, jangan jealous!)

(baklava aku yang disusun cantik)

(tengok nama juice tu, amacam kenal tak?)

(kamaruddin tu yang kaler kuning!)

(dah ramai dari semalam)

Horey...dah 3 hari kita posa. Aku tumpang seronok sebab bulan posa ni aku rasa perjalanan waktu memang cepat. Sat-sat dah zohor, sat-sat dah asar, then maghrib then isyak then satu hari lagi dah habis. Tak terasa pulak dah nak masuk hari keempat. Tapi part yang aku terasa tu bila jemaah untuk berbuka dah bertambah ramai. Dari 200 dah jadi 400 then 600 orang. Amboi macam kenduri kahwin anak Mak Esah!

Hari ni aku masukkan lagi gambar-gambar pembuka selera especially makanan-makanan yang famous kat middle east ni. Memang geram tengok tapi jangan dok tengok selalu. Mau kena kencing manis nanti!

Time-time macam ni aku teringat masa kecik-kecik dulu, 2-3 tahun lepas. Aku masa tu baru nak start puasa. Since aku terlampau bersungguh-sungguh nak puasa sampai semua benda yang aku terbuat, aku tulis dan balik tanya kat mama. Apa yang aku tulis?

1) kalau tampar nyamuk, batal tak?
2) kalau pinjam pensel kawan tapi tak cakap, batal tak?
3) kalau cikgu tanya tapi tak dapat jawab, batal tak?

Aku tulis kat kertas dan simpan dalam poket baju sekolah. Balik rumah, aku tanya mama. Mama gelak sakan kat aku. Mama explain dengan panjang lebar sampai mulut aku melopong! Masa aku kat Alor Setar aku selalu pergi kat depan Taman Intan ataupun Pekan Rabu beli makanan. Kalau tak pun aku pergi kat Hospital ataupun Stadium Darulaman. Suasana memang meriah masa tu. Kalau kat Penang aku pergi kat Gelugoq. Tepi pejabat pos tu. Kalau kat Melaka, ........mmmmm part ni aku lupa sebab dah lama sangat dah. All in all, bulan Ramadan masa zaman kanak-kanaklah yang paling happening sekali. Penuh dengan misteri dan magis! Kalaulah aku dibagi kesempatan, aku nak bercuti sebulan bulan Ramadan dan seminggu bulan Syawal. Sebulan Ramadan tu aku nak layan anak-anak aku saja. Pergi pasar Ramadan sama-sama, bukak posa sama-sama, pasang panjut sama-sama, main bunga api sama-sama, sahur sama-sama....tapi mengenangkan yang aku kerja macam ni, aku rasa tak mungkin lah kot. Kalau dah ada masa nanti, anak-anak aku pulak dah tak duduk rumah!

Actually aku baru balik dari Hospital Noor kat Mekah ni. Melawat colleague aku yang tiba-tiba nak rebah, sakit dada semalam. Dalam sakit-sakit tu dia talipon aku mintak bantuan. Masa tu dah pukul 2 pagi. Nasib baik aku tengah dok ronda untuk sahur. Dapatlah tolong apa patut. Dia masuk emergency semalam jugak. Quarantine kat ICU untuk 2-3 hari lagi. Esok kena buat ECG lagi sekali. Alamak, serious jugak nampak gaya. Beberapa kali aku talipon dia hari ni bertanya khabar. Bunyi ok tapi nada agak berat. Aku tak boleh masuk ward tadi tapi cuma sempat tanya apa dia nak makan atau minum. Aku beli air dan makanan sikit kat dia dan wife dia. Kesian jugak aku kat dia. Aku doakan semoga dia cepat sembuh dan kembali ceria melayan aku minum kopi.

Cerita kat atas tu memang cerita benar. Tak ada tokok tambah. Moral of the story is, kesihatan mesti dijaga dan jugak, kebanyakan penyakit kita ni berpunca daripada makanan. Bak kata orang Jawa, "You Are What You Eat!" Selamat berpuasa!

Isnin, Ogos 24, 2009

2nd day puasa

(yoghurt al marai memang number 1 in the world!)

(menu sahur penuh kat dinding kitchen aku)

(satu daripada salad yang ada)

(hummus yang dibuat daripada chick peas)

(favourite aku untuk kembangkan badan - potato salad)

Semalam ada aku cakap yang aku sahur makan yoghurt. Maka nilah 2 peket yoghurt yang yummylicious yang aku dah telan tu. Sungguh mengenyangkan perut aku. Jadi kepada surirumah-surirumah yang tiba-tiba teringat nak diet atau teringin nak kempiskan perut suami, aku cadangkan bagilah makan benda ni tiap-tiap hari masa bersahur. Sah turun 5 kilo di penghujung Ramadan. Tapi hati-hati sikit. Mungkin pada hari ke 23 anda akan dibaling dengan yoghurt-yoghurt ni semua....jadi, berhati-hatilah!

Hari ni jemaah dah bertambah lagi. Maka dengan itu, makanan dan minuman aku pun kena lah bertambah. Preparation berjalan lancar sebab semua orang dah tahu apa nak buat sepanjang bulan Ramadan ni. Hasil kerja dari tahun lepas dan pengalaman sudah. Nasib baik "post mortem" tahun lepas ada lagi. Last year masa aku cerita kat sorang american professor pasal food preparation, dia terkejut bila aku sebut pasal post mortem! Professor tu tanya aku macamana aku prepare makanan untuk 2000 orang dan macamana aku buat menu planning untuk cater semua jemaah haji satu dunia? Pergh part tu memang aku pening, memang banyak planning kena buat. Menu untuk africans lah, menu untuk asians lah, menu untuk middle eastern lah....mana dengan jalan nak masuk mekah ni ditutup lagi. Memang pecah kepala nak pikirkan benda tu semua. Kadang-kadang stok tak boleh masuk mekah dalam 1 kilometer radius...jadi kami terpaksalah usung ramai-ramai. Termasuklah aku sekali. So paper yang aku buat explanation sebanyak 14 muka surat tu dah pun aku hantar ke Universiti berkenaan. Tah dia publish ke tidak aku pun tak tahu. Professor tu dari School of Hospitality. Katanya nak bentangkan pada student. Jangan bentangkan kat kabinet sudah!

Dinding kat kitchen tu penuh dengan menu untuk Iftar dan Sahour. Macam-macam ada....tiap-tiap hari kami tukar. Macam semalam aku letak kabsah ayam, tapi hari ni aku gantikan dengan itik. Jangan tak tahu, itik pun salah satu daripada specialty kat sini. Mana depa bela, jangan tanya aku sebab sepanjang aku kat sini dah 2 tahun setengah, aku tak pernah nampak lagi orang ternak itik ataupun depa jual kat supermarket. Kalau ada, nak jugak aku cari telur itik buat telur masin....ish...bulan puasa ni teringat kat telur masin lah pulak! Sapa-sapa nak datang tu bawak lah 2-3 bijik kat aku yang tengah dok meleleh air liur ni yea..

Demam dah kebah. Pagi ni aku bangun awal walaupun aku tidur lambat malam tadi. Sebabnya aku berskype dengan anak-anak dan aunty. Horey......Marina asyik menari je...aku happy tengok dia menari sambil sebut "oh shiri.....puri-puri" Aku gelak sakan! Apa makna dia, biar kami saja yang tahu. Heh3...Sempat aku bersembang dengan semua orang. Lega dapat dengar suara dan tengok muka anak-anak dan aunty. Hilang rindu. Rasa dah lama sangat duduk kat sini. Kira-kira balik, alamak, baru seminggu!

Malam ni apa aku makan? Bawal goreng, nasi putih sejemput, cabai potong dengan bawang. Tu saja. Macam biasa, aku tak tahu nak makan apa lagi dah! Sahur nanti? Heh3...youghurt al marai lah...apa lagi! Selamat berpuasa!

Ahad, Ogos 23, 2009

1st day puasa

(thermometer made in china...boleh percaya ke ni?)

(keadaan luar Haram masa nak bukak puasa tadi)

(Adil tengah bersilat dengan ayam)

(horey-horey sambil buat arabic coffee)

(tengah repair printer aku)

Semalam sehari sebelum kita berpuasa, tiba-tiba badan aku jadi seram-sejuk balik. Bukan takut nak puasa, tapi aku dah rasa macam nak demam. Ish...kacau ni! Part yang aku tak suka sekali, bila rasa nak demam dekat-dekat nak masuk Ramadan dengan musim Haji. 2 bulan ni lah condition aku nak kena tip-top tapi masa ni jugaklah dia mai macam-macam penyakit. Telan ubat segenggam....puas....sambil aku berlari anak cari pharmacy beli thermometer made in china. Check punya check, temperature aku berada dalam keadaan segar-bugar....lega sikit...

Tadi masa nak bukak puasa, dalam jam 6 petang, aku sempat snap gambar dari tingkap kedai kopi aku. Saja nak tunjuk keadaan Haram kat pembaca semua. Meriah jugak. Polis ramai, semua pakai mask. Kawasan yang dah jadi hitam tu ialah kawasan perempuan nak sembahyang dan bukak puasa. Diasingkan dari lelaki. Depa pakai abaya, tu yang jadi gelap sikit.

Dalam gundah gulana tu, aku sempat round tengok budak-budak aku punya preparation. Kalut depa bila aku bagi forecast berapa ramai nak makan malam nanti. Adil tengah dok bersilat dengan ayam kat dapur. Satu lagi pulak gambar penyamun-penyamun semua dok prepare arabic coffee sambil dok nyanyi lagu "Sua Suey Kemuning!" Heh3...hampa ingat dak cerita tu?

Last but not least, Omar dengan Inam dok bertungkus-lumus repair printer aku yang semput sebab nak puasa. Lama depa kerjakan printer tu...last sekali dapat jugak depa repair dan aku senyum sebab dapat print forecast aku! Sebelum depa keluar dari office aku yang sekangkang kera tu, aku sempat nyanyi lagu, "You're Simply The Best!" Depa blurr!

Bila masuk bulan Ramadan, aku teringat kat arwah nenek aku yang aku panggil Mak. Dalam mata kelabu tak berapa nampak, sempat jugak dia buat bengkang roti kat kami adik-beradik. Pakai dapur arang lagi! Kelas....Bakar sabut sikit, then voila...bengkang siap...huh terkejut? Actually aku lupa macamana Mak buat, yang aku ingat cuma dapur arang dengan sabut nyoq! In fact aku sendiri pun terkejut. Heh3...

Dulu bila bulan Ramadan, aku selalu akan listkan nama-nama orang yang aku akan hantarkan kad raya. Seronok sungguh. Adalah dekat 15 orang, pakcik lah...makciklah...sepupulah...macam-macam ada...lekat stem 15 duit, esok boleh pos. Then tunggu pulak balasan. Masa dapat tu bukan main seronok lagi. Siap lawan sapa dapat paling banyak. Since akulah yang paling kecik dalam family, akulah yang paling sikit dapat! Masa kat Penang tahun 70 an dulu, aku selalu potong (buat seluar orang Utara kata potong seluar!) seluar kat tepi Kassim Nasi Kandar dekat-dekat Supermarket Gama. Tak tidur lena aku 2-3 malam sebelum tu sebab dok pikir macamanalah gamaknya seluar aku nanti. Aku buat seluar bell bottom siap boleh sapu jalan. Seluar kotak-kotak lagi! Baju lengan panjang kaler merah ang-ang...dah dekat raya bila pergi ambik seluar, malam tu jugak aku pakai round satu rumah. Esok pagi orang pakai baju Melayu, aku pakai seluar bell bottom dengan baju merah menyala tu...macam biasa, Mama ketap-ketap bibir! Heh3...

Since seluar dapat sehelai saja, tiap-tiap hari aku nak pakai seluar tu. Sampai hancur! Bila lagi aku dapat seluar baru? Raya tahun depan pulak! Heh3...sekarang ni aku tengok anak-anak aku pun sama. Seronok bila pergi shopping raya dengan anak-anak. Bila aku berkenan, depa mulut muncung. Bila depa berkenan, aku pulak mulut muncung...last sekali aunty pesan, depa yang nak raya...bukannya kita....aku tersedar balik dan cepat-cepat betulkan balik mulut muncung aku. Maklumlah kat KLCC...nanti orang tengok malu....yang si kecik pulak, alahai...banyaknya baju perempuan. Nasib baik dia kecik lagi, main pakai saja apa yang kami beli. Tu pun bila Wiwit nak suap dia makan, selalu dia cakap, "Tak nak makan, nanti gemuk!" Huh? Baru 3 tahun dah pandai jaga badan? Ok, selamat bersahur yea...aku baru lepas bersahur ni. Makan yoghurt Al Marai 2 peket..."Tak nak makan, nanti gemuk!"

Jumaat, Ogos 21, 2009

Selamat berpuasa

(tengok sendiri kawasan sekitar Haram yang lengang)

(pandangan sisi pun lengang)

(ni Samir budak Burma tapi tak mengaku. Heh3..)

(syahdu bila tengok)

(aku snap dari tingkap kedai kopi aku)

Aku nak mengambil kesempatan yang tak seberapa ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam amnya dan semua pembaca blog aku khususnya. Semoga ibadah kita pada kali ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Aku mintak janganlah kita membazir tak tentu hala. Selalunya macam tu lah kita. Belanja berlebih-lebih. Tiap-tiap tahun buat baju melayu baru. Tukar curtain baru dan makanan untuk berbuka dan bersahur selalunya mewah. Alhamdulillah kalau mampu dan tak membazir, janganlah sebaliknya!

Aku kat sini, persiapan untuk berbuka puasa dah pun kami buat. Malam ni selesailah kot dengan decoration sekali. Restaurant aku boleh masuk 850 orang sekarang ni. Eh, ni restaurant ka ballroom ni? Memang besar capacitynya. Sekali tinjau dikawasan Masjidil Haram, kemeriahannya kurang sedikit dari tahun lepas. Orang tak berapa ramai sebab penyakit tu memang menular dengan cepat sekali. In fact hari ni front page paper Saudi pun ada bagitahu yang jemaah Haji dari Egypt mungkin akan dikurangkan. Bayangkan jemaah dia yang berjumlah 80,000 tu....itupun kalau penyakit tu tak dapat dibendung. Aku berdoa agar situasi akan pulih cepat dan kedatangan dan keselesaan jemaah terpelihara.

Cuaca memang panas, sepanas hati aku yang sentiasa panas ni. Aunty ada bekalkan aku dengan ikan masin jeruk special yang dia buat sebotol kat aku. Aku akan makan sikit-sikit ikan masin tu nanti. Hari ni gigit sebelah sini, esok gigit sebelah sana, lusa gigit sebelah situ dan dalam seminggu baru habis satu hiris kot...heh3...teh tarik aku tinggal lagi 2 peket kot. Hari tu aku beli MILO 3 In 1. Punyalah semangat beli kat Hero. Semalam masa aku teringat nak minum MILO, rupa-rupanya aku terbeli MILO and Cereal! Adohai........apalah nasib aku! Labu betul!

Sekali lagi untuk semua yang aku hormati dan sayangi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramada Kareem!

Musim hujan..

Penyamoons buat gila kat airport KB! Semua gambar ni masih berkisar dengan cerita yang dipaparkan pada minggu lalu. Cuma kali ni saja a...