Rabu, September 30, 2009

Pesanan Penaja!

(3 stooges)

robin hood ampang)

(baju yuya basah sebab main ice skating sebelum tu, bukan dia bocor!)

(penawar rindu..)

(horey-horey time)

Hari Raya yang lepas, macam aku dok cerita hari tu, anak-anak aku semuanya dok horey-horey seminggu. Aunty ikut suka depa nak pergi mana pun. Seminggu tu lah depa dapat kenakan aunty. Lepas tu dah tak ada masa lagi dah. Habis satu KL depa ajak aunty jalan-jalan. Aku yang kat sini, sedih dengar cerita. Kalau tidak, seminggu tu akulah yang akan jadi driver. Nak pergi makan maggi goreng lah, nak makan pasta lah, nak makan japanese food lah, klcc lah, rumah mak long dengan mak chak lah, one utama lah, bola lah...masa tu memanglah kita akan letih, tapi bila ingatkan balik, alamak, bestnya dapat bagi depa happy.

Bila dah duduk jauh-jauh macam ni barulah terasa. Part nak raya tu aku tak kisah sangat sebab dah berbelas raya dah aku tak raya pun...tapi bila dah ada family sendiri ni, memang nak lah beraya dengan anak-anak dan isteri tapi dah kerja aku macam ni...nak buat macamana? Sekali lagi aku nak pesan kepada sesiapa yang ada keluarga dan ada anak-anak, jagalah depa dengan baik. Malam-malam tu kalau boleh, have dinner together. Weekends pulak just spend that 2 precious days together. Anak-anak memerlukan kita. Kadang-kadang aku sedih bila tengok mak-bapak terlampau sibuk sampai tak ada masa langsung nak check homework anak-anak atau pergi ke sekolah jumpa cikgu-cikgu bertanya khabar prestasi sekolah anak-anak. Jangan macam tu....nanti menyesal tak sudah! Pesanan penaja ni aku tujukan pada aku jugak. Tapi selalunya, bila aku balik KL, aku akan pergi jumpa cikgu sekolah kebangsaan. Pergi jumpa ustaz dan ustazah sekolah ugama. Pergi jumpa coach bola dan mak-bapak yang lain yang selalu hantar anak-anak depa main bola dengan CIMB-YFA tiap-tiap Sabtu dan Ahad. Pergi jumpa pak haji bas sekolah dan ramai lagi. Bukannya apa, bila kita susah nanti, depa ni jugak yang akan tolong tengok-tengokkan anak-anak kita. Malam-malam tu spend lah masa dengan depa. Tepuk-tepuk lah ponggong depa bagi tidur macam mak-bapak kita dok buat kat kita dulu.

Anak-anak ni cepat membesar. Nanti dah besar baru nak cakap, "I should have done that..." pun tak guna jugak sebab dah lambat. Aku emotional ni....bukan pasal apa, sebab aku duduk jauh....jadi pada yang ada anak-anak dan isteri depan mata, "do take good care of them...". As for me, "I love my family!" Tsk...tsk...tsk...

Selasa, September 29, 2009

Lega sikit

(dinner aku..jangan jeles yea!)

(dah 75! Yahoo......)

(rambut sebelum aku buat magic)

(masa tengah buat magic)

(result after magic...10% discount, aunty mesti jealous nih...)

Semalam aku malas sungguh. Apa pun aku tak buat. Tak keluar bilik pun. Oops ada jugak keluar bilik sebab staff aku cari training room key yang tak jumpa. Bila aku turun cari baru jumpa! Makan, tidur, lepak, skype dengan anak-anak, baca paper, baca buku, baca blog yang banyak aku miss, golek atas katil, golek atas lantai dan ada satu benda yang paling berharga aku buat semalam.....chat rambut...heh3...tengok gambar aku. Dah discount 10%!

Tadi petang masa tengah mengenang nasib sambil tengok Haram dari tingkap kedai kopi, aku dapat satu panggilan dari Azam. Ada aku masukkan gambar Azam dulu. Azam dulu hantar serondeng kat aku. Ala...serondeng yang number 1 in the world tu! Azam ajak aku pergi Raya rumah dia. Thanks a lot Azam sebab ingat jugak dia kat Uncle. Anyway, Uncle ada nak jumpa tetamu penting malam ni pukul 9. Apa kata, Azam pulak datang sini? Amacam? Kita pekena teh ka....makan-makan ka....let me know when you are available ok!

Aku setkan training program untuk bulan October nanti. Daily, weekly etc. Semua lengkap. Next week start. Heh3....jangan lari ya penyamun-penyamun semua......aku "starlight" kat dahi nanti! Cerita pasal "starlight" ni aku teringat masa aku Form 2 dulu. Bila kena panggil dengan senior asyik-asyik kena starlight kat dahi. 2-3 kali tu okay lagi tapi kalau dah sampai 37-38 kali, mahu berbirat dahi aku. Lekat jari depa kat dahi aku...ada sorang tu memang dari dulu selalu belasah aku. Ada saja yang tak kena. Mungkin masa tu badan aku besar kot...Aku pun janji yang aku akan cari dia dan balas dendam lepas sekolah nanti. So bila lepas sekolah, aku pun melilau lah satu KL cari budak ni. Central Market la...Chinatown lah...Klang Bus Stand lah..Sungai Wang Plaza lah...habis aku cari. Sampai kat Bangkok Bank aku pusing. Tak jumpa-jumpa jugak. After a few years, aku ada berjumpa dengan budak-budak batch aku dan aku ada tanya kat depa samada senior yang aku dok cari bertahun-tahun tu ada lagi ke tak? Depa dengan perlahan cakap kat aku, "Uncle.....senior yang Uncle dok cari tu dah meninggal dah....". Pedepang.......rasa macam dahi aku kena "STARLIGHT" lagi......aku terus mengucap dan perlahan-lahan aku hadiahkan dia Al Fatihah...

Ahad, September 27, 2009

Blissful Sunday...

(sunday morning....a cup of hot coffee..warm croissant and danish...what else can I ask for!)

(terjumpa kat tepi rumah Samir)

(choco mousse on display)

(zuhail the pizza man..)

(zuhail and the paparazzi!)

Finally....selepas bertungkus lumus selama hampir sebulan setengah...."Dengan ini Pemegang.........mengistiharkan, bahawa hari Ahad, 27hb September, 2009, Uncle OFF!"...horey...horey...Horr liao...! Horr Yea.....! Horr licks...! Lega. Memang aku lega. Dah lemah kepala lutut aku ni. Dah letih badan aku. Dah lesu pinggang aku. Kerja pulak sampai 16-18 jam satu hari. Kalau aku ada overtime ni, memang kaya aku. Boleh naik Business! Ada kawan aku yang baru balik KL tu, naik Business Class. Banyak dia goreng kat aku. Ada Lounge lah...kerusi besar lah...boleh tidur baring lah...makan kat lounge sampai kembong perut la...boleh bawak sampai 50 kilo lah...takpa...takpa kau Nyamok. Esok aku call MAS kat Jamjoom tu. Aku upgrade ticket aku ke Business Class lepas Haji nanti. Heh3...aku pun nak merasa jugak travel macam orang kaya-kaya. Lagipun Enrich Points aku pun tak pernah pakai. Ala Enrich yang ciput tu. Aku rasa kalau KL ke Ipoh pun tak cukup lagi kot!

Aku tak mandi lagi ni...heh3..bahagia rasa! Aku ingat, sejak aku ada laptop ni, tv tu tak pernah pulak aku bukak. Entah-entah dah ada channel TV3 pun aku tak sedar! Malam tadi aunty pergi gunting rambut dengan Marina kat Bukit Bintang. Kedai kat tepi rumah ada saja nak pergi yang jauh..so 2 orang wanita yang paling dekat kat hati aku pun pergilah kat salon. Marina katanya tak berkelip-kelip mata tengok rambut aunty...habislah aku nanti! Aku ingat nak hantar Marina dengan abang gunting rambut kat kedai mamak yang sama..aunty katanya ada wedding to attend. Kelas...

Malam tu aku sempat berskype dengan aunty sekejap. Lama tak tengok aunty, rindu pulak. Aunty tunjuk kan aku rambut baru dia, aku cakap cantik...aunty tunjuk baju yang dia pakai pergi wedding tadi, aku cakap cantik...aunty tunjuk make-up dia, aku cakap cantik...sebelum aku habis skype, aku sempat cakap kat aunty, "you look beautiful tonight!", ala-ala Eric Clapton.....

Sabtu, September 26, 2009

Raya di Mekah Final Part

(moped yang ikat kat wayar letrik...kelas...nasib baik sini tak hujan!)

(since aku pergi siang, lampu lip-lap tak nampak)

(masih ada penghuni tu...AC masih tetap ada! Ala-ala AC disini!)

(mural lukisan Van Gogh yang hilang dari Louvre!)

(pandangan sisi ala-ala Bukit Antarabangsa)

Ni lah part yang aku paling sedih dalam dunia bila nak cerita apa-apa pun buat kali terakhir..tsk...tsk...tsk...bukan pasal apa, tapi sebab aku dah nak balik hotel lepas penat berjalan...aku ulang, penat berjalan...bukan penat beraya! Letih aku nak sampai rumah si Samir ni...mengalahkan aku lawan rugby dengan Royal Infantry Regiment New Zealand kat Padang Utara dalam Cobra 10's dulu tahun 89'....dalam game tu kami kalah dan aku main fullback...(kalah tu dah memang boleh agak dah..). Masa aku lumba lari dengan Sebastian Coe dulu (la ni Sir dan main organiser untuk London Olympics) pun tak teruk macam ni. Nak kata long distance, tak long distance, nak kata sprint pun tak jugak. Nak kata steeple chase pun tak reti aku nak habaq bagi...semua dalam satu!

Dalam perjalanan menuruni lurah dan belukar tu aku terserempak pulak dengan satu "moped". Supaya tak hilang dicuri, depa ikat kat wayar letrik. Nasib baik sini tak hujan. Kalau tak memang sah esok pagi nampak mayat satu dok atas moped tu...memang kelas....tak payah pakai alarm, tak payah pakai chain lock! Kalau berani, angkut....dalam dok berjalan tu jugak aku tengok satu dinding tu penuh mural depa lukis pasal hari raya. Creative sungguh depa ni. Lukisan simple melambangkan ketokohan depa. Kalau kat Paris dah boleh masuk Louvre sebelah menyebelah dengan Mona Lisa, tak pun "The Last Supper!"

Selit pasal Paris ni, aku memang kagum betul dengan ketokohan depa melukis. Padahal location depa cuma kat tepi sungai, tapi lukisan, pergh...kelas...memang hidup. Sama macam kat Phuket jugak. Tangan kiri pegang gambar, tangan kanan lukis terus atas kanvas....samalah dengan kita kat Central Market (dulu Pyan Habib pun ada). Cuma bezanya kita, lukisan ni kurang mendapat sambutan...mungkin kita (termasuk aku sekali) kurang ataupun tak berseni. Aku sebenarnya kagum dengan pelukis-pelukis ni. Ada skill dan bersungguh-sungguh. Macam Allahyarham Datuk Ib! Aku pulak....dari dulu sampai la ni dok lukis orang lidi....aunty gelak mengekek-ngekek tengok aku lukis. Dia cakap tak ada bezanya lukisan aku dengan Marina! Anyway, being a positive person, I took it as a compliment....ARIGATOU.....

Samir laju bawak aku balik. On the way back tu, ada budak Steward pulak jerit nak pergi Jeddah...nasib baik Samir tak angkut budak-budak tu, kalau tak, sampai Jeddah aku petang tu. Kelebihan depa yang ada kereta kat Mekah ni especially budak-budak aku, sebelum balik rumah lepas kerja, depa angkut sekali jemaah pergi Tanaim macam teksi sapu. Satu jam dapat sampai SR100! Patut Samir tak mahu kerja kat tempat lain dah...dia cakaplah mak dia tak bagi lah...auta focus sungguh budak ni. Sampai kat bilik, aku telan panadol sepapan, antibiotics 13 bijik, minum air 2 gelen dan terus tidur!

Jumaat, September 25, 2009

Raya di Mekah Part 2

(semua ada AC)

(tu hotel Fairmont yang nak naik)

(rumah samir and the 11 rooms)

(samir ada kambing, kan aku dah cakap!)

(aku dengan farid - pandai buat jus kamaruddin ni..)

(samir dengan adik dia farid yang aku jumpa kat lorong bawah tadi)

(farid pun karat jugak - banyak makan sireh)

(nampak AC kat kanan tu?)

(berapa banyak pintu dah...)

Depa ni kalau jamu makan ka, minum ka, memang tak ingat dunia punya. Masa aku naik kereta aku dah pesan kat Samir yang aku tak nak makan. Samir tanya pasal apa? Aku cakap aku nak langsing macam dia. Dia gelak...nampak gigi karat dia sebab banyak makan sireh! Heh3...Dia sms kat family dia yang aku tak nak makan. Aku faham yang selalunya depa memang besar hati dapat jamu tetamu. Tapi macamana aku nak makan kalau aku tak boleh nak makan? Dah lah tak sihat, buat aku pening kat situ tak kacau? Bukan senang nak usung aku turun tangga yang macam cerita "Indiana Jones - Temple of the Doom" tu. Setakat kuih dan biskut, aku on....Samir bagi aku minum Bepsi yang kami beli masa nak naik tadi. Kena 2 gelas....burp....dia tuang air sejuk kat aku, kena 2 gelas....burp...dia tuang arabic coffee, aku kena 2 cawan...burp...dia tuang pulak teh susu, aku kena 3 gelas, burp...lega! Kembung perut aku.

Kami duduk sambil bersembang pasal perbezaan budaya. Aku tanya Samir apasal dia tak nak kerja luar Mekah? Dia cakap mak dia tak bagi. Kelas......Rata-rata kalau aku tanya kat depa yang duduk kat Mekah ni pasal apa depa tak kerja kat tempat lain? Depa kata depa senang duduk sini. Aku heran...mungkin pasal perbezaan background yang buatkan depa tak nak keluar. Depa in fact tak pernah keluar pun. Aku tanya depa apa depa buat masa free? Samir cakap, lepak, sembang-sembang, bawak kereta, pergi Jeddah...tu saja. Lainnya? Tak dak apa pun...pergh, ni kalau kat Gelugor ni mesti dah culture shock depa ni. Macam-macam aku tanya. Ada sekali aku tanya kalau aku nak sewa rumah boleh tak? Depa kata tak boleh sebab kat situ kawasan family. Bujang tak boleh duduk. Sebab nanti kacau. Aku faham maksud depa. Depa lebih selesa duduk dalam kelompok sendiri dan berkeluarga.

Pada dasarnya, depa ni hidup dengan tak payah pikir masa depan. Kalau nak kahwin, cakap kat mak-bapak yang depa nak kahwin. Then mak-bapak tolong carikan jodoh. Mak-bapak sediakan rumah ataupun bilik kat dalam rumah tu jugak. Makan-minum boleh share adik-beradik. Kerja ala kadar. Isteri memang sahlah tak bekerja. Jadi isteri depa cuma duduk rumah. Tak keluar-keluar rumah pun. Jadi selalunya depa habiskan masa dengan tidur sementara menunggu suami depa balik. Nak pergi kedai tak boleh, nak bawak kereta tak boleh, semua kena tunggu suami depa. Sebab tu aku tak nampak sapa-sapa dok melepak kat luar rumah pun..pergh....memang budaya dan latarbelakang kita berbeza sungguh. Kalau lah kita kat tempat depa dan depa kat tempat kita? Cuba bayangkan....Perbezaan ni aku buat semata-mata untuk penelitian aku sendiri. Jangan salah anggap. Kat mana-mana aku pergi pun aku akan buat kaji selidik macam ni sebabnya aku suka belajar tentang masyarakat setempat. Dulu masa kecik-kecik aku selalu dapat 100% dalam Kajian Tempatan masa darjah 4. Masuk darjah 5 Cikgu Ng cakap Kajian Tempatan tak masuk dalam Penilaian Darjah 5 tahun 1980.....kalau tak aku dah dapat 6A tahun tu! Heh3...

Khamis, September 24, 2009

Raya di Mekah Part 1

(tengok brand kereta dia...heh3...)

(kemek merata-rata...macam Samir jugak!)

(naik tangga macam cerita Ali Baba P Ramlee)

(ni lah pintu yang Marjinah conteng tu!)

(memang Kelasik Nasional tempat ni..)

Dalam aku dok demam dan sakit tekak ni, si Samir (penyamun tarbus) call aku. Hari tu ada dia ajak aku pergi Taif naik kereta F1 dia. Samir cuti tapi aku kerja, so aku cakap tak dapat ikut. Sebenarnya dalam hati aku, aku dok mengigau lagi naik kereta Honda Accord Executive dia tu! But anyway, Samir, being a nice boy, dia ajak aku pulak pergi rumah dia. Dia nak tunjuk rumah dia yang ada 11 bilik tu. Huh? 11 bilik? Aku terkejut...ni hotel ka apa ni? Rupa-rupanya dia ada 13 adik-beradik...patutlah bilik ada 11. Tu tak masuk bilik air, bilik makan, bilik lepak tengok TV dan bilik-bilik lain. Lepas sembahyang Asar, dia call lagi cakap dia dah tunggu kat bawah...aku gelak sakan....ni kat atas bukit ka, aku tanya...dia kata taklah....jengoklah kat luar tingkap, dia cakap, mesti nampak kereta F1 dia. Ah-ah betullah...dia dah tunggu kat bawah. Aku pun bukak tie, bukak jacket, keluarkan baju aku dan lari turun bawah. Samir tunggu dengan Amir. Satu lagi PT aku. Depa sengih tengok aku. Aku pun sengih tengok depa...

Lepas cilok sana cilok sini sampai kecut perut aku, Samir pun parking kereta kat tepi jalan. Samir main tinggal saja kereta kat tepi Saudi Post! SR6000 tu kereta Honda tu...mana nak dapat kat KL. Executive lagi...kalau tak percaya, tengok betul-betul gambar first tu! Aku tanya Samir, rumah kau kat mana? Dia cakap naik tangga, kona kiri, kona kanan, naik tangga lagi...mak aiii....klasik habis tempat tu. Aku suka tengok rumah-rumah yang macam ni sebab dah boleh masuk World Heritage! Aku tanya dulu kalau-kalau aku boleh ambik gambar rumah-rumah kat situ sebab aku takut kena baling kasut macam budak Iraq tu dulu! Samir kata, "Don't worry Sirrrr...this my area!" Kelas budak Burma ni.....sama macam dia cakap kat polis dulu masa pergi Umrah. Heh3...

Aku suka tempat yang macam ni. Very traditional dan tak macam kawasan perumahan kita yang teratur. Aku tak tahu nak explain macamana tapi memang aku suka. Kawasan dia kotor dan rumah dia memang tak ada plan langsung. Aku suka pintu kayu dan besi yang berseni. Rumah depa setengah papan dan setengah batu. Kereta tak boleh naik sebab terlampau curam dan sempit lorong dia. Half way through, aku jumpa Farid kat tepi lorong. Aku tanya buat apa kat situ? Farid cakap saja lepak-lepak...kami berhenti beli coke 2 botol besar sebab nanti dia nak jamu aku coke tu jugak. Sambil menapak, aku snap lagi gambar rumah orang kat kiri-kanan. Masa tu aku teringat kat Noor Azizah yang dok tanda pintu rumah orang dalam cerita P Ramlee. Aku heran macamana P Ramlee boleh tahu rumah kat Arab ni macam tu? Dia Google ka? Kelas....

Masuk saja kat rumah Samir, aku nampak beras 2 guni. Aku tanya berapa lama boleh tahan? Samir cakap dengan muka selamba, "2 weeks Sirrr" Pergh biar betul ni...then baru aku teringat yang dia ada 13 adik-beradik. Campur mak dan bapak dia jadi 15 orang. Campur kak ipar 2 orang, jadi 17 orang. Campur kucing 5 ekor jadi 22. Campur kambing sekor jadi 23 semuanya yang nak makan nasi! Patutlah....oopps aku lupa. Campur anak menakan sorang, jadi 24! Kelas....

Samir tidur bilik bawah. Yang lain semua bilik atas. Kambing dengan kucing tidur kat luar! Heh3...Oleh sebab Tok Arab ni semua tidur siang, jadi yang ada sama aku cuma aku dengan Samir saja. Yang lain semua dok tidur lagi. Besar ruang tamu dia. Boleh tidur 15 orang kalau susun sebelah-menyebelah! Ada AC setiap bilik. Tapi AC si Samir ni kalau nak pasang, kena pakai screwdriver! Macam gaya nak start kereta dia dulu jugak. Kelas....Sambil dok tonyoh dengan screwdriver, sambil dia dok sengih kat aku...sempat lagi dia tanya, "You remember this Sirrrr?" Aku tak mampu nak jawab tapi dalam kepala otak aku teringat kat kereta dia masa kami nak start enjin nak keluar dari tempat "tarik kereta" masa nak pergi umrah dulu.....kelas.....

Rabu, September 23, 2009

Sakit/Lengang

(Yahya tengah pikir, berapa unta nak jual utk hantaran?)

(nazrul islam, steward aku tengah polish chafing dish)

(most eligible bachelor in Mekah)

(fruit salad..)

(Masjidil Haram di pagi Raya)

Semalam tekak aku mengganas lagi. Laju aku mintak tolong budak aku pergi belikan ubat kat Al Nahdi Pharmacy. Nasib baik ada pharmacy kat bawah hotel ni yang dibuka 24jam dan nasib baik jugak sebab aku tahu ubat apa yang aku perlukan. Kalau aku jadi doktor, kan ka senang? Aku beli Panadol Actifast dan Augmentin. Kira ubat raya la tu! Mahalnya Augmentin. SR79 sekotak 20 bijik. Lebih kurang sama dengan KL. Hari ni rasa lega sikit tapi tekak masih lagi panas...aku pikir-pikir balik, aku tak ada pun makan lemang, rendang, nasi tomato yang semuanya berminyak tu. Mungkin weather lah kot dan kekurangan air dalam badan. Lagipun orang masih lagi ramai walaupun dah nampak berkurangan.

Semalam jugak aku ambik gambar cashier aku yang sorang ni. Nama dia Yahya. Memang baik hati dan kelakar. Rajin kerja budak ni, tak sama macam Badu yang lain-lain. Dah bertunang dan nak kahwin tahun depan. Dengan Yahya nilah kami selalu bertukar-tukar bahasa. Dia ajar aku cakap Arab, aku pulak ajar dia cakap Orang Putih. Cepat pick-up betul budak ni. Sampai masa aku nak balik malam tadi pun dia tanya kat aku, "How are you, Sirrr?". Selalu jugak Yahya ajak aku keluar malam. Dia cakap, "Sirr, we go hookah, ok? Hookah good!" dan bila dia tak nampak muka aku satu hari, next day tu dia tanya aku, "Sirrr, where is you?" Aku bantai tergelak dengar dia cakap. Tapi aku respect Yahya ni sebab walaupun semuanya tunggang-langgang tapi dia tak tahu malu. Orang macam nilah yang cepat belajar nanti....ada banyak unta ni....dia ajak aku naik kereta dia tapi aku takut sebab kereta dia dengan kereta samir dengan kereta usop santorian, semuanya dekat-dekat sama. Semua bahagian kena ikat tali rafia!

Sorang lagi budak steward aku. Nama dia Nazrul Islam. Bagus jugak budak ni. Pandai tonyoh ni...semua chafing dish dia tonyoh sampaikan fire extinguisher kat dapur pun dia tonyoh sekali. Calon terbaik untuk tonyoh kuali Cik Bedah lepas kenduri kahwin anak dia yang ke 9! Nazrul tak banyak cakap bila jumpa aku. Tapi bila jumpa kawan senegara, aku kena suruh dia tone down sikit. Sebab dia tak boleh stop bercakap. Bakal pengganti Karam Singh Walia ni kat Bangladesh nanti. Heh3...

Chef Jawed dah tunjukkan skill balik. Aku cakap aku nak gppd presentation lepas Ramadan nanti dan semua presentation mesti dalam small quantity. Aku tunjukkan gambar-gambar dari Dubai. Dia kata no problem. So, tu lah hasil Chef Jawed lepas dapat idea baru. Tengok lah hari ni apa pulak dia nak buat masa buffet nanti. Aku tak sabar nak tengok dan bagi idea baru kat dia.

Di pagi Syawal yang syahdu, masjid penuh sesak. Ramai manusia pergi bersembahyang kat Masjidil Haram. Masjid di hotel kami pun penuh sesak sampai terkeluar masjid. Kaki lima jangan ceritalah...memang tak cukup tanah jadinya. Seronok tengok keadaan kat sini.

Aku tak cuti lagi ni....amboi bloggers semua cuti tak habis-habis lagi ka? Blog hangpa semua dah bersarang tu....jangan lupa update no....

Isnin, September 21, 2009

2nd Syawal

(posing dengan baju baru)

(family photo)

(eh-eh ada lagi family photo - baju Marina, aunty jahit sendiri!)

(lepas makan laksa dan dapat angpow)

(beraya kat HQ Kak Anne)

Semalam walaupun hotel dah agak lengang, aku masih tak lengang. Pukul 5 pagi aku dah turun check persiapan untuk breakfast. Aku dah siapkan meja kat lobby untuk guests menjamah sesuatu waktu depa balik dari sembahyang Raya. Kacang, biskur, kuih Arab dll. Penuh 4 meja aku letakkan kat lobby. Untuk kanak-kanak aku sediakan beratus-ratus toys dan untuk guests wanita aku sediakan bunga ros. Tak sampai satu jam, semua dah selesai. Yang tinggal cuma meja kosong...lepas tu aku berambat kat restaurant pulak. Masih ada 800 guests yang nak breakfast. Dalam pada tu aku dapat sms yang family aku kat KL dah siap nak bersiaran langsung melalui skype. Aku lari naik bilik pulak. Sempat bersembang dengan mama, Kak Anne (President Persatuan Haji Ali), Kak Lit dan lain-lain. Sedih jugak bila tak dapat bersama dengan keluarga. Ni satu lagi pengorbanan aku untuk family aku. Cari rezeki ditempat orang...mama nampak sihat tapi kurang ceria kalau nak dibandingkan dengan dulu. Mungkin letih travel dari Penang ke KL dengan kereta. Kalau kita yang dah umur lebih 40 tahun ni pun sakit belakang, apa lagi mama yang dah lebih 70 tahun!

Mana anak-anak aku pergi semalam? Depa horey-horey kat One Utama. Aunty selalu jarang berjalan. Jadi kesempatan ini, aunty bawak anak-anak pergi window shopping dan jalan-jalan kat One Utama tanpa aku. Depa seronok pergi main kat sana. Marina katanya naik gajah yang masuk RM2 tu pusing satu One Utama. Ni bukannya Kuala Gandah...gelak mengekek-ngekek! Aku dapat bayangkan yang Marina happy sangat-sangat. Abang dengan Yuya pulak pergi main kat tempat lain. Kalau aku ada pun mungkin aku duduk kat Coffee Beans ka sambil tunggu depa habis main. Letih aku nak jalan banyak-banyak.

Semalam aku pergi gunting rambut kat lobby. Lepas habis set-up untuk dinner, aku cari peluang nak gunting rambut aku yang dah panjang tak selesa ni. Nak chat rambut aku ingat this Saturday lah kot sebab Sunday nanti aku nak ambik off. Dah 5 minggu tak cuti ni....apa aku nak buat on Sunday? Aku nak bermalas-malasan. Apa aktiviti malas tu? Breakfast kat bilik, tengok TV3 News, baca paper online, baca blog yang aku terlepas baca sebab busy, baca buku dan semestinya tengok JDrama. Kalau rajin, aku keluar sekejap dengan si Samir yang bawak aku pergi umrah hari tu. Bila dah ada family ni, aku malas nak keluar sorang-sorang. Tak semeriah masa bujang dulu. Dulu kalau off selalu melepak kat Cafe lah.... tengok wayang lah...pergi ke tempat-tempat hiburan lah...sekarang ni aku cuba tinggalkan sikit-sikit sebab rasanya dah kurang sesuai untuk aku tempat-tempat yang macam tu. Baik aku melepak kat MPH ataupun Borders. Lagi banyak faedah.

Ni aku baru lepas breakfast dengan bos aku. Kejap lagi pergi check lunch pulak then dinner aku ada 200 pax. Meriah di Hari Raya ke-2! Aku jengok jugak blog-blog yang lain.Kebanyakkan masih bercuti Raya. Tak pa....minggu depan jangan lupa tulis yea sebab aku nak baca blog masa aku off nanti!

Ahad, September 20, 2009

Selamat Hari Raya!

(marina yang aku sayang)

(semua yang aku sayang)

(marina tak tahu yang dia nak hantar aku pergi airport, abang dgn yuya dah tahu!)

(ulang tayang gambar birthday aunty)

(ulang tayang - di PD tahun lepas)

Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua serta Maaf Zahir dan Batin. Hari ni aku memang parah. Hari ni aku habis awal, lebih kurang pukul 11 malam sebab dah tak ada sahur. Lepas semuanya ok dan aku dah pesan kat penyamun-penyamun semua pasal apa nak buat, aku pun pergi minum kopi 2 cawan, jalan longlai nak balik ke bilik. Baru nak balik bilik, ada guest Malaysia talipon tanya nombor bilik aku. Dia sedekahkan 2 helai sejadah dan sehelai scarf. Aku rasa scarf tu mungkin untuk aunty kot....aku ucapkan terimakasih berbanyak-banyak pada guest tadi tu. Itu penghargaan dia pada aku. Selalunya orang bagi penghargaan sebab penerima tu dah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Jadi, aku rasa, mungkin tugasan aku dah berjaya kot...sebab tu guest tu bagi. Aku rasalah...kalau tak berjaya, aku janji yang aku akan bekerja dengan lebih kuat lagi....sebab aku masih muda trang-tang-tang!

Aku jalan balik bilik dengan longlai, aku tekan butang lif dengan longlai, aku bukak pintu bilik dengan longlai, aku salin baju dengan longlai. Aku cuba nak tidur, pusing kiri nampak muka aunty, pusing kanan nampak muka abang, pusing depan nampak muka yuya, pusing belakang nampak muka marina! Mata dok terkelip-kelip...memang sah aku tak boleh tidur. Esok Raya. Depa beraya tanpa aku lagi...parah ni. Aku termenung kat atas katil sorang-sorang....bilalah, aku nak dapat beraya dengan depa ni....la ni dah pukul 2.30 pagi. Bermakna kat KL la ni dah pukul 7.30 pagi. Mungkin dah nak sembahyang Raya ni. Anak-anak aku macamana? Ooooo tidak.......

Pelan-pelan aku bangun, muka monyok macam selalu. On kan laptop, tengok gambar-gambar lama, bukak blog orang lain, baca sikit, tak ada mood. Bukak blog sendiri. Baca sikit, lagilah tak ada mood! Sms kat aunty, dia jawab. Aku cakap skype sekarang? Dia kata ok. So sementara dia prepare, aku sambung merepek dipagi Raya ni. Nampak gayanya memang sah aku tak tidur ni. Nanti dah nak masuk Subuh. Then sembahyang subuh. Lepas tu aku terus turun pergi check breakfast terus aje lah....malas nak tidur lagi. Nanti aku ambik gambar banyak-banyak kat sana nanti. Then pergi sembahyang Raya kat Masjidil Haram. Lepas tu perang sikit dengan guests aku semua.

Aku dapat kopi Cap Hang Tuah sepeket besar. Lama aku tak minum. Sapa yang bagi? Ada sorang lagi guest terbaik aku dari KL bagi. Selalu jugak dia sms aku walaupun aku tahu dia sibuk dan berpengaruh. Dia tanya khabar. Jadi dah mestilah bila dia datang, aku jaga dengan baik..macam tu lah tugas aku dah lebih 20 tahun ni. Dok bagi orang happy saja. Bilalah aku nak happy pulak! Aku akan happy bila guest dan orang keliling aku happy. Bila depa puashati, aku lega dan seronok. The feeling is just great bila orang ucapkan terimakasih kat aku. Tak payah bagi duit ka, bagi tikit free balik kl ka, bagi lamborghini sebijik ka, cukuplah dengan ucapan terimakasih. Maka dengan itu, aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin" pada semua dikenali dan tak dikenali semoga hubungan silaturrahim kita berkekalan....

Sabtu, September 19, 2009

29th Day Posa

(ahmad albab in action)

(aku tengah bayar fitrah)

(depan abraj al bait)

(aku depan hotel)

(kawan tengah pack nak balik kampung)

Hari yang paling meriah aku rasa ialah sehari sebelum Raya. Ni lah hari yang aku suka sangat-sangat. Bukannya suka pasal apa, tapi suka pasal esok nak raya. Rumah dah siap kemas, baju raya dan baju melayu dah tersusun rapi. Makanan raya dah mula terbau-bau...ketupat daun palas, rendang ayam, kari daging, dan menu-menu lain semuanya dah tersusun dalam kepala. Buat kanak-kanak yang sebaya anak-anak aku, semua nak horey-horey pikirkan duit raya, berapalah dapat? Berapa Pak Su bagi tahun ni? Berapa Pak Ngah bagi tahun ni? Berapa pulak Pak Lang bagi tahun ni? Seronok sungguh.

Semalam aku pergi Abraj al Bait sekejap sebab saja nak ambik angin. Masuk aja dah ternampak pusat zakat. Aku pun terus pergi dan settlekan. Lepas bayar, lega. Dia cuma tanya untuk berapa? Aku jawab then bayar. Dia bagi resit dan cakap selesai. Aku ambik resit dan terus jalan. Habis cerita. Memang tak sama dengan cara kita kat Malaysia. Jauh beza sungguh depa ni buat kerja.

Aku sempat jalan-jalan kat dalam shopping complex tu sambil cuba-cuba tangkap gambar sebelum aku kena tegur dengan security kat situ tak bagi aku tangkap gambar. Heh3...ala, sikit je takkan tak boleh kot?

Ada kawan aku hari ni nak balik KL. Aku tumpang kirimkan barang sikit untuk kakak-kakak aku yang pesan hari tu. Esok barang sampai KL. Ada lip-lap lip-lap oooooo"Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin"

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...