Ahad, April 18, 2010

Memang tak sangka!

(azli di new zealand)

(marina dan beg...sama besar!)

(que lagi panjang dari pemain!)

(tengah tak sedar diri)

(aku dan azie..thanks for coming)

(azie dan aku....coming for thanks!)

Petang tadi aku mendapat satu panggilan yang amat dahsyat. Panggilan yang datangnya dari salah seorang pembaca blog aku. Aku pun ada jugak ikut blog dia. Memang menarik! Dia kata dia dah ada kat Langkawi. Aku terkejut yang dia dah sampai walaupun Azie pernah bagitahu aku yang dia akan datang ke Langkawi suatu hari nanti.

Kami pergi makan kat tempat sama yang aku sakit kaki tempohari. Bukan salah kedai makan tu, tapi memang salah aku yang makan sampai tak ingat dunia.....Aku parking jauh sikit sebab yang dekat semuanya dah jadi double parking. Ala-ala Damansara Perdana! Aku berjalan terus menuju ke kedai makan. Dalam dok berjalan, aku ternampak satu lagi kelibat yang dah berpuluh-puluh tahun aku tak jumpa. Tan, sepupu aku yang la ni dah bermastautin kat Langkawi selama lepas dia berkahwin! Tan datang dengan husband dia, anak lelaki dia dan jugak mak dia yang jugak makcik aku (suami mak dia dengan mak aku 2 beradik!). Lama kami bersembang. Berjanji yang aku akan bawak aunty dan anak-anak aku melawat depa dirumah kalau family aku datang Langkawi dimusim cuti sekolah nanti.

Masa sekolah dulu aku dengan Tan memang rapat gila. Sama-sama kayuh basikal kat Taman Intan sampailah ke Taman Nakisyah! Kadang-kadang terlepas jugak sampai ke Jabatan Haiwan...tapi taklah kayuh jauh sangat sampai ke Titi Siam kat roundabout Telok Wanjah tu! Heh3...Dulu kami sangat rapat dan kami jugak tahu rahsia masing-masing. Tan masih macam dulu. Peramah dan setiap kali aku bercakap dengan dia, aku terbayangkan yang aku darjah 6 dan dia tingkatan 1 tahun 1980 dulu!

Gambar yang paling atas tu pulak, ni lah dia Azli yang aku selalu dok cerita dulu dalam entry-entry lama aku. Budak nilah waiter aku masa kat Renaissance dulu. Budak ni lah jugak yang aku cerita jadi manager kat Tarbush Ampang Point dulu. Budak ni lah jugak yang aku suka sebab dia cepat belajar dan selalu bertanya apa-apa masalah kerja kat aku. Azli ni tak tahu malu. Azli ni jugaklah yang aku cakap pergi ke NZ untuk petik apple. Bertahun jugak dia kat sana. Simpan duit dan belajar part time sampai berjaya masuk ke universiti disana dan finally dah graduate di new zealand. La ni Azli dah duduk sana dan bekerja disana. Aku berbangga dengan Azli ni. Ni lah budak melayu yang tak tahu malu! I'm proud of you mate....tak sabar aku nak ikuti perkembangan kerjaya dia....

Manakal gambar yang lagi 2 tu adalah gambar yang sempat aku ambik dengan Azie. Banyak cerita perihal keluarga yang kami sembang. Azie dengan kisah keluarga dia dan aku pulak dengan kisah keluarga aku. Seronok bercerita. Dalam rancak kami dok bersembang, tiba-tiba aku ditegur orang. Ada sorang lelaki datang kat meja aku dan tegur. Aku blurr! Dia kata dari tadi dia dah nampak aku dan dia ikut sampai ke meja. Alamak, sapa pulak ni? Aku ni bukannya kenal orang....finally dia kata nama dia Haji Rahim (ka Rahman? Aku lupa lagi!) dan dia bagitahu yang kami pernah berjumpa di Mekah! Allahuakbar....dia ni lah yang dok bawak jemaah dari Singapore dan duduk kat Al Safwah. Kami bersembang lagi tapi masa tu aku tak bawak kamera. Kami sempat jugak bergambar dengan kamera Azie. Azie janji yang next week dia akan attachkan gambar kami bertiga kat aku untuk aku masukkan dalam blog ni.

Lepas makan tadi, aku terpandangkan sorang lagi pulak yang duduk makan kat meja sebelah. Dia senyum kat aku dan aku senyum kat dia. Alamak...mana kami jumpa ni? Dia kata mungkin kat Pelangi Hotel.....aku blurr lagi!

10 ulasan:

mama ju berkata...

salam Uncle

Wah uncle sekarang sudah jadi org femes..sana sini org tegur....kalau mama nak jumpa boleh?
Tapi mama malu kat uncle...

Kalau senang dtg kat blog mama,juga baca 'teratak Husaini'dia pengidap cancer yg berjiwa seni.Menangis membaca cerita dia..

rezeki berkata...

salam uncle

happy wekkend with family

now langkawi - KL mcm pegi kedai mamak je kan hehe

alhamdulillah, rezeki uncle di sini dan berdekatan dgn keluarga

mama uncle apa khabar ?

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Ala...pulau ni kecik! Tu yang ramai kenal tu...lagipun kat sini selalu pergi meeting dengan jabatan kerajaan setempat. Tu lah dia!

Uncle berkata...

Dear Rezeki. Last week I was there, jadi this week cuma duduk diam2 kat bilik! Teringat pulak kat depa la ni...sob3...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear uncle,

duduk diam2 dalam bilik ok...be a good boy..hahahah

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang selama ni pun saya good boy. Belum ada yang pelik berlaku lagi...heh3...ni dok nyanyi lagu "Better Man"

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Hi uncle,

dah lama kak nab tak dengar lagu "Better Man" tu...akak suka lagu tu...

kucingorengemok berkata...

uncle sekarang taraf superstar, tau!

Uncle berkata...

Dear KN.
Saya pun minat jugak!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Alahai...malunya....sebenarnya pulau ni kecik...lagipun selalu kami berjumpa dalam meeting. Tu la pasal...tapi Uncle selalu tak berapa ingat sapa Uncle jumpa....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...