Selasa, September 28, 2010

【LIVE】TUBE - 十年先のラブストーリー【2007】高画質/HQ



Dari semalam aku terasa sedikit sayu...aku cari apa sebabnya aku merasa sayu, rupa-rupanya aku teringatkan masa-masa aku berada di tokyo dulu. Aku cuba google pasal jepun dan selama beberapa jam aku tak dapat mencari jawapan yang tepat. Penat aku berfikir dan akhirnya aku teringatkan lagu-lagu jepun yang amat aku minat dulu. Aku masuk ke youtube dan cuba mencari favourite band yang aku enjoy lagu-lagunya....aku terjumpa satu kumpulan pop yang dipanggil TUBE. Pasal apa depa dipanggil TUBE tak ada kena-mengena dengan YOUTUBE! Satu yang pasti, lagu-lagunya mengembalikan ingatan aku pada jepun...satu kelebihan jepun ialah, semua lagu-lagu yang top pada waktu-waktu tersebut akan disiarkan sebagai lagu untuk commercial. Tak kiralah lagu untuk commercial ataupun iklan minuman ataupun kenderaan. Semuanya iklan-iklan tersebut akan menggunakan lagu latar yang sedang top pada masa tu. Dan salah satu group yang famous adalah TUBE. Tak terkira aku berapa banyak iklan di TV yang menggunakan lagu-lagu depa. Dari situ aku mula ter"hooked" dengan lagu-lagu jepun. Aku dapat tahu yang kumpulan ni sangat famous dengan lagu-lagu yang berunsurkan musim panas...sebagai contohnya keriangan di waktu summer dimana aktiviti-aktiviti pantai@beach activities sedang banyak berlangsung dan true enough, kumpulan ni cuma famous during summer period! Amazing....

Setiap kali aku balik kerja pada waktu malam, aku akan bukak TV dan tunggu iklan. Kalau tak ada lagu TUBE, aku akan susah hati dan tunggu sampai ke pagi...esok pagi aku macam biasa akan bangun awal dan bersiap untuk ke tokyo bay hilton. Balik malam almost midnight, bukak TV dan tunggu TUBE!

Balik ke KL aku cuba cari kaset lagu-lagu TUBE yang selalu aku jumpa di kedai-kedai lagu di ATRIA. Belakang KIMISAWA! Aku dengar, hafal dan cuba cari makna...minat aku kepada lagu lagu jepun beralih kepada bahasa jepun dan dari situ pulak aku menyambung kelas malam bahasa jepun di damansara utama. Sederet dengan balai polis damansara utama yang mana dulu merupakan tempat untuk budak-budak buat KPP. Cikgu jepun aku heran pasal apa aku minat sangat ataupun boleh aku katakan sampai "obsessed" dengan apa-apa saja berkenaan Jepun. Hubungan aku dengan aunty bertambah baik dan itu aku jadikan sebab untuk belajar bahasa jepun dengan lebih giat lagi. More to conversation....sebab aku geram tak dapat explain kat aunty apa kehendak aku ataupun selalunya maksud aku akan tersasar kalau bercakap orang putih. Aku nak cakap lain tapi aunty paham lain! Geram tak sudah....tiap-tiap malam aku dengar lagu TUBE.

Malam tadi bila aku dapat tengok kumpulan yang famous ditahun-tahun 90-an ni di YT, aku rasa puas.....aku paste kat dalam FB dan sekarang aku paste pulak kat dalam blog aku. Tahun lepas masa aunty dengan budak-budak balik kampung, the only thing that I want at that time was to have their cd's....kalau tak salah aku aunty tak dapat jumpa ataupun mungkin aunty tak sempat nak cari. Tapi aunty pandai sikit, dia pesan kat kawan opis dia yang nak balik kampung untuk carikan untuk aku. Dapat pulak....horr liao!

Dari semalam aku dok dengar lagu yang serupa berpuluh-puluh kali. Dari lupa lirik sampai dah ingat lirik balik.....ada sekali tu sebab aku nak sangat pergi sana sampai aku terpikir yang jadi penyanyi lagu-lagu jepun....kalau aku famous kat sana, tak payahlah aku susah-payah nak balik sini...heh3...mimpi lah....1-2 tahun lepas, aku terdengar lagu-lagu lama jepun yang dipanggil ENKA yakni lagu-lagu traditional jepun yang pendengar dia rata-rata orang tua. Tapi kali ni lagu-lagu tu dah jadi satu fenomena baru. Tiba-tiba Jepun dah dilanda wabak ENKA! Aku heran pasal apa jadi macam tu. Aku cari dan dok cari tapi tak dapat-dapat jawapan. Last-last aku dapat tahu ynag ada satu budak amerika duduk di jepun, fasih cakap jepun, nenek dia orang jepun dan merupakan budak yang gilakan lagu rap dok mentanyi lagu ENKA dalam rancangan TV di Jepun. Budak ni nama dia JIRO. Jiro ni kalau nyanyi, pompuan jepun yang tua-tua boleh meleleh ayaq mata....in fact bukan depa saja, aku pun sama naik! Memang menakjubkan. Suara dia, patah perkataan dia, lenggok bahasa dia, kalau tak tengok muka memang kita ingat budak jepun tapi rupa-rupanya budak amerika!!! Boleh google dan taip nama JIRO. Tengoklah kat YT dan aku pasti kalau dengar dia nyanyi, mulut kita mesti ternganga.......

Sabtu, September 25, 2010

Tetamu-tetamu aku...

(Hassan dan isteri)

(ni Medoc budak jeddah yang gila bola...kepala dia pun gila...heh3...)

(aku rasa Hassan ni sepupu Zidane kot...)

(sebelum aku hantar ke airport petang tadi)

(dia suka dengan hotel ni, staff kat sini dan service yang kami bagi...thanks Hassan...)

Dari Australia.

Macam-macam jenis manusia (tetamu hotel) aku dah jumpa selama aku bekerja ni. Ramai jugak yang masih berhubung dengan aku. Punyalah rapat, sampai dah jadi macam adik-beradik pun ada..2-3 hari lepas aku ada dapat e-mail daripada Perth, Australia. Mr. and Mrs. Manly. Seronok bersembang dengan depa ni masa depa bercuti disini dulu. Topik perbualan dengan depa berkisar kepada hal-ehwal apa yang berlaku didunia ni....agak berat topik perbincangan kami. Tapi kami seronok berbincang didalam keadaan santai dan tanpa prasangka. Manly menghantar e-mail yang agak panjang menceritakan betapa dia seronok duduk disini dan rasa tersangat relax tanpa gangguan. Lagipun lokasi kami agak jauh daripada hiruk-pikuk PC yang agak happening...(aik, happening ka?) heh3...Manly tak lupa mengucapkan terimakasih kepada aku dan mintak disampaikan kepada beberapa orang yang dia rasa dah banyak membantu secara langsung ataupun tidak langsung bermula daripada mula dia masuk (bellman) dan sampailah kepada staff yang mengemas bilik (housekeeping). Ok, thanks Manly....aku dah pun sampaikan ucapan dia kepada staff-staff yang terlibat...

Dari Saudi Arabia.

Minggu lepas jugak aku berjumpa dengan sorang budak jeddah. Memang budak sungguh rupa dia tapi bila tahu tarikh lahir dia, aku terkejut! Aku panggil dia Medoc sebab dia pakai nama Medoc untuk e-mail dia. Medoc ni memang lain daripada lain. Sakan kami bersembang di lounge. Lepas satu gelas, Medoc tambah lagi satu gelas...kami banyak bersembang pasal sukan. Aku cakap kat Medoc yang aku suka Al Shabab (pasukan bolasepak professional KSA). Medoc tak setuju dengan aku dan dia sokong Al Ahli...(kalau tak silap aku). Dalam pada dok bersembang, aku tanya dia berapa percentage gila bola dia? Medoc sengeh-sengeh dan tunjukkan tiket bola yang dia masih lagi simpan dalam dompet dia. Medoc kata 1-2 tahun lepas dia dah pergi ke Tokyo untuk tengok final Piala Asia antara Al Ahli dengan satu team Jepun yang aku dah lupa nama...

Aku dalam percaya dan tak percaya. Biar betul budak jeddah ni....Aku rasa Medoc tahu yang aku nampak was-was dengan cerita dia. Sebelum masukkan dompet dalam poket, dia keluarkan pulak "key card" hotel tempat dia duduk masa di tokyo dulu dan bil bilik yang nyata terpampang nama dia dengan jelas...kertas tu pun dah kaler kuning sebab lama sangat dia dok simpan! Kali ni aku mula percaya. Aku saja bertanya beberapa soalan lagi untuk pastikan yang Medoc ni betul-betul pernah pergi ke Tokyo. Dia bagitahu aku yang dia selalu melepak kat Roppongi! Heh3.....aku dah mula percaya cakap Medoc! Memang gila bola betul Medoc ni...dengan cerita dia yang beriya-iya, dengan ekspresi muka, kaki dan pergerakan tangan dia, memang sah si Medoc ni gila sungguh...berpeluk kami kat lobi masa dia nak bertolak balik ke airport....er...by the way, Medoc tu actually nama wine production yang sangat besar di France....aku pernah sampai kat sana dulu masa pergi Champagne selama seminggu dengan sorang lagi budak gila yang bernama fracheboud! To Medoc, insyAllah we'll meet again in jeddah...

Dari Algeria.

Yang sorang lagi ni aku suka sangat. Bukan pasal apa, dia merupakan repeat guest aku dalam tempuh cuma 2 bulan! Bayangkan dalam tempuh 2 bulan dah 2 kali dia datang menginap kat hotel ni....sekali datang pulak dia akan stay selama 10 hari...datang pulak bukannya dari Penang ataupun naik feri dari Kuala Kedah...tapi dia datang dari Algeria! Naik kapalterbang dari Algiers ke Doha. Dari Doha ke KL dan dari KL ke Langkawi....pergh...keras ponggong tu!

Nama dia Hassan. Seorang pengusaha fesyen yang selalu berulang alik daripada Paris ke Algiers. Kebetulan pulak isteri dia dari sana. Hassan berbahasa Arab, memang mother tongue dia pun, French....(sama macam tunisia dan morocco) dan jugak Spanish dengan sangat lancar sebab Spain cuma lintas laut....dekat sangat! Hassan berumur sama dengan aku. Jadi fikiran kami agak sama. Topik perbincangan kami pun sama. Sekali imbas aku tengok muka si Hassan ni macam Zidane pun ada jugak....isteri dia kata memang ada iras-iras...lagipun Zidane pun memang datang dari Algeria pun....begitu jugaklah dengan penyanyi "world music" yang sangat famous iaitu Khaled! Pun berasal dari Algeria. Aunty minat sangat lah dengan si Khaled ni...ooppsss, bukan Khaled Saleh yang berlakon tu sebab kalau yang tu memang aunty tak kenal pun! Aku ja yang kenal Khaled Saleh!

Aku ajak Hassan pergi makan di Kuah. Depa setuju. Hassan suka makan makanan pedas dan 2 bowl cili padi dia telan.....aku malas nak tanya apa jadi esok pagi tu....heh3 tapi dia nampak ok so aku rasa cili padi tu tak mengganggu usus dia....Malam tadi dia pulak ajak aku pergi makan. Kami berkereta ke Telaga Harbour. Makan di Spanish Restaurant. Aku makan specialty depa, Seafood Paella. Bersembang punya bersembang, staff kat situ pun dah pelan-pelan tutup lampu dan duduk diam-diam di meja belakang kami! Heh3...macam aku jugak dulu masa kerja kat kedai aiskrim di DJ! Pagi ni Hassan dengan kelam-kabut datang mencari aku pukul 10 pagi. Dia kata dia kena cut short the stay yang sepatutnya ada beberapa hari lagi tu. Dia kena rush balik ke Algiers sebab awal pagi tadi dia dapat panggilan kecemasan mengatakan adik dia koma sebab accident. Aku cuba uruskan tiket penerbangan dia. Talipon Qatar Aiyways dan tukarkan tarikh. Lepas settle yang tu, kalut pulak ke airport untuk tukar tiket. Nak buat online tak boleh sebab less than 48 hours. Lepas airasia, kami talipon mayflower pulak untuk "pick-up service" dia. Settle yang tu aku talipon ke RKL pulak dan bercakap dengan Lilian untuk tukar date stay dia kat sana. Pergh...lega.....Hassan pun lega. Petang tadi aku hantar Hassan ke airport dan tunggu dia sampai dia masuk ke dalam. Security kat airport yang kenal aku pun tanya, amboi....penting ka guest ni sampai you sendiri yang hantar? Aku berhenti, senyum kat abang tu dan bagitahu, "Semua guests saya VIP......tapi yang ni VVIP..." sambil berjalan terus menghala ke kereta yang menunggu!

Sabtu, September 18, 2010

Keluarga baru aku!

(dapur rumah..)

(anak2 angkat aku, Wan dan Shimah yang kehilangan kasih sayang mak bapak sejak kecik lagi...)

(keluarga baru aku. Din berbaju biru, isterinya Norah dan aku pulak terlebih tembam dengan kelebihan 3 kilo, lepas raya...heh3...)

(pandangan tepi rumah)

(depan rumah Wan)

Aku cuba mencari kesempatan dalam kesibukan hari ni untuk menunaikan sedikit niat kecil aku untuk membantu. Niat aku ni dah lama dok ada dalam kepala otak aku dan juga dalam jiwa ganas aku. Niat aku ni mula memberontak bila aku tersedar yang aku dah hampir-hampir setahun dah balik ke sini dari Tanah Suci. Keinginan untuk membantu ni dah lama wujud tapi aku perlukan masa untuk berfikir, menilai dan berbincang dengan keluarga terutamanya aunty dan of course dengan rakan-rakan pembaca yang lain..Response yang aku dapat sangat memberansangkan. Ada yang meluahkan melalui response di blog dan tak kurang juga yang menghubungi aku melalui e-mail dan menyatakan pendapat depa. Aku ucapkan jutaan terimakasih. Lama aku berbincang dengan aunty pasal hal ni dan kata sepakat dah dimeterai. Aku akan membantu....la ni ahli dan bilangan keluarga aku dah bertambah....

Petang tadi aku dan sorang kawan aku pergi membeli-belah kat kedai disini. Memang puaka sungguh pulau ni....masuk saja, ada....saja orang yang aku kenal! Depa tanya awat aku beli barang banyak sangat? Macam nak meniaga pun ada jugak...aku sengeh kerisin tengok depa manakal tokay kedai pulak dok renyeh kerisin tengok muka aku....tak sabar nak ambik duit aku, heh3...takpalah...rezeki dia...

Lepas beli, kami terus menuju ke rumah Ridhuan. Aku dah bagitahu kat Wan melalui kawan aku yang aku akan sampai petang nanti sebelum maghrib. Wan talipon balik dan bagitahu, "Saya tunggu Pakcik...". Sesampai kami kat rumah Wan, semua 7 orang adik beradik dah dok menunggu aku. Sayu aku tengok depa. Tak ada apa yang berubah dalam rumah depa. Sama dengan lawatan aku tempohari sebelum raya. Apa nilai raya kat depa? Aku termangu! Aku duduk bersembang dengan abang ipar Wan yang bernama Din. Sorang lelaki berusia 35 tahun. Din bagitahu aku yang dia la ni sedang menyara isteri, 3 orang anak, Wan dan Shimah. Shimah pulak merupakan kakak Wan yang berusia 25 tahun. Shimah tak bekerja sebab Shimah adalah sorang anak yang agak istimewa. Wan tak bagi kakak dia kerja sebab pertuturan dan pergerakan Shimah agak terbatas. Aku sayu lagi....aku cuba bandingkan antara aku dan Shimah...dalam diam aku bersyukur...

Din bagitahu kat aku dengan pekerjaan yang tak menentu, Din terpaksa "pekin" @ berjimat-cermat untuk belanja sekolah anak-anak sendiri dan juga Wan yang masih bersekolah di tingkatan 4 serta isteri, shimah dan sorang lagi anak yang masih belum bersekolah. Aku tabik kat Din sebab dalam umur yang sangat muda belia, Din adalah sorang abang, suami dan abang ipar yang sangat bertanggungjawab. Din terpaksa bersusah-payah mencari rezeki yang tak menentu tadi untuk semata-mata memastikan keluarga dia ada makanan untuk dijamah...masyAllah, apa dah jadi dengan aku ni? Awat baru la ni baru aku terniat nak membantu? Awat bukan dari dulu? Awat aku tak teringat akan kesusahan orang lain? Selama ni aku dok makan kat hotel, di restaurant-restaurant yang berhawa dingin, menggunakan pinggan-mangkuk yang berjenama, kadang-kadang ada pulak orang yang tolong hidangkan....terkadang pulak sampai beratus-ratus harga dia....kalau tak ribu sekali makan....masyallah....selalunya aku ingatkan yang aku ni susah...tapi mata aku buta...hati aku buta...dan fikiran aku pun buta lagi tuli! Aku tak tengok sekeliling aku....aku tak menjengok sedara sesama aku yang sewaktu aku makan waffle untuk breakfast, depa mungkin tak makan apa untuk pergi kesekolah....sewaktu aku makan tengahari di Japanese Restaurant, depa mungkin cuma meneguk air paip untuk mengenyangkan perut supaya tak perlu makan nasi sebab tak cukup duit dan bila aku makan malam di Restaurant Arab, mungkin adik-adik aku yang lain terpaksa berkongsi sekor ikan temenung dengan 7 orang adik-beradik depa yang lain!! Allahuakbar!

Aku tengok barang-barang kat dalam rumah tu menurut kata Din, adalah hasil daripada pemberian orang yang bersimpati. Bumbung, bocor sana-sini kalau hujan....peralatan rumah, ala kadar.....ish....pasal apa aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada la ni? Aku tanya samada Wan dan Shimah ada mendapat sumbangan ataupun bantuan daripada jabatan kebajikan masyarakat dan katanya bantuan cuma selama 6 bulan tapi kemudian dihentikan. Pasal apa aku tak siasat lagi. Din ada jugak bagitahu yang tuan tanah dah pun berura-ura nak ambik balik tanah tu...dan depa tak tahu nak pergi kemana lepas ni...aku jadi blurr!

Wan berminat nak belajar perihal electronic dan kami berbincang tadi dan mengesyorkan pada Wan supaya dia habiskan belajar sampai ke tingkatan 5 dan kemudian kalau masih berminat, nanti boleh diusahakan ke Pusat Giat Mara. Kalau tidak pun aku harap dapat diserapkan kat mana-mana hotel yang ada disini....aku rasa untuk Wan tak ada masalah...tapi la ni yang jadi masalah cumalah Shimah...aku masih buntu tak tahu macamana nak bantu Shimah...

Isnin, September 13, 2010

Raya sungguh aih...











Kesempatan untuk berhari raya aku gunakan sebaik-baiknya. Sehari sebelum kita menyambut hari raya, aku sempat melawat ke kubur arwah mama. Buat apa-apa yang patut. Sayu aku rasa sebab inilah kali pertama aku berhari-raya tanpa kedua-dua mama dan bapak.Sehari sebelum, persikataran di kawasan situ agak lengang. Tapi aku rasa the actual day especially lepas sembahyang raya mesti berduyun-duyun orang akan berziarah ke kubur.

Anak-anak aku semuanya dok horey-horey sebab inilah buat pertama kali aku dapat beraya dengan depa selepas beberapa tahun. Seronok sungguh depa dan akupun tumpang seronok sama. Heh3...taklah banyak sangat tempat yang kami pergi. Cukuplah setakat melawat kakak-kakak aku dan abang aku yang memang duduk kat kl ni pun. In fact kuih raya pun aku tak buat. Cuma beli saja sebab aunty sibuk dok buat baju melayu abang, yuya dan buat sekali baju kurung marina. Happy sungguh depa dapat baju baru. Mama depa pulak yang tolong buatkan. Bengkak mata aunty sebab dok buat baju marina sampai pukul 4 pagi! Kesian kat aunty....aku appreciate sungguh ketekunan dia dalam menjaga kami sekeluarga...mana aku nak cari? Tak boleh jumpa kat tempat lain kalau macam ni...heh3....

Petang tu pulak aku sempat bertandang ke kedai bunga. Sekali ni aku dah pandai sikit pilih bunga. Maklumlah dulu masa kat Shangri-La aku ni florist sat....ingat tak beberapa tahun lepas aku bawak balik 2-3 bouquet bunga carnation pelbagai kaler dan kononnya nak hias rumah lah then last-last aunty kata, bunga-bunga ni kalau kat jepun cuma untuk letak kat kubur.....heh3....oleh kerana aku teringat peristiwa hitam tu dan tak mahu sejarah hitam berulang kembali, sekali ni aku beli orchid dengan roses. Memang cantik. Tak lah banyak tapi cukuplah untuk memeriahkan acara untuk beberapa hari ni...masa aku bawak balik, aunty senyum tengok aku...mungkin dia kata kali ni aku dah terra! Heh3...Bila sampai rumah, kalut dok cari flower vase pulak...yang ada cuma 2. Tu pun batang yang halus-halus dan cuma layak untuk jolok 3-4 batang bunga ros! Pulak dah!!! Nasib baik kami dah selongkar satu rumah dan jumpa vase yang kami dapat masa kami kahwin 13 tahun sudah....yang tu lah yang kami pakai sampai ke hari ni dan bunga pun habis layu dah semua....

Aku ada cakap yang aku akan ke rumah TSSJ masa raya nanti dan itulah rumah yang pertama aku sampai. TSSJ dok tunggu kami kat atas sambil dok bersembang dengan sorang sasterawan negara. Pelan-pelan aku selit dan bersalam. TSSJ tanya mana family aku, aku tunjuk isyarat dan depa berderet-deret mai kot belakang macam anak itik...TSSJ pesan suruh ambik makanan dulu dan datang balik kat dia. But since ramai sangat vip yang datang, lepas jamah makanan sejemput, aku pun sms bagitahu TSSJ yang aku nak balik dan ucapkan jutaaan terimakasih kat TS sekeluarga. Tiba-tiba PSN pulak turun. Aku sekali lagi pergi kat PS dan bersalam sebagai tanda hormat. Depa kata nak jumpa aku sekali lagi pasal katanya ada perkara yang nak dibincangkan....insyAllah TS..."orang berbudi kita berbahasa.....". Sekali lagi aku mintak diri pada TS dan PS sebelum kami beredar peln-pelan sebab jalan raya dah tambah sesak.....

Ahad, September 12, 2010

Selamat Hari Raya!!!











Aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan bloggers, silent readers, rakan-rakan sekerja dan tak lupa teman-teman yang masih lagi bertugas diluar negara i.e. saudi arabia yang tak berkesempatan untuk pulang ke tanahair untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang. Jangan kata aku cuma pandai bersimpati. Aku dah lalui dan rasai tempoh "berkabung" tu! Dan rasanya sungguh pedih.....sama pedih macam bercukur janggut dan tertoreh dengan mata pisau gilette! Pedih, sakit, ngilu, ngeri...semuanya bercampur-baur! Aku ingat lagi yang tahun lepas aku masih lagi berada di Mekah. Hari Raya merupakan hari merdeka untuk aku kerana selepas breakfast pada hari raya pertama, guests mulalah check-out beramai-ramai...riuh-rendah keadaan di lobby. Manakala kami pulak mulalah beransur-ansur ambik cuti. Kesempatan itu aku gunakan untuk menjamu selera sebentar samada di bilik ataupun di restaurant. Malam pulak aku balik awal kebilik. Sekali ni aku dapat tidur awal selepas berminggu-minggu tak bercuti dan bekerja 24 jam sehari. Lega.....

Kali ni pulak setelah bertahun-tahun tak berkesempatan beraya bersama, aku sempat pulang ke kl untuk bersama yang tersayang. Persiapan amat sederhana. Aku dan aunty tak beli apa-apa pun untuk kami. Baju dan kelengkapan lain macam jugak tahun yang sudah-sudah. Tak bertukar pun. Aku rasa tak perlulah kot...biarlah anak-anak kami saja yang bersalin baju...bagi depa horey-horey sikit...aku dengan aunty cuma seronok tengok gelagat depa berhari raya. Baju melayu abang dengan yuya dan baju kurung marina, auntu buat sendiri. Tak payah pergi beli kat kedai ataupun tempah sebab harga tempahan pun dah melambung tinggi sekarang ni. Seronok aunty tengok hasil kerja tangan dia. Bergaya anak-anak aku tahun ni...heh3...

Sehari sebelum raya, aku melawat kubur arwah mama. Hari raya pulak, aktiviti bermula dari pagi sampailah ke malam. Terkelepek anak-anak aku dan termasuklah mak-bapak depa sekali! Letih tak ingat dunia! Yuya bising kat aku sebab katanya aku berdengkur kuat sangat...aku cakap mana ada, sebab aku sendiri takj dengar!! Heh3...

Aku nak mintak maaf sebab entry hari ni sangatlah pendek. Aku nak hantar cikgu gandhi balik sekejap. Then nak lunch dan horey-horey dengan anak-anak aku sebelum depa hantar aku ke lcct.....

Sabtu, September 04, 2010

Anak-anak / Yatim piatu..











Malam tadi sebelum tidur, aku sempat tengok gambar anak-anak aku yang ada dalam koleksi aku. Gambar-gambar 4-5 tahun sudah. Masyallah...cepatnya dan banyaknya perubahan yang dah berlaku...lebih-lebih lagi pada abang! Aku terkejut tengok perubahan pada abang. Muka baby dah hilang....malah muka kanak-kanak pun dah mula beransur hilang....yang aku nampak hanyalah muka seorang budak yang dah nak remaja! Alamak, abang baru 12 tahun. Baru dapat kad pengenalan. Kalaulah abang berjaya didalam peperiksaan nanti dan mendapat peluang untuk belajar di tempat lain dan tinggal diasrama, habislah sorang anak aku...tapi kalau abang berhasrat untuk tinggal dirumah sahaja, mungkin aku lah orang yang paling happy sekali kot...tapi hari tu abang ada bagitahu kat aku yang dia nak tinggal kat asrama! One by one is leaving....sedih aku. Yang tambah sedih tu sebab aku tak banyak peluang nak duduk dengan anak-anak aku. Nak hantar pergi dan balik sekolah. Makan malam sama-sama. Tengok pelajaran anak-anak aku dll lagi...dan dalam kesempatan tu, ada jugak aku berpatah balik ke entries aku yang lama-lama....tengok lagi gambar 3-3 beradik tu....aaarrrgghhhh tidak!!!!!

Beberapa hari yang lepas, aku mendapat jemputan untuk berbuka puasa yang kesekian kalinya daripada staff-staff aku. Sekali lagi kami menghala ke hotel lain untuk berbuka. Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada staff-staff aku yang tak jemu-jemu bertanya khabar dan bersimpati dengan keadaan kesihatan aku sampai sanggup menalipon bertanya khabar dan jugak bertanya apa yang aku nak makan. Semoga Allah sahajalah yang mampu membalas niat serta jasa baik depa. Jadi pada malam tu kami beramai-ramai pergi kehotel yang telah dijanjikan..dah lama aku tak makan laksa. Ada laksa pulak malam tu. 2 bowl aku makan. Jalan kedepan sikit dan jumpa pulak gulai kawah....hmmm ada ubi kentang sikit...nampak roti jala kat sebelah, apa lagi...memang pasangan dia la tu! Sebelum tu pulak aku diajak oleh yang lain-lain untuk berbuka puasa di pekan Kuah. Kat situ ramai orang tapi makanan dia tak lah special sangat...biasa-biasa saja. Itulah kelebihan dibulan puasa ni...macam-macam rezeki ada. Ada yang datang kat aku bertanya samada aku nak kirim makanan atau tak? Amboi...seronok aku rasa bila staff-staff aku baik sampai macam ni.....budak-budak ni semua sangat hormatkan orang.

Dulu aku ada berniat untuk cuba membantu adik-adik ataupun anak-anak yatim piatu yang masih lagi bersekolah. Ada aku suarakan kepada seorang rakan aku kat sini. Kebetulan pulak rakan aku ni merupakan orang kuat persatuan kebajikan. Allah is great...rakan aku ni pun mencadangkan agar aku ke satu kampung yang lebih kurang 35 minit berkereta. Rumah ditepi jalan. Sangat usang...dia duduk menumpang dengan kakak dia yang dah pun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak kecik. Selain daripada tu ada lagi sorang kakak dia yang tinggal kat rumah yang sama. Bila aku tanya kat Wan (nama budak lelaki tu), Wan cakap kat aku yang kakak dia yang sorang tu adalah seorang "anak istimewa". Allahuakbar....Wan ni pulak akan pergi ke sekolah pada waktu pagi dan kemudian kelam-kabut balik rumah dan pergi pulak menoreh getah! Aku kesian bila dengar cerita Wan. Abang ipar Wan pulak cuma bekerja kampung. Gaji hari. Kalau ada kerja, adalah makanan dimeja...kalau hari hujan, gigit jarilah semua sebab dah tak ada duit nak makan! Mak dan bapak Wan dah meninggal semasa Wan dan kakak-kakak dia kecik lagi. Walaupun duduk dirumah usang, makan pulak kalau ada duit tapi kesungguhan depa sekeluarga membuatkan aku menyoal balik diri sendiri. Aku jadi insaf bila tengok keadaan keluarga ni...aku cuba menyelami masalah depa. Kalaulah aku yang ada didalam situasi yang macam tu? Aku berniat untuk membantu Wan tapi aku harus berhati-hati sebab apa yang aku bagi nanti akan disalah gunakan...Wan berumur 16 tahun dan masa ni lah banyak pengaruh-pengaruh negatif kalau tak pandai menilai...

Niat aku bercerita pasal Wan ni bukannya nak riak ataupun takbur atau jugak cuba menunjuk-nunjuk...jauh sekali...apa yang aku nak, adalah pandangan daripada para pembaca blog aku bagaimanakah cara aku dapat membantu Wan dan keluarga Wan? Aku takut kalau bagi duit, akan disalah gunakan....jadi pada para pembaca sekelian, silalah bagi cadangan macamanakah cara terbaik untuk aku cuba membantu Wan sedaya yang aku mampu.....aku tak banyak harta, aku tak banyak duit tapi aku nak membantu....

Rabu, September 01, 2010

Pasar Ramadan/Merdeka/Password please!











Merdeka kah kita? Heh3...satu persoalan yang sangat payah untuk dijawab. Aku sendiri pun kalau ditanya, tak mungkin mampu menjawab dengan tepat...anyway, aku dah bertambah sihat dari segi demam, tenaga dan jugak parut-parut campak aku. Alhamdulillah bersyukur aku. Kat muka tak teruk sangat. Kat depan dan belakan badan dah bertambah luruh...kadang-kadang aku bangun tidur, aku terkejut sendiri sebab banyak parut-parut kering dah gugur...bedsheet pulak putih, lagilah aku terkejut!

Aku kesian kat kawan aku yang sorang tu. Tiap-tiap hari dia dok bertanya kat aku apa nak makan untuk malam nanti? Tiap-tiap petang lah dia duduk mencari karipap kat aku walaupun dia tahu dah 10 hari berturut-turut aku dok makan karipap! Sekali-sekala dia belikan aku nasi ayam...sekali-sekala dia belikan aku kari ayam dengan nasi putih... since aku kesiankan dia yang selalu dok pening kepala pasal apa nak beli kasi aku makan, aku bercadang nak pergi sendiri ke bazar ramadhan kat langkawi ni pada hari ahad lepas...

Bila sampai kat pasar ramadhan yang orang sekarang dah mula panggil PaRam....aku kena parking kereta kat luar. Jalan pelan-pelan kedalam. Kona kekiri....pergh....ada pesembur....pusing kanan, pergh.....ada pulut durian.....tengok depan, fuyoo....ada pulak nasi kandaq....tutup mata, lari jengket-jengket kira sampai 350, toleh kanan, nampak pulak kuih ketayap! Tepuk-tepuk perut, tanya selera! Selera cakap semua nak makan....jadi since aku ikutkan selera, maka dihari yang berbahagia tu, aku beli pulut durian, nasi kandaq, tepung talam dan cepat-cepat aku lari balik ke kereta....

Lepas azan, aku dah tak toleh kiri dan kanan lagi dah....air pun tak sempat minum, aku terus tuang santan kat atas pulut yang kemudian digaul dengan durian....rasanya? HEAVEN.......BLISS......tutup mata, menyelami kesedapan hingga menjilat jari....lepas makan pulut durian, aku bukak satu lagi plastik yang aku beli tadi. Kali ni nasi kandaq pulak. Lauk tak banyak cuma daging seketul dan tetur dadar sekerat.. Yang ni pun HEAVEN jugak sebab kuat aku banjirkan tadi....tapi macam biasa, nasi kandaq sini makan dengan nasi kuning...ala-ala nasi minyak pun ada jugak...Ni pun buat aku tak toleh kiri-kanan jugak...punyalah sedap....last but not least, kuih-muih yang aku beli tadi. Aku rasalah...malam tu aku naik 2.5 kilo senang-senang...Sama berat dengan ayam yang aku selalu beli kat marrrkett kat pekan ampang...heh3...

Semalam merdeka. Aku tak kemana selain daripada duduk kat hotel dan melayan guests aku yang tinggal beberapa kerat saja la ni. Seronok bersembang dengan depa walaupun kami tak mengenali satu sama lain...dah tentu macam-macam kami dok bersembang. Dari cuaca sampailah pada keindahan pulau ni dan tak lupa perihal keluarga masing-masing...selain daripada tu kami jugak dok bercerita sakan pasal hari kemerdekaan. Kebanyakan depa sangat berbangga dengan pencapaian kita mendapatkan kemerdekaan hanya dengan bermesyuarat dan bukannya dengan pertumpahan darah. Mana boleh dapat macam tu kat tempat lain...

Cerita pasal merdeka ni, kalau kat KL, kami yang dok bekerja kat hotel ni akan mengeluh lah...bukannya mengeluh pasal guets ramai tapi kami mengeluh pasal traffic jam...bila staff-staff aku macam si bidin, thiru, robae, june dan lain-lain dok bercerita, aku sorang saja yang dok tersengih...tiba-tiba staff aku akan cakap, "dia tak palah...dia naik harley...atas divider pun boleh redah...". Depa memang betul...aku selalu berseloroh dan cakap kat depa, "Di KL ni, orang gila saja yang bawak kereta...!" Heh3...kalau hari merdeka ataupun malam tahun baru, orang lain semua bersusah-payah nak balik dan kadang-kadang ambik masa sampai berejam-jam, aku senang saja.....naik atas divider, pecut dan dalam 15 minit aku dah sampai kat rumah! Cuma yang paling aku takut bila tayar pancit...adoi...part tu aku risau...biar hujan lebat takpa, aku boleh pelan-pelan bawak moto...tapi kalau tayar pancit dan kena pulak tengah malam...mampuslah aku nak cari tiang letrik ataupun tembok tepi longkang ataupun bus stand. Bila aku sampai kat mana-mana dari 3 tempat ni, mulalah aku belek atas-bawah...kiri-kanan....mata ligat dok mencari sesuatu....aku bukannya cari apa pun...cuma aku cari brother repair tayar! Nasib baiklah depa ni ada, ada sekali tu masa aku dok talipon dari stesyen Petronas Jalan Ampang kat depan Lanson Place, brother tu cakap, "apa password...?" Huh? ada password ka kat sini pun? Aku tak tahu dan letakkan balik talipon. Aku masuk petrol station tu dan tanya staff cashier tu, pasal apa kena bagi password? Budak tu cakap, abang repair tayar tu nak tahu samada kes tayar pancit aku ni betul ke tidak. Dia tak mahu datang dan lepas tu dapat tahu yang dia kena tipu...rupanya depa dah berpakat dengan staff kat petronas tu. Maksudnya, bila aku bertanya pasal password kat cashier stesyen minyak tu, budak tu akan keluar check dulu sebelum bagitahu password tadi. Yang ni untuk mngesahkan yang tayar aku betul-betul pancit...kalau aku tipu, tak dapatlah aku password tu, jadi tak payahlah brother tu datang tengah-tengah malam....hmmmmm teknologi yang sangat hebat....dizaman milenium...

Jadi bila cashier tu datang dan belek tayar aku dan pastikan yang tayar aku betul-betul pancit, barulah dia akan bagitahu aku password depa. Aku dah tak sabar nak tahu apa password dia...aku nak cepat brother tu datang repair tayar aku, aku nak cepat balik rumah dan berehat beberapa jam dan aku nak cepat sebab esok aku nak masuk pukul 7 pagi balik.....aku jeling kat jam aku. Dah pukul 12.30 malam ni...aku macam tak percaya....aku jeling jam stesyen minyak tu...jam dinding dia pun cakap macam tu jugak....aku toleh balik kat muka adik stesyen minyak tu dan tanya lagi sekali dengan nada geram....."Adik, password apa?". Dia pandang aku, senyum dan cakap..."Petronas Jalan Ampang...". La..............................

Nak pesan sikit...

it's a long road... Assalamualaikum aku ucapkan kepada adik-adik yang membaca tulisan-tulisan aku dan juga kepada kakak-kakak dan a...