Rabu, Oktober 27, 2010

Gigih/Marrket

(makcik kacang putih di Muzium Negara)

(UNIQLO akan datang ke KL!!! Yeay!!!!)

(dalam tu ada karaoke...kelasss...)

(tokay kedai ikan kerin' tu tadi)

Semasa aku kecik dan bersekolah rendah dulu, kat tepi sekolah Francis Light Penang, ada satu makcik tua berbangsa India yang menjual kacang putih. Makcik tu pakai kain batik dan baju yang ala-ala baju kedah. Rambut disikat rapi dan sanggul dicucuk rapat belakang kepala. Aku suka makan kacang. Jadi makcik ni lah yang aku selalu jumpa setiap kali ke sekolah. Tak mahal. Cuma sekupang! Ada satu lagi makcik yang berbangsa India dok sibuk meniaga kacang jugak, kat tepi sekolah Union di Penang. Aku tengok depa ni tabah...sabar...dan aku pasti yang duit jualan kacang tu semua adalah untuk anak-anak depa. Untuk digunakan ke arah kebaikan.

Ada sekali aku usung anak-anak aku melawat ke Muzium Negara. Selepas parking dan masuk ke kawasan berpagar, di sebelah kanan kita dapat tengok kereta proton pertama, gerabak keretapi dan macam-macam lagi. Anyway, yang tu semua tak menarik sangat perhatian aku. Yang menarik perhatian aku ialah sorang makcik disebelah kiri aku yang aku tengok gigih di bawah terik matahari. Sentiasa tersenyum bila tengok orang lalu-lalang.....tangan dia dok gamit sapa-sapa saja yang dok berjalan. Aku senyum kat makcik ni dan mintak permission nak ambik gambar. Dia senyum kat aku sambil mengangguk kepala. Rupa makcik ni mengingatkan aku balik pada cerita aku masa kecik-kecik dulu masa dok beli kacang putih di tepi sekolah Francis Light dan jugak di tepi sekolah Union circa 1975 dulu!

Ni bas yang dok ada kat tepi rumah aku. Err...tak lah tepi sangat...adalah sepelaung untuk sampai kat tempat bas ni...beberapa minggu sudah depa dok buat promosi pasal satu kedai baju berasal dari jepun. Nama kedai tu UNIQLO. Kalau aku kat jepun, kedai yang aku selalu melawat ialah UNIQLO. Aku suka fashion yang ada dan yang paling aku suka ialah harga dia...memang murah. Tapi itu price di jepun. Aku tak tahu pulak price depa kat sini nanti bila depa masuk ke bukit bintang pada 4 november nanti. Masa aku ke tokyo dulu, aku beli jeans aku kat sana. In fact setiap kali kalau aku atau aunty balik kampung, memang situlah tempat kami shopping. Bayangkan jeans aku cuma lebih kurang 2,800 yen which at that time cuma berharga lebih kurang RM70. Jadi baju, t-shirt aku dan aunty serta anak-anak aku semuanya di beli di kedai ni. In fact kalau ada orang nak ke Jepun, aku akan bagitahu, pilah cari kedai ni. Ada merata-rata kat Jepun. Good to know that depa nak masuk KL lepas ni. Kalau tak salah aku, sapu tangan aku pun aunty beli kat sini selain daripada seluar kecik aku! Heh3...sapa-sapa yang berminat, bolehlah google. Hmm...aku tak dapat commission pun!

Bila berkesempatan, aku akan pi marrket. Takdak marrket lain yang aku suka kecuali marrket ampang. Aku dah kenal depa. Sebetulnya kami dah panggil nama masing-masing tiap-tiap kali berjumpa. Macam tulah rapatnya aku dengan tokay ikan, tokay ayam dan tokay sayur kat sini. Actually depa kenal aku sebab depa nak duit aku....aku tahulah! Seronok kat situ sebab banyak aktiviti yang dapat aku tengok. Bila bersama aunty kat situ, aku teringatkan masa aku pi marrket jelutong dengan arwah mama dulu. Mama selalu marah sebab aku asyik nak ikut mama. Mama ada banyak benda nak beli. Aku pulak masa tu kecik lagi dan selalu dok tarik tangan mama kalau aku dah boring. Tu yang buat mama naik angin kus-kus kat aku. Dengan mata mama paling besar dalam dunia masa dok jeling aku siiiaaap-siiiaaap, dengan tangan dan jari gaya mencubit macam tangan ketam lapar dan dengan badan yang besar berdiri di celah-celah gerai ikan temenung dengan gerai santan, kelibat mama memang mengerikan. Buat aku tak tidur 7-8 malam. Mata terbeliak dan mulut berbuih meracau!

Masa aku kat marrket ampang tu aku nampak ada satu kedai yang agak tersorok. Dari tepi, yang aku nampak cumalah pakcik-pakcik dan makcik-makcik dok makan dan minum. Tapi dalam diam, ada jugak aku terdengar bait-bait patah lagu Cina tahun 50-an...Muzik sangat sedap dan mendayu tapi suaranya tunggang-langgang. Bab tunggang-langgang tu aku tak minat....yang aku minat ialah keunikan tempat tu. Kedai buruk. Pelanggan pulak makcik dan pakcik tua. Lagu pulak daripada era 50-an....aku jadi asyik dan seronok. Aku cuba rapat pergi kat kedai tu dan tengok suasana santai kat situ.....menarik sekali. Mungkin dikesempatan lain aku akan cuba masuk sekali lagi dan cuba rakamkan lagi gambar-gambar special dari kedai tua tu!

Setiap kali aku ke Penang, aku akan cari kedai kopi tua. Ada sekali aku dan aunty bernasib baik sebab aunty terjumpa kedai ni masa dia dok google sebelum kami ke penang dulu. Nak cari tempat ni mak aii...punyalah berpusing satu penang sampai pening! Tapi bila dah jumpa, memang berbaloi. Aku lupa tempat ni kat mana tapi dah dekat Weld Quay dan dekat Balai Bomba. Celah-celah bangunan...Masa aku masuk kedalam, suasana meriah sama macam kat kedai di ampang tadi cuma lebih terjaga dan nampak sikit mahal...kami makan dan minum. Pinggan dan gelas semuanya style lama. Meja dan kerusi kopitiam. Perabut dan tangga ke tingkat dua semuanya dari era 50-an dan aku rasa dah tak boleh jumpa lagi dah la ni...yang menarik perhatian aku ialah "dance floor" kat tengah-tengah restaurant ni. Dan menurut cerita tokay kedai kopi ni, zaman tok dia dulu memang ramai pedagang yang akan melepak kat situ dan menari.....kelassss.....

Jumaat, Oktober 22, 2010

SDAR 815 Reunion Part 2

(singh)

(badang)

(lan)

(kudo)

(apam)

Singh

Ni lah orang yang aku dok bercerita dulu. Nilah satu-satunya Singh yang hidup dalam "zaman batu" sama-sama dengan aku dan penyamun-penyamun lain dulu. Singh ni lah dulu yang dok buat maggi mee pakai air sejuk dari toilet yang memanjang tersumbat. Kalau tak dapat gayung, baldi rendam baju pun kami rembat untuk rendam maggi. Oleh kerana "alat pemanas" kami dah kena rampas dengan warden, jadi kami cuma rendam maggi tadi dalam air sejuk....."krup-krap...krup-krap"...masa kami tokak!" Sebab tu lah aku ada cerita dulu yang maggi kami kadangkala ada tambahan perisa FAB ataupun BREEZE! Satu yang aku respect sangat kat Singh ni pasal dia tak lokek pengetahuan. Memanjang mengajar aku ataupun at least nasihatkan aku untuk belajar, yang mana kedua-duanya aku tak ambik pot! Rumah budak Paroi Jaya ni lah tempat kami melepak kalau tak ada aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah lain yang kami nak buat. Sekarang ni Singh dah jadi doktor gigi kat segambut. Jadi kalau siapa-siapa nak cabut atau nak bagi cantik gigi, carilah Singh ni kat Segambut. Harga dia memang best in the world....mahal sikit dari gleneagle! Heh3...

Badang

Jangan tanya aku pasal apa kami panggil dia badang. Yang ni memang buleh masuk "misteri nusantara". Dah banyak bomoh dan tok cha kami jumpa tapi jawapan yang diterima masih menghampakan....Depa pun tak tahu mana datangnya nama Badang tu. Payah-payah aku kena tanya kat Edry Halim! Badang ni memang menghairankan penyamun-penyamun lain...masa kat sekolah, pegang batang penyapu pun terbalik....la ni kami dengar dia merupakan salah sorang pemain music underground negara yang tersangatlah popular. Pernah keluar dalam magazine dan pernah membuat persembahan di luar negara. Nama band dia aku dah lupa. Pernah jugak aku dijemput untuk pi tengok show dia tapi pasal aku sibuk, aku tak sempat nak pergi. Badang ni mendapat ilmu main gitar masa dia belajar kat US dulu. Yang tambah menghairankan kami ialah pasal budak ni sangat pendiam masa kat sekolah......sorang pelajar yang sungguh bijak bistari!

Lan

Ni geng yang sama-sama gila sukan dengan aku. Yang membezakan kami cuma sikit saja....dia gila sukan dan gila belajar tapi aku pulak gila sukan dan cakap orang yang rajin belajar tu gila! Amacam, tak banyak beza kan? Budak ni aku heran sungguh. Mana dia curi masa belajar pun aku tak tahu. Masuk kelas sama time dengan aku, balik kelas pun sama....main takraw, bola semuanya sama time dengan aku.....pergi prep malam dan balik pun sama waktu dengan aku....tapi bila sampai result, dia A1 aku pulak F9! Ada yang tak kena ni....Lan ni prefect tapi kami cukup sayang kat dia. Masa kami lawan bola atau takraw kat Tunku Durah dulu, dia la yang tolong sorokkan "benda" tu kat dalam kasut boot dia.....kasut boot aku kena check....kasut boot dia tak kena....tok moh mana dia jumpa, aku sampai kesudah tak tahu! Apalah budak ni dok jampi kat pak guard-pak guard tu semua!

Kudo

Ni pulak Presiden seumur hidup kami. Dia lah satu-satunya yang masih pakai slogan sekolah kat pintu opis dia..."ILMU UNTUK BERJASA". Nak cakap apa pun tak boleh sebab dia ni presiden den! Karang kalau dia report yang kami ni jahat mahu kena public caning nanti...Pun budak negori. Maklumlah...sekolah kat tempat dia....taiko besar ni walaupun dulu badan tak lah besar! Very happy go lucky person. Tak pernahnya serious. Kalau aku duduk sembang dengan dia kat kedai kopi, memang sah dia tak masuk opis......boleh habis 3-4 gelas teyy sekali mengadap. Tokay teyy kalau tengok dia mesti senyum memanjang...Ni pun kepala otak geliga ni. Kuat belajar, pergh.....mengalahkan orang lain. Kalau sapa-sapa tak paham selalunya Kudo ni lah tempat yang orang selalu buat rujukan....termasuklah "yours truly". Tulah sebabnya aku sampai la ni masih tak paham-paham! Heh3...

Apam

Budak ni memang ada meninggalkan "legacy" yang tak dapat diikuti oleh semua budak-budak yang tertinggal. Boleh dikatakan sebagai salah sorang yang sangat femess masa kat sekolah dulu. Ni pun gila rugby jugak. Pasal dia gila rugby tapi rugby tak gila kat dia, dia bersumpah nak ikut hair style yang ala-ala bola rugby jugak...bak kata Haris Iskandar, "Halus.....". Dulu selalu jugak aku boleh minum dengan dia kat kedai kopi tapi la ni mak aiiii...punyalah susah nak dapat si Apam ni....mengalahkan TF, tokay kapalterbang tu! Duduk kat Paroi Jaya jugak. Satu lorong dengan Singh dan merupakan "partner in crime" kami dulu. Weekend activity kalau kami tak ziarah rumah Singh, rumah si Apam ni lah yang kami pergi dengan muka tak malu semata-mata nak lari daripada nasi kawah kat dewan makan sekolah...heh3....

Pada semua kawan-kawan aku yang kat atas tu, dikesempatan yang singkat ni aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau selama ni banyak benda yang aku buat menyusahkan anda semua. Tapi memang itulah tujuan aku......itulah kawan namanya......kawan kalau tak menyusahkan kawan, sapa lagi...yea tak.....larik..................

Selasa, Oktober 19, 2010

SDAR 815 Reunion Part 1

(ni bukan dok tengok race motor!)

(sorry yea...semua dah berpunya!)

(ni semua muka-muka yang budak-budak junior ngeri ataupun menyampah tengok dulu...heh3...)

(ni lah muka2 form 1 tahun 1981 dulu..)

(malam tu tangga ni reban!)

Tanggal 16hb Oktober 2010 merupakan tarikh keramat untuk batch tahun 1981-1985 sebab pada hari tu lah hampir 60 bekas pelajar tingkatan 5 tahun 1985 dapat berkumpul beramai-ramai sambil mengenang kisah-kisah lama yang nostalgia selain daripada mengenang nasib!

Aku sampai dengan IQ dan berselisih dengan Doyan the Organiser. Dapat topi special sorang satu...tu kira hadiah yang paling berharga untuk kami pada malam tu selain daripada dapat bersembang dengan kawan-kawan lama yang sama-sama tenggelam timbul 25 tahun sudah!

Function room dah disiap meriah bagai nak kenduri kahwin dan budak-budak semua datang dengan semangat yang berkobar-kobar disebabkan perut lapar bagai nak gila. Ada yang posa 3 hari 3 malam sebab nak melantak malam tu....macam-macam kelibat muncul, Kiss ada, Singh ada, Ketard ada, Judd ada, Juntas ada, Labu ada, Marley ada, IQ ada, Noneng ada, Chelayer ada, AJ ada dan ramai lagi yang aku tak mampu nak sebut sorang-sorang....bak kata iklan astro dulu-dulu..."Semua Ada..."

Special appearance malam tu mestilah kawan lama kami yang kami panggil "Cheng" sebab muka dia macam Cheng Ho! Cheng ni pulak merupakan kawan lumba lari aku masa time dok ligat dulu...habis padang sekolah kami lari. Habis bangunan sekolah kami lari jugak sebab kena kejar dengan cikgu disiplin! Cheng dah lama menghilangkan diri disebabkan sibuk, mengalahkan Salman Khan! Memang langsung kami tak jumpa kecualilah budak-budak Johor Chapter yang selalu buat gathering kat tengah-tengah rembang, tengah-tengah padang polo! Jadi, bila Chico datang dan usung sekali budak-budak Johor yang sempat dia usung, kami sebagai adik-beradik berasa sungguh terharu. Aku rasa macam nak nangis tengok Cheng. Bukan aku sorang saja yang macam tu, malah budak part time banquet pun sama naik nak tereyak walaupun dia tak kenal si Cheng tu! Dikesempatan ni aku nak ucapkan terimakasih berbanyak-banyak pada Chico yang bersusah-payah cuba mencari seramai mungkin kawan-kawan dari Johor. In fact ada 2-3 orang lagi dari sana yang tak berkesempatan nak datang sebab tugas ataupun komitmen-komitmen yang lain. Aku dan lain-lain faham. Aku doakan semuanya selamat dan panjang umur. Semoga dikesempatan lain, kita dapat berjumpa lagi!

Gambar-gambar yang kat atas semua tu merupakan gambar-gambar yang kami ambik kat luar hotel sebab tak sempat nak bergambar kat dalam hotel! Kacau-bilau jadi bila semua dah berkumpul. Aku tak boleh nak bayangkan kalau semua lebih 100 orang datang...mahu kami kena halau malam tu! Actually ngam-ngam lepas kami keluar dari function room tu, kami dengar pinggan-mangkuk pecah jatuh berderai dari 1st floor ke ground floor. Yang tu aku pasti bukan pasal depa tunjuk perasaan kat kami...heh3...err...let me re-phrase balik...."mungkin depa tunjuk perasaan kat kami!", fullstop!

Jumaat, Oktober 15, 2010

Aku teringat lagi..

(kedai jahit aku 29 tahun dulu!)

(Bintang Supermarket kat tepi jalan ampang!)

(cantik gambar ni dari bukit indah apartment orchid)

(1st time aku ambik gambar family masa raya kat kedai SAM, member lama aku..)

(kasut bola abang yang dah pakai size 9....ni yang terbaru, baru 2 bulan lepas beli tapi dah ketat sikit!)

Masa di awal tahun 80-an dulu, seluar aku dah jadi lain. Dia jadi kembang kat atas dan tirus kat bawah...Bila aku dok bersembang dengan aunty pada satu hari yang syahdu, dia pun kata macam tulah seluar budak-budak jepun dalam era tu dulu...CARROT CUT! Tu masa era-era Flock of Seagulls, Culture Club, ABC, Police dll lagi.

Awal tahun 80-an, aku selalu pergi buat seluar kat Sungai Wang Plaza. Tingkat berapa aku dah lupa, tapi dekat-dekat dengan Famous Amos. Nama kedai tu aku dah bertahun-tahun dok pikir, apa ke nama dia dan macam biasa, sampai ke sudah aku tak ingat! Yang aku dok selalu ingat cumalah nama-nama seperti Cikgu Bibah, Cikgu Sazali Sam, Cikgu Sabarudin, Cikgu Mat Hashim, Ustad Dollah dll yang sewaktu dengannya, pasal depa ni lah yang membentuk aku untuk menjadi orang!

Entah macamana masa aku tengah dok berjalan dengan aunty satu hari tu dan bila lalu kat stesen bas kat depan LRT Ampang Station, aku berhenti dan sambil dok pegang kamera nak mencari habuan, tiba-tiba aku terpandangkan satu nama yang sungguh familiar. Satu kedai jahit yang bernama "Just Men Shop" dah mengingatkan aku balik pada awal-awal tahun 80-an dulu! Kedai nilah yang aku pi tempah seluar Carrot Cut dulu. Masa tu kedai ni dok ada kat Sungei Wang Plaza! Aku bersorak sakan bila ternampak kedai ni dan aunty sampai terkejut...dalam perjalanan balik ke rumah, aku leka dok bercerita kat aunty pasal tempah seluar kat kedai ni! Nanti satu hari aku akan pi kat kedai ni dan cuba confirmkan dengan tukang jahit dia...heh3...

Sebelah kedai jahit tu, ada Bintang Supermarket. Bintang nilah tempat aku dok pi shopping masa baru lepas kahwin dulu. Naik moto beli beras 10 kilo, telur 30 biji, bawang 2 kilo, gula 1 kilo, dan lain-lain berkilo-kilo....tak teringat yang masa tu aku naik moto! Last-last kena pergi-balik rumah sampai 5 kali sebab bakul moto tak muat nak bawak semua...aku ingatkan aku bawak BMW X5.....rupa-rupanya Honda Cub EX 5!

Isnin, Oktober 11, 2010

Mama dah pesan dulu!

(bersih berkilat! Maklumlah mahal...)

(Abang tak jadi pose sebab ada 2 penyamun baru masuk toilet...Abang malu nak pose!)

(Concourse area of LYP)

(2 orang pakcik tu baru lepas buat taichi...nasib baik depa tak taichi aku!)

(Pokok yang sama species dengan kat Pulau J!)

Dulu arwah mama selalu dok berpesan kat aku kalau nak kencing balik rumah....tapi macam budak-budak baik yang lain, aku tak pernah dengar cakap mama....tu yang mama sayang sangat kat aku tu! Heh3...masa aku duduk kat brown garden dulu, tempat aku selalu buat hal, dah tentulah kat longkang depan rumah....bukannya aku malas nak balik rumah, tapi aku tak mahu mainan aku dengan anuar cikgu rawi, nasir, yasir arab, rizal parpu dan baji terganggu....kalau terganggu permainan aku, concentration aku dah lari, maka team aku akan kalah dan tak sempatlah aku nak dengar lagu kebangsaan dimainkan dan aku pulak terlepas untuk berdiri kat atas podium! Kami main galah panjang, kami main perang-perang dan main guli selain daripada baling selipar! Mana ada nak balik rumah kalau nak ke toilet!

Masa aku kat Pulau J pulak, aku selalu saja "buat hal" kat bawah pokok janggut. Walaupun mama selalu dok kata pokok janggut tu ada magic....aku tak kisah! Masa kat Pulau J pun aku macam tu jugak. Sibuk memanjang. Kalau tak sibuk nak mandi laut, aku jadi tambah sibuk dekat "kelab pegawai" dok melangut tengok depa lawan main dart! Mana ada masa nak balik rumah pergi toilet....bawah pokok pun bawah pokok lah!

Hari tu masa aku dok berjalan kaki ke marrket ampang (dalam usaha nak bakar lemak lemang, ketupat dan rendang) aku lalu kat tepi stesyen lrt ampang. Kat belah belakang. Aku ternampak pokok janggut tu. Ada 2 batang! Besar dan rendang...aku stop kat tepi pokok tu. Aku tanya aunty samada dia usung kamera aku ke tidak? Dia heran pasal apa aku tanya pasal kamera kat bawah pokok tu? Dia angguk dan cakap ada bawak. Aku happy dan mintak dia keluarkan dari dalam beg galas. Aku snapped gambar pokok janggut. Dia tanya aku pasal apa? Aku cakap RAHSIA....baca sajalah nanti entry aku! Jadi di pagi tu, aku dapat jugak tangkap gambar pokok magic tu walaupun tak sama dengan pokok kat Pulau J tapi aku rasa depa dari species yang serupa. Aku senyum tengok pokok tu sebab kenangan aku masa kecik kembali penuh kat kepala otak aku...

A few days lepas tu, aku usung anak-beranak jalan-jalan kat bukit bintang pulak. Habis satu BB aku ronda cari parking tapi tak jumpa. Nak tak nak aku kena parking kat LYP. Sampai kat ground floor, aku rasa macam nak pergi ke toilet. Aku bagitahu aunty yang aku nak pergi sekejap. Anak-anak aku semuanya nak ikut. Jumpa toilet premium kat ground floor. Aku terus jalan laju. Sampai kat counter aku terkejut tengok harga nak masuk toilet! Mak aii....mahalnya! Since aku dah tak sempat nak cari toilet murah dan tak sempat jugak nak cari pokok janggut, aku pun bayar untuk semua orang...pergh...harga dah sama dengan tiket wayang! Kelas sungguh toilet depa!

Aku masuk dan tengok keliling toilet. Memang menarik dan cantik. Interior yang tak sama dengan keadaan di brown garden ataupun di Pulau J walaupun ada pokok dalam pasu depa letak kat setiap sudut bilik air. Lantai kering....kelengkapan semuanya yang berjenama luar negeri. Tone warna yang sangat earthy sangat menarik perhatian aku. Lama aku dok perati satu persatu. Dari cubicle sampailah kat tempat cuci tangan. Dari lantai sampailah ke ceiling. Semuanya aku belek. Lampu toilet pun aku tengok....selak pintu toilet pun aku belek...wow...kelassssss! Aku cuba nak ambik gambar anak-anak aku dok basuh tangan kat toilet tapi depa lari mengelak...mungkin depa ingat aku ni gila! Dalam aku dok asyik aim nak ambik gambar depa, ada 2 orang lelaki masuk toilet. Aku tak perasan...lepas ambik gambar kat dalam toilet, aku toleh dan ternampak 2 orang penyamun tadi dok tengok aku atas-bawah dengan muka heran dan sikit takut....aku senyum kat depa, depa tak senyum tapi kalut masuk dalam tandas dan kunci pintu!!!!! Aku blurr!!!

Selasa, Oktober 05, 2010

Sakit belakang dan kenduri kahwin

(mary tukang cucuk aku..)

(khemah pompuan..)

(sarbat dalam tong dram...)

(lepas menyamun, semua lari balik...heh3...)

(aku dengan pengantin....aku pun macam ni 13 tahun sudah! Yob....good luck!)

Ada aku bagitahu dulu yang belakang aku ada masalah sikit. Ni semua gara-gara aku terlampau aktif versukan dulu. Semuanya berlaku dah lebih kurang 25 tahun dulu...rugby punya pasal, aku tak berapa nak kisah masa dulu. Ditackle dan tackle orang, kena balik "high tackle", bagi aku masa tu adalah merupakan perkara biasa. Masa main takraw pun serupa. Since aku ni lebih tinggi daripada net, aku selalu menapak bola takraw yang dok ada betul-betul atas net tu. Nak lipat aku tak berani sebab badan aku besar....jadi sebagai feeder, dan salah satu cara aku nak matikan bola selain daripada tanduk tajam aku, aku angkat sebelah kaki tinggi-tinggi, aku tapakkan aja bola tu...heh3....ada sekali masa tengah dok syok menapak, aku tergelincir....kaki kanan aku tersangkut kat net dan dengan aku dan net-net sekali tersungkur! Masa tu aku jatuh dengan ponggong dulu terduduk. Yang tu incident pertama yang aku ingat. Incident kedua pulak masa kat Trengganu. Training di padang ITM Sura Hujung. Masa aku tengah buat "break" lepas "side stepped" 2 penyamun, aku dah nak berlari ke corner flag tapi tiba-tiba aku rasa ada lengan kat leher aku. Aku kena high tackle dan terus terjatuh dengan ponggong jugak jatuh dulu. Terhentak kat tanah. Lain pada tu aku rasa ada la 2-3 kali aku jatuh motor kat area TV3 dulu tu...masa tu Curve semua tak ada lagi. Jalan under construction masa tu. Lori masuk-keluar punyalah banyak....jalan penuh pasir. Tengah malam masa aku brake motor, aku terbabas dan terhentak lagi kat tengah jalan....jadi aku rasa, all in all dah berpuluh kali jugak aku terjatuh dan belakang aku "terpeleot..."

Jatuh dulu masa muda...sekarang bila umur dah lebih 40 tahun, aku mula terasa. Tolong staff angkat meja ka kerusi ka, tu pun dah tangkap belakang! Kadang-kadang masa duduk kat kerusi dan pen terjatuh ke lantai, aku sengetkan badan nak ambik pen pun, belakang aku terpeleot! Wah...ni kacau ni....Wayne Rooney pun tak macam ni! Entah macamana ada sekali tu aku tegur sorang guest yang dok langut tengok pokok nyoq. Aku tanya dia, apa yang dia dok tengok? Dia kata dah lama dia tak minum ayaq nyoq....alamak, kesian aku kat pompuan ni. Aku bersembang dan bertanya dari mana dia datang. Dia kata dia budak seremban tapi dah 40 tahun duduk kat Perth! Mak aii....lama tu! Aku tanya, dia buat apa? Dia cakap kat aku yang dia mengajar Taichi dengan Chiqong kat sana dan ramai student mat salleh yang minat. Lain pada tu, dia pun ada buat acupuncture. Huh? Acupuncture! Ni dah kira bagus ni.....aku pun sambil dok bersembang, mulalah dengan cerita sedih aku pasal sakit belakang ni....Nak dipendekkan cerita, kami set kan appointment untuk dia cucuk aku! 20 minit dia ambik masa untuk bersoal jawab untuk dapatkan gambaran tepat, cerita macamana aku boleh dapat sakit ni...lepas bersoal jawab, dia suruh aku londeh seluar dan bukak baju dan baring atas katil. Dia pegang belakang aku dan cuba cari point. Ni lah first time aku buat kerja gila ni....aunty tak palah...dia selalu! Dicucuknya aku dari belakang leher sampailah kat last point of tulang belakang aku yang dipanggil "tail bone". Katanya masalah aku terletak pada tail bone. Bukannya tempat lain......mungkin psychological effect, belakang aku baik pulak...beberapa hari...Dan semalam aku berkesempatan ke Hospital Ampang. Peluang tu aku gunakan untuk buat appointment dengan doktor pakar yang ada kat situ. Register pagi pukul 10, nurse cakap datang balik petang nanti untuk ambil appointment date. Dalam kepala otak aku, tak palah kalau dia bagi dalam 1-2 hari lagi.....Petang tu aku sampai dan nurse cakap 9 Disember nanti ambik darah then 14 Disember baru jumpa doktor pakar! Mak aii......lama tu!

Minggu lepas aku dapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan staff aku. Terimakasih pada staf-staff aku yang selalu menjemput. Ramai jugak ahli rombongan yang pergi. Kami sampai tepat masa pengantin pun nak makan. Meja kat depan.... sekali dekat dengan pengantin. Lauk memang power. Lauk kampung. Aku seronok sungguh makan nasi kenduri kat Langkawi ni....rasa macam dok makan kat rumah. Ada kari daging, korma, ikan goreng dengan nasi putih. Tak lupa "sarbat". Dengan muka tak tahu malu, rombongan aku tambah 2 kali sorang! Memang sah tak malu!!

Sempat bergambar dengan pengantin dan ucapkan tahniah kat pasangan bertuah tu. Masa aku nak melangkah keluar, aku nampak kerbau berkeliaran kat tepi rumah dan bawah pokok. Kaum pompuan tengah sibuk dok mengemas dan buat kerja kat dalam satu khemah kat tepi rumah dan yang lelaki pulak sibuk dok makan! Sama macam aku jugak...heh3...lepas dapat sorang satu beg, kami berenam dengan perut yang berat dan mata yang kuyu, terus jalan ke kereta untuk balik....

Ada jugak aku dok bersembang dengan staff aku perihal kenduri kahwin. Rata-rata jemputan semua dalam lingkungan 1000 sampailah ke 2000 orang! Pergh...kalah menteri ni....kalau nak bandingkan dengan aku dulu yang cuma 150 orang...heh3...tapi macam tulah keadaannya kalau duduk berjiran di kampung. Semua kerja buat sama-sama. Tak sama macam aku dengan aunty yang kebanyakkannya kami ambik dari luar. Nasib baik jugak adik-beradik banyak membantu. Bulan disember nanti anak menakan aku pulak nak menikah. Mesti meriah bagai nak gila nanti....yak-yak-yeay!

Cikgu Amir dan Speedy Bilis..

Marina Ayumi bangga!   Assalamualaikum sekali lagi adik-beradik yang sangat aku sayangi.. Selalu sangat aku bercerita pasal Azumi dan Y...