Rabu, Jun 29, 2011

Wednesday..

(dari kejauhan....Tanah Lot)

Aku sempat ke Bali lagi untuk urusan kerja. Tapi kali ini jadual aku lebih padat. Pergi Sabtu dan balik Ahad. Ada kawan aku bertanya, eh hang, macam pergi balik KL-Penang! Aku cakap kat depa.... nasib satu hari ada 24 jam saja.....The last trip sebelum aku balik ke KL, aku sempat ke Tanah Lot. Kebanyakkan postcard yang digunakan juga berlatar belakangkan pura yang terdapat di Tanah Lot. Asyik aku tengok. Sangat cantik walaupun hakikatnya memang macam tu....yang dalam postcard lagi cantik! Hahahahahahah...

(dari pemotret yang tak pro!)

Abang complain sakit gigi lagi. Nyut.....nyut.....dia kata. Nak kunyah sakit, nak minum sakit, pergi toilet sakit, bak kata, apa saja kerja yang memerlukan sedikit pressure akan menambahkan lagi kesakitan abang. Aku buatkan appointment untuk berjumpa dengan kawan lama aku, Singh. Singh tunggu kami dengan tangan yang senantiasa terbuka! First abang. Katanya dah rosak teruk pasal cavity. Singh kata, kalau dia tak sempat nak repair, kena buat operasyen "root canal" yang akan makan jumlah yang tinggi! Tonyoh sana dan tonyoh sini, Singh akhirnya cakap, tak payah buat yang lain lagi....itu dah cukup baik for a 13 year old boy...

Singh buat kerja dengan sangat teliti. Aku terlena 2 kali sebab Singh terlampau teliti. Lepas buat semua untuk abang, aku tanya samada abang rasa sakit lagi atau tidak tapi abang kata tidak. Aku sempat berpesan kat abang supaya menjaga gigi dengan baik selain daripada menjaga diri!

(pandangan dari sisi..)

Lepas abang, aunty punya giliran pulak tapi aunty cuma polish especially yang didepan sebab ada "coffee stain". Adalah 10 minit untuk aunty sebab cuma minor sangat kerja tu. And finally barulah masa untuk hansome boy untuk buat scaling. Singh tanya aku dan katanya aku dah lama tak buat scaling. Aku terkejut kenapa dia cakap dah lama tak datang? Aku pun check punya check, rupa-rupanya dah 4 tahun aku tak cuci gigi...(maksud aku scaling, okey!). Pergh lamanya...patutlah bila senyum, dah tak sparkle lagi!

Kalau tak salah aku, dalam tempuh satu jam, 3 beranak sudah pun selesai di "make-overkan". Kami lega dan order pizza for dinner malam tu! Kami order sekali "vegetarian pizza" untuk cikgu Gandhi yang akan datang mengajar Yuya pukul 7 malam nanti. So far dengan Cikgu Gandhi ni aku sangat confident yang result pasti terjamin. Dulu ku ada bercerita pasal CG. Abang yang selalu ponteng sekolah sebab sukan pun boleh dapat semua A bila tuition dengan cikgu Gandhi. Mula-mula dulu aku hantar ke pusat tuition tapi lepas tu dah tak boleh sebab budak-budak kerja main dan tak concentrate dalam kelas. Oleh itu aku hire "private tutor" untuk buat one to one session dengan abang. !S! Cikgu Gandhi akan pilih siapa student yang akan dia ajar nanti. Tapi aku tak menyesal ambik dia sebab dia memang cikgu yang terbaik! Salut to you cikgu despite all the hardship that you are going through....

Isnin, Jun 20, 2011

Marina is 5!

Harijadi Marina sebenarnya jatuh pada 22 hb Jun. Tapi macam biasalah...aku akan buat awal sikit sebab nak kumpulkan 5 beranak ni pun bukannya senang! Kalau yang lain ada, pasti abang pulak yang tak ada. Jadi, since abang dapat balik every weekend (untuk football tournament National Junior League), jadi aku pun pakat dengan aunty buat hari Sabtu lepas. Sapu sekali lah dengan "Father's Day". Hahahahahahah, sebab aku pun tak mahu ketinggalan!

(Marina and friends)

Beberapa hari sebelum tu aku dah pergi ke Toys R Us kat KLCC untuk dapatkan present Marina. Dulu dia ada pesan yang dia nak satu "benda" tu. Aunty ingat lagi dan kami terus kesana dan beli. Balik rumah dan wrap. Then aku teringat pulak yang Marina tak punya banyak koleksi kasut macam imelda.....jadi, aku pakat dengan aunty untuk beli kasut sepasang kat Marina. Habis satu KLCC kami pusing cari kasut dia dan last-last terjumpa kat kedai favourite budak-budak sekolah.....ada bunga sekuntum kat atas kasut tu! Hahhahahahahah

(Dari kiri...cepaaaat jalaaaan...Dania, Marina dan Mei-Mei. Aren't they sweet?)

Kami beli "invitation card" kat kawan horey-horey dia. Balik rumah aku tuliskan satu untuk Dania (Marina panggil Awan Dania!@#$%), satu untuk Mei-Mei dan satu lagi untuk Joel. Semuanya aku tuliskan tarikh yang betul, yakni 18th June 2011. Handed over to all the kids....seronok sungguh depa dapat invitation....dalam hati aku senyum sorang-sorang! Aku yakin kalau budak-budak yang semuanya tak sekolah lagi tu tak reti nak baca, at least mak-pak depa akan baca dan bagitahu kat anak-anak depa tarikh sebenar event tu. To my surprise, tanggal 15hb June, pukul 7.30 malam, Dania datang rumah sambil pakai baju cantik....siap ada lipstick lagi....di tangan Dania aku nampak macam ada present yang dia wrap dalam kertas cantik. Dia bagi hadiah kat Dania sambil wish "slamat hari jadi". Mmmm, very sweet! Kat dalam rumah, aku dengan aunty dah panic...aunty tanya aku samada aku tulis tarikh yang betul ke tidak...aku mati-mati cakap betul! Kami takut budak-budak lain pun datang jugak!

(Horey-horey session..)

Malam tu nasib baik ada manggo yang dibeli dipasar malam. Jadi yang tulah kami jamu kat Dania sampai kembung! Pukul 8.30 Dania nak balik rumah dan aku suruh Yuya escort dengan harapan dapat jumpa mak Dania dan bagitahu tarikh yang betul sekali lagi. Yuya nampak mak Dania dan terus tanya. Mak Dania cakap, memang dia dah tahu tapi dia nak jugak pergi....then mak Dania cakap, patutlah Marina pakai baju tidur je....

(2 sisters celebrating!)

Sekejap-ssekejap makan...sekejap-sekejap lari keluar rumah...amboi seronok sungguh depa aku tengok. Aku suka tengok kalau Marina ada didalam lingkungan kawan-kawan pelbagai bangsa. Reminds me of my old friends masa sekolah dulu. Aku tengok yang Marina tak kekok dan dapat main sama-sama. Share cerita merepek dengan kawan-kawan dan mengekek-ngekek gelak kat dalam bilik belakang. Kalau Marina masuk ke bilik belakang, dia akan tutup dan kunci. Bila bukak balik, masyallah....macam tongkang pecah! Semua tnggang langgang. Kalau aku suruh kemas, dia cakap, "Marina sibuk ni..." kelasssssss.......memang number 1 in the world. Berdesup lari keluar bilik sambil pegang tangan Mei-Mei dan Dania!

(foooohh....foooohhhh....foooohhh...!)

Happy dia sebab dapat apa yang dia nak. Kawan-kawan pun bawak presents jugak. Dania bagi water color yang memang Marina suka....Mei-Mei bawak teddy bear....dan sampai sekarang masih tak dibukak lagi! Dan Joel bagi buku animals....itu pun satu buku yang Marina suka sebab selalunya sebelum tidur, Marina akan baca buku-buku binatang ataoun buku perihal manusia dan apa menatang yang ada kat dalam badan manusia! Ngeri jugak aku dengan Marina nih!


(muka PUAS!)

Kek kami beli kat Sun Moulin. Nice and not so sweet. Macam kanak-kanak lain, it's always Strawberry Cheese Cake! 2 kali kami nyanyi sebab aku tak ready nak ambik gambar. Aduh...fail lah cameraman ni. Sekarang ni melilau aku dok cari camera lama aku yang tah kat mana aku letak!

(tumpang seronok jugak tengok anak-anak seronok!)

Semalam aku kena pergi tukar kasut Marina sebab terlebih satu size! Bila dah tukar barulah nampak dia senyum lebih lagi! Pagi tadi masa bangun tidur terus dia melilau cari kasut! Hahahahahah....tak pernah dia melilau cari aku!

(kasut baru....)

Budak-budak yang ada malam tu dari 3 orang, dah jadi 6. Mei-Mei ajak lagi 2 orang abang-abang dia. Satu nama Poh-Poh dan satu lagi nama Nam-Nam! Yuya ajak sorang best friend dia yang duduk tingkat atas. Riuh-rendah jadinya rumah aku dan aku pun dah tak tahu sapa punya birthday yang kami celebrate malam tu....even rumah sapa aku duduk pun aku tak tahu! Hahahahahahah....

(the fun begins!)

(charlie's angels..)

Malam tu Marina tidur dengan toy yang dipeluk dan kasut ditepi bantal! Very sweet aku tengok dan sangat syahdu. Sedap aku tengok naik-turun dada dia bila bernafas...aku jadi tenang. Happy Birthday Marina....never grow old!!!

Ahad, Jun 12, 2011

Cuti lagi..

Aku masih tetap sibuk di Bali walaupun keluarga aku ada sama-sama aku setengah daripada tempuh kerja aku. Waktu aku ada tugas, depa akan merayap sekitar hotel penginapan. Sewaktu aku ada break in between, habis satu hotel aku cari depa. Yuya dengan Marina akan ada di Kids Club, Abang akan lepak dibilik sambil menonton tv ataupun main games manakala aunty pulak akan melepak kat beach samada mandi ataupun baca majalah dan jugak buku yang aunty bawak beberapa buah tu!

(marina di lobby upon arrival)

Activity Yuya dan Marina sangat padat. Dari pukul 9 pagi sampailah ke 5 petang, ada saja program yang depa buat. Tempat ni mempunyai salah satu program kids club yang sangat baik dan terancang pernah aku lihat. Of course lah tak boleh nak lawan dengan Club Med! Anyway, they tried their best untuk pastikan yang kedua ibubapa dapat beristirehat! Sesampainya kami ke hotel, kanak-kanak akan diberikan tumbler untuk diisi dengan juice 24 jam sehari di Verandah Restaurant. Isi dan minumlah sampai kembung perut pun..


(marina di kid's club)

Yuya suka sangat dengan kepelbagaian aktiviti yang ada. Sekali-sekala aku jenguk jugak during "break" aku untuk pastikan yang semuanya ok. Yuya nampak leka dengan budak-budak lain manakala Marina pulak nampak sikit janggal sebab budak-budak lain tu anak-anak mat salleh...jadi Marina tak boleh nak bercerita banyak. Kecualilah kalau Marina dengan budak-budak kat area rumah yang 1Malaysia tu, Mei Mei, Joel dengan Dania! Anyway, aku rasa bagus untuk dia mula bergaul dengan pelbagai bangsa. Aku nak dia exposed sebaik mungkin.....

(yuya at kid's club)

Salah satu aktiviti yang Yuya really look forward ialah "wall climbing" tapi malangnya last minute telah dibatalkan...jadi pada hari Ahad tu since meeting aku cuma setengah hari, aku bawaklah depa berjalan.....malamnya kami dinner di Kuta. Sampai terlena depa dalam kereta. Kesian aku tengok. Bila tanya nak balik ke hotel atau tak, semuanya jawab, "tak nak!!!!!". Jadi aku assumed, walaupun depa penat, depa masih nak berjalan...aku pun usung lah anak-anak aku....sapa kata bapak tak sayang kan anak-anak?

(awesome view..nusa dua)

Aku suka bereksperimen dengan kamera. Banyak angle dan posisi aku ambik. Macamlah aku ni "pro". Sampai terbaring kat atas pasir! Gambar ni ok tapi aku tak puas...macam ada sesuatu yang kurang lengkap. Kalau Lotfi tengok gambar ni mesti dia gelak sakan...."bokeh" tak kena lah....."apperture" tak betul lah.....Pi, jangan dok gelak yea....nanti Uncle suruh si Rashid dengan Nawi "luku" kepala nanti! Hahahahahah...

(the love of my life!)

Tengok depa 3 beradik main sama-sama cukup membuatkan aku seronok. Happy tengok depa bergelak sakan adik-beradik. Mintak-mintak sampai ketua lah depa sayang antara satu sama lain....sayang aku kat depa tak pernah berbelah bagi....tsk...tsk...

Khamis, Jun 09, 2011

Holiday for them....

Aku dah tahu yang aku akan ke Bali lagi pada tarikh tertentu dan alhamdulillah, coincide pulak dengan cuti sekolah anak-anak aku. Aku plan dengan aunty supaya dia jugak berkesempatan untuk ke sana sama aku. Aku tahu yang aunty jugak memerlukan break. She deserved a very good break! Kami duduk bersembang sampai ke malam almost everyday untuk plan trip ni supaya anak-anak aku pun dapat manfaat sama. Last sekali kami pergi bercuti dah pun genap 6 bulan tak salah aku. Waktu tu kami ke Bangkok tengok abang lawan bola. Kami horey-horey tapi abang tak boleh keluar dari camp...kesian...

Aku tanya Yuya, mana dia nak pergi cuti kali ni...Yuya cakap, "Renaissance...". Alamak kesiannya...sebab sepanjang 10 tahun aku kerja kat situ, tak pernah sekali pun aku bawak depa menginap kat situ! Aku dengan aunty diam sebab kami tahu yang depa akan bercuti lebih jauh dari tu....

(bilik mandi untuk kami ber-5...)

Sehari sebelum bertolak, anak-anak aku dah sibuk mengemas barang sendiri. Depa tarik baju tu, depa tarik seluar ni, banyak yang kami gelengkan kepala....marina cebik mulut kat aku sebab dia nak usung 8 anak patung dia...katanya nanti sapa nak jaga? Aku cakap nanti kalau usung semua anak-anak patung dia, sapa nak bayar harga tiket? Marina angguk-angguk dan simpan balik kat bilik Wiwit. Cheetah yang paling dia sayang dia bawak jugak!

Kami bertolak sama ke airport tapi naik pesawat lain-lain sebab aku kesana atas tiket lain....takpalah, beza cuma sejam antara depa dengan aku dan aku pesan suruh tunggu di Black Canyon Cafe kat luar Ngurah Rai. Dalam pada tu aku masih tak sedap hati sebab naik pesawat berasingan! Naluri bapak....hahahahahah!

(yuya dan marina..lepak di pool..)

Sampai disana queuenya agak panjang di immigresen. Lepas semuanya selesai, aku terus ke cafe yang dijanjikan. Semuanya tengah menunggu aku. Kami terus dibawak ke hotel penginapan di Nusa Dua. Registration was very smooth. Went up to the room yang berada betul-betul kat atas lounge. Was great with pool view dan kedengaran air laut. Marina lompat, Yuya lompat, Abang lompat, Aunty dan aku pun lompat sama! Hahahahahah!

(aku jumpa budak ni kat beach..)

Sampai bilik pun dah pukul 4 petang. Kami terus keluar pukul 5 petang. Pak Agung dah tunggu nak bawak kami jalan-jalan dan dinner di Jimbaran. Pukul 6 kami dah tunggu makanan di restoran tepi laut yang meletup satu masa dulu tu. Ini kali ke 3 aku disitu. Kali pertama untuk keluarga aku. Marina dengan Yuya sampai terlena tunggu makanan yang sungguh lama....sampai 1.5 jam barulah sampai. Yuya nak makan ketam. Abang nak makan sotong. Marina nak makan shell fish. Aunty nak makan ikan. Aku pulak pening! Hahahahahah

(mencuba black and white)

Satu peristiwa yang maha hebat tiba-tiba berlaku kat aku di tepi pantai Jimbaran tu! Sedang aku dok melangut tengok orang lain yang dok makan sedangkan kami tak makan, tiba-tiba lalu satu kelibat kat depan aku. Kelibat yang sangat familiar. Kelibat yang sama-sama bertungkus-lumus kerja dengan aku tahun 1993 dulu di Hilton. Gaya yang sama, muka yang sama, senyum yang sama, bahkan semuanya sama! Aku bangun dan tegur dia...aku panggil "Michael...Michael..." Dia toleh tengok aku dengan muka berkerut. "This is Shahrir, Hilton.....1993...". Dia menjerit terkejut sambil bersalam dengan aku. Baru dia ingat! Nama dia Micheal Luible. Dari Suisse. Boss aku dulu. Dia kata ingatan aku kuat. Aku introducekan pada family aku. Micheal Luible sekarang dah menetap di Bali dan merupakan seorang MD untuk sebuah company besar disini. Maksuknya sekarang ada 2 orang boss lama aku yang sama-sama dengan aku disini. Satu lagi Leon Dolle. Big man now in Bali......seronok aku dan tak sangka aku akan dapat jumpa ML kat Jimbaran! Tapi sayang aku lupa nak ambik gambar...sigh!

( baru sejam sampai bali, jari dah melentik!

Pemandangan dari beach menghala ke laut memang cantik. Waktu tu air dah nak surut masa kami sempat turun sekejap ke beach untuk tengok pemandangan. Menarik dan sangat mengasyikkan. Lepak di sun lounger kat beach aku mula terasa macam orang kaya...hahahahahah! Lama aku tak rasa macam tu...hahahhahah! Ramai orang melepak kat beach sambil menunggu sun set. Aku pun sama jugak. Dok tunggu jugak...macamlah tak pernah tengok...hahahahah!

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...