Sabtu, Ogos 27, 2011

Papa...kawan datang!


Marina adalah seorang yang sangat outgoing. Tak takut pada orang apatah lagi pada binatang! Ajaib sungguh budak ni. Lain dari aku yang takut pada T-Rex dan lain-lain yang seangkatan dengan Steven Spielberg....Beberapa minggu yang lalu aku ada menjemput kawan aku untuk berbuka puasa dirumah. Depa bawak anak depa yang bernama Sarah. Sangat comel dan agak pemalu initially tapi last-last tak mahu balik rumah! Hari tu aku beli durian sebab dah lama aku mengidam nak makan tapi tak ada corum kat rumah. Salah satu tujuan aku menjemput depa adalah kerana aku baru dapat tahu yang depa ni makan durian, minum durian dan tidur durian...hahahahahah.


Marina dan Sarah

Sarah agak malu-malu kucing (shy-shy cat) masa mula sampai. Marina pulak belasah terus....ajak main kat depan, main bunga api, lari sampai lelah, panjat pokok frangipani dan main gelongsor walaupun dah pukul 8.30 malam! Masa ni aku teringat kat neighbour-neighbour aku masa kat henry gurney melaka dulu. Ramai yang akan datang kat depan rumah aku sebabnya rumah aku mengadap laut. Jadi main mercun ataupun meriam buluh, dah pasti tak tembak sapa-sapa. Kecualilah kalau tembak sesama sendiri...lagipun polis tak ada sebab kami hidup terkongkong kat dalam kawat berduri!

Marina pulak malam tu sampai basah satu badan. Kepala dia jangan ceritalah punya masam.....tapi masam-masam macam tu lah yang buat aku terlelap sampai kepagi. Marina tidur kat sebelah aku dan malam-malam, kalau aku tak boleh tidur, aku akan dekatkan rambut aku kat kepala dia dan cium bau masam rambut Marina. That's a natural therapy....macam cium tea tree oil...Alaaaahhhh, you people out there pun sama jugak....mengaku sajalah! Hahahahahah...tapi aku bet rambut tu akan menjadi therapy untuk aku cuma dizaman Marina kanak-kanak...bila dia dah umur macam Yuya memang aku tak sanggup lagi dah!
Masa aku kat Mekah dulu pulak, bulan posa adalah merupakan bulan untuk aku masukkan full gear. Sebab waktu kerja dimusim ramadan dan haji sangatlah hectic. Sekali makan sampai ribu-ribu jemaah. Aku tak ada ballroom jadi semuanya turn over kat restaurant. Bayangkan berapa puluh kali aku nak clear dan reset. Orang lain pi sembahyang terawikh, aku jadi super sibuk nak turn overkan restaurant dan reset untuk sahur pulak. Bukak posa aku extend sampai 11 malam. Sahur aku start pukul 1 pagi. Cuma ada 2 jam untuk aku bersiap dan pastikan makanan semuanya siap untuk ribuan jemaah tadi. Pukul 5 baru sempat tidur dan pukul 9 pagi aku dah masuk office balik sebab banyak menu yang nak kena ubah dan check....setiap hari tak pernahnya sama menu aku. Tu yang depa suka mai makan walaupun aku kenakan SR120 setiap sorang. Alaaaaa...SR120 is nothing to guests staying at Al Safwah...

Lampu lip-lap dwiwarna!

Masa Sarah dan family ada kat rumah, aku pasangkan lampu lip-lap yang anak-anak aku (cuma abang) yang bertungkus-lumus pasang. Mahainya lampu yang aku beli kat Chow Kit tu. First aku ingat nak ambik lampu jurai-jurai yang macam depa gantung kat jalan ampang depan ZOUK tapi bila check harga, oooo maaaa aiiiii dah dekat nak sama dengan harga bukak posa kat Mekah! Tu yang aku cancel. Ingatkan nak cilok kat pokok di jalan ampang, tapi jalan tak pernahnya sunyi! Katanya mahal sebab LED....takpalah, this year aku LET go dulu lah!

Makan durian 3 orang 4 biji besar memang sangat menyeronokkan. Aku zapppp......depa zuuuup. Aku zaaaassss, depa zeeerrrrr! Terbungkang kami macam kambing bunting...hahahahahahah....puaaasssss!

Raya dah tinggal berapa hari saja lagi. Tapi aku tak beraya sangat pasal first day raya aku masih bertugas unoffically.....but it's alright sebab family ada bersama aku kali ni.....that is satisfaction......

Rabu, Ogos 24, 2011

Bila Wiwit balik kampung!


Wiwit hantar leave application kat aku dah lama. Agak-agak 3 bulan sudah dengan muka yang teramat sedih. Mengalahkan orang yang kematian hamster! Masa tu aku tak kata apa sebab tempoh dan jaraknya masih lagi jauh untuk aku buat keputusan. Dalam pada tu aku ada bagitahu kat aunty tentang WW dan kami ada jugak berbincang walaupun taklah seserious sebulan sudah. Topik perbincangan kami banyak berkisar kepada Marina dan Yuya. Marina nak pergi mana kalau WW tak ada kat rumah dan Yuya pulak macamana bila balik dari sekolah nanti sebelum ke sekolah ugama! Basah lencun dahi kami pikirkan perkara yang bukan-bukan tu..Kata sepakat dibuat dan kami pun mula mencongak strategi. Kami pelan-pelan bisik kat telinga Yuya dan Marina strategi kami sepeninggalannya WW. Last-last kami terpaksa cari Tadika Abyana yang abang dengan Yuya pernah pergi dulu. Aku berjumpa cikgu Aishah dan buat cerita welfare aku.....cikgu Aishah dengan hingus meleleh, sanggup terima Marina walaupun Marina tak berapa sanggup nak terima CA! Hahahahahah.....


Azumi terkehele letih sidai baju
 Minggu pertama over the weekend dah start mimpi ngeri. Banyak laundry nak kena buat. Aunty basuh dan aku pulak sidai. Sementara nak tunggu baju dicuci, aunty kemas dapur manakala aku pulak pi "tibai" rug dengan batang penyapu kat depan rumah. Abang cuci toilet bilik aku dan Yuya pulak cuci toilet bilik depa. Yuya cuci sangkar hamster dan Marina tukar air hamster. Bila baju dah siap dicuci, aunty pass kat aku dan aku gantung. Abang masih busy lagi masa tu dok cuci main toilet! Ni bukan kerahan tenaga ni...ni nama dia gotong-royong!  Lepas 2-3 jam, lidah kami pun dah sampai ke lantai sedangkan jam baru menunjukkan pukul 1 petang. Masa ni lah terbayang macam-macam jenis minuman....sirap bandung lah, asam boi lah, cincau lah.....adoooiii aiii.....

Yuya mintak doa kak Wiwit cepat balik!

Kesian jugak aku tengok depa yang bertungkus-lumus buat kerja bagai nak gila. Walaupun macam tu, depa masih bersemangat nak tolong. Especially abang. Abang lah yang bertungkus-lumus pasang lampu raya 4-5 kali sampailah aku puas hati. Walaupun actually aku puas hati tengok dia buat kerja bersungguh-sungguh dan bukannya hasil kerja dia, tapi takpa...dia ada semangat membantu. Itu yang aku kena pupuk. Masa abang dengan Yuya dok pasang lampu raya, Marina pulak tengah dok tarik ekor kucing orang rumah sebelah! Adoi...one thing about Marina, dia memang tak takut binatang. Ular sawa yang sebesar betis aku pun dia letak atas bahu. Beruang pun dia peluk, apalagi kepala kucing orang sebelah rumah tu....Aku pulak sampai la ni masih geli lagi tengok ular walaupun ular tu dah tak bernyawa....pasal apa, aku tak tahu!
Marina kira upah kutip sampah!
Sekali ni aku rasa puas sebab sempat berbuka puasa penuh dengan keluarga dan begitu jugak dengan sahur. Cuma abang saja yang ada di waktu weekend tapi aku bersyukur. Dah lama tak dapat nikmat yang macam ni. Jangan ditarik balik nikmat yang Allah bagi ni...

Rabu, Ogos 17, 2011

pokok cabai ada kaler

Masa aku kecik-kecik dan duduk kat brown garden penang dulu, arwah mama ada sorang pembantu. Dia cuma mai bantu basuh kain sebab mama tak larat nak cuci kain untuk anak-anak dia seramai 6 orang especially yang last sekali yang macam "jemuan" tu! Pembantu ni aku tak tahu apa nama dia tapi aku panggil dia "achee". Ni achee berbangsa india muslim dan bukannya short form dari "archibald" ka apa....Achee dok mai 3 kali seminggu untuk cuci kain dan setiap kali dia mai, dia akan usung sekali 2 orang anak-anak dia yang masih kecik waktu tu. Sorang pompuan dan sorang jantan. Anak pompuan dia, aku lupa nama tapi anak jantan dia Achee panggil "minah cabai". Aku tak tahu pasal apa dia panggil dengan nama yang sangat commercial tu tapi yang tu lah nama yang aku ingat sampai la ni....Katanya orang-orang lama Taman Saadon, minah cabai la ni dah jadi polis pangkat besar dan ada kat penang lagi. Manakala Achee pulak, aku tak tahu cerita tapi aku doakan depa bahagia dan terpelihara selalu. Achee ni lah yang selalu dok cerita kat mama pasai kari, parpu, darrcha, masalodeyy, tairu dan lain-lain dan aku rasa kemahiran mama dalam dok masak kari ni pun atas sedikit sumbangan dari Achee......


pokok cabai kaler blind..

Kat belakang dapur aku, ada aku tanam pokok bendi sebanyak 7 batang, karapoley yang tak naik-naik sampai la ni sebatang, cabai sebatang, pandan sebatang serai serumpun. Pokok bendi aku memang sexy......tak padan kecik dah berbunga cantik dan berdaun hijau lebat....buah baru keluar 2 hari lepas...aku tambah semangat nak siram pokok setiap pagi. Bayangkankan lah bila aku bukak tingkap dapur, berderet pokok-pokok aku yang tengah berbuah tu macam "greet" aku pagi-pagi! Best kan? Tapi yang tak bestnya, pagi kelmarin masa aku bukak tingkap dapur, aku perasan yang kacang bendi aku dah hilang....dan ada kesan-kesan dicuri penyamun...bendi yang sexy tu dah terbelah dengan biji-biji bertabur kat tepi longkang. Aku ambik bowl, aku kutip biji-biji bendi yang bertaburan tu. Sedih aku. Lepas kutip aku simpan untuk aku semai tambah pokok bendi lagi. Pagi ni pun serupa jugak! Satu lagi bendi sexy aku kena rembat! Biji bertaburan kat tepi longkang. Pergh.....hangin! Jiran aku kata kat tepi rumah aku memang ada banyak tupai jadi mungkin bendi-bendi aku kena rembat dengan tupai! Ishhhh tupai ni...nak kena sumpit ni......

ni kat dalam hutan lipur mana tah, aku lupa..

Aku tiba-tiba jadi seronok macam dok naik "syeikh" ambik gambar hitam-putih. Cantik dan nampak classic. Satu persatu aku cari untuk aku jadikan modal untuk ambik gambar. Last-last jumpa daun kering yang jatuh bertaburan kat tepi rumah. Pada pandangan mata kasar orang lain, daun-daun tu mungkin tak ada apa-apa nilai. Tapi bagi aku yang tiba-tiba jadi minat ambik gambar ni, daun-daun tu semua ada life yang aku tak tahu nak terjemahkan macamana. Ada nilai commercial yang cuma aku tahu dan jugak susah aku nak cerita kat orang. Samalah macam aku pi museum blanco di bali tempohari. Kebanyakan lukisan yang ada adalah samada tanpa pakain ataupun cuma separa berbaju. Lama aku melangut dan belek. Belekan yang bukan bernafsu tapi ......adoi aaiiii macamana aku nak cerita ni? Yang reti dan paham aku cumalah Van Gogh, Michaelangelo dll saja. Payah nak gambarkan dengan tulisan. Kalau kat malaysia ni mungkin arwah datuk ib saja yang boleh baca minda aku....hahahahahahahah.....

kat tepi tu ada sungai...kelas...

Aku sebenarnya nak ambik gambar semut tengah berjalan....tapi aku tunggu punya tunggu dia tak mahu jalan. Puas aku usik. Tapi kalau dia jalan, punyalah cepat. Tak dan aku nak ikut! Satu lagi aku suka ambik gambar sungai. Mungkin bila aku dah ada kamera yang tera sikit, aku nak usung pi "shrimppaste hill" kat belakang rumah aku tu...situ banyak daun...situ banyak semut.....monyet pun ada....ular albino pun ada! Mungkin aku tak perasan yang kat tempat tu mungkin "T-Rex" pun ada.....hahahahahahahah!




Ahad, Ogos 14, 2011

unSANTANable

Aku dah lama teringin sangat nak makan ataupun masak kari yang tak ber"santan". Bukan aku nak kata santan ni tak bagus....santan ni bagus kalau diambil berpada-pada dan berkala....tapi kalau makanan kita dari soup sampai kedesert ada santan dan minyak berlinang, omakk aiii...mahu tersumbat saluran darah aku! Bila aku dah masuk keperingkat umur 40-an ni aku mestilah lebih manjaga pemakanan aku. Jadi dalam kereta masa kami hantar cikgu gandhi balik rumah lepas mengajar yuya, aku ambik kesempatan bertanyakan resipi kari ni pada cikgu. Cikgu kata senang saja.....resipinya semuanya sama. Method of cooking pun serupa tapi dicadangkan aku masukkan buah badam (cashewnut) yang dah ditumbuk atau dikisar lumat kedalam rempah kari dan bahan-bahan lain masa menumis. Selain daripada tu aku disarankan menumis diced tomato sekali. Katanya ini untuk memekatkan kari tadi.
Sedang menumis..

Bila semua bahan-bahan tadi dah bercampur kat dalam periuk, aku nampak satu kombinasi warna yang tersangaaaatlah sexy. Merah ada, orange ada, kuning ada....alamak...memang menjadilah resipi ni. Ada pulak hijau pasal. aku taruk daun karapoleyy! Mengancam habis ni....Aku rasa kalau chef-chef michelin star lain tengok aku mesti depa berlumba-lumba mintak resipi...hahahahahah. Eh lupa nak cakap, aku pakai rempah daging Alagappa. Tu yang kaler dia ang-ang tuh! Memang "da bomb!". Kalau depa tengok kari ayam aku, mahu tereyak depa....oh ya, sebelum lupa, aku dipesan kalau cashewnut tak ada, dia kata pakai almond flake yang dikisar lumat pun okay jugak. Tak pa, lagi sekali kami akan cuba pakai almond pulak.

Sexy curry!

Aroma dia, jangan cakaplah..aku rasa line clear pun jealous habis tengok kari aku. Hahahahahah. Bila dah siap dan aku letak kat atas meja, Semua nak terkam bukak posa pukul 6.45pm sedangkan bukak posa hari tu pukul 7.28pm! Tu dia aih penangan kari ayam tanpa santan..tambah pulak dengan ubi kentang...pergh....super-duper habis! Perut dah berlagu, air liur dah meleleh-leleh sampai ke lantai....sabar...sabar...jangan dok buat malu kat anak-anak....Hah, ni pun satu masalah jugak. Kita dok marah kat anak-anak kita pasal tak posa sedangkan kita sendiri tak posa...amacam? Rasa-rasa pernah dengar tak benda-benda yang macam tu? Anyway, aku tahu yang kita bukan yang lagu tu...therefore, be happy!

Almost ready chicken curry..

Anak-anak semua suka sebab depa kata sedap. Abang tambah sampai 3 pinggan. Yuya makan 2 pinggan...papa depa maintain sepinggan saja. Hahahahahahah! Tapi nasi banyak mana jangan tanya..no seriously, papa cuma makan 1 pinggan saja....jadi all in all, kami makan apa untuk bukak posa hari tu? Amboi Cik Kiah.....since aunty suka buat yoghurt dan ada balance sikit lagi kat dalam ais-bok, aku pakat-pakat dengan dia buat banana lassi hari tu. Pergh...number one in the world! Homemade yoghurt campur sikit dengan air, blend dengan pisang ranum yang esok lusa aku dah nak buang, bubuh sikit honey kat dalam tu, ice cubes, voila......the best I tell you! Sahur tadi pun sama jugak. Minum lassi.....err, in fact, malam ni bukak posa pun homemade lassi jugak...hahahahahahah! Malam ni aku nak campur kiwi dengan apple lah pulak!

Top left clockwise, sauteed mushroom in virgin olive oil, chicken curry w/o santan, banana lassi and salad!


Isnin, Ogos 08, 2011

Iftar

karipap untuk aku, kuih bakar untuk aunty dan doughnut untuk marina..

Semalam yakni hari ahad, kami cuma berbuka puasa dirumah saja. Malas nak kemana-mana. Since abang pun ada, aku rasa pasti lebih meriah. Sekarang aku mula rasa apa yang arwah mama dan bapak rasakan dulu bila anak-anak tak ada sama-sama waktu nak berbuka puasa. Aunty bersemangat menyediakan juadah berbuka. Semua orang ada permintaan sendiri. Aku nak masak lemak cili api udang, yuya nak masak lemak cili api ayam, abang pulak nak ayam goreng berempah! Itu baru 3 citarasa, kalau nanti ditambahkan pulak dengan Marina? Mahu pengsan aunty nanti! Walaupun penat berpuasa, aunty tetap laksanakan dan penuhi semua permintaan dengan sebaik mungkin. Aunty cuma makan apa yang ada saja.....

air biru untuk yuya!

Yuya tak tahu nak sebut air apa. Dia cuma cakap yang dia nak air biru. Aku pun jadi haru-biru dok mencarikan dia air biru. Nasib baik dalam banyak-banyak gerai, ada satu gerai yang menjual lebih kurang 8 jenis minuman. Termasuklah air biru ni tadi! Abang nak len chee kang dan aku nak air cincau. Bila minum, air cincau aku tak rasa apa.....cincau pun ada 2 helai saja! Setengah jam sebelum berbuka puasa, aku main bola dengan anak-anak aku kat depan rumah. Last-last Yuya complaint sebab dia dah rasa pening kepala! Masa ni aku teringat masa aku dok bersekolah dulu. Aku pun suka main-main masa dekat dengan nak azan maghrib ni. Biar sesak napas tapi masih nak jugak main. Kononnya nak test endurance la tu! Habis main, ngam-ngam masuk rumah dan lap peluh, azan berkumandang....Yuya teguk air biru sampai habis satu plastik.....aunty cuma minum apa yang ada saja...
taklah banyak pun!

Nampak saja banyak tapi sebenarnya tak banyak pun....rendang daging tu yang 2 hari lepas....hahahahahah! Yang lain-lain tu banyaknya salad saja sebab itu yang aunty dengan aku suka meratah. Aku akan makan salad dulu dan last sekali barulah aku jamah nasi. Aku terpaksa buat macam tu sebab kalau tidak aku akan jamah nasi sampai 3 pinggan! Yang ni aku ratah dulu dan bila dah kenyang barulah aku capai nasi.....fuyoo.....semangat nak kurus nih!

aku rasa marina lagi manis dari blue lemon!

Nilah dia rupa air biru yuya tu! Habis satu ampang aku ronda nak dapatkan air biru....Hari ni pun Yuya nak yang sama jugak...tapi hari ni aku akan melencong ke tempat lain pulak. Teringat kat kawan aku yang sama-sama kerja kat rkl dulu sekarang ni dah berniaga. Makanan dia pun sangat sedap untuk piawaian aku. Siang tadi aku dapat call dari sorang lagi kawan yang bagitahu kat aku bahawasanya che lat@ena dok jual laksa dan nasi tomato kat bukit indah! Masyallah....kalau lah che lat@ena yang meniaga, aku memang berani jamin yang makanan dia pasti bagus. Lagipun husband dia pun merupakan sorang "sous chef" kat rkl...ok selamat berpuasa dan berbuka nanti.....

Khamis, Ogos 04, 2011

Aku jumpa Boutique Hotel!

ni proof yang aku tengah santai..

Bila aku dah betul-betul tak larat, aku akan capai secawan kopi, suratkhabar dan menghala terus ke arah pool. Duduk kat situ sejam-dua sambil baca sunday newspaper, pergh....terasa bahagia betul. Kena pulak waktu tu anak-anak tengah dok berendam, aku la ni dah malas nak swimming. Dulu boleh dikatakan setiap hari aku akan swimming. Aku rasa kalau badan aku masih macam arnold s, mahulah aku berlenggeng kat panas tu....tapi kalau badan macam "tengok badan sendiri kat cermin pun malu", tak payahlah....hahahahahah. 

goggle besar dari orang..

Marina akan terus berendam sampai kecut dengan kawan-kawan dia. Semalam masa nak bukak posa, tiba-tiba marina jerit cakap kat dania jangan datang dekat marina. Aku pun heran apa pasai marina cakap macam tu kat dania sedangkan itulah salah satu kawan rapat dia yang dok ada kat situ! Last-last marina bagitahu kat aku,  "kalau dania datang dekat marina, marina tak tahan nak berenang.......". La....pasai tu ka....last-last aku kata ok boleh berenang dan marina melompat sakan. Lari ke bilik belakang dan tukar baju. Btw, goggle yang dia pakai tu sebenarnya punya dania....dan goggle tu pulak khabarnya kepunyaan makcik kepada dania....marina suka walaupun goggle tu terlampau besar sebab dia kata, "marina suka pink!"

my lovely neighbours..

Kawasan perumahan aku sebenarnya dihuni oleh pelbagai kaum yang bagi aku sangat unik dan indah. Tegur-menegur menjadi lumrah kami yang tinggal disini dan kami kenal semua orang disetiap unit yang ada disini..hubungan kami sangat akrab. Salah sorang neighbour yang agak rapat dengan aku dan selalu kami bertegur-sapa dan bertanya khabar ialah Patrick. Mak Patrick ni tinggal betul-betul atas kepala aku. Mak dia dah meninggal tahun lepas disebabkan oleh barah. Suara dia sangatlah kuat mengalahkan halilintar dikala merong mahawangsa bermaharajalela! Kelebihan dan bakat semulajadi makcik itu diperturunkan kepada anaknya si Patrick tadi. Maklumlah tinggal disangkar burung....ada sekali dulu masa musim kemarau, air bekalan tiba-tiba terputus....satu malam tu suara Patrick lah yang berkumandang menyanyikan lagu-lagu tak puas hati dia! Kalau si Patrick ni jerit, habis 6 block boleh dengar! Tapi 2-3 minggu yang sudah, keadaan agak berlainan. Suara Patrick tak kedengaran.....kereta dia pun tak bergerak....aku heran lagi. Aku tanya Wiwit dan Wiwit cakap yang Patrick sakit. Kasihan aku kat Patrick. Dahlah sorang bapak "mithali" yang menjaga anak lelaki dia sorang...sakit pulak lagi! 2 hari lepas, aku berkesempatan berjumpa Patrick di parking lot dan Patrick bagitahu yang dia diserang stroke! Alamak, biar betul? Even Patrick pun terkejut sebab dia baru saja 35 tahun. Berbadan tegap dan sangat lincah....lama jugak kami bersembang. Dia kata dia pelik sebab ramai yang lagi tua dan gemuk dari dia tapi tak kena macam dia....aku cakap kat dia, pasal dia sorang bapak yang baik menjaga anak tunggal sorang-sorang, pasal tu lah tuhan bagi warning kat dia dulu....kalau dia bukan orang yang baik, mungkin nyawa Patrick dah pun dicabut tanpa warning......kami bersalaman, Patrick angguk-angguk dan balik kerumah dia dengan satu crate Tiger!!!

the lobby..

Tempat ni nama dia Jeumpa d'Ramo dan aku baru terjumpa tempat ni selepas aku terjumpa kawan lama aku di TLG tempohari  yang la ni bekerja kat JDR ni. Very unic sebab ini merupakan 2 buah bungalow yang telah diubahsuai dengan begitu teliti dan diberikan nafas baru oleh tuanpunya Boutique Hotel ini. Semuanya "tastefully done". Aku dijemput melawat dan kali ni aku terima pelawaan tu sebab tempat ni sangat unik bagi aku. Selalu sangat aku dok pi balik-pi balik bangsar tapi tak jumpa pulak JDR ni walaupun lokasinya betul-betul dijalan Maarof!
Bila aku sampai, aku tengok memang tetamu tak akan perasan akan kewujudan hotel ditengah-tengah bangsar ni. Ianya dikenali cuma melalui "word of mouth" sahaja. Sangat famous dengan perkahwinan-perkahwinan artis, majlis bersanding, bertunang dan sebagainya banyak dilakukan disini. Even aku diberitakan yang Yuna dan Zee Avi pernah buat "showcase" depa kat sini dulu sebelum depa meletup! Fafau meet the fans pun dibuat disini. Nikah for Sarah Raisuddin dan ramai lagi artist pun diadakan disini jugak! Wow hebat....mulut aku dah ternganga! 

Tak habis disitu, Robbie bawak dan tunjukkan aku pulak dengan swimming pool yang ada. Aduh.....nice dan rasa terlindung dan dilindungi bilamana pool tu semua dikelilingi oleh tembok tinggi yang memisahkan antara tetamu hotel dan jugak pejalan kaki diluar sana..Bila Robbie tengok aku ternganga macam mulut Jim Carrey, dia kata baik dia bagi aku nganga luas lagi...dia jemput aku naik ke tingkat atas dan tunjukkan aku dengan bilik-bilik yang ada. Wow.......ada 18 bilik semuanya dan terbahagi kepada 3 kategori. Standard, deluxe dan suite! Awesome.....perkahwinan pelbagai kaum telah dilakukan disini. Ada Melayu, dan yang terdekat akan ada "tea ceremony" for a couple. MR. T ada datang kesini dan sangat tertarik dengan tempat ni dan terus booking! Hahahahahahah...aku pun kalau ada duit, nak jugak buat lagi sekali kat sini...baru terasa macam artist! Hahahahahahah, I mean for my anniversary!


the luxurious room..

Ada conference room, ada dining area, ada kitchen yang mana tetamu boleh memasak sendiri disini dan mestilah halal...staff tak ramai. Bila aku ada disitu, terasa macam aku berada dirumah sendiri sebab kasut terpaksa ditinggalkan diluar rumah. Aku bebas walaupun staffnya tak kelihatan. Buku-buku dari pelbagai genre bersusun rapi. Aduh, aku rasa mahal kot tempat ni....tapi bila Robbie bagitahu aku yang harganya cuma RM170++ untuk standard, RM220++ untuk deluxe dan RM320++ untuk suite, lutut aku dah mula goyang.....aku tanya kat Robbie, apa dia buat untuk raya nanti? Robbie kata ada promosi special waktu raya nanti....alamak, kalau bilik semurah 170 ada special rate lagi....berapalah kesudahannya nanti ya? Yang pasti aku akan booking tempat ni kalau ada tetamu aku datang dari luar KL......I will call you Robbie!


Isnin, Ogos 01, 2011

Saturday Night Fever!

Robae, Lya and little Sarah were there too!

Tanpa diduga sekali lagi aku ke favourite place aku di melawati. Menyahut ajakan teman aku yang menyambut birthday anak dia kat sana. Bila aku nak sampai kesana, aku terkejut sebab dapat sms dari sorang lagi teman lama aku yang sama-sama kerja kat rkl dulu. Rob kata dia nak ke tempat yang sama aku nak tuju sebab katanya ada tempat makan yang baik, baru dibuka! Aku terkejut sebab heran macamana dia boleh tahu tempat ni? Elok jugak sebab aku pun dah lama tak jumpa dia sekeluarga.. kami lagi rancak bersembang bila berjumpa secara ad hoc lagu tu. Aku makan pasta dan marina makan mini burger. Bila marina tak habis makan mini burger, aku jugak yang habiskan mini burger dia. Beef patty dia memang terbaik. Di marinate dengan sebati dan dibuat sendiri. Jadi, bukanlah rasa macam burger biasa kita beli kat cold storage tu.

Salmon with capers mustard sauce..

Yang kat atas ni pun sedap jugak. Nama dia Salmon with Capers and Mustard Sauce. ....mustard saucenya tak lah terasa sangat tapi capers tu memang ada, bak kata orang putih, "after taste'. Tak terlalu pekat dan salmon di grill dengan tidak terlalu lama. Jadi isinya sangat "juicy" dan tidaklah keras berketul! Coleslawnya  menepati kehendak aku. Semua rasa ada. Fries yang rangup.Terasa yang fries digoreng dalam minyak yang baru dan bukannya minyak 2-3 hari yang diulang pakai. Kalau minyak ulang pakai, aku dah boleh terasa kat tekak...rasa perat dan tebal...lepas tu aku akan dapat gastric!

Aglio Olio, my favourite dish

 Kalau makanan untuk aku, pastilah pasta! Choice tak berapa banyak. Cuma ada beberapa jenis pasta saja. Jadilah untuk aku merasa. Definitely next time aku ke sana, aku akan cuba yang lain pulak! Tapi bila aku nak kesana, aku kena pikir 10 kali sebab tempat tu dah fofular dan sampai tak cukup tempat. Malam tu pun aku kena bangun awal sebab ada orang lain yang dok tunggu meja kat situ. Kalau boleh aku nak duduk dan order lagi at least drinks....hmm, maybe next time kot!

The final result!
 Ini gambar result orang yang kekenyangan selepas kelaparan sebelum bulan Ramadan! Nasib baik pisau tu tak boleh dimakan...kalau tidak, pisau tu jugak aku telan! Aku kesian sangat kat orang ni sebab nampak sangat yang dia tu kebuluran walaupun sejam sebelum tu dah pun makan malam kat rumah sendiri.......

Musim hujan..

Penyamoons buat gila kat airport KB! Semua gambar ni masih berkisar dengan cerita yang dipaparkan pada minggu lalu. Cuma kali ni saja a...