Jumaat, Oktober 28, 2011

Motor/basikal

Gambar-gambar yang aku letakkan dibawah tak ada kena mengena langsung dengan cerita aku. Makanya, janganlah terpedaya dengan dakyah-dakyah songsang aku...hahahahahah! Aku cuma mencuba ambik gambar dengan kamera NIKON yang aku pinjam......masih lagi dok "kerosek" tapi masih tak dapat the best result. Sungguh tak puas hati! Kaler biru terlebih pulak....3 tahun sudah ada sorang "budak nakal" nama LOTFI dari Mekah ajar aku.....tapi biasalah....macam-macam istilah dia pakai. Last-last aku lupa. Masa tu dia ajar PREE....la ni bila dah pemess sampai ke london, mungkin aku kena booking dia untuk private tutorial......sure dia sembelih aku hidup-hidup!


Ni tak dak kerja la ni...

2-3 hari lepas, plate number Charley D aku jatuh. Ramai penunggang-penunggang motosikal sepanjang jalan aku ke office dok hon-hon dan tunjuk isyarat tangan mengatakan yang nombor plate aku dah tertanggal skru  sebelah kiri dan nak tercabut dan jatuh. Aku angkat tangan dan senyum sambil ucapkan terimakasih pada depa semua yang prihatin. Ada yang panggil aku abang dan ada jugak yang terasa muda panggil aku pakcik! Tapi it's okay. Niat depa baik dan aku bersyukur. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa penuggang motosikal ni tak beretika dan tak berdisiplin serta suka menyusahkan orang ramai, aku berani menidakkan kata-kata tu walaupun kadang-kala ada jugak kebenarannya......

Tayar aku pernah pancit dan dalam kalut dok cari nombor "tayar pancit" kat tepi-tepi longkang dan tembok batu, akan ada 1-2 penunggang lain yang akan berhenti dan bertanya khabar motor aku....in fact last week masa aku dalam perjalanan pulang lepas simpang ke brickfield, aku tiba-tiba jadi terhoyong-hayang. Aku perlahankan motor dan menghimpit ke bahu jalan disebelah kiri. Baru aku berhenti dan nak tongkatkan Charley D aku, tiba-tiba aku terjatuh ke kiri. Laptop aku terpelanting ke tepi dan aku terhempap ke batu tepi jalan. Dalam pelan-pelan dok angkat Charley D, ada sorang mat motor menghampiri dan berhenti lalu bertanya samada aku ok ke tidak. Bila aku jawab ok dan dia tengok aku betul-betul ok, barulah dia start motor dan jalan terus! Pergh......penunggang malaysia tu...Aku salute sikap prihatin dia dan aku berjanji yang aku akan lakukan perkara yang sama pada pengguna jalanraya yang lain pulak!

Aku dok try tapi rasanya masih tak kena..

Masa aku berkerja di tokyo bay hilton sekitar tahun 1992 dulu, Roland Galliker, f&b director aku yang berasal dari suisse akan mengayuh basikal ke office dengan jarak lebih kurang 3 kilometer. Assistant dia pun akan kayuh basikal sama-sama setiap hari untuk ke office. Bukan di musim bunga, gugur dan salji sahaja malah di musim panas sekalipun! Depa berbangga. Selain daripada untuk kesihatan, depa jugak kata yang ini untuk membantu alam sekitar......wow....tahun 1992 tu.....

Salah satu sudut menarik tempat ni...

Semasa aku kat suisse pulak, aku jugak tengok ramai anak-anak sekolah akan kayuh basikal ke stesyen keretapi. Inr tadi turun dan  termasuklah budak-budak muda yang menunggang "moped". Ramai-ramai depa akan ke stesyen keretapi. Tapi bila sampai kat stesyen keretapi, aku tak nampak pulak motor atau basikal depa di parking kat tepi-tepi tu. Rupa-rupanya depa ni naik keretapi sekali dengan motor dan basikal depa. Depa usung sama-sama....ada pulak gerabak special untuk depa. Bila sampai destinasi, depa sorong basikal dan moto tadi turun dan start menunggang balik ke sekolah ataupun ke pejabat......wow...style......

My favourite spot....

Masa aku kat shanghai beberapa tahun sudah untuk bekerja, hotel JW Marriot terletak di tepi jalan besar di Hong Chiou (ejaan mungkin salah). Setiap pagi aku akan tengok beribu-ribu penunggang basikal akan berkayuh ke tempat kerja depa. Menarik sungguh! Kedai basikal kat tepi jalan pun berlambak-lambak. Oleh kerana terlampau banyak basikal yang digunakan dijalanraya, ada jugak berlaku accident sepertimana kita tengok motorbike accident disini! Ada yang sampai tergolek-golek kat tengah jalan. Maki-hamun sesama depa jangan ceritalah! Seronok tengok keadaan macam tu setiap pagi tapi aku masih lagi tak berani nak kayuh macam depa kat sana!

Sebenarnya tujuan aku cerita pasal motor ni ialah untuk mewar-warkan bahawa tak semua penunggang motosikal yang asyik nak berlumba ditengah jalan dan tak semua depa tu tak berdisiplin.....ada yang bagus...yang bersimpati dengan pengguna jalanraya yang lain dan sangat prihatin dengan penunggang lain yang plate number nak tertanggal macam aku! Manakala untuk cerita basikal pulak, aku tak dak reason pasal apa aku cerita pasal basikal.....anyway, abang ada basikal dan malam ni aku nak kayuh basikal abang......hahahahahahah!

Sabtu, Oktober 22, 2011

Musim hujan..

Marina horey-horey!

Aku pun heran tengok Marina. Bila aku balik kerja dan tanya sesuatu pada Marina, dia akan kata yang dia leeeetih sangat. Aku tanya dia lagi, pasal apa leeeetiiih sangat? Dia jawab kata dia banyak kerja....amboi....kerja apa lah yang dia dok buat selalu! Pelan-pelan aku tanya kat Wiwit apa aktiviti dia tiap-tiap hari masa kami keluar pi kerja? Wiwit kata tiap-tiap pagi dia ajak WW pi main badminton......satgi  tengah rembang dia ajak WW pi pool main masak-masak pulak....sambil bagi mandi barbie dia......balik rumah, suap makan.......bagi barbie tidur.....kemas-kemas rumah......tu dia aiihhh...anak dara aku! Pasal tu dia letih sesangat......aku pun angguk mengiakan cerita dia semua!

Yuya pun horey-horey!

Yuya pun sama. Aku tanya pasal apa letih? Dia jawab dia letih menari! Aik, menari buat apa? Rupanya Yuya terpilih untuk menari zapin. Aku pun heran sebab mana datang kebolehan menari tu? Aku keras-kekong! Jadi tiap hari la ni, lepas sekolah pagi, Yuya akan stay-back dan belajar dan berlatih menari sampailah pukul 5 petang. Rupanya ada persembahan hari sabtu esok kat bora ombak......aku tanya, papa dengan mama boleh pi tengok ka? Cepat dia jawab "tak boleh!!!"

Abang baju biru belakang. Rasanya dapat last kot....

Abang pulak minggu lepas kalut talipon kat aunty suruh kami talipon cikgu dia supaya dia dapat balik kerumah hari jumaat hari tu. Aku cakap tak boleh talipon cikgu sebab mungkin ada acara sekolah yang dia perlu attend. Dan dia mungkin tak minat. Makanya dia suruh kami pergi ambil kat asrama. And true enough. Pagi sabtu tu rupanya dia ada pertandingan nasyid antara asrama di kl dan banyak jugak sekolah yang ikut serta. Abang tak nyanyi tapi main tamborine kat belakang. Senyap-senyap aku dengan aunty pi tengok kat sekolah bintang utara dengan marina..lepas nasyid, aku tanya kat abang, amacam nasyid pagi tadi? Last sekali dia jawab, "...best jugak..." dan depa dapat no 5 daripada 12 buah sekolah! Aku pulak terkejut! Yang paling aku terkejut ialah bila dengar sekolah agama kl nyanyi nasyid. Mak aiii....macam dengar album rabbani! Serious aku tak tipu!

Teman aku waktu melayan All Blacks vs Wallabies last weekend!
Balik pulak dari nasyid dan segala macam aktiviti anak-anak, abang, yuya dengan marina tanya kat aku samada aku nak keluar ke tidak? Aku cakap aku tak keluar. Depa sedih....sebenarnya depa nak main game sedangkan aku nak tengok nz lawan australia! Sebelum game, aku pelan-pelan jalan kaki pi kedai dan beli kacang ngan yin. Siap beli teyy dengan air jambu sekali. Balik ke rumah, aku ambik besen besi, ambik tray, letak air jambu, tuang teyy masuk gelas giant aku, usung kacang pi balik pi balik, duduk depan tv dan tnggu waktu siaran langsung rugby. Aku puas manakala anak-anak pulak muka senget!!!! Hahahahahah.....

Ahad, Oktober 16, 2011

Pengumuman!

Hari ni ada article pasal JDR keluar kat Berita Minggu. Ada jugak gambar Uncle terselit dalam tu....hahahahahah......enjoy reading!!!

Sabtu, Oktober 15, 2011

Vienna Boys Choir!

Marina dan Joel the Spiderboy pagi tadi! Pak Joel ada kat tepi...hahahahah...

Aku salah tengok kat website. Aku ingatkan tiket Choir tu mula dijual pada 23 Oktober...rupa-rupanya tiket dah mula jual pada 23 September! Aunty talipon aku bagitahu yang aku salah tengok...aku pun mula kalut talipon merata-rata. Last sekali aku talipon ke Rock Music Ampang Point dan bercakap dengan sorang gadis manis bernama Alween untuk bertanyakan perihal tiket. Alween kata tiket dah nak habis pasal aku tanya tiket paling murah! Hahahahahah. Aku habag kat Alween suruh simpan kat aku 2, nanti petang aku beli dan bayar. Dia kata tak boleh. Aku talipon aunty suruh celapak pi sana lepas kerja....Lepas 2-3 jam, dia talipon kata dah beli....Ho Yeay! La ni aunty dok tanya aku bila nak bayar balik rega tiket.........addoooiii....

Our Vienna Choir ticket....yabedabedoo!

Aku tak tipu aiihhh....tu aunty dok pegang tiket tu! Seat no 44 dengan 45..."Jumpa Anda Disana...". Sekali lagi group ni akan bermastautin di hotel lama aku yakni renaissance kl pasal depa dari austria dan gm situ pun dari austria jugak! Orang kampung kalau mai nak duduk tang mana kalau tak duduk rumah "penghulu!". Masa aku kerja kat sana selama 10 tahun dulupun banyak group-group dari luar negara yang duduk disana. Makanya show depa kat istana budaya, aku dapat tiket discount......bayar tetap bayar okei! Ada jugak aku cerita dulu yang celebrity pun pernah duduk sana dan aku pernah menjaga Sean Connery dan sorang lagi star  yang berlakon sama dia tapi la ni aku tiba-tiba lupa nama dia! Haru sunggoh! Oh yes...Catherine Zeta Jones! Nama melayu dia Khadijah Zain bt Joned!!!! Melayu rupanya budak pompuan nih!! Hahahahahah.....

Marina dan Sarah di IKEA..

Malam tadi aku balik sekitar pukul 8 malam dan aku janji kat Marina nak bawak dia ke IKEA sebab dia nak pi tempat mainan kanak-kanak kat bawah tu. Mati-mati aku ingat dapat balik ngam-ngam tapi tiba-tiba guest aku talipon kata nak jumpa. Sorang Australian, Sorang Malaysian dan 2 orang lagi dari Jakarta. Aku tunggu dan kami bersembang sakan. Aku keluar rumah dan sangkut jammed kat Flamingo. 45 minutes nak terlepas dari Ruz Aladdin ke Flamingo. Aku sampai IKEA pukul 9 malam. Play room tu pun dah nak tutup. Makcik yang jaga tu dok menguap hauuuu....hauuuuu....muka marina dah senget. Tapi sebenarnya aku dah plan dengan kawan aku Robbie dan isteri dia Lya. Depa bawak anak pompuan depa yang namanya Sara. Marina dan Sara memang kawan baik. Bila marina yang muka senget tadi nampak muka Sara, senget jadi straight dan masam jadi senyum. Keputusannya, depa sama-sama tinggalkan makanan dan terus pi main kat tempat makan diatas tu! Last-last Pak Marina yang kononnya nak diet tu lah jugak yang di pakkkksa perabih makanan dia....ustad pesan masa darjah 3 dulu, jangan bazirkan makanan! Hahahahahah....wink...wink...

Yummylicious super-duper..
Cuma orang yang tak waras saja yang tengok makanan-makanan ni semua dengan perasaan "flat dan tak ghairah!". Bagi jejaka waras macam aku, a small bite will do........after 13 small bites, sekeping tu pun habis.....
Wowlicious and melt in the mouth..
Ingatkan nak beli frame gambar yang kaler putih tu sebab aku nak letakkan gambar-gambar bunga yang aku ambik pun dah banyak. Tapi pasal masa pun dah agak suntuk (fyi: friday depa tutup pukul 11 malam), aku terus ke tempat makan saja ditingkat atas.  Maybe next time......

my family and robbie's family di IKEA last night....
All in all, it was a fun gathering for 2 families. Bagi anak-anak main, kami mak-pak ni semua cuma ngopi, ngekek@ngecake, ngeteh sajalah....the kids had a fabulous time! Have an excellent and productive weekend people! Don't forget to watch clash of titans between all blacks vs wallabies on sunday at 4pm channel 816! The winner will meet France in the final RWC 2011. Pssst.....hoping for all blacks to trash the opponent tomorrow....it's about time guys....

Rabu, Oktober 12, 2011

Satay di SS!


Depa dok cari laici dalam air tembikai...abang dah letih cari!
Ini kali kedua aku dan keluarga ke Satay Station di Pandan. Rupanya taklah jauh daripada rumah aku. Kurang-lebih 1 kilometer saja. Boleh jalan kaki kalau badan rasa-rasa ada lemak berlebih! Ada siap parking lot berserta dengan penjaga parking yang sangat sopan menunggu kita. Masa aku sampai tu parking dah penuh. Adik tu suluh dengan TOSSLET sambil tangan dok gamit-gamit panggil aku. Aku pederaih kereta pi kat dia dan dia arahkan aku masuk parking kat depan rumah neighbour depa. Aku tanya, "Nanti kalau tuan rumah nak keluaq macamana?" Sambil suluh TOSSLET tepat kat muka aku, dia kata, "Tak pa bang.....nanti saya panggil....". Tu dia aiihhh....kat tempat satay lain ada buat lagu ni ka? 


2 jejaka paling hemmsemm di bella vista..

Selalu depa kata muka aku dan Yuya sama. Aiikk, iya ka sama? Tapi kalau tak tumpah kat aku, dia nak tumpah pi mana lagi kan? Aku seronok bawak depa berjalan makan macam ni. It's more to "bonding" dan togetherness. Sesetengah orang tak faham tentang betapa pentingnya waktu terluang dihabiskan untuk keluarga. Ramai yang masih mempertikaikan kepentingan ini. Depa kata, anak-anak dah mula membesar, depa dah punya kawan....jadi kenapa perlu kita makan sama-sama, keluar santai sama-sama, menonton bola sama-sama, baring-baring depan tv sambil bersembang kosong sama-sama....Pada depa itu semua tak perlu dan tak penting. Aku heran dengan depa yang berpendapat macam tu. Bagi aku, anak-anak adalah asset yang sesangat berharga. Depa membesar dengan sangat cepat. Aku dah lalui waktu-waktu begitu dan betapa aku rindukan arwah mama dan arwah bapak ada sama-sama masa kami makan malam.....ada sama-sama masa pergi menonton bola, ada sama-sama sewaktu bersantai diluar dan ada sama-sama waktu baring-baring dan horey-horey depan tv!. Aku terlepas semua nikmat itu sebab kedua-dua mama dan bapak tersangat sibuk dengan urusan kerja dan urusan rumahtangga. Nah...makanya, value aku pada nikmat berkumpul bersama ini sangat lain sekali. Therefore, inilah masanya untuk aku berbuat sesuatu pada depa. Aku takut nanti tak sempat buat apa-apa sebab depa cepat membesar! To be with them adalah satu nikmat Tuhan yang tak terucap dengan kata-kata.......

Muka2 lapar tapi control cun dan macho!
Satay station punya satay ayam....RM1 sebatang!

At this point of time, anak-anak aku dan aunty masih lagi berwajah manusia! SS ada 2 tempat makan. Satu al fresco dibawah bumbung dan dapatlah melihat depa bakar satay dll manakala satu lagi ialah indoor yang mana rumah tuanpunya SS (I assumed) yang berstruktur papan di permaidanikan penuh, dipasang AC disemua ruang yang ada, juga disediakan surau berserta bilik air. Ini originally rumah, yang sekarang ini digunakan sebagai dining area pada tetamu yang mahukan sedikit "privacy".

I like the mee rebus. 2 thumbs up!

Ini merupakan kali ke2 aku makan mee rebus kat sini. Tapi kali ni, aku makan dalam keadaan yang kurang selesa....mee rebus aku diserang oleh aunty dan anak-anak! Last-last aku dapat makan cuma 2 helai mee yang terputus disatukan, berserta 2 sudu besar kuah mee dan 6 urat taugeh yang tertinggal! My verdict for the presentation, taste and all will be...........(trrrrrrrrrrrr drum roll).........................7/10!!! Yeay!!!


Ishh...sapalah punya hp paling canggih dlm dunia tu?

Pergh...lapar sungguh anak-anak aku dan aunty. Yang paling dekat sekali, bowl kuah kacang tu actually bukan aku punya.......depa saja letak kat situ....konon-kononnya aku lah yang makan tu......tapi aku rasa mesti orang tak percaya pasal aku tak ada bukti! Satay tu pun depa jugak yang "nyap-nyap". Aku cuma teeeeeengok saja........hahahahahah!

Marina dan buih!!

Malam tadi cuaca sangat dingin. Mungkin pasal la ni musim autumn@bunga kot....aku duduklah sorang-sorang kat tangga depan rumah sambil dok mengenang nasib. Baru dok melangut, marina sampai dengan belon dia.....aunty ikut sama pasai dia boring nak jahit curtain sorang-sorang tanpa geng! Lalu 3 kami anak-beranak pun duduk kat tangga depan sambil dok main buih sabun dengan marina. By the way, Yuya pi camping 3 hari 2 malam kat Ulu Langat dan abang pulak di asrama. Jadi tinggallah kami bertiga....masa tu lah aku teringat nak try ambik gambar buih yang marina tiup. Nice to me but maybe not nice to others.....tapi bagi aku, jadilah dengan cara aku dan kamera murah kami.....as long as we enjoyed each other's company!!!

Sabtu, Oktober 08, 2011

Rugby World Cup 2011

Tom-tom dok belasah budak-budak semua!

Gambar yang kat atas tu tak ada kena mengena dengan tajuk cerita. Cuma tadi tiba-tiba Yuya menghilangkan diri dari rumah. Sekali-sekala dia balik untuk teguk air sejuk dengan muka mencuka! 2-3 kali dok pi balik pi balik depan mata aku, aku pun mengekor dari belakang dengan kamera. Pelan-pelan aku ikut terjengket-jengket kat belakang. Bila Yuya toleh, aku sembunyi belakang pokok....bila dia toleh lagi aku selit belakang tiang.....hahahahah...amacam? Slim tak aku? Finally aku nampak dia masuk dalam squash court diikuti oleh budak-budak lain yang aku memang kenal merupakan penduduk-penduduk setempat. Paling besar tom-tom.....diikuti oleh poh-poh....dan last sekali yau-yau! Depa semua dikehendaki beratur sebaris berhadapan dengan Tom-Tom dengan memegang "bat" masing-masing. Yuya serve, TT smash......Yau-Yau serve.....TT smash......Yau-Yau serve....TT tibai smash lagi......Laa.....patutlah tadi Yuya balik muka monyok!!!!!! Asyik dok kena smash.....bila masa nak dapat point???? Hahahahahahah!

England lost to France in quarter final.

Dah 4 tahun aku tunggu giliran nak tengok tournament ni tapi tak berpeluang. Ada sekali aku dah plan nak ke NZ untuk menyaksikan at least satu game secara live dari sana. Air Asia pun memang ada flight ke sana. Congak pi congak mai aku rasa baik aku bawak anak-anak aku makan satay kat Satay Station...lagi bagus...semua orang puas! Aku kira-kira balik berapa perbelanjaan aku nanti? Alamak dah masuk beribu-ribu rupanya....itu baru satu game dan duduk selama 3 hari saja...belum souvenirs yang akan aku borong sekali! Pergh......penginapan pulak aku tak kisah sebab masih ada lagi 4-5 orang kawan-kawan aku yang tinggal kat sana. Salah sorangnya yang bernama William. William ni belajar sama aku dulu dan merupakan senior aku setahun. A New Zealander dan pernah bermain untuk All Blacks Junior dulu. Memang besar agam Will ni dan muka pulak macam Will Smith! Coincidence betul! Most of the weekends kami akan bermain rugby sama-sama di padang depan Belleview......blok tempat aku tinggal. Kami aku jadi ke Christchurch, aku pasti akan jadi kecoh bila jumpa William sebab dia akan bawak aku jumpa penyamun-penyamun yang lain pulak! Anyway, nasib baik tak pergi...kalau pergi, tak mampu aku nak belanja satay malam ni kat Satay Station!!! Hahahahahah...

Captain England yang hangin...nama dia pun MOODY!
Ni muka captain england yang baru kalah dengan france tadi. Nama dia pun moody.....patutlah tak senyum.....Bayangkan kalau dia datang ke tempat aku dan masa aku nak bagi kunci bilik, aku cakap "Have a pleasant stay with us Mr. Moody!" Hahahahahahah...

Rabu, Oktober 05, 2011

Busy giler..

Marina rajin cuci basikal!

Di pagi minggu yang syahdu ni, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku bangun awal dan hantar Yuya pergi latihan bola kat Cheras. Amboi, aku dulu tak pernahnya dapat chance macam ni. Chauffer driven. Ada orang hantar dan ada pulak orang ambik! Kelas sungguh depa! Yuya kata dia training bagai nak gila pasai 2-3 orang goalkeeper lain tak datang training....laaaaa...patut la....Lepas hantar Yuya kat padang, aku pecut balik ke ampang sebab nak ambik pasangan 2 beranak yakni Aunty W dengan Baby M pi marrrket pulak. Aku tinggalkan kereta dan aku celapak naik Charlie Davidson aku. Baby M dok dalam bakul motor dengan ayam 2 ekor dan ikan tenggiri. Sampai kat rumah dia bising pasal apa badan dia bau "hanyiaq!!" Hahahahahah...Lepas tinggalkan depa kat rumah dengan motor, aku naik kereta pulak pergi ambil Yuya kat Cheras. Yuya dengan penuh lumpur dan peluh naik dengan muka letih. Belakang kereta penuh lumpur!

Marina dan Sarah Nor di depan rumah

Pukul 12 tengahari aku kalut ke IJN dengan aunty pulak sebab nak melawat abang aku yang tiba-tiba nak "check-in" kat situ. Naik moto masuk elevated highway, turun-turun terus masuk ke IJN. Tibai parking kat tepi jalan. Hahahahahah...IJN kali ni memang hebat. Facilities memang terbaeeekkk. 12.30pm aku boleh masuk jumpa abang aku yang tengah dok berehat kat atas katil dan tengah makan. Aik....makan? Selera sungguh dia walaupun dok kat situ. Menu depa pun kadang-kadang buat kita confuse....."aik...kat sini ada dieticien ka?" Alhamdulillah abang aku sihat dan dia pun tahu apa sebab dia masuk kat situ!

Balik rumah pukul 1 aku kena mengadap tv pulak sebab ada a few rugby games yang crucial, mesti menang. Baru dok syok tengok, wiwit talipon suruh pickup kat lcct. Adoiii, biag pi lah dia balik sendiri dengan neighbour aku yang pi ambik maid dia. Wiwit dengan Mary balik sama-sama! Geng bas sekolah tu depa dua! Hahahahahah...

Marina dan Nana di padang Sekolah Sukan Bukit Jalil

Aku bergegas lagi ke Sekolah Bukit Jalil pulak sebab nak hantar abang lawan bola dengan team australia pulak pukul 3.30 petang and at the same time aku dapat jemputan dari ex-sdarian untuk menghadiri satu event makan-makan dan horey-horey di Carcosa Sri Negara! Omak aiii....same time tuh! Pergh...aku speedy gonzalez hantar abang ke Bukit Jalil dan rush pulak ke Carcosa. Nasib baik hari Ahad, jadi tak banyak kereta kat jalan. Perjalanan sangat smooth tapi yang tak smoothnya cuma aku yang terkejar-kejar merata-rata tempat! Sampai kat Carcosa old boys dah tunggu sambil sengih-sengih ala-ala tahun 85 dulu! Adoi....introducekan pada family masing-masing....bergelak-ketawa dan terus horey-horey...Anak-anak pulak diperosokkan ke dalam satu bilik rahsia yang mana depa ada play room dan clowns berkeliaran.....dalam games tu Yuya dapat "electric piano". Yeay!

Aku dan Kudo the President di Carcosa Sri Negara afternoon tea!
Tepat pukul 4.30pm, aku mintak diri daripada penyamun-penyamun yang ada untuk bergegas ke bukit jalil tengok bola pulak. Jem nak mampus sebab ada final tenis hari tu, ATP World Tour! Ish...hangin aku. Perjalanan yang sepatutnya sampai setengah jam sudah dah tersangkut 30 minit pasal banyak kereta di Bukit Jalil yang bertebaran tak ikut susunan! Aku ingat kereta besar-besar tu bijak......ternyata aku meleset!!
Aunty happy dapat makan smoked salmon di Carcosa Sri Negara

First game aku tengok abang nampak nervous sebab main dengan budak-budak yang lagi tua dari dia. Aussie ni pulak, badan besar, tegap, accurate, good running, good speed dan tendangan depa memang solid. Macam dok tengok Youth World Cup pulak! Main kat artificial pitch, abang nampak seronok dalam dok rasa cuak! Aku bagi semangat kat abang. Aku tepuk belakang dia, aku jerit nama dia, aku sorak sakan untuk dia.......depa kena tibai 3-0!

Abang lawan Australia U-17 di Bukit Jalil

Second game pulak abang main lawan dengan team u-17 depa pulak. Macam tadi jugak....aku sorak untuk abang....aku lambai-lambai tangan kat abang.....aku jerit-jerit nama abang......aku lambung-lambung marina untuk abang......kali ni abang main dengan lebih semangat......abang kena tibai 4-0!!!!!!!!!

Abang berdiri no 3 dari kiri.

Abang balik dengan muka welfare! Aku macam Kenny Dalglish dok mengajar tactical kat dalam kereta.....zupp sana...zupp sini..... tapi aku tengok muka depa masih welfare!!!! Aku tetap bersemangat. Berkobar-kobar aku cerita pasal aku main bola Flat Dalam lawan Flat Luar masa kat Henry Gurney dulu tahun 78 dengan Warren, Bobok, Man dll.....dalam dok semangat bercerita, aku pun dah sampai kat rumah. Muka depa masih welfare tapi tiba-tiba bila depa nampak muka Wiwit, muka welfare bertukar jadi ceria!!!!!!!

Batch 85' berbuka puasa!

Hampir 35 orang juga dapat dikumpulkan untuk berbuka puasa malam tadi di RHR Uniten, Bangi. Ambiance yang menarik di tepi tasik, seleks...