Sabtu, Mac 23, 2013

Jaga kesihatan

my breakfast after 1 hour workout this morning at 7am

Alhamdulillah keinginan aku untuk menjaga badan masih lagi membara. Aku takut semangat hanya tinggal semangat jika tidak disulami dengan disiplin yang tinggi. Oleh yang demikian. Aku seboleh-bolehnya akan memastikan yang aku ke gym sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Tak semestinya setiap hari kita ke gym, kita akan mendapat keputusan yang baik. Itu tidak benar sama sekali. Yang penting ialah kita tahu bahagian badan mana yang memerlukan lebih latihan, apakah jenis latihannya, berapa kali repetitions dan setnya serta berapa lama waktu rehat selepas setiap set yang kita buat. Dan yang paling penting dan paling payah, termasuklah payah untuk aku ialah apa yang kita makan! Aku juga menghadapi masalah untuk mengawal pemakanan. Nasi lemak bungkus even yang kat tepi jalan tu nampak tersangatlah "seksi" bagi aku. Ditambah pula kalau bungkusan nasi lemak tadi basah sedikit dek limpahan sambal yang menggamit-gamit selera aku. Aku tak perlukan ayam goreng ataupun hati goreng. Aku juga tak perlukan lauk lain. Cukuplah setakat apa yang selalu dihidangkan sahaja. OMG...........aku sanggup patah balik kalau dah terlepas 50 meter kedepan! Hahahahahaha....nah! itulah masalahnya. Besides that, everything else is on track!


Ni bukannya aku tapi dok buat menatang tu lah!

Apabila aku mula ke gym dan aku ceritakan kat sini, niat aku cumalah satu. Yakni ingin mengajak para pembaca sekelian memulakan aktiviti sihat dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Tidak ada niat menunjuk-nunjuk mahupun bermegah-megah. Aku bukannya Kevin Azhari yang  mempunyai kelulusan didalam bidang kesihatan. Aku cumalah sorang lelaki yang berumur 45 tahun yang tiba-tiba merasakan bahawa kesihatan dan kecergasan tubuh badan adalah sangat penting. Apa yang aku ceritakan tak semestinya betul. Entry aku adalah 100% hasil rekaan daripada pengetahuan aku sendiri dan juga hasil daripada pembacaan aku. Makanya, ada kemungkinan lebih banyak salah daripada betul, hahahahaha...
 
Minggu ni saja aku dah 3 hari tak sempat nak ke gym. Rabu, Khamis dan Jumaat aku menjadi tiba-tiba sibuk sendiri. Lari sana dan lari sini tanpa tujuan. Sama jugak masa aku bersekolah dulu. Aku pun tak tahu apa tujuan aku ke sekolah...hahahahahaha!
 
Esok dan lusa insyAllah aku akan kembali mengganas dan membalas dendam. Dalam pada aku dok bercerita pasal kesihatan ni, teringat pulak kat kawan-kawan aku yang bila terbaca cerita-cerita aku di sini dan di fb, terbuka hati depa nak melakukan aktiviti sihat yang sama....alhamdulillah. Itulah tujuan aku selain daripada untuk diri sendiri juga untuk rakan-rakan semua supaya menjaga kesihatan. Aku tahu yang ajal dan maut itu di tangan Allah tapi apakah salah kita menjaga kesihatan dan tidak sentiasa berserah kepada takdir sahaja? Think about it people!

Khamis, Mac 14, 2013

Surprise!

 
Pada hari sabtu yang lepas, Marina merengek-rengek ajak aku ke IKEA. Sepanjang malam asyik bercerita pasal SMALAND tu. Nak pergi jugak....nak pergi jugak......Aku kata, "esok pagi saja lah kita pergi...". Marina diam terus. Dia akan diam bila kehendaknya dipenuhi. Hmmm, ini satu perkembangan yang "tak berapa sihat". Bagi aku, ada perkara yang boleh dan ada juga perkara yang tidak boleh. Aku cuba jelaskan pada Marina. Tak pasti pulak samada dia faham ataupun tidak!

 
Esoknya aku ke pasar dulu pada pukul 7 pagi. Ikan dah bertambah mahal. Kepala ikan merah sekilo dah RM15. Ikan kembung dah jadi RM17 dan bawal hitam sekilo mencecah RM25 sekilo. Aku teringat sewaktu di Alor Setar dulu sewaktu aku dibangku sekolah rendah, Sekolah Iskandar, aku ikut jugak makcik aku ke pasar pagi berhampiran Taman Intan. Ikan kembong waktu tu berharga RM2 sekilo! Hahahahaha....Makcik aku akan cuci ikan tu bersih-bersih, lumurkan dengan asam jawa, sedikit gula dan secubit garam dan diperap selama satu malam. Esoknya waktu nak makan tengahari, barulah digorengnya ikan tadi. Oleh kerana diperap dengan asam jawa, makanya kulit ikan tadi berwarna hitam. Tapi jangan terkeliru. Luar hitam dan buruk tetapi dalamnya, masyAllah...punyalah sedap! Para pembaca boleh mencuba. Senang sangat-sangat nak prepare lauk ni. Kemudian sambil makan dengan minyak ikan yang panas-panas dan sambal siam cicah timun, aku bertanya pada makcik aku yang aku panggil PONG.
"Pong, lauk temenung ni nama apa?".
"Ikan Burok!". Pong jawab dengan selamba
"Pasai apa Pong panggey ikan burok?", aku tak puas hati.
"Pasai dia burok", jawap Pong senafas sambil menggigit kepala ikan temenung yang beru lepas di goreng tu tadi.
 

 
Aku beratur punyalah lama kat dining area dia tu. Yuya makan chicken breast, marina makan meatball dan aunty makan salmon. Aku minum kaput chino. Bila aku duduk, aku perasan ada sorang wanita disebelah kanan aku sedang sibuk menghantar sms. Kepalanya tak diangkat langsung. Amboi, sibuk sungguh nampaknya. Kami makan dan aku melayan kerenah anak-anak. Kesian jugak sebab abang tak balik dari asrama minggu tu sebab ada orientasi disekolah. Lepas seketika, aku perasan yang wanita disebelah kanan aku sedang memandang aku. Aku toleh. Dia senyum sambil bertanya, "Ni Uncle kan..Uncle Shahrir....saya ada baca blog Uncle!" MasyAllah...aku terkejut sebab wanita manis disebelah aku tadi menegur aku dan kata dia membaca blog aku. Aku kaget. Kemudian dia sambung lagi..."Uncle kenal Nek Rock yang di Arizona tu kan?". Dalam terkejut tak berkelip, aku angguk kan kepala tanda ya! "Saya kenal sangat dengan NR tu. Kalau NR balik Malaysia, kami selalu berjumpa!" Tu dia aihhhhh.....aku lagilah terkejut sebab dalam beratus-ratus orang yang tengah dok makan kat situ, macamana kami boleh duduk sebelah-sebelah? Kami bersembang sakan. Kemudian datang sorang lagi wanita yang jugak merupakan rakan kepada wanita yang duduk disebelah kanan aku. Dia pun kata yang dia kenal NR! Tu dia....tu dia.....kami sambung bersembang lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Sebelum memohon diri, aku meminta kebenaran untuk mengambil group photo untuk aku masukkan kedalam blog dan juga FB aku....

 
Terkejut aku masih tak terpadam. Sampailah kehari ini. Alhamdulillah. Terimakasih aku ucapkan kerana menegur. Kalau tidak, sampai kesudah aku tak kenal. Jadi kepada 2 orang wanita budiman tersebut, Uncle nak ucapkan terimakasih kerana menegur, terimakasih kerana memperkenalkan diri dan terimakasih kerana membenarkan Uncle mengambil gambar mereka sebagai bukti kepada NR yang aku jugak kenal dengan kawan-kawan NR! What a small world indeed!


Jumaat, Mac 08, 2013

Great weekend!

Marina Ayumi

Pada hari sabtu dan minggu yang lalu aku menjadi tersangat sibuk. Kami para ibubapa kepada pemain-pemain bolasepak VI dibawah umur 15 tahun bersepakat untuk meniaga air apabila ada sesuatu karnival di sekolah VI. Oleh kerana pada hujung minggu lalu ada pertandingan ragbi 10 sebelah disana, maka aku dibenarkan meniaga air bersama-sama dengan gerai-gerai yang lain. Aku dan para ibubapa lain telah sepakat untuk menyumbangkan 2 crates minuman tin dan makanan secara percuma untuk dijual dipadang nanti. Modal pembelian tak dipulangkan. Ini sebagai permulaan modal berniaga kami.
 

Arman Azumi

Pukul 5.30 pagi aku dah terjaga. Berkemas apa-apa yang patut, meja lipat, kerusi lipat, clothes hanger, dan macam-macam lagi aku masukkan ke dalam kereta. Berada di padang pada pukul 6.30 pagi. Beberapa ibubapa telah kelihatan dan semuanya menjadi sibuk menyiapkan gerai, menyusun minuman, memunggah barangan, menggantung baju-baju tee yang hendak dijual dan lain-lain lagi. Pelanggan pertama datang pada pukul 8.30 dan membeli 2 bungkus nasi lemak. Aku senyum lebar. Ini kali pertama aku meniaga dan beliau merupakan pelanggan pertama aku. Alhamdulillah. Panas terik membuatkan aku membeli sendiri air yang aku jual...hahahahahaha....maklumlah ditengah padang. Sewaktu berjualan, mata aku liar dan telinga aku "capang" sebab nak dengar dan nak tengok adik-adik SDAR bawah 15 tahun aku lawan rugby. Teringat pulak sewaktu aku bersekolah dulu.

Kat opis..

Penjualan aku dihari pertama sangatlah memberangsangkan. Aku dapat RM412! Wah banyak jugak setakat menjual air! Budak-budak SDAR bawah 15 tahun pun senyum panjang sebab semua sekolah depa belasah dan yang paling banyak ialah menang besar 57-0! Esok depa masuk quarter final. Tahniah adik-adik dan coaches! Aku balik kepenatan tapi sempat bawak anak-anak makan malam di Pak Ya Chinese Restaurant di Ampang, berhadapan dengan IPD Ampang. Sepelaung saja dari rumah aku! Lepas makan malam kami bergegas makan kek pulak. Part tu aku sedikit reluctant tapi memandangkan semua anak-anak muka sayu dan kuyu, aku gagahkan jugak makan satu slice di Secret Recipe Great Eastern Mall! Pergh...habislah workout aku hanya dengan sekali makan! Aku terlelap awal sebab kepenatan. Dalam perjalanan pulang aku terpanggil untuk mengucapkan terimakasih kepada Yuya yang bertungkus-lumus bekerja menjual air bersama-sama aku dan syukur kerana aunty juga membantu dengan menghantar barang-barang ke padang dengan kereta (aku dengan shirley davidson!), menjahit pouch untuk dijual dan juga bersengkang mata sampai ke pukul 4.30 pagi semata-mata mahu menghabiskan pouch begnya yang sangat chomel! Aku terpegun dengan kesungguhan Yuya membantu aku dari pagi sampai ke senja. Tak sekali pun dia mengeluh letih. Dia yang sibuk berjual, dia yang sibuk mengira duit yang kami dapat dan dia juga yang bermandikan peluh! Yuya is a hardworking kid! Alhamdulillah....thanks Yuya!


dan Kamal Ariffin Yuya..

Malam sebelum tidur, aku bertanya samada Yuya nak rehat pada hari minggu tapi dia bingkas menjawab yang dia nak berjualan lagi. "Sapa nak jual air nanti", katanya! Aku tersenyum dan pelan-pelan aku tutup pintu bilik dia dan matikan lampu....Hari kedua bermula dengan agak perlahan. Sampai ke tengahari kami cuma dapat tak sampai RM50. Aku belum panic sebab aku tahu, selepas lunch time nanti dan sewaktu "break" ramai players yang akan menyerbu gerai air. Telahan aku tepat. By the time aku tutup gerai pukul 7 malam, aku dah berjaya mengumpulkan sebanyak RM600 hasil menjual air dan kuih serba sedikit. Total jualan kesemuanya berjumlah RM1023.25 selepas ditolak apa-apa modal. Alhamdulillah. Duit tu nanti aku akan masukkan kedalam tabung "Bolasepak B15 tahun Victoria Institution" buat digunakan bagi keperluan bolasepak mereka dan lain-lain lagi.
 
Manakala pasukan rugby SDAR bawah 15 tahun pulak berjaya menjadi johan pada kejohanan Rugby VI 10's kali ke 5 dengan membenam Sains Ulu Selangor (kalau tak salah aku) dengan 2 try. Well done boys......aku berbangga.....pertamanya dengan hasil penjualan air bersama-sama Yuya dan para ibubapa lain, keduanya kerana juniors aku jadi johan rugby....hahahahahahaa....what a great weekend indeed!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...