Jumaat, Mac 28, 2014

Bala's Chalet

 
 
Dah lama aku tak sampai ke Cameron Highland. Seingat aku sejak berkeluarga, kali pertama aku ke sana, Abang muntah didalam kereta semasa di Ringlet. Aku duduk di hotel belakang balai bomba di Tanah Rata. Abang mula mengatur langkah disana sewaktu aku ke Boh Plantation. Seronok bukan kepalang melihatkan anak pertama mula berjalan. That was almost 16 years ago. Even pada waktu itu, aku dah mula mengenal Bala. Bukan kenal secara peribadi, tetapi mengenali chalet yang diuruskannya. Kali kedua sejak berkeluarga pula, aku kesana bersama kak lit, nurul, aku sekeluarga dan juga mama. Aku ingat lagi yang arwah mama pernah memberitahu aku dalam banyak-banyak tempat, Cameron Highland masih belum dijejakinya. Aku menjadi sayu. Arwah mama mengusung aku kemana saja aku nak pergi. Batu Feringgi? Tokong Ular? Tengok tapak kaki Sang Kelembai? Akuarium? Semuanya arwah mama bawak aku. Aku terasa sangat sebab apalah sangat CH kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan arwah mama? Aku mula membuat perancangan dan mencari tarikh yang sesuai. Akhirnya tarikh lahir Yuya menjadi waktu yang paling sesuai. Aku berasa puas setelah dapat membawa arwah mama naik ke CH. Kami menginap di Equatorial Hotel yang kini diberi nama Copthorne CH.

 
Aku bertolak awal tapi berhenti dimerata-rata tempat. Makan di Tapah dan mengikut jalan lama. Berhenti lagi di Lata Iskandar untuk mandi. Sengaja aku memilih tarikh tersebut kerana tidak mahu bertembung dengan pengunjung hujung minggu! Dalam perjalanan naik selepas mandi, aku berhenti lagi di Bharat Tea Plantation untuk minum petang. Croissant untuk aku dan aunty, cheese cake untuk abang, sandwich untuk Yuya dan scones untuk Marina. Setelah kenyang, kami bergerak semula ke atas. Terus ke Bala's Chalet di Tanah Rata. Bertemu Dass di reception. Membuat pendaftaran dan membayar, aku disuruh tunggu sebentar. Dipanggilnya Ijul, seorang pekerja Bangladesh untuk membantu aku memilih bilik mana yang sesuai didalam kategori yang telah dibayar tadi. Bilik pertama, kami dah terpegun. Katil besar dibawah dan 2 katil single diatas. Ijul memujuk untuk aku lihat satu bilik lagi yang katanya lebih besar bernama Buckingham! Melihat bilik ke 2, aku terus meletakkan beg dan confirm yang bilik ke 2 itulah yang aku mahukan. Dibawah ada katil bersaiz queen dan diatasnya ada 3 lagi katil. 2 single untuk Marina dan Yuya dan satu katil bersaiz queen seperti katil aku, untuk Abang! Aku ucapkan terimakasih pada Ijul.
 
 
Lantai kayu di tingkat atas dan bumbung yang senget seperti digambar, ditambah pula dengan cuaca yang dingin nyaman mengingatkan aku kepada tahun 90an sewaktu aku belajar dan bekerja di Switzerland dulu. Ada tempat pemanas badan di bahagian bawah seolah-olah berada diluar negara. Melihatkan senyuman dimuka anak-anak, aku yakin yang percutian pendek ini pasti memuaskan!

 
Dibahagian luar bilik, pokok merayap direkahan dinding. Kami mengambil kesempatan untuk berfoto sebanyak mungkin sebelum menuruni anak-anak tangga menuju ke bahagian reception untuk melihat ceruk-ceruk Bala's Chalet. Mengagumkan aku. Kawasannya bersih walaupun hanya mempunyai pekerja seramai 7 orang untuk 44 buah bilik! Makanya seawal kedatangan aku, aku terlihat Ijul menyiram pokok bunga. Sekelip mata dia juga yang membawa aku menunjukkan bilik. Sekarang dia sedang menyapu sampah dilaman! Talking about efficiency!

Terserempak 'Bulat' SDARA 82 di KEA Farm!
 
Dinner, Yuya nak makan steamboat. Restaurant disebelah hotel De La Fern penuh sesak. Aku terpaksa menunggu meja. Walaupun begitu, para pekerja disitu sangat cepat dan senyuman sentiasa terukir dibibir. Sekali lagi aku terpesona! Aku terlupa nama adik yang mengambil order aku yang aku rasa patut diberi kredit disini...makanannya ok. I have no complaint. Harganya, bagi aku sesuai dengan apa yang kami pesan. Sekali lagi I have no complaint! Balik ke bilik dah pukul 11 malam dan mata pun dah mula layu. Main dengan Marina sekejap sebelum dia tidur dan aku sendiri tak sedar pukul berapa aku tidur! Hahhahahahaa...

 
Paginya aku bangun awal seperti hari aku bekerja. Bersiap untuk bersarapan dan terus ke KEA Farm. Pasti nak cari sayur dan buah segar untuk dibawa pulang. Sedang masih didalam kereta sementara mata liar mencari parkir, aku dikejutkan dengan satu jeritan "SDAR" dari seseorang di tepi jalan. Cepat aku meletakkan kereta, melintas jalan dan mencari suara tadi. Kami bersalam dan mempekenalkan diri masing-masing. Beliau ialah bro Bulat batch 82. Bila dia sebut nama panggilannya, baru aku teringat. Aku tingkatan 1 dan beliau tingkatan 4. Bagaimana kami boleh kenal walaupun dah hampir 30 tahun tak berjumpa? Semuanya kerana kereta aku ada sticker SDAR didepan dan belakang! Hahahahahaha...what a small world indeed!
 
 


Membeli sayur dan buah seperti satu kemestian kalau ke CH. Dalam pada itu aku sempat juga mencuba Butterhead Juice (Butterhead ialah sejenis sayur tanah tinggi) dan rasanya........I love it! Dalam perjalanan pulang, aku sekali lagi singgah di Lata Iskandar. Kali ni, aku pulak nak mandi. Hahahahahaha.....Air yang sejuk membuatkan aku hilang sengal badan memandu. Lega dan terus menggigil! Hampir sejam kami disitu, dengan berat hati kami mula berkemas dan mula memandu ke KL. Late lunch yang dirancang ialah Satay Kajang di Jejantas Sungai Buluh. Makan dan makan...terus aku memandu pulang. Aku mengambil cuti selama 5 hari bermula Rabu lalu. Esok aku harus ke gym kerana makan aku dah bercelaru! Rancangan aku lepas sembahyang Jumaat nak bawak anak-anak ke kedai buku pulak. MPH ka, Popular ka, KinoKuniya ka, aku tak pasti lagi tapi kedai buku. Saturday, bawak Marina ke zoo. Sunday macam biasalah...ke pasar diawal pagi, gym, big lunch, petangnya hantar abang dan Yuya balik ke asrama....hmmm, it was a nice short trip to CH dan niat aku mengambil cuti  5 hari (paling panjang dalam tempoh 4 tahun ni) hanyalah semata-mata untuk bersama anak-anak bersantai! Waktu terlalu pendek untuk aku bersama-sama mereka. Setahun dua lagi anak-anak akan mula melangkah lebih jauh.....Aku teringat kata-kata abang sewaktu aku minum dengan dia disalah sebuah warung tepi jalan dua minggu lalu. Katanya, "Papa, you left us too long when you went to Saudi!". Dada aku beralun.....aku mengesat airmata sambil memohon maaf!


Sabtu, Mac 15, 2014

Sebatang pokok di tepi kelas...



Aku ke sekolah anak aku pagi tadi untuk menyaksikan perlawanan bolasepak peringkat akhir zon Bangsar. Akibat daripada minum banyak air sejak cuaca berjerebu ni, aku agak kerap pergi ke tandas. It's ok,  aku tahu kenapa lately aku kerap ke tandas....masalahnya jika aku tak tahu sebab! Nah, itu masalah! Aku naik moto untuk ke tandas kerana jarak antara padang dan tandas agak jauh juga. Selepas selesai dan baru start engine moto, aku terpandang sebatang pokok di tepi kelas. Batangnya besar dan tegap manakala daunnya pula rimbun. Aku rasa yang pokok ini mungkin telah agak berusia. Aku terpegun melihat pokok tersebut. Pelbagai kisah menarik kembali menerjah dikotak fikiran. Kisah yang terpalit 39 tahun dulu begitu segar didalam ingatan aku. Melihat pokok sebegini, aku terbayang wajah arwah mama menunggu aku dibawah pokok yang seperti itu pada tahun 1975 sewaktu aku di darjah 1 di Sekolah Rendah Francis Light, Pulau Pinang dulu. Sebatang pokok ditepi kelas...
 
Pokok tersebut berada betul-betul ditepi kelas aku. Akar-akar yang tebal dan gemuk menyelirat diatas rumput. Sewaktu didalam kelas, pokok itulah menjadi tumpuan aku setiap hari, menantikan kelibat arwah mama membawa bekal nasi goreng dan air sirap. Pandangan aku hanya tertumpu disitu sehinggakan cikgu kelas marahkan aku dan menutup cermin. Aku sayu, satu perasaan bimbang tiba-tiba menular. Apa akan jadi kalau mama datang dan aku tak nampak? Apa akan jadi kalau mama datang dan mama tak nampak aku? Apakah mama dah sampai ataupun belum? Apakah mama datang bersama nasi goreng dengan air sirap ataupun tidak? Bagaimana kalau mama tak sampai lagi? Pelbagai persoalan bermain di benak sehingga membuatkan aku hilang tumpuan pada kelas. Mata aku merah dan perlahan-lahan aku keluarkan sapu tangan kecil berwarna merah berbunga ros pemberian mama dari poket kiri seluar biru pendek aku. Aku mengesat air mata yang mula membasahi pipi. Menundukkan kepala ke lantai. Jantung berdegup kencang. Fikiran berkecamuk. Perasaan ingin tahu meronta-ronta meminta penjelasan atau sekurang-kurangnya dibenarkan membuka cermin barang sesaat untuk aku menjeling ke pokok tersebut.
 
Jarum jam bergerak sangat lambat. Peluh membasahi dahi dan belakang baju aku. Duduk menjadi tidak selesa. Tenaga seperti telah dikerah berkawat diawal paginya. Jantung berdegup bertambah kencang. Mata mula berpinar. Dunia terasa kecil. Rakan-rakan sekeliling tidak aku hiraukan. Guru didepan tidak aku endah. Tumpuan aku hanya terarah kepada mama..Masyallah, lambatnya putaran jam. Satu minit aku rasa bagaikan satu jam! Kaki sudah terasa ingin berlari keluar kelas. Mata liar memandang jam ditangan rakan sebelah dan sekali-sekala cuba menerobos tingkap yang tertutup rapat! Aku gundah. Aku gulana!
 
Angin bertiup lembut. Sehelai dua daun-daun kering dari pokok yang sama berterbangan memasuki kelas. Bunyi daun berlaga daun terus membuatkan jiwa aku mula meronta-ronta ingin keluar. Mata aku kembali berkaca...Aku jeling lagi sekali ke lengan kiri teman. Ada 5 minit lagi untuk loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Tetapi itu masih ada 5 minit berbaki.....aku rasa seperti waktu tidak bergerak langsung. Suara cikgu tidak aku hiraukan. Suara rakan-rakan kelas tidak aku pedulikan. Tumpuan aku hanyalah pada pokok diluar kelas.
 
Ada lagi 2 minit untuk aku menerjah keluar. Aku pejamkan mata. Menyika airmata yang bertambah laju. Berpaling kearah berlawanan dengan harapan agar rakan-rakan tidak melihat. Menundukkan kepala kelantai. Membuka tali kasut. Mengikatnya semula. Membuang batu-batu kecil yang melekat ditapak kasut. Semuanya aku lakukan untuk menyentap waktu agar bergerak lebih laju.
 
2 minit berlalu dan loceng menandakan waktu rehat telahpun dibunyikan. Aku tidak hiraukan guru. Aku tidak hiraukan rakan-rakan. Sepantas kilat aku bangun dan sepantas kilat juga aku berlari menuju pintu untuk keluar daripada kelas. Setelah 10 langkah aku berlari, aku berhenti. Aku nampak kelibat mama duduk bertenggek diatas akar pokok yang menonjol diatas tanah. Baju kurung hijau yang selalu mama pakai. Ditangan kanannya ada nasi goreng manakala tangan kirinya memegang botol air yang berisi air sirap! Aku puas.....
 
Al fatihah!

Sabtu, Mac 08, 2014

Langkawi, revisited!

Timing was perfect....right on the dot!

Sekali lagi aku berkesempatan ke Langkawi tetapi kali ini kerana kerja. Kali pertama aku cuba menggunakan bas dari KL Sentral. Mencari tiket bas satu hal...akhirnya tiket bas dibayar didalam bas! Perjalanan sangat lancar walaupun untuk melepasi KL agak payah. Bas selesa dan barangan semuanya dimasukkan ke perut bas oleh para petugas. Bas sampai tepat pada waktu dan kami terus turun kerana waktu 'pendaftaran masuk' akan tamat bila-bila masa sahaja. Penerbangan dijadualkan berlepas pada jam 12.30pm. Aku agak skeptikal kerana selama ini tak pernahnya flight aku terbang pada waktu yang dinyatakan di tiket. Paling teruk pernah aku lalui bilamana flight delay selama 3 jam! Anyway, tahniah kepada AA kerana telah memberikan pengalaman perjalanan yang sangat baik dan selesa bermula dari KL Sentral lagi!


Oh nooo........

Perkara yang sepatutnya dilakukan telah berjaya dilaksanakan. Pertemuan demi pertemuan berlangsung sejak pukul 1.30 petang sehinggalah berakhirnya pertemuan pada pukul 11.45 malam. Bagi aku, alhamdulillah...semuanya sangat fokus dan tahu perjalanan dan halatuju. InsyAllah jika semuanya menjalankan amanah masing-masing mengikut jangka waktu yang ditetapkan, kita akan berjumpa lagi didalam waktu yang terdekat. Syukur ke hadrat Allah swt!
 

The Loaf

Aku sempat singgah sebentar disini. Menyambung sedikit perbincangan tambahan. Sungguh tenang. Tiada ombak. Hanya angin yang meniup perlahan dan matahari yang mula terbenam membuatkan suasana waktu itu sangat indah sekali. Menghirup iced cappucino menambahkan lagi 'nikmat hidup' aku. Sewaktu menikmati suasana senja aku sempat mengelamun dan teringatkan waktu aku bertugas di Langkawi hampir 4 tahun yang lalu. Disinilah tempat aku membawa tetamu aku dari luar negara untuk duduk bersembang kosong. Sewaktu di Langkawi dulu aku diberikan sebuah kereta Proton Perdana yang kesemuanya ditanggung oleh pihak hotel. Jadi aku mengambil kesempatan senggang di waktu petang untuk membawa tetamu aku jalan sambil menikmati kopi di Marina tersebut. Ramai yang aku bawa terutama sekali dari eropah. Mereka senang bila dilayan begitu. Banyak topik yang kami bualkan dan diwaktu itulah aku akan mendapat segala macam pujian ataupun kecaman mengenai perkhidmatan kami dihotel. Kesempatan sebegitu aku gunakan sebaik mungkin untuk menambahbaikkan segala macam service di hotel! Itu semua merupakan komen-komen ikhlas daripada para tetamu yang aku harus ambil serius!

"Bo" saja....

Kami agak awal untuk pertemuan penting seterusnya. Oleh kerana aku pernah tinggal di Langkawi selama hampir setahun, banyak juga tempat yang masih aku ingat. Salah satunya ialah gerai ini. Jika diamati, top menunya adalah menu yang sama sejak dari tahun 2010 dulu. Memang top sampaikan kuey tiaw mempunyai dua jenis ejaan yang berbeza! Hahahahahaha....Kuey san, anda pilihlah yang mana anda suka!

SDARians are everywhere....(l to r) Joe and me 85 and Ray 81

Setelah aku check out dari hotel dan menunggu waktu untuk penerbangan pulang ke KL, aku mencuri sedikit kesempatan untuk bertemu fellow sdarians lain yang kini terdampar di Pulau Langkawi! Kamal atau lebih mesra di panggil "Joe Labu" merupakan seorang pakar motivasi /ekonomi yang kini berpusat di Langkawi manakala senior aku Raizam pula kini membuka sebuah pusat bahasa dan juga mengajar perkara berkaitan perhotelan bagi hotel-hotel berjenama di Langkawi. Pada masa yang sama beliau yang dikenali sebagai 'DJ' Ray kini sedang mengendalikan program beliau sendiri di Radio Langkawi bagi mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan VMY 2014 yang dikelolakan didalam bahasa Inggeris. Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua dan InsyAllah dalam jangka waktu yang terdekat, kita akan berjumpa lagi. Meantime, have a pleasant weekend people!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...