Sabtu, April 25, 2015

Pengalaman 7

Seperti biasa, cerita aku tidak mempunyai turutan. Aku hentam saja mengikut apa yang terlintas dikepala otak. Maka oleh itu, harap maklum. Hahahahaha.....
 
Persediaan
 
Sebelum aku ke sesebuah negara, aku akan pastikan yang aku akan banyak membaca mengenai peradaban, do's and don'ts, masyarakatnya, makanannya, bagaimana cara nak kerumah tetamu apabila dijemput dan sebagainya. Sebelum adanya internet, aku akan kerap pergi ke kedai-kedai buku. Membelek buku-buku dan travel magazines dan mencari bahan bacaan mengenai negara yang ingin aku lawati atau kerja dan begitu juga dengan bahasanya. Aku suka membuat persediaan sebelum berangkat untuk memudahkan aku berhubung dengan masyarakat setempat apabila berada disana. Aku juga kerap membaca buku-buku keluaran Lonely Planet kerana disitu aku bakal mendapat banyak fakta yang kadang-kala tidak terdapat didalam buku-buku lain. Lonely Planet kebiasaannya akan bercerita mengenai tempat-tempat menarik, bagaimana nak mencari makanan yang baik dengan harga berpatutan, tempat penginapan dan sebagainya. Aku akan baca dan ulang baca sehingga aku merasa puas dan bersedia untuk berangkat. Satu lagi buku yang aku suka baca ialah "Culture Shock". Ada pelbagai series dan yang ini lebih kepada budaya dan adat-resam setempat. Buku-buku Culture Shock ini meliputi pelbagai negara. Jika mahu ke China, carilah buku ke China. Jika mahu ke Korea, carilah buku ke Korea dan begitulah seterusnya. Apabila sudah membaca beberapa buku dari kelompok negara yang berjiran, aku mula dapat mengagak persamaan budaya yang mereka ada. Itu salah satu point penting yang aku akan pick up!
 
Pengajaran
 
Apabila adik-adik ingin memohon kerja dimana-mana syarikat sekalipun, amatlah penting untuk adik-adik melakukan sedikit "homework" mengenai syarikat yang adik pohon. Carilah sebanyak mungkin maklumat dan cuba ingat point-point penting sewaktu menghadiri temuduga. Adik-adik harus tahu siapakah Chairmannya, Timbalannya dan juga Board of Directorsnya. Adik-adik perlu tahu apakah misi dan visi syarikat tersebut serta latarbelakang penubuhannya. Ini sangat penting kerana ia menunjukkan yang adik-adik minat dan telah melakukan sedikit kaji selidik mengenai syarikat tersebut. Jika adik-adik mempunyai sedikit pengetahuan mengenai syarikat tersebut, adik-adik akan mendapat markah yang lebih daripada orang lain. Apabila Uncle memohon untuk bekerja di Renaissance Kuala Lumpur Hotel dulu, itu merupakan salah satu soalan pertama yang ditanya! Begitu jugalah apabila Uncle memohon kerja ditempat-tempat lain. Situasi yang sama boleh di applykan kepada para pelajar. Maksudnya, para pelajar haruslah membuat banyak persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan!
 
Pengalaman di Pesawat
 
Didalam perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Dubai menaiki pesawat Emirates, aku lebih suka duduk di "aisle" untuk memudahkan aku pergi ke tandas selain melunjurkan kaki. Ini kerana aku tak mahu mengganggu penumpang lain jika aku mahu kemana-mana. Duduk disebelah aku ialah seorang lelaki yang hebat bergaya. Memakai suit yang berjenama mahal dan apabila pesawat telah berlepas dan juruterbang mengumumkan ketinggian pesawat serta lampu amaran talipinggang dimatikan, beliau meminta izin untuk keluar dari tempat duduk. Membuka compartment beg diatas kepala dan mengeluarkan laptop untuk melakukan kerja. Wah, hebat penumpang ini. Muka dan nada percakapannya tidak friendly. Jadi aku pun diam tidak berbual. Aku terus memakai earphone dan menonton movie! Makan mula disediakan dan pramugari terpaksa memanggilnya beberapa kali untuk memberikan makanan kepadanya. Aku diam. Beliau makan dengan bergaya. Kopi dan jus juga dituangkan kepada kami. Setelah selesai makan, aku berhenti sejenak sambil menonton movie sambil minum kopi. Makanan dah pun habis. Yang ada hanyalah cheese dan biscuit. Lelaki sebelah aku pon sama. Tak makan cheese lagi. Aku dah dapat mengagak sesuatu. Aku ambil cheese. Dia ambil cheese. Aku koyakkan wrapper. Dia koyakkan wrapper. Aku ambil biscuit. Dia ambil biscuit. Aku koyakkan wrapper biscuit, dia pun buat perkara yang sama. Aku letakkan cheese diatas biscuit, dia pun ikut. Aku jeling dia, dia pandang tempat lain. Dia ambil pisau dan garpu untuk makan cheese yang diletakkan diatas biscuit tadi tetapi aku tidak! Aku ambil dengan tangan dan makan sedikit demi sedikit. Beliau meletakkan pisau dan garpu kembali ke meja lipat dan mula menggunakan tangan.....aku senyum didalam hati...Apakah fungsi cheese dan biscuit ini? Fungsi utamanya ialah untuk mencuci deria rasa didalam mulut kita. Begitu juga apabila orang melakukan "wine tasting". In between tasting, mereka akan mengambil sedikit roti yang dipotong kecil lalu mengunyahnya. Fungsi roti tadi juga sama. Ini dilakukan sebelum mereka menukar ke wine maker lain ataupun jenis anggur lain sebagai contohnya cabernet ke shiraz atau pinot noir!
 
Pengalaman Fine Dining 1
 
Apabila seseorang mengikuti kursus Fine Dining, semua pelajarannya akan bermula apabila kita sampai ke tempat tersebut. Kita tidak tahu ataupun tidak perasan yang kursusnya telahpun bermula! Apabila sampai, kita akan lihat sebuah meja disediakan diluar dewan. Ini merupakan meja pendaftaran. Meja pendaftaran ini sangat penting kerana disitu telah tertulis nama kita dan dimeja mana kita ditempatkan. Bukan mudah untuk hos meletakkan kita ditempat tersebut. Kebiasaannya kita akan ditempatkan bersama orang yang kita kenali ataupun syarikat yang kita selalu berhubung agar kita tidak merasa janggal apabila berada dimeja tersebut. Hos telah berusaha sebaik mungkin untuk meletakkan kita disitu. Maka, hormatilah keputusannya! Kebiasaannya juga sebelum masuk ke dalam dewan, tetamu akan dihidangkan dengan minuman ringan dan "finger food". Ini semua minuman dan makanan ringan. Jangan makan/minum terlalu banyak. Buruk rupanya apabila dilihat seperti "pelahap dan tak tahu majlis!" Ambil minuman dan makanan dengan sopan daripada pramusaji (servers) yang menghampiri kita. Jika servers tidak datang, janganlah memanggil dengan suara yang tinggi. Ini tidak sopan. Setelah selesai makan/minum dan mula dipanggil masuk ke dewan, letakkan minuman/makanan tadi ditempat yang disediakan. Jangan tinggal dimerata-rata tempat. Ini sekali lagi menunjukkan sikap kita yang tidak tahu majlis! Bagi tetamu wanita, beg tangan mereka sewaktu majlis-majlis sebegini adalah beg tangan yang kecil dan bukannya beg seperti mahu ke kelas mahupun shopping mall...
 
Pengalaman Fine Dining 2
 
Satu lagi perkara yang sering berlaku ialah menjawab panggilan talipon. Aku sering berpesan kepada yang menghadiri kursus Fine Dining aku bahawa talipon bimbit haruslah dimatikan ataupun hanya bergetar (vibrate mode) apabila berada dimajlis-majlis berprofail tinggi seperti dijemput oleh Menteri-Menteri, Tuanku Sultan mahupun Istana Negara ataupun menjadi jemputan kerajaan apabila tetamu luar negara datang. Talipon bimbit juga tidak boleh diletakkan diatas meja! Ia harus dimasukkan ke dalam beg tangan (wanita) dan diletakkan dibawah kerusi ataupun di dalam poket jacket (lelaki). Sungguh tidak sopan dan tidak menghormati tetamu lain. Jika itu merupakan panggilan yang dirasakan kecemasan, jangan jawab di meja makan. Minta izin untuk keluar sebentar dan jawablah dengan cepat. Meminta izin untuk keluar hanya apabila perlu menjawab panggilan emergency. Antara hidup dengan mati! Jika kita menjawab panggilan ataupun sms dimeja makan tersebut, ini terang-terangan menunjukkan kita tidak tahu etika Fine Dining dan tidak pernah menghadirinya! Jangan begitu ya!
 
Pengalaman 1 di MPO (Dewan Filharmonik)
 
Telah dinyatakan sewaktu membeli tiket atau di website atau sewaktu "on hold" apabila membuat panggilan, bahawa MPO merupakan sebuah dewan bertaraf antarabangsa. Banyak konsert-konsert besar dimainkan disitu. Lagu-lagu Schubert, Mozart, Beethovan dll sering diperdengarkan. Lately, Jamal dan Siti pun menyanyi disitu! MPO mempunyai "dress code" nya sendiri. Sama seperti di Sydney, NY, London dll. Beberapa hari lepas sewaktu aku berpeluang menyaksikan sebuah konsert disana, ada sebuah keluarga yang datang mahu menonton. Anak-anak mereka hanya memakai "sneakers". Mereka ditahan dipintu masuk dan tidak dibenarkan masuk. Ibunya mempertikaikan tindakan pegawai-pegawai MPO. Lama mereka bertegang leher. Pegawai-pegawai MPO sangat bersopan dan menerangkan satu persatu larangan-larangan yang memang jelas ada. Akhirnya ibu mereka terpaksa pergi ke kedai kasut berdekatan untuk kasut yang sesuai. MPO bukanlah kedai makan...ia juga bukan panggung wayang...
 
Pengalaman 2 di MPO
 
Berfoto atau berselfie tidak dibenarkan ditempat-tempat sebegini. Mereka sangat tegas. Masih ada lagi yang mengambil gambar stage, mengambil gambar dewan dan group foto. Sekali lagi pegawai-pegawai MPO datang memberi nasihat dengan sopan. Aku pasti pegawai-pegawai ini telah di brief dengan cara-cara bagaimana nak menasihat secara berhemah. Tahniah MPO!
 
Pengalaman 3 di MPO
 
Ada juga yang bersms ataupun berwhatsapp sewaktu berlangsungnya acara. Aku hairan. Kalau dilihat daripada cara mereka berpakaian, mereka ternyata hebat...sudah pasti mereka tahu adab memasuki sesuatu majlis. Apabila ini berlaku, mereka akan diberikan amaran laser berwarna hijau. Lampu laser ini akan terus disuluh ke mana-mana bahagian badan (bukan dimuka) sebagai amaran untuk hentikan perlakuan tersebut. Lampu daripada talipon sewaktu bersms ataupun whatsapp amat mengganggu penglihatan orang lain yang mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada concert yang sedang berlangsung!
 
Pengalaman 4 di MPO
 
Jika concert bermula pada pukul 8.30 malam, pengumuman untuk masuk ke dewan dan pintu dewan akan dibuka 30 minit sebelum itu. Makanya "punctuality" amat penting. Jangan datang lewat. Apabila pintu telah ditutup dan concert telah bermula, tetamu tidak dibenarkan masuk. Tetamu lewat akan di "quarantine"kan disebuah bilik selama 10-20 minit dan akan dibenarkan masuk hanya apabila ada sedikit "interval" dan apabila dirasakan tidak mengganggu perjalanan concert.
 
Adik-adik sekelian. Point Uncle pada kali ini ialah, "please do your homework". Buatlah homework sebelum ke sekolah. Buatlah homework sebelum interview kerja. Buatlah homework sebelum kemana-mana majlis. Buatlah homework sebelum apa-apa saja sekalipun! InsyAllah adik-adik akan diterima dengan baik oleh masyarakat sekeliling, rakan-rakan pelajar dan rakan-rakan sekerja. Senang cerita, "boleh dibawa ke tepi dan ke tengah!"
 
Ok people, have a nice weekend dengan orang tersayang!
 
Aku duduk paling kanan tahun 1985!

Sabtu, April 18, 2015

Pengalaman 6

Assalamualaikum dan bertemu sekali lagi kita disini dengan cerita-cerita aku yang tak pernahnya nak habis. Modal sentiasa ada tetapi waktu sahaja yang menyebabkan entry aku hanya mampu dibuat seminggu sekali. Beberapa minggu ini aku amat terpanggil untuk menceritakan pengalaman-pengalaman aku termasuklah pada kali ini. Banyak sudah cerita yang aku dah terlupa tetapi bila bangun tidur ataupun masa menunggu traffic light bertukar warna hijau, selalunya aku sempat mengelamun mencari idea.  Idea tak pernahnya kering. Bila aku tengok orang jual nasi lemak di tepi jalan, aku teringatkan waktu aku membantu Bob menjual nasi lemak di Damansara Jaya, didepan Piccadilly Disco dulu. Bila aku tengok pelayan di hotel, aku teringatkan zaman aku menjadi pelayan di Hilton dulu. Bila aku tengok FB Manager atau FB Director tengah check buffet counter, aku teringat sewaktu aku menjawat kedua-dua posisi itu di KL dan Madinah serta Mekah satu masa dulu. Begitu jugak apabila aku terlihat GM sedang berlegar-legar di Lobby atau sedang membuat rondaan atau bertemu VIP, aku teringat pulak perihal aku dijawatan yang sama di Langkawi beberapa tahun lepas! Semuanya segar. Sangat-sangat segar!

Paya Serai, PJ Hilton 1988

Aku mula menjejakkan kaki sewaktu mendapat tahu yang "practical training" aku bakal diadakan disana. Hati kembang kuncup kerana memang sejak dari dulu lagi aku berminat untuk masuk ke hotel-hotel bertaraf antarabangsa. Tepat pada hari yang ditetapkan, aku menghadirkan diri di HR. Nama hotel dah gah...dan berjumpa pegawai disana amatlah mengujakan aku. Jantung berdegup kencang. Aku diberitahu yang aku akan ditempatkan di Paya Serai. Masyallah...aku pernah dengar nama tempat tu. Hebat kerana makanannya sedap. Uniform diberikan dan aku mula mengatur tapak ke PS. Bertemu dengan Manager disitu dan memperkenalkan diri. Selepas sesi suai-kenal sedikit-sebanyak, aku diserahkan kepada Captain yang bernama Nagendran yang kami panggil Nick. Bertubuh gempal tetapi sangat peramah dan baik hati. Peraturan diterangkan dan aku dibriefkan dengan detail perihal kerja-kerja disitu.

Tugas aku pada beberapa hari pertama hanyalah "bussing" yakni mengambil/mengangkat pinggan dan gelas yang telah digunakan untuk dibawa ke dishwashing area. Sangat mudah. Pada waktu itu aku diterangkan cara-cara mengangkat tray sebelah tangan, cara-cara mengimbangkan tray diatas tapak tangan untuk tray kecil dan bagaimana mengimbangkan tray diatas bahu untuk tray yang paling besar berukuran oval. Ini aku ulang sebanyak berpuluh atau mungkin beratus kali setiap hari. Nick sentiasa bertanya samada aku ok ataupun tidak. Diwaktu senggang aku diajar bagaimana mencuci botol-botol sos, menyusun peralatan di side station, bagaimana mencuci dan mengelap gelas supaya tidak ada kesan jari, bagaimana nak membuat kopi, teh dan lain-lain lagi.

Aku mula menulis apa ilmu yang aku dapat setiap hari. Aku sangat detail sehinggakan berapa langkah untuk ke dishwashing area semuanya aku catatkan. Begitu juga dengan saiz pinggan dan berat pinggan, saiz dan berat gelas, saiz cutleries dan kegunaannya semua aku catatkan. Aku masuk ke bar yang terletak di belakang restaurant dan bertanya kepada bartender seperti Vincent, Tony dll jenis-jenis minuman yang ada dan harganya. Aku juga tahu harga belian setiap botol! Dari situ aku mula belajar mengenai "upselling". Captain aku Nick senang dengan kerja aku. Dengan Nick aku belajar apakah ramuan yang ada didalam sos 1000 island dan perbezaannya dengan cocktail sauce. Apakah tabasco sauce, apakah mint sauce dan apakah makanan yang harus diberikan mint sauce dan kenapa mint dan tidak french ataupun vinaigrette? Semuanya aku catatkan.

Lalu didapur aku akan berhenti sebentar dan bertanya mengenai pasta. Apakah yang dipanggil "al dente". Apa itu spaghettti, apa itu penne, apa itu fettuci dan linguini, rupa mereka, berapa gram setip portion serta apakah sos carbonara, apakah sos bolognese dan macam-macam lagi. Sekali lagi semuanya aku catatkan. Apabila tiba waktu rehat dan sewaktu makan di cafeteria, aku akan mengeluarkan buku kecil tersebut dan mula membaca dan menghafal satu persatu. Ini aku lakukan setiap hari hingga buku kecil aku ada berjilid-jilid.

Oleh kerana aku bekerja bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat yang mendalam, aku diberikan sokongan yang kuat untuk kembali bekerja disitu setelah latihan amali tamat. Apabila aku pulang ke ITM, rakan-rakan aku ramai yang masih belum mendapat kerja sedangkan aku tidak. Tarikh mula kerja telah aku ketahui even sebelum aku habis latihan amali! Semuanya sudah teratur untuk aku. Didalam fikiran, aku sentiasa terfikir bahawa aku tidak boleh membuang masa. Aku harus mula mencaturkan perjalanan karier aku. Biar aku bekerja sebagai "bussboy" sekalipun, aku akan tetap bekerja sebaik mungkin dan belajar sebanyak mungkin agar beberapa tahun yang akan datang, kerjaya aku tidak "stagnant"

Apabila aku kembali bekerja sebagai pekerja tetap di PJ Hilton, aku masih diletakkan di PS. Setelah beberapa bulan membuat kerja-kerja dibelakang restaurant dan semua perkara telah aku ketahui, aku dibenarkan untuk masuk ke restaurant untuk menghantar makanan. Untuk menghantar makanan dan minuman ke meja, aku harus tahu jenis-jenis makanan, pembuatannya, berapa minit penyediannya, apakah side dish yang harus aku berikan, cutleries yang perlu digunakan dan bermacam-macam lagi. Aku hanya perlu merujuk kepada buku nota kecil aku. Jika masih tidak mendapat jawapan, aku akan ke dapur melihat gambar yang diletakkan di "kitchen board" dan jika aku masih tidak berpuas hati, aku akan bertanyakan kepada Chef Chew, Chef Marzuki, Chef Zambri dll chef hebat waktu itu. Mereka bengis tetapi aku tahu bagaimana nak memulakan ayat. Aku tahu mereka nampak dan perasan "kelibat" aku yang sering bertanya. Dengan senang hati mereka mengajar aku satu persatu. Aku mula rapat dengan semua orang di Paya Serai. Dengan chef-chef didapur, dengan makcik-makcik stewarding yang mencuci pinggan dan pastinya dengan rakan-rakan di PS. Dengan makcik-makcik yang mencuci pinggan, aku bertanya, apakah temperature air untuk mencuci pinggan, apakah perbezaan rak-rak untuk mengisi gelas, apakah chemical yang digunakan dan apakah sukatannya. Siapa yang mengambil bacaan, dimana chemical disimpan, kenapa disimpan disitu, berapa banyakkah penggunaan chemical seminggu, sebulan, setahun dan berapakah kos semua penggunaannya? Makcik-makcik tu semua baik-baik belaka dan aku dilayan dengan sangat baik. Sama seperti anak-anak mereka sendiri! Satu lagi pelajaran aku dapat!

Selesai kerja, aku akan meminta izin untuk ke Room Service dan belajar mengenai RS. Bagaimana nak menjawab talipon, bagaimana nak upsell, apa yang harus diberitahu pada tetamu melalui talipon dan banyak lagi. Sekali lagi, setiap yang aku belajar, aku catatkan. Setelah beberapa hari, aku meminta izin untuk sama-sama menghantar makanan ke bilik. Bagaimana nak menyediakan trolley, bagaimana nak menolak trolley ke bilik, bagaimana nak mengetuk/menekan loceng bilik, bagaimana nak greet dan apa yang perlu kita bualkan sewaktu dibilik serta berapa saat/minit kita boleh berada dibilik dan tidak lupa bagaimana nak pesan kepada tetamu untuk menalipon atau meninggalkan peralatan selepas makan diluar bilik. Apabila aku turun semula ke RS, aku harus pastikan yang buku log telah dicatatkan dengan no bilik, waktu dihantar dan waktu kembali ke RS dan harus pastikan "clearing board" diupdatekan supaya tahu bilik mana yang aku harus clear dulu nanti! Sehari satu atau dua jam aku menolong RS dan dari situ telah banyak aku belajar. Setelah tahu, aku mula mengorak langkah dengan membantu di Minibar. Banyak yang aku belajar di minibar. Miniature drinksnya, inventory, stock take, expiry dates, restocking, first in-first out dan kesemuanya aku catatkan. Sewaktu dalam perjalanan pulang, aku mula membuka buku-buku kecil tersebut dan membacanya semula. Setelah hanya 1-2 bulan, pengetahuan aku telah lebih daripada pengetahuan pekerja-pekerja lain yang masuk bekerja sama dengan aku.

Apabila aku menghantar makanan kepada tetamu di restaurant, aku mengambil kesempatan untuk memulakan perbualan. Topik aku sentiasa berkisar kepada negara asal mereka dan juga sukan. Jika mereka berasal dari NZ ataupun Australia, aku akan bercerita mengenai sceneries negara mereka yang sangat cantik dan sukan rugby. Apabila mereka datang daripada India, aku akan memuji perihal Taj Mahal ataupun pasukan hoki mahupun kriket. Jika mereka datang daripada China, aku akan bercerita mengenai Forbidden City dan Great Wall dan juga badminton. Ini aku klasifikasikan kepada sessi "pengenalan" ataupun "ice breaker". Daripada situ aku mula membina keyakinan untuk bercakap didalam bahasa Inggeris dan tidak merasa kekok dan takut dengan tetamu. Sedikit demi sedikit keyakinan aku terbina. Apabila keyakinan terbina, semangat kerja aku bertambah. Apabila semangat bekerja bertambah, disiplin diri harus aku jaga. Semuanya berlaku secara automatik. Ianya bagaikan "chain reaction". Pengetahuan aku didalam bidang makanan dan minuman juga harus dipertingkatkan. Begitu juga dengan pengetahuan am aku. Aku mula banyak membaca suratkhabar dan buku-buku motivasi, travel magazines dan banyak lagi. Disitu jugalah tercetus keinginan aku untuk belajar bahasa Peranchis dan bahasa Jepun kerana aku susah untuk berkomunikasi dengan mereka. Dalam diam, aku enrol di kelas bahasa Perancis yakni Alliance Francaise di depan sekolah Seri Aman di PJ waktu itu selama 2 tahun dan lulus dengan cemerlang! Sewaktu belajar, aku memohon untuk bekerja malam sahaja yakni shift 11 malam hingga 7 pagi. Waktu sunyi ialah dari 3-4 pagi dan waktu itulah aku gunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Aku beritahu mereka yang 3-4 pagi ialah waktu aku rehat. Aku masuk ke dalam bar, buka lampu dan duduk sorang-sorang disitu sambil mengulangkaji pelajaran. Berbulan-bulan aku lakukan sebegitu sehingga Night Manager aku tahu dan beliau berterusan memberikan perangsang kepada aku. Aku berterima kasih kepada Halim Merican yang kini merupakan GM di hotel sebelah PWTC. Halim Merican waktu itu baru pulang dari Les Roches di Switzerland. Salah sebuah sekolah perhotelan yang terbaik di dunia. Halim Merican merupakan adik kepada Tan Sri Hassan Merican! 
 
Pada waktu itu, lapangan terbang antarabangsa hanya ada di Subang. Banyak kali berlaku pesawat tidak boleh berlepas ataupun dipanggil "flight delay". Apabila insiden itu berlaku dan terpaksa ditunda penerbangannya, PJ Hilton lah yang akan menjadi tumpuan kerana waktu itu tidak banyak hotel bertaraf antarabangsa ada di sekitar Subang dan Petaling Jaya. Selalunya last minute barulah kami akan dapat tahu. FB Coordinator waktu itu bernama Lam. Dia akan ronda dari satu outlet ke outlet bertanyakan siapa yang berminat untuk membuat OT. Kebanyakkannya tidak berminat kerana terlalu letih melayan tetamu breakfast yang mencecah 400 orang dan lunch hingga 200 orang! Ini merupakan peluang untuk aku menambah wang saku, menambah pengalaman dan bertemu lebih ramai tetamu lagi. Aku volunteer. Kebiasaannya Philipine Airline lah yang terlalu kerap delay! (waktu itu ada lagi). Kesempatan itu aku pergunakan untuk belajar sebanyak mungkin. Aku belajar membuat keputusan yang cepat. Aku belajar bagaimana nak setkan sesuatu dewan kosong kepada sebuah restaurant yang "ad hoc". Aku belajar bagaimana nak berurusan dengan Kitchen Department dan banyak lagi department yang orang lain tak nampak! Aku lihat, pada masa akan datang, jika aku berada didalam situasi tersebut, bagaimana harus aku laksanakan tugas didalam tempuh yang singkat? Aku masih lagi bertugas sebagai "junior waiter" waktu itu. Pemikiran aku telah menjangkaui posisi aku.  Aku sentiasa ingat bahawa apabila aku dijawatan Junior Waiter, aku haruslah berfikiran seperti Senior Waiter. Jika aku berada diposisi Senior Waiter, aku haruslah berfikiran seperti seorang Captain. Bila aku di posisi Captain, aku haruslah berfikiran seperti seorang Assistant Headwaiter dan begitulah seterusnya. Dengan adanya fikiran sebegitu, aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik lagi setiap hari!
 
Paya Serai banyak mengajar aku mengenai basic restaurant operations. Aku bernasib baik kerana senior-senior aku waktu itu sangat hebat. Nama-nama seperti Sabaruddin Talib, Shafie, Salim Khan, Ebi, Sani, Uji, Nick, Philip, Andy, Ben dan lain-lain lagi amat berpengalaman dan banyak membantu dizaman permulaan aku. Banyak aku belajar dari mereka dan sehingga kini kami masih lagi berhubung.
 
Adik-adik yang Uncle kasihi sekelian. Kutiplah apa saja yang adik-adik rasa boleh membantu dan jadikanlah ia sebagai panduan apabila adik-adik bekerja. Tidak tertakluk kepada bidang perhotelan sahaja. Pengalaman Uncle ini boleh di ubah-suai kemana-mana situasi kerja sekalipun. Pengajaran untuk adik-adik adalah seperti berikut:
  • be humble
  • sentiasa "hungry" for knowledge
  • rajin bertanya
  • positive
  • push to the limit
  • discipline
  • set a goal

Adik-adik masih muda. Jangan disia-siakan masa muda adik. Belajar sebanyak mungkin. Setkan target pencapaian didalam minda dan hati adik-adik. Insyallah akan berjaya. Till we meet again...have a pleasant weekend people!

Yuya sewaktu kecil didalam baju tradisi nenek moyang!

Sabtu, April 11, 2015

Pengalaman 5

Assalamualaikum wbt sekali lagi Uncle ucapkan kepada adik-adik sekelian. Perjalanan kerjaya Uncle bukanlah semuanya "smooth ride". Uncle melalui banyak ranjau berduri. Kalau nak diikutkan Uncle sudah banyak kali "frustrated" tetapi Uncle cekal menghadapi semua itu. Uncle mempunyai matlamat kerjaya yang sangat clear. Uncle sudah mencaturkan segala-galanya sejak dari mula bekerja. Oleh kerana itu, Uncle mahukan adik-adik pembaca juga mempunyai vision yang jelas supaya perjalanannya nanti akan menjadi mudah...tetapi kali ini Uncle ceritakan bagaimana Uncle dengan sengaja mengisi masa lapang dengan melakukan kerja sebagai "cleaner" disalah sebuah restaurant yang menjual ais kerim. Tujuan Uncle selain daripada mahu mengisi masa terluang, juga untuk mendapatkan sedikit wang bagi membayar duit ansuran motor serta melihat dan mengalamai sendiri pengalaman bagaimana seseorang itu menilai kita apabila diberitahu bahawa kita tidak mempunyai kelulusan tinggi. Hanya darjah 6. Kurang mahir membaca dan juga menulis! Enjoy reading...
 
Baskin Robbins Section 14, 1996
 
Aku baru balik dari Switzerland waktu itu. Kalau nak duduk dirumah tak buat apa-apa, rugi pulak rasanya. Aku capai helmet, naik moto ke seksyen 14 untuk ke kedai moto bagi membayar ansuran bulanan. RM160 sebulan yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk habis. Lepas membuat pembayaran, aku ke kedai minum bersebelahan. Sambil minum teh tarik, aku mula mengelamun...Aku dah dapat kerja di Renaissance Kuala Lumpur Hotel sebagai Room Service Manager tetapi akan mula bertugas hanya 4 bulan lagi. Jadi dalam masa 4 bulan itu, aku tak ada kerja. Pada waktu yang sama aku terpaksa membayar duit moto sebanyak RM160 sebulan. Dulu aku dah nekad tak mahu mintak duit daripada sesiapa waima kakak-kakak dan abang-abang aku sekalipun. Sekali aku nekad, aku harus teruskan.  Pikir punya pikir, aku berjalan mundar-mandir kat situ. Tiba-tiba aku ternampak satu kertas dilekatkan di cermin kedai Baskin Robins Ice Cream. BRIC memerlukan seorang cleaner! Aku masuk kedalam dan bertanyakan pekerja disitu apakah kerja tersebut masih ada? Dia suruh aku tunggu sambil dia masuk kedalam sebentar berjumpa Manager. Manager keluar dan menyuruh aku isi borang. Dia tanya aku sekolah sampai takat mana? Aku kata sampai darjah 6. Dia tanya lagi, boleh membaca dan menulis? Aku jawab, aku tak berapa pandai membaca dan menulis. Manager tadi geleng-gelengkan kepala dan suruh aku tandatangan saja manakala yang lain-lain dia sendiri yang akan isi. Aku tanya pada Manager apakah kerja cleaner memerlukan aku banyak menulis? Katanya tak perlu tapi aku harus boleh membaca apa yang tertulis di botol chemical! Aku angguk dan menjawab, yang tu "ok!" sebab botol chemical selalunya ada gambar tengkorak! Alhamdulillah, aku diterima bekerja dan disuruh datang keesokan harinya.
 
Keesokan harinya aku melaporkan diri pada pukul 9 pagi. Restoran dibuka hanya pada pukul 10. Selama satu jam aku ditanya pelbagai soalan. Apakah aku pernah bekerja sebagai pencuci? Kenapa aku memohon kerja sebagai pencuci? Kenapa tak sekolah sekurang-kurangnya sampai tingkatan 3? Beliau juga memberitahu aku bahawa dizaman sekarang (waktu itu) sudah hampir tidak wujud orang yang tak tahu menulis dan membaca. Aku berumur 28 waktu itu....Aku hanya menundukkan kepala dan mendengar dengan kyusyuk. Setiap patah perkataannya masih aku ingat. Manager aku seorang yang masih muda, ayu apabila bertudung! Beliau berusia sekitar 23 tahun...
 
Tugas 1
 
Perkara pertama yang diajarnya ialah bagaimana nak mencuci pintu kaca. Katanya ambil suratkhabar lama, dikeronyokkan, semburkan air ke pintu kaca dan mula tonyoh dari atas ke bawah...kiri ke kanan dan kanan ke kiri...kesannya lebih baik daripada menggunakan kain. Aku mendengar dengan penuh perhatian, mengangguk dan mula melaksanakan tugas. Aku juga mengajukan beberapa soalan. Seperti yang dikatakan, cermin menjadi bersih!
 
Pengajaran:
 
Adik-adik harus belajar mendengar arahan walaupun adik-adik tahu perkara yang ingin diajarnya. Tunjukkan minat mendalam walaupun hanya mencuci cermin! Sikap positif itu akan menyerlahkan sikap dalaman adik-adik dan ia akan terpancar dimuka adik-adik. Cuba bayangkan jika arahan yang adik-adik berikan kepada pekerja adik tidak didengari? Apakah perasaan adik-adik? Jika kita tidak mahu ia berlaku kepada diri kita, jangan lakukan pada pekerja kita!
 
Tugas 2
 
Perkara kedua yang beliau ajar ialah bagaimana nak mencuci tandas. Dibawanya aku ke stor disebelah pejabatnya. Dengan muka tegas, beliau memberitahu bahawa tandas haruslah bersih sentiasa dan sampah yang ada didalam bakul sampah mestilah dibuang beberapa kali sehari. Aku mengangguk tanda faham. Beliau kemudian mengambil berus pencuci tandas, menyemburkan sedikit sabun cuci dan digosoknya sambil memberi arahan kepada aku. Beliau beralih kepada aku sambil bertanya apakah aku faham? Aku mengangguk mengatakan yang aku faham.
 
Pengajaran:
 
Setiap kali adik-adik mengajar seseorang, pastikan apa yang adik-adik ajar adalah betul dan tepat. Ini penting kerana apabila ajaran kita tidak betul ataupun kita tidak mengamalkan perkara yang betul sejak dari mula, ini akan menjadi ikutan dan kebanyakkannya akan mengambil jalan pintas selepas itu. Jika ini berlaku, adik-adik tidak ada sebab untuk "reprimand" mereka kerana jika adik-adik menegur kesalahan mereka (berpunca daripada adik-adik yang salah mengajar mereka), mereka akan hilang rasa hormat terhadap adik-adik. Apabila tiada rasa hormat, amat sukar bagi adik-adik untuk mendapatkan hasil kerja yang baik daripada mereka. What I am trying to say here is, adik-adik mestilah tahu tugas adik-adik dan kemudian, perturunkan dengan detail segala ilmu yang adik-adik ada kepada pekerja walaupun ilmunya hanyalah "mencuci lubang tandas!"
 
Tugas 3
 
Beliau memanggil aku dan memberitahu agar aku mengumpulkan kesemua sampah didalam bakul sampah yang terdapat di dalam restoran itu. Aku kutip 2 dibelakang ice-cream dispenser, satu didalam pejabat beliau, satu didalam tandas dan satu diluar stor. Kesemuanya berjumlah 5. Aku tanya, kenapa sampah banyak sedangkan Restoran masih belum dibuka? Beliau tersenyum dan memberitahu bahawa malam tadi pencuci yang bekerja malam tidak membuang sampah dan itu tidak sepatutnya berlaku. Sampah harus dibuang sebanyak 2 kali sehari yakni sebelum habis shift pagi dan sebelum habis shift malam dan plastik sampah haruslah diganti. Aku menganggukkan kepala tanda faham. Maksudnya pencuci malam tadi tidak menjalankan tugas dengan baik dan amanah!
 
Pengajaran:
 
Apabila kita melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan, lakukanlah dengan baik. Jangan menyusahkan orang lain kerana ini akan menjadi "penyakit berjangkit". Sebagai contohnya, Apabila kita tidak membuang sampah malam tadi, pekerja yang masuk keesokkan paginya akan marah. Apabila beliau marah beliau akan melakukan perkara yang sama kepada kita dengan hasrat untuk mengajar kita! Ini akan berterusan dan tidak ada penghujungnya. Apa salahnya jika lakukan tugas yang diberikan dengan baik dan orang selepas kita juga akan melakukan perkara yang sama. Dari situ tempat kerja kita akan menjadi lebih harmoni!
 
 
Tugas 4
 
Aku disuruh mengambil penyapu, mop dan baldi. Ditunjukkan aku apakah chemical yang harus digunakan dan apakah sukatan air yang betul. Ditunjukkan juga cara-cara menggunakan penyapu dan mop dan bagaimana membersihkannya selepas menggunakan kedua-duanya. Aku mengucapkan terimakasih kepada beliau dan mula melaksanakan kesemua tugas-tugas aku dengan sebaik mungkin.
Selang hanya beberapa hari, aku telah diberikan kepercayaan untuk memegang kunci outlet untuk aku buka dan buat opening setiap hari! Hahahahaha...aku berjaya mendapatkan kepercayaan beliau cuma setelah beberapa hari bekerja!
 
Pengajaran:
 
Setiap kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada kita merupakan tanggungjawab yang sangat besar. Maka dengan itu, laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaik-baiknya. Pada kebiasaannya, untuk mendapatkan kepercayaan amatlah sukar tetapi untuk membuat masyarakat tidak percaya kepada kita cukup dengan melakukan hanya satu kesalahan didalam masa beberapa saat sahaja.
 
Kesimpulan
 
Oleh itu Uncle ingin berpesan kepada adik-adik agar sentiasa beringat. Masa depan adik-adik masih panjang. Jangan binasakannya dengan begitu sahaja. Selalu terjadi apabila mereka ditugaskan menjaga kewangan, penyelewengan berlaku. Jangan biarkan nafsu menguasai adik-adik. Adik-adik mempunyai masa depan yang cemerlang. Jangan lakukan perkara yang tidak berfaedah.
 
Uncle sebenarnya suka melihat telatah dan perception masyarakat. Apakah penerimaan mereka apabila mengetahui yang Uncle hanya bersekolah hingga ke darjah 6. Apakah perception mereka apabila melihat Uncle hanya menunggang motosikal cabuk dan bukannya memandu kereta. By the way, Baskin Robbins itu kini telah bertukar menjadi pharmacy!
 
Have a pleasant weekend people! 
 
Syed Bakri (kiri) mantan Consul General di New York ialah rakan bolasepak saya di Kedah tahun 1980.

Ahad, April 05, 2015

Pengalaman 4

Harapan aku agar cerita-cerita pengalaman aku bakal menjadi pencetus semangat kepada adik-adik yang aku kasihi sekelian. Adik-adik boleh berhubung dengan Uncle di ali.shahrir@gmail.com untuk sebarang pertanyaan mengenai bidang perhotelan dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Uncle akan menjawab secara terperinci setiap soalan, insyallah. Harus diingat bahawa niat Uncle hanya ingin membantu adik-adik agar dapat membina kerjaya yang cemerlang didalam bidang hospitaliti.
 
JW Marriott Hotel, Jakarta - 2001
 
Sewaktu aku masih bertugas di Renaissance Hotel Kuala Lumpur (1996-2006), aku telah mendapat perkhabaran daripada Ibu pejabat Marriott bahagian Asia yang bertempat di Hong Kong yang menyatakan bahwa aku dipilih sebagai salah seorang yang akan ditempatkan di JW Marriott Hotel di Jakarta untuk membantu mereka membuat pembukaan sebuah hotel bertaraf 5 bintang di kawasan Kuningan di Jakarta Selatan. Aku terkejut dan pada masa yang sama, amat bersyukur kerana aku tahu ramai lagi yang berminat untuk kesana. Apatah lagi ia bakal merupakan sebuah hotel eksklusif baru dan memang dinanti-nantikan di Jakarta. Lokasinya amat baik dan berhampiran dengan pelbagai kedutaan. Selang beberapa minggu kemudian, aku menerima surat tawaran.
 
Persiapannya aku lakukan sebaik mungkin untuk berangkat. Oleh kerana Renaissance Hotel ialah merupakan adik kepada Marriott Hotel International, makanya pemergian aku kesana tidak memerlukan aku untuk berhenti kerja. Gaji berserta allowance aku hanya disambung oleh hotel di Jakarta. Aku sampai dihotel tersebut pada sebelah malam. Telah ada kereta yang tertulis JW Marriott Jakarta menunggu aku di bandara (airport). Aku terus dibawa ke hotel. Walaupun malam, sebaik sahaja aku sampai di lobby hotel, aku jadi tergamam. wahh, indah sungguh binaannya. Lampu dipasang penuh walaupun hotel masih belum beroperasi. Setibanya aku di depan hotel, pintu aku dibuka oleh seorang lelaki berbangsa tionghua yang memakai kemeja berlengan pendek, berseluar pendek khaki dan hanya berselipar. Beliau agak berumur. Ada 2 orang pekerja datang mengambil barang aku untuk dibawa masuk ke lobby. Lelaki yang agak berumur itu memperkenalkan dirinya sebagai Tan Kian. Katanya, "panggil saya Pak Tan!". Kami berjabat tangan. Pak Tan menyuruh aku ke bilik dulu untuk berehat pada malam itu dan katanya makanan ada disediakan dibilik. Aku dibawa naik ke bilik oleh seorang gadis Guest Service. Tinggi lampai dan bijak bertutur. Sewaktu dibilik, aku ditunjukkan segala kemudahan yang ada dengan sangat baik sekali. Sungguh mewah hiasan dalamannya. Aku diberikan tingkat atas. Bilik airnya besar. Tilamnya empuk dan tinggi hingga kaki aku tergantung bila duduk dihujung katil. Diatas meja telah ada sepucuk surat yang mengalu-alukan kedatangan aku beserta appointment dengan Director of Operations dan GM pada keesokan paginya pukul 8 di Executive Office!

Paginya aku bangun awal dan terus bersiap. Menuju ke Executive Office dan aku terkejut apabila terlihat lelaki yang agak berumur semalam berada di didalam pejabat bersama-sama dengan GM dan DOO. Kami sekali lagi bersalaman dan Pak Tian memberitahu aku bahawa beliau merupakan tuan punya hotel berkenaan. Aku tergamam kerana beliau masih lagi berseluar pendek, berkemeja lengan pendek dan hanya berselipar! Very low profile!

Aku masih di Food and Beverage Department dan ditugaskan untuk memberi tumpuan kepada Sailendra Restaurant dahulu kerana itu merupakan outlet penting untuk hotel tersebut. Aku turun ke ground floor dan Sailendra terletak disebelah tepi dari arah lobby. Split level dan mampu memuatkan seramai 400 orang pada satu-satu masa. Banyak "action kitchen" disitu. Ada asian, western, japanese, indian dan lain-lain lagi. Semuanya masih belum siap. Exhaustnya belum berfungsi. Tiada kerusi, meja dan begitu juga hiasan. Semuanya bogel...Yang ada di action kitchen hanyalah counter-counter kosong. Kami hanya tinggal 2 minggu untuk beroperasi. Aku ke Finance Department dan Purchasing Department untuk mendapatkan senarai barangan yang telah dipesan dan untuk mengetahui bilakah penghantaran akan bermula. Kata mereka beberapa hari lagi. Sementara menunggu penghantaran, aku sibuk dengan latihan-latihan on-site. Berbincang dengan chef serta melakukan banyak "food tasting" untuk memastikan makanan yang akan dihidangkan nanti menepati citarasa tetamu. Dry run demi dry run kami lakukan. Dari seawal jam 8 pagi hinggalah ke jam 12 atau 1 pagi kami masih didapur untuk mendapatkan taste makanan yang betul. Menu telahpun dihantar untuk printing dan kami menunggu penghantaran semula. Seperti biasa, aku tak mengambil cuti mingguan malah terus-terusan bekerja tanpa henti.

Tinggal seminggu untuk dibuka. Sailendra dan restoran-restoran lain masih lagi "bogel". Masih tidak ada kerusi, meja, hiasan, pinggan, gelas, cutleries dll. Aku lihat yang Pak Tan Kian mula resah. 4 hari sebelum pembukaan kerusi dan meja mula sampai dan aku lihat, penuh lori kontena beratur panjang di belakang hotel. Didapur, kesemua chef sibuk memeriksa peralatan dapur. Melakukan "dry run" dan "food tasting". Berpeluh-peluh mereka bekerja. Tak mengira waktu yang panjang. Perubahan resipi menu last minute dilakukan. Semua orang sibuk. Sentiasa bergerak melakukan sesuatu. Hebat, bisik aku. Bukan senang nak membuka hotel bertaraf antarabangsa. Apa yang Pak Tan Kian mahu mestilah mengikut standard Marriott International. Pekerja Sales and Marketing sibuk menjual hotel dan membawa masuk tetamu yang ingin melihat facilities hotel baru di Jakarta Selatan! Kami tidak punya waktu untuk berehat. Penat memang penat tetapi kami harus melaksankan tugas yang telah diamanahkan!

Tinggal sehari pembukaan, kami masih tidak mempunyai pinggan-mangkuk yang lengkap. Sebelah petangnya beberapa kontena lagi sampai. Kali ini pinggan mula tiba. Beratus-ratus kotak jumlahnya. Para pekerja Stewarding Department serta Finance Department menjadi sangat sibuk apabila mereka terus melakukan inventory setibanya barangan tersebut di receiving area. Jika ini kali pertama melakukan pembukaan hotel, aku pasti ramai yang akan melarikan diri. Alhamdulillah kerana aku sudah boleh mengagak apa yang akan berlaku. Kesalahan sewaktu ini memang sering berlaku tetapi kita harus cepat bertindak. Bekerja didalam situasi sebegini memerlukan kita membuat keputusan didalam beberapa saat sahaja dan harus pandai mencari alternatif ke dua mahupun ke tiga! Apabila pinggan-mangkuk mula dihantar ke restaurant, chef mula sibuk untuk memastikan makanan apa patut dihidangkan di pinggan mana, apakah saiz pinggan yang harus digunakan untuk jenis makanan yang ada didalam menu. Setelah makanan dan pinggan ditetapkan, gambar akan diambil, didevelopkan dan mula digantung di dapur supaya setiap pekerja dapat melihatnya dan memastikan bahawa jika 35 nasi goreng dipesan, kesemua yang keluar wajib mempunyai "presentation" yang sama! Resipi-resipi menu juga ditaip elok dan dibukukan agar setiap kitchen dibelakang restaurant tahu apakah standard resipi untuk setiap menu! Bukan mudah. Bukan seperti kedai-kedai makan biasa yang tidak mempunyai sukatan yang betul! Penggunaan MSG diharamkan di kesemua hotel-hotel jenama Marriott seluruh dunia.

Kami menerima ramai tetamu yang ingin melihat bagaimanakah rupanya hotel baru bernama JW Marriott Jakarta ini. Dari celebrities hinggalah kepada orang-orang kenamaan. Dari masyarakat biasa yang "curious" hinggalah kepada hotel-hotel yang dianggap competitors. Semuanya datang melihat dan kebanyakkannya memberitahu yang hotel tersebut merupakan hotel tercantik dan terbaik pada waktu itu. Aku seperti biasa, menjadi sangat sibuk. Pukul 2 pagi baru aku balik ke bilik. Badan terasa sangat penat dan kepala terasa sungguh berat. Sampai dibilik, aku tak sempat mandi. Hanya bersalin pakaian dan terus tidur! Tepat pada pukul 5 pagi aku sudah terjaga. Menelan beberapa biji supplements, mandi, minum air segelas dan bersalin pakaian. Kasut telahpun di polish malam tadi. Sewaktu aku menapak turun ke Sailendra dan dengan perasaan yang berdebar-debar, aku lihat segala kelengkapan telahpun disusun-atur dengan baik oleh pekerja malam. Semuanya menunggu tetamu yang akan datang selepas "soft opening" nya. Kesemua Head of Departments berkumpul didepan Sailendra. Duduk bersila didalam satu bulatan dan seketika kemudian melakukan ritual budaya yang seakan-akan menepung tawar dan doa dibacakan agar pembukaannya nanti berjalan lancar dan businessnya baik. Acara tersebut berlangsung selama lebih kurang 20 minit.

Pada sebelah petangnya, kami dipanggil oleh GM untuk mesyuarat tergempar. Kami diberitahu bahawa wakil Presiden telah menalipon kami dan memberitahu yang Presiden pada waktu itu yakni Presiden Megawati Sukarnoputri akan melawat dan makan malam pada keesokan harinya. Kami jadi teruja. Aku lebih lagi kerana bukan senang nak bertemu dengan Presiden sesebuah negara jika tidak ada perkara yang sangat mustahak. Sekali lagi malamnya aku tak dapat nak lelapkan mata terkenangkan bagaimana lah rupanya nanti apabila bertentang mata dengan Presiden dan pelbagai pembesar negara Indonesia yang lain! Hahahahahahahaha....itu semua menjadi kenangan yang tak akan luput dari ingatan aku sepanjang masa. Juga pertemuan dengan Fidel Castro dan lain-lain!

Adik-adik yang Uncle kasihi sekelian....Uncle berharap agar adik-adik dapat mengambil iktibar dan tanamkan semangat juang didalam diri adik-adik. Minatnya Uncle didalam bidang hospitaliti tidak ada galang-gantinya. Jika minat itu ada, semuanya akan menjadi mudah. Tetapi jangan mengambil mudah setiap perkara. Uncle juga ada banyak kelemahan dan Uncle masih lagi belajar untuk menjadi lebih baik. Uncle kasihankan adik-adik yang mengambil jurusan hospitaliti tetapi sebenarnya tidak berminat. Ramai rakan-rakan Uncle yang sama-sama belajar dengan Uncle di ITM dulu kini tidak bekerja dibidang ini lagi. Rasanya hanya 1-2 orang sahaja yang masih terlibat secara aktif. Lain dengan rakan-rakan kelas Uncle sewaktu belajar di Switzerland dulu. Justeru itu, sebelum Uncle travel kemana-mana dan menginap di hotel mana-mana, soalan pertama yang Uncle akan ajukan di ruang alumni facebook Institut Hotelier Cesar Ritz ialah, "Is there anyone from Cesar Ritz?" Pasti akan ada yang menjawab. Alhamdulillah. Uncle teringat kembali kisah arwah mama yang memberi makan kepada kawan-kawan kami yang bertandang ke rumah dengan menghidangkan biskut kering dan kopi "o" tawar walaupun kami sendiri tidak mewah dengan makanan. Uncle percaya setiap tindakan baik arwah mama dulu terpalit ke kami adik-beradik terutamanya aku yang sentiasa bernasib baik apabila merantau ketempat orang. Kebanyakan rakan-rakan Uncle sedang memegang jawatan yang sangat tinggi diseluruh pelosok dunia. Makanya Uncle sentiasa berpesan kepada adik-adik, jika ada diantara adik-adik yang betul-betul berminat meneroka bidang ini, hubungi Uncle dan Uncle akan cuba "pave the way". I do not promise you anything but I will try....the rest is all yours! Have a pleasant weekend people!

Nyamuk (kiri) dan aku di bilik aku di al safwah hotel, mekah.