Sabtu, Ogos 27, 2016

Pembinaan Hotel Kecil (bah 2)

1985 Sdar vs King's College Thailand

Bertemu kita sekali lagi. Gambar diatas sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan topik. Memang lari jauh! Aku berdiri didepan sedang menoleh ke kanan sambil sama-sama menyanyikan lagu tradisional kalau tak salah aku. Waktu tu berat aku dalam lingkungan 68-70 kilo. Mampu berlari pantas dengan 'tackle' yang padu. Itu cerita 31 tahun yang lalu! Hahahahahahaha....

Sekarang kita beralih semula ke topik yang agak serious. Ini dah masuk ke bahagian 2. Aku tak tahulah berapa bahagian akan jadi siri ni nanti....

Andaikanlah adik-adik telahpun mendapat pinjaman daripada pihak bank dan permohonan adik-adik melalui 'architect' bertauliah yang dilantik untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa telah berjaya sepenuhnya, alhamdulillah....itu merupakan satu kejayaan kecil. Kini architect tersebut perlu membuka tender untuk projek. Adik-adik mungkin ada preference tersendiri. It's up to you. Satu yang aku nak nasihatkan ialah, pilihlah yang betul-betul berwibawa. Janganlah dipilih kawan-kawan ataupun adik-beradik dekat dengan niat untuk menolong sedangkan kita dari awal sudah tahu yang mereka tidak ada pengalaman! Adik-adik akan menyesal nanti. Biarlah depa nak kata apa....biarlah depa nak berjauh hati...bagi aku, lantaklah! Ini business...ini bukan main-main. Kalau kerja tak jalan macamana? Depa nak bertanggungjawab? Duit siapa yang akan habis nanti? Duit depa ka? Adik-adik kena berkeras didalam hal-hal sebegini.....ini bukan kerja main-main. Ini bukan juga kerja nak jaga/ambik hati orang...jangan salah hitung! 

Didalam kes aku, kami menutup untuk 'renovasi' dan akan membukanya semula lebih kurang 12-18 bulan yang akan datang. Jadi sementara menunggu architect bersedia dengan teamnya, apa yang aku buat ialah memastikan segala tugasan behind the scene berjalan dengan licin. Apakah tugasan-tugasannya? Aku harus pastikan yang seramai mungkin tetamu aku tahu yang kami akan menutup buat sementara waktu samada melalui website, facebook, instagram ataupun daripada personal messages. Berhubung dengan kesemua 'online booking engines', menghubungi TNB, SYABAS dan yang sewaktu dengannya seperti suppliers dan memberikan notis tempoh yang baik untuk tindakan selanjutnya. Banyak tu....

Foto harus diambil dan inventory juga harus dibuat sebelum barangan dipindahkan ke gudang yang telah dikenalpasti dan setuju dengan kadar sewa selama dalam pembinaan. Adik-adik jangan lepas tangan. Setiap 'packing' yang dibuat, adik-adik haruslah ada sebagai witness. Jangan ingat dah tutup dan sedang pack barang, adik-adik boleh lepas tangan. Jangan buat begitu. Ini semua ialah asset adik-adik. Jika tidak digunakan semula (dapat kurangkan perbelanjaan), adik-adik juga boleh ambil keputusan untuk lupuskannya secara berhemah. Kekalkan disiplin dengan datang seperti hari bekerja biasa. Jika 9-5, 9-5 lah waktu yang adik-adik harus ada di site. Rondalah didalam bangunan tersebut sewaktu barangan sedang dibawa keluar dan pastikan semuanya ada dalam kepala otak adik-adik. Pintu bilik, pintu toilet, almari, tv, penghawa dingin dll mestilah masuk dalam inventory. Masuk juga dalam kepala otak adik-adik. Pastikan hingga ianya terpahat didalam fikiran. Adik-adik juga harus tahu dimana barangan tersebut disimpan didalam stor. Ini penting kerana apabila ditanya, adik-adik dah dapat membayangkan dan mampu menjawab soalan yang ditanyakan oleh tuanpunya syarikat ataupun owner/shareholder dengan baik. 

Pada masa yang sama, adik-adik harus mula membuat jaringan business (business networking) dengan syarikat-syarikat besar yang adik-adik rasa kerjasama dengan mereka bakal membantu adik-adik nanti. Senaraikan contact-contact tersebut. Didalam kes aku, aku dah pastikan 'market segment' mana yang aku harus penetrate nanti dan mula membuat 'link' dengan mereka. Masa masih lama? Tidak! Setahun atau setahun setengah ialah jangkawaktu yang amat singkat. Raya tahun ni baru berlalu. Tiba-tiba adik-adik dah mula berpuasa lagi. Itu menandakan setahun hampir tamat. Tak lama bukan?  

Dalam waktu yang sama, building plan serta hotel plan yang aku dapat daripada architect aku amati betul-betul. Drawings ini aku harus kerap tengok supaya aku tahu suraunya dimana? Biliknya besar mana? Emergency exit dimana. Setelah semuanya aku hafal, aku akan mula berangan seakan-akan hotel telah mula beroperasi...kesibukannya, keluar-masuk tetamu, masalah yang bakal ditempuhi dan macam-macam lagi. 

"Critical Path" juga harus disediakan. Adik-adik harus sediakan carta ini supaya adik-adik tahu perjalanan projek tersebut. Ini penting agar adik-adik tidak terbabas melakukan sesuatu yang tidak diperlukan! Sewaktu aku bertugas di Renaissance KL diawal pembinaannya, kami akan mengadakan mesyuarat sebanyak 2 kali sehari. Ini merupakan 'internal progress meeting'. Director mahu tahu progress kerja kami dan beliau juga perlu tahu untuk beliau laporkan kepada General Manager yang seterusnya akan melaporkan kepada Owner. Malamnya pula kami berjumpa sekali lagi untuk memastikan tugasan hari itu selesai. Jika tidak selesai, apakah masalahnya dan bilakah akan selesai? Ini semua penting. 

Critical Path aku merangkumi tarikh sekian ke tarikh sekian, para tetamu diberitahu akan penutupannya. Tarikh sekian ke tarikh sekian, suppliers semua diberitahu. Kemudian aku harus ada 'final artist impression' sebagai modal kepada aku apabila berjumpa dengan clients. Bila brochures baru akan siap? Bila aku harus melawat ke agensi-agensi kerajaan ataupun swasta untuk pastikan networking aku masih baik? Bila aku harus ke luar negara untuk 'menjual' hotel ini. Bila aku harus membuat 'dry-run'. Bila aku nak buat 'soft launch' dan seterusnya 'official launch'. Bila aku nak berhubung dengan media untuk tujuan promosi?

Untuk building progress pulak, aku harus tahu bilakah bangunan ini akan dirobohkan. Bila akan bermula pembinaannya. Bila supplies akan masuk. Bila 'interior design' akan bermula. Apabila dilakukan 'dry-run' nanti aku harus kenalpasti cabaran dan selesaikan dalam 48 jam. Masalah-masalah yang bakal timbul nanti ialah booking yang tidak masuk sedangkan tetamu sudah buat. Check in yang lambat. Petugas yang tidak tahu head and tail. Penghawa dingin tidak berfungsi. Petugas kurang latihan. Air panas di bilik mandi tidak panas. Kebocoran dll. Banyak ya adik-adik....bukan senang ya!

Adik-adik pergi lah cari buku yang hampir-hampir sama dengan apa yang aku ceritakan kat sini. Kemungkinan besar, adik-adik tak akan jumpa. Jika aku diminta untuk menulis buku untuk cafe ataupun hotel didalam bahasa standard ataupun baku, aku tak mampu nak ceritakan kerana 'lenggoknya' akan jadi lain dan intipati yang aku nak sampaikan tak akan kena. Makanya aku lebih selesa menulis dalam bahasa sebegini. 

Aku berhenti dulu setakat ini. Seperti yang aku bagitahu, ini ialah cerita dari pengalaman peribadi. Pengalaman membuka Renaissance Hotel KL yang mempunyai 900 bilik, Pengalaman membuka Marriott Jakarta. Pengalaman membuka hotel yang mempunyai 570 bilik di Madinah dan Al Safwah di Mekah yang mempunyai 900 bilik. Cerita-cerita aku ini tidak mewakili mana-mana syarikat.  Kalau adik-adik rasa seronok membaca dan dapat membantu adik-adik, aku bersyukur. Jika ada soalan, kemukakan untuk dibincangkan secara terbuka disini. Aku alu-alukan. Jika tidak mahu disiarkan, juga nyatakan supaya aku tak publish. Tetapi aku akan tetap membalasnya jika disertakan email address. Niat aku hanyalah untuk berkongsi pengalaman. Have fun with your loved ones over the weekend! Ciao!

Isnin, Ogos 22, 2016

Pembinaan Hotel Kecil (bah 1)

Carilah 'movers' yang professional

Assalamualaikum adik-adik dan pembaca yang budiman. Disini aku akan mulakan cerita aku yang juga bakal menjadi satu pengembaraan seperti roller coaster. Aku harapkan ianya nanti bakal membantu adik-adik yang berminat didalam industri ini. So people, sit back and enjoy reading.....


Setiap sesuatu projek itu memerlukan perancangan yang amat teliti. Ia tidak berlaku dengan hanya memetik jari ataupun setakat bersembang dikedai kopi berjam-jam tanpa perancangan yang teliti. Acapkali aku ceritakan bahawa wang sahaja tidak mencukupi untuk merealisasikan impian adik-adik untuk memiliki sebuah cafe mahupun sebuah 'boutique hotel'. Tidak cukup juga jika sekadar memiliki idea bernas tetapi perancangan dan perlaksanaannya tiada...Jadi, bagaimanakah segala-galanya bermula?

Amat baik jika adik-adik mempunyai kumpulan kecil yang  boleh dipercayai, seramai 2-3 orang sahaja untuk memulakan projek ini. Mulakan dengan bersembang kosong hanya untuk mendapatkan keserasian pendapat dan citarasa. Tidak perlu berjumpa terlalu kerap. 

Keluarkan kesemua pendapat yang ada. Pendapat-pendapat ini tidak ada yang betul ataupun salah. Ia hanyalah sekadar 'pendapat'. Ia juga bertindak seakan-akan brainstorming yang adik-adik lakukan untuk memulakan sesuatu projek di Universiti! Carilah titik persamaan disitu. 

Apabila adik-adik telah bersetuju untuk menjalankan sebuah projek 'boutique hotel' dibawah 40 buah bilik, pastikan yang adik-adik tahu apakah boutique hotel tersebut. Inilah masanya adik-adik memerlukan khidmat seseorang yang tahu selok belok perhotelan. Jika ada diantara adik-adik yang pakar, well, good for you. Ini memudahkan kerja adik-adik. Now, things get a little bit more serious here...

Siapa yang akan membiayai perbelanjaan untuk membina sesebuah hotel? Jika adik-adik dan rakan mempunyai sumber kewangan yang kukuh, baguslah. Namun begitu semua persetujuan pecahan kewangan mestilah direkodkan untuk digunakan kelak. Jika tidak mempunyai sumber kewangan yang baik, adik-adik bolehlah mencongak untuk membuat pinjaman daripada bank. 

Adik-adik haruslah melantik architect yang bertauliah untuk projek adik-adik. Mereka akan membawa bersama pakar-pakar dibidang masing-masing seperti QS (quantity surveyor), engineers dll. Adik-adik harus ada banyak meeting dengan mereka kerana daripada situ adik-adik akan tahu berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk memulakan projek adik-adik. An estimation. 

Sesetengah orang melihat bahawa lebih mudah untuk convertkan rumah kedai untuk dijadikan hotel. Well, secara luarannya ya memang begitu. Tetapi ini tidak bererti ianya mudah. Masalah yang bakal timbul selepas itu ialah berkenaan sistem paip dan airnya. Plumbing works. Kebanyakan hotel yang diconvert daripada rumah kedai bakal menghadapi masalah paip tersumbat, air bertakung serta kumbahan melimpah. Ini adalah kerana rumah kedai tidak dibina untuk spesifikasi hotel. Jika ini berlaku, banyak wang tambahan yang akan digunakan..satu perkara yang membuatkan aku sangat marah ialah apabila melihat banyak hotel-hotel kecil tumbuh tanpa memikirkan ciri-ciri keselamatan. Aku hairan kenapa mereka ini tidak dikenakan tindakan. Pintu kecemasan, laluan kecemasan, semuanya tidak ada! Jika berlaku kebakaran bagaimana? Adik-adik haruslah menjadi orang yang bertanggungjawab. Keselamatan harus diutamakan.

Pada masa yang sama, adik-adik sediakanlah kertas kerja tentang bagaimanakah cara adik-adik mahu 'marketkan' hotel adik-adik ini. Adik-adik harus merancang berapakah pendapatan yang bakal diperolehi setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, 5 tahun dan juga 10 tahun. Pastikan yang ianya ada peningkatan sebanyak beberapa %. Ada juga forecast yang tiba-tiba ada sedikit penurunan peratusan pada tahun itu. Ini dilaksanakan kerana mereka menjangkakan bakal ada cabaran.  Untuk sesebuah hotel, kebiasaanya, pendapatan daripada bilik bakal mencecah 60% manakala makanan dan minuman ialah sebanyak 40%. Ini termasuklah events (acara/majlis).

Setelah pelan dan forecast pendapatan telah dibuat, berbincanglah secara baik dengan pihak bank. Yang penting bagi bank ialah pembayaran semula pinjaman. Untuk mendapat kepercayaan pihak bank, sudah pasti pihak bank mahu melihat betapa kukuhnya syarikat adik-adik. Berapakah jangkamasa pembayaran semula kepada bank? Pada waktu ini kertas kerja adik-adik tentang segala perancangan dan juga revenue forecast tadi amat diperlukan. Pihak bank akan 'menekan' adik-adik dengan pelbagai soalan demi soalan. Janganlah anggap yang mereka itu membebankan. Cuba adik-adik bayangkan jika ada seseorang yang adik-adik tak kenali tiba-tiba berjumpa adik-adik dan meminta pinjaman sebanyak RM200,000. Apakah adik-adik akan serahkan wang simpanan dengan sewenang-wenangnya? As simple as that!

Pembinaan hotel memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pulangannya bakal mengambil masa sedikit. Pihak bank akan meminta sekurang-kurangnya 8 tahun (atau kurang) untuk pembayaran semula. Hmmmm, it's tough. Rancanglah dengan teliti agar adik-adik tidak terjerat nanti. Terjerat kerana tidak mampu membayarnya! 10-12 tahun pembayaran semula adalah lebih baik. Walaubagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi. Jika adik-adik mampu membayar dalam tempoh yang lebih cepat, alhamdulillah. Go for it!

Berapakah perbelanjaan untuk mempunyai 30 buah bilik hotel? It all depends. Sekurang-kurangnya ratusan ribu ringgit hinggalah kepada jutaan ringgit. Now back to your drawing board! Duduk semula dengan rakan kongsi tadi. Berbincanglah semula mengenai konsep, return on investment dan carilah satu figure anggaran yang hampir tepat untuk adik-adik mulakan semula perancangan. Jika rencananya tahun pertama room occupancynya hanya 40% dan adik-adik bakal menghadapi masalah untuk membuat pembayaran ke bank, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan lagi pendapatan tersebut? Mungkin harus naik ke 55% ditahun pertama. Jika begitu, apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk mendapatkan tambahan 15% room occupancy? Duduk dan berbincang. Mungkin sumber lain boleh didapati daripada events? Jika begitu, apakah events yang boleh dilangsungkan dan apakah pakej-pakej yang bakal diadakan? Kesemua points ini amat penting untuk pihak perbankan. Mereka ingin tahu. 

Aku rasa cukuplah untuk kali ini aku ceritakan sikit perkara-perkara yang berlaku sebelum projek tersebut berlangsung. Bukan mudah. Hahahahahaha...ramai yang ingat ada duit saja, semua boleh buat. Ada jugak yang ingat ada duit saja, pakar boleh didapati. Memanglah boleh didapati. Tetapi untuk mendapatkan seseorang yang jujur dan ikhlas amatlah payah. Adik-adik jangan terlalu cepat mempercayai seseorang. Aku takut projek terbengkalai, duit adik-adik lesap....

Baiklah. Kita sambung lagi dilain minggu! Have a nice week ahead people!


Khamis, Ogos 18, 2016

Ada ka yang nak baca?

Cuba saja...

Assalamualaikum adik-adik dan pembaca yang aku sayangi semua. Tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis tentang pembikinan projek hotel dalam scale yang sedikit kecil daripada hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai beratus-ratus bilik. Tujuan aku menulis tentang projek aku terkini ialah semata-mata untuk berkongsi kerja dan pengalaman tentang bagaimana nak membuka sesebuah hotel. Apa yang bakal aku catatkan nanti adalah lebih kepada 'operational matters'. Ini aku rasa penting agar ada diantara adik-adik diluar sana bakal mendapat 'insights' tentang bagaimana dan apakah knowledge yang perlu ada untuk seseorang membuka sebuah hotel 'boutique', yakni yang kurang daripada 40 bilik. Penceritaan tentang projek ini juga aku harap dapat membantu adik-adik semua didalam merancang sesuatu dengan lebih baik. Harus adik-adik ingat bahawa, duit saja tidak menentukan kejayaan adik-adik melaksanakan projek ini. Adik-adik perlukan pengetahuan, disiplin, sokongan berterusan dll lagi. 

Apa saja yang bakal aku tuliskan nanti adalah berdasarkan day to day activities yang berlangsung. Maksudnya, "actual" dan bukannya fiction ataupun ikut rasa. Aku harap adik-adik dapat mempelajari serba-sikit daripada kerja yang aku laksanakan. Ini semua tak akan dapat di University ataupun mana-mana hotel school...

Dalam pada itu, adik-adik yang mempunyai pertanyaan, bolehlah kemukakan soalan-soalan tersebut disini agar dapat dikongsi soalan dan jawapannya nanti bersama-sama. 

Aku tertarik apabila minggu lalu aku berkesempatan bertemu dengan seorang tokok korporat bagi bertanyakan pandangan beliau tentang sesuatu. Pertemuan berlangsung di Pelita Ampang Point. Memang dia seorang yang low profile... dan reply yang aku dapat ialah, "Uncle, bagilah pengetahuan apa yang kita ada pada orang lain agar dapat dipergunakan dengan sebaiknya. Kalau aku tak bagi pengetahuan aku kat orang, macamana aku nak dapat pengetahuan baru!" Wah...aku terpegun....terus aku order satu lagi nescafe ais untuk aku dan teh o panas untuk dia....aku belanja dia! Hahahahahaha...

Nah...itulah ceritanya....aku teringin nak menulis 'step-by-step in building a small hotel that you can be proud of!'

Tapi......ada ka orang berminat dan nak membaca? Itu yang aku nak tahu....sila bagi feedback secepat mungkin sebelum aku beralih arah menulis cerita lain..

Sabtu, Ogos 13, 2016

Sedang berehat...


Alhamdulillah....Bukan kerana aku happy JDR ditutup tetapi kerana akhirnya kami boleh menutupnya untuk membuat penambahbaikan demi memberi lebih keselesaan kepada bakal tetamu yang akan menginap atau juga yang bakal mengadakan acara disini. Banyak kemudahan akan diadakan termasuklah 'lift' dan sebagainya. Lebih moden, lebih menarik dan lebih baik daripada sebelum ini tanpa mengenepikan ciri-ciri tradisional. 

Ini merupakan saat yang aku tunggu-tunggu. Aku suka saat ini kerana proses ini memerlukan penelitian. Ia memerlukan pemantauan. Ia memerlukan keputusan diambil dengan tepat. Ia memerlukan perbincangan demi perbincangan. Ia mementingkan deadline. Disiplin. Komitmen. Dan banyak lagi. Ini lah yang membuatkan adrenalin aku sentiasa terangsang. Dan aku sangat sukakan momen seperti ini to also keep me alive and kicking! Hahahahahahaha.....

Btw, kepada sesiapa yang merancang nak membina restaurant atau hotel, hahahahahahahahaha, bagitahu aku. Fee aku amatlah berpatutan. Aku sendiri yang pantau. Jangan risau! Take care and have a pleasant weekend with your loved ones!

Jumaat, Ogos 05, 2016

Awang!

Sewaktu aku bertugas di Langkawi dulu, ada seorang associate dari Housekeeping department yang aku nampak bahawa masa depannya amat cerah. Setiap pagi kami ada Head of Department meeting. Jika Executive Housekeeper tidak dapat hadir, Awanglah yang akan menggantikannya. Awang ni rajin. Tak pernah mengeluh, tak pernah menunjukkan muka masam dan tak pernah tak datang kerja dengan cara sengaja apatah lagi masuk lambat. Hebat Awang ni...Apabila aku melakukan rondaan setiap pagi sekeliling hotel, aku selalu terserempak dengan Awang. Kadang-kadang aku jumpa di beach, kadang-kadang aku jumpa di water chalet tapi selalunya di office beliau sedang memberikan briefing. Aku sering masuk dan mendengar beliau memberikan briefing mengenai tugasan seharian yang perlu dilakukan. Kadang-kala menyelit apa yang patut bila dirasakan ada point-point penting yang tertinggal terutamanya VIP arrival. Awang amat disenangi oleh rakan sekerjanya dan begitu juga dengan department lain. Pendek kata, Awang seorang yang rajin, berdisiplin dan amat disenangi bukan saja oleh rakan sekerja malah tetamu antarabangsa juga!


Awang dok drama!

Satu perkara yang buat aku sentiasa ingatkan awang ini ialah perihal motor cubnya yang tak memerlukan kunci untuk menghidupkan enjin. Aku sendiri sampai kesudah tak mendapat jawapan dan sampai ke hari ini dia tak bagitahu aku! Motor Awang ada di parkiran motor ditepi pokok besar. Kadang-kadang sengaja aku hidupkan enjin dan bawak berjalan. Awang cari tak jumpa...hahahahaha....Awang ni aku gelarkan sebagai 'penyamun'. Satu kata ganti diri yang amat 'mesra'. Beliau mengambil kesempatan untuk menggelarkan aku Kepala Penyamun (KP). Takpa...1-1. Seri. Sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. 

Sewaktu aku demam campak buat kali ke 2 (aku kena sampai 2 kali), ianya jatuh pada bulan Ramadhan. Aku tak turun ke office. Cuma membuat kerja dari bilik sahaja. Awang lah yang bersusah payah mencarikan aku makanan untuk berbuka puasa yang dibelinya daripada pasar Ramadhan berhadapan dengan lapangan terbang Langkawi. Kari ikan bawal memang aku suka sebab kuahnya kena dengan aku dan ikannya pulak dihiris tebal. Awang tahu. Jadi itulah yang dibelikannya selalu untuk aku berbuka.

Apabila aku meninggalkan pulau tersebut, Awang ada memberitahu aku yang beliau juga berhasrat untuk berhenti. Aku alu-alukan keputusan beliau kerana Awang dah agak lama disitu dan kareer beliau aku lihat tidak akan berkembang. Sebelum Awang menjadi 'complacent', lebih baik Awang ke tempat lain, kata aku. Alhamdulillah Awang membuat permohonan dan dapat kerja di Kuantan dengan posisi dan aku pasti gaji yang lebih baik. Kami masih lagi berhubung. Kadang-kadang Awang bertanya pendapat dan kami berkongsi idea. Sekali lagi Awang bagitahu aku yang beliau nak balik ke Kedah kerana keluarganya disana dan Awang selalu rindukan keluarganya. Sama juga seperti aku dulu. Aku faham sangat. Aku kata rezeki Allah ni merata-rata. Cuma perlu rajin, berdisiplin dan jangan menipu. InsyAllah akan diberikan lorong. Alhamdulillah Awang ditawarkan jawatan sebagai Exec Housekeeper di TH Hotel Alor Setar. Awang seronok. Aku berbangga. Tahniah Awang. Dalam hati kecil aku, aku rasa Awang boleh naik selangkah lagi. Aku lah rasa. Aku cuma tengok dari jauh perkembangan beliau!

Seminggu-dua yang lalu aku ada mendapat message daripada Awang. Nada penulisan Awang amat ceria. Awang memberitahu aku bahawa namanya 'naik' untuk menjadi petugas haji majikannya. Pagi tadi aku terima message sekali lagi daripada Awang menyatakan bahawa beliau kini berada di Madinah untuk 4-5 hari sebelum kumpulannya bergerak ke station tetap mereka di Mekah. Alhamdulillah. Aku berbangga dengan pencapaian Awang. Kadang-kala rezeki yang Allah bagi tu datang dengan pelbagai cara. Bukan hanya dengan wang ringgit dan pangkat semata-mata. Kesihatan yang baik, kesempatan bertugas sewaktu musim haji dan seterusnya kesempatan menunaikan fardu haji juga merupakan ganjaran daripada Allah. Aku juga ingin jika berkesempatan sekali lagi!

Salah sorang kawan 'blogger' aku yakni 'REZEKI' juga sering ke AS dan dahpun diperkenalkan kepada Awang. Alhamdulillah....semenjak itu 'Rezeki' sering bermalam di hotel tersebut. Di pagi Jumaat yang berkat ini aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya, selamat bertugas serta selamat menjaga kesihatan diri sendiri kepada Awang agar beliau mampu menjaga para jemaah dengan berhemah sama seperti kita menjaga tetamu kita di hotel. All the best Awang! Err, btw, Awang tu bukanlah nama sebenar beliau!

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...