Sabtu, Oktober 29, 2016

Sibuk betul kali ni!

Lagi 2 tahun! Pasti...

1-2 minggu ni aku menjadi terlalu sibuk berlari kesana dan kemari. Menguruskan perpindahan pejabat ke pejabat sementara, melihat site dll. Paginya aku akan ke site dulu, melihat perkembangan construction, berbual dengan site supervisor, berbual dengan security guard, berbual dengan tukang pecah dinding, berbual dengan pakcik buat hoarding dan ramai lagi. Setiap perbualan dengan mereka aku akan bertanya pelbagai soalan. Dengan adik security aku bertanya mengenai tugasannya, tanya mengenai gaji pokok dan over timenya. Dengan site supervisor aku bertanya mengenai batu konkrit, lesen, drawing dan banyak lagi. Aku akan habiskan sebanyak 45 minit setiap pagi. Kesemua informasi tersebut aku akan input didalam software (otak) aku. Ini sangat penting untuk projek-projek aku seterusnya.

Isnin nanti aku bakal bertemu dengan seorang pengusaha 'bali spa'. Sedang berkembang maju di Malaysia kini. Pertemuan ini adalah untuk mengenal pasti apakah spa ini masih relevant dihotel-hotel. Siapa tahu aku boleh berkolaborasi dengan mereka suatu hari nanti. Bukan niat aku untuk membuka spa. Spa bukanlah bread and butter aku tetapi ia sebagai icing untuk hotel di Bangsar nanti. Samada ia akan berada dipremis kami di Bangsar atau kami hanya berkolaborasi dari segi packagenya, akan aku lihat dan bincang pada isnin nanti. It's going to be fun!

Rabu depan aku bakal bertemu dengan seorang rakan lama yang mahu menceburkan diri didalam bidang restaurant. Aku yakin beliau dan pasangan mampu melakukannya. Mereka sangat memberi perhatian kepada perkara-perkara detail dan aku suka dengan cara kerja mereka. Siapa dan dimana, aku akan bagitahu selepas cafenya dibuka nanti!

Tadi aku ke gym lagi. Walaupun ramai yang dah balik kampung kerana cuti Diwali, sebahagian masih lagi cekal untuk meneruskan kegiatan riadah berpasukan. Yang hadir hanya sekitar 12 orang termasuklah aku. Rakan-rakan di gym yang rata-ratanya pangkat adik-adik untuk aku, memanggil aku dengan nama 'Uncle' juga. Hahahahahahaha. Lebih selamat rasanya....Coach Zack menggasak kami dengan latihan-latihan untuk upper body. Bicep, tricep, lower back, abs, shoulder...makk aiii....masa badan panas aku tak rasa sangat tapi bila balik rumah, dah selesai mandi, pergh......nak bangun payah, nak duduk payah, nak angkat tangan payah....senang cakap, semuanya payah! Aku bagi masa selama 2 tahun lagi untuk membina chest pulak....hahahahahahaha.....siapa kata umur yang menghampiri 50 tak boleh jaga badan? 

Esok awal pagi aku bakal ke sungai gadut sekejap untuk menyaksikan adik-adik SDAR aku yang berumur 13 tahun beraksi didalam perlawanan rugby. Tujuan aku kesana hanyalah untuk menunjukkan sokongan. Semangat old boys yang ada pada aku dan juga rakan-rakan lain amatlah kental sekali. Cukuplah untuk menyaksikan 1-2 perlawanan mereka. Aku bakal kesana dengan komuter. Tinggal moto di parkir KTM, naik komuter lebih selamat. Aku boleh tidur sepanjang perjalanan selama lebih kurang 1 jam tu! Hahahahahaha....Kudo bakal menunggu aku di stesyen sg gadut! Horey!

Ok cukup untuk kali ni...kepada semua rakan-rakan aku yang menyambut Deepavali, aku nak ucapkan Selamat Diwali. Semoga kita rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni....Good night people...(badan sakit ni...)

Jumaat, Oktober 21, 2016

Pembinaan Hotel Kecil (bah 7)

Kumpulan remaja..

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Minggu lalu dan minggu-minggu yang mendatang, aku bakal menjadi sedikit sibuk. Aku juga tak pasti samada aku berkesempatan menghadiri majlis minum petang esok (sabtu 22/10) di Shah Alam bersama teman-teman itm aku dulu ataupun tidak. Teman-teman ada yang  akan datang dari Kedah dan Seremban manakala selebihnya dari KL. Aku ada beritahu yang semuanya tergantung kepada jadual 'ad-hoc' aku. Sebetulnya aku kurang gemar perkara yang memerlukan aku secara tiba-tiba. Tetapi kadangkala perkara tersebut tak dapat dielakkan. Just in case jika aku tak dapat berkumpul bersama, aku harap dan doakan agar pertemuan esok bukanlah pertemuan yang terakhir. 

2-3 hari yang lalu, aku dan rakan membuat temu janji untuk bertemu di HRC. Light dinner, discussion and right after bertemu rakan-rakan lain pula. Aku sampai sedikit awal dan menalipon rakan. Katanya, akan turun sebentar nanti. 30 minit kemudian beliau muncul di lobby hotel dan kami mengatur langkah ke HRC yang terletak disebelahnya. Banyak yang kami bualkan. Beliau juga rakan nasi kawah seremban aku dulu. Sewaktu di HRC, aku perhatikan yang para pekerjanya amat ramah dengan tetamu. Apalagi dengan tetamu yang sering berkunjung ke situ. Mereka akan berusaha mendapatkan nama dan terus memanggil nama tetamu tersebut tatkala berbual. 

Setelah light dinner, kami terus melangkah keluar dan menuju ke cafe yang terletak dihotel sebelahnya. Duduk, minum dan bersembang sakan apabila kami dikunjungi oleh 2 orang lagi rakan nasi kawah...Kesempatan berada disesebuah hotel seperti itu aku pergunakan sebaiknya. Pemilik hotel tersebut ialah 'orang kita' tetapi aku lihat perjalanan hotelnya sama seperti hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang lain. Bangunannya diseliakan dengan baik sekali. Aku masuk ke tandas dan agak terpegun dengan tatarias walaupun hanya sebuah tandas. Bila aku masuk ke tandas, ia lantas mengingatkan aku kepada sejarah awal aku bekerja dihotel lebih 25 tahun lalu dan ditandas awam seperti itulah tempat aku bekerja! Cuci mangkuk tandas, cuci urinal, cuci lantai, cuci cermin, bagi tissue kepada tetamu yang nak keluar dan banyak lagi. Sewaktu mencuci tangan aku tersenyum sendirian!

Aku terpegun dengan professionalnya management yang ada. Aku pasti mereka mempunyai team yang hebat. Aku juga pasti mereka tidak 'masuk campur' urusan day-to-day ataupun perjalanan operasi hotel tersebut walaupun mereka sebenarnya memang boleh. Sebelum aku kembali ke tempat duduk aku, aku sempat bertanya kepada seorang associate yang kebetulan lalu didepan aku. Aku bertanya apakah pemilik hotel tersebut sering datang dan memberitahu pekerja apa yang harus dilakukan? Jawapannya, tidak pernah walaupun pejabatnya hanyalah ditingkat 3 atau 4 hotel tersebut. Wow.....

Sedikit mengenai progres apa yang sedang berlaku di tempat aku kini ya...Alhamdulillah pemunggahan barang dan penyimpanan telahpun selesai. Kini kontraktor telahpun mengeluarkan kesemua 'fittings' termasuk, lampu, penghawa dingin dan lain-lain lagi. InsyAllah minggu depan tingkap pula akan dibuka dan disimpan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Setakat ini alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Minggu depan penghadang ataupun 'hoarding' akan dipasang disekeliling kawasan setinggi 10 kaki mengikut undang-undang setempat. Setelah penghadang dibina, barulah kerja dalaman akan dijalankan. Pada waktu itu aku hanya mampu untuk melihat dan mungkin merakamkan gambar sahaja. Kesemua instructions akan hanya datang daripada architect. Jangan terlalu ramai yang membuat keputusan atau memberi kata, aku pasti kerja akan tidak menjadi lancar. Banyak hotel yang dah aku lihat yang tergendala pembinaan dan pembukaannya disebabkan oleh campur tangan banyak pihak. 

Jika adik-adik dan rakan-rakan ingin membuka hotel, haruslah ada tertulis syarat-syarat kerja/fungsi bagi setiap orang. Jika adik-adik bekerjasama dengan hotel antarabangsa, pelbagai terma akan diberikan. Pemilik atau diatas kertas dipanggil sebagai 'client' tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran sewenang-wenangnya. Pemilihan tenaga kerja juga akan ditentukan oleh pihak 'operator' berkenaan kecuali 2 posisi tertinggi/terpenting yakni GM dan FC yang mana adik-adik boleh membuat pilihan. Walaupun begitu 2 jawatan tersebut bukanlah orang yang adik-adik bawa masuk ya......adik-adik akan diberikan senarai candidates untuk dipanggil bertemu dan adik-adik boleh memberitahu 'operator' GM mana dan FC mana yang adik-adik rasa menepati kehendak! Jika adik-adik membawa masuk kenalan adik-adik semata-mata kerana ingin membantu kenalan, adik-adik akan menghadapi masalah. Kemungkinan besar mereka tidak tahu 'culture' perhotelan. Ada juga pernah aku lihat, GM sesebuah hotel datangnya dari luar industri! Jika ini berlaku, semuanya tak akan 'sync'. 'Language' akan menjadi berbeda. Tidak ada kesinambungan dan ini amat merbahaya. Pastikan bahawa rakan yang adik-adik nak bawa masuk itu mempunyai pengalaman luas didalam bidang tersebut. 

Aku pernah duduk bersama seorang pengusaha hotel yang hebat yang tak mahu namanya disebutkan. Beliau memberitahu perkara yang sama kepada aku. "Let the expert run the show". Dan aku bersetuju sekali dengan pendapat beliau. Walau bagaimanapun, adik-adik sebagai pemilik hotel masih mampu memberi teguran dan nasihat jika dilihat bahawa perjalanan hotel adik-adik agak tidak seperti yang dijanjikan. Adik-adik yang juga pemilik hotel tersebut sememangnya ada hak untuk memanggil 'operator' dan memberikan amaran lisan kepada mereka agar mereka kembali ke landasan yang betul. Tetapi janganlah sampai masuk ke dapur dan mengarahkan chef untuk membuat itu dan ini. Kesan jangka pendek ialah, chef-chef tersebut akan berhenti kerja! Hahahahahahaha....

InsyAllah jika ada kelapangan dari pelbagai segi, aku akan ke Bangkok pada bulan disember nanti. Tujuan aku kesana adalah untuk melihat konsep-konsep hotel disana. Kini banyak bangunan-bangunan lama diberi nafas baru. Begitu juga di Cambodia, Laos dan Vietnam. Konsep menarik sebegitu amat membuatkan aku terasa lebih ingin tahu. Untuk punya perusahaan sendiri? Hmmmm rasanya tidak.....Aku bukan seorang pengusaha...Aku cuma 'enjoy' buat apa yang aku enjoy buat! Oleh sebab itu aku masih melakukan perkara yang sama walaupun kadangkala agak rutin. 

Kepada adik-adik, apa saja perkara yang nak adik-adik usahakan, pastikan adik-adik mempunyai ilmu. Jika adik-adik tidak mempunyai ilmu, carilah. Belajarlah. Bertanyalah. Selain daripada itu, pastikan adik-adik 'memberi' kepada yang memerlukan. Pak Teddy Rachmat (sila google nama ini dan dengar ucapan-ucapannya di youtube) ada menyatakan, "Less For Me, More For Others and Enough For Everyone!". Have a great weekend people!







Selasa, Oktober 11, 2016

Short Break..Bali


Minggu ni aku stop cerita pasal hotel sekejap. Beralih topik sikit kepada apakah aktiviti aku minggu lalu...



Maya Muchtar and me!

Rabu lalu aku berangkat ke Bali buat kesekian kalinya. Kali ini aku dah merancang untuk bertemu beberapa orang sahabat yang dah lama aku tak jumpa dan aku tahu mereka berada di Bali. Perancangan mesti teliti. Aku sampai betul-betul pukul 12.20pm seperti tertera di kepingan tiket. Mulanya aku ingatkan flight pukul 12.20pm. Jadi aku book teksi pada pukul 9.30am. Sehari sebelum berlepas, aku check tiket sekali lagi dan kali ini aku baru terperasan yang 12.20pm ialah 'arrival time' aku di bali dan flight aku sebenarnya ialah pada pukul 9.20am! Kelam-kabut aku talipon teksi untuk tukarkan waktunya! Hahahahahahahaha...

Aku mahu mencuba Malindo. Ternyata ianya amat memuaskan. Lebih baik daripada saingannya. Lebih leg room dan servicenya bagus serta ada makanan yang dihidangkan walaupun hanyalah 2 keping roti bom dan kuah dhal vegetarian. In-flight movienya juga bagus. 2 jam berlalu tanpa aku sedar. Aku memang akan menonton movie jika kemana-mana kerana lebih mengasyikkan. Beberapa in flight movies dan aku pun dah nak sampai. 

Sesampainya aku di bandara (airport) aku disambut oleh Hamidi. Rakan lama aku yang dah 5 tahun bertugas di Kuta. Beliau terkejut melihat aku yang hanya ber tee lusuh jenama hrc, seluar separas lutut dan berselipar. Hamidi tanya mana luggage aku. Aku jawab mana ada......satu beg kecil dan satu beg sandang saja yang aku bawak..dia geleng kepala. Hahahahahahaha....Hamidi ni jugaklah yang bersama aku dulu di Jakarta dan Shanghai Marriott serta di Saudi Arabia. Kenal sangat dengan perangai masing-masing! Aku sering travel begitu. Tak suka mengusung pelbagai keperluan hingga sarat!


Best coffee from Wina HV


Kami bergegas ke Kerobokan untuk bertemu rakan lama aku yang mengusahakan sebuah restoran hebat. Dulu ada aku bercerita mengenai beliau. Seorang wanita yang amat tabah membina kerjaya dari sebuah warung hingga menjadi sebuah restoran. Kini berjaya didalam bidang hartanah dan sedang merancang untuk membina villa-villa mewah disana. Aku sampai lebih awal secara sengaja. Memanggil namanya dari belakang, beliau kaget (terkejut) sambil marah-marah kepada aku kerana tidak memberitahu yang aku akan sampai awal! Hahahahahahaha.....Teman sekuliah aku yang aku kenali lebih 20 tahun lalu! 

Dari Warung kami bergegas ke Beach Club untuk minum dan melihat sunset. Ramainya manusia. Selepas minum 2 mocktail, aku dipandu laju untuk dihantar ke hotel. 

Lama kami bercerita dan secara tiba-tiba terpacul  nama Maya dari mulut aku. Kami mula mencari contactnya. Aku hubungi Maya melalui FB tetapi tidak mendapat balasan. Malamnya baru aku pulang ke hotel. Hari Khamis selepas sarapan, aku ke Ubud. Ada 3 perkara yang aku harus lakukan disana. Pertamanya ialah bertemu keluarga Pak Rai yang aku anggap seperti keluarga aku. Selama aku disana dulu, beliau sekeluargalah yang menjaga makan minum sakit demam serta laundry aku. Itu tujuan pertama. Tujuan ke dua pula ialah untuk menyerahkan beberapa peralatan sukan bolasepak kepada Pak Rai (merangkap coach untuk Ubud FC) yang aku bawa dari KL. Kesian melihat anak-anak kecil sana bermain bola didalam keadaan yang serba kekurangan. Mengingatkan aku sewaktu kecil bermain bola dengan hanya kaki ayam circa 70-an dulu. Makanya aku berjanji kepada diri sendiri bahawa setiap kali aku ke Bali, aku harus membawa peralatan sukan bolasepak untuk disedekahkan kepada anak-anak disana melalui Pak Rai. Tujuan ketiga pula ialah untuk membeli Sabun Masako yang diperbuat daripada kelapa.

Menarik sekali cerita sabun ni. Sesampainya aku di Ubud, aku terus kearah Utara (gaya percakapan mereka banyak menggunakan arah seperti itu. Utara, Selatan, Timur dan Barat untuk menunjukkan arah). Berhenti di tepi jalan sebelum sampai ke Maya Resort (kebetulan nama Maya juga). Aku bertanya penjaga kedai bagaimana nak mencari Sabun Masako tu. Beliau tersenyum dan katanya kepada aku, "Kebetulan Pak. Nah yang disebelah saya ini tuanpunyanya perusahaan itu!". Beliau terus membawa aku ke factory kecilnya. Harus melewati banyak petak sawah. Hampir 150m kedalam, kelihatan beberapa orang gadis sedang melakukan kerja memasukkan sabun-sabun yang dipesan kedalam kotak. Wow....aku kagum! Jadi itulah 3 sebab kenapa aku ke Ubud. 


Gado-gado di Warung Eropa

Aku ke Sunset Road, Kuta kali ini mencari Maya. Katanya receptionist, Maya baru saja berangkat ke Ubud. Hahahahahahahaha....Aku ke Ubud, dia ke Kuta. Aku ke Kuta, dia ke Ubud. Kami selisih dijalanan rasanya. The next day kami kesana lagi. Maya ada kelas yoga dan kelas memasak. Kami tunggu di lobby. Selesai saja sesi beliau, terus diterpanya kearah kami, bersalam erat hingga hampir mengalirkan airmata. Lebih 20 tahun kami tidak bersua! Maya mengeluarkan sebuah buku kisah hidupnya yang dikarang sendiri bercerita mengenai zaman kanak-kanak mengikuti ayahnya yang juga seorang diplomat mengembara keseluruh dunia. Beliau mencoretkan sesuatu khas untuk aku dilembar ke 2 buku. Kata-kata yang akan aku cherish seumur hidup aku. Maya kini merupakan seorang tokoh penceramah korporat dan juga seorang aktivis "Peace" yang amat dikenali. United Nations kini mengambil beliau sebagai penceramah bebas untuk World Peace. Maya berbisik ke telinga aku, "Ali kamu tahu ngak siapa yang bakal aku ketemu waktu ceramah World Peace itu?" Aku geleng-gelengkan kepala. Maya tersenyum dan menyebut yang beliau dijemput untuk duduk bersama satu meja dengan Leonardo di Caprio! Hahahahahahahahaha.....Aku tumpang bangga dengan kejayaan beliau. Rakan aku yang kecil molek aku kenali sewaktu sama-sama belajar di eropah dulu! Aku ucapkan selamat tinggal kepada Maya dan sekali lagi kami bersalam erat serta berjanji akan bertemu lagi jika aku ke Bali nanti. 

Aku ada pertemuan dengan bekas pelajar-pelajar sekolah perhotelan dari suisse yang diadakan di Nikki Beach, Kuta. Kawasan yang sangat mewah dan cantik sekali. Dipenuhi dengan hotel-hotel eksklusif sepanjang pantainya! Banyak topik yang dibincangkan. Masing-masing bercerita mengenai hotel/projek masing-masing. Aku membuat promosi dan terus bercerita mengenai projek aku yang sedang berjalan. Banyak yang kami bincangkan hingga larut malam sebelum aku kembali pulang ke Kerobokan.

Alhamdulillah. Sepanjang 5 hari aku di Bali, kebajikan aku, makan-minum aku, kesihatan aku, transportasi aku, semuanya dijaga rakan-rakan sekeliling. Aku hairan kenapa ini berlaku kepada aku. Dari mula aku sampai di bandara hinggalah ketika aku kembali ke bandara untuk berangkat pulang. Semuanya amat prihatin. Setiap pergerakan aku dijaga rapi oleh teman-teman. MasyAllah.....nikmat dunia pemberian Allah yang tak mampu nak aku ceritakan. Nilai persahabatan yang tulus ikhlas. Didalam perkara sebegini, aku amat bersyukur kerana dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang sangat 'care' terhadap aku. Nilai persahabatan sebeginilah yang harus aku jaga. Tidak boleh diambil kesempatan dan dicabul. Dalam diam aku teringat kisah aku kecil dulu bila arwah mama selalu memberi makan biskut kering dan kopi o nipis kepada sesiapa saja yang berkunjung ke rumah kami walaupun kami sekeluarga tidak semewah mana....

To Hamidi, thank you so much for the best hospitality provided. Your associates were awesome! Remember the incident? Marvellous! 

To all my Bali friends, I will definitely return or perhaps retire there. You guys berada dekat dengan hati aku...."Dance to His Tune". 


Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...