Selasa, Disember 27, 2016

Bangkok 14-18 Dis 2016

Padang Besar-Hatyai


Perjalanan ini dah aku rancang 2 tahun yang lalu bersama seorang atau mungkin beberapa orang teman. Tetapi pergi berteman ni agak sukar juga kerana jadual masing-masing yang berbeza. Amat payah nak mendapatkan waktu dan tarikh yang sama. Jika dapat pun mungkin diantara kami ada preference yang berbeza. Maka oleh itu, aku bercadang untuk pergi sendirian. Aku ada ceritakan kepada keluarga sewaktu makan malam. Aunty nak simpan cuti untuk balik kampung bulan 3 tahun depan. Abang tak dapat ikut kerana katanya ada kelas. Yuya available sebab tunggu result PT3. Marina pulak memang nak ikut tapi aku tak benarkan kerana takut letih teramat! Finally, hanya Yuya yang boleh ikut!      

Aku bermula dengan ETS dari KL Sentral pada pukul 6.56am.  Perjalanan amat smooth dan tepat pada waktunya. Barangan aku tak banyak. T-shirt hanya 3 helai. Tuala mandi, aku hanya gunakan hand towel yang kecil kerana ia hanya untuk mengelap dan bukannya untuk dipakai seperti selepas mandi dirumah. Selainnya ialah berus gigi dan ubat gigi kecil, sepasang sneakers (sepanjang perjalanan aku hanya berselipar). Sedikit toiletries. Nothing much. Tak lupa juga ubat-ubatan aku serta multi vitamin. Yang lain-lain jika aku perlu, boleh saja dibeli disana. Tak banyak pun yang aku beli sebagai tambahan hanyalah plaster untuk kaki yang melecet sebab jalan terlalu banyak dan juga shampoo. Of course, mineral water, susu dan orange juice untuk aku.

Perjalanan dari KL Sentral sangat menyeronokkan. Pertamanya kerana aku dah lama tak naik keretapi untuk long distance dan keduanya kerana inilah kali pertama aku menaiki ETS terus ke Padang Besar. Sesampainya di Stesyen Padang Besar, aku tak tahu nak kemana. Lintas jejantas, aku sampai ke pekan kecil yang masih banyak bertulis bahasa Malaysia dipapan-papan tandanya. Hati aku berkata yang aku tersalah! Aku patah balik dan bertanya manakah imigresen Malaysia/Thailand untuk sambung keretapi ke Hatyai? Aku ditunjukkan pagar besi untuk turun ke tingkat bawah. Tiket hanya boleh dibeli pada pukul 3 petang dan perjalanan ialah pada pukul 3.40pm. Aku terpaksa akur walaupun ada hampir 3 jam lagi....tetapi aku amat bernasib baik kerana dipanggil oleh seorang pegawai yang membenarkan aku membeli tiket pada pukul 2.30pm. Lepas beli tiket, ada pegawai imigresen lain pula yang memanggil aku dan memberikan borang imigresen untuk aku isi dan suruh aku masuk ke kaunter Thai Immigration walaupun ia belum waktu. Aku pulak jadi hairan kerana ianya jadi begitu mudah untuk aku! Hahahahahaha.....keretapi dari Padang Besar ke Hatyai seperti keretapi yang aku berebut naik ikut tingkap dari KL ke Butterworth sewaktu berumur 13 tahun dulu. Tingkap boleh dibuka dan ada kipas di ceilingnya.....hahahahahaha....sejam kemudian aku sampai di Hatyai. Kawan aku sedia menunggu di stesyen Hatyai untuk menyerahkan tiket aku untuk ke Bangkok. Sebelum waktunya kami sempat kesebuah kedai kopi untuk minum dan mengalas perut dengan sedikit sandwich sebelum aku bergegas membeli Padthai sebagai bekalan diatas keretapi. Membeli 'sim card' thailand untuk unlimited internet access tidaklah mahal. Sekitar RM30 untuk seminggu. Kalau tak salah aku..Selepas sim card, aku bergegas ke stesyen keretapi yang akan berlepas10 minit saja lagi pada pukul 6.30pm waktu Thailand yang bersamaan dengan 7.30pm waktu Malaysia. Koc aku berada dihadapan sekali yakni di belakang kepala keretapi manakala koc cafenya pulak berada di belakang sekali! Pengsan....hahahahahaha

Aku ambil kabin untuk 2 orang kerana aku travel dengan Yuya. Sleeper coach ada 2 jenis. 1st class dan second class. First class ialah cabin. Katil atas berharga RM130 manakala dibawah ialah RM150. Dihujung gerabak first class ada satu bilik shower yang ada liquid soap dan juga air panas. 3 lagi ialah toilet yang ada sink. First time aku mandi dalam keretapi. Bergoyang-goyang aku...hahahahahahahahaha.....

Cabinnya bagus sebab setiap katil ada tv screen yang menunjukkan destinasi bermula, destinasi terkini dan destinasi terakhir. Siap dengan jarak perjalanan dlm kilometer. Ada punat untuk room service. Ada lampu untuk membaca. Ada sinki. Ada rak untuk meletakkan toiletries, ada soket untuk charge barangan elektrik dan banyak lagi. Jauh beza dengan tahun 70-an mahupun 80-an dulu....hahahahahahaha.....jakun sekejap!


Keretapi baru Thailand

Sesampainya aku di Hualamphong station, aku mundar-mandir mencari arah. Bertanya kepada petugas stesyen, aku mula mengorak langkah. Jalan menyusuri sungai kecil dihadapan stesyen, aku hanya mengikut kata hati dan bermodalkan mulut yang ringan untuk bertanya arah. Tidak ada peta. Hanya sekadar alamat hotel tempat aku bakal menginap. Jalan lagi dan jalan lagi dengan beg aku yang rasanya seberat 15 kilo tergalas dibelakang. Memakai selipar yang aku beli di luar Masjid Bangsar beberapa tahun lalu.  Akhirnya setelah lebih sejam berjalan mencari arah, aku bertanya kepada 3 orang remaja (seorang lelaki dan dua orang perempuan) bagaimanakah caranya untuk ke Pier (jeti) terhampir.  Mereka berbual sesama sendiri selama beberapa saat. Menoleh kearah aku dan membuat isyarat tangan agar aku mengikut mereka. Aku tak tahu mahu dibawa kemana tetapi naluri aku kuat berkata yang remaja-remaja ini mahu membantu aku.  Aku disuruh mengikut mereka menaiki feri menyeberang sungai. Aku rasa betul kerana aku ada baca diinternet. Setelah melintas dengan feri keseberang sana Chao Phraya, kami meredah pula pasar pagi. Mereka masih lagi mengajak aku agar mengikuti mereka. Jauh juga kami berjalan. Aku rasa dengan 3 orang remaja ini kemungkinan besar aku dah berjalan sejauh 1.5 kilometer! Sampai dijalan besar yang tertulis Soi 3, aku disuruh berjalan terus untuk sampai ke Soi 17. Nombor genap diseberang sana manakala nombor ganjil disebelah sini. Aku tak perlu menyeberang kesana. Di Soi 3 mereka berhenti dan menyuruh aku meneruskan perjalanan. Aku salam dan ucapkan terimakasih kepada mereka bertiga. Selang beberapa langkah, aku toleh ke belakang dan terlihat mereka berjalan semula kearah kami datang tadi! MasyAllah....pasti mereka terlewat demi untuk memastikan aku selamat sampai ke destinasi....Amazing Thailand!

Pemandangan dari pool

Alhamdulillah. Check in di Ibis Hotel Riverside berjalan lancar. Letak barang di bilik, aku dan Yuya terus turun ke restaurant. Yuya makan seafood tomyam dan aku makan padthai. Apalagi yang kami inginkan selain daripada authentic tomyam dan padthai? Restaurantnya simple tetapi amat bersih. Servicenya juga bagus. Ada sorang budak mat salleh yang bekerja sebagai waiter disitu. Aku pasti yang beliau hanya melakukan 'internship' dan datang dari mana-mana sekolah perhotelan sama seperti aku sekitar 30 tahun yang lalu! 

Selesai makan, kami terus ke bilik. Unpack, mandi, lepak sekejap minum kopi dan terus terlelap! Letih berjalan agaknya...hahahahahaha...sekitar 5 petang alarm aku berbunyi. Aku kejutkan Yuya dan kami bersiap untuk keluar ke Asiatique dan makan malam. Teman di alam maya dari Bangkok ada memberitahu aku tentang tambang dan bagaimana cara nak ke Asiatique. Malam tu aku menyusur sungai Chao Phraya. Disebelah sana aku hanya berjalan kaki ke Asiatique. Memang jauh. Rasanya dalam 2-3 kilometer juga. Tapi tak mengapa kerana sepanjang perjalanan, aku sempat singgah dibeberapa kedai/toko lama yang hiasannya amat cantik disepanjang jalan. Terserempak dengan 1-2 cute little cafes dan ianya banyak memberi idea kepada aku!

Melepak di Asiatique, ditepi sungai dengan pemandangan cantik, melihat bot-bot pesiaran yang gemerlap serta bangunan-bangunan tepi sungai yang dinyalakan dengan lampu berwarna-warni mengingatkan trip aku ke Bund, di Shanghai dulu bersama Hamidi Haron! Aku melintas jalan untuk makan malam. Ada foodcourt yang dipenuhi dengan gerai-gerai 'halal'. Sedang menikmati makanan, kami terdengar azan. Rupanya masjid hanya terletak disebelah kami! Hahahahahaha...patutlah banyak makanan halal!

Lepas makan kami menaiki bot 'gratis' menyusuri sungai untuk sampai ke jeti terakhir sebelum kami mengambil satu lagi feri untuk menyeberang ke seberang sana sebelum jalan pulang ke hotel. Sebelum aku sampai ke hotel, dikiri aku berderet pusat urutan. Aku pandang kearah Yuya dan bertanya samada dia berminat? Yuya nak try katanya. Kami berbaring ditilam sebelah menyebelah sambil badan kami dilipat, diuli, dipijak, ditumbuk macam 'dough' nak buat pizza. Aku tanya Yuya samada dia nak massage lagi esok? Laju dia menggeleng-gelengkan kepala! Hahahahahaha


Menam Chao Phraya

Selepas sarapan di hari ke dua, kami terus menapak lagi untuk ke Grand Palace.  Naik bot dan pelancong punyalah ramai. Boleh tenggelam rasanya bot tu. Bak kata mat salleh "packed to the brim". Diatas bot pelancong tersebut kami diberikan penerangan. Kami diberitahu bahawa kedalaman sungai Chao Phraya ialah 15 meter. Wah......dalam jugak ya....tapi sungainya tak dijaga dan dirawat. Banyak juga sampah-sarap kelihatan. Sekali tu aku nampak sebiji buah tembikai yang agak besar sedang terapung....hahahahahaha...mungkin terjatuh! Dari Grand Palace kami naik bot lagi ke Flower Market. Oleh kerana kami tiba dah agak lewat, dah tak ada flower yang kelihatan. Yang ada cuma pasar yang kosong! Kami terus naik bot untuk pulang! 

Balik ke bilik dan berehat beberapa jam amatlah penting untuk mengembalikan tenaga. Aku syorkan jangan berjalan marathon selama berjam-jam kerana ini akan menyebabkan kita akan keletihan dan tak enjoy trip kita. Multi vitamin jangan lupa. Air jangan lupa. Minum sebanyak mungkin. Lebih baik jika kita mampu minum sebanyak 3 liter sehari. Walaupun aku ada rehat dan minum air yang banyak, tetapi mungkin juga kerana faktor lain, aku jadi amat letih. Air banyak membantu. Susu dan orange juice juga aku minum berliter. Tetapi aku rasa keletihan aku adalah berpunca daripada perjalanan keretapi selama 28 jam jam dari KL ke Bangkok. Next time aku harus jarakkan tempoh. Maksudnya aku harus bermalam di Hatyai sebelum menyambung ke destinasi seterusnya, sampai di Bangkok dan bermalam sekali lagi di Bangkok dan keesokannya barulah sambung ke destinasi baru....hahahahahaha...fizikal dah tak berapa mengizinkan!

Malamnya aku mengajak Yuya naik 'skytrain' untuk ke pasar malam yang katanya agak hebat dan ada didalam buku-buku pelancongan. Sesampainya kami disana, aku hampa kerana sama saja dengan pasar malam di Ampang. In fact di Ampang rasanya lebih meriah. Kami berjalan mencari cafe. Melepak minum kopi ditepi jalan dan melihat gelagat manusia yang lalu lalang. Ini aktiviti yang amat aku suka kerana ianya membuka minda aku. Aku suka memerhati. Lihat muka mereka, lihat gaya percakapan mereka, lihat pakaian mereka dll aku dapat belajar mengenai sesuatu bangsa dan negara. Hmmm at least aku belajar sesuatu walaupun agak kecewa dengan pasar malam tersebut yang disebutkan sebagai 'must see' itu. Oh btw, purse Jimmy Choo juga ada disitu cuma aku tak berani nak ambik gambar!

Ilham datang..

Gambar diatas ialah gambar aku didalam keretapi. Duduk, tidur didalam kabin sendiri tanpa mengganggu orang lain merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Yuya suka sangat! Dia ada katil sendiri, tv sendiri, reading light sendiri, compartment untuk simpan barang sendiri dll. Rasa macam berkamping pon ada! Oh, sebelum terlupa, sewaktu aku nak beli tiket keretapi Padang Besar ke Hatyai, sewaktu nak buka pintu masuk ke ticketing office, aku terlihat satu nota didalam bahasa inggeris yang tertulis, "BYE TICKET INSIDE!". Aku dan Yuya tersenyum!

Grand Palace

Hari terakhir kami di Bangkok, kami tidak bersarapan. Hanya minum juice dan kopi di bilik sebelum kami mengatur langkah menaiki skytrain sekali lagi. Sampai dipertengahan jalan, kami menukar keretapi di 'line Silom' yang membawa kami terus ke Chatujak. Manusia belum lagi ramai. Kami masih sempat membelek barangan satu-persatu. Yuya lapar sebab tak bersarapan. Terus kami mencari gerai halal untuk makan. Jam baru menunjukkan pukul 10.45 pagi tapi kami dah siap makan tengahari. Walaupun gerainya hanyalah simple, kecil dan sempit tetapi makanannya memang sedap. Inilah masalahnya kalau aku ke Thailand ataupun Indonesia. Makanan mereka amat menyelerakan.....Lepas makan, kami sambung berjalan. Makkk aiii....berkilometer jugak kami menapak. Yuya nak cari 'pure leather' wallet yang direkomenkan di internet. Kami mencari kedainya dan ternyata Yuya lebih bijak mencari. Aku hanya mengikut kerana aku tak cari apa-apa. Di Chatujak aku belikan beberapa souvenir untuk Aunty, Azumi, Marina dan tak lupa juga beg untuk Wiwit! Yeayyyy!!!!! Wiwit pon dapat. In fact kemana-mana aku pergi, insyAllah aku tak pernah melupakan Wiwit. Banyak dia bantu kami. Dah nak 10 tahun dia dengan kami. Marina tak bagi Wiwit balik ke Madiun! Hahahahahahaha.....

Petangnya kami naik subway pulak. Half way kami tukar ke skytrain. Sesampai di stesyen, kami melompat ke dalam feri sekali lagi untuk menyeberangi sungai. Sewaktu menapak ke hotel, aku sempat memberi isyarat di pusat urut yang sama bahawa aku akan kesitu malam nanti untuk selama 2 jam! Pulang ke bilik aku terlampau letih. Begitu juga dengan Yuya. Sebelum terlelap aku bagitahu Yuya yang aku tak berhasrat nak kemana-mana. Cukuplah hanya makan malam, berurut dan berehat sahaja. 

Esok pagi aku bangun awal. Packed barang, turun kebawah dan memesan teksi untuk ke airport. Aku naik Malindo untuk balik ke KL kerana lebih cepat dan keesokan harinya pula Yuya nak ambil result PT3! Hahahahahahaha....Lepak di airport sambil bersarapan. Thai Baht masih berbaki. Flight to KL was smooth. Everything went so well!

Apa yang aku belajar dari trip ni? Aku belajar bersabar. Aku belajar merancang awal. Aku belajar berjimat-cermat. Aku belajar budaya orang. Aku belajar bahawa untuk melancong, aku tak perlukan wang yang banyak. Aku belajar bertanya. Aku belajar bertoleransi dan banyak lagi. 

Walaupun baru 2 minggu aku pulang, keinginan aku untuk sekali lagi ber backpacking kini kembali mengganggu minda aku. InsyAllah aku akan sekali lagi buat kerja gila dengan backpack dari KL ke Vientienne di Laos pada waktu yang sama tahun depan. Tapi sebelum itu jika diizinkan Allah di penghujung bulan Januari 2017 akan ada satu lagi pengembaraan yang akan aku buat. Kali ini aku akan berkelana selama 2 minggu. Dimanakah destinasi aku kali ini? Hahahahahahaha.....tunggulah cerita aku nanti ya! Have a good week ahead and Happy New Year people! 

Sabtu, Disember 10, 2016

Sdara 85 ke Selatan Day 3

Nyamuk dan Bear


Hari terakhir di JB menjadikan kami agak sayu. Sayu untuk meninggalkan negeri yang kini hebat dengan permainan bolasepaknya dan sayu nak meninggalkan kawan-kawan lama yang makan dan tidur selama 5 tahun bersama-sama dulu. 

Paginya sebahagian daripada kami keluar untuk bersarapan di sebuah foodcourt berdekatan dengan Banafe (kalau tak salah aku). Selepas sarapan, aku melepak di tepi reception table. Terpandangkan seorang gadis receptionist, lalu aku mengajukan satu soalan yang sejak semalam memang aku berhasrat untuk bertanya. Soalan aku kepada beliau ialah, 

"Adik, kenapa bilik-bilik kami semuanya dilantai paling bawah, apakah kerana lif rosak atau apa?". 

Beliau toleh kearah aku dan menjawab, 

"Begini Pakcik, kami takut pakcik-pakcik semua tak larat naik -turun tangga, itu sebabnya kami letakkan semua bilik-bilik pakcik semua di Ground Floor!". 

Hahahahahahahahahaha......aku lantas kearah penyamun-penyamun lain dan bercerita. Semuanya ketawa sampai rasa macam nak pecah perut!

Dapat bekalan lagi!


Setelah check out, kami pun mengusung beg masing-masing menuju ke kereta. Aku tumpang kereta Nyamuk. Chelayer tumpang kereta orang lain pulak. Ada yang tumpang kereta Pop. Yang lain di kereta Iq dan Betok. Begitulah seterusnya. Hasrat kami ialah untuk melawat Bear yang baru keluar hospital. Mencari rumah Bear pun bukanlah mudah. Alhamdulillah akhirnya bertemu kami dengan beliau. Sebahagian daripada kami tak bertemu dengan Bear dah berpuluh tahun! Sekali lagi kami berpeluk sakan. 

Bear merupakan seorang rakan yang amat aktif sewaktu kami meniti usia remaja. Bermain bolasepak sebagai penjaga gol selain aktif didalam aktiviti keugamaan. Seorang yang sangat dihormati dan disegani. Amat senang untuk didampingi. Hilai tawanya tetap seperti dulu lagi. Bear menjamu kami dengan kuih-muih dan kopi serta teh. Seperti biasa, kami tak pernah menolak. Selalunya menarik saja! Beberapa jam di rumah Bear, kami pon memohon diri untuk berangkat ke destinasi yang terakhir yakni di Ayer Baloi.

Sebelum pulang..


Perjalanan ke Ayer Baloi amat mengasyikkan. Kiri dan kanan jalan banyak ladang nenas. Kami tak berkesempatan nak berhenti kerana mengejar waktu. Haq dan keluarganya telah menunggu. Rupanya ramai diantara kami yang berasal dari Johor merupakan anak murid kepada ayah Haq yakni Cikgu Ahmad yang dengar ceritanya amatlah garang. Bertemu beliau tidaklah pula menunjukkan ciri-ciri garangnya itu. Mungkin telah sangat lama waktu itu berlalu manakala kami pula tambah dewasa! 

Berpeluk sakan sekali lagi sewaktu bertemu. Kawasan rumahnya luas. Rumah depan telah diubahsuai dengan susunatur dan barangan kelengkapan yang lebih modern manakala rumah kayu dibelakangnya pula dibawa beratus kilometer untuk dipasang semula disitu! Memang kerja gila. Rumah kayu yang berusia ratusan tahun itu telah dipelihara, dibaikpulih dan diberikan sentuhan unik agar dapat berdiri teguh sekali lagi. Proses ini memakan masa bertahun lamanya kerana Haq merupakan seorang yang amat teliti.  

Kami makan, baring di beranda rumah beralaskan carpet-carpet kecil. Tidak panas kerana dikelilingi oleh pohon-pohon rendang. Banyak makanan tradisional disediakan. Kami makan lagi....

Setelah selesai makan dan solat, kami memohon izin untuk bergerak pulang ke KL. Perjalanan selama beberapa jam akan kami tempuhi sekali lagi sebelum sampai ke destinasi masing-masing. Macam biasa, aku tumpang kereta Nyamuk. Best kereta dia......hahahahahahaha.....naik je kereta, aku dah menguap....Ingin juga bertukar pemandu kerana takut Nyem ngantuk. Tapi Nyem lebih senang memandu terus pulang ke KL (atau mungkin tak percaya aku...hahahahahahaa).  Sempat berhenti sekejap di salah sebuah R&R untuk minum dan solat, kami terus meluncur ke KL. 
Nyem hantar aku ke rumah LH sebab moto aku ada disitu. 

Hari dah nak masuk Maghrib. Aku jadi pening macamana nak usung barangan semua. Bukan setakat beg aku saja sekarang, malah banyak lagi beg berisi rempeyek, keropok ubi dll hasil titipan rakan-rakan Johor chapter. Beg baju aku galas di belakang. Rempeyek aku gantung kat handle moto sebelah kiri manakala keropok ubi aku gantung di handle sebelah kanan. Serbuk kopi kiriman Wak Didi terpaksa aku tinggalkan di kereta si Nyamuk untuk aku ambil kemudiannya. Kalau dilihat dari jauh atau dari belakang, saratnya seolah-olah 'roti man'. Hahahahahahaha....Perlahan-lahan aku keluar dari rumah LH di Subang Jaya, masuk ke highway dan pulang ke Ampang!

To all my brothers in crime yang kadang-kadang aku panggil 'penyamoon', once again, thank you for the friendship....from the bottom of my heart!