![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaNyKRahI0g5toqC8Tmh3bjlIQd-JShl8A30rBupSV8MY9jB3BdswlBoNQiHsO57SIHKX-Nu8EQGJFiWxqZ_vqVZ8mRTfUTI_FCooboTo7BDENOjgcBd7ekzsgFM8iq51N-Kv7rKCEh0Vo/s400/IMG_3906.JPG)
(marina sempat main sementara aku tunggu ubat kat APSH)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjK5hBoNm2sNTuQoRYX6hGCubHXmtaRfnRS1Ldvp35t0vAQeH_ZTj0woQ7wpXesOsYLxLEawWDD-r8jKcgNSTsLgaeJF3am1sO2a4F52MxTpvJjUONJA_vCNQNJDEBfwt7V2WhhL2SNLvq/s400/IMG_3905.JPG)
(surat apa tu?)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFlQ2o8KRQo_gPlJ9OkOcvd3Cmlp2JpVYKaoQSEXj5lzpCX8EmCjAT3TQgfmsDBZ6NzyuvSIaRFNtuPxq1LNSJ2707m3Z0wyxiA4zvoZTVM5HDirdvZRPsFViPXG6u4BVqzYoNEG_6zrFR/s400/IMG_3903.JPG)
(surat saman parking DBKL la...)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiufNp8AUROmSzsv-ty70PLzQIeb5JWVP8P-tBRgxz0DiJH68jvNHV-oIRGS9J0h25mx7Nuxcp_bIhGIcz06SUQzte4LK5HRPJSrBxHF-Ufo4drTlbDTBED8v9pUzZWUPosBbKpUTDXeEc/s400/IMG_3902.JPG)
(Marina atas kerusi Aceh...tapi bukan di Aceh..)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzRPu2ZRBd_JBqOMS21Hh6G5U33qP6zfcP4L7xdgcHnPFQqgajel36jRb6TrfTAaGYIXK8z5c-FvskLuZ9SDyM4PMVbj5cl0u8RQh-HvJ37sCbXgtN2XZdCerfCyjY5tjyEH8_Jbo_x6qA/s400/IMG_3901.JPG)
(Marina berlatarbelakangkan dinding Aceh....)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBDtjYU8KnybHRXm0_AD3bykSpwmQA0lSXdIYJsiwib1sMftDfE5LR__LaqQrCNFzp2zqQ5VnzSAgYn7wGRAGDqvfpaN4_cku7fCkeSlcamXlSnrVIYJGHapLHmoVRc03aeC1BD3fViUBc/s400/IMG_3900.JPG)
(Marina pose maut ditangga hotel Aceh..)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnQDt4RsSyUt4ZkYp9GJTQ0LigZQ1SzIy9XXLNZe6FO7jQs75rVCWVXo0RjYB5WnJOGlNedq2WZTjmq8uKPLK8MiILMU-wZbhpkw-vlSUf3cPpkWzWnF_FKbt8kEfAIQ1PZMbaVXD1nVqX/s400/IMG_3899.JPG)
(cuba cari kesalahan kat situ..malunya!)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPuKhGw49qMMDwCpz_H2I94wX039t4HK-01p1FaXLFGFwJmdrGeFkdRoMa-LWAriRNlW8HxMDQ6Wn4EDXXVbJOutIv25eu3cNnjF46qjon8_sxZ24bXitEZCrmzLKeQ6g_5wQVVaMLXPt9/s400/IMG_3898.JPG)
(horey2 di mc donald bangsar)
Pagi semalam aktiviti aku masih penuh, melawat kawasan dan bertemu rakyat jelata....heh3...apa aku buat semalam? Pagi macam biasalah. Aku kan driver....jadi pagi semalam aku hantar aunty pergi kerja. Tiap-tiap kali aku lalu, aku mesti pergi ke Infokraf Center sebab memang kena melalui jalan tu. Bila lalu kat infokraf tu, mata aku mesti dok "loq-liaq...loq-liaq..." tengok Royal Chulan....bila tengok hotel baru tu, hingus dengan air liur aku mesti meleleh...meleleh sebab aku teringin nak buat hotel opening lagi...dan lagi...dan lagi...nampak dari luar, mak aiii...grandnya...semoga service dan segala-galanya grand. Jangan cuma nampak saja grand! Cilok sana cilok sini, kami breakfast dulu kat Infokraf Center. Situ bagus sebab ada ample parking lot dan parkingnya tak perlu bayar.
Lepas tu baru aku hantar aunty pergi office. Sekarang ni nak pergi office dia cuma 15minit saja dan bukannya macam dulu. Isi minyak RM50, habis 2 hari! Balik rumah sampai pukul 9 malam dan kalau hujan sampai rumah pukul 10 malam....anak-anak dah tidur! Sedih kami mengenangkan masa-masa tu.
Rest sekejap kat rumah dan sebelum aku keluar meeting tengahari semalam, aku suapkan makan tengahari kat marina dan yuya. Bila abang tengok, dia pun nak jugak...aku suka sangat suap depa makan...rasa macam ada "special bonding" kat situ. Teringat masa mama dok suap aku dulu masa aku kecik-kecik...dah habis depa makan, aku suapkan mama pulak. Sedap aku tengok mama makan. Kosong pandangan mama....mama makan habis sepinggan. Dalam makanan mama aku masukkan carrot dan potato yang aku rebus lama-lama sebab mama dah tak ada gigi. Aku puas tengok mama makan sampai habis sepinggan. Malam tadi aunty pulak suapkan sambil aunty cuci kaki dia yang luka. Setiap kali sembahyang aku sentiasa memohon agar kami tidak "dihilangkan" kesabaran sewaktu menjaga mama. Aku memohon supaya aku dapat menjaga mama selama mungkin semacamana mama menjaga aku dari dulu sampai sekarang. Aku mintak dipelihara tingkah-laku aku, tutur kata aku, nada suara aku supaya tidak menyinggung perasaan mama. Aku sayangkan mama...
Tengahari pulak aku usung Marina pergi meeting sekejap. Sempat melencong ke Bangsar lepas parking kat Telawi 3 depan Starbucks! Aku lari ke Mc Donalds berjumpa kawan aku kat sana. Marina makan ice cream dan aku minum OJ. Lama kat situ, kawan aku tanya. Kau dah bayar parking? Alamak...part tu aku longlai sikit sebab aku terlupa macamana nak bayar parking. Aku terlupa yang aku kena bayar kat meter dan tayang kat dash board. Terlupa langsung! Aku masih dok ingat ada orang datang letak tiket kat screen. Aku berlari ke kereta yang jaraknya 400 meter. Terasa macam Nordin Jadi dok lari 400 meter berpagar kat sukan SEA dulu! Aku pun terikut macam Nordin Jadi....lari-lari lompat....lari-lari lompat....aku lari sebab nak kejar, takut kena saman dan aku lompat sebab ada longkang....amacam, sama kan? Yang bezanya cuma Nordin tu Nordin Jadi manakala aku pulak Slalu Tak Jadi! Bila sampai kat kereta aku tengok brother tu dah selit satu saman kat screen aku dan dia sempat jerit kat aku dari seberang jalan...."Encik nak parking satu hari pun boleh....saman, saman dah!!!!!" Aku golek-golek kat Jalan Telawi 3 sambil nyanyi lagu DJ Dave..."Maafkanlah....maafkanlah....". Penyamun tengok aku terus pecut motor. Heh3...
Lepas meeting kami diraikan dengan makan tengahari oleh depa. Hala tuju kami? Tempat yang sangat mengerikan....Pelita (eh...ka Kayu?) Bangsar....tempat orang-orang tak sedar diri makan...tempat orang yang dah tak punya masa depan makan....dan tempat makan yang selalu doktor-doktor persendirian selalu syorkan untuk makan supaya berat badan naik, darah naik, gula naik, segala-galanya naik! Very sinful indeed! Aku order maggi goreng tapi dilarang keras. Aku dipaksa makan nasi kandar berkuah banjir dan sotong sambal, dan perut lembu dan daging kambing dan kuah taruh atas....aku meronta-ronta nak lari tapi diikat dirusi besi dan di paksa makan......oh...tidak! Kesimpulannya, aku makan dengan tersangatlah lahapnya!
Aku lari balik ke ampang sebab abang ada appointment pulak dengan adik dr jisim...dr jawi! Doktor bagi clean bill of health tapi bagi ubat sikit kat abang sebab dr kata kat abang sambil melutut dan tangan menunjuk ke muka abang..."Luka yang lama terguris kembali...." Kami keluar hospital lepas bayar ubat. Tak boleh skipping sebab nanti aku sakit belakang dan depa pulak akan bengkak alat sulit nanti....
Aku memecut laju membelah jalan ampang. cilok sana, cilok sini....kidnap pompuan jepun sorang dan bawak balik. Heh3...Puas! Sampai rumah, aku terlelap dan anak-anak aku kejutkan aku pukul 6,cakap aku ada dinner appointment pulak kat Sime Darby Convention Center. Pergh.....first time terasa penting dan sibuk! Mandi, siap dan terus memandu laju. Bila sampai, aku tengok reporters ramai....ish...ni bukan untuk aku kot...sambil geleng-geleng kepala. Orang penting sampai. Kami bersalam. Dia suruh aku ikut dia. Aku ikut kat belakang.....apa function ni? Aku duduk kat meja vip, aku dongak kat stage, tengok-tengok depa tulis..."majlis Perasmian Pro Golf Malaysia" Whooohooo...ni bukan untuk aku ni...mati-mati bukan untuk aku.....oh tidak............errr kesimpulan dia, kalau tak keluar bahagian sukan dalam berita semalam, mungkin akan keluar malam ni Prime News at 8pm samada RTM ataupun TV3 ataupun Astro. Kalau nampak sorang teruna pemalu dok jalan belakang VIP sambil kepala tertunduk syahdu masuk convention centre, tolong jangan mengaku yang hangpa kenal aku naaaa......heh3...