Kalau dah sampai kat sini, tak bolehlah duduk diam-diam kat rumah sambil makan jagung bakar kat balcony....tak achi tu! That's not doing justice kata orang...Jadi tiap-tiap hari aku berjalan-jalan sekitar kawasan ubud ni. Elok berjalan. Selain daripada bakar lemak yang dok menimbun pasal nasi padang, jugak aku berkesempatan nak ambik gambar.
Aku jalan ke kanan menghala ke starbucks yang satu-satunya ada kat ubud ni dan cilok masuk ke kiri. Masih lagi penuh dengan kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan. Suasana sungguh meriah dengan pelancong memenuhi kedai-kedai yang ada. Tawar-menawar pun hebat. Ada sekali tu, aku nak cari seluar besar yang kat thailand depa panggil "fisherman's pants". Aku pun pergilah ke pasar ubud yang letaknya cuma 50 meter dari tempat aku. Masuk kat situ, pergh....macam marrket chowrasta kat penang road tahun 70-an....banyak sungguh jualan depa. Setiap ceruk dan setiap pelosok ada saja orang dok meniaga. Aku pun tanyalah perihal seluar besar tadi tu. Ada sorang pompuan tu bagitahu kat aku, katanya Rp150,000 selai...amboi mak, mahainya! Aku kata 30,000. Dia kata 90,000. Aku tawar lagi 30,000. Dia cekak pinggang kata 75,000. Aku jelin kedai sebelah dan habaq kat dia 30,000. Dia jelin-jeluat lagi kat aku, dia kata 45,000. Aku angkat kaki dan belek yang kat kedai sebelah. Dia cuit aku dan kata last price...35,000. Aku bayaq, ambik seluaq dan jalan.......ada jugak aku jelin-jelin kot-kot julia roberts ada dok tunggu aku lagi ka? Heh3...
Jalan lagi dan sampai kat satu kedai batik. Alamak, cantiknya batik bali. Aku suka yang short sleeve. Kalernya pun vibrant dan sangat menarik. Kepala otak dok kira-kira berapalah harga baju raya aku ni? Selai? Dua lai? 3 lai? Hmmm.....aku nak ambik jugak nanti. Harga pun mengancam! Aku jalan lagi....sampai kat satu kedai CROCS. Aku belek kasut kat situ. Pergh...aku dah berkenan kat satu lagi yang depa dok gantung kat tepi tingkap. Kasut ni memang aku minat tapi brand dia SANUK. Tapi design "boya" ni pun sama macam design Sanuk jugak...tengok tapak, tengok harga...alamak, boleh tahan jugak harga dia ni tapi masih murah dari kl kalau tak salah aku. Kepala otak ligat dok kira pasal kasut raya aku! Hmmm.....
Ada sekali tu masa aku dok jalan kat satu lorong, aku ternampak ada satu kedai tu nama dia "PJ@ Putrajaya". Aik, macam kenal nama ni...mungkin orang sana mai bukak kedai kat sini kot....aku ambik gambar sekeping dan nanti aku masukkan dalam mana-mana entry aku.
Ada satu festival besar malam ni kat sanur. Semua orang akan ke Sanur Beach untuk buat "offering". Aku diajak sama untuk tengok, ambik gambar dan buat cerita tapi aku tak pasti lagi sebab badan aku rasa macam kurang sihat pulak, asyik dok ronda-ronda tak ingat dunia! Malam tadi masa aku balik ke Yuliati House pun, Ibunya ada tanya kat aku samada nak ikut sama ke tidak...kalau nak ikut, depa boleh usung aku naik lori sama depa! Huh, ambik....naik lori!