Semasa aku kecik dan bersekolah rendah dulu, kat tepi sekolah Francis Light Penang, ada satu makcik tua berbangsa India yang menjual kacang putih. Makcik tu pakai kain batik dan baju yang ala-ala baju kedah. Rambut disikat rapi dan sanggul dicucuk rapat belakang kepala. Aku suka makan kacang. Jadi makcik ni lah yang aku selalu jumpa setiap kali ke sekolah. Tak mahal. Cuma sekupang! Ada satu lagi makcik yang berbangsa India dok sibuk meniaga kacang jugak, kat tepi sekolah Union di Penang. Aku tengok depa ni tabah...sabar...dan aku pasti yang duit jualan kacang tu semua adalah untuk anak-anak depa. Untuk digunakan ke arah kebaikan.
Ada sekali aku usung anak-anak aku melawat ke Muzium Negara. Selepas parking dan masuk ke kawasan berpagar, di sebelah kanan kita dapat tengok kereta proton pertama, gerabak keretapi dan macam-macam lagi. Anyway, yang tu semua tak menarik sangat perhatian aku. Yang menarik perhatian aku ialah sorang makcik disebelah kiri aku yang aku tengok gigih di bawah terik matahari. Sentiasa tersenyum bila tengok orang lalu-lalang.....tangan dia dok gamit sapa-sapa saja yang dok berjalan. Aku senyum kat makcik ni dan mintak permission nak ambik gambar. Dia senyum kat aku sambil mengangguk kepala. Rupa makcik ni mengingatkan aku balik pada cerita aku masa kecik-kecik dulu masa dok beli kacang putih di tepi sekolah Francis Light dan jugak di tepi sekolah Union circa 1975 dulu!
Ni bas yang dok ada kat tepi rumah aku. Err...tak lah tepi sangat...adalah sepelaung untuk sampai kat tempat bas ni...beberapa minggu sudah depa dok buat promosi pasal satu kedai baju berasal dari jepun. Nama kedai tu UNIQLO. Kalau aku kat jepun, kedai yang aku selalu melawat ialah UNIQLO. Aku suka fashion yang ada dan yang paling aku suka ialah harga dia...memang murah. Tapi itu price di jepun. Aku tak tahu pulak price depa kat sini nanti bila depa masuk ke bukit bintang pada 4 november nanti. Masa aku ke tokyo dulu, aku beli jeans aku kat sana. In fact setiap kali kalau aku atau aunty balik kampung, memang situlah tempat kami shopping. Bayangkan jeans aku cuma lebih kurang 2,800 yen which at that time cuma berharga lebih kurang RM70. Jadi baju, t-shirt aku dan aunty serta anak-anak aku semuanya di beli di kedai ni. In fact kalau ada orang nak ke Jepun, aku akan bagitahu, pilah cari kedai ni. Ada merata-rata kat Jepun. Good to know that depa nak masuk KL lepas ni. Kalau tak salah aku, sapu tangan aku pun aunty beli kat sini selain daripada seluar kecik aku! Heh3...sapa-sapa yang berminat, bolehlah google. Hmm...aku tak dapat commission pun!
Bila berkesempatan, aku akan pi marrket. Takdak marrket lain yang aku suka kecuali marrket ampang. Aku dah kenal depa. Sebetulnya kami dah panggil nama masing-masing tiap-tiap kali berjumpa. Macam tulah rapatnya aku dengan tokay ikan, tokay ayam dan tokay sayur kat sini. Actually depa kenal aku sebab depa nak duit aku....aku tahulah! Seronok kat situ sebab banyak aktiviti yang dapat aku tengok. Bila bersama aunty kat situ, aku teringatkan masa aku pi marrket jelutong dengan arwah mama dulu. Mama selalu marah sebab aku asyik nak ikut mama. Mama ada banyak benda nak beli. Aku pulak masa tu kecik lagi dan selalu dok tarik tangan mama kalau aku dah boring. Tu yang buat mama naik angin kus-kus kat aku. Dengan mata mama paling besar dalam dunia masa dok jeling aku siiiaaap-siiiaaap, dengan tangan dan jari gaya mencubit macam tangan ketam lapar dan dengan badan yang besar berdiri di celah-celah gerai ikan temenung dengan gerai santan, kelibat mama memang mengerikan. Buat aku tak tidur 7-8 malam. Mata terbeliak dan mulut berbuih meracau!
Masa aku kat marrket ampang tu aku nampak ada satu kedai yang agak tersorok. Dari tepi, yang aku nampak cumalah pakcik-pakcik dan makcik-makcik dok makan dan minum. Tapi dalam diam, ada jugak aku terdengar bait-bait patah lagu Cina tahun 50-an...Muzik sangat sedap dan mendayu tapi suaranya tunggang-langgang. Bab tunggang-langgang tu aku tak minat....yang aku minat ialah keunikan tempat tu. Kedai buruk. Pelanggan pulak makcik dan pakcik tua. Lagu pulak daripada era 50-an....aku jadi asyik dan seronok. Aku cuba rapat pergi kat kedai tu dan tengok suasana santai kat situ.....menarik sekali. Mungkin dikesempatan lain aku akan cuba masuk sekali lagi dan cuba rakamkan lagi gambar-gambar special dari kedai tua tu!
Setiap kali aku ke Penang, aku akan cari kedai kopi tua. Ada sekali aku dan aunty bernasib baik sebab aunty terjumpa kedai ni masa dia dok google sebelum kami ke penang dulu. Nak cari tempat ni mak aii...punyalah berpusing satu penang sampai pening! Tapi bila dah jumpa, memang berbaloi. Aku lupa tempat ni kat mana tapi dah dekat Weld Quay dan dekat Balai Bomba. Celah-celah bangunan...Masa aku masuk kedalam, suasana meriah sama macam kat kedai di ampang tadi cuma lebih terjaga dan nampak sikit mahal...kami makan dan minum. Pinggan dan gelas semuanya style lama. Meja dan kerusi kopitiam. Perabut dan tangga ke tingkat dua semuanya dari era 50-an dan aku rasa dah tak boleh jumpa lagi dah la ni...yang menarik perhatian aku ialah "dance floor" kat tengah-tengah restaurant ni. Dan menurut cerita tokay kedai kopi ni, zaman tok dia dulu memang ramai pedagang yang akan melepak kat situ dan menari.....kelassss.....