![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeQu2niMi0rbL7hQ5vq5ujh5p5EmQVNeQeSX95_nj7w7-VdfsCO0AFZiQdFxniF-kmLhNT7m2XPiDnll0Io-orbCY3BKwCUDAYueEmNcmrieDQ3EswT_rU_vPc_PlpzeyO9MZMbU1N4T0/s400/Flyman.jpg)
(Amin the Flyman)
Sorang namanya Amin. Kerja dia tangkap lalat. Tiap-tiap hari dia usung reket lalat dia tu pusing satu hotel. Satu reket dan satu plastik kat tangan dia mesti ada. Muka sentiasa senyum sebab dia kata tu semua punca rezeki. Amin ada 3 orang anak kat Bangladesh dan dah besar pun. Nak masuk universiti kata dia. So kenalah kerja rajin-rajin ataupun tangkap lebih banyak lalat lagi! Hah tu dia, tu cari rezeki kat negeri orang. Apa kerja pun depa sanggup buat..bayangkan kalau anak-anak Amin kat sekolah dan cikgu tanya, "Bapak kerja apa?" Anak-anak dia dengan bangga menjawab, "Bapak tangkap lalat!"
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpXnokLPgABh_KwMz2cyEMrxvqznT_XC_tEgdgqS9ZJNodGZmnEr_DVQ5G-tU8H1VPKjvHExJZr6wTjDbQjkIyMTrVEdWF66PgQ51rGMaddj8PnR4xctC0O0JONtrrdE-CHSuLm2z9IdE/s400/Abdullah.jpg)
Satu lagi nama dia Abdullah. Dulu si Abdullah ni kerja buat rumah. Dia duduk beli simen dengan batang besi tapi la ni dia kerja kat hotel, purchasing department. Abdullah nilah yang selalu bagi masalah kat aku. Aku suruh dia beli serbuk kopi dia pi beli biji kopi....aku suruh beli gula dia bantai pi beli gula-gula.....aku suruh beli A4 paper 10 rim dia hentam beli Arab Newspaper sampai 10 keping! Alahai Abdullah oooiii...memang sah nak kena korban masa Raya Haji nanti!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRSbnvdCwVb0ABn3gcqB1-lVjEQ4dlT_Nwzy9w-8VGUCK57dnd2KqYLEaZf4uwU5PgGf4idI3UsjkpjzJaTaIPPo6LOdBAYKUayfympYV0cAAscnKH531Sk1b7yF7kFogbf5RYUL5nnhk/s400/Sohail+doing+cleaning.jpg)
Satu lagi pulak nama dia Sohail. Baik budak ni. Kerja dia menyapu. Kalau kerja 8 jam, memang 8 jam lah dia menyapu. Tapi bila sampai office aku, lepas menyapu, habis file-file aku dia lap! First time aku jumpa orang lap file..anyway, dia ni dengar cakap. Bila nampak aku dia terus sapu. Habis sudu garpu aku pun dia sapu! Alahai macam-macam hal la kat sini...
2 ulasan:
wakakaa...lawak la diorang ni..sabor jer lah boss....
Salam Pinatbate.
Memang lawak kalau diingat-ingatkan balik tapi waktu tu memang tak lawak.......Si Abdullah tu kahwin masa umur dia 12 tahun. Sekarang anak dah 10 tahun! Kelas...
Uncle
Catat Ulasan