Selasa, Februari 24, 2009

DVD





Hari ni lepas bawak Abang pergi Hospital Ampang buat check-up lutut dia, aku terus bawak Abang pergi Ampang Point. Pusing-pusing sampai aku sendiri pusing. Dah lah hujan lebat bagai nak gila. Basah kuyup aku. Aku dengan Abang parking Harley Davidson kami kat bawah (car park) then naik atas. Jumpa pulak kedai DVD. Cari punya cari, ternampak lah satu DVD Indonesia yang selalu aku dengar dan baca dalam surat khabar. Katanya bagus. Lagu dia sedap, mestilah kalau Melly Goeslaw yang buat...anyway, aku pun belilah "Ayat-Ayat Cinta". Depa kata baguih...aku pun balik terus pasang sambil dok layan Marina. Cerita dia, mmmm okaylah....actually aku cuma suka dengar lagu dia. Yes 3... I know...aku dah ketinggalan zaman..aku rasa cerita ni dah setahun kot..frankly speaking, aku kurang minat cerita ni. Acting was stiff...voice intonation was monotonous...but anyway, that's my personal opinion, I may be wrong..aku pun bukannya pandai sangat pasal movie ni..

Selain dari tu aku ada jugak beli few DVD's yang aku ingat nak tengok bila-bila aku balik sana nanti. Kalau-kalau boring tak tau nak buat apa. Dalam banyak-banyak tu ada lah terselit satu movie tajuk dia "Messenger", which is about our Prophet Mohammed. Very interesting and educational. Actually aku dah tengok movie ni masa aku kecik dulu. Tapi sekali ni, saja nak bagi anak-anak aku tengok pulak sebab sekarang ni depa tengah dok belajar kat sekolah pasal topik yang serupa. Yuya cakap kat aku, "Mmmm barulah paham apa ustad cakap..."

Isnin, Februari 23, 2009

Islamic Exhibition at PWTC

(Another fellow blogger...Vimmy Yasmin, Chef Farid dengan Charlies Angels...very cute! Aku Tom Bosley. Heh3...)

(Aku dengan Kabir Amir. Kami dah kenal lebih dari 10 tahun. Aku pakai tie Sdar Old boys tu..janji tak tahu!)

(Tag aku dengan teh ais aku..tangan kat tepi tu tangan sponsor!)

(Aku kat booth aku. Yang jambang tu GM aku kat sana. Saud Rwaily dari Saudi)

Hari Khamis lepas aku dah pergi PWTC. Bukan nak tengok concert ke attend perhimpunan UMNO ke tapi attend exhibition on hajj and umrah. Sampai-sampai kat level 3 wah meriah.....apa pun tak ada...ada la 2-3 kerat orang yang jaga hall tu. Tapi bila tengok exhibition on innovation kat level 2 wah...grand habis...anyway, aku dll terus pergi booth kami yang nombor 6 tu. Set-up sana set-up sini...taruk table cloth sikit kasi pakai skirt sikit..letak gummies sikit...hantam bunting sana-sini, brochures, business card tabur sikit-sikit kat meja, wah...ok jugak ni...

Lepas tu kami balik dan janji nak jumpa esok pukul 9 pagi. Semua datang right on time dan kami apa lagi...pekena teyy dulu kat Riverside Cafe kat bawah tu. Mak datuk ramai nya orang...semuanya dok cerita juta-juta...aku jadi kecut dengar...insyAllah kalau niat suci murni akan jadilah gamaknya..Dalam dok pekena tey tu aku teringat pulak last sekali aku datang PWTC masa tengok David Copperfield tahun 1982 ka 1983, aku pun dah lupa. Kak Lit aku kerja kat NST masa tu and since NST was the co-sponsor, KL dapat discounted ticket yang aku tumpang dua-dua belah kaki..Masa tu aku ingat lagi seluar style "carrot cut" ala....cutting yang macam carrot tu...atas besar then bawah kecik...nak masukkan kaki mahu sampai setengah jam sebab kaki seluar terlampau kecik..heh3...(btw, aku buat seluar tu kat Sungai Wang, kedai tepi Famous Amos! Sekarang dah takde..)tali pinggang mesti yang kecik halus...habis satu rumah Kak Anne aku cari tak jumpa. Last-last pakai tali pinggang KL yang aku jumpa dalam almari! Halus giler!!! Ingat tak dulu ada bomoh nak lawan terror dengan David Copperfield. Siap masuk paper. Siap cakap DC bela jin...heh3...aku gelak sampai guling-guling...namapun dah "illutionist"... Show memang number one in the world! I like....

Okay, masa Sat tu aku dah dapat message dari Vimmy saying that she'll be going with the whole family. Yeay....aku tunggu. Memang betul dia datang the whole family. Peramah, periang and very the polite. Oh yes...Chef Farid pun sama and the 3 princessses....Chef, lain kali bawak la kuey teow ka..laksa ka.. baru syok sembang! Heh3...Aku bet CF memang terror dalam bab Malay Food ni..background pun solid. Anyway thanks to Vimmy and family for visiting me at the booth. Kalau plan nak pergi Mekah bagitahu yea Vimmy..

3 hari aku berkampung kat PWTC over the weekend. Ada sekali aku pergi sekejap kat Yaohan jalan-jalan. Then aku nampak Kenny Rogers kat situ. Aku teringat pulak kat "40Carrots Restaurant" yang sekarang dah jadi Kenny Rogers. Aku jadi waiter kat situ. Cari duit. Kadang-kadang aku kena tolong Cili Padi Thai Restaurant sebab under satu management. Seronok sebab Cili Padi ada fashion show selalu...mmmmmm... Manager aku masa tu nama dia Aziz. Ada sekali tu aku tertanya kat Aziz. "En Aziz, berapa sebulan gaji you?" Dia jawap kat aku "RM1200.." aku pun yang gaji RM300 cakap, "Wow...banyaknya...mesti best kan..." so sepanjang perjalanan dalam mini bus warna kuning nombor 12 untuk balik SS2 aku pun terbayanglah apa aku nak buat dengan gaji yang banyak macam tu kalau dapat....mmmmmm

Khamis, Februari 19, 2009

Cerita hari Khamis..

(TV 14' masa baru kahwin)

(Buku baru, yahoo...)

(2 pesakit yang lari wad!)

Hmm....aku agak sibuk sikit seminggu-dua ni. Buat tu dan buat ni dan selalunya buat-buat busy! Maklumlah esok, lusa dan tulat aku akan buat khemah tidur kat PWTC sebab ada Islamic Exhibition for Hajj and Umrah 2009 at Level 3. Banyak betul hotel-hotel dari Mekah datang kali ni. Aku tengok tadi kat exhibition hall, ada Le Meridien, ada Starwood, ada Ajyad Group, Massa Group then ada jugak Al Shohadah! Pergh...at one time aku ada jugak bertekak dengan Exec Chef dan FB Manager depa pasal satu hal...tak payahlah aku cerita kat sini hal apa...jadi aku jemputlah pada sapa-sapa yang teringin nak ke tanah suci, pi lah tengok-tengok...banyak pilihan...travel agency pun banyak yang attend untuk jual package-package depa..baguih sunggoh no..

Ada satu hari last week, masa nak tidur tiba-tiba hidung Yuya berdarah. Bila berdarah ni ada 2 kemungkinan. Samada dia melombong lebih-lebih ataupun badan panas. Yuya panic. Kecoh satu bilik. Aunty yang merangkap Doktor peribadi kami sekeluarga dengan tenang bagi emergency treatment kat Yuya. Ambik ais, balut dengan towel then suruh letak kat dahi dan kepala bagi cool down sikit. Kepala dongak keatas sikit. Then Aunty sumbat hidung dengan kapas ke tissue. Tiba-tiba Marina nampak pulak...dia pun nak..so dua-dua baring sekali kat katil dengan hidung kena sumbat! Heh3...

Gambar satu lagi pulak, finally lepas aku beli dan baca buku Obama, aku dah jammed tak nak baca buku sebab malas nak baca. Tapi bila aku pergi Popular Bookstore kat Ampang Point hari tu, aku ternampak satu buku cerita Jepun (but of course in English) dan author dia, Natsuo Kirino. Title dia "Grotesque". Aku baca synopsis. Wow...very interesting. Semua element of a good book ada kat sini. Suspence pun ada. Takpa-takpa aku simpan dulu buku ni buat modal kat Mekah nanti. Then the same author tulis cerita berjudul "Out". Pun suspence thriller jugak. Pergh.....tak sabar nak baca! Nanti aku pi beli dan simpan jugak bawak balik Mekah.

Then gambar satu lagi pulak, gambar TV yang aku beli masa kahwin 12 tahun dulu. Still going strong ok (I mean the TV). Duduk tengok kena dekat-dekat sebab kalau jauh subtitle tak boleh baca pulak. Then kalau tengok bola kena concentrate sampai juling mata-mata sebab bola dah terkeluar padang tapi aku dengan Aunty dok cari lagi kat dalam padang. Memang kecik gila bola dia...sampai at one time kami dah juling sekejap! Tapi juling itik sebab orang kata juling itik ni comey sikit....depa la kata...aku tak kata...heh3...

Isnin, Februari 16, 2009

Yuya punya hal..

( sorry gambar lupa nak pusing, tapi pose memang pose goalkeeper!)

(sebelum lawan AC Milan)

(stretching dulu sebelum main)

(Yuya pulak paling kecik!)

Semalam Abang dengan Yuya ada game bola kat Kompleks Stadium Shah Alam. Kena ada kat padang pukul 7.30 pagi. Jadi lepas sembahyang subuh kami terus pergi sana sebab Abang dengan Yuya dah tak sabar-sabar nak main. Dari malam tadi dah cerita pasal bola. Yuya tak sabar nak jadi goalkeeper. Glove gk dia masukkan kedalam beg bola dia siap-siap. Memang nampak macam tak sabar sangat. Pagi dalam kereta tiba-tiba Yuya jadi diam. Mungkin nak concentrate untuk game nanti kot...sampai aje kat padang bola, Yuya terus berlari cari coach Mahat yang jaga budak-budak U8. Yuya dapat main. Happy gila dia. Muka serious je unlike the normal Yuya yang selalu horey-horey tu...Yuya lompat sana lompat sini pergh....memang bakal jadi goal keeper handal ni...malam pulak bila tidur...alamak...posing macam tengah tangkap bola? Heh3....anak aku...

Tengahari kami balik. Memang panas lit-lit...jalan belum jammed sebab LTDL belum start lagi. Petang Abang dengan Yuya nak pergi training bola denga kelab pulak! Adoi mak...nasib baik aku ada lagi, kalau tak memang nangis Aunty!

Rabu, Februari 11, 2009

"...kulihat hijau..."

(karapoley dengan pandan yang hijau)

(pokok mangga dan pokok besar, selalu orang datang pikat burung kat situ)

(yeay pokok aku dah dewasa...)

Ingat tak entry aku pasal pokok yang aku tanam kat depan rumah dulu? Pagi tadi baru aku perasan yang pokok tu semua dah besar panjang. La....pokok yang tergantung tu dah panjang dan dah terjuntai daunnya ke bawah...pokok sebelah dia walaupun tak terjuntai tapi daun dah melebar sikit. Itu tandanya aku berjaya menjaga pokok-pokok aku dengan baik dan bagi cukup makan...(macam aku jugak yang sentiasa cukup makan!). Gambar yang kat sebelah tu pulak pokok karapoley aku yang dah aku cantas 475 kali tapi tetap naik subur menghijau. Sebab aku ambik gambar karapoley, malam ni aku nak masak kari ikan tenggiri. Actually bukan aku yang masak..heh3..

Cerita pasal pokok karapoley ni, teringat aku masa dulu-dulu, circa 1977 dan masa tu aku kat darjah 3, SR. Banda Hilir Melaka. Ala...sebelah sekolah SFI dengan Convent tu...belakang dia kan MHS....aku ingat, aku ingat..Aku tinggal kat Henry Gurney Telok Mas Melaka. Ala..yang aku naik bas Makcik Zaharah pergi sekolah tu...yang sebelum tu main chaptey sampai peluh-peluh tu..."masih kah kau ingat...!". Nak dijadikan cerita, kat belakang rumah aku ada pokok karapoley. Masa tu kecik sesangat macam tak cukup makan. Jadi tiap-tiap hari kami jaga. Jirus air lah...jirus air ikan lah..biar kucing aku berak kat situlah..macam-macam kami buat. Time tu yang ada kat rumah cuma hero-hero aje sebab kakak-kakak aku dua orang tu kat KL. Makin lama makin besar. Makin lama makin besar pokok tu. Masak dan makan kari jangan ceritalah. Almost everyday..sampai orang-orang kat keliling rumah pun datang ambik karapoley. Famous gitu..Memang besar pokok tu dan sebelum main bola kat belakang rumah, aku, aman dengan betuk (apa jadi dengan aman dan betuk)akan panjat pokok tu dulu. Lepak-lepak sambil cerita pasal masa depan yang tak tentu hala..aku ingat lagi Dak Aman nak jadi askar, Dak Betuk nak jadi polis dan aku....macam biasa, tak tahu nak jadi apa...ni aku cuma nak bagitahu yang pokok tu memang besar sebab kami 3 orang boleh lepak kat atas pokok tu. Ni real ni...bukan fantasi...Pokok Karapoley tu kalau si Steven Spielberg atau Night Shamalan tengok mesti dia buat cerita misteri....serious tak tipu..bawah pokok tu boley siap buat pondok lagi ala-ala tempat pemain simpanan bola kat tepi padang tu. Ala....aku pacak 4 tiang kat tepi lepas tu letak pelepah kelapa. Habis cerita...sekejap-sekejap tumbang, sekejap-sekejap tumbang!

Teringat pulak aku masa arwah Bapak duduk kat Pulau Jerejak dulu. Kalau tak silap aku Rumah-rumah pegawai terletak kat "Camp 4" (sekarang ni dah jadi Jerejak Resort and Spa kot..). Kat depan rumah aku ada pokok yang janggut panjang berjuntai tu...mama selalu cakap malam-malam hantu suka bergayut kat situ. Then aku tanya mama...kalau siang hantu tak bergayut ke? Mama cakap hantu tak bergayut siang-siang sebab nanti orang nampak..aku pun jawab ooooooooo macam tu ka? So, since malam-malam aku tak boleh bergayut kat pokok tu sebab hantu nak bergayut, aku pun ambik shift siang untuk bergayut kat pokok tu. Memang seronok. Rasa macam Weissmuler pun ada (tu tarzan first batch tu, Weissmuler tu!). Sampai boleh lupa makan kalau bergayut kat pokok tu. Memang betullah cakap mama. Ada hantu...sampai lupa nak balik! Then ada pulak kat depan tu kami tanam pokok tembikai. First time aku tengok pokok tembikai. Selalunya makan terus...pokok dia menjalar. Sebab terlampau excited, belum sempat besar buah dah hilang...heh3...Memang berhantu pokok janggut tu...ni pun kalau David Teoh tengok mesti buat filem seram ni....heh3...

Selasa, Februari 10, 2009

9/2/2009 Tarikh keramat!







Semalam hari jadi aku yang ke 41. Aunty tanya nak makan apa. Aku sendiri dah tak tahu nak makan apa semalam. Sejak balik sini, aku asyik-asyik makan...masa nak balik sini hari tu aku dah rasa macam umur aku 17 tahun. Slim dan bertenaga serta bersemangat waja...tapi la ni, alahai....sana terkeluar, sini gelebeh...issyyy tak macam aku langsung..ni semua pasal penangan kita yang makan nasi 24 jam...then berkuah lagi....then bersantan lagi...sayur ada santan, main course ada santan, desert pun ada santan! Mana lah badan aku tak lemak berkrim.......semalam jugak aku ronda-ronda kat Ampang cari Hospital Ampang. Bila jumpa aku pun cari parking. Amboi senang nya nak parking kat hospital. Semua klinik tutup sebab Public Holiday except for Emergency saja. Aku cuba nak daftar tapi receptionist dengan sopan explain kat aku to come the next day. Ooooo...Aku nak check lutut kanan aku yang "nyut-nyut" ni. Then Aunty nak check ...mmm aku dah lupa apa Aunty nak check. Abang nak check kaki dia jugak sebab ada problem sikit. Yuya dengan Marina macam biasa cuma horey-horey!

Lepas tu kami pergi Tesco Ampang. 2nd time aku sampai lepas dia bukak! Dulu aku makan kat Kluang Station tapi semalam being a PH, macam biasa memang penuh. So aku pergi ke gerai dia saja. Apa aku makan? Ada pulak mee rebus kat situ...alahai mamak-mamak ni semua...aku nak diet la.......dah terbabas....balik dah tengahari. Petang pukul 4 Abang ada game pulak kat Padang kat Shamelin tu. Pergh aktiviti yang sungguh padat bila aku balik sini. Padat dengan aktiviti anak-anak...anyhow, aku suka...I like....Malam pulak Aunty buat pizza untuk kami yang kebuluran selalu.

Aku teringat masa aku kecik-kecik dulu aku kena admitted kat General Hospital Penang yang kat Padang Polo tu dan dekat jugak dengan Residensi. Tidur kat wad yang terbukak tu memang meriah. Maklumlah kecik lagi...orang tua aku susah hati tapi aku pulak horey-horey...then mama beli pulak kereta kontrol, pergh habis satu wad kereta aku ronda. Nurse-nurse yang ada kat situ semuanya angin je...3-4 hari jugak aku bercuti kat situ.

Then bila dah besar aku ada jugak sekali-sekala kena tahan kat wad. Selain daripada denggi mata aku pun sebenarnya problematic jugak. Bukannya pasal tak nampak...aku kan "Rider", maklumlah KL ni tahap kebersihan udara memang number one in the world. So Doctor cakap pasal habuk masuk mata. La... itu je? Kejap-kejap naik ketumbit lah....mata merahlah...kulit mata terkoyak lah...macam-macam ada...doktor yang selalu rawat aku, si Rozita kat APSH tu. Dah 2-3 kali dia buat "incision" sebab ketumbit. Actually benda tu tak serious tapi since aku kerja kat hotel dan tiap-tiap hari jumpa orang, memanglah pelik kalau mata sekejap merah, sekejap bengkak...nanti guest cakap eh budak ni alien ke apa? Then ada sekali tu kulit mata aku terkoyak. So Rozita pun buat small surgery then suruh aku masuk ward untuk observation. Aku tak nak, Rozita nak...aku tak nak, Rozita nak...issyyy kacaulah Rozita ni. So nak tak nak aku pun masuk satu malam untuk observation. Since masa tu musim demam denggi, semua katil kat hospital dah penuh. Yang tinggal cuma ward kanak-kanak. Since aku takde choice, depa sorong aku masuk ward kanak-kanak. So malam tu aku tidur kat ward kanak-kanak. Kat dinding ada lukisan Mickey Mouse dengan Minnie Mouse. Tergantung kat atas kepala aku, Nemo...kat hujung katil pulak ada Pluto! Katil-katil yang lain, Mak-Bapak datang melawat anak-anak, tapi katil aku, anak-anak datang melawat Bapak! Heh.....

Jumaat, Februari 06, 2009

Lumba Lari...

(Abang kat lorong 1 dapat nombor 2. Kalau kat lorong 9 mesti dapat nombor 10!)

(Abang panic tunggu giliran, macam aku panic cari kakak aku dulu!)

(Penonton dan penyokong Abang penuh satu stadium. Heh3...)

(Memang style stadium ni...world class!)

Masa aku kecik-kecik dulu, aku memang kuat lari...masa darjah satu kat Francis Light Penang tu waktu rehat aku kelam-kabut cari kakak aku yang selalu dok tunggu aku kat luar kelas (dia tunggu result MCE masa tu, 75'. Dia kat St George's). 5 minit sebelum start rehat mata aku dah dok melilau cari dia. Depa kata "loq liaq-loq liaq" (tu pergerakan anak mata yang kekiri dan kekanan dan mungkin keatas dan kebawah!). Tak nampak batang hidung dia. Aku panic. Bunyi saja loceng, aku terus kalut lari keluar kelas straight pergi canteen sebab dia selalu tunggu kat situ. Sebab aku panic, aku tak nampak tali rentang kat padang yang depa pasang supaya budak-budak tak lari atas padang yang rumput sejemput tu. Zapppp.....tali kena kat leher aku. Terlentang aku atas padang...nangis sikit kot...baju sekolah dah kotor. Kakak aku yang tengah tunggu kat canteen tapi kat meja lain, dah nampak. Aku ingat, sebab aku dah kira sampai kat finishing line siap ada tali macam pemenang selalu sampai, aku kira aku dah menang lah...memang number one in the world...

So nak dijadikan cerita, Abang cakap kat aku dia dapat wakil sekolah peringkat daerah untuk acara lontar peluru, 80m berpagar, 4X100m dan 4X200m. Pergh macam aku dulu jugak...so aku dengan bangga dan kembang hidung, pagi tu bangun awal. Lepas solat terus hantar Aunty pergi kerja then melencong ke Bukit Jalil Stadium cari Abang. Parking kena RM2. Cis...kalau pergi dengan Harley aku kan senang! Aku sampai pukul 9 pagi. Tunggu punya tunggu acara Abang tak start-start lagi. Aku tanya kat Abang dia cakap pukul 2 baru start. Huh? Pukul 2? Adoi mak.....matilah aku kat sini...apa nak buat? Nasib baik aku bawak newspaper 2 then novel satu. Habis newspaper tu aku ulang baca 3X. Iklan kempis perut pun aku dah hafal, apa lagi "Felisa Cosmetic Seni Kecantikan...." (Yuya selalu dengar iklan ni kat Era).

Aku melilau lagi cari tempat makan. Kakak cleaner tu cakap kat luar dekat stesen keretapi. Oh yea? Aku jalan ..... aku order makanan favourite aku, "Maggi Goreng dengan mootek uney". RM4 tu.......biar betul? Tapi kat Pelita Ampang Point pun RM5! Gila betul mamak-mamak kat sini. Lepas makan aku pergi tengok Abang lontar peluru. Confirm Abang kalah sebab yang lain-lain tu badan depa dah extravaganza walaupun U12. Abang cakap tu acara kena paksa sebab dia tak minat lontar-lontar ni, dia minat lari...lepas tu barulah acara dia. Part ni memang ok sebab Abang dapat nombor 2 dalam dua-dua acara tu....aku dah terbayang kalaulah Abang dapat nombor 2 kat Olimpik, mesti kaya ni....siap dapat title Datuk lagi...heh3...Datuk Arman Azumi....kelas...macam orang kaya-kaya...eloklah sikit dari Datuk SRK yang tah hapa-hapa tu!

Masa aku darjah 2 kat Francis Light (tok aku panggil sekolah toslet @ torch light sebab ada light kat belakang) tok aku masuk hospital mata dekat-dekat situ jugak (aku dah lupa nama dia dan aku tak ingat ada lagi ke tak hospital mata tu) sebab masalah cataract. Aku sangat rapat dengan tok aku. Malam tu sebelum tidur aku dah plan nak pergi melawat tapi aku sekolah pagi...macamana ni? Tak pa...aku pergi sekolah dulu then cakap kat cikgu. So pagi tu aku cakaplah kat cikgu nak tengok tok potong mata! Cikgu tak bagi. Oooo tak bagi yea...takpa-takpa. Aku cakap cikgu nak pergi toilet, keluar aje kelas, aku terus pecut lari. Kelas aku mengadap padang bola, so aku pun straight lari kat padang tembus gate kat sebelah sana. Tukang kebun pun terkejut sebab memang tak ada dalam kalendar sekolah hari tu hari sukan! Kona kiri, jalan terus dan terus dan terus, aku nampak hospital mata. Aku masuk main entrance tapi lepas tu aku masuk ward ikut pintu belakang. Jumpa katil tok aku. Tok terkejut tengok aku. Aku terkejut tengok tok. Macamana dia nampak aku? Kata mata tak nampak?

So tu lah bermulanya sejarah aku berlumba lari pada zaman dulu-dulu selain daripada sejarah mak aku kejar sebab aku pergi main perang-perang masa Kak Anne kahwin dulu dan jugak sejarah Ustad Peroh, Cikgu Mat Tulang, Cikgu ..ra Budin dengan Cikgu Simbab kejar aku dulu masa kat sekolah.......and like they say, "The rest is history!" Heh3....

Isnin, Februari 02, 2009

Happy 11th Birthday







31 Januari ialah hari lahir Abang. Cepatnya masa berlalu. Abang dah sebelas tahun. Abang membesar depan mata aku..dari masa dia lahir sampailah ke hari ni. Aku tengok banyak sudah perubahan Abang. Dari baby yang comel (macam aku dulu!) sampailah sekarang dah jadi seorang budak yang handsome (pun sama macam aku dulu!)heh3...suara Abang dah berubah, dah pandai dengar lagu kat MP3 aku, dah tak nak mandi dengan Yuya, dah pandai jaga Marina, dah pandai buang baju merata-rata lepas balik sekolah (eh, macam aku jugak dulu!)....Abang tak suka sikat rambut sebab dia suka style budak-budak Jepun yang tak sikat rambut pergi sekolah, pulak dah....so Byrlcream aku pun selamat lah....aku masa time sekolah dulu pakai "Tancho" ala...minyak rambut yang bau busuk tu, then seminggu tak payah sikat rambut sebab dah terlampau keras. Kalau gunting rambut kat mamak, mesti mamak bising sebab dia kena spray air banyak-banyak!

Aku tanya Abang, dia nak apa untuk birthday dia, dia cakap nak baju sukan Adidas @ track top. Ala sekarang kan budak-budak pakai jalan-jalan...tapi aku belikan yang boleh pakai pergi training. So lepas main bola dia boleh pakai. Tapi Abang pakai masa tengok wayang "Inkheart" then "Sifu & Tongga!"!

Aku tengok Abang ni seorang yang pendiam. Tak banyak cakap. Tapi I bet dia ramai peminat kat sekolah...heh3...(eh, sama lah...). Hari tu Yuya cakap, "Papa, tadi dalam bas ada budak perempuan cakap kat Yuya, saya suka Abang awak!" Huh? Baru 11 tahun? Ala...aku dulu pun macam tu jugak, budak-budak...suka-suka cakap...aku tak kesah pun. Aku sengih kat Yuya. Yuya sengih kat aku! "Yuya tak ada orang suka ke?" aku tanya. Yuya jawap balik, "Tak nak cakaplah dengan Papa" heh3....anak Bapak! Aku dengan Aunty ada jugak bercerita pasal benda ni dengan Aunty. We believe that this is just a "development process" in which we are not going to take it seriously but still under pemantauan yang ketat! That's for sure! Hari tu Aunty cakap Abang ada try shaver aku. Aisehman...aku lupa la nak ajar dia macamana nak pakai. Aku takut besok hilang bibir atas! Abang dah tak suka pakai baju with cartoon character. Malu dia kata.

So last few days aku pergi kat Secret Recipe (buy Malaysian!) yang kat belakang rumah. Memang convenient rumah aku ni...panggung wayang MBO dekat, bus station dekat, LRT station dekat, roti canai nasi lemak dekat dan yang penting kedai motor dekat sebab last week tayar aku bocor! Beli satu kek kat abang. Balik rumah, dengan muka tak mandi, kami potong kek untuk Abang. Horey-horey...mama pun ada sekali makan kek. Nyum..nyum..naik 1.5 kilo!

Satu gambar yang aku attachedkan tu, masa aku nak ambik Abang dengan Yuya habis training bola dengan YFA. Kat pavillion tu penuh mak-bapak tunggu anak-anak habis training. Semangat betul semua tak kira panas ke hujan..then satu lagi pulak, Marina. Siap pakai stokin nak pergi ambik Abang. Bawak pulak "nyiow-nyiow". Since baru lepas hujan, Marina takut "nyiow-nyiow" dia sejuk, so dia bawak handkerchief untuk dia selimutkan "nyiow-nyiow" kalau sejuk. Lepas tu bawak beg galas pulak. alahai...anak perempuan aku....nanti umur 11 tahun macamana ni? Anyway, to Abang, "Otanjyobi omedetoo ne" . I love you so much and in fact I love all of you so much! Mmmuah.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...