Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Jun 23, 2014
Isnin, Jun 16, 2014
Gunting rambut
Satu perkara yang aku tak dapat elakkan ialah menggunting rambut. Anak-anak akan bagitahu yang rambut aku masih pendek. Tapi aku dah rasa tak selesa walaupun baru saja menggunting rambut 3 minggu yang lalu. Jika aku dizaman sekolah, seboleh mungkin, aku tak akan menggunting rambut. Biarkan dia panjang. Selagi tak dapat dikesan oleh guru disiplin, selagi itulah aku akan menyimpan selama mungkin. Hujung rambut akan dimasukkan ke dalam kolar baju. Bila guru disiplin lalu ditepi ataupun belakang, aku akan menundukkan kepala agar hujung rambut aku terangkat melebihi kolar baju! Selalunya aksi begini memang tak dapat dikesan. Hujung minggu akan diadakan pemeriksaan dari bilik ke bilik oleh pengawas dan juga warden. Kami akan berbaris ditepi katil masing-masing. Pengawas dan warden akan memeriksa katil, locker, rambut, kasut dll. Aku masih terlepas......Ada sekali kumpulan aku dipanggil ke belakang surau oleh warden. Kami berbaris 6-7 orang. Kami dimarahi warden kerana satu perkara 'nakal' yang kami lakukan. Lama kami di lecture dalam keadaan kami berdiri tegak. Tiba-tiba warden beralih topik ke topik 'rambut'. Semuanya kecut perut terutamanya aku! Tapi dalam ramai-ramai yang kena marah pasal rambut panjang, entah macamana sekali lagi aku terlepas!
Gambar tak kena-mengena dgn cerita!
Gelugor
Aku cukup takut nak gunting rambut kerana mamak gunting disitu sangat kasar. Disengguk-sengguknya kepala aku. Jadi setiap kali arwah mama bawak aku nak gunting rambut, aku akan jadi kelam-kabut. Meracau tak tentu hala. Fikiran terganggu. Berguling-guling aku atas lantai. Lepas kena sengguk dengan arwah, barulah aku sanggup disengguk-senggukkan oleh mamak gunting rambut.
Alor Setar
Ada 2 tempat yang aku selalu pergi. Satu dengan Ah So di Taman Intan dan satu lagi di kedai mamak di pekan. Aku segan nak pergi ke kedai Ah So ni sebab yang ada situ semuanya pompuan. Semuanya baya-baya arwah mama! Adoi...malunya aku bukan kepalang. Nak tak nak kena pergi jugak sebab arwah mama yang bayar. Aku tambah letih sebab nak tunggu arwah mama 'serkup kepala' @ steaming. Menguap sakan aku menunggu dan seperti kebiasaanya, lengan aku akan merah-merah sebab kena cubit dengan arwah mama yang dah tak tahan dengan perangai aku mengajak arwah mama pulang! Hahahahahahaha............
SDAR
Duit tak ada. Jadi aku kenalah percaya kepada 'Anje' yakni rakan aku untuk mencantas rambut aku sekali-sekala.Nasib baik si Anje ni agak baik dalam hal cantas-mencantas rambut...makanya aku bernasib baik walaupun kadangkala rambut aku jadi macam rambut Ringo Star......Peralatan yang diperlukan oleh Anje amatlah simple. Gunting dan sekeping surat khabar yang dilubangkan ditengah untuk aku masukkan kepala! Kerusi tak berapa penting sebab boleh duduk ditangga ataupun tembok ataupun bersila di koridor ataupun atas baldi baju yang diterbalikkan! Sambil gunting Anje akan nyanyikan lagu Pop Yeh-Yeh dengan suara yang tak berapa nak sedap (Anje...if you are reading this....dah lama benda ni terpendam...hahahahahaha). Waktu bergunting, aku tak boleh kata suara dia tak sedap sebab gunting kat tangan dia...hahahahahaha.
Shibuya
Rambut dah panjang. Sebelum aku ditegur, baik aku gunting dulu. Tapi dimana nak gunting kat Tokyo ni? Beropa harganya? Mak aiihhh...mesti mahal ni....Aku bukak newspaper cari dan cari. Aku tanya orang-orang disitu kat mana nak cari Semua jawapan yang aku dapat berharga RM300 ke atas. This was back in 1992 people! Aku dah susah hati. Waktu tu aku bekerja di Tokyo Bay Hilton. Nama hotel dah gah...disiplin mesti jaga! Adoi...susah hati aku. Sampai aku terfikir nak gunting rambut sendiri. Punya tension! Dalam dok melengung sorang-sorang, aku naik keretapi JR Yamanote dan berhenti di Shibuya. Waktu nak keluar stesyen, aku ternampak satu line panjang. Ramai orang beratur. Aku ingat semuanya nak makan soba, tapi bila aku menghampiri, aku nampak orang yang keluar semuanya nampak kemas bergaya. Rambut rapi. Aku jenguk ke dalam dan confirm yang tu kedai gunting. Aku lihat signboard, ada gambar gunting dan harganya dalam RM60. Itu lah yang paling murah pada tahun 1992 pernah aku jumpa!
Le Bouveret
Ada sorang budak pompuan sweden yang pandai gunting rambut. Aku kena buat booking sebab ramai yang akan guna khidmat dia. Nama Lis. Harga gunting dia memang paling murah di Suisse. Cuma Sfr20. Bayangkan kalau ada sampai 10-15 orang gunting rambut dengan dia seminggu...tak ka kaya-raya budak ni? Modal dia cuma gunting, gunting gigi, sikat dan apron. Itu saja! Jadi kepada adik-adik yang akan masuk Universiti disini dalam ataupun luar negara, Uncle cadangkan belajarlah cara menggunting rambut. Lelaki ataupun pompuan and trust me, adik-adik akan sentiasa ada duit belanja...silap-silap tak payah pakai duit scholarship! Sungguh, Uncle tak tipu!
Geneva
Adoi...kat sini aku pening kepala nak gunting rambut. Yang ada ramainya Italian tak pon Turkish. Letih nak bayar sebab memang mahal. Nak cari Lis pulak jauh....nak tak nak aku terpaksa cari kawan-kawan asia aku. Depa ni pandai macam-macam. Pandai belajar, pandai masak, pandai berkawan dan jugak pandai kelentong! Dalam ramai-ramai budak asia kawan aku yang ada kat geneva, sorang budak siam nama "O" ni boleh menggunting rambut. Makanya setiap bulan aku ke rumah dia untuk gunting rambut. Selalunya dia tak mintak bayaran.....hahahahahaha....sekarang ni "O" merupakan Executive Chef di Bangkok dan sekali sekala dipanggil untuk membuat cooking demonstration di banyak channel di Thailand.
Madinah
Boleh tahan harganya. Kalau nak murah, carilah kedai gunting rakyat Bangladesh. Cepat siap. Aku rasa 5 minit dah settle. Rasanya baru nak selak 3-4 mukasurat majalah, barber dah suruh turun! Hahahahahaha.....Kalau nak bergaya sikit, cari kedai Turki. Depa ni memang pakar. Ada sekali aku ke kedai Turki dan bayarannya memang mahal sikit dari biasa. Selalunya bila nak cuci rambut, aku baring di kerusi gunting dan mengadap keatas (ceiling) tapi di kedai ni aku kena meniarap dan kepala aku masuk dalam singki dan mengadap ke bawah...."lain padang lain stail!"
Mekah
Lepas aku selesai 'melontar', di kawasan nak keluar, ada ramai tukang gunting. Aku serah diri dan serah kepala pada tukang gunting yang dok tersengeh tengok aku jalan menghampiri kedai beliau. Dia suruh aku duduk. Aku duduk. Dia ambik mesin gunting dan mula pegang kepala aku. Aku baru nak tanya mana 'apron'? dia dah sagat suku kepala aku. Dalam masa 1 minit, kepala aku dah botak! Itulah paling pendek pernah aku rasa. Kelebihannya pulak, kepala sentiasa sejuk. Tak payah pakai gel. Tak payah sikat. Okay jugak!
La ni
Aku dan Yuya pergi ke kedai gunting yang sama. Yang ada lampu warna biru-putih-merah gulung-gulung kat luar kedai tu. Lama-lama tengok mata aku jadi juling! Harga Yuya RM7 manakala harga aku pulak RM8. Marina ikut aku ke kedai gunting dan tanya kenapa harga gunting Yuya dan aku berbeza? Aku jawab sebab rambut Yuya hitam manakala rambut aku pulak putih! Marina confuse! Hahahahahaha...Setiap pagi Ahad aney India yang gunting rambut tu akan main cricket di padang tepi rumah aku dan bolanya selalu masuk ke kawasan rumah. Aku lah yang akan baling keluar bola cricket tu. Since aku tolong ambik bola cricket yang depa selalu main, aney tu kata dia akan bagi discount bila aku pergi gunting rambut nanti.....yeay....looking forward.....hahahahahaha!!

Isnin, Jun 09, 2014
Pasar
Penang
Sewaktu aku masih kecil di Penang, aku selaku mengikut arwah mama ke marrket. Ada 2 marrket yang aku selalu pergi selepas peha aku lebam dicubit arwah mama. Yang pertama ialah marrket di Jelutong. Yang kedua ialah marrket Chowrasta! Aku suka ke marrket Chowrasta sebab tokay buah kat tingkat satu tepi tangga tu selalu bagi aku makan buah nangka free. Aku pun tak tahu sebab apa dia suka sangat dengan aku. Kembung perut makan nangka.....dari situ aku kenal ikan kembong, ikan pelata, ikan bawal putih dan hitam, ikan tenggiri dan lain-lain lagi. Lantai yang basah dan bau yang hanyir tak pernah menyebabkan aku menarik selimut untuk menyambung tidur walaupun arwah mama selalu pergi awal ke marrket. Dari situ, aku terikut-ikut perangai arwah mama untuk ke marrket awal. Malam tadi walaupun aku tidur jam 2 pagi, aku masih ke marrket ampang pukul 7 pagi. Orang lain mungkin masih tidur, aku pulak tengah beli sayur. Balik ke rumah pukul 8.15 pagi dan aku lihat ramai yang baru nak ke pasar....senget bakul motor aku!
Melaka
Bila aku dah besar sikit dan sewaktu kami menetap di Melaka, aku akan naik kereta vw bernombor BP4538 warna biru dengan dipandu arwah mama menuju ke marrket di bandar Melaka. Jalan apa, aku dah lupa tapi dekat dengan Jalan Bunga Raya kalau tak salah aku. Short walking distance dari sebuah panggung wayang. Masih menolong arwah mama menjinjing segala jenis ikan dan sayur dan terus mengekor arwah mama mendengar dengan teliti setiap tawar-menawar yang berlaku. Arwah mama memang jaguh dalam hal tawar-menawar dan kadang-kala aku akan menarik tangan arwah mama bilamana tokay ikan ataupun sayur dah mula meninggikan suara. Tapi arwah mama tetap tegas dan akhirnya dapatlah harga runtuh walaupun hanya 10 sen!
Florence
Sewaktu aku berkesempatan pergi ke luar negara dulu, dalam banyak-banyak tempat yang aku nak pergi, marrket tak pernah terlepas dari ingatan walaupun ada banyak tempat yang boleh aku pergi seperti muziumnya, piazzanya, melepak di jambatan-jambatannya dan banyak lagi. Didalam brochure Florence, aku cepat-cepat bulatkan tempat-tempat yang nak aku lawati dan semestinya lah marrket menjadi itinerary utama aku. Bangun pagi sahaja, siap-siap, lepas simple breakfast of coffee and toast, aku terus turun ke bawah. Rupa-rupanya marrket yang aku nak pergi tu terletak betul-betul disebelah tempat tinggal aku! Dari balkoni aku lihat sayuran dan buah-buahan disusun rapi didalam kotak-kotak kayu. Cantik berwarna-warni! Daging-daging kering yang diasapkan bergantung penuh berderet-deret. Isi perut lembu dan lain-lain binatang yang telah dikeringkan juga banyak bergantungan. Banyak sayur-sayuran dan aku paling seronok melihat asparagus yang nampak sangat fresh dan kebanyakkannya diimport dari negara lain banyak dijual diwaktu itu. Barangkali musim asparagus fikir aku. Dari satu gerai ke gerai yang lain. Di pasar yang sama juga dijual cenderahati.
Ada satu lagi pasar yang menarik perhatian aku. Yakni pasar menjual barangan kulit. Wah, hebat sungguh pemuda dan pemudi disitu menggayakan pelbagai fesyen hasil daripada kulit binatang. Dari jacket ke tali pinggang, vest dan topi. Memang mereka hebat. Pakailah apa saja style pun pasti akan kena dengan gaya mereka. Sekali lagi aku terpegun.
Ubud
Pasar disini sangat hampir dengan tempat penginapan aku. Disini jugalah Julia Roberts melakonkan beberapa babak didalam movienya, "Eat, Pray, Love". Menarik juga pasar ini. Kelihatan semak dibahagian luar. Apabila masuk kedalam pasar 2 tingkat ini, keadaan dan susun aturnya bertambah semak! Tingkat atas menjual pelbagai cenderahati manakala dibahagian bawahnya pula dijual sayur-sayuran. Aku sering melepak di sebuah gerai dibahagian bawah sambil menghirup es teler. Scooter aku diparkir didepan. Ramai pelancong asing yang datang ke pasar ini untuk mendapatkan souvenir dan begitu juga aku. Selesai menghilangkan lelah, aku hidupkan enjin scooter dan memecut kearah lain pula!
Aziziah
Pasar ini juga amat menarik perhatian aku. Didalam banyak-banyak pasar basah yang aku lawati, ini merupakan pasar terbaik bagi aku kerana ianya sangat bersih! Gerai-gerainya teratur dan pasarnya tidak berbau walaupun banyak gerai menjual ikan. Ikan-ikan yang biasa kita lihat seperti bawal banyak dijual disini. Aku tak tahu macamana orang arab ni makan bawal tetapi yang pasti, aku akan membeli beberapa ekor dan memberikan ikan-ikan bawal hitam yang aku beli kepada Mainul, yakni pekerja Bangladesh aku untuk dimasak kari oleh isterinya. Memang sedap kari Bangladesh nih...dibahagian luar pasar ini ada beberapa gerai yang akan menggoreng ikan-ikan yang telah dibeli dan boleh dimakan terus disitu. Sangat menarik...
Vevey
Aku suka datang ke pasar ini yang berada didalam sebuah shopping mall. Gayanya seperti supermarket disini yang mana bahagian bawahnya ada menjual ikan dan ayam. Apabila ke pasar ini di Vevey, aku akan terus mencari ikan masin. Aku beli 2-3 ketul ikan kod yang telah dimasinkan. Aku goreng dengan bawang besar yang dihiris tebal. Dalam masa 5 minit aku menggoreng, aku akan mendapat samada panggilan talipon daripada masyarakat malaysia, indonesia dan thailand yang bertanyakan apakah aku ada lebihan ikan masin lagi atau masyarakat eropah yang menyuruh aku menghentikan gorengan kerana kata mereka 'it smells like stinky socks!'. Hahahahaha....
Begitulah hubungan aku dengan pasar sejak dari kecil lagi hinggalah kini. Bermula daripada arwah mama yang mengusung aku ke pasar sejak aku berumur 5 tahun! Anak-anak aku pula tak ada sorang pun berminat. Selalunya pasar merupakan salah satu tempat utama untuk aku lawati bagi mengenal pasti adat dan budaya sesuatu bangsa. Aku suka melihat dan membuat perbandingan 2 budaya yang ketara berbeza. Tetapi kekadang ada juga persamaanya. Ikan merupakan perkara wajib yang aku akan buat perbandingan. Kemudiannya sayur. Banyak juga perbezaanya lebih-lebih lagi sayur kerana ianya bergantung kepada cuaca! Selain daripada itu aku juga suka mengambil tahu cara masakan masyarakat setempat. Ikan sebagai contohnya, bagaimanakah cara mereka masak? Apakah di steam, goreng, bake, grill, boil, smoked ataupun dibiarkan kering sebelum dimakan? Apabila ikan ataupun daging tersebut dikeringkan, ini memberikan aku indication bahawa sejarah telah menyebabkan mereka melakukan perkara sedemikian. Sebagai contohnya dibeberapa pelosok negara didunia ini, banyak berlaku peperangan saudara. Untuk survival berbulan-bulan, ikan mahupun daging akan diasapkan, disalai mahupun dikeringkan dan disimpan sebagai makanan darurat ketika berlaku peperangan. Berbulan-bulan makanan ini dapat disimpan dan ini membantu mereka yang lari diwaktu darurat untuk menyambung kehidupan daripada kebuluran! Menarik bukan? Makanya aku suka kepasar dan mampu menghabiskan masa selama beberapa jam hanya untuk melihat dengan lebih dekat lagi budaya sesebuah bangsa! Have a great week ahead people!
Isnin, Jun 02, 2014
Padat lagi!
Satu lagi hari minggu aku berlalu dengan amat pantas sekali. Malam sebelumnya aku sampai rumah pukul 2 pagi. Sibuk menguruskan hal ditempat kerja. Longlai. Badan dah tak berdaya. Fikiran entah kemana. Moto aku pandu perlahan menusuri jalan bangsar, sultan ismail dan ampang untuk sampai ke rumah. Alhamdulillah sampai dalam masa 30 minit walaupun jalan agak lengang. Ahadnya pukul 7.30 baru aku bergerak ke pasar. Kebiasaannya jam 7 pagi! Seperti biasa aku ke gerai ayam, ikan, telur dan sayur. Selesai semua dalam masa 20 minit. Aku dah tahu apa yang aku mahukan jadi waktu aku tidak terbuang! Pasar agak ramai pagi ini. Aku bertanya pada Ah Lian penjual apam balik. Katanya esok merupakan Dumpling Festival....jadi ramai mereka membeli-belah untuk acara tersebut! Hmmm...aku belajar mengenai satu perayaan lagi yang tak pernahnya aku dengar selama ini!
Seperti kebiasaannya aku akan berhenti di salah satu gerai disitu. Membeli karipap untuk dibawa balik, minum teyy dan membaca suratkhabar selama lebih kurang 30 minit sambil berbual kosong perihal anak-anak dan aktiviti harian mereka. Leka aku membaca, kelibat makcik dan kucing kembali kelihatan ditepi gerai nasi lemak. Aku memberi salam kepada beliau. Lembut dijawabnya salam aku. Aku bertanya apa yang dijualnya selain daripada beg tangan daripada China. Katanya yang selalu habis dibeli ialah tepung jagung. Aku kembali bertanya, kenapa beliau memberi makan kepada kucing? Katanya dia sayangkan kucing. Selain daripada itu, sedikit rezeki yang beliau ada, katanya lebih afdal kalau diagih-agihkan walaupun hanya nasi kosong dan beberapa hirisan-hirisan kecil isi ikan kembung rebus! InsyAllah rezeki kita akan dimurahkan...sambungnya lagi sambil mengira wang yang diterimanya daripada pelanggan yang membeli tepung jagung sebentar tadi!
Walaupun bengkak dipipi masih terasa dan esoknya pula aku harus kembali ke doktor gigi untuk mencabut benang, itu bukan penghalang untuk aku diam dirumah tanpa berbuat sesuatu. Aku ajak Azumi untuk ke gym pada pukul 9.30 pagi dan kami sama-sama menghabiskan lebih sejam dengan aktiviti berfaedah. Sama-sama cuba menguatkan otot-otot atas (upper body) dan melihatkan perbezaan saiz badan, aku mula terasa yang usia kami amat ketara bezanya.....
Pulang ke rumah, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Kami dijamu dengan 'homemade lasagne' dan terlentang didepan tv selepas itu! Tepat pukul 2, cucu menakan aku sampai. Sarah, rakan Marina juga sampai. Semuanya nampak happy dan dah tak sabar-sabar. Bila jarum jam menunjukkan tepat pukul 3 petang, aku mengarahkan kesemua mereka masuk ke dalam kereta. Aku memandu perlahan ke FINAS di Hulu Kelang untuk sama-sama menonton rakaman sebuah rancangan kanak-kanak terbitan sebuah syarikat besar dinegara ini. Ramai selebriti-selebriti negara dan luar datang berkumpul rupanya. Aku menerima panggilan talipon daripada Producer mengatakan bahawa salah seorang daripada Managernya sedang menunggu aku dipintu masuk studio. Kami adalah antara yang pertama dibawa masuk ke studio. Terasa seperti VIP. Setelah tempat diambil dan penonton-penonton lain dibenarkan masuk, En Producer datang bertemu aku bertanya samada semuanya ok untuk aku dan keluarga? Apa lagi yang aku mahu katakan kepada Encik Producer selain daripada mengucapkan terimakasih. Encik Producer berlalu pergi. Beliau teramat sibuk menyelenggarakan semua program. Anak-anak ternganga melihat seorang lepas seorang selebriti masuk ke pentas. Berada betul-betul dihadapan kami. Hampir 4 jam kami disana dan rakamannya pun selesai. Aku terus keluar menuju ke kereta. Sewaktu aku menghampiri kawasan rumah, aku menerima panggilan talipon daripada Encik Producer yang bertanyakan samada aku masih berada diperkarangan studio ataupun tidak untuk anak-anak aku bergambar dengan kesemua selebriti. Aku mengucapkan jutaan terimakasih kepada beliau diatas keikhlasan dan kesanggupan beliau menjemput aku sekeluarga untuk sama-sama menonton rakaman program hebat tersebut! Sekali lagi aku dan keluarga dijemput untuk satu lagi acara yang lebih menarik! Alhamdulillah....rezeki kita, tak siapa pun tahu kecuali Allah SWT. Dalam waktu yang sama aku mula teringatkan kata-kata Makcik yang memberi makan kucing liar di pasar pagi tadi...
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...