Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas ni
minta permission untuk tanam pokok tersebut. Kalau berbuah, ambil dan
makan saja katanya.
Pokok mangga tu ada 2 sebenarnya. Ada panjang
dan ada bulat. Suara aunty ni sangat kuat dan kadangkala satu blok (16
unit) boleh dengar. Dulu setiap kali aku balik bercuti kami akan
bersembang. Aku letakkan kerusi di atas rumput didepan dan mendongak manakala aunty duduk dibalkoni sambil kami bercerita. Habis bermacam-macam cerita dibualkannya dan kadangkala aku jadi malu dan meminta aunty untuk tapiskan sikit kerana suaranya itu boleh sampai ke tingkat 4.
Pokok mangga mula berbunga dengan banyak dan sebahagiannya telah
menunjukkan tanda-tanda nak berbuah...aku bagitahu aunty keadaan
tersebut dan dia pon excited tapi katanya mungkin dia tak sempat nak
makan. Aku fikirkan dia nak pindah ke tempat lain....
Selain daripada peramah dan baik hati, aunty juga secara tiba-tiba berhenti merokok. Aku sangat hairan kerana seharian di balkoni aunty boleh menghabiskan hingga 2-3 kotak rokok sehari! Memang tegar. Kadangkala dimalam yang sunyi, aku pasti terdengar batuknya yang panjang dan seperti berkahak. Apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, aunty akan membekalkan kami dengan banyak buah limau dan anak-anak aku tak lepas dari mendapat angpau.
Selang beberapa minggu apabila buah mula ranum, Patrick anaknya memberitahu aku bahawa ibunya baru meninggal dunia kerana kanser.
Kini setiap kali pokok-pokok mangga itu berbuah, aku pasti teringatkan aunty tersebut......