Isnin, Oktober 28, 2013

Music Part 1

Boney M

Aku bernasib baik kerana dibesarkan didalam genre muzik yang pelbagai. Bermula dengan tahun 1970-an bilamana Boney M sedang bermaharaja-lela waktu tu. Aku ingat lagi sekitar tahun 1977-1979 apabila setiap kali aku balik sekolah, abang-abang aku akan pasang lagu-lagu Boney M didalam bilik mereka sambil menari tanpa baju. Dari situ aku mula mencuri-curi menyusup kedalam bilik abang-abang aku dan melihat album-album Boney M didalam bentuk kaset. Bilamana abang-abang aku keluar untuk latihan bolasepak di padang Henry Gurney Telok Mas, aku sekali lagi akan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik mereka dan memasang kaset Boney M. Aku terkejut mendengar lagu RASPUTIN. Rentak yang rancak menyukarkan aku untuk faham lagu tersebut. Tetapi oleh kerana lagu-lagu Boney M dipasang selama 24 jam bertahun lamanya, aku jadi lali dan mula menggemari kumpulan 4 orang penyanyi ini. Boney M dianggotai oleh Marcia Barrett, Liz Mitchell, Maizie Williams dan Bobby Farrell di West Germany pada tahun 1975 (aku darjah 1). Kumpulan original ini pernah datang ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1977 kalau tak salah aku. Aku ingat kedatangan mereka sebab abang aku ponteng sekolah 2 hari dan naik bas ke Stadium Negara, KL!

Minggu lalu sewaktu aku sedang berpeluh di gym, aku terdengar lagu-lagu Boney M versi baru dimainkan di gym. Sambil berlari diatas treadmill, aku tersenyum sorang-sorang. Aku senyum sebab teringatkan zaman kanak-kanak aku sekitar tahun 70-an di Melaka dulu. Manakala di treadmill sebelah, makcik tu jugak aku lihat menguntum senyum. Mungkin cerita kami sama.......

ABBA

Kakak-kakak aku pula pada waktu tu sudahpun menuntut di Universiti. Apabila mereka pulang bercuti, aku akan terdengar lagu-lagu kumpulan daripada Sweden yakni ABBA berkumandang dimainkan di radio bilik mereka ataupun dinyanyikan sewaktu mandi. Lagu-lagu ABBA lebih mellow bagi aku. Iramanya yang catchy boleh diterima telinga kanak-kanak seperti aku waktu itu. Agak lembut dan kadang-kala meruntun jiwa. Makin lama makin sedap pulak lagu-lagu ABBA nyanyian Bjorn Ulvaeus, Benny Andersson, Agnetta  Faltskog dan Anni Frid Lyngstad dari Sweden ni. Aku mula terikut. Lagu-lagu seperti Super Trouper dan Voulez Vous menjadi kegilaan ramai pada waktu itu. Dan setiap kali ada karaoke di tempat aku kini, pasti akan ada lagu-lagu irama 70-an ABBA yang akan diminta. Ini mengembalikan aku semula ke zaman kanak-kanak sekali lagi!

Beberapa bulan yang lepas sewaktu aku ke KLCC, aku sempat masuk ke kedai yang menjual cd dan membelek beberapa album-album lama ABBA seperti Solid Gold dan lain-lain. Hahahahahaha...mungkin nanti kalau aku ke sana lagi aku akan beli sebagai koleksi lagu-lagu kenangan aku membesar!

 

Stylistics

Di penghujung tahun 70-an, abang-abang aku mula menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan Stylistics. Kumpulan ini memang hebat dan kadang-kadang aku akan mendengar lagu-lagu mereka dimainkan sewaktu aku memandu. Aku juga minat dengan kumpulan ini. Lirik-lirik lagu mereka yang diprintkan dibelakang kulit kaset akan aku tulis semula didalam buku-buku rampaian sekolah aku. Jika aku terlupa nak koyak, makanya buku yang tertulis lirik itu akan terus sama-sama dihantar kepada cikgu. Ada sekali tu, aku tertinggal sekeping kertas yang mempunyai lirik lagu bertajuk "You Are Everything". Aku hantar kepada cikgu seperti biasa dan selang beberapa hari aku dapat balik buku tersebut bersama-sama sebuah nota dengan gambar tangan kanan yang digenggam dan ibu jari dinaikkan keatas sebagai tanda 'good' pada kertas yang tertulis lirik lagu tersebut. Sampai sekarang aku tak pasti apakah maksud isyarat 'good' daripada cikgu pompuan aku tu...........hahahahahahaha!
Deep Purple

Apabila aku meniti usia remaja dan tinggal pulak dengan rakan-rakan sekolah 24 jam, aku jadi terikut dengan fahaman muzik mereka. Bunyi sedikit keras yang seolah-oleh mengerang seorang diri, aku cuba dapatkan intipati daripada muzik-muzik itu. Lama jugak untuk aku mula memahami lenggok kepala dan badan mereka apabila mendengar. Oleh kerana aku tinggal di asrama, makanya kami tidak dibenarkan membawa alat-alat muzik termasuklah cassette player untuk memainkan lagu-lagu kegemaran kami. Walaubagaimanapun, ada juga yang berjaya di 'seludup' masuk ke asrama. Deep Purple merupakan salah sebuah kumpulan muzik yang sangat terkenal pada zaman aku. Ditubuhkan di Hertford pada tahun 1968 oleh Roger Glover, Ian Paice, Ian Gillan, Don Airey dan Steve Morse. Lagu-lagu terkenal mereka ialah seperti 'Highway Star' dan juga 'Smoke On The Water' boleh kita dengar hingga ke saat ini terutamanya jika ada konsert-konsert secara live. Memang sangat evergreen lagu-lagu Deep Purple ni. Sebenarnya ada cerita disebalik lagu 'Smoke On The Water' tu. Ia berkenaan dengan seorang lelaki yang sangat fanatik dengan sebuah kumpulan muzik sewaktu berlangsungnya sebuah konsert di Montreaux, Switzerland. Lelaki berkenaan oleh kerana terlalu asyik mendengar lagu yang dimainkan, telah meletupkan 'flare gun' yang kemudiannya mengena tepat ke siling casino sehingga tempat tersebut terbakar. Casino tersebut terletak betul-betul di tepi tasik Geneva yang juga dipanggil Lac Le Man. Bersempena dengan kejadian tersebut, kumpulan Deep Purple yang kebetulan berada disitu terus membuat lagu berdasarkan kepada kejadian benar itu. Hingga sekarang lagu "Smoke On The Water' sangat sedap didengari walaupun mempunyai elemen-elemen rock yang agak keras!
 
Aku bernasib baik kerana berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah sekolah perhotelan yang terbaik di dunia yakni Institut Hotelier Cesar Ritz (www.ritz.edu) yang terletak di Le Bouveret, Switzerland. Jarak tempat aku dengan Montreaux hanyalah 20 minit jika memandu kereta menyusuri tasik Geneva dan melewati Chateau de Chillon. Sewaktu disana aku sempat melawat banyak tempat bersejarah dan salah satunya ialah casino tadi dan sambil menghirup kopi panas di sebuah taman di tepi tasik Geneva (the place where Montreaux Jazz Festival is held), aku terkenangkan cerita dan peristiwa kebakaran tadi......hahahahaha!

Uriap Heep

Kumpulan ini juga merupakan sebuah kumpulan rock yang hebat sewaktu aku dizaman persekolahan circa tahun 80-an dulu. Tengah-tengah malam jika aku ke tandas dan melewati bilik-bilik senior, aku pasti akan terdengar lagu-lagu ini dimainkan dengan volume yang amat kecil. Kecil kerana takutkan warden seperti Ustad Shafie, Cikgu Sabarudin, Cikgu Azizi ataupun Cikgu Adnan yang lalu ketika meronda tengah-tengah malam terdengar dan cassette player akan dirampas! Kumpulan Uriah Heep ini ditubuhkan di London pada tahun 1969-70 dan dianggotai oleh Mick Box, Bernie Shaw, Phil Lanzon, Russell Gilbrock dan Davey Rimmer. Manakala lagu yang meruntun pendengar-pendengar muzik rock  pada waktu itu pastilah  lagu 'Lady In Black'.

Aku membesar dengan muzik-muzik yang seperti ini. Muzik-muzik sebegini telah meninggalkan impak yang amat besar pada waktu dan ketika aku sedang membesar. Itulah waktunya aku mula terdedah dengan kepelbagaian dan warna-warni kehidupan. Daripada situ juga aku belajar menilai apa yang baik dan apa yang buruk melalui penelitian terhadap lirik-lirik lagu yang dimainkan. Rentak yang keras mahupun yang lebih 'mellow' cuba aku baca dan kaji. Melihatkan kepada pengikut-pengikut rangkaian lagu-lagu sebegini juga amat menarik bagi aku. Cara pemakaian dan juga cara percakapan mereka kadangkala menjurus kearah sesebuah kumpulan yang disukai. InsyAllah dientry-entry yang akan datang aku akan cuba menulis lagi berkenaan lagu-lagu dan kumpulan-kumpulan muzik yang agak mempengaruhi aku suatu ketika dahulu serta peralihan genre keras ke genre yang lebih melodious dan seterusnya ke genre ketuhanan. Kesemua ini mematangkan aku......till then people, have a great week!
 

Khamis, Oktober 24, 2013

Jagalah kesihatan!

Celebrity Fitness, Bangsar

Sekali lagi aku terpanggil untuk bercerita serba sedikit mengenai kesihatan walaupun aku bukanlah pakar yang patut dicontohi! Hahahahahaa....Segala-galanya bermula 15 bulan yang lalu. Kesihatan aku sedikit terganggu dengan sakit dibahagian belakang badan, demam dan selsema setiap bulan. Aku jadi rimas. Setiap bulan aku terpaksa berjumpa doktor dan setiap kali itulah aku akan diberikan paracetamol, antibiotics dan juga pain killer. Badan menjadi letih. Nafas tercungap-cungap dan aku seperti tak bertenaga. Aku ambil vitamin C. Aku ambil pelbagai supplement setelah membaca beberapa articles yang kononnya mujarab. Banyak medical journal yang dah aku baca walaupun aku bukanlah berminat sangat. Di waktu terluang aku akan mencari-cari website kesihatan. Jawapan dan hasil yang aku dapat tidak mampu memuaskan hati aku. Berat badan semakin bertambah. Selera makan juga bertambah. Anak-anak masih kecil.

Lepas workout..

Seperti yang aku pernah cerita dulu, aku terpanggil untuk kembali berjinak-jinak dengan workout di gym 2 tahun yang sudah. Di waktu sekolah, aku sangat aktif bersukan. Sampaikan dalam kepala otak aku pun 24 jam pikir pasal sukan dan bukannya Chemistry, Biology, Physics apatah lagi Additional Mathematics! Bila aku memandang ke papan hitam ataupun memandang muka Miss Chin didalam kelas Chemistry, bukan bermakna aku tengah concentrate mendengar fakta-faktanya tetapi kepala otak aku terus menerawang ke padang rugby. Berangan macamana aku nak buat tendangan penalty ataupun conversion. Berangan bagaimana aku nak 'dummy' opponents aku dengan 'side steps' ataupun larian-larian deras. Aku tertangkap dengan Miss Chin bilamana beliau berubah tempat sedangkan mata aku masih tertumpu ke dinding yang tak membawa makna! Beberapa kali Miss Chin menghalau aku keluar dari kelas. Alhamdulillah...result aku didalam Chemistry tidaklah seteruk yang Miss Chin jangkakan! Hahahahahaha.....Tapi begitulah aku. Asyik sangat dengan sukan...sampaikan pelajaran aku terus terabai pada waktu itu!

Original bicep tanpa bahan terlarang!

Pada tahun lalu genap 15 bulan yang lalu, aku nekad untuk mendaftarkan diri di Celebrity Fitness. Mulanya bulan Ramadhan, aku pun mula dengan latihan-latihan aku di gym. Ramai yang kata aku gila tetapi bagi aku, Ramadhan merupakan bulan yang terbaik untuk aku mula melakukan sesuatu. Ia menguji mental dan fizikal aku. Tepat jam 5.45pm aku dah terpacak di gym. Mula dengan regangan, kemudian berlari anak di atas treadmill dan akhir sekali menggunakan dumb bell untuk menguatkan otot yang dah sangat kendur! Di waktu bulan Ramadhan, aku mengunjungi gym sebanyak 3 kali seminggu sahaja. Manakala di bulan-bulan yang lain jika aku sempat aku akan ke gym sebanyak 5-6 kali seminggu. Setiap kali aku ke gym aku akan membuat latihan pada bahagian badan yang lain. Sebagai contohnya, Isnin untuk bahagian atas badan. Selasa cardio dengan berlari diatas treadmill selama 40 minit dan pada speed yang sesuai. Rabu aku akan lakukan lower body iaitu paha depan dan belakang serta betis. Khamis aku akan menyertai kelas pada pukul 7 pagi selama 1 jam. Ada pelbagai kelas disini untuk disertai. Jumaat ialah Bosu Yoga. Memang letih dan badan akan mula terasa sakit. Disinilah terletaknya disiplin. Apabila badan mula terasa sakit, janganlah dimanjakan sangat dengan berehat selama 4-5 hari. Badan yang sakit bermakna ia sedang bekerja setelah puas 'tidur' selama bertahun-tahun! 

45 year old boy. No supplements here people!

Aku sering melihat dan membaca disuratkhabar berita-berita tentang masyarakat yang bertubuh besar, gempal dan obese. Aku baca dengan penuh minat. Mengkaji dan terus mengkaji kenapa masyarakat kita masih tidak mengambil iktibar daripada berita-berita tersebut dan keadaan sekeliling yang tidak sihat? Setiap kali kita keluar minum dan makan diwarung-warung, kita akan lihat anak-anak sekitar umur 20an yang mempunyai rangka tubuh badan yang besar. Aku akan sentiasa rasa terpanggil untuk duduk bersama mereka dan cuba menyelami apa yang menyebabkan mereka begitu? Aku pernah berada di paras bahaya 15 tahun dulu. Aku pernah sampai ke 95 kilo. Dan aku baru di dalam lingkungan 30an! Mengerikan. Aku tidak kata aku kurus. Aku kata aku semakin sihat dan bertenaga. Alhamdulillah.

Aku sedih melihat adik-adik yang tak menjaga kesihatan dengan mengatakan mereka kesuntukan masa. MasyAllah. Kita diberikan 24 jam sehari. Makanya, jadualkan masa untuk beriadah sebaik mungkin. Bila balik ke rumah walaupun sudah senja, apa salahnya kalau berjalan ke masjid berdekatan untuk bersembahyang maghrib ataupun isyak. Kalau masjid tu agak jauh lagi bagus. Selain sihat, bertambah juga pahala! Setidak-tidaknya tanamlah pokok karapoley dibelakang dapur. Selain daripada boleh berpeluh, boleh jugak dibuat rencah untuk kari! Menyapu laman rumah ataupun mencuci kereta juga baik untuk kesihatan. Yang tak baiknya apabila lepas berpeluh kita minum teh ais 2 gelas besar! Hahahahaha...Itu untuk yang dewasa. Kepada adik-adik, Uncle nak berpesan.....kebanyakan penyakit berpunca daripada apa yang kita makan dan minum selain daripada penyakit yang malangnya kita dapat daripada ibubapa kita. Sayanglah kiranya adik-adik yang masih muda, berbadan besar dan gempal kerana adik-adik akan merasa terpinggir, rendah diri dll lagi. Come on adik-adik.....do something! Ini Uncle cerita ni bukannya Uncle nak suruh beli produk apa-apa....Uncle sendiri tak jual ubat kurus. Niat Uncle hanyalah supaya timbul kesedaran untuk kita menjaga kesihatan. Sentiasalah ingat mengingati diantara satu sama lain.
 
Ada sorang doktor 'gynae' yang juga akan ke gym pada waktu yang sama dengan aku yakni 6.45 pagi. Didalam locker kami selalu bersembang tentang kesihatan. Dia banyak menasihati aku dan dia jugak banyak mengajar aku cara-cara betul membuat latihan. Selalu kami berjumpa. Tapi sampai ke hari ni aku tak tahu nama dia....hahahahaha.....nak tanya kali ke 4 segan pulak.....disiplin beliau sangat tinggi. Dia dan 3 orang lagi rakannya akan sentiasa mendorong satu sama lain setiap pagi. Latihan yang mereka buat juga amat berat bagi aku. Untuk berbaring dan mengangkat dumbbell ke atas serentak kedua-dua tangan aku cuma mampu dengan 18kilo sebelah tangan sedangkan mereka sudah melebihi daripada 30 kilo. Sebab itulah aku tengok lengan masing-masing dah sebesar peha aku! Hahahahahaha...ok people, stay positive will ya!

Sabtu, Oktober 19, 2013

Jumaat datang lagi!

Lutfi Lokman

Aku dikunjungi oleh seorang kenalan lama. Kenalan yang aku kenal bilamana aku berkesempatan bertugas di Mekah dulu. Diwaktu itu aku selalu ternampak kelibat Lutfi, isterinya dan "Waseem the Hemsem Boy" makan di D'Saji. Banyak kali jugak apabila aku ke sana untuk melepaskan rindu pada teh tarik, aku akan terserempak dengan beliau sekeluarga! Senyuman bertukar salam. Dari duduk di meja asing-asing, kami mula bertegur sapa dan mula duduk disatu meja. Lutfi dengan kamera ber lens panjang yang diusung merata-rata waima ke Masjidil Haram sekalipun! Aku yang sangat sibuk pada waktu itu akan merasa lega melihat keletah Waseem yang juga mengubat kerinduan aku pada anak-anak di Malaysia! Lutfi sangat pemurah dengan pandangan-pandangan bernas apabila diajukan soalan. Baik mengenai bidang yang digemarinya yakni fotografi mahupun berkenaan dengan hukum-hakam agama. Lutfi sentiasa memberikan idea-idea bernas dan kadang-kala tersenyum dan sememangnya senyuman Lutfi sangat 'cheeky'. Anda lihatlah gambar beliau diatas. Kami senang berbincang walaupun umur agak ketara kerana Lutfi dianugerahkan Allah SWT dengan kemahiran mengambil hati dan ternyata kami agak 'serasi' didalam berbicara soal-soal yang tak masuk akal! Jika kami tidak bertemu di D'Saji, aku akan menjemput Lutfi dan rakan-rakan sekuliahnya yakni Asnawi dan Rashid ke hotel ataupun kami sambung bersoal-jawab di bilik aku saja. Walaupun mereka bertiga pada waktu itu berumur didalam lingkungan pertengahan 20-an, tetapi anugerah Allah SWT kepada mereka membuatkan aku terasa kecil. Tanya saja mengenai apa-apa topik terutamanya yang berkenaan dengan agama. Mereka akan menjawab beserta dengan hadisnya sekali. MasyAllah! Mereka adalah pelajar Umm Qura University di Mekah. University yang banyak melahirkan cendikiawan dan pemikir Islam dunia!
 
Lutfi datang menjenguk aku bersama dengan kedua ibubapanya. Pakcik Lokman, ke IJN untuk routine checkup dan ditemani oleh isteri dan Lutfi. Yang membuatkan aku teruja ialah bilamana bonda Lutfi memberitahu aku yang beliau juga membaca blog aku! Hahahahaha...alhamdulillah. Terimakasih makcik kerana membaca...Lutfi menghadiahkan aku sebuah buku yang menghimpunkan banyak gambar-gambar menarik Mekah yang diambilnya selama 9 tahun bermastautin disana. Kini hasil karyanya dipamerkan di Muzium Kelantan setelah berada di London beberapa tahun yang lalu!

Aidil Adha..
 
Aku pun tak tahu kenapa setiap kali raya dan setiap kali ambil gambar, pastinya aku akan memakai baju melayu yang sama dan pose di tempat yang sama! Bila ditenung lama-lama, tak sangka anak-anak lelaki aku sedang meningkat usia remaja. Aku seronok bila membawa anak-anak berjalan kemana-mana kerana kini kami boleh bercerita tentang topik yang sama! Men's talk! Kami berbicara tentang pelajaran, tentang sukan, tentang movies yang kami sudah dan akan tonton nanti dan sekali-sekala terselit jugak cerita girlfriend......hahahahahaha......teenagers years....i've gone through! Abang dah tanya samada dia boleh mengikut aku ke gym sewaktu musim cuti sekolah nanti. Hmmm.....nanti kena pikirkan dulu sebab aku suka pergi awal pagi yakni selepas subuh sedangkan waktu itulah abang masih sedap tidur! Yuya pula asyik dengan IPod hadiah daripada atuk Jepun. Aku bagi perlepasan kepada Yuya sebab dia dah habis periksa. Begitu jugak dengan abang....

Aku dengan budak yang suka cakap non-stop!

Marina sangat menghiburkan. Setiap kali jika aku harus bertugas sehingga lewat, aku pasti teringatkan Marina. Aku suka kacau dia. Geletek dia. Bercerita dengan dia perihal Mashitah dan rakan-rakan dia yang lain. Suatu hari dia balik dengan muka masam. Aku tanya kenapa dia muka masam? Dia jawab yang dia tak dapat jadi pengawas pada tahun depan. Aku pujuk dengan mengatakan bahawa selalunya yang terbaik akan dipanggil disaat-saat akhir. Aku juga beritahu kepada Marina bahawa tidak menjadi pengawas bukan bermakna masa depan kita akan gelap! Lama kami berbual berdua. Akhirnya dia dapat menerima penerangan aku yang panjang lebar itu. Selang sehari, cikgu panggil Marina dan berikan sepucuk surat untuk diberikan kepada aku. Marina ceria kali ni. Katanya itu merupakan surat perlantikan Marina sebagai pengawas untuk sessi 2014. Marina risau jika aku tidak bersetuju. Aku terlupa nak mengisi borang perlantikan pengawas. Marina tarik muka dengan aku. Setiap jam dan setiap saat dia akan mengingatkan aku sampai aku naik rimas....
 
Setiap kali kami keluar aku akan cuba memulakan perbualan. Aku teringatkan abang ipar aku yang berpesan kepada aku suatu hari di balcony rumah aku....."Shah, you have to find common topics to talk to your kids...cari minat yang sama dan berbuallah dengan panjang lebar. Pada masa itu mereka akan lebih terbuka berbicara dan akan menjadikan kita sebagai bukan sahaja ayah mereka tetapi juga sebagai teman rapat untuk berbual apabila ada sebarang masalah!". Kata-kata beliau masih terpahat didalam fikiran aku.....aku ucapkan terimakasih dan kami sambung menghirup kopi panas.....Hujan masih turun!

Tasik Titiwangsa by Yuya!

Beberapa hari yang lalu aku berkesempatan membawa kesemua ahli keluarga ke Tasik Titiwangsa. Sebenarnya aku dah tak tahu nak kemana. Marina kayuh basikal, Yuya main 'wake board' manakala aku dan abang bermain badminton. Angin kuat. Kami terpaksa berhenti bermain dan duduk berehat mengadap Istana Budaya. Tanpa kami sedar, Yuya perlahan-lahan mengambil gambar kami dengan IPodnya dan kemudian menukarkan ke warna hitam-putih. Aku sukakan hitam-putih kerana bagi aku nampak klasik! Aku bagitahu abang yang aku nak tengok gambar girlfriend dia dan aku cakap kalau tak comel aku tak bagi datang rumah! Abang tunjuk.....dan dalam hati aku berkata, 'Ok. Boleh datang rumah!'

I'm feeling GREAT!

Seminggu sekali aku akan mengambil bacaan ini. Bukannya apa, device dah ada di office. So kalau tak pakai rugi pulak rasanya! Setakat ini bacaannya semua alhamdulillah. Masih ok. Pada masa depan, aku tak tahu lagi. Arwah kedua-dua ibubapa aku meninggal agak muda (pada pandangan aku). Bapak umur 64 manakala mama pulak 74! Walaubagaimanapun, yang aku nak bagitahu kat sini bukanlah perihal arwah mama dan bapak. Tetapi tentang masyarakat kita yang memandang rendah kepentingan kesihatan. Selalu juga aku mendengar perkataan seperti 'rezeki jangan ditolak'. Masalahnya kalau makanan dah terlalu banyak dan makan sampai tak ingat dunia, itu namanya 'cari penyakit'. Anak-anak kecil yang berbadan gempal melebihi had umur dikatakan comel. Iya...memang comel...tapi kita sebagai ibubapa pernahkah terfikir apa akan berlaku kepada mereka bilamana kita telah tiada? Kencing manis, sakit jantung dsbnya. Kita selalu mengambil mudah perkara sebegini. Aku tak kesiankan mak-bapak tersebut. Aku kesiankan masa depan anak-anak tadi! Kita akan ketawa atau menyalahkan anak-anak kita apabila ditegur. Kita berkata yang anak-anak kita kalau tak makan nasi, akan terketar-ketar! Ada betulnya. Pengambilan carbohidrat penting untuk memberi tenaga. Tetapi jika nasi ditambah dengan burger, french fries dan minum coca-cola.....itu seperti 'time-bomb' yang hanya menunggu saat untuk meledak! Makanya disini aku ingin menyeru kepada para ibubapa agar menukar habit pemakanan dirumah dengan makanan dan minuman yang seimbang. Utamakanlah kesihatan. Didalam setiap kali kita makan, carb, protein dll harus lengkap-melengkapi satu sama lain. Jangan lupa untuk beriadah! Itu sangat penting. Aku bernasib baik kerana tempat aku menjadi pilihan kepada beberapa orang doktor pakar dan pakar pemakanan serta pakar motivasi untuk duduk bermesyuarat bagi merencanakan program kesihatan. Beberapa kali juga aku dipanggil bersama untuk berbual-bual kosong. Mereka bertanyakan beberapa perkara dan alhamdulillah kami berpendirian dan berpendapat sama. Semuanya harus bermula dirumah. Anak-anak disogokkan oleh ibubapa. Anak-anak melihat tabiat pemakanan ibubapa. Jika dirumah dan dari kecil perkara yang positif diterapkan, insyAllah anak-anak kita akan menjadi lebih sihat dan jangka hayat hidup kita juga akan bertambah. Kesimpulannya, "Lead A Healthy Lifestyle, People!". Have a pleasant weekend!

Sabtu, Oktober 12, 2013

Malaysia ku Indah!

Masjid Negara

Alhamdulillah pada minggu lalu sewaktu dalam perjalanan pulang, aku terpanggil untuk bersolat Maghrib di Masjid Negara. Sebenarnya Masjid Negara merupakan laluan aku setiap hari untuk pulang ke Ampang. Aku meletakkan motor di tepi jalan berhadapan dengan bangunan TV Al Hijrah. dan bergegas mengambil wuduk dikaki tangga sebelum naik ke tingkat atas dan duduk di ruang sembahyang. Jemaah lelaki di depan manakala wanita dibelakang sekali berhampiran pintu. Ini bukan kali pertama aku bersolat disini. Ini mengimbas kembali kenangan aku pada tahun 1991 sewaktu aku mengambil kursus bahasa Jepun secara intensif di Wisma Belia sebelum mengikuti program "Look East Policy" di Jepun, setiap hari Jumaat, disinilah tempat aku akan bersolat jemaah. Tidak banyak perubahan dilakukan. Tahap kebersihan tetap baik seperti dulu. Masih lagi ramai pelancong dari luar negara yang sibuk mengambil gambar dan memasuki ruang dalam masjid untuk menghayati keindahan masjid dan senibina Islam yang hebat. Jubah-jubah dan abaya untuk pelancong yang tidak menutup aurat masih lagi ada di tangga sambil diberikan penerangan oleh petugas mengenai adab-adab masjid kepada pelancong.
 
Selesai solat Isyak, aku bersandar di tiang tepi tangga nak turun ke bawah. Bersandar memandang jauh ke mimbar masjid sambil mengenangkan nasib aku yang tak tentu hala dari dulu! Sedang aku mengelamun tiba-tiba aku terlihat kelibat yang amat aku kenali. Seperti yang aku kata dulu, kemana saja aku pergi, aku pasti akan bertemu dengan orang yang aku pernah bersama dulu-dulu. Rakan sekolah, rakan universiti, rakan tak tentu hala dan lain-lain. Bila dah hampir kearah aku, aku bingkas bangun menghulur tangan, berjabat tangan tanda hormat dan bertanya khabar. Dato Azhar Wahab merupakan senior aku 3 tahun semasa di sdar dulu. Aku hormatkan dia kerana dia senior aku semasa disekolah dulu selain daripada a very low profile dan down to earth person walaupun memegang jawatan sebagai General Manager di syarikat membuat kereta Jepun di Alor Gajah, Melaka. Anak-anaknya bersalaman dengan aku. Kami sama-sama terkejut kerana tak sangka yang kami akan bertemu di tempat yang kami sendiri tak jangka, yakni Masjid Negara! Sekali lagi aku terpaku bilamana mengetahui tujuan Dato Azhar bersembahyang disitu. Selain daripada untuk bersembahyang di Masjid Negara juga kerana diminta oleh anak-anak beliau untuk melihat sendiri makam pahlawan usai menonton cerita Datuk Paduka Shuhaimi!
 
"Mamak Style"

Poster potongan-potongan rambut ini terpampang dihampir kesemua kedai gunting mamak diseluruh tanahair. Datangnya daripada Thailand. Sewaktu aku masih ligat ke kedai gunting mamak, aku akan bagitahu pada mamak fesyen guntingan yang aku mahu. Nombor 5 sebagai contohnya. Tapi akhirnya yang aku dapat pasti nombor lain. Baru-baru ni kawan aku juga berkongsi cerita yang sama di posting aku didalam FB. Aku gelak sakan membaca cerita dia. Semasa aku ikut makcik aku gunting rambut di Taman Intan Alor Setar tahun 1983 dulu pun gambar di ada dilekat didinding. Kemudian bila aku gunting rambut di kedai mamak di Damansara Utama (sederet kedai runcit Azlina dan berhampiran dengan KDU) sekitar tahun 1988, pun ada poster ni terpampang didinding. Minggu lalu semasa aku membawa Yuya menggunting rambut di Ampang, sekali lagi poster ni membuatkan aku tersenyum sendirian! Yuya hairan. Tapi dia akan tahu didalam tempoh 20 tahun akan datang....dan dia juga bakal tersenyum!

Bunga Marina

Satu malam, Marina kecoh mencari botol untuk dibawa ke sekolah. Katanya penting sangat. Keesokan harinya sewaktu aku pulang dari kerja, aku terlihat bunga ini diletakkan diatas TV. Aku tanya siapa yang letakkan? Marina lantas menjawab yang itu merupakan hasil kerjanya disekolah siang tadi. Patut lah malam sebelumnya Marina kelam-kabut mencari botol! Bagi aku bunga hasil daripada guntingan botol itu sangat comel dan kreatif. Pandai cikgu yang mengajarnya. Tangan aku keras dan bukan tangan seni. Lukisan aku keras dan memang tak berseni! Bahasa aku straight forward dan juga tidak berseni. Tapi anak-anak aku yakni Yuya dan Marina aku lihat mereka berminat dengan kerja-kerja seni ni. Aku tak boleh. Tak tahan sabar....lama-lama buat dan tak menjadi, aku akan buanng saja ke tong sampah. Sama macam kerja aku untuk membuat 'tanglung' semasa disekolah di Pulau Pinang sekitar tahun 1976 dulu. Buat-buat tak jadi...buat-buat tak jadi...last-last aku beli tanglung naga di pasar Jelutong. Puas hati!  Hahahahahaha.....

UNIQLO KLCC

Aku ada terbaca satu tulisan mengenai motivasi kesihatan. Katanya, setiap kali beliau ke gym beliau akan memasukkan USD1 ke dalam tabung. Dalam waktu yang sama beliau akan mula melakar angan-angan. Bila cukup duit tu nanti, beliau akan membeli kasut baru ataupun baju baru sebagai motivasi setiap kali ke gym. Aku terpanggil untuk mengikut jejak langkah beliau. Apa salahnya mengikut ataupun meniru jika perkara tersebut berunsurkan kebaikan! Jadi aku pergi ke dapur dan mengambil satu botol jem yang dah habis dan siap dicuci.Aku letakkan diatas meja didalam bilik tidur. Setiap pagi aku nak ke gym, aku akan masukkan RM1 ke dalam botol jem tadi. Bila botol jem dah penuh, aku tukarkan pulak kepada botol kuih raya. Besar sikit! Hahahahahaha....setelah hampir 4 bulan aku ke gym, aku dah dapat kumpulkan hampir RM100. Makanya pada hari minggu yang lalu, aku mengajak anak-anak ke KLCC. Tujuan aku hanya nak ke Uniqlo dan cari kemeja casual. Aku jumpa sehelai dan aku beli. Harganya sekitar RM78 sehelai. Sebelum keluar kedai, aku sempat tangkap Marina dan suruh Yuya ambil gambar dengan plastik baju yang aku beli. PUAS! Hahahahahaha...sekarang aku menabung lagi setiap pagi. Harapan aku dapatlah aku kumpulkan wang aku sendiri untuk membeli SKETCHERS yakni kasut untuk aku guna buat ke gym! Semangat.....semangat.....
 
Pagi ni juga ada seorang kawan aku memberitahu yang dia berasa pening-pening dan tak sedap badan. Berada diklinik dan setelah di check, BPnya 170! Masyallah....apa dah jadi? Umurnya masih muda. Baru 47! Kenapa jadi begitu? Kesimpulannya sangat simple bagi aku. Sekali lagi aku pesan pada semua, "You Are What You Eat!". Please...I beg all of you people, Lead a Healthy Lifestyle! Have a nice weekend!

Khamis, Oktober 03, 2013

Aku happy!

Komuter KL-Sg Gadut RM6.60

Sekali lagi aku ke Sungai Gadut. Mungkin ramai tak tahu ataupun tak pernah dengar nama Sungai Gadut ni. Sewaktu aku belajar di Seremban dulu, ura-ura untuk sekolah bertukar ke tapak yang baru telahpun terdengar. Kami tahu yang kami tak akan berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kampus baru tapi memadailah dengan kampus kecil kami di Sikamat yang rasa aku sudah 'cukup rasa' sebenarnya. Ada padang bola yang juga merupakan padang ragbi, ada padang hoki, court tenis, court bolakeranjang, dewan makan dan dewan besar serta beberapa blok yang menempatkan kelas kami dan beberapa lagi merupakan asrama. Setiap bilik atau dipanggil dormitory mempunyai seramai 20-26 orang pelajar yang tidur di katil bertingkat (macam mangkuk tingkat) tetapi bila aku menjadi senior, bilik aku cuma ada 16-18 orang sahaja di D7. Antara katil, dikepung lagi dengan rentangan kain-kain pelikat membentuk kawasan eksklusif yang dipanggil "cube". Adik-adik junior tidak akan berani menjengah ke dalam walaupun hanya dibayangi oleh kain pelikat nipis yang hampir terkoyak! Lantai pula dilapik dengan tikar getah yang dibeli di bandar seremban dan diusung pulang ke asrama oleh adik-adik yang telah ditugaskan! Harga dikira mengikut kiraan kaki. Malulah kalau senior yang terpaksa mengusung pulang! Jadi kali ini kembalinya aku ke sekolah walaupun kampus yang berbeza, telah mengembalikan aku kepada tempat aku belajar berdikari. Tempat aku menimba ilmu selama 5 tahun sejak berumur 13 hinggalah aku berumur 17 tahun. Mana mungkin aku lupakan sekolah yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan muafakat. Sekolah yang mengajar aku lebih banyak menyimpan rahsia daripada membocorkannya. Sekolah yang membentuk aku menjadi sangat berdikari dan mampu menempuh cabaran dimana sahaja aku pergi di seluruh dunia. Sekolah yang melahirkan ramai pemimpin negara kecuali aku! Hahahahahaha.....Kini secara tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk membantu adik-adik aku didalam bidang yang amat aku sukai yakni sukan. Aku sedang merancang sesuatu. Tidak besar tetapi memadai untuk aku sebagai membalas jasa 5 tahun aku disana. Aku rasa inilah masa terbaik untuk aku curahkan sedikit ilmu dan pengalaman yang aku ada khususnya untuk adik-adik aku yang berminat!

JDR

Majalah HIJAB keluaran Oktober ada menceritakan sedikit tentang Jeumpa d'Ramo. Mereka memberi 2 mukasurat khas untuk kami. Terimakasih daun keladi. Selalu-selalulah tulis lagi! Dah lama kami tak keluar dimuka mana-mana majalah. Aku rasa kali terakhir ialah sewaktu Datuk Siti Nurhaliza ziarah untuk melakukan photoshoot keluaran HariRaya AidilFitri yang lalu. Tetapi setelah majalah HIJAB memberi ruang kepada kami untuk kembali menonjolkan diri, tiba-tiba rezeki untuk ditemuduga datang...walaupun bukan untuk menemuramah aku tetapi syukur kerana mereka ingin menemuramah pemilik tempat aku bekerja ini bagi menceritakan perihal 'boutique hotel' yang diusahakan. Alhamdulillah dan terimakasih kepada akhbar-akhbar berkenaan. Kami di JDR sentiasa berbesar hati apabila diberi ruang sebegitu! Matlamat kami hanyalah satu, yakni memberi kepuasan maksima kepada semua tetamu dalam dan luar negara yang menginap disini dengan layanan-layanan personal kami yang tiada tolok bandingnya....sekali lagi alhamdulillah. This is in fact a TEAM effort!

Aku percaya!

Aku percaya dengan kenyataan tersebut. Kenapa tidak? Setiap pagi gerai ataupun kedai yang menjual nasi lemak, roti canai, nasi berlauk dan nasi dagang akan menjadi tumpuan masyarakat. Kadang-kadang aku tidak terkecuali tetapi akhir-akhir ini, alhamdulillah...aku mampu menahan nafsu makan. Semuanya demi kesihatan. Aku sedih melihat anak-anak kecil dikerah makan nasi setiap pagi kerana katanya tanpa nasi otak tidak akan cerdas dan kita akan tidak bertenaga. Ada kebenarannya kerana karbohidrat menjanakan tenaga. Tetapi jika karbohidrat terlampau banyak dan tidak dibakar atau dicernakan dengan betul, ia akan berubah menjadi 'gula' dan ini bakal menyebabkan penyakit kencing manis! Aku tambah sedih bilamana mendengar cerita ataupun melihat kenyataan-kenyataan di FB yang menunjukkan hidangan yang dimasak untuk orang tersayang adalah kebanyakkannya berlemak dan bersantan serta berminyak! Jika begitulah cara kita sayangkan keluarga kita, maka cepat-cepatlah berbuat sesuatu kerana pasangan kita tak akan hidup lama!
 
Lihat saja dikantin sekolah. Apakah makanan ruji disetiap kantin sekolah diseluruh negara? Sudah pasti nasi lemak. Aku tak kata yang makan nasi lemak itu tidak baik tetapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah kita harus bijak menilai apa yang kita nak makan ataupun minum. Cuba kita lihat disekeliling kita. Rata-rata yang akan kita nampak ialah yang berbadan gempal. Apakah mereka tidak risaukan kesihatan? Apakah mereka tidak risaukan penampilan mereka dikhalayak ramai? Aku sangat-sangat sedih bilamana ramai yang akan ketawa bilamana topik diet atau bahayanya makan berlebihan diutarakan. Seolah-olah ia satu topik yang sangat menggelikan hati!


Setiap pagi..

Dah lebih setahun aku ke gym. Bermula dengan bulan Ramadhan tahun lepas. Sebelum itu aku sering sakit belakang, demam, selsema dan banyak lagi. Banyak kali aku ke klinik Gomez mendapatkan nasihat dan ubat-ubatan. Semuanya hanya mampu bertahan selama beberapa hari sahaja. Aku marahkan diri sendiri. Bila tibanya Ramadhan tahun aku, aku nekad untuk melakukan sesuatu terhadap kesihatan diri aku. Kedua ibubapa aku meninggal dunia diusia yang bagi aku masih awal disebabkan oleh penyakit 'rangkaian' seperti kencing manis dan sewaktu dengannya. Aku tahu yang ajal dan maut itu ditangan tuhan. Tapi apakah kita hanya harus berserah kepada takdir tanpa berusaha melakukan sesuatu? Jadi bertolak daripada itu aku sering ke gym. Dulu sewaktu mula-mula, aku cuma ke gym sebanyak 3 kali seminggu. Tetapi lama-kelamaan aku jadi sangat teruja bila sakit belakang aku beransur baik, demam aku berkurangan, selsema aku hilang, sakit tekak aku pun baik. Kini aku ke gym hampir setiap pagi selepas subuh. Sampai jiran sebelah rumah pun aku dah tak jumpa lagi! Mulanya aku akan berada di gym pada pukul 7.15 pagi selama sejam. Kemudian waktu aku bertambah awal, menjadi pukul 7 pagi tetapi kini selepas Yuya selepai peperiksaan UPSR, aku terus keluar rumah selepas subuh kerana gym dibuka pada pukul 6 pagi! Alhamdulillah, kesihatan aku bertambah baik. Itulah sebenar yang aku cari. Wang ringgit yang banyak tidak dapat membeli kebahagiaan jika kesihatan sentiasa menjadi masalah. Duit berjuta-juta tiada maknanya jika kita hanya terlantar dihospital tidak bergerak. Jadi disini, aku nak mengambil kesempatan ini mengajak pembaca, rakan-rakan dan sesiapa sahaja ikut bersama-sama menjaga kesihatan agar hidup kita lebih bermakna! Lead a healthy lifestyle people!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...