Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, September 27, 2011
Jumaat, September 23, 2011
Jangan nak kelentong!
Tempat abang buat masa ni |
Y.U.N.A (yuya and marina) pizza special! |
Isnin, September 19, 2011
Utusan Malaysia 19/9/2011
Salam semua. Dibawah adalah petikan daripada keratan artikel tentang salah satu daripada projek-projek yang sedang dijalankan. Banyak lagi yang akan menyusul. Tunggu saja pengumumannya nanti samada di blog ini ataupun di akhbar2 tempatan serta luar negara....hahahahahahahah (gelak orang kaya yang sombong dan lupa diri!!!)
KUALA LUMPUR 18 Sept. - Banglo berkembar, Jeumpa d'Ramo yang terletak di Bangsar di sini, kini membuka pintunya kepada pelancong-pelancong tempatan dan asing untuk menikmati konsep penginapan eksklusif ala Aceh.
Jeumpa d'Ramo menyediakan 18 buah bilik dengan tiga pilihan iaitu standard, deluxe dan suite selain kemudahan lain seperti kolam renang, dapur, bilik mesyuarat dan ruang majlis yang luas.
Pengurusnya, Shahrir Ali berkata, Jeumpa d'Ramo sesuai sekali untuk pelanggan menganjurkan majlis keraian dalam kelompok kecil seperti majlis pertunangan, perkahwinan dan majlis persendirian.
Katanya, Jeumpa d'Ramo unik kerana ia menawarkan kepada tetamu yang hadir suasana seperti berada di rumah sendiri selain berpeluang menikmati dekorasi Aceh yang jarang-jarang dijumpai.
"Banglo ini mampu menampung sehingga 300 orang tetamu pada satu-satu masa dan antara artis tempatan yang pernah mengadakan majlis di sini adalah Elyana dan Siti Sarah.
"Lokasi Jeumpa d'Ramo sangat strategik di tengah-tengah Bangsar menjadikan hotel mini ini sebagai pilihan tetamu yang mahukan suasana penginapan yang bebas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Shahrir berkata, kemudahan yang disediakan di Jeumpa d'Ramo setaraf dengan hotel empat bintang tetapi harga yang ditawarkan jauh lebih murah.
Katanya, antara keunikan menginap di Jeumpa d'Ramo adalah tetamu boleh bersantai di ruang tamu, perpustakaan mini, di laman mini dan memasak sendiri di ruang dapur yang disediakan.
"Kebanyakan tetamu yang datang secara berkumpulan amat gemar dengan konsep yang kami tawarkan kerana lebih bebas berbanding hotel.
"Reka bentuk dan peralatan di Jeumpa d'Ramo juga sangat cantik dan sesuai pasangan mempelai bergambar di setiap sudut rumah terutamanya di bahagian tangga utama,'' jelasnya.
Mereka yang berminat untuk menginap di Jeumpa d'Ramo boleh menghubungi talian 03-20944522 untuk tempahan.
Khamis, September 15, 2011
Pokok Buluh/15454
sinilah michelle yeoh dok lompat dalam "crouching tiger" |
Dulu aku ada bercakap dengan sorang jemaah dari seberang tambak yang asal sebenarnya ialah dari Malaysia. Dia tanya aku dari mana? Aku kata yang aku dari Kuala Lumpur...jadi dalam ralit bersembang tu aku ada bertanya kat dia samada dia nak kembali ke Malaysia menghabiskan sisa-sisa hidup dia kat tanah tumpah darah dia sendiri......Dia kata mungkin tidak.....aku terus bertanya, kenapa tidak? Dia jawab, "Malaysia selalu letrik terputus.....". Aku sedih..........
Khamis, September 08, 2011
Sahabat Mekah/kahwin
Sabtu, September 03, 2011
Raya sakan..
dari kiri cepat jalan tu, Yan si anak menakan aku, anak aku dan isteri Yan, Aniza |
Yan has never changed. Dari dulu sampailah la ni...polite dan merupakan sorang yang makcik-makcik akan terpikat untuk dibuat menantu. Tapi bila aku kenang-kenangkan balik, apa bezanya Yan dengan aku? Hahahahahahah! Have a nice weekend people!
Khamis, September 01, 2011
Horey-horey Raya!
aku dan anak teruna, aku jealous sebab dia makan tapi tak gemuk! |
aku cair...walaupun tiap2 hari dia buat pasal... |
QPR? Hmmmmm... Macamana nak bawak abang ke QPR? He has to go.....he has to do it.....to abang, papa nak pesan, "IMPOSSIBLE IS NOTHING!" |
nak raya! Anak-anak aku mengamuk sakan....habis batang penyapu patah 2! Aku kena beli lagi 2! |
asam pedas raya! Asam pedas ayam yang buat semua orang terbongkang pada hari raya ke 3! Melaka pun kalah...... |
muka sembab sebab kenyang asam pedas! Aku cakap dah....in fact hari tu depa makan 2 round! Sekali sebelum swimming dan sekali lepas swimming! Errr, termasuklah "yours truly!" |
kerabu kacang botoi .Ini pulak kerabu. Siap hantar kat neighbour...terkejut beruk depa! |
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...