Pada suatu pagi, saya mendapat panggilan daripada Tan Sri Sanusi Junid. Bunyi nada suaranya amat cemas. Katanya, "Shahrir, where are you? You have to assist me...come to my room now..." Saya pon tanpa banyak soal, terus bergegas ke bilik Tan Sri di tingkat yang agak tinggi dan menekan loceng dipintu. Jantung saya berdegup kencang kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Sebagai contohnya, masalah kesihatan Tan Sri dll. Alhamdulillah lega apabila terdengar suara Tan Sri menyuruh saya tunggu sebentar di luar.
Perlahan-lahan daun pintu terkuak dan saya melihat kelibat Tan Sri hanya memakai tee dan berkain pelikat. Kelihatan Puan Sri duduk membaca Al-Quran sambil mengadap ke Masjidil Haram. Puan Sri menoleh dan saya senyum sambil menganggukkan kepala tanda hormat. Puan Sri kembali menyambung bacaannya....
Saya diberitahu bahawa safe boxnya tidak dapat dibuka. Mungkin kombinasinya telah tersalah dan banyak dokumen penting ada didalam seperti passport dll. Saya cuba menukar bateri tetapi tidak berjaya. Akhir sekali saya tepaksa memanggil Engineering team saya dan meminta bantuan dari mereka. Safe box tadi dirongkah skrunya dan dibawa ke pejabat Engineering kerana peralatan lebih canggih diperlukan untuk membuka. Pada masa yang sama, saya memberitahu Tan Sri bahawa saya sendiri yang akan memantau kerja-kerja membuka safe box itu tetapi Tan Sri masih insist yang beliau mahu berada disitu untuk melihat sendiri. Saya akur. Hampir 3 jam kami duduk bercerita sementara menunggu pekerja Engineering saya cuba membuka safe box tersebut tetapi hampa. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan 'chain saw' untuk memotong safe box tersebut. Berjaya...hahahahahahaha...
Sepanjang 3 jam kami duduk menunggu Eng team saya membuka safe box tersebut, banyak yang kami bincangkan. Dari keluarga saya, hinggalah kepada keluarga Tan Sri. Dari cerita sewaktu saya kecil sampailah ke cerita bagaimana saya terperosok di KSA. Manakala Tan Sri pula bercerita mengenai arwah ayahnya yang suatu waktu dulu memandu lori ikan, cerita beliau menjadi tukang karut sambil menjual "makjun kuat", bekerja sebagai caddy dan pencuci pinggan, mckk dan banyak lagi...hahahahahaha......cerita kami amat santai. Tidak menyentuh langsung perkara-perkara sensitif..sedar tak sedar, safe box itu telah berjaya dipotong. Tan Sri berpuas hati manakala saya pula menjadi kalut kerana terpaksa menyiapkan report kenapa safe box itu terpaksa di "paksa buka!" Hahhahahahahaha...