Khamis, April 30, 2009

Masa muda-muda

(bomba saudi kat tepi ajyad hospital)

(orang ramai dok kerumun tengok)

(kat sini pun orang ramai jugak)

Ini bukan kes hati terbakar lagi dah ni. Dak Li talipon bagitahu yang sebelah hotel kami terbakar. Huh? Terbakar? Biar betul ni. Aku pun jengok keluar tingkap, memang nampak terbakar. Kena pulak waktu tu orang tengah keluar dari sembahyang Asar. Maka berkerumun lah semua kat tepi hotel sambil menyenap gambar (menyenap? Ada ka ni?) Kalaulah cikgu Habibah baca apa yang aku tulis ni, memang sah dia bagi penampar kat aku. Cikgu Habibah ni pun sorang yang teramatlah ganas orangnya. Ada sekali tu aku tak pergi kelas petang cikgu Habibah. Dia mengajar BM. Instead of pergi kelas BM, aku dah pergi tengok bola ke tengok ragbi kalau tak silap aku. Pergh...menyinga cikgu Bibah kat aku. Habis kena marah. Aku ingat kelas sebelah pun dengar kot...Lepas tu aku terpikir, eh takkan tengok bola pun salah? Heh3.....

Ada sekali tu pulak masa tengah makan kat dining hall ada pulak budak buat announcement cakap aku ada phone call. Pergh berlari aku pergi kat talipon tepi kantin tu. Bila aku angkat, ada suara budak perempuan. Aik...sapa pulak ni? Dia kata, "..ni shahrir kan...I nak kenal dengan you boleh?" Eh biar betul ni? Sebab dalam kategori handsome, akulah yang paling tak handsome tapi kalau dalam kategori tak handsome, akulah yang paling handsome! Depa lah kata...aku tak kata! So aku pun layanlah budak tu sembang. Yang hairannya, bukan aku sorang yang dapat call macam tu. Rupa-rupanya ada lah dekat 20 orang dapat call yang sama...heh3...kelakar sungguh! Last-last sekali aku perasan orang yang sama dok tunggu call kat situ berhari-hari. Bila aku tanya, semua description pasal suara budak perempuan tu serupa....heh3...

Salah satu bar kat Seremban yang aku selalu lalu tapi tak pernah masuk ialah "Bar Susu" kat tepi traffic light. Aku lupa nama apa jalan tu tapi tepi Supermarket (Apam atau Kudo mungkin ingat kot nama jalan tu). Tiap-tiap kali aku lalu kat situ mesti naluri budak lelaki aku tertanya-tanya apa ada kat dalam? Tingkap dia gelap. Ada 2-3 kali jugak aku tekapkan tangan sambil tengok kat dalam, isy...tak nampak jugak...curious ni.....kadang-kadang ada nampak apek keluar masuk kat bar tu. Pergh topik bar susu tu terus menjadi bualan hangat antara budak-budak geng aku kat sekolah. Ada yang kata nak pergi malam nanti lah nak tengok, ada yang kata mesti ada something kat situlah, macam-macam speculation ada. Kepala otak budak-budak umur 16 tahun dah fikir macam-macam yang pelik....macam-macam imagination dah keluar. Boleh dikatakan tiap-tiap malam minggu mesti ada yang nak pergi "Bar Susu" tu. Tapi macam biasalah...sampai kesudah asyik bercerita saja tapi tak pernah pergi. Ni memang macam cerita The Famous Five at the Milk Bar by Enid Blyton ni. So semalam, masa aku tengah go through buku Food and Beverage Service Training Manual aku, written by Sudhir Andrews by Tata Mc Graw Hill, aku terbaca satu topik. "What is a Milk Bar?". Kat dalam buku tu dia cakap....."it is an informal and quick service restaurant, the bar may have a counter for self service and specialises in snacks, soda fountain specialties, ice-creams etc. The decor is relatively inexpensive!" La.....itu saja ka? Ingatkan apa.......

Rabu, April 29, 2009

Untitled!

(sabun FA yang aku beli kat Bin Dawood)

(tea tree oil)

(nak beli jeep?)

Masa aku kecik-kecik dulu ada beberapa jenis sabun yang aku ingat aku pakai dulu. Kira famous betullah masa tu. Then tiba-tiba sabun tu hilang dari pandangan. Aleh-aleh aku ternampak pulak sabun tu kat sini, eh sabun "FA". Amboi lama sungguh aku tak tengok ni. Sungguh..aku tak tipu! Ada satu lagi brand, nama dia "Lifebuoy". Ni pun sabun aku masa kecik-kecik. Ala....zaman-zaman Noor Kumalasari dengan Yusuf Haslam umur 23 tahun! Seluar bell bottom kotak-kotak tu! Masa aku mula nak daftar kat sekolah yang kat Seremban tu aku ingat lagi, salah satu stok yang aku bawak banyak ialah sabun mandi. Kira boleh simpan sampai 3 bulan lah lebih kurang. Tapi last sekali aku ingat, seminggu semua dah habis kot. Locker aku kena kopak. Ganas budak-budak kat situ...kalau kunci atas, dia kopak bawah. Kalau kunci bawah, dia kopak atas...then kalau kunci atas-bawah, dia kopak pulak kat tengah!

Kadang-kadang tu pulak kalau aku terasa sangat letih sebab penat bekerja, mata aku dah tak boleh nak tutup pulak. Ah kacau nih. Pusing sana- pusing sini tak boleh jugak nak lelap. Lompat katak, lompat bintang, kuak lentang, golek-golek kat koridor, hantuk kepala kat dinding pun tak boleh tidur jugak....Aaahhhh tensionnya, esok nak kerja lah, bukannya cuti ni..esok breakfast ribu-ribu, dah tak main ratus-ratus lagi dah. Tu kat KL...chewah, sombongnya...then aku teringat kat dalam beg make-up (bukan perempuan saja yang ada ok!) ada sebotol kecil minyak tea tree. Aku calit kat jari, sapu kat hidung, aku ingat lepas 5 minit dunia dah tak ingat aku dah. Pergh lega rasanya dengan bau dia yang ala-ala buah pala Chowrasta tu, sedar-sedar dah subuh! Cerita pasal calit kat hidung ni aku teringat jugak yang mama selalu sapu Vicks Vaporub kat hidung aku sebab selsema. Kadang-kadang aku calit sendiri sebab nak kasi berangin lebih. Selalunya aku terlupa nak cuci tangan dan terus pergi toilet, lepas tu mama dengar aku jerit adoi...................heh3.......

Hah, ni ada satu lagi iklan kereta JEEP. Bukannya aku nak tipu tapi ni lah harga kereta kat sini. Amacam ada berani? Nak order? Berapa nak? Sekilo? Dua kilo? Kalau yang pakai Camry 2.4 tu tengok-tengoklah kat orang yang bawak kapchai macam aku ni...kadang-kadang kalau selisih dengan depa ni, amboi muka....senyum lah sikit bang...so pada yang pakai Camry dan tak tengok kapchai yang berhenti kat traffic light Ampang Point macam aku ni, buat pengetahuan anda semua, kat sini standard kereta tu cuma teksi......heh3....

Ahad, April 26, 2009

Dream on..


(kalaulah verandah aku macam ni..)

(kalaulah garden aku macam ni..)

(atau macam ni ka..)

Masa aku dok jalan-jalan kat luar hari tu aku ternampak sikit decoration yang agak menarik perhatian aku. Nak kata extra ordinary tak lah sangat, nak kata extra terestrial (E.T) pun tak jugak! Jadi sambil aku dok jalan menghala ke Haram, aku pun mengelamun sekejap. Ish....bila pencen nanti, anak-anak pun dah takdak kat rumah, masa tu lah aku nak buat sikit rumah aku bagi cun. Aku teringin nak buat rumah Jepun. Very zen.....Rumah aku kecik, laman aku kecik so aku rasa ok lah kot. Pagi-pagi aku boleh duduk kat beranda depan sambil baca paper, minum kopi dengan Aunty dan cuma bersembang-sembang kosong lepas subuh..anak-anak balik rumah cuma weekend sebab depa semua duduk rumah sendiri. Masa tu aku dah nak masuk 70 tahun la kot. Masa untuk berehat dan memperbanyakkan amal ibadat yang dah lama tertinggal! Bila matahari dah naik sikit, aku pakai topi mengkuang yang Ah Beng selalu pakai masa tanam sayur tu, aku pun trim lah pokok-pokok bonsai aku tu sambil Aunty dok memasak breakfast aku kat dapur. Lepas trim pokok bonsai aku lepak balik kat verandah sambil minum ocha yang Aunty buat. Lepak sekejap, baca paper, mengenangkan masa depan, masa silam dan masa-masa yang aku selalu tak buat apa tu! Bila anak-anak datang, duduk bersembang dengan depa, cerita itu cerita ini, layan cucu, heh3....then lunch sama the whole family. Amboi syoknya....lepas tu malam pulak dinner kat tepi pool sambil tengok cucu-cucu mandi kat pool yang sekangkang kera tu. Kelas.....macam orang kaya-kaya...Ish, ish, ish....seronok sungguh berangan.

Yang buat aku teringinkan rumah yang zen tu bukan pasal apa, rumah Aunty kat sana tu taklah besar mana memandangkan lokasi dia kat tengah-tengah Tokyo. Tapi aku sukakan elemen-elemen traditional yang masih tebal diterapkan dalam rekabentuk rumah tu. Masih pakai sliding door, masih pakai tatami mat, masih pakai futon untuk tidur yang kemudian dilipat masukkan dalam almari, ada genkan walaupun kecil untuk letakkan kasut bila masuk dalam rumah. Ahhh bliss! Tapi jangan terkejut kalau tengok peralatan yang ada kat dalam, toilet dia yang jenis tekan butang-butang tu. Ada yang kasi panas, ada yang kasi sejuk, ada dengan dryer sekali untuk kasi kering selepas habis urusan. Atas seat dilapik kain bagi comfortable lagi...patutlah budak-budak Philippine aku dulu panggil toilet tu "Comfort Room". Memang comfortable! Tempat mandi, asing dengan toilet. Then aku suka rumah tu sebab rumah tu dibuat daripada kayu. Good wood I would say. Bila berjalan ada bunyi sikit "kriok...kriok...". Pergh traditionalnya...bila time makan pulak, kami akan berkumpul makan ramai-ramai sambil duduk kat lantai dan ada meja rendah untuk letak semua makanan. Kalau nak makan pun ada caranya. Semua tu aku cuba praktikkan bila kat sana. Of courselah yang tak bercanggah dengan kita.

Kemudian kat garden tu pulak aku susunkan batu-batu putih dalam bentuk pusingan sekata. Tengah-tengah aku letak satu bongkah batu besar ataupun pokok rendang to add color. Alamak...mati berangan lah aku...entah sempat entah tidak. Dulu aku ada bagi cadangan kat Aunty. Aku cakap nanti bila kami dah pencen, apa kata kalau kita settle down kat sana? Kalau tak pun kita pergilah duduk sana 3 bulan masa spring then 3 bulan masa Autumn. Apa lagi nak buat, anak-anak dah takdak, kalau tidak pun depa dah tak nak ikut lagi dah...semua buat hal sendiri..then bolehlah pergi jalan-jalan kat tempat yang kami selalu pergi dulu masa muda-muda. Pergh bestnya berangan....

Jumaat, April 24, 2009

Nyamuk datang!

(aku berdiri sebelah Nyamuk)

(pasal dia nyamuk, dia pakai baju belang!)

(kat tengah tu kabir, memang KABIR pun!)

Ish...banyak nyamuk betul bilik aku hari ni....datang dari Riyadh pulak tu. Actually si Nyamuk ni macam yang aku dah cerita tahun lepas, dah jadi towkey besar kat Riyadh. Selalu datang Mekah buat umrah ni.....beruntunglah sapa kalau dapat bersuamikan si Nyamuk ni...single lagi tu...trang tang-tang kata orang! Kerja bagus, poket bagus, hati bagus.....Timah ka, Peah ka, Tipah ka ok je...aku arrange kan......macam jugak yang aku cerita dulu, Nyamuk ni satu batch dengan aku kat Seremban dulu dari tahun 81 sampai 85. Rajin balik KL ni. Setahun adalah sampai 4-5 kali kalau nak bandingkan dengan aku yang tak sure setahun sekali ni. Tadi Nyamuk cakap nak buat Haji tahun ni. Pergh...power tu! Lepas ni aku panggil Haji Nyamuk la kat dia! Actually Nyamuk dah tersilap buat booking kat Meridien. Sini Meridien ada 2 hotel. Tapi dah terbooking kat Meridien yang jauh. Mahu 30 minit nak datang Haram. Mahu lembik kepala lutut nak jalan.

Malam ni memang aku busy gila. Dari pagi sampai time ni baru lepas habis kerja ni. Kena pulak Nyamuk datang, hah bersembang lah kami. Sempat chat sekejap dengan senior aku tadi kat FB. Happy...happy...ok aku nak sambung sembang jap. Nanti bila free aku cerita lagi.

Khamis, April 23, 2009

Keciknya..

(smoked salmon aku yang 2 hari nak cerita bagi faham!)

(satu lagi appetizer aku)

(shrimp cocktail)

Aku sukakan portioning yang kecik-kecik. Presentation nampak chomey. Kalau presentation nampak chomey, makanan tu cepat habis. Kalau cepat habis, chef aku kena cepat replenish, kalau cepat replenish, makanan tu mesti fresh....itulah style aku. Jadi presentation aku mesti cantik sebab orang puteh kata, depa makan melalui pandangan dulu. Walaumacamanapun, makanan tu mestilah sedap in the first place. Makanan di hotel especially di Asia kat belah-belah kita selalunya dia buat macam tu. Tapi kat sini terbalik. Presentation dia gedebak, besar-besar dan banyak-banyak. Sekali cedok dah berlubang kat dalam chafing dish. Nampak dah tak cantik. Benda tu lah yang aku terapkan kat dalam kepala otak budak-budak sini. Tapi memandangkan kat sini crowd dia lain macam dan makan pulak macam naga, kebanyakkannya diletak didalam big quantity. Aku tak salahkan depa. Aku bagikan idea untuk present smoked salmon dalam pelbagai cara. Lama jugak nak cerita bagi depa faham. Last sekali faham jugak depa ni. Pokok pangkalnya, kita mesti ajar dan justify apa yang kita nak. Kehendak kita dan kehendak guests. For the time being, kira oklah..

Tupun banyak lagi yang aku nak tukar. Meja buffet memang style 1940an. Masih pakai oblong table dan pakai skirting. Kat atas dia masih pakai satin cloth. Aduh...sedih aku tengok. Tapi bila aku pergi Le Meridien, Hilton dan InterCon, depa pun macam tu jugak! Alamak....tu lah masalahnya kalau kita duduk sampai 10-20 tahun kat satu-satu tempat. Fikiran dan idea pun dah jadi narrow. Memang ambil masa kalau nak explain. Tapi aku bernasib baik sebab towkey-towkey besar kat sini faham apa yang aku nak, walaupun kadang-kadang berbulan-bulan jugak aku dok cerita benda yang serupa kat depa. Mungkin depa ni nak kena tukar software kot!

Masa aku kat sekolah dulu aku cukup seronok memasak sebab aku belajar Traditional French and European Cooking. Chef aku masa tu Swiss-German (lupa pulak nama dia). Masa tengah dok masak-masak, dia suruh aku pergi ambil Rosemarylah, Dill lah, Thyme lah kat belakang dapur sebab kami memang tanam kat belakang dapur. Favourite aku masa tu kalau nak makan, aku pergi petik daun Balsamic (sorry nama melayu susah sikit) then petik tomato kat belakang dapur. Aku hiriskan tomato, aku letakkan sliced mozzarella cheese dan aku letakkan sehelai atau 2 daun basilica. Jadilah tomato mozzarella. Sedap dan aku suka makan. Pastry Chef aku nama dia Muller. Pun Swiss-German. Baik sungguh Chef Muller ni, tak pernah aku jumpa Pastry Chef macam ni punya baik. Number one in the world....daun Rosemary pulak aku masukkan dalam ayam sebelum grill. Memang sedap, aroma dia mmmmmm power. Masa time memasak memang aku enjoy sungguh. Aku pulak kalau masak memang tak ikut sukatan. Semua aku lepas masuk. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang rasa lain sikit...anyhow tu nama dia fusion. Campur Asian sikit, campur European sikit and voila...ready to be served!

Tapi lately ni aku cukup malas nak masak. Kena pulak kalau Aunty ada. Lagilah manja...heh3...masakan Melayu ni aku suka. Memang sedap tapi masalahnya ialah ramuan yang dipakai. Part tu aku selalu sakit kepala. Dulu aku heran pasal apa aku selalu sakit kepala. Tiap-tiap minggu aku macam tu. Berat badan pulak jangan ceritalah...ada sekali sampai 90 kilo! Aunty tengok memang terkejut masa tu. Baju dan seluar semua dah jadi sendat! After a while, aku tersedar yang aku kena jaga pemakanan. Bila aku dah start jaga, sakit kepala yang nyut-nyut tu pun dah hilang. Eh magic la pulak! Dari situ aku start sikit-sikit. Control minyak, control nasi, control carb intake, control gula etc....nampak gaya alhamdulillah. Allah bagi aku kesihatan yang baik setakat ni. Aku teringat pulak kat pepatah orang putih. Depa kata, "you are what you eat". Depa la kata...aku tak kata....heh3...

Selasa, April 21, 2009

Anak perempuan/creative

(hardi jaafar datang training sama abang)

(marina pun nak posing jugak)

Memang dari dulu aku dan Aunty nakkan anak perempuan. Yang mula-mula dulu lelaki. Kemudian nombor 2 pun lelaki. Alhamdulillah yang ketiga kami dapat anak perempuan. Aunty nak letak nama Marina. Aku kata alamak...."sabishii yo.." direct translation bermaksud sunyi. Maksudnya kalau pakai satu nama saja, alamak, sunyilah nama tu..sorry aku tak pandai nak cari ayat yang betul dalam bahasa malaysia untuk perkataan sabishii untuk ayat tu. Bunyi janggal je tapi kalau dalam bahasa Jepun tu depa fahamlah...atau tak pun, mmm...let me think. Huh, kalau letak satu nama, tak sedap pulak. So aku letakkan 2 nama. Aku masukkan Ayumi. Jadi, anak perempuan aku namanya Marina Ayumi. Hah, barulah tak sabishii lagi...Mata bulat, pipi bulat....

Aunty memang teringinkan anak perempuan sebab dia boleh buat baju budak-budak perempuan. Memang Aunty pun graduate dari fashion school kat sana. Jadi pattern-pattern baju budak-budak macam Osh-Kosh tu kata dia senang sangat nak buat! Ah pulak! Ada sekali tu kalau tak silap aku 4-5 tahun sudah Aunty ada buat baju budak perempuan dan aku ada tunjukkan kat kawan perempuan aku kat tempat kerja. Lepas dia tengok aje, dia cakap suruh bagi dia jual kat area Hulu Kelang tu. Aku pun bagilah...aku cakap aku tak nak untung. Asal balik modal beli kain dengan benang dah lah....dia kata ok beres...lepas seminggu aku tanya dia balik, dah jual ke belum? Dia jawab satu pun dia tak jual. Aku heran....dia cakap semua anak dia dah pakai! Heh3....So raya tahun tu anak-anak dia pun pakai lah baju yang Aunty buat.....

Aku actually dah plan dengan Aunty nak buat baju kanak-kanak perempuan. Memang cantik sebab ada banyak style. Cute habis....punyalah creative Aunty ni, seluar jeans aku dia potong dari pinggang sampai atas peha. Depan kan ada zip dan belakang pulak ada 2 poket belakang. Entah macamana dia buat tiba-tiba jadi beg jalan-jalan pulak! Beg tu lah yang Aunty pakai sampai sekarang sebab tunggu aku beli beg TODS tak beli-beli lagi. Then peha seluar aku pulak dia adjustkan balik dan buat baju yang macam tukang cat rumah tu! Hah...yang tu ikut pattern OSH KOSH. So anak-anak aku turun-temurunlah dapat pakai baju dari peha seluar jeans aku! Nanti kalau aku teringat, aku suruhkan Aunty hantar gambar beg jeans tu. Heh3...

Ahad, April 19, 2009

Pikir-pikirlah!

(ni kat luar tadi)

(clear shot of Kaabah)

(line kuning tu orang tengah buka puasa)

(masa baru keluar dari hotel)

(3 kubah kat atas bumbung)

2-3 hari ni aku berkesempatan pergi ke Haram. Alhamdulillah. Dalam dok busy-busy, aku lari jugak ke Haram untuk berjemaah dengan rakyat seluruh dunia. Dunia dan akhirat jangan dilupakan. Salah satu pun tak kena jugak. Aku pernah terbabas dulu tapi Allah masih sayangkan aku. Diberinya aku satu laluan yang sungguh lurus untuk aku ikuti selepas tersasar agak jauh....masa aku dapat tawaran untuk kerja kat Madinah 2 tahun yang lepas, pada waktu yang sama aku sepatutnya pergi ke Goa, India. Hari ni aku baca suratkhabar, dia cakap Goa sekarang dah jadi sarang penagih dadah...alhamdulillah aku bersyukur...kemudian masa aku kat airport Dubai nak datang ke Mekah pulak, aku dapat call untuk ke Surabaya pulak. Masa tu aku nak boarding kat Dubai datang Mekah. MasyAllah, rimas aku dok pikir. Mekah, Surabaya, Mekah, Surabaya....aku buat split second decision untuk datang ke Mekah dan alhamdulillah jugak. Pilihan aku tepat walaupun peluang kat 2-2 tempat tu memang tak kurang. Packagenya...tak payah ceritalah...

Kadang-kadang tu Allah membantu kita dalam berbagai-bagai cara. Dugaan yang Allah bagi pun pelbagai. Cuma kita kena pandai buat pilihan. Ikut kata hati, apa choice yang kita nak buat. Dibukaknya jalan kat aku tatkala aku mencapai umur 40 tahun. Aku tahu yang umur 40 tahun ni masih muda (aku rasalah..) tapi peluang yang dibagi ni datang cuma sekali seumur hidup. Aku bersyukur!

Dalam facebook aku tengok kawan-kawan aku dah duduk merata dunia. Ada sorang budak dari KL (junior aku dulu masa kat tempat ski tu) sekarang dah jadi orang besar kat Dubai. Hotel jugaklah...and soon will be going to Australia. Ada sorang pulak kat Hawaii dan sekarang ada kat Melbourne. Ramai ada kat US. Asia jangan ceritalah...ada sorang lagi dai Iceland sekarang kat Miami dan dari dulu dia cakap kat aku teringin nak ke Asia. Welcome Ice....I know you can do it! Kembang hidung baca cerita pasal budak-budak ni. Huh, ada lagi sorang, dia ni waiter aku masa kat Renaissance KL dulu. A very good boy. Smart, alert and very quick with his work. Aku suka budak ni. Selalu tanya aku macam-macam soalan. Itulah, inilah, how to improve on certain areas lah...then tiba-tiba dia resign dan pergi kat Sheraton Imperial. Lepas tu dia kerja kat Tarbush Ampang Point. Masa kat Sheraton jadi Captain kalau tak silap aku. Eh bukan bawak kapal aje Captain tau! Kat Tarbush jadi Manager. Dum-dam dum-dam, dia hilang lagi. Tiba-tiba masa aku jumpa dia kat KL dulu dia cakap dia dapat offer kat New Zealand! Pergh biar betul budak ni. Sejak dari hari tu budak tu selalu hantar news kat aku dari NZ. Dia pun dah jadi Manager kat sana dan aku dengar, bos Mat Saleh dia cukup suka kat dia. Good for you bro! So orang macam nilah yang aku suka. Very adventurous. Jenis tak takut merantau dan tak peduli apa kata orang. Selalunya orang kita (tak semua la) kalau nak pergi tempat orang merantau, benda first yang dia cakap, dia miss Malaysian foodlah....sedih nak tinggal kampunglah...macam-macam lagi...eh janganlah macam tu dik...kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh...

Ada sekali tu aku terserempak dengan budak kita kat stesen keretapi kat Akihabara, Tokyo. Dia bagi salam kat aku, aku jawab. Kami bersembang sekejap kat kedai kopi kat tepi stesen keretapi. Dia budak Penang tapi aku dah lupa nama dia. Dari Tanjung Bunga. Aku kat Tokyo Bay Hilton masa tu. Aku tanya dia buat apa kat Jepun? Dia cakap dia jual batu cincin, gelang, rantai etc. Aku terkejut! Biar betul budak ni..dia angguk-angguk kepala. "betul bang...tengoklah ni", dia tunjuk kat aku beg besar dia. Aku nak describe beg tu aku tak tahu tapi empat segi dan panjang siap ada stand lagi. Nak kata beg double bass tak jugak. Aku tanya dia, apa dalam beg tu? Dia bukak dan tunjukkan isi kat dalam beg tu. Pergh...memang banyak batu Gurkha! Aku tanya mana dapat? Dia cakap dia baru balik dari Nepal...dia pergi Australia dulu jual kat tepi jalan then bila habis tempoh, duit jual batu tu dia apply visa masuk Jepun dan berniaga kat tepi jalan kat Jepun pulak. Aku respect kat budak-budak yang macam ni. Ini kes berani mati...kalau kat Malaysia mungkin orang akan pandang sebelah mata tapi bagi aku, budak-budak yang macam ni lah yang akan berjaya nanti! So to both Azli and budak kat Jepun tu, aku ucapkan selamat maju jaya. To Azli, jangan lupa baju Dan Carter (NZ All Blacks) aku...heh3.....

Khamis, April 16, 2009

Hari ni dalam sejarah!

(con man?)

(mini croissant aku)

(chef happy tu dapat ice scoop)

Semalam sambil tengah buat kerja kat office aku teringat ada satu catalogue about equipments yang aku belum tengok lagi. So sambil dok selak-selak pages tu aku pun ternampak satu page yang sungguh menggelikan hati aku. Hangpa tengoklah sendiri. Bila tengok catalogue tu aku pun dah jadi sceptical. Nak order ke tak?

Masa aku tengah ronda-ronda macam biasa, aku pergi pulak kat main restaurant aku sebab dah nak masuk lunch hour. Check sana check sini, tukar a few items last minute sebab tak kena dengan apa yang aku nak, rasa sikit food sana, rasa sikit food sini, reject lagi satu-dua items, then pergi kat Asian corner pulak, alamak ada sotong masak kicap. Makan satu-dua, ok cukup rasa. Chef aku yang dok ikut dari tadi sengeh-sengeh kat aku sebab tak reject sotong kicap tu. Aku nampak dalam tangan dia ada something. Aku tanya, apa tu chef? Dia jawab stainless steel scoop for ice. Aku cakap ok good. Dia lega sambil posing dengan stainless steel scoop tu. Last week aku bising sebab depa ambil ais dengan bowl. Aku bising kat chef, aku cakap kalau pecah kat dalam ais tu siapa yang tahu? Mahu terkoyak anak tekak guest nanti. Aku stopkan production sampai dia dapatkan scoop tu. Finally semalam dia dapat...

Masa pagi aku pergi office pulak, aku suruh budak-budak aku hantar coffee dengan 2 croissant. Aku tengok croissant, eh apasal kecik ni? Takpa...kita tunggu dulu...malam tadi sebelum aku switch off otak aku, aku pergi bakery dalam pukul 10 malam dan jumpa baker aku. Aku tanya pasal apa croissant pagi tadi kecik? Dia jawab pasal orang ramai sangat. Tak boleh buat besar. Aku jadi panas....hentam sikit baker tu. Dia apologise dan akan buat balik back to the normal size. Ok...ok...we'll see. Nanti aku turun pergi check sekejap. Siap kau....

Selasa, April 14, 2009

Nostalgianya..

(kasut kahwin aku tu)

(gambar Riyadh yang lekat kat fridge dari Azral)

(kacang dari Azral...san-kyu san-kyu)

Dulu aku ada cerita pasal aku kahwin 12 tahun dulu kalau tak silap aku. Dan ada jugak aku bagitahu yang petang yang aku nak bersanding tu tiba-tiba aku perasan yang aku tak ada kasut nak kahwin dan naik pelamin! Pening aku pikir apa nak pakai. Takkan pakai selipar Jepun kot ataupun takkan aku nak pakai sandle Bata? Ish...tak pernah orang buat aih....kalau capal tu adalah kot..So petang tu lebih kurang 4 jam sebelum aku naik pelamin, aku pun capai Harley aku, usung aunty sekali, aku pun pergi shopping complex kat belakang rumah Kak Anne. Atria. Kat dalam tu dulu ada kedai kasut HP kat sebelah KFC. Lepas belek-belek dan buat last minute decision, maka aku pun belilah kasut tu siap dengan shoe tree sekali. Masuk dalam kotak, bayar dan balik rumah naik motor dengan aunty. Puas hati finally aku ada kasut jugak. Malam tu masa naik pelamin, aku pun pakailah kasut baru aku tu. Masa aku datang sini tahun lepas, aku tengok kasut tu aunty balut elok-elok kat dalam shoe bag. Aku pun ambik usung datang sini sekali. Jadi tiap-tiap kali aku tengok kasut tu, aku mesti senyum sendiri sebab banyak sangat kenangan kat kasut tu. Aku rasa kalau aunty tengokpun dia mesti senyum...last minute tu!

Dua lagi gambar tu actually cenderahati yang Azral (member blogger aku) bagi masa dia datang 3-4 hari lepas. Macam tahu-tahu je yang aku memang suka makan kacang. Mixed nuts lagi....habis lah diet aku ni Azral ooii....lain kali datang jangan lupa bawak 4-5 peket sekali (just kidding). Bila makan kacang tu aku teringatlah masa kecik-kecik dan zaman remaja dulu. Muka aku ni macam permukaan bulan. Orang lain remaja jerawat kecik-kecik tapi aku pulak species bulan, so semuanya besar-besar! Masa prep malam, lain kerja takde, asyik belek muka je...sampai kawan aku yang lain semua heran. Apalah Uncle ni. Ada pulak member sorang lagi ni, budak Sarawak, nama dia Husin Juni. Dia ni pantang tengok muka orang ada jerawat, si Husin ni siap offer jadi tukang picit. Pun ada species macam ni...so bila prep malam, akan kedengaranlah suara budak-budak lelaki 5 Al Tabari yang mengerang dan menjerit sakit sebab si Husin Juni dah picit sampai bengkak-bengkak hidung kawan. Aku sampai sekarang tak pernah dengar atau baca dalam Guinness Book of World Record ataupun dalam Malaysian Book of Record yang ada jugak species yang suka picit jerawat orang. Heh3...

Ahad, April 12, 2009

Dari Riyadh..

(aku dan Azral)

(aku dan kaabah)

(aku dan kaabah lagi)

Azral ialah seorang lagi blogger yang aku kenal melalui dunia siber ni. Sebelum ni aku tak pernah jumpa apalagi bersembang dengan Azral walaupun dia orang Labu dan aku pernah duduk di Seremban selama 5 tahun. Tak pernah jumpa kat padang KGV, tak pernah jumpa kat Wisma Punca Emas, tak pernah jumpa kat Terminal Bas apatah lagi kat jeram Ulu Seperi! Sungguh..aku tak tipu! Beberapa minggu yang lalu ada Azral bagitahu yang dia nak datang Mekah buat umrah dengan keluarga dan perlukan bilik. Jadi aku pun cuba dapatkan bilik untuk dia. Alhamdulillah semuanya ok walaupun bilik tu kecik sikit. Azral sampai agak lambat. Lepas Maghrib. Memang aku agak dah, sebab hari yang dia datang dah bertembung dengan weekend kat sini. Esok paginya masa aku tengah ronda-ronda, dia tegur dan introducekan keluarganya kat aku. Ada baby 3 bulan datang sama-sama. Cutenya....lepas tu kami sambung sembang kat Santos sambil minum teh. Banyak jugak yang kami cerita. Dan malam tadi kami sambung lagi sembang dan sembang dan sembang dan sembang.....so to Azral, thanks for staying with us dan kalau ada rezeki kita jumpa lagi..

Aku pergi Haram dan sembahyang kat atas bumbung lagi. Seronok sebab nampak orang ramai. Tengoklah sendiri. Memang ramai sungguh! Macam biasa, lepas sembahyang kat atas tu kami pun balik lah kat hotel sambung kerja. Sekali sekala jumpa fellow Malaysians amboi, seronok sungguh. Then malam tadi masa dok lepak-lepak sambil pekena tey, ternampak pulak kelibat Z. Z ni famous among artis-artis kat Malaysia sebab dia lah juru pandu kat sini untuk artis-artis kita. Ramai dah artis yang dia bawak..so semalam masa aku tengah dok minum, Z ada dengan beberapa artis tahun 80 an kita. Penulis lirik pun ada sama, penulis novel pun ada sama. Ingat tak Khadijah Hashim? MasyAllah that was the first time aku jumpa KH. Very soft spoken lady. Aku teringat masa kecik-kecik dulu aku selalu jugak baca novel dia. Memang best and now aku bertentang mata pulak dengan dia....tak ka terkejut? Siap duduk makan fries lagi kat Royal Baik! Kelas.....sayangnya aku tak bawak kamera. Aku cuma tumpang si Azli punya handphone. Nantilah kalau dia hantar, aku masukkan gambar kat sini, then barulah tahu siapa artis dan penulis lirik tu! Heh3.....Ni pun macam cerita Jepun jugak. Build up of the story is slow...bagi suspense sikit!

Jumaat, April 10, 2009

Maghrib

(tempat sa'e masih under construction)

(kaabah waktu Maghrib)

(aku dan ketayap putih)

MasyAllah, aku diperingatkan balik untuk kembali berjemaah di Haram. Siang tadi Azli ajak aku ke bumbung. Aku tanya dah bukak ka? Dia angguk. Aku pun kata, "Ok malam ni kita pi sana.." Maka bermulalah ekspedisi aku dengan dak Li memanjat sampai kat bumbung. Hah...tengok lah sendiri pemandangan dari atas bumbung. Macam aku selalu tanya, eh ni bulan April ka bulan Ramadan? Aku dengan dak Li berkira semalam, entah-entah sejuta tak? Mungkin betul telahan kami. Ramainya manusia, yarabbi! Dan aku panjangkan doa untuk rakan seagama yang aku tumpang sembahyangkan jenazah mereka semalam. Dan semalam jugak semasa aku membaca Arab News, ada tertulis yang 5 jemaah umrah Malaysia meninggal dalam perjalanan ke Madinah. Al fatihah untuk mereka dan takziah untuk keluarga mereka.

Kembali pada Haram. Memang crowd tak pernah putus-putus nampaknya. Yang reda sikit cuma hari Sabtu lepas Zohor sebab ramai orang check out masa tu. Jadi off day aku dan dak Li buat masa ni dan mungkin seterusnya akan jatuh pada hari Ahad. Itu lah satu-satunya hari yang occupancy akan jatuh ke paras 65%. Yang lain-lain dalam lingkungan 85% keatas sampai 110% Huuh? Ada ka 110%? Cikgu aku dulu cakap maksimum 100%. Heh3...yang terlebih 10% tu pasal kami selalu bagi allowance lebih sikit, meaning overbook kan sikit pasal nanti towards the end ada cancellation. Tapi kalau tak ada cancellation, hah, masa tu lah kami berlari-lari anak. Ngeri tu! Pagi ni dan macam pagi-pagi yang lain, kami ada 1400 orang datang breakfast. Macam pesta Pulau-Pinang dah jadi..."Siti Tanjong dok pi lagi ka main kereta langgaq?"

Ramai yang aku tengok kat Haram semalam pakai wheelchair. Bukanya tua tapi mungkin ada masalah lain bila sampai sini. Masalah kesihatan dan segala-galanya. Kembali pada 5 jemaah yang meninggal tadi, kepada ahli keluarga, bersabar banyak-banyaklah...ni semua dugaan Allah pada kita. Aku diberitahu yang kedutaan Malaysia sedang menguruskan segala persiapan. Memang cekap, pantas dan tangkas orang-orang Kedutaan.

Malam tadi, dak Mainul (Manager aku) bagi aku kari ikan Bangladesh. Ikan apa, aku tak tahu sebab nampak macam ikan tenggiri pun ada, macam ikan merah pun ada. Tapi tulang dia macam terubok. Ish....kalau dapat terubok bakar kan best, tak pun terubok masin! So aku sms kat Mainul cakap terimakasih. Isteri si Mainul cakap, "awat yang tq kat Mainul? Saya yang masak!" Ah...pulak.....aku pesan kat Mainul cakap tq kat wife dia sama! Ikan kari dia tu rasa kunyit. Macam kita goreng sotong kunyit. Habis melekat kat jari. Punyalah sedap, aku makan sampai naik 1 kilo malam tadi! Memang tak ingat dunia....

Pagi tadi Aunty talipon cakap Yuya tak nak pergi sekolah. Aku tengah tidur lagi. Aku call si Yuya. Dia nangis teresak-esak. Dia cakap tak buat homework BM lagi. Kalau tak buat, cikgu nak conteng muka dia! La....awat jadi lagu tu? Bagi aku, cikgu tu melawak saja. Nak bagi budak-budak buat kerja rumah.....so aku cakap, Yuya kena pergi sekolah jugak walaupun tak habis homework. Sebelum kelas, buat sebanyak mungkin dan bila masuk kelas, terus pergi mengaku kat cikgu yang Yuya tak buat sebab lupa ataupun tak sempat habis ataupun tertidur. Jangan menipu. Yuya cakap ok. Aku talipon aunty pulak bagitahu suruh call cikgu BM dia dan bagitahu. Aunty tak dapat cikgu BM tapi sempat cakap dengan cikgu kelas dan aunty suruh pesan yang Yuya takut nak pergi sekolah sebab homework tak siap lagi. Cikgu tu kata ok nanti dia tolong pesan. Tadi dalam pukul 8 malam aku talipon Yuya lagi. Dia dah tak sedih tapi dok horey-horey tengok cartoon. Aku tanya Yuya, cikgu kata apa tadi? Yuya balas, "cikgu tak masuk kelas pun......" Heh3....Yuya..Yuya..

Khamis, April 09, 2009

Makanan...

(kopi mesin aku untuk breakfast)

(omm ali adik-beradik bread pudding)

(kunafa)

Hari ni aku nak cerita sikit pasal makanan aku kat sini. Ada satu yang sungguh menyentuh kalbu. Nama dia "Kunafa". Memang famous makanan ni. Sekali tengok macam "cakaq ayam" ataupun setengah orang kampung panggil "karaih". Selalunya dulu aku beli kat Pekan Rabu Alor Setar masa aku duduk kat Jalan Sultanah dulu (Jalan Day previously) tapi bila datang sini aku tengok eh...ada pulak orang Arab ni makan karaih! Actually dari jauh memang nampak macam sama. Tapi bila tengok dekat-dekat, dia macam kek pun ada sebab kat tengah-tengah dia tu ada pulak macam cream. Taste? Pergh....orang Kedah kata "maneh melechaih!" ataupun direct translation dia, "satu rasa manis yang teramat sangat sehingga mampu membuatkan sebelah kaki terangkat, mata menjadi kuyu dan mulut dalam keadaan muncung." Heh3...translation dari Roget Thesaurus edisi 2009!

Satu lagi pulak nama dia Omm Ali. Omm Ali ni tak kena mengena dengan Shahrir Ali ataupun Azwan Ali. Jauh panggang dari api. Tapi kalau pergi mana-mana pun kat Middle East memang lah terjumpa dessert ni. Ni pun maneh melechaih. Memang 3 kampit gula depa tuang! Aku ingat kalau hari ni makan, tunggulah 2-3 bulan barulah pergi check sugar level. Kalau tak esok jugak dia potong kaki! Makanan ni menjadi idaman dan igauan setiap makhluk dibumi Arab. Kalau tak dak benda ni dalam menu memang sah tak pandai buat menu. Kena belajar lagi Menu Engineering 3 tahun! Ingredient, macam biasa, mesti ada roti dan selalunya depa pakai macam bread pudding kita jugak yakni croissant. Rakyat Malaysia yang duduk kat sini memang lah akan tambah berat badan kalau duduk kat tempat aku ni. Pagi tadi ada satu VIP complaint kat aku. Aku tanya pasal apa? Kot-kot boleh bantu, tapi dia kata sejak dia duduk sini, berat badan dia dok naik. Tak turun-turun. Heh3...amboi, buat lawak noo....

Satu lagi, gambar coffee machine aku yang aku letak kat buffet counter untuk breakfast. Kelas....hah ambik kau, nak minum kopi sangat! Machine ni boleh produce 1000-1500 cups within 3 hours. Amazing kan? Kopi dia is a frozen coffee. Taste? Pergh memang rasa kopi. Tak boleh celen la Hang Tuah dengan Aik Cheong...yang tu jenama kita. By the way, hari ni aku bagi surprise kat VIP guest aku TS, dia panggil aku, dia cakap alamak Shahrir hari ni memang best sebab ada kurma ayam dengan gulai lemak nangka kat buffet! Aku tersenyum malu...........

Isnin, April 06, 2009

We Are The World Part 2

(mulyadi dok organise katil aku)

(mulyadi pening katil aku besar sangat)

(ahmad si butcher aku)

(abashi dari Egypt dok potong ayam aku)

Kat Mekah staff datang dari pelbagai pelusuk dunia. Ada pelbagai rupa dan ragam. Aku suka bercerita pasal staff-staff aku sebab depa nilah yang menceriakan aku kat sini walaupun memang berserabut kalau kerja dengan depa. Aku kena hati-hati dengan setiap kebudayaan dan latar belakang depa. Kadang-kadang cara kita bercakap atau bergurau tak kena pulak dengan cara depa bercakap atau bergurau. Jadi bila sampai part tu aku selalunya akan google dan belajar latar-belakang kebudayaan depa. Seronok sebenarnya.

Semalam masa aku off, ada sorang budak Indonesia datang kemas bilik aku sebab aku gantung "Please make my room" kat luar pintu. Sehari sebelum tu aku tengok dia jugak dok menyapu kat restaurant. Jadi bila dia datang bilik aku semalam akupun tanyalah nama dia. Dia cakap Mulyadi pak...bila dia cakap aja nama dia aku teringatkan penyanyi Indonesia tahun 70-an dulu yang bernama Mus Mulyadi. Mus Mulyadi tu satu geng dengan Emilia Contessa..tu dululah.....sekarang dah Agnes Monica! Mulyadi cakap dia dah 2 tahun kerja kat sini. Dulu kat Jeddah sekarang kat Mekah. Cari rejeki Pak.....bagus budak ni.

Then ada Ahmad dari Bangladesh kat butcher aku. Dia tak pernah cakap apa pun sebab pendiam. Ada sekali sampai aku ingat dia bisu sebab bila aku tanya pun dia tak jawab! Partner dia pulak Abashi dari Egypt. Pun budak butcher aku jugak. Abashi ni orang suruh potong ayam, 2 hari lepas dia potong jari sendiri! Tak ka haru-biru jadinya...

Tapi itulah, semuanya baik-baik dengan aku....atau mungkin buat-buat baik kot...sebab depa takdak choice, kena report kat aku jugak. But all in all, aku seronok kerja dengan depa. Ada sorang lagi tukang buat sup. Tiap-tiap hari tanya aku overtime. Dari Ramadan tahun lepas dok tanya benda yang serupa.....adoi...letih aku nak menjawab dengan depa ni kadang-kadang!

Ahad, April 05, 2009

Rindunya aku..

(tengok tu muka Yuya...sempat senyum lagi!)

(yuya dan bola)

(tahun ni abang masuk under 12 elite)

(team abang ni baru sign-up sponsorship dengan CIMB, cayalah..)



Malam tadi system aku dah switch off pukul 11 malam. Aku letih sangat. Seminggu aku jadi tunggang-langgang. Plan nak buat lain, dah jadi lain. Jemaah bertambah dari sehari ke sehari. Memang aku tanya orang lain pun depa cakap selalunya time ni jemaah tak seramai ni. Aku kaget...semalam masa aku minum teh dengan chef aku, assistant aku dan manager aku kat tepi tingkap sambil mengadap haram, aku tengok, wow...ramai betul orang. Dah macam Ramadan pun ada. Suasana tetap meriah walaupun suasana ekonomi dunia masih lagi tak meriah. Maka oleh itu, ramailah orang cuba mengambil kesempatan didalam kesibukan ni. Dulu masa aku balik KL ada kawan aku bertanyakan peluang untuk berniaga kat sini. Dia nak buat business kat sini. Part ni aku kurang minat sikit. It's not that I'm not optimistic with the current situation in Mekah yang sentiasa ada banyak peluang, tapi niat aku kat sini lain...dan bagi orang yang tak pernah mai sini ataupun 1-2 kali mai dan tengok keadaan kat sini memang depa ingat berniaga lah cara yang senang. Selalunya depa tak buat homework awal-awal. All the legalities kena tahu...apa nak berniaga? Siapa partner kat sini? Boleh percaya ka depa ni semua? Berapa duit nak labur? Sapa nak jaga kedai? Lesen? Issyyy banyak lah benda yang kena buat. Company besar-besar kita pun bungkus...apa lagi kalau setakat nak jual nasi bungkus! Memang bungkus! Walaumacamanapun aku cakap kat kawan aku tadi yang aku tak tahu apa-apa pasal berniaga ni...aku pun kerja dengan orang....habis cerita!

Semalam aku tidur pukul 2 pagi sebab melayan tengok drama Jepun. Apa kesudahan dia. Nice story, tapi macam biasa, cerita Jepun ni lambat sikit nak sampai kemuncak. Jadi aku terpaksalah tengok sampai habis. Semua ada 12 episodes dan dalam satu episodes ada 4 part. Seminggu aku tengok, tiap-tiap malam....pagi ni aku dapat sms pukul 6.30am dari travel agency kat KL bagitahu pasal dia punya guest arrival. Alamak makcik....aku tengah tidur lagi la.....aku tahulah kl dah 11.30am, tapi fahamilah dakuuuuuuuu!

Aunty hantar gambar anak-anak. Aku happy dan sedih tengok anak-anak aku yang aku tinggalkan kat KL. Kesian kat depa. Frankly speaking, 24 jam aku teringatkan anak-anak aku dan aunty. Pasal depa lah aku bertungkus-lumus ni. Malam tadi sebelum tidur aku cium pipi anak-anak aku yang kat tepi katil aku tu. Kasih sayang aku tertumpah kat depa semua di KL.

Abang minggu depan dah start tuition. Kesian memanglah kesian, tapi nak buat macamana? Pagi sekolah kebangsaan, balik rumah setengah jam dah siap-siap pergi sekolah ugama. Balik sekolah ugama cikgu datang ambil pergi practise bola kat sekolah then cikgu Mat hantar balik rumah (ni pasal aku takde dan aunty balik lambat), bola tiap-tiap petang pulak tu. Then starting from this coming Tuesday aku dah upah cikgu datang rumah ajar Abang sorang setiap Selasa dan Rabu pukul 8-10 malam. Lepas tu Sabtu dan Ahad Abang ada latihan bola dengan club pulak dari 3-4.30 petang......macam ni lah kalau kita nak compete dengan budak-budak lain.....kalau tak memang ketinggalanlah jawabnya...hari ni aku off. Aunty talipon dan aku sempat cakap dengan Abang dan pesan kat Abang agar belajar bersungguh-sungguh dan dengar cakap Mama. Kalau Abang belajar rajin-rajin, Papa benarkan Abang main bola. Abang cakap ok dan janji akan belajar bersungguh-sungguh. Aku tersenyum puas......dan letakkan talipon....

Jumaat, April 03, 2009

We are the world!

(Yusuf yang masak mandi)

(Yusuf dengan muka terkejut)

(Order taker aku dalam sangkar)

Memang dah lama aku nak cerita pasal si Usop ni. Usop ni pun Santorian jugak. Kerja lain dia takdak. Memang kerja dia cuma buat mandi dengan kabsah. Amacam best tak kerja macam ni? Kalau kat KL tu mungkin dia ni khas buat beriani gam saja kot...Budak lagi ni. Dalam 22 tahun. Tapi kalau makan, pergh....mahu setalam dia makan. Kadang-kadang aku kesian tengok si Usop ni. Bukannya apa, pasal badan dia besar, bila dia pergi cafetaria makan, dia mesti makan kat dalam store. Malu bila orang tengok dia makan banyak. Ada sekali aku bukak pintu store kat cafetaria, aku tengok Usop tengah dok ratah ayam! Berpeluh-peluh dia....khusyuk sungguh! Kesian budak ni. Tapi si Usop ni baik orang dia. Selalu kalau jumpa aku mesti dia dulu tegur. "Hello Misterrrr..."

Usop suka main bola. Dia position goalkeeper. Aku ingat kalau Ronaldo nak sepak pun siap berhenti mintak permission dulu, baru tendang. Kalau dia tak bagi tendang aku ingat Ronaldo patah balik kot...heh3...Usop minat Barcelona. Aku cakap Al Ahli dia cakap Barcelona, aku cakap Al Ahli dia cakap Barcelona. Lantaklah Usop ooiii...janji "lauk kau cukup masin..."

Yang 2 orang kat dalam sangkar tu order taker aku. Sorang tu Mutawwaf. Berjambang dia, sunnah tu...janji order aku, bill aku, semua ok dan guest tak complain! Yang berjambang tu actually muda lagi tu. Bila cerita dengan aku, mesti cakap "Malayzie miah-miah..." kira baguih la tu! Aku pun ada jugak kawan nama miah...tapi keturunan benggali! Dia kata nak hantar anak dia belajar kat Malaysia sebab kat Malaysia system lebih bagus. Hah...depa pun tahu. Memang tak sabar-sabar nak hantar anak sulung dia belajar kat UIA. Aku tanya dia, anak sulung dia umur berapa yang tak sabar-sabar nak hantar UIA tu? Dia cakap 13 tahun! La.....labu betul lah dia ni. Itu baru tingkatan 1! Memang nak kena starlight budak ni...tak pun aku suruh dia helikopter karang baru tahu...

Macam tulah seronoknya bila kerja kat tempat orang ni. Banyak kali lah jugak budak-budak aku ajak pergi rumah. Ada sekali tu depa ajak pergi makan malam sebab anak dah sunat. Aku tanya dinner pukul berapa? Ahmad Noor jawab pukul 12 malam!

Cerita pasal sunat, aku terkejut ada satu pagi aunty talipon dan bagitahu yang Dr. Amin Tai dan Dr. Haliza (kalau tak silap aku) meninggal. Dua-dua doktor tu lah yang dok jaga anak-anak aku kat APSH dulu. Ada sekali aku buat appointment dengan Dr. Amin pasal Abang nak sunat. A very polite and soft spoken person. Simple je...datang hospital pun pakai selipar...masa abang kecik dulu, dia ada cyst kat bahu. Dr Amin lah yang operate abang. Dr. Haliza aku tak berapa ingat tapi kalau tak salah aku dia jaga Yuya kat ward dulu. To both of them, aku sedekahkan alfatihah dan semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat...

Khamis, April 02, 2009

Fruit basket VIP







Kan semalam aku dah cakap ada VIP dari Tunisia nak sampai. So malam tadi aku letakkan siap-siap fruit basket dia dengan amenities yang lain. Dia sampai pukul 4 pagi tadi. Jadi minuman dia macam freshly squeeze juices aku masukkan pukul 3.30 pagi. Setengah jam sebelum dia sampai. Ada jugak aku letakkan coklat yang Chef Aziz buat sendiri. Memang sedap coklat dia. Aku sendiri pun dah makan berkilo-kilo! Hasil yang aku makan tu masih tetap ada kat perut dan dada aku yang terlondeh dan flabby ni.

Gambar yang aku ambik tu ada jugak muka RS Manager aku yang ada campur Bangladesh/German belah mak dia. Muka memang German habis tapi nama dia Hilal. Dia jaga RS dengan Amenities aku. Amenities tu kira macam Minibar jugaklah...sini tak boleh panggil minibar, jadi aku panggil mini fridge...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...