Selasa, Disember 21, 2010

Sunflower Boy!

(bila turn depa ni pulak, aku dah lebih kurang 65-70...fuyoo NGERI!)

(simple yet elegant. I like...)

(pak su depa yang tak pernah-pernah tua....heh3...)

(aku lah...sapa lagi...)

(ni baru sebahagian keluarga...ada lagi yang tengah dok ikat sampin, ada yang dok pi check microphone, ada yang dok belek2 bunga ros nak letak kat meja dirumah...heh3...)

(my little "sunflower boy" is now married to Anieza, congratulations..)

(marriage made in heaven!)

(speeches yang buatkan mata aku berair! err...actually, sabun masuk mata...huh? apa aku merepek ni?)

(tengah dok bagi speech dan tribute to all family members including all the aunty and uncles, tiba2 aku emo!)

(sorry flash aku tak sampai....maklumlah...kamera mahal!)

(cantik lagi menawan...)

(anak sapa la sorang ni...muka familiar...)

(lepas horey2 dengan kawan2 yang tak dikenali, ditempat yang tak dikenali, aku terjumpa budak2 ni kat depan toilet di malam akad nikah!!)

Ezran ni sebenarnya merupakan anak menakan aku. Anak kedua kepada kakak sulung aku. Masa kecik lagi si Yan (panggilan sampai la ni!)duduk kat Brown Garden sebab mama dia tengah dok belajar kat luar negeri. Jadi, Tok Wan dan Tok Mama lah yang dok menjaga Yan ni selama beberapa tahun. Sayang sungguh depa kat Yan. Ditatangnya Yan ni sungguh-sungguh walaupun tak berlebihan. Masa tu dalam tahun 86 aku di tingkatan 6. Dari dulu aku tengok Yan ni, baik sungguh orangnya. Sorang yang tak banyak cakap, sorang yang berhemah tinggi, menghormati orang sekeliling dan sopan-santun. Ni kalau sapa dapat anak macam ni memang beruntung betul. Kalau dapat menantu macam ni lagilah beruntung. Bak kata guest aku dulu pasal makan, "A Class!"

Aku ada bercerita pasal anak-menakan aku yang sorang ni dulu. Dia lah yang rapat sangat dengan Tok Mama dan Tok Wan dan in fact masa TM dan TW nak buat haji, Yan ni sampai tak mahu pergi sekolah sebab selalunya TM lah yang jaga makan-pakai dia dan lambai dia masa nak pi sekolah...Oleh kerana Yan tak mahu nak pi sekolah, maka, sebagai Pak Su yang tersangat cemerlang, aku lah yang dok hantar dia ke sekolah dan tunggu dia kat kelas....jadi kat situ aku ter"bonded" dengan Yan. Masa kecik kat Penang, petang-petang mesti muka dia "selepong" dengan bedak sejuk! Ada banyak gambar Yan masa kecik tapi aku tak sempat nak scan dan upload. Bukan pasal aku takdak masa tapi pasal aku kurang arif lagi bijaksana....heh3...

Aku teringat masa Yan kecik-kecik dulu bilamana TM hantar dia ke tadika kat minden height, tepi jalan gelugor dan sederet dengan klinik aman 24 jam tu, Yan punyalah seronok manakala TM punyalah risau....masa tu aku tengah dok menunggu result STPM aku. Jadi kesempatan tu aku ambik untuk bagitahu kat Mama yang aku akan tunggu Yan kat Tadika. Pasal apa aku tiba-tiba jadi rajin? Pasal itulah satu-satunya kesempatan aku nak menyilok kereta Honda Civic TF Mama (kaler ang-ang!)yang selalunya Mama tak pernah bagi aku bawak! Lepas hantar Yan ke tadika, aku cilok ke jelutong, pekena nasi kandaq....Puas....

Tok Mama sediakan buaian untuk Yan kat dapur. Tiap-tiap petang TM paksa Yan tidur dengan henjutan-henjutan yang super-duper dahsyat dan aku rasa kalau orang tu tak mengantuk, dia terus akan mengantuk bukan sebab dia nak tidur tapi sebab dia pening! Macam tu lah powernya TM! Ditambah pulak dengan lagu yang aku dok dengar selama bertahun-tahun yang bunyinya lebih kurang macam ni, "...or3....or3...(berdengung sikit kat hidung!). Aku rasa kalau aku dengar lagu tu lagi, aku pun ikut sama tidur...siap berdengkur lagi...tapi bila aku buat lagu yang sama kat anak-anak aku, semuanya baling bantal kat aku...aku heran!

Masa Yan balik ke KL untuk sekolah, aku tumpang rumah kakak aku. Jadi Yan ni membesar kat depan mata aku jugak lagi...aku rasa dia pun boring tengok muka aku...la...Pak Su lagi! Yan suka tengok cerita "He-Man" dan dia ada pedang He-Man yang aku beli kat Supermarket GAMA depan Kasim Nasi Kandaq. Tiap-tiap hari aku dok berlawan pedang dengan dia sampailah dia nangis sebab aku yang selalu menang! The following year tu aku beli topeng Ultraman yang ada lampu kat dahi. Masih lagi kat Gama depan Kasim Nasi Kandaq. Tiap-tiap hari dia pakai topeng Ultraman sampai bila dia tak pakai aku dah ingat yang tu bukannya Yan!

Yan dari kecik baik. Ada sekali tu masa kat sekolah rendah, ada satu "play" kat sekolah dan Yan jadi "sunflower". Yan seronok jadi sunflower dan tiap-tiap hari dok practise. Kerja dia cuma goyang-goyang badan dan angkat tangan macam sunflower dok berkembang. Selalunya kalau aku teringatkan sunflower scene tu, aku akan senyum sorang-sorang. Ada sekali masa lalu kat depan hospital dan nak parking motor, aku teringat kat sunflower play tu dan aku senyum sorang-sorang....lepas aku bukak helmet, aku tengok ada 3 orang yang dok parking motor sambil dok tengok gelagat aku dengan heran......mungkin depa ingat "memang sakit budak ni...".

Yan membesar dengan environment yang cukup bagus. Result Yan pun sangat bagus. Yan masuk universiti dan lepas tu mula kerja. Once in a while kalau aku pergi ke rumah kakak aku, Yan akan datang dan bertanya khabar. Now that Yan is already a married man, aku nak pesan kat Yan, jaga Anieza dengan baik. Satu lagi exciting chapter dah bermula....dan Yan, to Pak Su, "you are always my SUNFLOWER BOY!..."

Selasa, Disember 14, 2010

Bangkok Part 3, the final countdown!

(finally, di lcct)

(asia's biggest loser yang kalah during the first week!)

(masih di bangkok airport...dok cari padthai!)

(suvarnabhumi airport...macam klia lah)

(aduh....ada jugak!)

Beberapa hari berada kat Bangkok, mengharungi traffic jam dan mengharungi makanan yang maha hebat dan maha menggemukkan, di topped up dengan massage yang super-duper tip-top, bersama-sama dengan keluarga pulak, what else can I say? That was the best trip yang aku pernah buat dalam tempoh beberapa tahun ni. Seriously...it was worth....the kids enjoyed the trip and aunty was grinning from ear to ear....bukan pasal kami banyak shopping (memang tak shopping pun!) but the time that we managed to squeeze and spent together was really awesome. Ditambah pulak dengan kehadiran abang kat tengah padang main bola bagai nak gila sampai nangis-nangis dan bengkak-bengkak serta lebam-lebam sana-sini, it's the quality time spent! Oops terlupa nak bagi credit kat aunty Pam sama yang sentiasa ada bersama-sama kami diwaktu makan dan massage...heh3...That's what friends are for....(amboi macam lagu lah pulak!).

Abang macam biasa, sangat busy dengan bola, almost every week dan every weekend mesti ada tournament yang disertai. Balik dari Bangkok sebenarnya abang dah missed 2 centralise training. One is for Sekolah Sukan Bandar Penawar dan satu lagi pulak aku sendiri pun dah lupa untuk sekolah mana sebab banyak sangat. Pemilihan untuk ke Sekolah Bandar Penawar dilakukan sewaktu abang dan rakan-rakan yang lain sedang berjuang di Bangkok. Bila balik, aku cuba talipon dan bertanya kot-kot masih ada next selection tapi katanya dah terlepas.....hmm rasa macam unfair though!

Masa aku kat Bangkok dan tengok standard pemain-pemain antarabangsa yang lain, aku heran. Heran sebab skill dan fitness kita yang lebih baik daripada depa yang ada walaupun tournament ni taklah besar mana. Cuma ada 12 pasukan dalam setiap age group tapi aku rasa depa ni lah jugak yang akan kita lihat berlegar-legar nanti dimajalah-majalah bola yang dok ada samada di malaysia mahupun di asia. Depa ni lah jugak yang akan mengejutkan kita dengan breakthrough bermain di EPL, Bundesliga mahukan J-League ataupun bagi rakan-rakan abang, pasti ada yang akan sampai ke M-League....itu aku pasti. Yang buatkan aku pasti tu sebab aku tengok mak-bapak players ni semua sentiasa ada kat padang setiap minggu! Menyokong bakat anak-anak dan berkongsi minat untuk sama-sama memajukan sukan bolasepak. Tapi kat mana silapnya, bila dah sampai ke peringkat remaja, depa dah sampai "plateau" dan kurang menyerlah lagi.

Minggu lepas sewaktu tournament di Cheras, aku sempat bersembang dengan salah sorang bapak yang anaknya bermain di luar negara sekarang. Katanya negara kita ada menghantar 2-3 orang lagi pemain hebat untuk beraksi disana. Tapi kat mana silapnya pemain-pemain ni? Skill lebih kurang sama....physical mungkin kurang tapi apa kurangnya Messi? Aku tanya kat bapak ni yang aku akan panggil dengan nama Mr X. Mr X kata, ada 2 pemain yang dihantar ke negara eropah selepas anak dia. Tapi depa tak lama kat sana. Aku tanya lagi, pasal apa? Mr X kata, first, budak-budak ni tak bercampur dengan pemain-pemain antarabangsa yang lain. Laa....awat jadi lagu tu? Mr X kata depa akan berkumpul sesama sendiri, bersembang sesama sendiri, bergelak sesama sendiri, makan sesama sendiri dan tidur pun satu bilik.....Laa...awat jadi lagu tu? Lepas tu Mr X sambung lagi....makan pun tak sama sebab katanya tak sama macam kat malaysia.....jadi depa pi cari ada satu keluarga malaysia dan makan kat rumah kawan tu selalu.....dapatlah merasa nasi lemak....mee kari....dll! Laa...awat jadi lagu tu? Apa lagi? Mr X cakap, kalau pi kat bilik salah sorang pemain tu, penuh dengan pre-paid card sebab rindu kat kampung...Alamak...awat jadi lagu tu? My point here is, kalau nak berjaya, kena lah tukar mind set....peringatan ni khas aku tujukan kat abang yang aku tahu takkan baca blog aku ni...tapi sekurang-kurangnya bila dia dah berumur 30 tahun dan aku dah berumur 60 tahun, bila depa terjumpa blog aku ni, abang ataupun yuya ataupun marina akan mengangguk dan teringat apa yang aku tulis ni....

Eh, tersasar pulak cerita aku...sebenarnya tak banyak beza kat siam ni. Kalau sapa-sapa risau pasal makanan halal, aku nasihatkan janganlah risau sangat....berlambak-lambak makanan halal kat bangkok ni. Bukak mulut dan tanya saja...mesti depa tunjuk kat kita. Tanyalah sapa-sapa pun....silap-silap depa cakap melayu lagi....macam ada sekali aku kat lobby hotel. Aku ada sikit masalah. Tiba-tiba Mat datang dan introducekan diri dia kat aku....dia kata nama dia Mat, boleh cakap melayu dan dia islam....hmmm habis cerita...Mat ni lah yang jadi tempat rujukan tambahan aku!

All in all, kami sekeluarga memang memerlukan family trip yang macam ni...er...in fact aku tengah dok plan satu lagi la ni...heh3...kat mana aku dok plan, tak bolehlah nak cakap...mungkin jadi taupun mungkin tak....kita tengok sajalah nanti...apa-apapun, malaysia mesti kalahkan vietnam!

Isnin, Disember 06, 2010

Bangkok Part 2



href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj105QOrqOZMqiY6Yhr6VlMPwbfRNV3XkB-lBM_WM1hiGQKbUGYVZlbq_UhPRNhtuvmtiGiAVV_uIAdLvQy40TQir22bbCReLoVwqL4rBMXroVasDNjEsRvQ5x5Wf6ig9_vy8PAPYu6L7IG/s1600/IMG_4937.JPG">


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK7Fn8CMIrIvZHxjqjrCXfHr6X783bg2uKeb5aa-VZ3-FsZ3F-lTlCopQGwXzv6ITmhwvHlxafd-5pgfGRIXAb_6QVGz_dtjeXvs-1IGLR0aq-iBV1g-EfLSc3VBokciVgrZlEMNYHYK6v/s1600/IMG_4933.JPG">


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKdEUkMFDuY4gNNlYN2ssLyo9hOYuYFEDihAJlx18rSo6gvGrR-qZFQuUbpZYrNqVew2zcifummOpojk507iLsa3bQn43GE_DhcrsfvPq_PsYuMnP9ppfT5ZjLZNf5zf4B3TEEK1ocNe5l/s1600/IMG_4928.JPG">


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8UU7FQWOwJ0kB0GP7wxRi-F0aL9IfWmyyQpI7VyAUqBGYJECtlfMNR-Kx4uMd-VrHL-zNhQQV5FHSwTUTlLiS-2rc90_8Ct4lsYpyNRqsxDVJpz_6BwTR3LveNgg8o6cvI9rUOwhTfVbE/s1600/IMG_4924.JPG">


Saturday.

Hari ni hari kedua kami kat Bangkok dan abang akan mula bertanding pagi ni tepat pukul 9 sebaik lepas upacara pembukaan. Aku bangun awal...ni penyakit lama....pukul 5.30 pagi aku dah terkebil-kebil kat atas katil dok tengok sorang-sorang masih dok merekot kat dalam selimut...kalau orang lain memang enjoy dapat tidur tapi tidak untuk aku.. Aku lebih enjoy kalau tak tidur sebab aku dapat buat apa yang aku tak sempat buat. Memadai kalau aku dapat 4 jam tidur nyenyak...aku bersiap dan pikir apa lagi plan kami untuk hari ni selain daripada tengok abang lawan bola.

Pam tolong kami panggil teksi dan explain kat teksi tu kat mana kami nak pergi hari tu. Amboi aku terkejut sungguh bila dengar Pam cakap Siam....pandai sungguh dia! Heh3...perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 20 minit dari hotel dah jadi 1.5 jam....aku duduk tak tentu hala sebab tahu abang tengah warm-up nak main bola la ni....ish....lambat sungguh teksi ni...masa ni lah aku teringat kat cerita Transformers lah...Ultraman lah...Kamen Rider lah....ahhhhh ni semua pasal tengok banyak cerita katun dengan Marina dan baca banyak komik Syabu-Syabu, Ikhtiar Hidup dan Aku Budak Nakal koleksi Yuya!

Kami sampai kat padang dan tengok abang dah start lawan bola. Aku lupa dia lawan dengan sapa. Yang aku ingat cuma dia menang 2-0. Habis mat salleh kena belasah! Horey!! Coach kat situ sebok dok tanya abang umur berapa. Aku pulak dok berdiri betul-betul kat belakang coach-coach tu. Coach Radha (coach kami) cepat jawab, "Huh, if you want to know, his father is standing right behind you!". Coach mat salleh tu tak nak pulak tanya kat aku.....mahu aku star-light dahi dia nanti!

Satu hari suntuk kami kat padang. Dah berbotol-botol losyen aku sapu. Kesan dia tetap sama....aku tetap tak putih dan muka aku tetap terbakar! Anyway, aku tak kisah sebab anak-anak dan aunty masih kenal muka aku walaupun rambut dah tambah putih! Kami ambik teksi kat luar kawasan padang. Kami tunggu kat satu tempat, budak-budak siam dok tunggu kat depan kami....kami tunggu lagi, ada lagi budak siam potong tunggu kat depan....lagi dari kami...depa tu yang sapu habis teksi yang dok mai. Aku jalan lagi ke depan, mat salleh satu family pulak tunggu 20 meter dari depan aku dan sapu teksi yang berhenti! Ahhhhh, panas...panas....cuaca Bangkok memang panas....aku dah terasa macam dok tunggu teksi kat Jaya Supermarket Seksyen 14 pulak...asyik-asyik kena potong queue. Sekali ni aku buat jalan berkepak, beliak kan mata, sentengkan lengan baju dan tahan teksi....2 bijik sekali berhenti...huh! ambik kau!!! kami pilih warna hijau kuning kali ni.....

Sampai hotel, kami semua tergolek tak sedar diri. Yang sedar cuma aku. Pam talipon dan tanya kami nak makan apa? Makan? Horey....itulah tujuan kami ke Bangkok. Selain daripada tengok abang main bola, kami cuma nak makan dan massage....itu tujuan aku dan aunty. Pam tahu dengan niat kami. Pam bawak kami makan kat tempat yang paling best dalam dunia. "STREET FOOD". Aku cakap kat Pam yang aku dah tak larat nak makan kat hotel. Bukannya aku sombong tapi sungguh aih...aku tak tipu! Pam bawak kami ke celah-celah lorong di Bangkok. Dari luar dan tepi jalan memang kami tak tahu ada tempat makan kat dalam tu tapi bila dah menyusur, mak aii...menu dia penuh kat dinding. Sorry aku tak teringat nak ambik gambar langsung! Pam yang order dan kami cuma tolong makan....heh3....

Lepas makan, Pam buatkan arrangement untuk aku pergi massage. "Krung tip...krung tap....krung top....", Pam kata dia dah bagitahu kat tukang urut aku yang aku nak full body massage but be a little gentle to her fragile friend! Heh3....satu jam dia tibai aku dan satu jam lagi dia tuam badan aku dengan herbs...Pandai Siam ni....lepas dia tomoi aku sampai lebam-lebam, dia tuam balik badan aku kasi hilang lebam! Bila balik balik aku cerita pulak pengalaman aku kat aunty..aunty dengar dengan mata terbeliak dan air liur meleleh, tak sabar nak pergi esok pulak...heh3...

Kami bagitahu Pam yang kami nak cari CD lagu lama yang famous kat Thai ni. Selalunya kalau kami kemana-mana, kami akan cari lagu-lagu tradisional...dan setakat ni kami dah ada SATU! Tu lah lagu Siam yang kami beli tu...Penyanyi ni favourite mak dia...aku beli dan balik pasang. Wow...amazing....memang sedap, krung krang...krung krang.....dot com....dot mai.....kalau kat dalam kereta, marina mesti mintak lagu aunty Pam. Masa aku pasang lagu tu, Yuya akan tutup telinga rapat-rapat...abang pulak akan bukak tingkap dan nak terjun keluar.....aku, aunty dan marina akan sama-sama nyanyi lagu tu....."krung krang...krung krang...dot com....dot mai.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...