Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Julai 25, 2015
Khamis, Julai 16, 2015
Selamat Hari Raya!
Selamat Hari Raya!
(Disini aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog aku. Tujuan aku mengulang cerita di bulan Ramadhan ini hanyalah kerana ingin mengenangkan kembali kisah-kisah lama yang masih terasa baru berlalu. InsyAllah selepas ini aku akan menyambung dengan cerita-cerita kehidupan aku seperti biasa bersama-sama dengan keluarga!)
Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua serta Maaf Zahir dan Batin. Hari ni aku memang parah. Hari ni aku habis awal, lebih kurang pukul 11 malam sebab dah tak ada sahur. Lepas semuanya ok dan aku dah pesan kat penyamun-penyamun semua pasal apa nak buat, aku pun pergi minum kopi 2 cawan, jalan longlai nak balik ke bilik. Baru nak balik bilik, ada guest Malaysia talipon tanya nombor bilik aku. Dia sedekahkan 2 helai sejadah dan sehelai scarf. Aku rasa scarf tu mungkin untuk aunty kot....aku ucapkan terimakasih berbanyak-banyak pada guest tadi tu. Itu penghargaan dia pada aku. Selalunya orang bagi penghargaan sebab penerima tu dah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Jadi, aku rasa, mungkin tugasan aku dah berjaya kot...sebab tu guest tu bagi. Aku rasalah...kalau tak berjaya, aku janji yang aku akan bekerja dengan lebih kuat lagi....sebab aku masih muda trang-tang-tang!
Aku jalan balik bilik dengan longlai, aku tekan butang lif dengan longlai, aku bukak pintu bilik dengan longlai, aku salin baju dengan longlai. Aku cuba nak tidur, pusing kiri nampak muka aunty, pusing kanan nampak muka abang, pusing depan nampak muka yuya, pusing belakang nampak muka marina! Mata dok terkelip-kelip...memang sah aku tak boleh tidur. Esok Raya. Depa beraya tanpa aku lagi...parah ni. Aku termenung kat atas katil sorang-sorang....bilalah, aku nak dapat beraya dengan depa ni....la ni dah pukul 2.30 pagi. Bermakna kat KL la ni dah pukul 7.30 pagi. Mungkin dah nak sembahyang Raya ni. Anak-anak aku macamana? Ooooo tidak.......
Pelan-pelan aku bangun, muka monyok macam selalu. On kan laptop, tengok gambar-gambar lama, bukak blog orang lain, baca sikit, tak ada mood. Bukak blog sendiri. Baca sikit, lagilah tak ada mood! Sms kat aunty, dia jawab. Aku cakap skype sekarang? Dia kata ok. So sementara dia prepare, aku sambung merepek dipagi Raya ni. Nampak gayanya memang sah aku tak tidur ni. Nanti dah nak masuk Subuh. Then sembahyang subuh. Lepas tu aku terus turun pergi check breakfast terus aje lah....malas nak tidur lagi. Nanti aku ambik gambar banyak-banyak kat sana nanti. Then pergi sembahyang Raya kat Masjidil Haram. Lepas tu perang sikit dengan guests aku semua.
Aku dapat kopi Cap Hang Tuah sepeket besar. Lama aku tak minum. Sapa yang bagi? Ada sorang lagi guest terbaik aku dari KL bagi. Selalu jugak dia sms aku walaupun aku tahu dia sibuk dan berpengaruh. Dia tanya khabar. Jadi dah mestilah bila dia datang, aku jaga dengan baik..macam tu lah tugas aku dah lebih 20 tahun ni. Dok bagi orang happy saja. Bilalah aku nak happy pulak! Aku akan happy bila guest dan orang keliling aku happy. Bila depa puashati, aku lega dan seronok. The feeling is just great bila orang ucapkan terimakasih kat aku. Tak payah bagi duit ka, bagi tikit free balik kl ka, bagi lamborghini sebijik ka, cukuplah dengan ucapan terimakasih. Maka dengan itu, aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin" pada semua dikenali dan tak dikenali semoga hubungan silaturrahim kita berkekalan....
Rabu, Julai 15, 2015
29th day puasa di Mekah tahun 2009
29th Day Posa
(Masyallah...2 hari lagi kita nak berhari raya rupanya! Macam baru lagi Ramadhan menjelang. Aleh-aleh dah nak habis. Tak cukup rasanya hanya sebulan...Walaubagaimanapun kepada yang balik kampung, aku nak pesan agar berhati-hati memandu!)
Hari yang paling meriah aku rasa ialah sehari sebelum Raya. Ni lah hari yang aku suka sangat-sangat. Bukannya suka pasal apa, tapi suka pasal esok nak raya. Rumah dah siap kemas, baju raya dan baju melayu dah tersusun rapi. Makanan raya dah mula terbau-bau...ketupat daun palas, rendang ayam, kari daging, dan menu-menu lain semuanya dah tersusun dalam kepala. Buat kanak-kanak yang sebaya anak-anak aku, semua nak horey-horey pikirkan duit raya, berapalah dapat? Berapa Pak Su bagi tahun ni? Berapa Pak Ngah bagi tahun ni? Berapa pulak Pak Lang bagi tahun ni? Seronok sungguh.
Semalam aku pergi Abraj al Bait sekejap sebab saja nak ambik angin. Masuk aja dah ternampak pusat zakat. Aku pun terus pergi dan settlekan. Lepas bayar, lega. Dia cuma tanya untuk berapa? Aku jawab then bayar. Dia bagi resit dan cakap selesai. Aku ambik resit dan terus jalan. Habis cerita. Memang tak sama dengan cara kita kat Malaysia. Jauh beza sungguh depa ni buat kerja.
Aku sempat jalan-jalan kat dalam shopping complex tu sambil cuba-cuba tangkap gambar sebelum aku kena tegur dengan security kat situ tak bagi aku tangkap gambar. Heh3...ala, sikit je takkan tak boleh kot?
Ada kawan aku hari ni nak balik KL. Aku tumpang kirimkan barang sikit untuk kakak-kakak aku yang pesan hari tu. Esok barang sampai KL. Ada lip-lap lip-lap oooooo"Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin"
4 ulasan:
- siti berkata...
- a`ah,time kecik2 dulu syok kutip duit raya.time dah keja ni kena huluq duit raya la pulak.adus.xpe2.jumlah x kesah,yg penting ikhlas.uncle.selamat hari raya lagi sekali.
- 19 September 2009 6:05 PTG
- Uncle berkata...
- Memang seronok pun kan Siti...Uncle dok sedih ni...apa lah anak-anak dok buat gamaknya!
- 19 September 2009 7:56 PTG
- Salam sejahtera....... berkata...
- uncle
selamat hari raya..semoga bergumbira selalu, kat sana tak payah sediakan paket duit raya kan? - 20 September 2009 6:07 PG
- Uncle berkata...
- Dear SS.
Memang tak payah nak ingat bagi angpow pun....cuma anak-anak kat KL yang selalu ingatkan! - 20 September 2009 7:15 PG
Selasa, Julai 14, 2015
28th day puasa di Mekah tahun 2009
28th Day Posa
Hari yang ditunggu-tunggu bakal menjelma. Aku rasa orang kat Malaysia sekarang ni mesti tengah dok sibuk balik kampung ni. Maklumlah lusa dah Raya...semua dah dalam mood "dam-dam-dum", seronoknya...aku kalau ada kat KL pun tak kurang jugak perancangan. Selalunya kami anak-beranak akan beraya kat KL,semua adik-beradik ada kat KL. Masa tu Mama seronoklah sikit sebab anak, cucu, menantu dan cicit akan berkumpul dan bergossip sambil mengembangkan badan. 2-3 hari sebelum Raya aku akan pasang panjut kat depan rumah. Beli yang pasang siap kat Giant, beli minyak, bakar sumbu, voila, dah siap....horey-horey...2 jam kemudian, Nyonya kat atas rumah aku pun menjerit, "Saley aah....itu asap manyak hitam la.....", maksudnya dia suruh aku pergi pasang panjut jauh-jauh sikit la tu!
Gambar 1: bunga tu memang cantik. Oleh sebab dia sangat cantik, aku pun snaplah gambar sekeping. Kaler dia memang kelas...tapi macam biasa, aku tak kenal dia. Mungkin Siti Tanjong kenal sebab Siti dan Bunga adalah satu komposisi yang sangat berkesan, ibarat "langit dengan bumi!"
Gambar 2: ada guest aku mintak sambal belacan dan cili potong nak makan dengan nasi. Jadi, cili tu aku potongkan cantik-cantik dan aku masukkan bla...bla...bla...resipi dia aku tak boleh kasi kat sini. Memang sedap dan lain dari yang lain...special habis...sampai ada VIP tanya aku macamana nak buat. Kalau VIP dah tanya, mestilah sedapkan...aku rasalah...aku pun tangkap muat saja! Heh3...lepas tu bila aku clear, sambal dengan cili potong tu memang dah pun clear...
Gambar 3: Buah pear kuning tu memang sedap. Ada tangkai seco' et kat atas. Manis tapi jangan khuatir sebab dia natural sugar. Jadi kepada pesakit-pesakit sekelian, anda tak perlu bimbang kalau makan buah ni kecualilah kalau anda makan sampai 13 kilo sorang sambil nyanyi lagu "Tidurlah Wahai Permaisuri.."
Gambar 4: Oleh sebab kedai kopi aku ni tak boleh advance booking macam panggung wayang MBO kat rumah aku, jadi Tok-Tok Arab ni semua dah jadi pandai sikit. Sebelum bukak puasa depa dah siap booking meja dengan cara letak sejadah kat kerusi. Untuk VIP kita pulak, aku letakkan cili potong dengan sambal belacan atas meja depa. Huh baru Tok Arab tahu...sapa lagi pandai...
Gambar 5: Kawan aku dari TH Jeddah datang ambik guest untuk hantar balik KL. Dalam pada dia datang tu, dia pun bawak lah makanan sikit kat aku. Ada kuih raya. Packaging memang menarik sekali. Kata dia untuk Corporate Client....kira aku pun boleh masuk kategori yang sama lah kot. Heh3..."Selamat Berpuasa"
6 ulasan:
- Pak Zawi berkata...
- Uncle,
Cantiknya bunga. Sedapnya makanan bila makan dengan cili potong.
Selamat Hari Raya. Walaupun jauh disana, beribu ribu rakyat Malaysia bersama anda merayakanya bersama anda disana. Cuma sambuatan hari Raya di Mekkah tak sama ngan di Malaysia ye. - 19 September 2009 5:24 PG
- cikgu zainab berkata...
- Salam Uncle,
Selamat Hari Raya. - 19 September 2009 7:15 PG
- Uncle berkata...
- Dear Pak Zawi.
It's an honor to have you visiting my blog. Yes bunga tu memang cantik tapi boleh tahan cuma 3 hari. Masuk tahun ni dah 2 kali saya beraya kat Mekah, alhamdulillah. Tapi keluarga tetap dihati... - 19 September 2009 8:15 PG
- Uncle berkata...
- Dear KN.
Domo arigatou gozaimas.....I wish the same to you and your family! - 19 September 2009 8:16 PG
- siti berkata...
- pic1- bunga yang kaler pink itu dlm keluarga Amaryllidaceae.lebey kurang spider lily jugak.yg kaler nak purple tu bunga kekwa @ dlm bhs inggeris nya Chrysanthemum..hehe..
uncle yg makin slim,
di sini sy nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir batin.jgn sedey2 tau.raya kita kena gembira :D uncle, nak angpow! hee - 19 September 2009 9:07 PG
- Uncle berkata...
- Dear Siti.
Oooo kekwa ka nama dia? Bulehla Uncle buat teh kekwa kot..heh3...btw, Uncle lagi slim ka? Horey...horr liao.... - 19 September 2009 9:56 PG
Isnin, Julai 13, 2015
27th day puasa di Mekah tahun 2009
27th Day Posa




Ramai guest-guest aku yang dah mula check out hari ni. Walaupun begitu, hotel masih lagi penuh. Aku masih lagi sibuk dengan jemaah yang datang nak berbuka puasa dan bersahur. Esok kuranglah kot...tiap-tiap hari aku dok kata macam ni kat diri sendiri. Esok kuranglah kot...esok kuranglah kot...tapi tak kurang-kurang jugak! Makin bertambah ada la...tapi semua tu tactic untuk tenangkan perasaan. Kalau tak biasa, mahu mati terbeliak!
Aku jugak nampak yang jemaah dah mula usung kotak-kotak balik ke bilik. Kotak-kotak tu semua depa nak isi dengan barang-barang yang depa dah shopping dalam Mega Sales! Habis kotak kleenex aku dengan kotak telur jadi mangsa. Macam ni punya masyarakat pun ada. Tapi memandangkan aku ada banyak kotak dan kalau tak pakai aku akan buang, jadi aku sedekahlah kat depa yang memerlukan. Part kotak ni, macam aku dulu jugak nak balik dari Tokyo. Habis kotak kat Pejabat Pos Gotanda aku borong sampai tokay PP siap tanya aku nak buat apa banyak-banyak? Then lepas kahwin aku melilau dok cari kotak kat Damansara Jaya. Sampai kotak kasut pun aku ambik jugak. Yang tu aunty simpan surat. Sedih jugak aku sebab surat cinta masuk dalam kotak kasut! Tsk...tsk...tsk...
Kak Anne pesan buah kurma ajwa yang terbaik. Aku kan dah ada kedai special kat bawah, dan tiap-tiap kali aku pergi, mesti dapat discount. Sampai dia pun dah kenal muka aku. Ada sekali tu aku terserempak dengan dia kat Misfalah (belakang Hilton). Terus dia tegur aku. Aku buat-buat tak kenal. Dia kata, "ni Ahmed lah..". Aku saja-saja tanya kat dia, "ni Ahmed Albab ka?" Dia geleng-geleng, angguk-angguk sambil cakap, "ana Ahmed Kurma la..." Heh3...kami sama-sama kerenyeh-kerisin!
Malam tadi guest aku ada special dinner kat bilik. Set-up sana, set-up sini, aku ternampak ruangan Kaabah yang penuh sesak. Aku cuba snap tapi tak dapat sebab cahaya cermin memantul balik. Ish...kalaulah aku ada SLR, Ini tak habis-habis dok berangan dari dulu. Memang ramai kat sana sebab aku dah mula buat kenduri untuk 1500 orang tadi. Pergh memang kena serang memanjang! Bila lah pulak aku yang nak serang balik? Ni tengah clear then set balik, then clear, then set balik. Ulang sebanyak 47 kali...."Selamat Berpuasa"
8 ulasan:
- uncle pet..!! berkata...
- surat chenta lps dlm kotak ksut no uncle.. pd sgh.. ahiksss..
selamat ari raya uncle.. jom blik jitra..!! - 18 September 2009 4:17 PG
- PINATBATE berkata...
- Uncle,
cute jer tengok Marina buat rambut raya tu..amboi!beraya sakan nohh...
Wah!banyak kemahiran aunty rupanya..menjahit pandai,buat cheese cake pun pandai..patutlah Uncle terpikat! surat masuk kotak kasut tu biasalah...saya pun buat..ekekeke.. - 18 September 2009 4:58 PG
- dilaOHdila berkata...
- Salam uncle....
dilla mohon ribuan kemaafan jika ada silap dan salah katakata
Mohon dimaafi ya.....
Raya lagi berapa hari lagi. unty & anakanak raya kat mana uncle?
teringin nak jumpa unty dan baby.
Untuk uncle moga beraya dengan meriahnya. Biarpun jauh dari keluarga Moga 3G menjadi penyambung ikatan, amin - 18 September 2009 7:38 PG
- Uncle berkata...
- Balik Jitra? Pergh...tu pon nostalgia tu...malaih nak cerita saja, nanti tergeyak keluaq hinguih!
- 18 September 2009 8:56 PG
- Uncle berkata...
- Dear Pinat.
Aunty memang pandai macam2! Gulai ikan kerin pun pandai buat...Tu yang pokok karapoley mesti ada kat tepi tingkap! - 18 September 2009 8:57 PG
- Uncle berkata...
- Dear Dila.
Uncle memang raya kat Mekah lagi lah tahun ni. Sedih jugak teringat kat anak-anak. Aunty selalunya tak pi mana...1st mungkin pergi HQ (rumah kak anne) kat DJ kot. Then memang aunty akan duduk rumah...singgahlah ke rumah kecik kami tu! - 18 September 2009 8:59 PG
- siti berkata...
- che..wah..cumel marina ayumi pi salon ye..aunty siti pon igt nak pi trim skit rambut ni...rambut raya..heee..
- 19 September 2009 9:10 PG
- Uncle berkata...
- Kelaskan? Uncle sampai la ni pi Mamak Salon!
- 19 September 2009 9:57 PG
Sabtu, Julai 11, 2015
26th day puasa di Mekah tahun 2009
26th Day Posa
Sekali ni aku masukkan siap-siap ntuk esok...takut terlupa....hahhahahaa....
Semalam memang aku makan sampai tak ingat dunia. Apa yang aku makan? Nasi putih panas, dengan ikan tenggiri masam special yang aku dapat dari VIP. Ikan tenggiri masam pun naik kapalterbang 1st class. Heh3...But anyway, maksudnya, ikan masam tu lagi kelas dari akulah...dah tak toleh kiri-kanan, aku makan semalam. Yang aunty buat ikan pekasam tu aku simpan lagi sebab sayangkan 2-2 sekali. Sayangkan aunty dan sayangkan ikan masin jeruk! Amacam, boleh, aku mesti fair and square! Heh3...satu masalahnya ikan masin dan pekasam ni semua, bila makan, tak boleh stop. Part tu memang aku parah betul...
Semua lif penuh semalam. Jem gila. bayangkanlah, ada 22 lif pun semuanya sangkut. Tak boleh naik. Kesian aku kat budak steward sorang tu. Dekat 30 minit dok tunggu. Bukan pasal lif tak datang, tapi pasal lif penuh dengan jemaah. Jadi last sekali kena turun tangga! Takpa, kita utamakan guest kita dulu. Nanti lepas Ramadan aku kasi sijil penghargaan sorang satu, ok! Esok malam katanya, bacaan Quran akan dihabiskan. Eh, ke malam ni? Aku pun dah naik confuse tak tahu mana satu sebab aku langsung tak berkesempatan nak ke Haram.
Aku baru dapat sms dari Vimmy Yasmin (fellow blogger) yang dia dah hantar kuih raya kat rumah aku. Horey! Kuih Raya! Mesti seronokkan? Tapi katanya dia kesian tengok muka anak-anak aku pilih kuih raya kat rumah. Ni disebabkan oleh beberapa faktor dalaman...satu, depa ngantuk...dua, depa kenyang...tiga, depa confuse, sapalah yang datang rumah hantar kuih ni!....empat, kesemua yang dia atas. "Selamat Berpuasa"
12 ulasan:
- Selamat hari Raya Aidil Fitri untuk Uncle & keluarga...
az(shah alam) - 17 September 2009 9:40 PG
- Yours truly berkata...
- salam Uncle...Sedapp ikan masam tu..x dak kuah pun x per..he.he..
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
buat Uncle sekeluarga dan kawan2 santorian.. :-) - 17 September 2009 9:46 PG
- Uncle berkata...
- Dear Az.
Thanks for the wish. Uncle pun nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin dari az sekeluarga. - 17 September 2009 9:58 PG
- Uncle berkata...
- Memang sedap sungguh2. Tak tipu ni....tadi tak sempat nak ngap ikan tu sebab ada lagi VIP dah tanya, jadi Uncle bagi kat dia ikan masam tu...heh3...rezeki kita share ramai2! Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!
- 17 September 2009 9:59 PG
- kucingorengemok berkata...
- tengok kat tv malam tadi, sapa yang terawih (masjidil haram) pegang quran tu... memang dah nak kat hujung dah
- 17 September 2009 10:05 PG
- Uncle berkata...
- Huh? Sapa tu? Cerita sikit!
- 17 September 2009 12:36 PTG
- uncle pet..!! berkata...
- Selamat Hari Raya Aidilfitri utk uncle & sekeluarga..
uncle.. ada crd raya utk uncle kt pg sy.. - 17 September 2009 1:44 PTG
- uncle pet..!! berkata...
- Selamat Hari Raya Aidilfitri utk uncle & sekeluarga..
uncle.. ada crd raya utk uncle kt pg sy.. - 17 September 2009 1:47 PTG
- Al-Manar berkata...
- Uncle
Semata-mata membalas lawatan. Sepertimana yang saya sebut Uncle bernasib baik mempunyai peluang yang ramai inginkan - melawat rantau orang, meluaskan pandangan. Silalah selalu ke tempat saya. Kalau ada apa yang lebih peribadi sila gunakan e-mail saya yang tertera dalam blog Almanar
Selamat Berhari raya dirantau
Pakcik - 17 September 2009 6:49 PTG
- Uncle berkata...
- Dear UP.
Thanjks for the Raya Greetings! Same to you.. - 17 September 2009 8:56 PTG
- siti berkata...
- eh, lupa nak wish selamat hari raya kat penyamun2 setia uncle tu.."selamat hari raya"..pekasam..sedap hingga menjilat semua jari..yey! :P
- 19 September 2009 9:12 PG
- Uncle berkata...
- Thank you...thank you...
Bapak Penyamun! - 19 September 2009 10:00 PG
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
See Kok Chuan Memang aku dah lama nak ke 'rumah urut'. Ada satu rumah urut yang berhampiran dengan IPD Ampang. Besar signage di...
-
(marina dengan muka sakana dia!) (aku dan kawan lama aku...aku perasan yang rambut dia masih hitam!!) (Pam buat2 busy masa nak ambik gambar)...
6 ulasan:
p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community
Dah memang gaya org jauh di perantauan; Skype di pagi raya!
Kami pun sama! Kuantan - Glasgow
Maaf Zahir & Batin
:)
Macam tu lah orang kaya-kaya...heh3...skype sana-skype sini...20 tahun dulu tak pernah Uncle imagine nak jadi macam ni!
Selamat Hari Raya Aidil Fitri... to you, Aunty and the kids.
Don't be sad... You have done a great job by making ppl happy. Aunty and the kids, I am sure, do understand what your job demands of.
Take care.
Rina
you made my day! I hope they do understand.....susahnya......tsk...tsk...tsk...
Selamat Hari Raya yea!