Khamis, Mac 30, 2017

Jagalah kesihatan...

Gym Rakyat Tasik Titiwangsa



Assalamualaikum semua adik-beradik yang amat aku hormati dan sayangi. Hari ini aku terasa nak bercerita sikit tentang penjagaan kesihatan. Aku ni pun sebenarnya taklah berapa nak sihat sangat. Nothing major but small little things yang kadang-kala mengganggu pergerakan aku setiap hari. Aku pernah bercerita dulu yang 'turning point' aku sebenarnya ialah setelah berbual dengan salah sorang tetamu mat salleh aku sewaktu aku bertugas di Renaissance Hotel KL dulu. Aku tanya kenapa dia menjaga kesihatannya kerana badannya aku lihat 'cantik' dan agak muscular. Dia jawab, dia menyampah apabila setiap pagi sewaktu bangun tidur dan berdiri bogel didepan cermin, dia sendiri menyampah tengok bentuk badannya yang tak terjaga...sejak itu dia nekad untuk buat sesuatu.....jadi sewaktu aku berehat, aku pun terfikir benda yang sama...hahahahahaha.....

Aku ke gym Celebrity Fitness selama 4 tahun dan berhenti pada tahun lalu kerana aku ni jenis cepat bosan. Bosan dengan diri sendiri sebenarnya yang buat exercise sendirian dan routine kerana aku tak mampu nak membayar personal trainer yang harganya beratus-ratus ringgit untuk sejam. Selain daripada itu aku juga hilang confident dengan mereka kerana kebanyakkannya 'tidak nampak fit' untuk bekerja di fitness center! Selepas CF, aku termangu-mangu mencari program yang bersesuaian dengan kehendak dan waktu aku,  hinggalah aku terbaca program Kevin Zahri tentang "Jom Kurus". Aku join pada hujung tahun lalu. Programnya tak lama. Kali ini aku seronok dan minat aku kembali meningkat kerana program ini dijalankan secara berkelompok. Aku rasa aku yang paling senior dalam kumpulan tu. Hahahahahaha...Setelah selesai mengikuti program JK tetapi aku tetap tak kurus, aku sambung program kesihatan di Fitlife Center di Kampung Pandan. Program diketuai oleh Coach Zack dan isterinya Fifi. Programnya bagus dan aku sentiasa tak sabar mengikuti latihan. Pasangan ini juga sering muncul di kaca tv Al Hijrah untuk program senaman pagi dan juga kick boxing. Coach Zack ialah seorang coach kesihatan yang diiktiraf. Btw, Fifi juga mengajar kickboxing! Kami buat macam-macam disitu termasuklah TABATA (yang ni parah) Hahahahahahaha...Anda semua boleh masuk ke youtube dan taip "TABATA" dan ikutilah programnya yang hanya berdurasi selama 4 minit setiap sessi. Pendek bukan? Tapi mahu muntah-muntah pada yang tak biasa! Hahahahahahaha...

27/3/2017

Setelah beberapa ketika bersama mereka, seperti biasa aku ingin mencuba sesuatu yang baru. Ketika aku sedang browse di fb melihat kawan-kawan lama, aku teringatkan former associate aku di RKL dulu yang dipanggil Pak Li. Pak Li ni sejak dari dulu bertubuh sasa. Aku contact dan tanya Pak Li digym mana dia pergi selalu? Katanya Titiwangsa setiap hari sebelum maghrib, Isnin-Jumaat dari pukul 7. Wah...ini kesempatan aku untuk kembali bersenam. Jadi aku mintak tolong Pak Li untuk ajarkan aku. Alhamdulillah Pak Li sememangnya seorang yang luas pengetahuan berkenaan peralatan dan cara-cara latihan di gym serta tahu apa yang harus dilakukan. So, dengan Pak Li lah aku berguru sekarang. Kini anak aku yang ke dua, Yuya pun sering ikut aku ke gym. Hahahahahahaha...Itulah ceritanya... 

Kenapa aku beria-ia melakukan semua ini? 

Selain daripada menjaga kesihatan, aku dapat memenuhi waktu senggang aku dengan perkara yang berfaedah. Perkara yang tak membuang waktu. Kebiasaannya, setelah makan malam, kita akan menonton tv. Terbaring minum kopi/teh manis, mengunyah makanan  junk. Bila habis, ditambah lagi...Alhamdulillah sejak baru-baru ini, makan aku lebih terjaga. Aku lebih hati-hati dan harus tahu apa yang aku dah makan, sedang makan dan akan makan. Susah pada awalnya tetapi menjadi kebiasaan setelah beberapa hari. Aku nak mencabar diri sendiri. Walaupun umur aku dah menghampiri 50 tahun tetapi aku masih lagi pentingkan penjagaan kesihatan. Bagi aku, jika anda 'berpenyakit', lakukanlah sesuatu. Walaupun anda tewas, anda akan merasa puas kerana sekurang-kurangnya anda tahu yang anda telah berusaha bersungguh-sungguh sebelum kecundang! Oh ya, lupa nak cakap....tidur aku juga lebih nyenyak!

Menjaga kesihatan juga merupakan satu cabang disiplin. Sama dengan disiplin bercucuk-tanam, sama dengan disiplin menjaga kucing, sama dengan disiplin memastikan rumah sentiasa rapi dan bersih! Aku kini lebih berhati-hati apabila tiba waktu makan. Aku harus tahu apa yang aku boleh makan dan apa yang aku harus kurangkan...Aku jarang makan diluar. Mungkin sebulan sekali. Ramai yang tidak sedar bahawa apabila kita makan diluar rumah, kita tidak mampu mengawal penggunaan gula dan garam. Paling teruk ialah penggunaan MSG! Itulah salah satu punca kecil yang menyebabkan kesihatan kita sering terganggu. Kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi. Minuman bergas dalam tin mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Aku teringat arwah mama dulu yang bagitahu aku apabila beliau berada di Tanah Suci dan terasa letih, arwah mama akan minum satu jenama minuman ringan berperisa orange botol besar dan kemudiannya bertenaga! Seriously? In a way, yes sebab ianya mengandungi 'gula' dan gula ini lah yang memberikan tenaga kepada arwah mama untuk bergerak. Tetapi pengambilan ini didalam kuantiti yang banyak amatlah memudaratkan. Hasilnya, sekembalinya arwah mama dari Tanah Suci, kandungan gula didalam darahnya amatlah tinggi. Amat merbahaya!

Kepada adik-adik aku yang membaca cerita aku ni, aku mohon, tolonglah jaga pemakanan dan seterusnya kesihatan. Aku kadang-kala juga makan tanpa rasa bersalah tetapi aku cepat tersedar dan kembali ke landasan makanan yang betul. 

Jangan bagi alasan bahawa adik-adik dah kahwin maka tak perlu lagi menjaga berat badan dan kesihatan. Itu 100% salah...

Jangan bagi alasan bahawa "makanlah sekarang...nanti bila dah sakit tak boleh makan...". Itu 100% salah...

Jangan bagi alasan "takpa..hari ni saja...esok diet balik..." Itu 100% salah.

Jika adik-adik ada waktu, singgahlah di gym rakyat taman tasik titiwangsa setiap isnin hingga jumaat selama sejam dari 7-8 malam. InsyAllah aku dan Pak Li akan ada disitu....jika adik-adik tak 'berahi' workout di gym, adik-adik juga boleh jogging sekeliling tasik ataupun menunggang basikal disitu. Banyak aktiviti riadah boleh dilakukan. Lakukanlah bersama keluarga kerana ia lebih memberikan nikmat!


Jadikanlah penjagaan kesihatan ini sebagai satu 'lifestyle'. Anak-anak aku masih kecil. Baru 19, 16 dan 11. Aku tak mahu sia-siakan hidup aku. Aku nak lihat mereka membesar, mendapat pelajaran secukupnya, bekerja, berkeluarga, kemudian aku nak pencen dan laksanakan apa yang aku dah rancang selepas pencen nanti....Aku tak nak susahkan sesiapa...

Selasa, Mac 21, 2017

Musim hujan..

Penyamoons buat gila kat airport KB!

Semua gambar ni masih berkisar dengan cerita yang dipaparkan pada minggu lalu. Cuma kali ni saja aku masukkan lebih untuk menunjukkan betapa akrabnya kami seperti satu keluarga! Hahahahahaha...errr, memang keluarga pon! Tengoklah kat atas tu....sanggup pergi ke airport, Apam kelam kabut cari kertas nak tulis tapi kertas tak ada. Apam talipon Dr Izamin, Dr Izamin cari kertas besar pon tak jumpa. Dia cilok 'drawing block' anak dia dan bergegas ke airport. Di airport, penyamun-penyamun lain mula bertugas...si kudo, aidi, leman, ketad, iq dll....haru-biru budak-budak nak masuk umur 50 ni....hahahahahahahaha...
Baru sampai..

Girang penyamun semua...hahahahahahahahahaah.....perangai macam ni sejak tahun 1981 sewaktu kami di tingkatan satu lagi! Apa nak jadi daa...kawan-kawan aku ni semua!

APAM, macam biasa! Haha...

Apam ni memang kelakar. Macam tu jugaklah perangai dia setiap kali kami jumpa. Ada saja aksi dan face expression yang dibuatnya. Budak Paroi Jaya ni.......selalu jugak kami lepak rumah dia dulu waktu hujung minggu sebab satu lorong dengan rumah Judd dan Singh! Seorang yang amat ringan tulang. Sentiasa membantu dan amat disenangi oleh kawan-kawan walaupun tak berapa nak disenangi oleh pengawas, guru-guru dan warden. Hahahahahahaa...Satu character yang amat colorful. Bijak orangnya.....Apam sentiasa mengikuti setiap aktiviti kami. Tahun lepas ke JB pon Apam ada. Pendek kata, mana saja kami organise event, Apam pasti menyokong dan turut serta! Thank you brade!

Pose standard!

Entah gua mana si Iq ni bawak budak-budak tu on the way back to KL. Harta karun takde...semua balik hampa! Kalau kesana lagi, jangan lupa ajak Betok. Aku pasti si Betok mungkin jumpa satu-dua peti....Yamashita!

Rumah Headboy (baju belang)...makkk aiii...

Last week aku cakap kalau SRK jumpa rumah ni, mahu dia usung satu bollywood datang shooting....tangga pon dah amat meriah! Aku ingat mahu sesat kalau masuk toilet.....tapi mungkin kena pakai walkie-talkie dalam rumah tu...hahahahahahahaha....Errrr, rumah Headboy tu....aku kena tangkap karang.......dia tahu mana aku simpan rokok...tapi masa 'weekly inspection' di sekolah dulu dia buat-buat tak tahu! 

Last weekend sekali lagi kami berjumpa sambil main futsal secara santai. Sewa court 1 jam. Sembang 40 minit tepi court. Main 20 minit! Ramai jugak yang datang walaupun musim cuti sekolah dah pun bermula. Kali  ni aku mengambil keputusan untuk memandu ke Bandar Baru Bangi yakni tempat berlangsungnya acara futsal santai tersebut. Ikut waze yang last sekali Wak Beng postkan dalam whatsapp group kami. Aku pasang kat stereng kereta.Tekan volume maksimum. Pandu punya pandu, aku tengok ada tanda isyarat Satay Kajang Haji Samuri. Aku ikut waze lagi. Katanya turn right. Aku turn right masuk ke pekan Kajang.  Sebelah kiri aku banyak pula bas-bas penumpang. Aik, biar betol waze ni. Dia suruh aku pandu lagi ke depan sejauh 400 meter sebelum belok ke kanan. Aku pon buat seperti yang disarankan dan aku berhenti di depan kedai tayar! Huishhhh....Aku tengok tanda jalan tepi aku ada tertulis, "Jalan Reko". Hmmmmm ada yang tak kena ni...Aku talipon Ketad tanya arah. Dari arahan Ketad, aku sampai ke futsal court dalam masa 10 minit saja! Hahahahahahaha.....What a waze!

Khamis, Mac 16, 2017

Kejadian Ngeri Terungkai!


Penyamun!
Banyak perkara telah berlaku didalam tempoh hanya beberapa hari. Jumaat lepas aku telah terbang ke Kota Bharu untuk acara 'reunion sdara 85' yang kali ini dilaksanakan disana. Penerbangan aku dengan Malindo Air tergendala selama 10 minit. It's ok kerana bukannya 2 jam....Kali pertama juga aku menggunakan perkhidmatan UBER yang ternyata lebih murah dan lebih efficient. Hanya 9 minit aku tunggu selepas booking aku buat melalui mobile phone aku. Kelam-kabut aku sebab sampainya terlalu cepat! Hahahahahahaha....

Kejadian Ngeri 1


Sesampainya aku di airport dengan Hazlan Hassan dan anaknya Irfan, keadaan menjadi sedikit kecoh tatkala aku melangkah kaki nak keluar dari arrival hall. Aku terlihat ada sekelompok lelaki tak berapa nak muda memegang kertas 'drawing block' yang tertulis "Welcome El Presidente!". Mereka melambai dan aku juga melambai. Ternyata mereka semua 'penyamun' yang nak bikin kecoh di airport! Kami berpelukan dan bersalam. Hahahahahahaha.....bukannya tak pernah jumpa pun kerana hampir kesemuanya datang dari KL! Penyamun betullah! Habis penumpang dan orang awam lain terpinga-pinga!

Kami bergegas ke rumah Haji Gilos. Geng bola aku, geng rugby aku. Dia prefect dan aku bukan...yang tu kami tak berapa nak geng...hahahahahahaha...tapi Gilos tak pernah tangkap aku walaupun dia tahu rokok aku simpan dimana! Dinner at Haji Gilos's house. Nasi kerabu, akok pintu beng, sata goreng dan Wak Beng bawak sambal pucuk kayu dengan petai dari KL...speciality dia....MasyAllah....sedap nak mampos...aku tambah 2 kali....Thank you Gilos and wife for the super-duper hospitality....Thank you to Wak Beng too for the special sambal all the way from Rawang. Perut sendat! Naik 1 kilo!

Kejadian Ngeri 2

Aku turun solat subuh berjemaah di masjid Muhamadiah yang terletak hanya berhadapan dengan tempat kami tinggal. Cantik masjidnya dan ramai jemaahnya...solat subuh kalau dapat 5 saf aku kira dah cukup hebat! Seni binanya cantik dan masjid ini besar. Jika berada di hotel, setiap patah bacaan boleh didengar dengan jelas. Terasa seperti berada di Mekah...maklumlah "Serambi Mekah". Selepas solat, aku balik ke bilik, bersalin dan turun jogging di taman berdekatan. Ada jogging track. Berpeluh juga aku sikit. Rakan bilik aku si Aidi pon turut serta...rencananya nak membakar kalori yang kami isi di rumah Haji Gilos semalam....hahahahhahahaha....

Balik bilik, mandi dan kemudian bersiap untuk acara sarapan. Kami berkonvoi dengan 4-5 buah kereta. Sarapan pagi ini ialah di "Kopitiam Kita". Pengusahanya berbangsa Tionghua yang fasih bartutur didalam dialek Kelantan. Ini kali ke dua aku ke situ. Macam-macam kami makan sampai aku tak tahu apa menunya. Yang bestnya disini, tokey kedai cuma siapkan air dan juga signature dishnya yakni roti titab. Lain-lain makanan diambil daripada supplier-supplier lain disekitar Kota Bharu. Aku rasa ianya satu tindakan yang amat bijak. Selain daripada memberikan pengunjung dengan pelbagai pilihan, ianya juga membantu pengusaha makanan kecilan untuk sama mendapat hasilnya. Satu 'business model' yang boleh dikembangkan di tempat lain juga! Kali ini Dr Izamin yang sponsor. Dr Izamin ni kawan sebilik aku masa form 4 di blok D, rumah Bendahara. Dia rajin baca buku. Tu yang jadi Doktor. Aku pulak rajin main. Tu yang jadi macam sekarang! So, adik-adik boleh pilih...nak baca buku dan jadi macam Dr Izamin ataupun nak main dan masih lagi main sekarang ni dan jadi macam aku! Hahahahahahaha.....

Usai sarapan, kami dibawa pula ke jeti sungai Kelantan untuk ke pasar terapung. Botnya hebat. Harga tiket RM15 sorang. Yang ni pon ada sponsor. Thank you Gapo kerana tolong kami bayar...hahahahahahaha....hebat sungai Kelantan ni. Pemandangan tebing sungainya indah. Apatah lagi ketika waktu senja. Aku syorkan agar Jabatan/Pejabat Pelancongan Negeri dapat mengambil inisiatif untuk membangunkan sektor pelancongan di Kelantan. Aku boleh bantu. Kan aku ic 03! Menyusuri sungai Kelantan ke pasar terapung mengambil masa selama 20 minit. Pasar terapung ini bukan seperti di Bangkok mahupun di Hatyai. Disana, sampan-sampan dilabuhkan ditebing sungai dan kaum wanita menyediakan makanan dari atas sampan. Wak Beng beli kepah (bukan kepah rasanya...) bakar berdulang-dulang sampai makcik tu boleh tutup sampan dan balik! Penyamun lain tolong belikan air kelapa bergelas-gelas dan makcik tu pun boleh tutup sampan dan dayung balik rumah. Kedatangan kami penyamun-penyamun menyebabkan keadaan persekitaran sedikit kecoh. Hahahahahahahaha....Amazing people we met with amazing things to offer. Sekali lagi aku mohon pihak berwajib segera mengambil tindakan untuk memajukan industri ini. Sedih aku tengok prasarana yang ada sedangkan apa yang boleh dioffer amat hebat! Lepas makan serba sikit disitu, kami jadi kenyang....Sekali lagi kami menaiki bot laju 2 enjen untuk pulang ke jeti. Dalam perjalanan, kami berhenti di pertemuan antara sungai dan laut. Awesome!

Turun saja dari bot, kami di panggil oleh Haji Gilos untuk berhenti sebentar untuk makan tengahari di restoran Pok Mat Sup Ike. MasyAllah.....tak cukup lagi ka makan ni? Orang penuh di Restoran tu. Nasib baik prefect aku sorang ni bijak. Semua tempat dia buat reservation! Makan lagi...dan lagi.....dan lagi.....gila betul! Makan tengahari ni ditaja oleh Pi Terr.....sorang lagi prefect aku yang hebat dizaman kegemilangan kami dulu sekitar 81-85. Hahahahahahaha...Thank you Pi Terr wei.....anok-anok mu comey belako!

Lepas berse'eh, kami memandu ke Pengkalan Kubur. Nothing much for us cuma membeli cenderahati untuk pasangan masing-masing dirumah! Minum petang di Pengkalan Kubor. Huh? Minum lagi? Dari situ kami terus menuju ke tepi pantai yang berdekatan yang namanya Pantai Sri Tujuh. Pantainya panjang. Cantik tetapi amat malang sekali kerana terlalu banyak sampah bertaburan. Tak ada satu tong sampah pun disediakan oleh Majlis Perbandaran Tumpat. Yang ni aku marah sangat. Mana boleh negeri kelahiran aku kelihatan begini kotor? Batang kayu pokok dibakar dan dibiarkan begitu. Wak Beng, Betok, Ketard, Chelayer, Iq bertungkus-lumus memadamkan api yang membakar perlahan tu dengan air laut. Berulang diorang kelaut kerana kami cuma ada 2 botol kosong 1.5 liter! Sesekali bila angin kuat bertiup, api mulai marak. Wak Beng yang paling kelihatan gusar....Locationnya betul-betul di belakang MRSM Tumpat. Aku mintak sangat-sangatlah agar pihak berwajib dapat menghubungi aku dan akan aku emailkan gambar-gambar yang aku ambil. Kalau rating 1-10 (paling teruk) aku bagi 11.....bayangkanlah sedangkan ianya merupakan kawasan peranginan yang cantik dengan pokok-pokok rhu memenuhi segenap kawasan. Ia amat sesuai jika dibina chalet. Tak ada idea atau tak tahu macamana nak buat? Hubungi aku....fee aku, kita cerita lain. 

Oleh kerana rencana kami nak melepak disitu terbantut dengan kekotoran yang tak dapat diterima akal yang waras, kami bergerak menuju ke warung berdekatan. Geram punya pasal, kami makan maggi ketam dan maggi sotong! Puas hati!

Makan malam di hari tu kami dijemput ke rumah Haji Amiri yakni headboy 85 aku dulu...bbq kambing, ayam, nasi goreng dan banyak lagi. Makkkk aiii...meletup perut aku! Gila penyamun nehhhh! Haji Amiri menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Beliau merupakan headboy yang kami sayangi. Ketokohan beliau terserlah sejak dari zaman persekolahan lagi. Itulah sebabnya beliau menjadi kontraktor tersohor! Rumahnya kalau SRK tengok aku kompom, dia bawak semua crew pergi buat shooting disitu! Thank you brade for the wonderful dinner.....Makanan tambah sedap bila preparationnya di buat oleh Rodney. Rodney ni lejen pasal jatuh keretapi balik Kelantan dulu. Berkilometer dia jalan atas landasan! Hahahahahahahaha....Naik 1 kilo!

Kejadian Ngeri 3

Hari terakhir kami breakfast di Kedai Itik Serati. Adoiyaiiiii....si Chot pulak yang belanja! Penuh kedai makan dengan kami saja. Riuh rendah terangkat bumbung kedai! Nasinya sedap. Seratinya lembut (LH cakap...). Nasinya...waduh.......enak!! Thank you Chot for the marvellous breakfast. Lepas breakfast kami menyusuri jalan yang berliku untuk sampai ke rumah Katun. Katun tunjukkan rumahnya yang dilanda banjir besar dulu. Katanya habis tenggelam sampai ke bumbung! Alhamdulillah nyawa selamat walaupun barangan berpuluh ribu jika tak beratus ribu jugak lebur!

Dari situ kami balik ke bilik sebentar untuk kemaskan barang sebelum check out. Bila dah selesai check out, kami dijemput untuk makan tengahari pulak di Restoran Nasi Ulam Cikgu...Makan lagi! Apa nak jadi nehhhhhh.....Errrr, terus-terang cakap, inilah kali pertama aku makan budu dengan berselera sekali. Ulaman, ikannya, suasana rumah kampungnya. Pelbagai bangsa datang makan. Kami duduk makan di bawah rumah! Hahahahahahahaha....Kali ni aku dah lost track sapa pulaklah yang gatal bayarkan! Alhamdulillah....syukur sekali lagi...Naik 0.5 kilo!

Begitulah cerita ngeri aku selama berkunjung ke Kota Bharu. Memang ngeri...apa taknya, berat aku naik 2.5 kilo dalam tempoh yang amat pendek. Kami tak sempat lapar! Sekarang ni aku bermasalah nak menurunkan berat badan pulak....Ahhhhhrggggg 'ngerinya!'

Ahad, Mac 12, 2017

Kembali ke pangkal jalan!

Aku di kiri....

Assalamualaikum semua. Jumaat yang lalu, aku telah kembali kenegeri kelahiran aku di Kelantan. Memang aku dilahirkan disana dan kad pengenalan aku juga bernombor tengahnya '03' tetapi ia hanyalah tercatat sebagai tempat kelahiran kerana selepas itu arwah bapak ditukarkan ke Penjara Pulau Jerejak. Maka dengan itu, aku dah jadi biasa dengan merantau dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa banyak masalah. Alhamdulillah aku dapat sesuaikan keadaan dimana sahaja aku berada. Bagaikan 'sesumpah!' Hahahahahaha....

Sebahagian daripada rakan-rakan aku dah pun bergerak ke sana pada hari Jumaat petang. Ada yang memandu dan ada yang membuat solo ride....IQ, Apam, Ketard dan Kudo naik kereta manakala Chelayer (geng Henry Gurney High School) naik moto sorang. Chelayer tu gila orangnya jadi, tak boleh diikut! Hahahahahahaha.......Tujuan kami kesana ialah selain daripada menjalinkan silaturrahim juga untuk melawat rakan-rakan yang dah lama kami tak ketemu. Program ini telah lama dirancang yakni sejak tahun lalu. Banyak acara telah diatur dan yang paling aku ngeri ialah acara makan....Kalau diikutkan itinerary yang dikirimkan oleh Gilos, nampak gayanya kami tak sempat berlapar! Dari mula tiba sampailah kesudahannya ada saja program ke segala ceruk untuk makan. Ada yang hostkan dinner, ada yang hostkan lunch dan ada yang hostkan breakfast....habislah aku kali ni!

Di KB saja ada beberapa orang penyamun dari batch aku yang menunggu. Mereka ni memang hardcore kerana sejak dulu asyik memerap disana. Datang ke KL hanya kerana ada tugas yang harus diselesaikan ataupun mengunjungi anak-anak yang samada belajar ataupun dah mula bekerja di KL.

Ok biar aku hentikan disini dulu kerana bila aku free nanti aku akan ceritakan perkara 'dahsyat' yang dah berlaku di Kelantan....Ngeri aku masih tak terpadam. Ingatkan peristiwa di Kelantan tu aku jadi seram sejuk dan dah rasa macam nak demam walaupun hotel aku betul-betul di depan masjid!....MasyAllah...kuatkanlah jiwa aku......

Isnin, Mac 06, 2017

Angan-angan..

Takde kerja!   


Assalamualaikum semua. Terimakasih kerana masih mahu membaca. Haha..minggu lalu aku sibuk terus. Bilakah kesibukan ini akan berakhir, aku tak pasti. Tapi yang pasti, insyAllah aku akan bekerja selama 10 tahun lagi dan aku rasa aku masih lagi produktif pada waktu itu. Rugi rasanya kalau terus bercuti dan mengharungi hari-hari mendatang tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah. Kenapa aku harus bekerja selama 10 tahun lagi? Kerana waktu itu Azumi berumur 29 tahun. Yuya berumur 26 tahun dan Marina pula berumur 21. Aku pulak? Takpalah....kalau dah baca entry aku sebelum ni mungkin semua dah boleh kira berapa umur aku waktu tu!

Apa aku nak buat lepas pencen? Rencana aku ialah untuk menetap secara separa tetap di luar negara selain daripada backpacking setahun 2 kali. Dimana aku nak menetap? Aku tak mahu bagitahu lagi. Suasana kampung yang tenang, masih tradisional, menetap disebuah rumah kecil yang ada 2 bilik. Kenapa 2 bilik? Satu untuk aku dan satu lagi untuk anak-anak yang teringat nak datang melawat. Jika tidak, mungkin untuk kawan-kawan yang ingin menziarahi aku dan berlibur pada waktu yang sama. Apa aku nak buat? Hahahahaha...aku tanya, aku jawab sendiri. Boleh? Aku nak tulis buku. 2 buku to be exact. Satu pasal aku dan satu lagi pasal kerja aku. Publish ke tidak, aku tak nak ambil tahu. Janji aku nak terus menulis 2 buku ni. Takde orang nak baca pon aku tak kisah. Janji aku puas! Hahahahahaha....

Apa lagi nak buat lepas pencen? Aku nak terus mengunjungi gym untuk pastikan kesihatan aku terjaga. Orang lain mungkin berkebun tapi aku nak berkebun di gym...jangan tanya mengenai 'spiritual journey' aku kerana ada sesuatu yang aku ingin lakukan. Itu antara aku dengan Allah. Lagipun di blog ini aku tak mahu membincangkannya.....Bila pencen, cukuplah aku tunggang scooter saja. Lagipun tempatnya santai. Aku sukakan budayanya. Aku sukakan semangat akrab masyarakatnya. Keperihatinan mereka juga mencuri perhatian aku. 

Makanan? Simple healthy food, absolutely. Cukuplah breakfast dan lunch...malam hanya santai..rumah mesti bersih. Internet connection mesti super-duper...oh ya, apa lagi aku nak buat disitu? Pagi lepas breakfast aku nak exercise....lepas tu mandi dan mula menulis....kopi secawan dimeja, dengan lagu santai, menulis dan terus menulis..lepas lunch, aku 'siesta' dulu....lepas tu aku ambil scooter aku dan ronda....stop kat kampung mana-mana dan ngopi sambil baca suratkhabar. Lepas tu pelan-pelan aku tunggang scooter balik rumah. Lepas minum malam (bukan makan malam), menonton news sekejap,  pasang lagu santai, menulis lagi.....pukul 12 aku kena tidur....

Pergh...angan-angan macam 'goods' je....tak lama lagi tu...10 tahun je lagi! Huish, pejam-celik pejam-celik dah 9 tahun....aku takut pada umur yang meningkat? Apa nak takut?  Biarlah meningkat....aku hanya takut bila pikirkan 'bekalan' aku tak cukup! Yang tu aku ngeri! Arghhhhh....

Ok people....malam ni aku nak pasang angan-angan tu dulu. Hopefully esok aku tambah bersemangat nak pergi kerja. Hahahahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...