Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Ahad, Januari 31, 2016
Jumaat, Januari 22, 2016
Bersyukurlah
Sabtu, Januari 16, 2016
Memories
Jumaat, Januari 08, 2016
Berusahalah!
Sabtu, Januari 02, 2016
Universal Studio Singapore
Assalamualaikum wbt pembaca yang aku sayangi sekelian. Kali ini alhamdulillah aku berkesempatan untuk bercuti selama 4 hari dan aku bawak keluarga ke selatan tanahair. Tak pernah aku menetap lama di JB. Ni lah kali pertama. Sebelum tu aku dah berniat nak bawak anak-anak ke Universal Studio Singapore (USS) cuma aku tak zahirkan kepada mereka. Kesian anak-anak lama tak ke theme park yang menepati piawaian "theme park!". Kebetulan Azumi pun dah habis SPM dan diberikan pelepasan cuti dari tempat kerjanya, jadi kami sepakat untuk mengambil 4 hari 3 malam cuti. Marina jadi tak sabar kerana dia akan ke 2 theme park. USS dan Legoland di Nusajaya.
Kami memulakan perjalanan di awal pagi disebabkan faktor cuaca. Seronok memandu. Semua kecoh bercerita. Aku taklah boring sangat. Melepasi Seremban dan menuju ke Melaka, kesemua penumpang aku dah tertidur! Hahahahaha...
Sebelum sampai ke Nusajaya, rakan aku bagitahu supaya aku singgah dulu di JPO. Cadangan yang sangat baik. Aku cilok masuk JPO dan cilok sepasang kasut buat aku pakai waktu pergi meeting nanti. Anak-anak lapar. Bila tanya nak makan dimana, semua jawab serentak, "Kampachi.....!". Gulp!
Banyak yang depa lihat. Baju, seluar, kasut dan harganya juga berpatutan cuma kadang-kadang model yang kita mahu tak ada...mungkin stok barunya lambat tiba. Rasa aku...orang punyalah ramai..maklumlah cuti sekolah.
Kami teruskan perjalanan ke Nusajaya. Menggunakan waze untuk mencari hotel. Aku menginap di sebuah hotel kepunyaan junior aku yang bernama "Ariana Hotel". Tempatnya masih baru. Jika ada sesiapa yang nak ke Legoland, bolehlah menginap di hotel ini. Kalau dari Ariana Hotel, senang sangat nak ke Legoland. Ikut jalan belakang yang tak banyak kereta dan voila...10 minit dah sampai.
Sebelah malamnya aku dijemput oleh rakan batch aku, Aidi Salihin yang berasal dari Sarawak tetapi dah berpuluh tahun tinggal di Johor. Kami makan di "Singgah Selalu" yakni sebuah kawasan makan yang luas dan ada live music. Daging rusa menjadi pilihan. Wahh...meriah sungguh. Hilang penat memandu disiangnya apabila bertemu dengan rakan lama dan isterinya. Banyak perkara yang kami bualkan. Kesemuanya berkisar kepada zaman kami di sekolah dan cerita mengenai keluarga masing-masing! Marina menguap sakan! Hahahahahaha..Terimakasih banyak-banyak Aidi Salihin dan isteri!
Balik ke hotel kami tergolek terus. Walaupun masih awal yakni sekitar 10 malam, mata aku dah juling itik. Tengok lantai nampak ceiling...tengok ceiling nampak lantai...sebelum aku nampak benda-benda yang lagi pelik, baik aku tidur dulu!
Esoknya, aku seperti biasa dah bangun awal. Memang rutin aku kena kejutkan sorang-sorang. Masyallah punyalah payah anak-anak nak bangun. Pukul 8 kami bersarapan di kedai sebelah hotel. Ariana tidak menyediakan sebarang jenis makanan. Tapi jangan bimbang kerana ada convenient store disebelahnya dan ada 2 restaurant sederet dengannya. Oh ya, Ahmad Idham Film Academy hanya di depan hotel. Jadi setiap waktu kami akan terserempak dengan beliau dan para pelakonnya yang juga menginap di hotel yang sama selama kami disitu.....
Kami akan bertolak ke Singapore pada pukul 9 pagi. Jadi 8.30 pagi kenderaan yang aku tempah beserta pemandu telah tiba untuk mengambil kami. Pemandu memberikan borang immigresen untuk diisi. Tepat jam 9 pagi kami mula bergerak melalui Tuas. Sengaja aku memilih weekday dan jauh sikit dari cuti x'mas kerana tak mahu tersangkut di check point. Memang tak busy kata pemandu. Tapi dalam tak busy tu pun kami mengambil masa selama 2 jam untuk lepas. Bayangkan kalau busy!
Kami memang dah ada tiket yang dibeli online. Setiap tiket berharga SGD70 dan kami juga membeli express ticket yang berharga SGD50. Jadi setiap orang aku belanjakan SGD120 hanya untuk tiket! Ditukar ke matawang kita, masyallah dah RM370 setiap tiket! Apa salahnya sekali-sekala. Jika aku ke Tokyo Disney, harga tiketnya juga begitu.
Kesian aku lihat pada mereka yang tidak mempunyai "express pass". Terpaksa menunggu sekurang-kurangnya sejam untuk menaiki setiap ride. Alhamdulillah by 5pm boleh dikatakan semua rides dah pun habis dinaiki. Aku rekomen untuk beli express pass tu walaupun harganya sedikit mahal. Segala-galanya bagus kecuali aku terkilan dengan seorang petugas disitu. Aku tanya pukul berapa show di kolam air tu akan bermula dan dia dengan nada keras memberitahu aku, "why didn't you look at the notice board before asking?" Aku tersentak...Wow......
Aku jadi hairan apabila anak-anak lelaki aku semuanya tak sanggup untuk menaiki "Battlestar Galactica" roller coaster tetapi Marina beriya-iya mengajak dan naik dengan aunty. Wah...hebat budak ni. Azumi tak berani dan Yuya serta aku takut pening! Hahahahahaha....Flower Power!
Kami berjanji untuk bertemu semula dengan pemandu pada pukul 5.30 petang di entrance tempat kami diturunkan. Dan tepat pada waktunya, beliau muncul! Dari situ kami mula bergerak ke beberapa tempat yang biasa dikunjungi oleh pelancong ke singapura. Jalan agak lengang dan pemanduannya selesa. Tidak rushing. Sekitar 7-7.30pm kami mula menuju ke immigresen sekali lagi. Cuaca dah mula gelap. Untuk keluar ke JB kami terpaksa mengharungi 2 jam lagi kesesakan lalulintas. Marina setengah pengsan kerana nak ke toilet.
Sampai di JB kami terus makan malam dan kemudian pulang ke hotel. Trip kali ni rasanya menggembirakan anak-anak. Alhamdulillah....
Esoknya pulak ada kawan lama aku sorang lagi, Fuad Mustadak mengajak kami makan tengahari. Alhamdulillah, rezeki. Beginilah bila kawan ramai! Hampir 2-3 jam kami berborak mainly perihal pasukan bolasepak JDT yang hebat! Kalaulah Azumi dapat bermain dengan pasukan senior JDT! Hahahahahaha....aku pencen dan jadi manager saja! Usai makan tengahari, Fuad menghantar kami balik ke hotel dan aku terlelap menanti panggilan dari aunty untuk mengambilnya dan Marina dari Legoland. Malamnya aku tak boleh nak kemana sebab badan dah mula rasa tak sihat. Aunty dan anak-anak keluar makan. Tinggallah aku sorang kat bilik. Sungguh tak bermaya. Mungkin terlalu letih dan badan kekurangan air. Aku rasa...Ajakan sorang lagi kawan lama aku untuk dinner pun terpaksa aku tolak. Rasheed Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Chico sorang lagi budak jb yang agak sering aku cerita kat sini. Malam tu saja 4 kali aku ke tandas. Pulang ke KL keesokan harinya, aunty yang memandu dari JB ke KL! Thank you...thank you...
Alhamdulillah. Walaupun percutian ni singkat tetapi waktu bersama keluarga amatlah berharga bagi aku. Lepas ni sorang demi sorang akan meninggalkan rumah. Walaupun waktunya masih jauh lagi tetapi aku dah dapat rasakan kesunyian nanti tanpa anak-anak. Hahahahaha...being emotional sikit! Hiishhhh merepeklah!
Pengajaran untuk adik-adik!
Ada jugak ni...bukannya tak ada...walaupun bercuti tetapi pengajaran mesti ada ya adik-adik semua!
- hubungan silatulrahim bersama rakan-rakan haruslah dijaga. Berbuat baik kepada masyarakat sekeliling dan insyallah masyarakat sekeliling akan berbuat baik kepada adik-adik. Didalam entry ni Uncle menjuruskan kepada nilai persahabatan Uncle bersama rakan-rakan sekolah dulu. Walaupun Uncle tahu mereka sangat sibuk tetapi mereka masih lagi mencari waktu agar kami dapat bertemu. Tidakkah ini rezeki dari Allah?
- sesuatu yang adik-adik mahu lakukan, haruslah ada perancangan yang teliti. Didalam entry ini Uncle maksudkan percutian Uncle. Uncle telah merancang setiap detik itu dengan teliti. Kenderaannya, kewangannya, makan-minumnya dll. Maka, setiap apa yang adik-adik ingin lakukan haruslah dirancang terlebih dulu. Begitu juga dengan "career" adik-adik. Jika tiada perancangan yang teliti, cita-cita adik akan tercapai lebih lewat.
- hati-hati apabila makan...pastikan daripada sumber yang bersih. Bukannya apa, lepas bersarapan bagai nak gila, Uncle dapat "cherry-berry" (istilah dari kak lit - my sister) dan 3 hari berulang ke tandas!
Ok semua, dikesempatan awal tahun baru ni aku nak memohon ampun dan maaf jika terdapat mana-mana entry yang menyentuh perasaan pembaca secara sengaja mahupun tidak sengaja. Aku juga manusia yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Dengan itu, aku akhiri entry kali ini dengan, "Akemashite Omedetou Gozaimasu!" yang membawa maksud, "Selamat Tahun Baru!"
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...