Hisham 84, Kudo 85, Atin 85 and Domang 85
2-3 hari ni aku dikunjungi oleh beberapa orang teman lama yang sudah agak lama aku tak jumpa. Seronok tak terhingga...aku memang pun dok menunggu peluang-peluang yang semacam ni untuk mengeratkan tali silaturrahim yang walaupun tak pernah terputus tapi agak suam-suam kuku. Namun begitu, kami sentiasa berhubung melalui sms ataupun email dan juga FB Sdara. Tak kiralah senior ka...junior ka...semuanya menjadi sangat mesra. Inilah kelebihan kami....untuk depa yang datang, aku ada masakkan sikit spaghetti with cream and cheese sauce with lots of vege. Mungkin tak sesedap mana...makanya aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau begitu terjadi. Tapi aku rasa, it's not the taste of pasta that matters....it's more to meeting each other yang membuatkan kami sangat happy dan tak ingat dunia!
Hisham Sheikh Osman ni senior aku setahun dan dulu merupakan olahragawan sekolah. Apa saja sports yang dia tak masuk? Semuanya kalau dia masuk, dia akan sapu bersih...part tu yang aku tak tahan sesangat tu. Syahdu aku tengok dia sorang sapu semua medal kat sekolah dulu! Sedangkan aku pulak dari form 1 sampailah form 5 memanjang masuk final 100m. Tambah syahdu lagi terkedu bilamana aku tak sekali pun pernah menang nombor 1 sampai 3 selama 5 tahun tu walaupun tiap-tiap tahun aku masuk final! Kalau tak percaya, tanyalah kat Matt London tuh! Hisham ni gila main hoki dan merupakan pemain hoki NS yang hebat sewaktu di zaman persekolahan dulu. Tak ada tandingan...pukulan yang deras akan membuatkan penjaga gol lawan baca doa sebelum mengadap Hisham ni...Hisham duduk di Seremban sekarang..
Sebelah Hisham tu Kudo. President batch 85. Melanjutkan pelajaran ke Australia dan lebih banyak menghabiskan masa dengan kangaroo daripada pelajaran! Sekembalinya dari belajar, Kudo menyertai MAS bukan sebagai pramugara tetapi sebagai pakar engine kapal yang tak boleh nak terbang! Bijak dari zaman sekolah si Kudo ni....asal dari Pilah...dok bersembang dengan dia, masa kami habis dengan hilai-tawa nostalgia lama....
Sebelah tu pulak si Atin...Adoi...si Atin ni adalah product yang tak payah tunggu result SPM keluar. Lambat katanya....sebelum result keluar depa dah ke luar negara..mana datang kebijaksanaan depa ni aku pun tak tahulah.....ada jugak bertanya tapi explanation yang terlalu panjang menyebabkan aku jadi malas nak belajar...hahahahhah...Atin ke US melanjutkan pelajaran dan kini menjawat jawatan hebat di sebuah syarikat petroleum terkenal negara.
Sebelah Atin tu pulak si Domang. Jugak dari Seremban dan kini masih di Seremban walaupun bekerja di KL. Orang kuat di salah sebuah syarikat telekomunikasi tersohor. Lama kami dok bersembang sambil makan pasta yang aku masak, drebar si Domang dah terlelap....hahahahahahha...bertambah sakit perut aku bergelak ketawa bilamana Domang dengan bangga mengatakan bahawa dia datang dari "Set E" kelas bahasa Inggeris! Manakala aku pulak di "Set A" kelas bahasa Inggeris...Domang cakap dia bangga sebab dari form 1 sampailah ke form 5 dia kekal di set E. 3 kali ambik english test dan akhirnya pass dengan kelebihan hanya 6 markah yakni 506 dari mata lulus keseluruhan sebanyak 500! Walaupun set E, Domang berangkat jugak ke Amerika......hahahahahahahaha...tambah sakan kami gelak!
Sumpah aku tak nampak muka korporat langsung pada kesemua kawan-kawan aku ni...aku tak boleh nak bayangkan kalaulah depa kat office, macamanalah garangnya depa ni....hahahahahahahahah...muka-muka depa mengingatkan aku sewaktu kami berumur 13 tahun di asrama sekolah! Beratur panjang bila waktu nak mandi, beratur panjang bila nak masuk dewan makan, bersama-sama seramai 5-6 orang share sebatang rokok di toilet asrama, sama-sama kena ketuk-ketampi dan helikopter dengan seniors, sama-sama makan nasi kawah dan sama-sama jugak dok merapu sana dan sini! Hahahahahahah...those were the days!
|