Khamis, Januari 28, 2010

Kenangan lama..

(ni lift khas untuk yang handicapped dan pakai wheel chair...first time aku tengok ada kat hotel!)

(part of the spa)

(spa waiting area)

(salah satu bilik kat spa)

(beautiful pool)

(biggest hotel pool in malaysia!)

(fozi ni geng brown garden ni...)

(oben chau budak dari malaysia timur!)

(depa ni sama lama dengan hotel...dari anak dara sampai beranak pinak!)

(abidin...supervisor berpengalaman)

Sekali lagi aku pergi ke tempat kerja lama aku. Sekali lagi aku pergi berjumpa dengan guests lama aku, encik hamzah dan makcik embun. Seronok aku menghabiskan masa selama 2 jam bersembang dengan depa. Seperti selalu, makanan dan minuman depa, tak payah ditanya. Chef Kenny terus prepare bila Sonny bagitahu yang depa dah sampai. Ada saja yang Chef Kenny cipta! Semuanya kena dengan selera 2 guests ni. Bukannya senang nak jaga guests ni selama 14 tahun!

Chef Siong pulak datang jumpa aku kat restaurant sebab dia dapat tahu yang aku ada kat situ. Dia kata yang ada satu lagi guests aku akan sampai tapi akan makan kat restaurant lain. Guests ni sangat baik dengan kami. Selalu dia bawak buah dari orchard dia dan bagi kat kami semua di hotel. Dia bawak mempelam lah...dia bawak cempedak lah...ada sekali tu dia panggil aku turun kat carpark suruh ambik buah...aku ingatkan buah apa? Rupa-rupanya dia bawak durian penuh satu boot kereta! Hari tu aku bawak balik 3 bijik durian dalam bakul moto aku! Heh3...In fact dari tak dak anak, sampai dapat anak, sekolah rendah dan la ni dah masuk sekolah menengah anak si Rina Lai ni...aku pergi berjumpa dengan Rina Lai. Banyak kami bersembang. Maklumlah dah lama tak jumpa. Aku kagum dengan guests aku ni semua sebab masih lagi setia dengan RKL. Sebab apa depa setia? Sebab layanan dan service yang staff RKL bagi kat depa.

Sebelum aku balik, aku sempat bergambar dengan beberapa staff lama aku kat sana. Fozi budak Penang. Satu kapal dengan aku. Dulu kat Room Service dan sekarang jadi Assistant Manager kat Pool. Seronok aku bersembang dengan dia sebab kami banyak merepek bila bersembang..aku lupa nak tanya Fozi samada dia boleh berenang atau tak...heh3...banyak jugak layout kat pool yang dah ditukar. Well done Fozi!

Then aku turun ke Lounge pulak. Berjumpa dengan Jun. Jun ni aku ambik kerja dengan aku masa umur belasan tahun lagi. Baru lepas SPM masa tu kalau tak salah aku. Jun tahan lasak dan kerja kuat. Dari anak dara, sampailah Jun kahwin, dapat anak, anak masuk sekolah....masa dia start kerja dengan aku dulu banyak kali jugak dia menangis sebab selalu kena marah dengan aku. Tapi aku selalu nasihat, lepas depa kena teruk-teruk dengan aku, depa akan lebih tabah bekerja. Alhamdulillah Jun tahan dengan marah aku. Jun masa mula kerja, sewa bilik. Lepas tu duduk kat flat dan sekarang aku dengar dah beli apartment...good for you Jun dan Jun sekarang dah jadi Supervisor....begitu jugak dengan Yati. Dari kerja part time kat Banquet, sekarang dah permanent kat Lounge. Pun bagus budak ni...ramai guests suka dengan kerja dia dan selalu kalau depa pergi Lounge, guests akan cari budak-budak ni...

Sorang lagi nama Oben. Budak Sabah ka Sarawak, aku pun dah lupa. Dia pun mula dari bawah. Start dengan part time, kemudian jadi permanent waiter. Kemudian berpindah-randah dari satu outlet ke outlet lain dan sekarang kalau tak salah aku dah jadi Supervisor jugak. Then ada sorang lagi penyamun. Nama dia Abidin. Aku ingat lagi masa Raya dan selalunya Abidin akan kerja pada hari Raya. Bila lepas sembahyang Raya, Abidin akan bawak ketupat dan rendang yang isteri dia masak kat rumah. Anak Abidin yang masa tu masih bersekolah rendah akan bawak mangkuk tingkat sampai senget-senget kepala bahu hantar lauk kat kami. Hari tu, aku tanya kat Abidin, anak dia buat apa? Abidin sengeh dan cakap yang anak dia dia masuk 3rd year kat local university! Abidin memang selesa kerja kat situ dan mampu memikul tanggungjawab sebagai manager pada bila-bila masa. Abidin ni boleh diharap dan dibagi tanggungjawab. Masa aku kerja kat situ dulu, tak berhenti-henti kami dok bergelak sebab Abidin ni tahan dikutuk dan kuat jugak mengutuk aku balik! Heh3...

Selasa, Januari 26, 2010

Iklan jap...

(yang keluar hari ni...)

Tuan-tuan dan puan-puan serta adik-adik dan pembaca blog yang Uncle hormati dan sayangi sekelian. Hari ni aku dapat sms dari BH yang mengatakan bahawa ada cerita sikit pasal family aku yang "terrrkeluar" kat BH bahagian Ratu mukasurat 18.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terimakasih kepada Mona, Shasha dan Nadia daripada BH serta jurugambar professional depa yang sangat baik hati pada aku sekeluarga. Semoga silaturrahim kita akan berkekalan.....regards to Cikgu Yusuf sama yea....

Isnin, Januari 25, 2010

Weekend!

(birthday abang yang aku buat awal seminggu!)

(geng bas sekolah semua datang)

(abang tengah pikir, bila nak dapat panggilan untk J-League!)

(tengah kena marah sebab depa score goal banyak sangat)

(satu penderaan sedang berlaku)

(kami dok tambah calorie kat ampang point!)

(budak jual jambu)

(2 gadis yang selalu buat aku biul!)

(what a beauty..)

(tengoklah design pada tingkap bangunan tu...awesome!)

Hari Sabtu Abang dengan Yuya kena ganti sekolah. Katanya ganti untuk tahun baru cina. Bagus jugak depa buat persediaan awal-awal. Nanti tak payahlah kecoh nak ganti last minute. Abang pergi sekolah macam biasa. Balik tengahari, aku kalut hantar abang pergi padang Astaka kat PJ untuk lawan bola pulak. Pening aku dok pikir, manalah padang Astaka ni? Aku talipon coach dan tanyakan direction. Aku rasa aku pernah lalu dan in fact main kat padang ni dulu....then aku cakap kat coach, "Eh ni padang COBRA ka?", coach mengiayakan aku. Confirm lah padang tu yang aku selalu dok main tak ingat dunia tu!

Aku selalu pergi ke pekan Ampang. Selain daripada pi marrket, aku jugak suka melepak minum teyy kat situ sambil dok usyarrr. Apa yang aku suka tengok? Selain daripada gelagat orang ramai yang akan memberi aku idea untuk menulis, aku jugak suka tengok bangunan lama yang mempunyai design yang sangatlah cantik. Aku sukakan pintu, tingkap dan bumbung bangunan cara lama. Bagi aku susah nak dapat macam ni lagi dah...sayang kalau tak jaga. Aku boleh merenung bangunan macam tu selama 1-2 jam tanpa berkelip-kelip. Tak pernah orang buat benda gila tu. Cuma aku....selain daripada tengok bangunan lama tanpa berkelip, aku jugak suka tengok aunty tanpa berkelip...heh3....mmmmmm, menakjubkan!

Malamnya kami sempat pergi ke Ampang Point untuk merayap. Tempat yang paling conveniet untuk kami merayap. Sangat convenient, mengalahkan convenient store! Heh3...Lepas "membeli tingkap" aka "window shopping", kami pi minum pulak kat delifrance. Minum saja....untuk menambahkan calorie dalam badan lagi! NGERIIIIIII. Sambil dok minum, kepala otak aku teringatkan masa aku dok kerja kat "free standing restaurant" dulu....macam adik-adik tu lah aku kerja dulu. Lap meja, bagi menu, serve drinks, layan guests.....those were the days....ada sekali masa aku pi AP in the morning, aku dok minum kat gerai tepi tingkap. Bila tengok kat luar tingkap, aku nampak 2 adik tengah dok meniaga ayaq jambu dan jambu batu kat tepi selekoh. Dalam hati aku berbangga dengan semangat adik-adik tu semua. Kerja halal, ikhlas dan bersemnagat. Dalam diam aku doakan semoga depa berjaya. Aku bagitahu kat Yuya yang kerja macam tu sangat mulia. Depa tak takut...depa tak malu....kalau anak-anak aku besar nanti dan depa nak kerja lagu tu sementara menunggu result periksa, aku akan sokong depa! Yuya sengeh kat aku sambil tarik telinga Marina!

Sunday pulak, kami buat small birthday party untuk abang sebab aku selalunya buat awal sikit. Takut apa-apa jadi nanti tak sempat pulak nak buat. Kesian kat abang.....aunty masak nasi tomato, darrrcha dagin, korrma ayam, acar timun campur nenas....dan aku tolong makan! Kalau tolong makan tu biasanya aku cuma cubit-cubit makan saja....tak banyak pun...adalah 3 pinggan! Ok lah tu....aku rasa Mak Aji tengah dok sengeh tu.....Mak Aji, tolong jangan pandai-pandai mintak saya bagi proof berapa weight saya la ni.....heh3....next month, saya janji saya masuk gym dan work out tiap-tiap hari.....

Lepas tinggalkan anak-anak aku, aku dengan aunty lari ke rumah kak anne sebab anak nombor 2 kak anne nak bertunang. Kami pi merisik. Rasa macam secret agent pun ada! Aku kena siapkan pengalaman merisik sebab 20-25 tahun lagi abang dengan yuya pulak nak kahwin...heh3...20-25 tahun lagi woooooo! Mungkin masa tu depa merisik pakai internet saja kot! Hantaran semua buat "online". Dinner? Mungkin masa tu aku bagi voucher makan kat hotel....tetamu aku pi lah sendiri kat hotel tu dan makan.....heh3....

Mama sekarang ada kat headquarters. Jadi kami adik-beradik pilah melawat mama sama sambil bertanya khabar. Mama sihat. Alhamdulillah. Cuma badan panas sikit. Hari ni (Isnin) aku dok melepak dengan mama kat rumah kak anne. Marina tinggal kat rumah. Mesti nangis cari aku tu....

Cuaca la ni panas tak menentu. Badan aku pun naik seram sejuk macam dok tengok cerita Exorcist lakunan Linda Blair masa aku kecik dulu! Mungkin bila dok melepak lebih tak buat kerja, macam ni lah jadinya....seram-sejuk memanjang.....aunty happy, anak-anak aku happy, aku happy.....Amy Mastura lagilah "HAPPY" Heh3.....

Jumaat, Januari 22, 2010

L.E.A.R.N

(buku baru yang aku belum start baca lagi...thanks to Karen for her generosity!)

(aku baru start baca buku ni)

(memang seronok baca buku ni...Rubina Ali)

(budak yang paling manja dengan aunty)

(seronoknya jadi budak)

(apa lah yang ada dalam kepala otak budak ni...)

Amboi 2-3 hari ni panas sungguh cuaca. Aku pun dah malas nak keluar rumah. Tapi disebabkan beberapa perkara yang aku terpaksa buat, maka aku terpaksa jugak keluar untuk selesai beberapa persoalan tu. Semalam aku ke pejabat sponsor aku di Cheras. Lama sungguh aku tak kesana. Dulu masa depa kat KL boleh katakan tiap-tiap bulan aku pi jumpa depa. Selain daripada membuat pembayaran kat situ, aku jugak lebih gemar kalau dapat berjumpa depa demi untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim. Puan W dah lama aku tak jumpa. Bertahun lah jugak aku rasa. Panjang kami bersembang. Aku terkejut sungguh bila Puan W bagitahu yang dia pun baca blog aku...heh3....begitu jugak dengan 2 lagi Puan-Puan yang ada kat pejabat tu. Alamak....malunya aku! InsyAllah panjang umur kita berjumpa lagi. Terimakasih diucapkan kepada depa yang sanggup melayan aku walaupun aku tak buat appointment.

Tadi aku pergi ke BMO nak ambik baju melayu aku. Semuanya nampak ok tapi malangnya, baju aku depa dah tersalah buat, aku nak yang berkolar tapi depa buat yang tak berkolar! Depa janji esok petang siap...hopefully siap. Kalau tak siap.....siaplah depa! Budak perempuan tu dengan sopannya, apologise kat aku dan straight away mintak tolong tukang jahit dia buat secepat mungkin. Yang tu aku suka. Ada urgency kat situ. In fact both girls tu apologised profusely kat aku. Aku daripada nak marah terus tak jadi marah. Macam tulah kerja aku kat hotel pun. Kalau ada guests complaint, aku kena dengar betul-betul dan cuba fixkan masalah guests secepat mungkin. Pelanggan tak mahu tunggu lama-lama. Malangnya sesetengah kedai ataupun hotel mengambil sikap lepas tangan dan tak mengendahkan komen-komen daripada pelanggan. Bagi depa komen-komen tu semua cuma menyesakkan nafas dan menyusahkan kerja depa. Ini salah. Komen-komen tu semua haruslah diambil secara positif dan di selesaikan dengan secepat mungkin. Adik-adik ambik ni sebagai pengajaran. Ada aku mentioned masa di AG dulu. Bila guests complaint, pendekatan L.E.A.R.N haruslah diguna-pakai. L untuk Listen. Adik-adik haruslah mendengar setiap komen-komen yang dilontarkan kepada adik-adik. Tak kiralah samada keras ataupun penggunaan bahasanya agak kasar. Part tu, unfortunately, adik-adik kena dengar betul-betul. E untuk Empathy. Maksudnya, merasai apa yang dia rasa. Katakanlah makanan yang dia order ada rambut kat dalam tu. Sebagai guest yang membayar harga RM25 untuk sepinggan nasi goreng, memang selayaknya dia marah! Cuba kalau-kalau adik berada didalam situasi guest tersebut...apa perasaan adik-adik yang dihidangkan nasi goreng RM25 tiba-tiba masa nak makan ada 2-3 helai rambut panjang kat dalam nasi tu! Mesti adik-adik pun naik angin jugak rasanya...A untuk apologise....selepas adik-adik mendengar dengan simpati, hendaklah adik-adik memohon maaf kepada guest tu tadi. Sekarang ni, adik yang jaga guest tu. Jadi adik lah orang pertama yang harus apologise kat dia sebelum Manager datang dan apologise. R untuk react. Bertindak balas dengan cara menulis komen-komen yang adik-adik dapat tadi keatas buku nota supaya adik-adik tak lupa. N untuk notify. Bermaksud, memberitahu kepada orang atasan tentang masalah tadi supaya tindakan segera dapat diambil.

Sekarang hujan lebat pulak kat luar. Abang dah berlari keluar sebab Cikgu Mat nak datang jemput pergi sekolah untuk main bola pulak. Itu untuk sekolah. Esok Abang ada game di Astaka PJ dan game tu merupakan game terakhir untuk Kelab YFA-CIMB finalisekan pasukan untuk bertanding pada Piala Sultan Ahmad Shah nanti. Tournament tu akan berakhir pada bulan 6 nanti! Itu untuk Kelab pulak. Adohai...Abang, UPSR tahun ni....jangan buat mama dengan papa heart attack sudahlah yea!

Esok sebenarnya nak pergi lunch kat TOMOE di Subang Jaya tapi pagi tadi Yuya bagitahu yang esok ada sekolah gantilah pulak! Jadi esok, apa aku kena buat? Esok pagi hantar abang pergi sekolah. Pukul 2 hantar Abang lawan bola kat PJ. Then petang, Yuya pulak pergi sekolah...memang confirm aku drebar!

Sebelum sembahyang Jumaat tadi aku tanya Yuya, malam ni nak ajak sapa tengok wayang kat MBO? Yuya cakap dia nak ajak Rafiq. Classmate dia yang kebetulan duduk satu block dengan aku. Aku ground floor dan dia on the 2nd floor. Jadi, lepas sembahyang Jumaat tadi, aku terus pergi ke MBO dan beli tiket wayang. Nampak gayanya malam ni akan jadi "Boys Night Out!" Heh3......"Tooth Fairy" here we come!!!!!

Rabu, Januari 20, 2010

Alor Gajah Part 3

(bergambar sebelum habis sessi)

(duduk dengan pengarah dari kementerian yang datang dari putrajaya untuk buat penutupan)

(group assignment yang kami bagi)

(buat kerja ka dok sembang apa nak masak malam nanti?)

(tekun melaksanakan kerja2 yang aku bagi)

Hari ni merupakan hari terakhir untuk aku bersama-sama dengan adik-adik aku berkongsi cerita merepek dan pengalaman yang tak sebanyak mana. Pagi lepas sarapan terlebih, kami bertolak ke ikbn. Sampai saja, kami sekali lagi disambut oleh Sue dan diusher ke VIP Lounge untuk sekali lagi bersarapan. Pipi aku dah rasa tembam, setembam karipap ubi yang aku makan 2 ketul....perut aku dah rasa berlapis sama macam kuih lapis yang aku bedal 3 ketul! Teyy tarik terasa sungguh manis semanis senyuman aku...heh3...

Pagi ni aku bagi latihan berkumpulan. Alamak, biar betul ni...dulu aku yang attend training-training macam ni tapi sekarang aku pulak yang bagi? Biar betul! Depa dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan 5 tajuk yang berbeza yang mana masih berpaksikan kepada bidang perhotelan. Macamana nak improve kan bidang tersebut. Lepas pada tu setiap ketua kumpulan akan membuat "presentation" didepan orang ramai. Ni penting untuk "public speaking" adik-adik. Aku tahu yang tak semua orang boleh buat tapi depa berjaya melaksanakan tugas depa dengan baik walaupun cara depa berdiri agak statik, intonasi suara agak perlahan dan percakapan seperti membaca teks, eye contact cuma pada satu arah sahaja. Takpa aihhh...nanti adik-adik pandailah...semua ni penting sebab nanti adik-adik semua nak bercakap didepan para pekerja adik-adik. Walaupun briefing tu cuma ada 7-8 orang tapi bukan semua orang boleh bagi briefing yang effective. Takpa....take your time....aku pun bukannya ambik masa singkat untuk confident bercakap....more than 20 years aku dok bercakap sorang-sorang...especially atas motor aku masa tunggu lampu merah tukar ke hijau kat simpang ampang point tu! Heh3...selain daripada tu aku pun ada practise cakap talipon berjam-jam masa tengah "teman tapi mesra" dengan aunty dulu.....heh3....

Lepas selesai, orang kuat kementerian datang dan buat penutupan dan ucapkan terimakasih kat aku. Alamak, apasal dia cakap terimakasih kat aku? Patutnya aku lah yang cakap kat depa sebab depa yang jemput aku! Program yang berjalan lebih kurang 2-3 hari tu berakhir dengan cemerlang...aku rasalah! Depa mungkin tak rasa kot!

Alhamdulillah.....semuanya dah berjaya aku laksanakan. Aku harap dan berdoa agar adik-adik akan mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada cerita dongeng aku selama aku kat AG tempohari. Kepada Churemi dan Hafiz, kita akan jumpa lagi.....pada Min, terimakasih sebab bawak aku pergi makan kat Hajah Mona....pada Baharil, anda sangat-sangatlah membantu dan semoga semua yang aku sebutkan dan terlupa nak sebut akan sentiasa berjaya didalam karier masing-masing....

Dalam perjalanan balik ke KL aku sempat hantar message ke "orang penting" dan bagitahu yang program telah selesai.....surprisingly, dia reply aku dan jawab, "Well Done!"

Isnin, Januari 18, 2010

Alor Gajah Part 2

(breakfast di ikbn)

(pool kat hotel)

(dalam restaurant di hotel)

(pun di hotel jugak)

(timbalan pengarah Churemi, aku dan senior lecturer Hafiz lepas makan cucoq udang AG)

(paling kiri hafiz dan paling kanan churemi)

(sebahagian daripada peserta)

(masih bersemangat sebelum depa hilang semangat)

(pelan2 nak tergolek)

(banyak soalan depa tanya...nasib baik bukan soalan maths!)

Pagi tu lepas sembahyang subuh, aku ke restaurant untuk bersarapan pagi dulu. Aku minum kopi 2 cawan dan roti bakar 2 keping. Tak boleh nak makan banyak. Nanti Mak Aji complaint...heh3...masa breakfast tu aku teringat kat mama. Selalu sebelum pergi sekolah, mama paksa aku makan telur setengah masak 2 biji. Tuang tokyu setengah botol, lada setengah kampit, telan.....hasil dia, bila aku sampai ke kelas, tidur aku lebih nyenyak! Yang tu aku tak pernah bagitahu kat mama...heh3...

Bila siap, Min bawak kami dengan laju ke Alor Gajah. Perjalanan kat sini memang slow sebab semua pemandu tersangatlah berhemah....very the sentimental! Lebih kurang 30 minit, kami pun sampai. Cepat-cepat depa usher aku ke VIP Lounge. Yes...jangan betulkan pandangan anda! Depa ada Vip Lounge macam kat KLIA tu...depa suruh aku makan lagi tapi aku cuma minum saja kali ni. Aku tolak dengan baik sebab earlier on aku dah makan 2 keping roti bakar.

Pukul 8.30 tepat, emcee buat ucapan alu-aluan. Aku pulak dipanggil lepas tu untuk memulakan sessi pertama aku pada hari Khamis. Sessi pagi berlangsung selama 2 jam. Aku bahagikan masa 2 jam tu sebanyak beberapa bahagian supaya depa tak hilang focus. Aku bercerita pengalaman bekerja aku. Semua cerita aku dalam "mulanya Disini" aku ceritakan pada depa. Sebabnya? Aku nak depa tahu yang aku tak pass periksa...aku nak depa tahu yang aku kerja jadi housekeeping attendant...aku nak depa tahu yang aku berusaha dengan gigih untuk mendapat sesuatu...aku nak depa tahu yang berangan saja tanpa berusaha takkan membuahkan hasil! Sessi tu aku selitkan dengan cerita dongeng aku macam biasa....seronok depa dengar. Banyak soalan yang depa kemukakan dan tak ada satu soalan pun yang tak mampu aku jawab. Muka depa nampak sangat "eager" untuk mendengar penerangan aku. Depa bertanya lagi dan lagi dan lagi....amboi...battery depa baru lepaih charge ka ni? Aku dah nak tergolek sorang-sorang ni....2 kali aku bagi commercial break kat depa. Kalau tidak mahu meletup kepala otak aku kalau tak break! Lepas tu kami ada coffee break. Masa coffee break tu aku sempat bersembang dengan adik-adik yang tak berkesempatan masuk mendengar cerita aku. Aku bersembang dengan depa. Memang depa kebanyakkannya amat berminat nak kerja kat hotel. Tapi cuma tak tahu macamana nak mula....

Actually sebelum start ceramah aku, Timbalan Pengarah dia duduk sekali kat main table sebelah aku. Aku tengok dia, dia tengok aku....aku dah nampak nama dia....aku tanya kat dia, .."Mi...you dulu pergi jepun tahun 92 kan?" Dia terkejut.....lepas 5 minit baru dia perasan yang kami sama-sama belajar bahasa jepun dibawah kelolaan JPA dulu. Churemi la ni dah Timbalan Pengarah di Kementerian. Aku sangat berbangga dengan dia. Perbualan kami tak habis kat situ. Kami sambung pulak ke pekan AG untuk makan cucoq udang. Churemi bawak sorang lagi kawan dia yang jugak kawan aku. Hafiz! Hafiz ni senior lecturer kat situ dan jugak sama-sama dengan aku belajar bahasa jepun dulu. OMG....dah 19 tahun kami tak jumpa! Jadi pada depa berdua, aku nak ucapkan terimakasih sebab melayan aku selama 2-3 hari aku kat sana...anak-anak depa semua dah masuk Universiti....anak-anak aku? Heh3...

Lepas morning coffee break, aku sambung lagi dengan topik baru. Sekali ni topik aku berkisar kepada "World Class Service". Banyak topik yang aku ceritakan dan bersoal jawab disitu. Aku sentuh berkenaan dengan pengalaman-pengalaman aku menjaga pembesar-pembesar negara dalam dan luar. Pandangan aku berkenaan dengan industri perhotelan, apa yang kita kurang, apa yang kita boleh supply pada industry dan macam-macam lagi. Sejam setengah aku dok bercerita pasal tu. Then ada afternoon coffee break. Hafiz datang join aku. Aku happy...depa pun happy...aku curi masa berjumpa dengan adik-adik yang lain pulak. Aku cuba menimbulkan semangat depa untuk mencuri peluang yang terbuka luas. Aku ceritakan peluang-peluang yang ada di hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang...jangan putus asa....kegagalan depa sebelum ni cumalah salah satu hurdle yang depa terlanggar masa berlari....jadi, bangun dan sambunglah berlari....yang pi berhenti sekerat jalan buat apa?

Pukul 4 petang aku sambung dengan topik baru pulak...topik aku kali ni, "Handling VIP Guests". Seronok aku bercerita pasal depa memang dahagakan ilmu. Kami bersoal jawab lagi selama 1 jam sebelum topik beralih ke "Current Practise and Technologies in Hospitality Industry". Tepat pukul 5.30 petang, sessi hari pertama aku berakhir. Time ni, tekak aku dah perit....perit bukannya pasal apa, selama beberapa jam tu, penceramah dia cuma aku sorang! Pergh....Fadzillah Kamsah pun kalah kalau macam ni....

Aku tak dinner malam tu sebab letih sangat. Mulut letih, tekak letih, badan letih, kepala otak aku pun letih! Ingatkan nak tidur awal, tukar-tukar channel, ada pulak "American Idol...". Yang suara sedap tu aku tak kesah...tapi yang suara tak sedap tu yang buat aku dok gelak mengekek-ngekek sambil golek-golek kat balcony! Last-last, pukul 12 malam jugak aku tidur!

Ahad, Januari 17, 2010

Alor Gajah Part 1

(dalam dewan ceramah)

(adik-adik tengah berkawat)

(depa ni lah harapan aku, harapan bangsa dan jugak harapan negara!)

(different angle..actually aku lupa ni kat mana! Heh3...)

(Asam Pedas Hajah Mona.....hingga menjilat kaki ni!)

(10 langkah dari bilik aku)

(sangat tenang kalau melepak kat sini petang-petang sambil main "chap teyy" dan menghirup "teyy")

(tengah2 antara 2 deret bilik2)

(bilik kepala penyamun yang tersangatlah ganas!)

(2 jejaka lara tengah main gitar sambil nyanyi lagu "widuri")

Seperti yang aku ceritakan pasal hasrat aku yang sedikit demi sedikit menampakkan peningkatan dan seperti yang dijanjikan, wakil dari Kementerian datang menjemput aku tepat pada waktu yang dijanjikan. Semangat aku berkobar-kobar nak ke AG. Malam sebelumnya aku dah terbayang wajah adik-adik yang mahukan informasi terkini berkenaan dengan bidang perhotelan. Program yang diberikan pada aku sangatlah padat.

Kami bertolak pada pukul 2 petang dari rumah aku untuk ke AG melalui lebuhraya Utara Selatan. Membelok di Simpang Tol AG, aku terus hilang....tak tahu mana hala tuju. Sama macam masa depan aku lagi! Heh3...jalan sempit kampung membuatkan aku rasa begitu dekat dengan suasana harmoni ala-ala kumpulan Harmoni! Lama rasanya aku dok mencari pusat tu. Last-last kami sampai jugak. Bangunan yang moden, suasana yang kondusif untuk pembelajaran adik-adik dan persekitaran yang bersih membuatkan aku terbayang betapa beruntungnya adik-adik kita la ni. Aku terus berjumpa dengan Head of Hospitality School. Sempat ronda-ronda ke kitchen, dining hall, restaurant dan function rooms. Wah...hebat sekali prasarana! HOHS bagi penerangan kat aku serba brief. Aku faham dan cuba relatekan dengan topik-topik yang akan aku utarakan nanti pada hari Khamis.

Lepas pada tu depa usung aku ke hotel penginapan. Aku tanya depa kat mana kita nak duduk? Depa kata kat Shah Beach Motel. Alamak....ok ni...Hotel very basic. Tak ada apa yang boleh dijadikan "wow" factor. Tapi cukuplah untuk aku yang dah biasa tidur dalam khemah bocor kat Ulu Yam tahun 1984, khemah tumbang kat Batu Feringgi tahun 1985 dan sleeping bag kat stesen keretapi di Florence, Itali tahun 1994!

Malam tu kami makan malam kat Hajah Mona Asam Pedas. Depa makan asam pedas ikan pari dan asam pedas ikan kembong. Aku pulak yang tak tahu nak makan apa, order Chawan Mushi dengan Dobin Mushi dan Tempura Soba...tapi Hajah Mona kata, "hang gila ka?" Last-last aku order asam pedas ikan tenggiri...Hajah Mona kata, "huh...yang ni betul nak....". Aku yang tak berapa minat sangat dengan asam pedas dah mula menjadi peminat setia...kuah asam pedas, aku dah hirup macam sup tulang! Apek sebelah meja aku tengok sambil senyum-senyum....nasib baik aku hirup asam pedas aku. Kalau aku hirup asam pedas dia?

Lepas tu kami balik menyusuri jalan kat Tengkera. Sangat nostalgia jalan tu. Selalu aku pergi sana dulu sebab nak mandi laut dengan harapan laut kat sana tak banyak lumpur. Tapi "lamunan ku terhenti" sebab laut kat situ pun sama dengan laut kat Henry Gurney Telok Mas jugak...banyak lumpur! Banyak apartment dan kondominium dikiri dan kanan jalan. Amboi Melaka......

Malam tu aku duduk kat beranda sambil buat sikit homework untuk ceramah aku esok. Tak sabar nak jumpa adik-adik semua dan berkongsi pengalaman cetek lagi memesongkan tu! Heh3....aku tanya kat pegawai yang datang sama dengan aku. Sapa yang attend esok? Katanya yang datang esok selama 2 hari berceramah adalah tenaga-tenaga pengajar daripada Dusun Tua, IKBN Alor Gajah, IKBN Kelantan dan IKBN Miri, Sarawak...Mak aiii...jauhnya depa mai nak dengar cerita dongeng aku! Lepas tu, aku akan juga berjumpa dengan adik-adik aku yang lain-lain....Horey!

Angin memang sedap kalau duduk kat beranda tu. Bunyi laut lagi...pergh...rasa macam dok baca puisi Siti Zainon Ismail! Kena pulak kopi O secewen! Wah...kelllaaassssss macam orang kaya-kaya.....kalau tutup pintu pun boleh dengar lagi air laut...bayangkan betapa bestnya bilik aku...yang aku takut kalau-kalau esok pagi aku bangun, aku dah ada kat tengah laut! Part tu aku ngeri sikit...Lepas sembahyang Isyak, aku belek paper, tengok drama melayu yang aku dah lupa tajuk, aku terlelap terus.......

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...