Tea boiled together with clove, cardamon, cinnamon, ginger and finished with honey!
Alhamdulillah...itu yang dapat aku ucapkan. Apalagi yang mampu aku ucapkan selain daripada alhamdulillah? Ini semua punya Allah. Termasuklah kesihatan aku. Walau sering ke gym, menjaga pemakanan (kadang-kadang tergelincir jugak), membaca artikel-artikel kesihatan, minum air yang banyak, tidur awal dan bermacam-macam lagi tetapi jika tidak diizinkanNya aku beroleh kesihatan yang baik, maka sakit lah aku. Selama seminggu kebelakangan ni aku berulang alik ke tempat kerja didalam cuaca yang tak menentu. Pergi kerja hujan lebat. Keluar sekejap ke bank, panas terik.....pulang ke rumah hujan lagi. Badan yang baru nak segar kembali lemah! Walaupun sempat bertemu rakan-rakan, muka senyum aku sebenarnya menyembunyikan sesuatu. Tekak terasa sangat perit. Penghawa dingin yang suhunya sekitar 23 darjah pun sudah mampu menyebabkan aku menggeletar dan tak tentu arah. Apalagi kalau kurang daripada itu? Peluh seperti nak keluar tak nak keluar! Gerammmmm...ini cuma satu dugaan sekecil zarah!
Semasa aku berada dinegara matahari terbit sekitar tahun 92 dulu, aku sering mendapat tonsilitis yang kronik. Dimasukkan ke Hospital Shinagawa, di diagnose, lantas diarahkan untuk dibuang dengan segera. Tak pernah aku dengar buang tonsil kena duduk wad selama 10 hari. Tapi didalam kes aku, itulah yang berlaku. Duduk dibilik persendirian pada mulanya mengasyikkan. Terasa seperti sedang bercuti mewah apabila semua makanan aku akan dihantar ke bilik. Pakaian aku digantikan. Aku juga diberikan penterjemah yang akan bersama dengan aku dari jam 9 pagi sampai 5 petang untuk memudahkan aku berurusan dengan pihak hospital! Tapi setelah 2 hari begitu, aku mula berasa rimas..aku mula keluar dari bilik dan mundar-mandir di reception counter, bersembang dengan pakcik yang sedang menonton 'yakyu' di bilik tv dan melepak di taman kecil ditepi bangunan. Kesempatan untuk menghilangkan rasa bosan dengan berinteraksi dengan pesakit tempatan telah membolehkan aku belajar bahasa mereka dengan lebih cepat!
Aku pernah duduk dan bersembang dengan sorang pakcik didalam sebuah hospital. Pakcik tersebut menghidapi penyakit yang tidak membolehkan beliau hidup lama. Bersembang dengan pakcik berkenaan menyebabkan aku melihat sebarang penyakit yang dihadapi, daripada pandangan yang berbeza. Pakcik begitu bersemangat bercerita kepada aku betapa kehidupan beliau tidak sedikit pun berkurang setelah mengetahui beliau mengidap penyakit tersebut. Aku teruja....kenapa tidak? Pakcik yang hanya diberikan waktu singkat untuk hidup tidak meraung dan meratapi nasibnya yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Malah pakcik berkenaan masih lagi mampu 'live life to the fullest!'. Katanya kepada aku, semua yang sihat akan sakit.....tetapi apakah kita hanya harus duduk, menangis, meratap apabila diberitahu yang kita sakit? Pakcik tadi melipat-gandakan amal ibadatnya, berjumpa seberapa ramai sedara yang dah lama tak jumpa, memberi ceramah-ceramah kesihatan dsbnya. Selepas itu aku dah tak jumpa pakcik tu lagi. Mungkin masih ada ataupun mungkin sudah tiada. Tapi bagi aku, pakcik tadi telah cuba menghabiskan sisa-sisa berbaki dengan sangat positif!
Setiap kali aku bercuti kemana sahaja, didalam mahupun diluar negara, kesihatan aku sering terganggu. Terutamanya apabila berlaku pertukaran cuaca dari panas ke sejuk ataupun sebaliknya. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku akan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas dan membawa bekalan ubat yang mencukupi. Setidak-tidaknya aku mesti tahu nama dan jenama ubat tersebut! Aku pernah mendapat sakit gigi yang teruk sewaktu berada diluar negara. MasyAllah....amatlah menyiksakan. Sekali lagi aku bernasib baik kerana insurance aku sewaktu kenegara itu merangkumi dengan insurance pergigian (tidak termasuk cosmetic surgery yakni untuk mencantikkan gigi). Wisdom tooth aku mula memberi masalah. Ia naik secara horizontal instead of vertical seperti kebiasaannya. Pembedahan kecil terpaksa dilakukan. 30 minit digunakan untuk mencabut gigi geraham aku terasa seperti 6 jam....akhirnya berjaya dicabut dan pipi aku bengkak selama seminggu!
Beberapa tahun yang lalu sewaktu aku masih bertugas di RKL, aku mendapat demam denggi. Memang menyiksakan. Seminngu aku ditahan diwad dan seminggu selepas itu aku tersadai dirumah kerana terlalu lemah tak bermaya. Sejak daripada itu aku sentiasa berhati-hati diawal pagi dan lewat petang kerana waktu itulah nyamuk aedes bermaharajalela! Hampir 2 minggu yang lalu aku demam. Setelah agak reda, aku kembali demam. Aku fikir mungkin cuaca yang tak menentu menyebabkan suhu badan aku juga naik dan turun. Hari Jumaat lepas tiba-tiba tekak aku rasa seperti terbakar. Suhu kembali meningkat. Pada hari Sabtunya pula aku mengambil cuti kerana harus menguruskan beberapa perkara di sekolah anak. Hujan pulak petang itu. Sewaktu aku pulang ke Ampang hujan masih renyai-renyai. Badan tambah tak selesa. Ahadnya aku ke klinik dan bacaan keputusan darah aku tidak baik. Semuanya dibawah paras normal...white blood count aku dibawah......hemoglobin di bawah......platelet aku juga dibawah.....terus doktor mengesyorkan aku kembali membuat pemeriksaan darah 24 jam selepas itu kerana bacaan darah aku memang mengarahkan kepada denggi. Pesanan doktor hanyalah minum air banyak-banyak. Hari ni memang aku kerap ke toilet. Kalaulah toilet rumah aku ni jenis toilet dbkl yang kena bayar setiap kali pakai, aku rasa mungkin dah hampir RM200 aku bayar hari ni! Alhamdulillah berkat doa rakan-rakan dan kali pertama aku dengar cakap doktor untuk minum air banyak-banyak, semua bacaan pada hari ini telah meningkat kedalam lingkungan 'normal' walaupun tak banyak. Badan masih lemah. Insyallah jika aku mendapat rehat secukupnya, aku pasti lusa aku sudah boleh kembali ke pejabat.
Alhamdulillah! Sakit dan sihat semuanya daripada Allah...kita hanya mampu berusaha!