|
"5 Is Enough"
Marina menyambut harijadinya yang ke-6 hari Jumaat 2 minggu yang lepas dan oleh kerana hari Jumaat merupakan hari bekerja dan abang ada perlawanan bolasepak di INSPEN menentang FRENZ (tewas 1-0), maka sambutan hari lahir Marina kami lakukan pada keesokan harinya! Aku belikan invitation cards dan Marina sibuk menulis kad-kad jemputan untuk kawan-kawan dia..bersemangat gila dia! Unfortunately abang kalah dalam game tu so depa cuma dapat main 3rd and 4th placing saja and again....they lost 0-1. Aku malangnya tak dapat tengok abang main sebab aku out station...sigh! Tapi aku tahu dan percaya yang abang mesti bermain dengan baik walaupun tanpa aku!
|
|
Marina and Sarah!
Ramai sahabat dan taulan Marina yang hadir pada petang tu. Kehadiran depa membuatkan aku berasa lega sebab takut depa tak datang dan Marina akan sedih...Pada waktu yang sama jugak, Yuya ada perlawanan bolasepak di padang Kelab Aman. Jadi sewaktu aku menghantar Yuya, mulut aku terkumat-kamit masa naik moto dan sewaktu berhenti kat traffic light. Mendoakan agar Yuya menang bola dan kawan-kawan Marina datang. Alhamdulillah kedua-duanya dimakbulkan. Yang paling penting, Sarah mesti ada....Sarah ni aku kena booking seminggu lebih awal sebab jadual dia memang padat! Gambar kat atas tu merupakan Sarah, yakni kawan baik Marina. Teddy yang dia pegang tu aku beli seminggu sebelum birthday dia.....lagi besar dari Marina! Kadang-kadang bila aku terbangun tengah malam nak ke toilet, aku terkejut sebab nampak Marina dah macam teddy! Hahahahaha.....
|
|
Budak paling pot-pet2 dalam dunia!
Kami tak buat besar-besaran. Cuma ada tiramisu cake dan meehoon goreng yang AW masak sendiri. Selain fruits dan snacks. Belon dan benda "tiup-tiup" tu aku dah beli seminggu awal sebab aku pulak yang lebih teruja dari Marina! Hahahahahaha.....dok usung pi balik...pi balik dengan motor aku....sat-sat aku pi tambah beli belon...sat-sat aku tambah beli yang lain pulak...last-last Yuya cakap, amboi...Marina punya birthday meriah sunggoh.....hahahahaha...anak pompuan sorang.......anak bapak.....
|
|
Teddy sebesar Marina yang Papa belikan! |
Dah lama aku tanya Marina apa dia nak masa birthday tu nanti...the first thing that she mention was to have the biggest teddy ever....penat satu dunia aku pusin...sampai aku pun jadi pusin! Last-last jumpa kat Toys R Us....nasib baik ada lagi teddy yang belen-belen....hahahahaha......yang tu aku cari wrapper tak jumpa, last-last rembat masuk dalam plastik...kepala dengan tangan terkeluar plastik sebab besar sangat!
|
Kebas mulut tiup semua ni..
Aku tak suka belon sebab aku selalu terkejut kalau belon meletup. Tapi Marina punya pasal, biarlah aku terkejut....banyak jugak aku tiup...dan banyak kali jugaklah aku terkejut! Adalah dalam 7 semuanya! Tu lah belon yang paling banyak aku tiup seumur hidup aku! Kebas mulut aku tak sangga....
|
|
Elaine dan Yen Yen dan kaki abang!
Seronok tengok kawan-kawan Marina datang....bagi aku, presents tak penting.....yang penting, their presence! Itu yang membuatkan Marina seronok sangat. And guess what? Wiwit kasi Marina angpow! Hoh yeah! dia sayang sangat kat Marina dan begitu jugak sebaliknya....yang paling aku touching dan emo sikit bila Marina cakap kat Wiwit satu hari kat dapur..."Kiwit (short form kak wiwit)......panggil Marina SAYANG tau.....". Terkedu aku dengar...Marina tak perasan yang aku ada kat belakang pintu peti ais! Aku tengok Kiwit lap mata....merah berair!!!
|
|
Girls...girls...girls...
Alamak...kasut budak-budak pompuan lah......semua kaler pink! Sampai bilalah depa akan macam ni....aku doakan semoga persahabatan depa berkekalan......tak kiralah sapa pun!
|
|
Marina sangat teruja!
Eh belon kat pintu kaler hijau tu aku yang tiup! Ada lagi aku simpan kat bilik belakang! Baju GAP yang aku pakai tu merupakan t-shirt yang aku dapat pree bila depa semua pakat belikan aku untuk father's day...saja depa beli size M sedangkan aku size L! Semangat aku nak kuruskan badan! Err, btw, pagi ni aku tebang pokok kat belakang dapur hotel....banyaklah jugak yang aku dah tumbangkan....pokok serai...pokok pandan...pokok cili....dan last but not least, kangkung! Peluh bagai nak rak!
|
|
Anak bapak!
Kalau tengok gambar kat atas ni, itulah padahnya kalau beli baju kecik dari size sebenar! Mission possible is to turn that pot belly into 6 packs.....or maybe 8! Hahahahaha...Belon-belon yang berterabur tu adalah hasil kepandaian aku menghias rumah selepas 3 tahun belajar dengan Eric si Abang Botak! Memang sah berterabur!!!! Rambut aku yang shining tu pulak, sengaja aku beli chat putih kali ni....tapi masih jenama yang sama....Weatherbond!
|
|
Dengan baju renang yang baru!
Marina ada permintaan baru untuk harijadi dia....pertama, teddy...kedua, anak kuda yang ada tanduk dan rambut mengurai siap dengan sikat sekali dan ketiga, baju mandi yang baru...Abang dan Yuya jealous...aku cakap kalau nak, aku boleh belikan bikini kat depa.....muka depa panjang berjela! Hahahahaha....Seronok aku melayan anak-anak....inilah harta-harta aku yang aku ada selain motor cabuk aku sebiji! Amanah yang perlu aku jaga sebaik mungkin. Hmmm, by the way, pagi semalam aku pi sekolah Yuya jumpa dengan cikgu kelas dia.....macam-macam cerita keluar! Petang pulak aku ke sekolah Abang berjumpa dengan cikgu kelas dia pulak. This Friday morning aku ada appointment dengan cikgu kelas Abang di sekolah dia. Kerja keras aku selama ni dan masa depan adalah semata-mata untuk memastikan yang depa berjaya....biarlah bapak depa susah macamana pun....(dok lap mata dengan lengan baju orang sebelah ni...). Ok people.....enjoy the weather, bak kata Uncle Lee, "Have song in your heart!"
|