Dah lama aku teringin nak bergambar dengan Tun. Dah banyak kali sangat dah aku dok menjaga Tun. Sewaktu mula-mula dulu bukan aku yang menjaga Tun kerana yang selalu menjaga Tun apabila Tun ke hotel hanyalah Pengurus dan Pengarah sahaja yang dibenarkan. Jadi waktu tu aku cuma mampu menyiapkan peralatan yang akan diguna pakai oleh Tun. Mencuci, mengelap, megilat dan menyusun di meja Tun tanpa diberi kebenaran untuk bersama-sama menyajikan makanan kepada Tun.
Senyuman Tun dan aku tak banyak bezanya....depa lah kata.... |
Alhamdulillah aku berkesempatan bertemu dengan Tun dan sempat bergambar bersama....yang tak sempat hanyalah keinginan aku nak sampaikan perkhabaran bahawa Tun pernah menyunatkan kedua-dua abang aku di Maha Klinik di Alor Setar dulu.....hahahahahaha.....