Sabtu, Jun 17, 2017

Batch 85' berbuka puasa!







Hampir 35 orang juga dapat dikumpulkan untuk berbuka puasa malam tadi di RHR Uniten, Bangi. Ambiance yang menarik di tepi tasik, seleksi makanan yang beraneka serta harga yang affordable membuatkan ianya sentiasa dipenuhi oleh tetamu saban tahun di bulan Ramadhan.  Aku tanyakan anak-anak aku, semua mereka kata sedap. Pagi ni aku tanya aunty nak makan apa untuk iftar nanti? Katanya tak perlu kerana dia dah makan terlalu banyak sewaktu berbuka puasa semalam. Hahahahahahahahaha...anak-anak juga begitu. So, apakah menu kami pada malam ini? Hanya "nasi goreng tokcik" . Itu saja. Tokcik ialah makcik aku yang juga adik kepada arwah mama. Kini menetap di Penang bersama anak, menantu dan 2 cucu perempuan yang sangat comel! Tokcik pandai memasak. Resipi tokcik ini tak pernah aku jumpa ditempat lain. Jadi bila aku kata nasi goreng tokcik buat berbuka malam ni, Marina menjerit riang!
 







Untuk berbuka malam tadi, kami dah merancang selama sebulan setengah. Bukan mudah nak kumpulkan kawan-kawan ni walaupun yang hadir hanya 35 orang. Kesemua mereka sibuk. Duduk pula merata-rata. Ada yang datang dari JB. Ada yang datang dari Paya Rumput, Melaka. Ada yang datang dari Seremban, Bangi, Tanjung Malim dan banyak lagi. Ada juga yang membawa keluarga. Termasuklah aku. Alhamdulillah semuanya ok tapi perangai masih seperti dulu lagi. Ramai yang aku tak jumpa bertahun tapi malam tadi muncul semula. Che Pa, dan Kiss thank you for coming....Ada yang keluar dari hospital pun datang jugak untuk bersama adik-beradik yang lain. Hahahahahahahaha...JR take care ya! 



Usai iftar, seorang demi seorang memohon diri untuk pulang. Yang seronoknya apabila semua sampai rumah, satu persatu message di whatsapp masuk memberitahu yang masing-masing dah selamat pulang ke rumah. Rumah mana dan siapa, aku tak tanya. Janji selamat sudahlah! Kami akan bertemu lagi selepas Raya nanti. Hahahahahahahaha.....Ok people, sehingga bertemu lagi dilain waktu, selamat berpuasa...tak lama lagi dah ni...hahahahahahha kawasan rumah aku ni mercun dah berdentum berjam-jam setiap malam!



Khamis, Jun 08, 2017

Marina dan Ramadhan






Raya tahun ini, aku lihat yang paling seronok sekali ialah Marina. Pada umur 11 tahun sebegitu apakah yang tidak menyeronokkan? Semuanya indah belaka. Tak perlu fikirkan masalah dunia. Dalam kepala otak cuma main dan main sepanjang hari. Bila lapar, balik dan makan. Kemudian berlari keluar untuk bertemu rakan-rakan lagi. Wow...what a life...

Minggu lalu kami dah keluar untuk membeli pakaian Raya untuk Yuya dan Marina. Untuk Abang tak perlu kerana katanya dia akan keluar sendiri dan beli. Maklumlah dah hampir 20 tahun umurnya. Aku pasti remaja lain juga begitu...apabila menginjak ke umur sedemikian, keluar membeli belah dengan keluarga adalah satu perbuatan yang sangat tak cool!

Yuya dah selesai. Marina pula hanya baju kurung yang belum jumpa sesuai dengan warna dan design yang dia nakkan. Tinggi Marina ialah 147cm. Tak kecik dan tak besar. Tu yang payah nak beli pakaian dia. Tapi aku rasa insyAllah dalam 2-3 hari ni setel lah kot. Aku malas nak memandu ke JAKEL atau yang seumpamanya kerana traffic jam yang buruk. Tapi nampak gayanya aku terpaksa pergi jugak..

Beberapa hari yang lalu aku tengok Marina asyik berbual dengan kawan-kawan dia.  Ramai yang datang melepak di depan rumah dan duduk dianak tangga. Ada sesuatu yang sedang mereka rancangkan tanpa pengetahuan aku. Amat berahsia. Aku tak dapat menebak kerana setiap kali aku pandang atau lalu, mereka pasti menukar topik lain. Jadi pada hari Ahad yang lalu, aku lihat Marina agak resah. Mundar-mandir dia berjalan dalam rumah. Gayanya seperti nak memberitahu sesuatu pada aku...akhirnya dia beranikan diri untuk bertanya. "Papa, malam nanti Marina nak buka puasa kat luar dengan kawan-kawan, boleh tak?" Wah....hebat budak baru umur 11 tahun ni, fikir aku. Aku tanya Marina di hotel mana dia bercadang untuk pergi berbuka? Dia senyum sambil tunjukkan tangan ke depan. Maksudnya depan rumah di tepi pool....Aku pantas menjawab, "OK"

Ini banyak mengingatkan aku suasana semasa aku kecil dulu. Beginilah keadaanya. Seronok tak duduk dirumah. Asyik bermain dengan kawan diwaktu musim cuti begini. Perut lapar pon tak dihiraukan... hahahahahahaha....Tapi berbuka puasa sesama rakan pada usia sebegitu aku tak pernah buat.....hahahahahaha. Pukul 7, Marina dan kawan-kawan dah bawak makanan/minuman dan disusun diatas meja dengan rapi. Setiap orang yang seramai 6 orang rakan sebaya itu membawa makanan dan minuman masing-masing untuk dikongsi bersama. Gaya pot luck! Hahahahahah aku yang hanya mendengar pun teruja!

Selamat berpuasa people!

 

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...