Ahad, Jun 27, 2010

Hujan

(ni masa aku pergi mangrove tour dulu...)

(seronok kayuh ni, the next day baru aku rasa sakit badan....maklumlah baru 24!)

(dj ray. Senior aku tahun 82!)

(joe labu dan sayur labu...bagai irama dan lagu!)

(ketard datang dengan 2 beg tapi balik dengan berbeg-beg...kaya-raya idaman suri!)

Tajuk ni tak ada kena mengena dengan kumpulan Hujan ataupun lagu Sudirman Haji Arsyad. Tapi hari ni memang hujan lebat! Itu saja aku nak cakap...Pagi tadi aku ronda cari nasi dalcha yang katanya "out of this world!". Sampai kedai tu dalam pukul 10.30 pagi dan tokay kedai sambut aku dengan senyum yang sungguh menawan sambil cakap, "nasi dalcha dah habis...". Hangin satu badan....dah seminggu aku ketap-ketap gigi nak makan nasi dalcha dan pagi ni dengan senyum 20 sen dia boleh cakap macam tu kat aku. Last-last aku mengarah ke satu kedai mamak kat tepi haji ismail, makan roti telur. Aku janji nak jumpa Joe. Joe talipon kat abang Amran (sdar 76) dan kami sama-sama breakfast pukul 11 pagi. Aku ada usung 2 lagi kawan aku. Sorang tokay duit dan satu tokay saman! Heh...sembang punya sembang sampai lah ke pukul 1. Aku rembat lunch sekali manakala yang lain tak cakap apa...takpalah depa tu ada orang tolong masak kat depa bila balik rumah...aku ni sebatang kara!

On the way back aku sempat berhenti kat satu kedai dvd dan beli 2 untuk layanan aku selama seminggu. Satu cerita jepun dan satu lagi cerita harrison ford dengan brendan fraser. Satgi malam aku nak tengok. Apa lagi aku nak buat kalau free macam ni...eh, free ka? Semalam aku tengok satu cerita jepun. Actress ni memang aku minat dulu tapi bila aku tengok semalam ada scene yang close-up, aku nampak kedut-kedut kat mata dia. Alamak, dah tua rupanya. Aku terlupa yang aku dok tengok cerita dia dulu dah berbelas-belas tahun sudah!

Sebenarnya, kadang-kadang kalau aku jumpa kawan-kawan aku pun serupalah macam tu. Sekali-sekala tu aku terkejut tengok depa. Dahi dah berkerut, pelupok mata dah ada bag dan rambut samada dah kurang ataupun dah putih macam aku....cepat sungguh masa berlalu. Dulu kami sama-sama pakai seluar hijau, stokin tinggi dan kasut hitam pergi ke kelas....sama-sama beratur nak mandi kat toilet yang selama 5 tahun aku kat seremban dulu tak pernahnya ada pintu, sama-sama berebut kat dewan makan, sama-sama kena kejar dengan warden sebab tak pergi "prep malam" dan sama-sama menangis masa last day kat sekolah walaupun kami konon-kononnya rugby players yang macho dan tak boleh nangis.....

Aku betul-betul cherish masa "summer camp" aku kat sana. La ni bila aku jumpa balik penyamun yang macam si Joe Labu, aku jadi seronok sangat. Bukannya senang nak jumpa balik kawan lama especially pulak kat pulau yang macam ni. Tadi JL ada bagitahu kat aku yang ada lagi 2 orang penyamun akan bukan saja bertandang kat sini tapi mungkin bermastautin kat sini for a big project! Guys...you are all welcome!

Last cuti sekolah ada sorang kawan satu batch aku datang menjenguk aku kat sini. Dia usung the whole family. Masa aku jadi kepala scout dulu, dia ni lah yang jadi assistant aku. Tukang kutip yuran sama-sama dengan aku. Pak dia dulu ketua pibg sekolah...ustad syahran tapi la ni katanya agak uzur dan masa Ketard kat sini, ayah dia masih lagi kat hospital di seremban. Aku doakan semoha ustad syahran kembali sihat macam aku kenal dari tahun 81 sampailah ke tahun 85 dulu!

Beberapa malam kami dok bersembang kat beach sambil dok tengok bola dan bercerita masa kami sama-sama nakal dulu. Ketard la ni is into "biofuel" and is doing really-really well. Aku kagum dengan ketard ni. Ni sorang lagi penyamun bijak yang tak sama dengan aku. Ketard cabut pergi ke Canada lepas SPM meninggalkan Troop Leader dia terkontang-kanting tanpa hala tujuan lagi.....kalau aku tahu dia nak cabut pergi Canada tinggalkan aku, memang sah aku tak elect dia jadi assistant aku! Anak Ketard ada 4 orang dan isteri sorang. Kat situ aku bersyukur sebab angka tu tak jadi terbalik!

Yang satu lagi gambar tu, heh3...yang tulah dj ray....dulu dj radio ni budak ni tapi sekarang tokay language school kat langkawi. Tu pun geng makan tak ingat dunia! Tapi kalau tengok dia makan, alahai....aku rasa marina makan lagi banyak kot...patut kau kecik ray oooiiiii! Aku letih bila duduk makan dengan ray sebab almost semua orang kat sini kenal dia. Ada saja yang dok bersalam ataupun bertegur sapa dengan dia sampaikan tok imam masjid lah, tokay kedai makan la, tokay perabot lah...semuanya berhenti dok bertegur dengan dia....memang kelas si dj ray ni dan dah tahap celebrity! Aku rasa kalau dia charge RM1 sorang, mahu dah kaya-raya dj ray ni...

Dulu aku ada jugak berangan nak jadi dj. Aku ada cerita dulu yang kawan aku kat sekolah chung ling kat penang (form 6)dulu minat sangat nak jadi dj. Nama dia Cat...budak butterworth. Baik budak sorang ni. Sama-sama tak belajar dengan aku tapi kami sama-sama dok nasihat sama sendiri suruh rajin-rajin belajar...heh3...Pantang ada class mate yang buat party, kami 2 lah yang dok jadi dj merapu...aku pasang lagu, Cat cakap. Cat pasang lagu, aku pulak cakap....last sekali aku dengar cerita, Cat ni dah berjaya mencapai cita-cita dia nak jadi dj. Last aku dapat tahu yang Cat dah jadi Resident DJ kat salah satu Supermarket kat Butterworth....aku tumpang bangga dengan Cat. Suara dia memang dalam dan sedap. Ala-ala Patrick Teoh ataupun Raymond Goh....To my long lost friend, whereever you are....enjoy what you are doing!

Rabu, Jun 23, 2010

Aik...dah Rabu?

(kawasan dilanda tsunami dari jauh)

(pondok nelayan)

(bot2 yang ready nak ke laut)

(ikan belacak)

(dah ready nak ke laut)

(kawasan dilanda tsunami)

(ditanam dengan pokok bakau)

Aku terlupa yang hari ni hari Rabu. Hari untuk mengayuh basikal dengan para tetamu yang menginap kat hotel aku ni. Bila tiba-tiba aku ternampak budak-budak aku dok kayuh basikal dengan guests lalu kat depan security post, aku pun jadi kalut. "Alamak, depa dah pi...". Aku tengok kiri, aku tengok kanan...line clear...masa tu aku ada kat motorbike parking area. Aku panggil kawan aku, tanya dia motor dia kat mana, lepas dia tunjuk kat mana motor dia, aku terus celapak naik dan start engine...motor budak ni pun satu hal jugak. Selama aku dok naik motor dah berpuluh tahun ni, tak pernah aku naik motor yang tak payah pakai kunci! Tendang, koyak, jalan terus.....ALATOOR!!!!!! Memang kelas sungguh motor ni...tak boleh jumpa kat tempat lain. Cuma kat Langkawi saja ada macam ni. Since aku lompat naik macam penyamun, dia pun takut yang motor dia hilang, dia pun celapak sama belakang aku! Dari situ maka bermulalah "pengembaraan baru" aku dengan motor "tendang dan koyak" ni...

Kami kejar depa yang tengah dok kayuh basikal naik jejambat...heh3...depa kayuh, tapi aku dengan kawan sorang ni pandai sikit...kami cuma koyak! Bila lalu kat simpang Teriang dan nampak kedai motor, baru kami tersedar yang kami dua-dua tak pakai helmet! Hentam sajalah labu! Nasib baik tak ada polis. Yang ada cuma "pakcik lalu-lintas" yang dok tahan kereta-motor bagi budak sekolah lintas jalan. Bila dah terlepas aku sempat jeling kat side mirror. Takut-takut "pakcik lalu-lintas" tu gamit nak saman kami...heh3...

Staff-staff aku dan guests dah sampai kat kawasan "tsunami". Juling mata guests aku dok dengar cerita depa. Pot-pet...pot-pet....lepas aku ambik gambar, aku naik balik motor tak pakai kunci tu. Sekali ni kami nak ikut jalan lain pulak. Kami cilok masuk kot dalam kampung. Lalu tepi sawah yang menghijau. Lalu tepi alor yang air mengalir deras. Nampak pakcik kat tengah sawah tengah spray racun serangga. Aku ralit dok tengok ada satu bungalow kat atas bukit sambil bertanya kat tokay motor bilalah aku nak dapat tengok rumah bungalow atas bukit tu. Tengah-tengah dok pikir, lalu pulak satu motor. Sampai kat tepi motor aku, dia perlahankan motor dia sambil cakap, "hai...nak beli rumah ka?". Aku jawab, "ni tengah dok cari la ni..." Dia bagi salam, aku jawab salam....macam tu lah keadaan kat pulau puaka ni. Wlaupun tak kenal sapa, depa masih lagi bertegur. Ada sekali aku masuk kat tepi rumah orang dan nampak satu group makcik tengah dok bersembang. Sambil lalu naik motor aku sempat bagi salam. Depa senyum sambil jawab salam dan lambai tangan....Masa depa dok lambai tangan, aku rasa macam aku kat dalam "Ironman Langkawi" pulak! Sedar-sedar aku dah sampai kat tepi kubur....."Lamunan ku Terhenti!"

Masa aku balik ke hotel aku bergegas ke SPA sebab ada guest yang nak buat facial. Bukan aku yang tolong buat, tapi staff SPA aku yang buatkan. Aku tengok sekejap dan lepas tu aku jalan balik ke Pool. Lalu kat tepi pool, aku terjumpa guest-guest aku tadi yang pergi kayuh basikal dalam "Jelajah Teriang". Aku tanya depa macamana dengan aktiviti tadi? Depa kata aktiviti tadi memang best dan 2-2 budak yang kayuh basikal dengan deptadi sangat bijak menceriakan suasana.....aku ucapkan terimakasih kat depa dan sempat bagitahu yang aktiviti esok pulak, "Face Painting". Sambil dok jalan balik, hidung aku kembang-kuncup.....aku rasa kilometriko pun lepas!!!!!!

Ahad, Jun 20, 2010

Sunday again?

















Sedar tak sedar dah masuk hari Ahad lagi. Cepat sungguh masa berlalu dan rambut aku pun cepat bertukar kaler. Heh3...Baru chat dan tadi aku pergi gunting dan chat rambut lagi. All in dalam RM40. Gunting, chat dan cuci sekali. Kalau kat KL tak dapat harga macam ni...jadi aku syorkan pada sapa-sapa yang nak chat rambut, datanglah ke Langkawi....

2-3 minggu lepas, pada hari Ahad, aku macam biasa, awal pagi dah keluar memandu. Pergi jumpa Joe Labu dan keluar breakfast besar! Joe tanya samada aku pernah ke Ladang Kerbau yang depa buat cheese ke belum. Bila aku jawab belum, Joe terus suruh aku memandu ikut cakap dia. Kami masuk kampung dan ikut lorong sempit yang boleh muat-muat 1 kereta saja. Tempat agak sunyi sebab awal lagi. Malangnya aku tak nampak kerbau, cuma yang ada hanyalah 6 ekor kambing yang tengah berdengkur!

Ada 2 orang wanita yang menjaga tempat tu sekarang ni. Aku kaget sebab depa berdua sebenarnya datang dari KL dan bila aku tanya macamana depa boleh duduk kat Langkawi, depa pun tergelak besar sebab depa pun takada jawapan yang bernas nak bagitahu kat aku. Tapi aku tahu, they love what they are doing. Banyak hotel besar disini yang memesan cheese daripada tempat ni. Jadi kesimpulannya, kalau dah ada hotel besar yang beli, pasti tempat ni dan product dia memang yang baik kalau tak yang terbaik!

Selepas terbabas jauh sampai ke tengah hutan nak tengok ladang kerbau dan cheese, aku tengok jam dan waktu masih muda. Aku tanya kat Joe kot-kot ada tempat lagi yang aku dah miss...dia tanya aku samada dah sampai ke Gunung Raya dan aku cuma geleng-geleng kepala. Dia suruh aku bawak lagi ikut sign board gunung raya. Bila cakap pasal Gunung Raya, aku teringat kat kawan yang sama kerja dengan aku dulu kat Renaissance KL. Nama dia Mat Raya....mungkin gunung ni diambil sempena nama dia.....ataupun nama dia diambil sempena Gunung Raya....aku tak pasti. Tapi yang pasti, Mat Raya lahir pada hari Raya. Tapi Gunung Raya? Heh3...

Bila sampai kat atas GR aku terkejut. Memang cantik dan diselaputi awan. Hari pulak nak hujan. Cuaca jadi tambah sejuk. Aku park kereta dan terus mencari lobby. Aku jumpa receptionist dan bertanya facilities yang ada dan harga bilik. Tempat sangat menarik untuk pasangan yang baru kahwin untuk berbulan madu. Memang sunyi dan bilik penginapan semuanya menghala kearah hutan. Sekali-sekala terdengar bunyi burung dan bunyi monyet. Sangat tenang dan sunyi sekali tempat tu.

Aku dan Joe terus mencari restaurant untuk kami berehat dan minum kopi. Kami naik ke tingkat atas dan sampai ke restaurant. Tak ada orang langsung kecuali kami dan 2 orang staff perempuan yang duduk kat dalam bar. Kami duduk kat balcony. Cuaca sangat sejuk dan terasa macam di Matterhorn! Kami pesan cappucino sorang satu dan fruit cocktail. Sambil minum sambil baca paper yang memang aku dah usung 3-4 sekali. Aku seronok duduk kat situ. Aku nampak banyak serangga yang selama ni aku tak pernah hirau ataupun aku selalu dok spray dengan Ridsect. Semut-semut yang dok berjalan buat lintas hormat kat aku pun nampak cantik. Semuanya nampak cantik kalau lat tempat orang! Macam tu lah anak-anak aku bila pergi rumah orang pun. Makan nasi dengan telur goreng pun boleh habis sampai 3 pinggan! Kadang-kadang aku malu bila pergi rumah orang sebab kalau kat rumah sendiri, semua makan cuma 2-3 suap saja...Isyh3...

Lepas minum-minum kat restaurant, kami mintak permission untuk tengok bilik penginapan pulak. Alamak, bestnya duduk sini. Kalau aku datang dengan aunty mesti best ni. Dah lah atas bukit yang sejuk, dalam hutan pulak tu....tapi mesti mendapat tentangan keras dari abang dan yuya....marina tak cakap banyak, dia cuma cakap, "Marina nak hotel....." jadi bagi Marina, kat mana pun ok asalkan hotel...heh3....anak papa!!!

Banyak program boleh dibuat kat situ. Banyak package honeymoon yang boleh diaturkan kat atas gunung tu tapi nampak gaya, marketing belum berjalan lagi. Menggeletar jugak aku kat atas tu dengan tiupan angin yang sejuk. Aku rasa nbanyak duit depa dah belanja untuk membaikpulih tempat tu. Memamng cantik dan aku syorkan pada sapa-sapa yang nak ke Langkawi especially honeymooners, experience the difference kat atas tu. Satu malam cukuplah...memang menarik.

Aku berjalan turun dengan Joe dan bila lalu kat reception, aku bagitahu kat pompuan tu yang tempat ni akan menjadi favourite spot aku untuk duduk melepak minum kopi dan baca paper! Aku janji kat budak-budak restaurant kat atas tu yang aku akan datang lagi untuk baca paper ataupun novel tak lama lagi.....

Ahad, Jun 13, 2010

Today is Sunday!

(marina sedih lepas lambai tangan kat abang...kesian baby papa!)

(selangor u 12 MSSM 2010)

(3's company)

(abang happy)

(3 beradik yang sedih nak berpisah sementara!)

(nilah bas yang aku dok naik masa kat seremban balik kl dulu..)

(aku macam ni dulu dan aunty panggil aku TODO!)

Minggu lepas aku ada bercerita yang abang dapat mewakili pasukan negeri Selangor ke pertandingan bolasepak MSSM di Trengganu. Dan semalam aunty ada sms kat aku mengatakan yang pasukan bawah 12 tahun Selangor berjaya mendapat tempat ke 3 peringkat kebangsaan setelah mengalahkan Pulau Pinang. Keseronokan abang dapat aku rasa sebab sewaktu aku berumur sama macam abang tahun 1980 dulu pun sama jugak tapi cuma permainan kami berbeza. Aku main takraw manakala abang pulak main bola. Dan macam jugak aku dok merepek tak lama dulu, permainan sepaktakraw aku bermula daripada permainan "chap teyy" ataupun "sepak bulu ayam". Chay teyy ni aku mula main masa aku kat melaka, henry gurney dulu. Masa nak tunggu macik zaharah bawak bas sekolah...heh3...dari situ aku mula belajar timbang bola, bermain dengan kaki kanan dan bertukar ke kaki kiri. Bila arwah bapak transfer ke alor setar, aku mula berjinak-jinak dengan permainan takraw secara suka-suka. Timbang bola takraw pada masa waktu rehat. Tendang kat dinding la...tendang kat pintu la....sampai lah satu hari tu, cikgu aku nampak aku dok timbang dan cadangkan aku main takraw untuk sekolah rendah iskandar alor setar. Dari situ aku mula timbang bola selain daripada timbang ayam masa ikut arwah mama pergi marrrket! Coach tengok depa kata aku pandai timbang. Last-last aku dah dapat main untuk Kedah bawah 12 tahun pada tahun 1980.

Jadi bila abang dapat main bola untuk selangor, aku dapat rasa keseronokan abang. Abang mungkin rasa bangga dapat main. Dalam pasukan YFA CIMB (youth football club) abang pun ada 3 orang lagi yang dapat main. Aunty kata, masa hantar abang kat shah alam, yuya dengan marina jadi sedih. Tengoklah gambar marina kat atas tu. Sayu muka dia bila tengok abang naik bas ke trengganu. Malam tadi aku sempat bersembang dengan marina. Marina happy sebab abang nak balik hari ni dan dijangkakan sampai pada pukul 6 taupun 7 petang nanti. Aku rasa yuya dengan aunty pun mesti tak sabar nak jumpa abang balik. Knowing abang, aku rasa dia pun rindu kat adik-adik dia dan aunty tapi macam biasa, abang akan buat-buat cool tak nak tunjuk perasaan dalaman dia. Apalah aunty akan masak kat abang malam ni...hmmm...

Semalam aku dapat satu panggilan daripada front office mengatakan yang ada guest nak jumpa aku urgent kat lobby. Masa tu aku tengah dok melilau kat beach on the way nak ke bistro untuk check persiapan world cup game, korea lawan greece. Aku patah balik ke lobby untuk berjumpa guest. Guest aku ni dari Penang dan dah agak beberapa kali aku jumpa dia. Dia sedih masa nak balik tapi tak boleh nak extend lagi sebab ada banyak lagi kerja yang dia nak habiskan sebelum hari Isnin. Seronok katanya duduk kat sini sebab semua staff aku kat sini peramah dan baik. Faktor ni lah yang membuatkan dia akan datang lagi. Aku ucapkan terimakasih kat dia, tolong usung beg dia ke limo yang dah sedia menunggu, bukak pintu dia, tutup pintu dia dan lambai tangan and bid farewell kat dia. Yang aku nak cerita pasal guest aku tu bukannya pasal hantar dia balik, tapi surprisingly, dia bersekolah di Chung Ling Penang dulu tahun 80-an. Aku pun buat form 6 kat sekolah yang serupa. Walaupun kami tak kenal satu sama lain tapi cikgu aku dan cikgu dia dan isteri adalah cikgu yang serupa! What a coincidence! Esok aku akan hantar "thank you" note kat dia..aku seronok bila guests aku yang nak balik, panggil aku untuk berjumpa. Yang tu bagi aku rasa "puas". Ramai jugak yang aku sendiri tunggu untuk pastikan yang depa seronok tinggal kat sini.

Ada satu lagi guest aku kat sini, ada beberapa kali aku dok jumpa dia. kat lobby lah, kat restaurant masa breakfast lah, kat swimming pool lah dan banyak lagi. Beberapa kesempatan, aku sempat bersembang dengan dia. Dia ajak aku memancing. Malam tu aku ikut memancing dengan anak-anak dia kat situ jugak. Dia turun dari bilik dia. Kami bersembang sakan malam tu sementara tunggu ikan makan umpan. Tunggu punya tunggu, sampai kesudah aku tengok yang ikan tak makan umpan. Masa dia nak check out tempohari, dia panggil aku ketepi dan sempat bisik kat aku, "shahrir, Datuk Seri.....(menteri sekarang ni), kirim salam kat you. Datin Seri pun kirim salam kat you....depa kata kalau you pergi KL, depa nak jumpa...tapi mungkin sebelum ke luar negeri they will come here". Aku salam erat dengan guest aku ni dan macam biasa, aku bukak pintu kereta, tutup pintu kereta dan lambai sampai hilang dari pandangan....

Isnin, Jun 07, 2010

Kedah!

(abang ipar aku tengah lepas geram...)

(lorong ni kat tepi mee abu)

(mee abu la ni dah pandai buat poster dengan streamers!)

(lorong titi siam....ramai dok smuggle beras siam kat sini dulu...)

(aku dengan rosman alwi pernah race kat roundabout ni....munir kena tinggal 2 tiang!!!)

(ramai lagi adik beradik yang tak sempat masuk gambar. Depa dok sibuk makan telur rebus!)

(la...mentara kat sini semua pompuan ka?)

("pelamin anganku...." malas nak sambung tajuk lagu ni sebab anak menakan aku baru kahwin...heh3...)

(lorong sempit ni lah aku borong seluar Grand Sport dari Siam dulu)

(close up lorong sempit dan spot gerai seluar tu kat sebelah kanan...masa try seluar dulu aku londeh kat situ ja...heh3...)

Over the weekend aku sempat lari balik ke Alor Setar sekejap. Balik pada hari Jumaat naik last boat. Dah lama aku tak naik bot. Last sekali masa aku pergi Pulau Jerejak dulu tahun 1976. Masa tu aku darjah 2 kat Sekolah Francis Light yang tok aku panggil Sekolah Toslet (Torchlight!). Heh3...masa aku dah nak sampai ke Kuala Kedah, ombak makin kuat. Aku rasa mulut aku dah kumat-kamit baca macam-macam! Dan kalau ustad Abdullah (85) dengar aku baca, dia mesti pengsan! Heh3...

Sampai saja kat KK, Munir kawan aku dari tahun 1980 dah tunggu dengan Ija. Wife dia Ija pulak duduk sama-sama dekat rumah aku dulu di Brown Garden dan kami dok naik bas sekolah sama-sama walaupun kami bukanlah para pelakon "Geng Bas Sekolah!". Munir terus bawak aku balik rumah dia. Kata Munir mak dia baru keluar hospital. Aku dengan Munir ni macam adik-beradik. Ingat tak dulu aku cakap Munir sanggup drive dari Kulim dan balik Kulim malam tu jugak lepas tahu yang mama meninggal dunia walaupun dia tahu lepas seminggu? Mana boleh aku lupa jasa dia dan susah-payah dia? Salah pulak kalau aku tak melawat mak dia. Masa aku sampai mak Munir terbaring kat atas kerusi. Aku masuk pelan-pelan sebab tak mahu dia terkejut tengok muka aku. Mak Munir tak terkejut rupanya...tapi aku pulak yang terkejut tengok mak dia pasal masa aku sampai, mak dia tengah dok menonton cerita Korea!!!!! Heh3....makcik kata sakit? Dia kata yang sakit badan.......alahai makcik....aku terkesima....Lepas bertanya apa patut, kami makan kanji sama-sama sebab malam tu Ija masak kanji untuk orang sakit! Apa nak buat, aku bedal 2 pinggan...heh3...kalah orang sakit!

Aku terus bergegas ke rumah pengantin. Pengantin ni sebenarnya anak menakan aku. Anak menakan aku ni pulak dulu-dulu cuma dok merangkak minum susu. La ni dah nak kahwin! Amboi rasa muda sungguh aku! Semuanya dalam suasana ceria. Esok nak "yak-yak yey!" Tangan penuh dengan inai...nasib baik tak buat tattoo macam miami ink...kelas.....

Malam tu aku tidur kat Holiday Villa. Aku tinjau kat luar tingkap. Aku tak nampak apa. 45 kali gosok mata, tak nampak jugak...tengok jam, alamak dah 1.30 pagi! Ni kalau kat sekolah dulu, aku dah kena tangkap dengan warden ni...heh3...cikgu Sabarudin...cikgu Azizi...jangan marah, aku tidur lambat....study!

Esok pagi-pagi aku dah keluar ke tepi hotel tangkap gambar. Pakcik pakai kain pelikat semua heran tengok budak gila tangkap gambar Lorong Sempit. Aku masuk 7-11 dan budak pompuan cashier tu tanya, "Pakcik duduk sini ka dulu?" Aku angguk dan cakap, "Cheq tak dak lagi masa tu...". Dia sengeh kat aku dan aku sengeh kat dia....sama-sama macam kerang busuk!

Sebelum tengahari aku ajak abang aku, Joey pi ronda kat pekan sat. Aku pergi minum kat kedai mee abu. Famous kedai ni dulu. Tapi hari tu masa aku sampai, cuma 2 meja saja yang occupied...apa dah jadi? Aku ambik gambar kedai Mee Abu. Aku buat u-turn dan sampai kat Bulatan Telok Wanjah. Aku ada cerita dulu yang aku pusing bulatan ni dengan basikal macam nak gila pasal masa tu Rosman Alwi baru menang lumba basikal! Dia kayuh basikal racing tapi aku kayuh basikal tua Joey yang ada palang kat tengah dan warna hitam tu...Aku ingat 4-5 round jugak aku pusing bulatan tu. Orang kat tepi semua dok geleng kepala tengok budak gila dok buat gila kayuh tengah panas!!! Lepas aku lalu kat bulatan tu, aku cakap kat Joey, "tolong berhenti kat lorong Titi Siam sat..." Joey penin dengan "permintaan terakhir" aku. Dia paksa diri berhenti jugak kat tepi jalan. Mungkin dia kesian kat adik dia yang tengah dok "naik syeikh" ni....aku tangkap gambar signage Lorong Titi Siam. Saja aku masukkan kat dalam ni sebab yang ni pun aku ada cerita dulu dalam entry aku yang dah lama tu. Aku cerita dulu yang makcik aku duduk sini kat tepi landasan keretapi. Kalau keretapi lalu, habis air kat dalam gelas bergegar! Heh3...dari penuh kat dalam gelas, dah tinggal setengah! Macam earthquake kat Tokyo pun ada jugak...

All in all, sekali-sekala balik Alor Setar memang sangat nostalgic untuk aku. Semua masih kat situ walaupun keadaan sekeliling dah agak berubah. Rasa macam jam berhenti pada waktu tu. Looking back, la ni aku dah umur 42 tahun dan masa aku kat sana, aku baru berumur 12 tahun tahun 1980. Berapa lama dah tu? Aku tak tahu kira sebab aku tak pergi tuition macam Munir dulu....heh3....

Rabu, Jun 02, 2010

Joyride!

(last stop, kami pergi minum dulu...kalut depa nak bayar!)

(sempat ambik gambar kat jeti)

(bot baru keluar nak ke laut)

(seronok sungguh depa tu)

(kat jeti masa air surut petang tadi...)

(kawasan jeti nelayan)

(sawah padi yang berlatar belakangkan gunung mat cincang!)

(dok memancing ikan)

(pandai bedah tangkap ikan!)

(tengah dok drama...pandai sungguh dia, guests aku semua terlopong dengar!)

Hari ni aku seronok sangat. Bukan seronok pasal apa, tapi pasal aku dapat sama-sama mengayuh basikal sama-sama dengan guest aku sambil bercerita pasal keindahan kampung kat Langkawi ni. Staff aku bagitahu yang "guest activity" hari ni ialah kayuh basikal masuk kampung. Aku tanya ada berapa orang? Dia jawab satu family 4 orang. Aku melompat bila dengar rancangan dia untuk hari ni. In fact program ni memang bertukar-tukar setiap hari.

Basikal dah siap. Basikal aku ada satu. Kami kayuh keluar dari kawasan hotel. Mana nak pergi? Jalan ni aku dah survey dengan staff aku dulu. Melalui sungai, alor air, sawah padi, kawasan paya bakau, pondok-pondok rehat kampung, kawasan jeti nelayan dan last sekali kami stop kat kedai minum. Staff aku kat depan manakala aku pulak ikut kot belakang. Kawal kereta yang lalu-lalang. In fact kawasan yang kami lalu tu sebenarnya kawasan yang paling tak banyak traffic. Ini untuk keselamatan guests aku semua. Banyak dah jalan yang kami cari tapi yang ni lah yang paling selamat sekali.

Masa first stop tu, staff aku dok ligat bercerita pasal tenaga solar yang diguna pakai untuk menyalurkan air ke sawah. Kelas...pandai dia bercerita dan pandai jugak dia menjawab soalan. Terbelit lidah dia dok bercakap orang putih. Aku dok senyum sorang-sorang. Banyak pengalaman budak ni...tak lama lagi dah nak kahwin ni...

Kami kayuh lagi dan stop kat tepi sawah pulak. Staff aku dok bercerita lagi pasal Gunung Mat Cincang yang kami nampak dari jauh. Dia cerita pasal tanaman padi yang dibuat 2 kali setahun ni. Budak ni kalau kerja kat "Laman Padi" mesti selalu dapat bonus ni...very detail dia cerita. Meleleh air liur guests aku dengar dia cerita! Bila sampai kat kawasan bakau, dia goreng lagi pasal tsunami pulak! Pergh...biar betul budak ni! Siap bagitahu casualties kat Penang lah...kat Phuket lah...kat Acheh lah...sampai casualties kat Sri Lanka pun dia bagitahu....memang number one in the world budak ni!

Kami kayuh lagi dan ternampak satu family tengah dok memancing ikan. Very simple. Pakai buluh, tali tangsi, mata kail dan umpan cacing. Voila, dapat ikan 3 ekor bila aku jengok kat dalam baldi depa. Aku mintak permission dulu sebelum ambik gambar sebab takut nanti kena baling dengan baldi! Kepala lutut aku dah goyang...lama tak kayuh basikal. Last sekali aku rasa 3 bulan sudah masa horey-horey dengan Yuya dan Marina!

Bila kami dok kayuh balik pulak, kami masuk kat kawasan nelayan. Ada jeti kat situ dan nelayan tengah nak pi ke laut. Sekali lagi kami mintak permission untuk masuk ke jeti. Pakcik kat situ siap ajak naik bot lagi...heh3...takpalah Pakcik ooiii...Pakcik pi lah dulu ke laut...nanti kami ikut dengan basikal! Orang kampung yang ada kat tepi tu ramai yang keluar tengok kami. Aku bagi salam dan bagitahu kat depa yang kami ada program kayuh basikal masuk kampung...ala-ala wakil rakyat masa nak pilihanraya!

Peluh berjurai-jurai kat dahi. Bukannya dahi depa, tapi dahi aku. Sempat aku bagi signal tangan kat staff aku suruh kona masuk kedai untuk minum dulu. Dia kenyit mata kat aku, aku kenyit mata kat dia. Dia kayuh kat depan, kami macam anak itik dok ikut kot belakang...sambil dok kayuh kami lalu kat tepi pondok teksi tepi hotel. Aku kenal depa sebab depa bawak teksi untuk hotel ni. Aku bagi salam sambil angkat tangan kat depa macam gaya Josiah Ng menang acara Keirin kat Australia dulu. Sambil dok ralit bertegur sambil angkat tangan kanan, aku terbabas masuk dalam semak! Depa kalut nak mai kat aku...aku kata takpa...takpa....hero memang macam tu! Heh3...

Kami kayuh ke kedai. Masa dok minum macam-macam kami bercerita. Guests aku seronok sebab ni lah kali pertama katanya depa kayuh basikal masuk kampung. Aku dah bayar siap...bila habis minum, depa kata nak bayar. Aku cakap aku dah settlekan...memang gentleman habis aku masa tu. First time rasa macam gentleman. Heh3...Masa kat kedai tu ramai drebar teksi aku jumpa. Semuanya bertegur sapa. Aku pun dah confuse...kat manalah aku jumpa depa ni dulu?

Aku tambah happy sebab aunty talipon aku dan bagitahu yang abang dah dapat mewakili Selangor untuk permainan bolasepak bawah umur 12 tahun untuk peringkat kebangsaan MSSM nanti pada cuti sekolah minggu pertama di Kuala Trengganu. Kembang kempis hidung aku....anak bapak!!!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...