SYAME berperisa oren....terlampau banyak coloring dan terlalu manis!
Kami sampai sedikit awal dari perlawanan. Tekak terasa haus maka kami terus ke gerai berdekatan. Btw, aku tak sangka yang untuk ke padang bola di Lurah Bilut tu kami terpaksa melalui simpang nak ke Fraser's Hill! Ohhh sini ka....baru aku tahu! Hahahahahahah...bijak geography sungguh aku! Minum di warung tu aku ternampak satu botol oren warna oren yang tertulis name SYAME. Aku cuba dan mintak sebotol. Alamak, manis nak mampus.....dan nampak sangat pewarna yang dipakai tu terlalu banyak sehingga menimbulkan rasa ragu-ragu aku pada SYAME. Good try though tapi lain kali kalau nak buat sesuatu, buatlah baik-baik. Falsafah Cheng Ho ni selalu aku pesan pada adik-adik termasuklah staff aku dimana-mana saja. Aku cakap kalau nak buat hotel 2 bintang tak jadi masalah.....tapi buatlah dan jadikanlah hotel 2 bintang tu yang terbaik didalam kategori 2 bintang. Malangnya dalam hal ini, especially business orang kita, depa ni selalunya ada duit tapi tidak mempunyai expertise. Jadi depa senang ditipu kiri dan kanan. Ini selalu berlaku didalam industri F&B. Selalu aku berpesan, nak bukak restaurant ni bukannya mudah. Depa tak percaya....depa kata depa ada duit dan depa kata orang nak makan 24 jam...ya lah aku tahu orang nak makan 24 jam tapi depa tak sedar yang business restaurant ni memerlukan depa berada di site 24 jam jugak! Cashier cilok duit dengan tak punch ke system ataupun depa ambik duit float, kemudian pi beli ayam 20 kilo, 2 kilo hantar balik rumah....satu lagi orang kita cepat gelap mata.....katalah kita pi sign contract dengan towkay ayam selama 12 bulan, towkay ayam akan hantar ke restaurant dan ke rumah, 2 ekor ayam 2 kali seminggu. Tuan punya restaurant tak tahu...Aku pun heran. Yang tu dah terang lagi bersuluh menyalahi etika kerja. Depa tak nampak yang ni semua. Manakala tuan punya restaurant dok seronok bagitahu orang rata yang dia ada restaurant. Dia tak tahu kat belakang dah "bocor". Last-last lepas 6 bulan, tutup! Tu lah yang berlaku selalu....jadi pada adik-adik yang nak buat business makan dan minum ni, berhati-hatilah...mai lah jumpa Uncle yang tak pandai ni. Uncle akan cerita dan ajar dengan percuma. Tak payah hantar ayam 2 kilo ke rumah Uncle! Hahahahahah...dak aiihhh, Uncle ikhlas nak membantu adik-adik yang nak buat business makanan dan minuman. Uncle akan guide dari mula....mai chek mai....bila dah berjaya, ucaplah terimakasih kalau jumpa Uncle...Uncle akan berbangga dengan kejayaan adik-adik semua!
Abang dok tunggu bola! |
Aku teringin nak tengok kejayaan abang dalam pelajaran dan bolasepak. Bukan aku tamak tapi dari segi bolasepak, aku nak dia lebih cemerlang dari aku yang setakat berbangga bila dapat main ragbi dan takraw untuk negeri ke MSSM atau kejohanan lain dulu. Takat tu saja kejayaan sukan aku. Terbantut sekerat jalan sebab sukan tak dilihat sebagai career pada waktu itu. Tapi la ni dah berbeza. Makanya, aku nak abang excel in both dan pelajaran akan menjadi sandaran bila bersara dari sukan nanti. Abang mempunyai bakat dan saiz. Tapi aku rasa masih ada kelonggaran didalam permainan abang. Agak kurang matang lagi. Nah, macamana aku nak "jual" abang ke kelab-kelab ternama? Pada readers yang dok baca entry ni mungkin dia akan tersenyum dan tergelak bilamana aku kata aku nak "jual" abang pada kelab-kelab ternama. Tapi itulah hakikatnya. Aku memang nak "jual" talent abang pada kelab-kelab luar. Being a sportsman is a career now. Aku ingat lagi dulu masa main untuk negeri, aku dapat RM5 duit makan. Tapi la ni gaji dah dekat RM100,000 sebulan. Tak mustahil dan SS dah membuktikannya. Cerita pasai SS ni, masa aku ke KULIM dulu, sepanjang jalan lebuhraya utara-selatan, ada billboard@papantanda iklan scooter SYM buatan Taiwan. Since SS yang jadi duta untuk scooter SYM ni, dia jadikan SYM tu sebagai = Safee Yang Menunggang! Aku gelak sorang-sorang diikuti oleh pemandu-pemandu lain di lebuhraya utara-selatan.....
|