Minggu ni aku stop cerita pasal hotel sekejap. Beralih topik sikit kepada apakah aktiviti aku minggu lalu...
Maya Muchtar and me!
Rabu lalu aku berangkat ke Bali buat kesekian kalinya. Kali ini aku dah merancang untuk bertemu beberapa orang sahabat yang dah lama aku tak jumpa dan aku tahu mereka berada di Bali. Perancangan mesti teliti. Aku sampai betul-betul pukul 12.20pm seperti tertera di kepingan tiket. Mulanya aku ingatkan flight pukul 12.20pm. Jadi aku book teksi pada pukul 9.30am. Sehari sebelum berlepas, aku check tiket sekali lagi dan kali ini aku baru terperasan yang 12.20pm ialah 'arrival time' aku di bali dan flight aku sebenarnya ialah pada pukul 9.20am! Kelam-kabut aku talipon teksi untuk tukarkan waktunya! Hahahahahahahaha...
Aku mahu mencuba Malindo. Ternyata ianya amat memuaskan. Lebih baik daripada saingannya. Lebih leg room dan servicenya bagus serta ada makanan yang dihidangkan walaupun hanyalah 2 keping roti bom dan kuah dhal vegetarian. In-flight movienya juga bagus. 2 jam berlalu tanpa aku sedar. Aku memang akan menonton movie jika kemana-mana kerana lebih mengasyikkan. Beberapa in flight movies dan aku pun dah nak sampai.
Sesampainya aku di bandara (airport) aku disambut oleh Hamidi. Rakan lama aku yang dah 5 tahun bertugas di Kuta. Beliau terkejut melihat aku yang hanya ber tee lusuh jenama hrc, seluar separas lutut dan berselipar. Hamidi tanya mana luggage aku. Aku jawab mana ada......satu beg kecil dan satu beg sandang saja yang aku bawak..dia geleng kepala. Hahahahahahaha....Hamidi ni jugaklah yang bersama aku dulu di Jakarta dan Shanghai Marriott serta di Saudi Arabia. Kenal sangat dengan perangai masing-masing! Aku sering travel begitu. Tak suka mengusung pelbagai keperluan hingga sarat!
|
Best coffee from Wina HV
Kami bergegas ke Kerobokan untuk bertemu rakan lama aku yang mengusahakan sebuah restoran hebat. Dulu ada aku bercerita mengenai beliau. Seorang wanita yang amat tabah membina kerjaya dari sebuah warung hingga menjadi sebuah restoran. Kini berjaya didalam bidang hartanah dan sedang merancang untuk membina villa-villa mewah disana. Aku sampai lebih awal secara sengaja. Memanggil namanya dari belakang, beliau kaget (terkejut) sambil marah-marah kepada aku kerana tidak memberitahu yang aku akan sampai awal! Hahahahahahaha.....Teman sekuliah aku yang aku kenali lebih 20 tahun lalu!
Dari Warung kami bergegas ke Beach Club untuk minum dan melihat sunset. Ramainya manusia. Selepas minum 2 mocktail, aku dipandu laju untuk dihantar ke hotel.
Lama kami bercerita dan secara tiba-tiba terpacul nama Maya dari mulut aku. Kami mula mencari contactnya. Aku hubungi Maya melalui FB tetapi tidak mendapat balasan. Malamnya baru aku pulang ke hotel. Hari Khamis selepas sarapan, aku ke Ubud. Ada 3 perkara yang aku harus lakukan disana. Pertamanya ialah bertemu keluarga Pak Rai yang aku anggap seperti keluarga aku. Selama aku disana dulu, beliau sekeluargalah yang menjaga makan minum sakit demam serta laundry aku. Itu tujuan pertama. Tujuan ke dua pula ialah untuk menyerahkan beberapa peralatan sukan bolasepak kepada Pak Rai (merangkap coach untuk Ubud FC) yang aku bawa dari KL. Kesian melihat anak-anak kecil sana bermain bola didalam keadaan yang serba kekurangan. Mengingatkan aku sewaktu kecil bermain bola dengan hanya kaki ayam circa 70-an dulu. Makanya aku berjanji kepada diri sendiri bahawa setiap kali aku ke Bali, aku harus membawa peralatan sukan bolasepak untuk disedekahkan kepada anak-anak disana melalui Pak Rai. Tujuan ketiga pula ialah untuk membeli Sabun Masako yang diperbuat daripada kelapa.
Menarik sekali cerita sabun ni. Sesampainya aku di Ubud, aku terus kearah Utara (gaya percakapan mereka banyak menggunakan arah seperti itu. Utara, Selatan, Timur dan Barat untuk menunjukkan arah). Berhenti di tepi jalan sebelum sampai ke Maya Resort (kebetulan nama Maya juga). Aku bertanya penjaga kedai bagaimana nak mencari Sabun Masako tu. Beliau tersenyum dan katanya kepada aku, "Kebetulan Pak. Nah yang disebelah saya ini tuanpunyanya perusahaan itu!". Beliau terus membawa aku ke factory kecilnya. Harus melewati banyak petak sawah. Hampir 150m kedalam, kelihatan beberapa orang gadis sedang melakukan kerja memasukkan sabun-sabun yang dipesan kedalam kotak. Wow....aku kagum! Jadi itulah 3 sebab kenapa aku ke Ubud.
|
|
Gado-gado di Warung Eropa
Aku ke Sunset Road, Kuta kali ini mencari Maya. Katanya receptionist, Maya baru saja berangkat ke Ubud. Hahahahahahahaha....Aku ke Ubud, dia ke Kuta. Aku ke Kuta, dia ke Ubud. Kami selisih dijalanan rasanya. The next day kami kesana lagi. Maya ada kelas yoga dan kelas memasak. Kami tunggu di lobby. Selesai saja sesi beliau, terus diterpanya kearah kami, bersalam erat hingga hampir mengalirkan airmata. Lebih 20 tahun kami tidak bersua! Maya mengeluarkan sebuah buku kisah hidupnya yang dikarang sendiri bercerita mengenai zaman kanak-kanak mengikuti ayahnya yang juga seorang diplomat mengembara keseluruh dunia. Beliau mencoretkan sesuatu khas untuk aku dilembar ke 2 buku. Kata-kata yang akan aku cherish seumur hidup aku. Maya kini merupakan seorang tokoh penceramah korporat dan juga seorang aktivis "Peace" yang amat dikenali. United Nations kini mengambil beliau sebagai penceramah bebas untuk World Peace. Maya berbisik ke telinga aku, "Ali kamu tahu ngak siapa yang bakal aku ketemu waktu ceramah World Peace itu?" Aku geleng-gelengkan kepala. Maya tersenyum dan menyebut yang beliau dijemput untuk duduk bersama satu meja dengan Leonardo di Caprio! Hahahahahahahahaha.....Aku tumpang bangga dengan kejayaan beliau. Rakan aku yang kecil molek aku kenali sewaktu sama-sama belajar di eropah dulu! Aku ucapkan selamat tinggal kepada Maya dan sekali lagi kami bersalam erat serta berjanji akan bertemu lagi jika aku ke Bali nanti.
Aku ada pertemuan dengan bekas pelajar-pelajar sekolah perhotelan dari suisse yang diadakan di Nikki Beach, Kuta. Kawasan yang sangat mewah dan cantik sekali. Dipenuhi dengan hotel-hotel eksklusif sepanjang pantainya! Banyak topik yang dibincangkan. Masing-masing bercerita mengenai hotel/projek masing-masing. Aku membuat promosi dan terus bercerita mengenai projek aku yang sedang berjalan. Banyak yang kami bincangkan hingga larut malam sebelum aku kembali pulang ke Kerobokan.
Alhamdulillah. Sepanjang 5 hari aku di Bali, kebajikan aku, makan-minum aku, kesihatan aku, transportasi aku, semuanya dijaga rakan-rakan sekeliling. Aku hairan kenapa ini berlaku kepada aku. Dari mula aku sampai di bandara hinggalah ketika aku kembali ke bandara untuk berangkat pulang. Semuanya amat prihatin. Setiap pergerakan aku dijaga rapi oleh teman-teman. MasyAllah.....nikmat dunia pemberian Allah yang tak mampu nak aku ceritakan. Nilai persahabatan yang tulus ikhlas. Didalam perkara sebegini, aku amat bersyukur kerana dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang sangat 'care' terhadap aku. Nilai persahabatan sebeginilah yang harus aku jaga. Tidak boleh diambil kesempatan dan dicabul. Dalam diam aku teringat kisah aku kecil dulu bila arwah mama selalu memberi makan biskut kering dan kopi o nipis kepada sesiapa saja yang berkunjung ke rumah kami walaupun kami sekeluarga tidak semewah mana....
To Hamidi, thank you so much for the best hospitality provided. Your associates were awesome! Remember the incident? Marvellous!
To all my Bali friends, I will definitely return or perhaps retire there. You guys berada dekat dengan hati aku...."Dance to His Tune".
|