Sabtu, November 26, 2016

Sdara 85 ke Selatan Day 2



Sarapan di lokasi rahsia.


Dah agak lama jugak aku tak bercerita disini. Secara lahiriah aku nampak seperti tak busy....tapi percayalah...(pada yang kurang percaya...hahahahaha) aku memang busy. Paginya selesaikan apa-apa yang patut manakala petangnya pula aku dah mula bertemu dengan supplier dan ramai/banyak untuk berkolaborasi dengan pelbagai pihak pada tahun 2018 nanti. Jauh lagi? Bagi sesetengah orang ya..perjalanan masih jauh. Tapi bagi aku tidak. Ni dah nak masuk hujung tahun. Semuanya perlukan perancangan yang amat teliti. Kerja nak bukak tempat baru ni bukan boleh dibuat 2-3 bulan sebelumnya! As a matter of fact, 'mock' sales kit aku dah pun siap! Hahahahahahaha.....Tu lah sebabnya blog ni agak terbengkalai sikit.
Kembali kepada cerita kami ke JB. Di hari ke dua sewaktu kami di JB, kami dah berpakat malam sebelumnya untuk keluar ke gerai berdekatan untuk bersarapan pagi. Pukul 8 pagi kami dah dok berkumpul di lobi sebelum jalan beramai-ramai ke gerai berdekatan. Aku rasa malam tadi dah makan dengan cukup banyak tetapi oleh kerana kami duduk bersama sekali lagi macam zaman dulu-dulu, selera makan kami meningkat dengan mendadak. Kalau tengok sorang-sorang makan, memang mengerikan. Ada yang boleh makan roti canai  sampai 4 keping sekali hadap! First time aku jumpa. Bila aku tanya, dia jawab, "selera bertambah bila duduk dengan adik-beradik macam tahun 81!". Aku terkedu menelan air liur dengan perasaan terharu!


Rahmat for lunch


Lepas sarapan, kami balik ke bilik untuk bersiap. Tepat pukul 10.30 pagi, kami mula bergerak. Bergerak ke destinasi baru. Satu lagi tempat makan untuk makan tengahari. La....bukan tadi baru habis breakfast ke? Aku tambah ngeri....Sekali ni perjalanan agak jauh. Tapi pemanduan amat santai dengan beberapa biji kereta berkonvoi ke destinasi yang aku sendiri tak pasti. Yang aku tahu, tempat makan tu namanya Rahmat dan dari situ boleh nampak feri ke Batam. Jangan tanya aku banyak soalan. Aku pon menumpang kereta si Nyamuk!

Tak sampai 5 minit duduk, makanan dan minuman dah dihidangkan. Restoran nya ialah pelantar diatas laut. Boleh nampak negara seberang yang kalau berenang lebih kurang 30 minit boleh sampai. Feri juga banyak yang lalu-lalang disitu. Sarapan pagi yang banyak tak membuatkan kami lesu bila mengadap udang, ketam, siakap (rasanya ikan lain) didepan mata. Bila makan dimeja panjang, kenangan kami makan didewan makan sekolah dulu kembali bermain di fikiran masing-masing. Demang merupakan ketua dewan makan waktu itu. bila masuk dewan makan, harus tertib. Ambil makanan dan duduk dimeja masing-masing. Demang akan membacakan doa. Lepas doa baru mula makan.  Justeru itu, di Rahmat pun perkara sama berlaku. Doa dibacakan dan kami mengaminkannya beramai-ramai. Nostalgia lagi! 

Puteri Harbour for tea


Lepas lunch kami berangkat ke salah sebuah masjid berdekatan yang disebelahnya ada taman dan kolam ikan yang besar. Jangan tanya aku lokasinya dimana. Aku kagum melihat kipas dengan bilah besar. Patutlah sejuk! Yang juga menarik perhatian aku ialah sewaktu nak mengambil wuduk, ditepinya ada sebuah peti ais berpintukan cermin sama seperti di restoran mamak. Didalamnya ada tapai dan air mineral memenuhi ruangan setiap shelves. Aku cari tempat untuk membayar ataupun kotak untuk dimasukkan wang. Tak ada....Di pintu peti ais tersebut ada sebuah nota yang dilekatkan. Nota itu bertulis, menjemput tetamu rumah Allah untuk makan dan minum seadanya. Apa yang ada didalam peti ais tersebut ialah sedekah daripada masyarakat setempat. Aku pasti setiap hari ada yang bersedekah disitu. Aku kagum.....idea bernas dan niat yang amat murni!

Lepas solat dan makan tapai serta minum air mineral, kami bergerak lagi ke satu destinasi yang aku tak tahu dimana. Tapi namanya Puteri Harbour. Cantik kawasannya. Ramai pelancong disitu. Rupanya "Hello Kitty" pon ada kat situ.Pemandangan amat mengagumkan. Kami naik ke tingkat atas yang bersebelahan dengan salah sebuah hotel. Ada bar, lounge, swimming pool dan observation deck. Kami duduk di lounge sambil memesan minuman. Bersembang sakan sampai tak ingat dunia. Lounge menjadi kecoh hanya dengan kami. Mat salleh yang tengan mandi pon heran! Hahahahahahaha....Hampir satu jam setengah kami disitu dan kami harus bergerak ke destinasi lain. Dalam perjalanan pulang ke hotel, ada message masuk ke dalam group whatsapp kami bertanya samada kami nak berhenti makan goreng pisang cheese! Pergh, penyamun ni semua memang gila! Kami meneruskan perjalanan ke Pine Studio (betul ke nama ni?) tapi malangnya ia ditutup kerana ada penggambaran. Kami hanya berfoto diluar sebagai 'syarat' yang kami dah sampai!

Sampai di hotel, berehat sebentar, mandi dan bersalin pakaian. Tepat pukul 7.30 kami bergerak sekali lagi ke rumah salah seorang rakan kami si Ad yang menyediakan bbq dinner! Ini trip gila.....Kami semua terpegun dengan menu yang dihidangkan malam tu. Tak ada nasi. Yang ada ialah ubi kayu rebus, sambal, ayam dan ikan bbq. Mak aiii.....pengsan aku. Kami memang dah lama tak makan ubi kayu. Aku berani kata yang sebahagian kami dah agak bertahun tak makan macam tu! Walaupun perut masih kenyang, malam tu kami makan macam seharian berpuasa! Semuanya sedap. Kopi O pon sedap sampai tambah berjag-jag!

BBQ dinner

Aku rasa neighbour kawan aku tu mesti bertanya pada diri sendiri, bilalah budak-budak ni semua nak bersurai? Punyalah bising nak mampus! Hahahahahahaha......Aku rasa dalam pukul 10 malam kami dah memohon izin untuk bergerak pulang ke hotel. Bahaya duduk lama-lama takut bersambung dikedai kopi berdekatan pulak! Dengan rasa berat hati dan perut yang amat berat, kami memohon izin dari tuan rumah untuk beransur. Bersalam bagaikan tak jumpa esoknya.....ada yang berpeluk sampai 2-3 kali! Hahahahahahaha.......Perjalanan pulang mengambil masa selama 30 minit. Sampai dihotel sempat lagi bersembang di lobby. Cerita lagi. Woit, bukan sepanjang hari dah duduk bercerita ke? Dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Tak kering gusi kami ketawa. Bila dah tak boleh ketawa, kami tahu yang kami harus balik ke bilik dan tidur...hahahahahahahahaha.......penyamun betul budak-budak ni....

Ok semua, aku sambung lagi nanti mingu depan bercerita tentang hari terakhir kami di JB. Sekarang aku nak bersiap sedia untuk ke Bangi dulu sebab ada pertandingan Futsal Sdara 2016 yang bakal berlangsung sebentar lagi. Batch 85 dah dimasukkan ke dalam group "LEJEN". Hahahahahahahaha.....

Khamis, November 10, 2016

Sdara 85 ke Selatan Day 1

Welcome dinner di "Jom Ngopi"

Assalamualaikum semua yang dikasihi. Sekali lagi group aku merancang untuk bertemu rakan-rakan di Selatan tanahair pulak. Planning ini tercetus sewaktu kami sedang minum-minum santai menuju ke Pulau Perhentian awal tahun ini. Tujuan lawatan ini ialah untuk mengukuhkan tali persaudaraan diantara kami selain melawat rakan-rakan lain yang selama ini tak berkesempatan untuk datang ke Kuala Lumpur menghadiri segala perjumpaan kami.

Perancangan diatur dengan baik sekali. Ada yang memandu dan ada juga yang mengambil pesawat terus ke Senai dari Kuala Lumpur. Ada juga yang terbang terus usai mesyuarat di Bandar Seri Begawan. Gila budak-budak ni. Oleh kerana aku baru pulang dari Bali, aku mengambil keputusan untuk tidak mengambil cuti pada Jumaat lalu sebaliknya terbang ke destinasi setelah selesai kerja pada hari itu. Rakan-rakan lain dah pun berangkat seawal jam 8 pagi lagi. Yang memandu, program mereka juga penuh sepanjang jalan. Selain daripada menunggu satu per satu kereta yang akan muncul di R&R yang ditetapkan, perjalanan tersebut juga diselang-seli dengan beberapa 'pitstop' untuk bertemu rakan-rakan Negeri Sembilan Chapter dan Melaka Chapter. Betok drive dari Tanjung Malim, bertemu lain-lain di pitstop pertama sebelum bergerak beramai-ramai ke Selatan. 

Di Seremban, Kudo menunggu dengan setianya. Riuh-rendah bila bertemu. Gayanya seperti berpuluh tahun tidak bersua sedangkan whatsapp tak pernah putus selama 24 jam! Gila budak-budak ni.....

the best 'asam pedas' ever is available here!

Group meneruskan pemanduan ke Johor melalui Melaka. Bandaraya Bersejarah. Disana, Juntas dah menunggu. Sekali lagi budak-budak ni semua tak tolak rezeki. Makan serta minum bagaikan belum bersarapan dan minum pagi! Makk aiii....Aku yang masih bekerja jadi tak keruan dek whatsapp messages yang masuk tak henti-henti dan bercerita mengenai perjalanan mereka. Cerita-cerita lucu memenuhi kotak simpanan whatsapp aku. Sampai beratus-ratus jadinya. Kadang-kadang beribu dalam satu hari!

Aku bergegas ke SJ selepas kerja untuk bertemu LH dirumahnya. Tinggalkan moto, kunci tayar, lockkan helmet aku, bid farewell kat moto dan kami dipandu isteri LH ke Subang Airport. Flight delay selama 15 minit. Message dihantar ke Wak Didi yang bakal menunggu kami di Senai nanti. Again I flew with Malindo. Choice aku sekarang! Aku, LH dan IH (anak dak LH) dapat seat depan sekali. Aku suka sebab leg roomnya lebih besar dan selesa. Tambah selesa sebab sebelah aku tak ada orang! Hahahahahaha...Journey was very smooth. Pramugari duduk betul-betul depan aku. Hahahhahahaha...

Setelah mendarat, di arrival hall, aku dah nampak Wak Didi berbaju melayu setia menunggu kami. Bersalam-salaman dan berpeluk sakan bagai 30 tahun tak berjumpa! Wak Didi memecut laju menuju JB yakni tempat pertemuan kami bersama yang lain. Chico dan Johor Chapter menjadi hos kali ini. Pertemuan dan makan malam berlangsung di Jom Ngopi yakni sebuah cafe santai kepunyaan Chico yang lokasinya ialah di bawah pejabat beliau sendiri!

Oleh kerana aku sampai dah pukul 10 malam, hanya kami ber 6 saja yang makan. Yang lain-lain dah melantak awal lagi. Menu special malam tu ialah "Asam Pedas Gearbox". Aku ialah penggemar asam pedas. Daging, ayam, ikan, ekor, semuanya aku suka. Asam pedas melaka, dah aku makan. Di KL pun begitu juga. Yang dibuat dirumah apatah lagi. Secara jujurnya, (personal opinion) ini merupakan asam pedas yang terlazat pernah aku rasa. Bukan kerana Chico tu kawan baik aku, tidak..kalau tak sedap aku akan bagitahu tak sedap walaupun kawan. Oleh kerana aku makan dah lewat, niat untuk menambah terpaksalah aku pendamkan. Setelah makan, aku ke dapur dan mencari chefnya untuk personally ucapkan tahniah kepada beliau kerana resipinya (aku pasti adunan Chico). Well done!

Diluar, keadaan masih huru-hara dengan budak-budak riang yang asyik bercerita. Tak puas duduk, hampir kesemuanya berdiri! Johor Chapter yang ada malam tu seperti Chico, Wak Didi, Banjo, Cheng, Bob, Aidi, Azer serta Ad (ada lagi yang tertinggal ke?) memang host yang best. Buah tangan dibawa bersama untuk diagihkan kepada kami. Semuanya makanan ringan yang famous di Johor. Kerepek pisang, ubi, serbuk kopi dan banyak lagi. Sampai penuh beg aku! Gelak sakan sampai kejang perut!

Cerita masalah dunia..

Aku rasa malam tu walaupun kami duduk bercerita bersama, aku pasti dalam waktu yang sama ada lebih kurang 17 topik yang sedang rancak dibincangkan! Serentak! Heran aku....Ada saja ceritanya. Tiap kali bertemu, inilah jadinya! Ngeri pon ye jugak! Hahahahahahaha.......Untuk dapatkan hampir keseluruhan rakan-rakan Johor Chapter membuatkan aku sedikit emotional. Kesemua mereka ada tugas masing-masing. Semuanya sibuk. Ada juga yang saban minggu turun naik JB-KL-JB pon masih datang untuk bersama-sama. Aku tahu mereka letih. Pada masa yang sama budak-budak tu masih luangkan masa untuk duduk bersama-sama, membuatkan aku amat terharu! Mana aku nak cari 'kawan-kawan penyamun' yang macam ni? Perjalanan hidup aku (orang lain juga) amatlah berliku. Setiap ruang waktu, kita ada priority tersendiri. Sewaktu aku diumur 20-an, priority aku ialah untuk mencari wang. Diumur 30-an, priority aku ialah menstabilkan jawatan. Diumur awal 40-an, hampir kesemuanya dah dirasa. Penghujung 40-an (langsaikan segala hutang) hingga akhirnya, aku nak cherish nilai persahabatan dan pada masa yang sama mempunyai kesihatan yang baik serta travel around the world. Penting kawan-kawan ni....tetapi bukan untuk diambil kesempatan ya....
  
Ini Chelayer the Slayer!

Nanti bila-bila aku pree, aku sambungkan lagi. Ni baru arrival day kan......belum second and third day.....lagi haru-biru!



Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...