Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Nampak macam sedap..iaran lari merata-rata bila polis datang menyerbu!
Posa di Madinah, KSA
Ramai kawan-kawan aku heran macamana lah budak yang perangai "baik" macam aku ni boleh terlajak ke Madinah....Setiap kali depa tanya, setiap kali tu aku jawab, "I'm the chosen one!". Last-last depa pun dah terbiasa dengan aku di Madinah. Posa di sana adalah kali pertama aku berposa di tanah arab. Orang kata, "alah bisa tegal biasa". Lama-kelamaan, aku dah makan tamar dan teguk laban 2 gelas sebelum kalut semayang maghrib. Berbuka puasa di Masjid Nabawi sangat menyeronokkan sebab dari lepas waktu asar lagi akan kelihatan orang ramai berbaris panjang ditepi jalan untuk mengambil habuan sedekah dari dermawan. Ada yang datang dengan motor, ada yang datang dengan kereta, ada yang datang dengan van dan tak kurang juga yang datang dengan lori! Plastik-plastik sapra akan disusun panjang berupa saf disatu kawasan didalam masjid dan orang ramai akan berkumpul disitu. Makanan cumalah tamar, laban dan kopi arab. Bagi aku yang selalunya menyental nasi, aku hairan macamana dengan laban, 2 biji kurma (tamar@kurma juga mempunyai jumlah gula yang tinggi dan mampu memberi tenaga dengan segera) dan secangkir kopi, perut terasa kenyang dan aku kembali bertenaga! Suasana sungguh meriah. Para peniaga pulak berkeliaran dikejar polis! Yang seronoknya lepas 10 minit depa mai balik meniaga macam biasa! Pada waktu ni aku berkesempatan berjemaah di Masjid Nabawi sebab hotel yang mempunyai 650 bilik tu masih diperingkat akhir untuk dibuka. Buka 2 bulan selepas tu sewaktu musim haji! Alhamdulillah aku sempat sebulan berpuasa di Madinah!
|
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...