Bali...once upon a time when they were still small..
Hari ni last Syawal. Sepanjang Syawal ni punyalah banyak open house...adoi...susah hati aku..makan, makan, dan makan...next week aku kena turunkan balik berat aku yang amat mengerikan ni..Oleh kerana aku menjadi busy tak tentu pasal, planning aku nak ke gym pon terganggu. Selalunya aku ke gym selepas waktu kerja tetapi lately ni, lepas kerja saja, langit mula gelap. Guruh berdentam-dentum dan hujan turun dengan lebatnya. Macamana aku nak ke gym? Sebelum ke gym aku dah basah kuyup! Lokoihh! Bukan sekali, bukan dua kali tapi boleh dikatakan selang sehari cuaca jadi tak menentu. Bila dah kuyup, aku terus saja balik ke rumah. Malas nak kona-kona lagi dah. Then bila sampai rumah pulak, lepas mandi, dengan cuaca yang macam tu, aku jadi sangat lapar. Awalnya aku kata pada diri sendiri, taknak makan...lepas mandi, aku tengok ikan goreng pun dah nampak special semacam! Ah sudah...then masuk weekend, ada jemputan lagi. Aku pulak kalau dah start payah nak stop! Pergh....Sabar.....next week start balik diet dan workout gila-gila..
Pagi tadi aku bangun awal dan terus ke gym di Nu Sentral. Masih kosong dan aku merupakan orang pertama yang sampai. Alhamdulillah. Ini merupakan kali pertama aku ke gym yang sama tetapi lokasi yang berbeza. Aku ni jenis yang tak boleh "routine". Aku akan cepat bosan sebab aku dah tahu susun atur gym di bangsar village tu. Aku pon kenal semua staff kat situ, hampir kesemua orang yang beriadah kat situ termasuklah makcik-makcik cleaner sekali. Jadi bila boring, baik aku tukar venue secepat mungkin. Nu Sentral ni aku suka sebab aku senang nak parking motor walaupun diluar bangunan. Aku letakkan motor berhadapan Nu Sentral yakni disebelah kedai makan yang juga terletak ditepi kaunter masuk ke lrt di brickfields. Situ ada kawasan untuk parking motor yang besar. Jadi aku pasti yang aku tak akan disaman, insyallah. Seronok ke Nu Sentral kerana banyak tempat aku boleh stop dan tinjau. restaurant bertaburan dan aku boleh pilih nak yang mana. Tetapi selalunya aku lebih suka balik dan makan dirumah dengan keluarga. Walaupun makanannya tak lah special mana tetapi aku rasa puas makan dengan keluarga dalam suasana santai..Sudah lama aku makan dihotel...dari makanan tempatan hinggalah kepada makanan dari Sri Lanka, Eropah, Australia dan lain-lain semuanya aku dah rasa. Salmon, lobster, barramundi, mandi, kabsah dan pelbagai makanan dan cara masakan lagi. Akhir sekali aku tetap cari sambal ataupun ikan masin!
Semalam kakak aku, anaknya serta cucu-cucunya datang berkunjung dirumah. Aku dah ada 6 orang cucu menakan sekarang. Hahahahaha....seronok melihat keletah mereka. Dulu anak-anak aku sebesar mereka. Kini apabila melihat mereka bermain didalam rumah mengembalikan nostalgia aku kepada Abang, Yuya dan Marina sewaktu mereka sangat-sangat kecil dulu. Sungguh cepat masa berlalu. Aku pulak tak pernah merasa yang umur telahpun meningkat. Cuma kadangkala apabila menonton berita jam 8 malam aku akan terlelap 10-20 minit! Tetapi masih tidak mengaku yang umur akan menghampiri separuh abad tak lama lagi...hahahahaha.....Bagaimana aku nak mengaku? Apabila bertemu rakan-rakan sekolah, ingatan dan cerita kami masih berkisar dizaman remaja.....tadi siang aku dijemput ke shah alam oleh seorang rakan sekolah aku. Doa selamat untuk anaknya yang akan melanjutkan pelajaran ke Canada. Huishhhh....ada anak rakan aku yang dah mula menjejaki menara gading! Setahun dua lagi aku akan mula mendapat jemputan kahwin anak rakan-rakan....kemudian mungkin aqiqah....tetapi aku masih dalam 'denial mode" tak mengaku dah nak 50! Hahahahahaha....muda lagi....dan banyak perkara yang aku masih belum berjaya lakukan...salah satunya ialah naik harley sampai london!
Oleh kerana aku dah makan jm briani dirumah kawan aku tengahari tadi, aku bertekad tak nak makan malam ni. Tapi sampai bila aku dapat bertahan, aku tak pasti lagi. Bila dijenguk kedalam almari didapur, aku terlihat maggi kari seolah-olah menggamit aku...aku kembali ke depan...menaip sambil sekali-sekala menjeling ke tv untuk melihat result terkini badminton bergu wanita...dalam pada tu, fikiran aku asyik teringatkan maggi kari tadi....adoi..dugaan yang amat besar pada saat ini! Takpa...aku cuba tahan nafsu yang selalu membuak-buak! Hahahahahaha...
Aku dah bertekad untuk menyaksikan Rugby World Cup 2019 di Jepun nanti. Setahun sebelum berlangsungnya Olimpik. Venue perlawanan telahpun aku check dan alhamdulillah kebanyakkannya akan berlangsung di Tokyo manakala selebihnya di Sapporo dan beberapa kawasan lain yang agak jauh bagi aku tetapi hanya beberapa jam dengan shinkansen. Tak sabar rasanya walaupun ianya akan berlangsung 4 tahun lagi. Perancangan aku telah bermula terlalu awal...tak mengapa. Ini merupakan tournament yang termasuk didalam "a must list" aku. Hmmm...mungkin aku harus mula menulis buku bertajuk, "A Lonely Journey to RWC 2019 Tokyo!"
|