Tajuk kali ni dah jadi pasemborr...bukan pasai apa, tapi disebabkan cerita pada kali ini ada beberapa. Jadi aku rasa, tajuk yang paling sesuai ialah "Pasemborrr". Semua ada.....tokua (tauhu) ada, cucoq ada, togeyy ada, timun ada, sengkuang ada...kuah taroh ataih..Pergh...memang kelas kalau pekena dengan chendoyy...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, September 27, 2014
Isnin, September 22, 2014
Anak-anak
Semalam hari Ahad, aku cuti. Bangun awal seperti biasa. Anak-anak masih berdengkur. Hasrat nak keluar ke pasar awal terpaksa aku batalkan kerana hujan turun dengan lebat. Duduk melangut diserambi rumah sambil menyaksikan titisan-titisan hujan yang sesekali merembis masuk kedalam rumah apabila sliding door kaca, aku buka luas. Membancuh secawan kopi, aku kembali ke serambi. Melangut lagi sambil berfikir apa aktiviti aku bersama anak-anak pada hari ini. Hujan mula reda. Perlahan-lahan aku menuju ke motor untuk ke pasar. Ikan bawal sekilo RM14 di luar pasar manakala disebelah dalam pasar dijual RM17! Aku beli yang diluar...Ayam RM8 sekilo. Aku beli 2 ekor...dah RM37! Terus tersedak....sayur jangan ceritalah harganya. Barangan kering yang lain tak kurang hebatnya. Perlahan aku jalan menuju ke kedai kopi. Sambil meneguk teh tarik kepala otak aku laju membuat kiraan. Itu sahaja dah RM100 aku habis pagi ni. Apakah akan terjadi 10 tahun dari sekarang? Apa pulak yang akan berlaku pada waktu anak-anak aku nanti? Aku buntu!
Balik ke rumah, semuanya dah bangun. Aku letakkan barang-barang yang aku beli didapur. Pagi ni aku merancang nak bawa anak-anak breakfast di Taman Muhibah. Katanya meriah. Ada yang bagitahu bahawa makanan disitu juga sedap. Abang juga bersemangat untuk turut serta dengan adik-adiknya. Cepat anak-anak bersiap, mungkin kerana lapar. Kami terus menuju ke destinasi. Mencari parkir rupanya merupakan masalah yang paling besar dipagi minggu. Lepas dapat parkir satu lagi cabaran tiba. Nak cari meja pulak. Terpaksalah kami berdiri disebelah meja pakcik yang tengah membayar harga makan dan minum. Pakcik jeling aku, aku senyum.....dia terus bangun dan kami terus duduk. Banyak van bergerak menjual makanan sampai aku pun tak tahu mana nak pilih. Sewaktu makan, kelihatan ramai kanak-kanak yang berpakaian hitam seragam Silat Fatani sedang melakukan latihan disebelah meja kami. Pemandangan yang menarik sewaktu bersarapan. Habis diet aku terbarai pagi ni. Anak-anak senyum puas...
Aktiviti seterusnya cuma melepek kat depan tv. Marina terus keluar berjumpa dengan kawan-kawan yang kalau tak salah aku berjumlah 8 orang kesemuanya. Bersedia dengan swimming suit masing-masing sambil menolak basikal. Marina berlari keluar diikuti kawan-kawan yang lain. Basikal dilempar diatas rumput dan kesemuanya terjun ke dalam pool. Mengekek-ngekek gelak ketawa. Macam-macam fesyen ada. Ada terjun tiruk, ada terjun pusing-pusing, ada kepala dulu, ada kaki dulu dan ada juga yang punggung dulu! Ketawa aku sorang-sorang. Pool tak lah jauh. Cuma 5 meter dari balcony aku. Jadi kalau aku ngopi, masih boleh melihat Marina di pool. Dulu masa Azumi dan Yuya berumur sekitar Marina, mereka juga begitu. Dari tak tahu berenang sampailah pandai berenang hanya dengan belajar terjun dan berenang "free style" setiap hari. Gaya renangan mereka kini juga sangat "smooth". Tak ada kocakan air yang besar. Aku rasa kalau hantar ke Pusat Renang Bukit Jalil, anytime boleh masuk mana-mana team. Ada aku cadangkan dulu tetapi mereka kurang berminat.
Hari ni pulak aku mengambil cuti gantian. Kesempatan ini aku gunakan untuk menghantar Marina ke sekolah. Semalam aku menghantar abang-abang balik ke asrama. Marina jadi bosan. Tak ada orang yang nak bertengkar dengan dia katanya! Dalam hati aku ketawa walaupun muka aku nampak serious. Balik dari gym pagi tadi aku berhenti di gerai tepi jalan berhampiran simpang ke Taman Dagang untuk membeli sesikat pisang. Marina suka makan pisang dan setiap kali aku lalu disimpang tersebut setiap kali itulah aku bernekad nak berhenti dan beli pisang untuk Marina. Sampai kesudah aku tak beli. Tapi hari ni aku bawak balik pisang untuk Marina. Selain tu aku belikan jugak danish dari Tous Les Jours. Croissant kosong yang Marina mintak belum siap sewaktu aku sampai awal pagi tadi. Aku belikan sekeping besar croissant untuk aku dan itulah yang akan menjadi santapan malam aku nanti.
Cuaca nampak elok. Marina tak tahu yang aku memang berniat nak menjemput dia dari sekolah nanti pukul 6.30 petang. Aku pasti yang dia akan tersenyum bila nampak aku bertenggek diatas motor buruk aku ni dengan helmet extra didalam bakul motor. Lepas tu aku nak bawak dia pergi beli "slurpee" di 7-11 sebab semalam dia kata dah lama tak makan......kesian anak perempuan aku sorang nih! Baca petikan di bawah ni.......

My Promise To My Children!
For as long as I live,
I will be your parent first,
And your friend second,
I will stalk you, flip out on you,
Lecture you, drive you insane,
Be your worst nightmare
and hunt you down like a bloodhound when I have to,
because I love you!
When you understand that,
I will know you have become a responsible adult.
You will never find anyone else in your life
who loves, prays, cares and worries about you more than I do.
If you don't mutter under your breath, "I hate you" at least once in your life,
I'm not doing my job properly
(unknown quotes)
Isnin, September 15, 2014
Kawan sedunia!
Aku bernasib baik sebab mungkin dari kecik hidup aku berpindah randah membuatkan aku mempunyai ramai kawan bukan sahaja didalam bahkan diluar negara jugak. Bersekolah rendah di Penang, Melaka dan Kedah menemukan aku dengan pelbagai jenis manusia pelbagai bangsa dan pelbagai ragam! Aku masih berhubung dengan mereka sehingga kini. Samada aku mencari kawan-kawan ataupun kawan-kawan mencari aku!
Penang.
Kawan baik aku namanya Anuar Rawi. Kini di Petronas KLCC kalau tak pindah tempat lain. Dengan AR ni lah aku dok bermain kejar-kejar, kayuh basikal, perang-perang, main hujan, panjat bukit botak, kutip duit raya, main bunga api dan macam-macam lagi...AR baik sebab dia selalu ajak aku ke rumah dia. Hahahahaha.....kakak-kakak dia pon comeyy...hahahahahaha...duduk selang 2 rumah dari rumah aku sebelum dia berpindah ke Sungai Petani. Aku hilang kawan....
Melaka
Azli Omar ni memang fower. Budak Telok Mas. Pandai sungguh dia belajar dan aku seringkali kalah dengan dia didalam peperiksaan. Melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja dan kini menjadi doktor. Kami didalam satu kelas di Sekolah Banda Hilir. Pergi ke pusat tuition yang sama. Mendapat keputusan 5A juga sama sewaktu darjah 5 tahun 79 dulu. Baik sungguh budak ni....
Kedah
Munir ni aku kenal dari tahun 1980 sebab dia baik dan anak ustad. Best friend ni sampai ke la ni kami masih berhubung lagi. Kini menetap di Kulim dan jika beliau datang ke KL, kami akan berjumpa di kawasan sekitar Pandan. Rambut lebih putih dari aku dan kurang hemsem dari aku....dulu masa sekolah, marrka cukup minat kat dia...jadi selalunya kalau dia tak "ngam" dia akan rekomen kat aku....hampeh punya kawan!
Bila masuk sekolah menengah, aku merayap lagi. 5 tahun di Negeri Sembilan dan 2 tahun di Pulau Pinang.
Negeri Sembilan
Oleh kerana aku disini selama 5 tahun, makanya kami semua menjadi best friends forever. Sampai ke la ni kami masih berhubung dan almost setiap hari kami berkomunikasi. Ini lah kawan-kawan yang sentiasa ada disisi disaat susah dan senang. Bukan mudah nak dapat kawan-kawan lagu ni. In fact bersama senior dan junior juga kami bergabung. Seakan-akan sebuah keluarga besar! Nak cabut gigi ada doktor, nak naik kapalterbang ada pilot, nak beli rumah ada lawyer, nak cuci darah ada lagi kawan, nak pergi bank lagilah ramai! Hahahahaha....perjumpaan demi perjumpaan kami adakan hampir saban bulan! In fact semalam aku sempat bertemu rakan aku yang aku kenali sejak dari tahun 1981. Orang Gomeh, Negeri Sembilan. Menetap di Dengkil kini dan mempunyai 3 orang anak. Sempat kami keluar makan bersama semalam. Terimakasih POP kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu. InsyAllah lusa pula aku akan bertemu dengan rakan aku sorang lagi yang berasal dari Johor. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi kepada aku untuk mempunyai kawan-kawan yang ramai!
Penang
Aku kembali ke Penang untuk belajar di Tingkatan 6. Oleh kerana aku bersekolah di sekolah cina, maka diwaktu itu ramai kawan-kawan aku berbangsa cina. Seronok berkawan dengan mereka sebab budaya mereka sedikit berbeza. Walaupun kami berlainan bangsa, tetapi aku masih dianggap sebahagian dari mereka. Sering datang ke rumah aku makan laksa yang arwah mama buat dan aku juga sering dibawa mereka ke apa juga majlis yang diadakan termasuklah "hungry ghost!".
Trengganu
Aku masuk ITM disini dan banyak bermain rugby untuk pasukan ITM Vulture. Bertambah ramai kawan aku bila masuk sini. Tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Seronok di Dungun sebab persekitarannya yang masih ke desaan. Makanannya juga menarik perhatian aku terutamanya nasi dagang yang dijual dimerata-rata tempat!
Apabila sudah bekerja aku kembali mengatur tapak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Menimba pengalaman selain mencari rezeki yang halal.
Jepun
Aku dihantar untuk bekerja. Masa banyak dihabiskan untuk bekerja tetapi waktu santai, aku pergunakan dengan sebaik mungkin. Bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain membuatkan hari cuti aku begitu padat. Pengangkutan awam yang sangat reliable menyenangkan aku ke mana-mana. Cuaca dan makanan juga menarik minat aku untuk tinggal lebih lama disini. Cuba menguasai bahasa dengan secepat mungkin supaya aku tak ketinggalan. InsyAllah dalam waktu terdekat aku akan kesana untuk bertemu rakan-rakan. Sedang mencari masa dan cuaca yang sesuai untuk aku berada disana selama beberapa hari. Minggu lepas aku dihubungi oleh seseorang yang menyatakan bahawa beliau sedang menunggu aku disana....yes brada...will let you know on the latest development!
Switzerland
Disini merupakan tempat yang menemukan aku dengan ramai kawan dari seluruh dunia. Campak lah dimana-mana pun, insyAllah akan ada yang datang dari sekolah yang sama. Finland ada, Tunisia ada, South Africa ada malah dari Maldive pun ada! Baru sebentar tadi aku mendapat message dari rakan aku di Bali mengatakan bahawa "Ice" baru saja berpindah dan kini bertugas di Grand Hyatt Nusa Dua di Bali....horr liaoo...aku ada reason nak kesana lagi!
Mekah
Sewaktu aku bertugas disini, tak ramai rakan aku dari bangsa Arab. Bukannya apa, aku rasa macam "tak ngam" berkawan dengan depa. Apabila lama duduk dan bersembang dengan depa, timbul satu perasaan lain macam...perasaan yang tak dapat aku nak huraikan apa dan kenapa. Kebanyakkan yang aku kenal samada penipu ataupun nak mencari kesempatan. Tapi ada sorang budak arab yang aku agak rapat. Budak ni sebenarnya budak "badwi". Kecil saja orangnya. Sangat menghormati orang lain, berfikiran dewasa dan sangat lurus serta baik. Jokes selamba beliau amat mencuit hati aku. Maaf aku terlupa namanya. Beliau bertugas sebagai cashier. Ini lah sorang-sorangnya yang aku boleh percaya dari segi disiplin dan ketepatan waktu. Sangat mengambil berat perihal rakan-rakan yang lain. Pernah beberapa kali beliau mengajak aku ke rumahnya. Masyallah...sangat besar hati dengan tetamu yang hadir. Benar-benar terasa "hospitalitynya". Apabila keadaan menjadi sibuk, beliau bersama-sama akan mengembeling tenaga. Bukan seorang yang sentiasa hilang seperti rakan-rakan arab yang lain.
Ini budak "badu" yang akan ceritakan!
Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur kerana kemana saja aku pergi, aku sentiasa dilayan dengan baik. Aku selalu berpesan kepada anak-anak aku, berkawanlah dengan baik. Mereka kini diasrama dan kehidupan diasrama merupakan sebuah kehidupan yang sangat menarik. Banyak yang boleh dipelajari apabila menginap diasrama. Pelbagai ragam yang akan kita temui. Yang baik dijadikan panduan manakala yang tidak baik pula dijadikan tauladan agar perkara tidak baik itu tidak berulang. Disiplin harus dijaga. Apabila disiplin serta ketetapan waktu terbela, perlahan-lahanlah racuni fikiran rakan-rakan agar mereka juga mendapat hikmah daripadanya. Aku juga selalu berpesan kepada anak-anak agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Tidak ada apa yang dapat aku berikan kepada mereka kecuali pelajaran. Jika kita mempunyai kelebihan didalam apa-apa juga pelajaran, janganlah bersikap sombong atau lokek dengan ilmu pengetahuan...ajarlah rakan-rakan dan berkongsi dengan mereka agar mereka juga beroleh kejayaan. Jangan irihati...jangan sombong dan jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Selalulah bersyukur....insyAllah kemana saja kita pergi, kita akan sentiasa dilindungiNya dan insyAllah akan mendapat rakan-rakan yang sentiasa akan menceriakan kita dan membantu sewaktu kesusahan!
Ok people, have a nice day and "Selamat Hari Malaysia!"
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...