Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Julai 31, 2014
Ahad, Julai 27, 2014
Karin Schmidt
Karin dan aku.
Dalam entry yang lepas aku ada bercerita mengenai kawan lama aku sorang ni yang bernama Karin Schmidt yang berasal dari Munich, belajar sama aku di Cesar Ritz dan kini menetap di Florida! Karin seorang wanita yang sangat baik bagi aku. Sangat mengambil berat tentang rakan dan sentiasa susah hati jika aku tak berapa faham pelajaran yang diajarkan. Karin juga selalu bertanya kepada aku perihal subject-subject yang lain berkenaan dengan bidang perhotelan yang kami sama-sama pelajari. Didalam kelas, kami duduk bersebelahan. Karin datang dari golongan berada. Memandu bmw disekolah bagi aku sudah cukup mewah berbanding dengan aku yang terpaksa kemana sahaja dengan menaiki bas ataupun keretapi dan selalu juga bekerja di beberapa hotel di Montreaux pada hujung minggu hanya untuk menampung keperluan perbelanjaan bulanan aku. Bantuan setiap bulan yang aku terima hanyalah SFR200 yang sah-sah tidak mencukupi untuk aku survive walaupun hanya untuk 10 hari!
Sewaktu aku bertugas di Geneva, Karin akan selalu menalipon bertanya khabar. Kadang-kadang bersama teman lelakinya Florian akan mengunjungi aku di tempat kerja. Karin bertugas di Gstaad yang merupakan kawasan elit di Switzerland dan juga merupakan tempat berlangsungnya Swiss Open Tennis dan menjadi tempat tinggal bagi Diana Ross pada waktu itu. Gstaad sangat terkenal diseluruh dunia sebagai tempat percutian hebat dunia. Aku tak tahan sejuk kalau ke sana. Salji akan memenuhi segenap pelosok dan cerok yang ada di Gstaad. Spring dan Autumn sudah mencapai suhu 10-12C. Itu belum musim sejuk lagi. Jadi bayangkan saja betapa sejuknya kalau aku tinggal disana. Mungkin aku akan bawa "portable heater' kemana-mana saja aku berjalan!
Isnin, Julai 21, 2014
Untitled
Rabu, Julai 16, 2014
Noor Azam Ali
Ini abang aku. Aku panggil beliau dengan nama Wan. Dari mana nama Wan tu datang, jangan tanya sebab aku tak tahu! Penat aku mencari, tetap tak pernah berjumpa. Merupakan anak ke-4 daripada kesemua 7 orang adik-beradik. Aku anak ke 7. Namun abang diatas aku sorang yang bernama Anuar telah meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Jadi total kami adik-beradik ialah 6 orang!
Jarak umur kami agak jauh. Wan kini berumur 53 tahun manakala aku baru berumur 46. Ligat bermain bolasepak dan memasuki apa juga bidang sukan disekolah dulu. Sangat terkenal disekolahnya sebagai seorang athlete serba boleh dan juga pengawas yang sangat berdisiplin. Seringkali aku mengikuti Wan menjalani latihan bolasepak dan juga olahraga. Sebagai atlet olahraga, Wan sangat hebat didalam acara pecut. Itu aku memang tak dapat nafikan. Disebabkan kami tinggal di Henry Gurney Telok Mas waktu itu dan Sekolah Henry Gurney merupakan satu-satunya sekolah di Malaysia yang sudah mempunyai track bitumen, maka kesempatan itu dipergunakan oleh Wan untuk betul-betul berlatih acara balapan. Wan diberikan seorang personal coach untuk mengawasi cara larian, memberikan nasihat mengenai nutrisi dan membuat jadual latihan padat untuk beliau. Ini sangat hebat bagi aku kerana Wan waktu itu tidak dikenali dan berusia hanya didalam lingkungan 17 tahun. Walaubagaimanapun, bagi pelari-pelari pecut di Melaka di tahun 77-79 waktu itu, nama Noor Azam Ali dari SFI telahpun bermain dibibir mereka.
Wan hampir-hampir ke peringkat kebangsaan tetapi pada masa yang sama telah dipanggil oleh PULAPOL untuk menjalani latihan kepolisian di Kedah. Ini juga merupakan salah satu minat Wan yang aku tahu. Apabila Wan berada di Kedah menjalani latihan, ada satu insiden yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Setiap kali seorang pegawai atasan berbangsa cina ini lalu, setiap orang akan bangun, menghentak kaki, melentikkan badan, memberi tabik hormat sambil menjerit, "Selamat pagi Tuanku!". Aku kebingungan kerana mana mungkin seorang berbangsa cina dipanggil Tuanku? Selang tak berapa lama, aku tersedar 'nametag' beliau tertulis KHOO dan Tuan pula adalah panggilan kesemua prebet kepada pegawai atasan mereka. Jadi sepatutnya didalam penulisan, ia harus ditulis sebagai "Tuan Khoo" dan bukannya "Tuanku" seperti yang aku dengar dan sangka!
Bertahun Wan bertugas di Sarawak dan akhirnya mendapat posting untuk kembali ke Semenanjung. Beroperasi dari Shah Alam, Wan dan isteri sentiasa sibuk membesarkan anak-anak. Alhamdulillah, seorang demi seorang kini sedang menempa kejayaan dibidang masing-masing. Yang sulung telahpun bergelar doktor. Yang kedua bakal bergelar peguam. Yang ketiga bakal menjadi chef manakala yang terakhir pula begitu fasih berbahasa Mandarin! Wan mempunyai misi dan visi yang sangat hebat. Pendekatan yang diambil Wan didalam membentuk akhlak anak-anak, mendisiplinkan mereka, menanamkan sikap rajin belajar, membuatkan aku kagum. Tak terfikir dan tak mampu nak aku laksanakan apa yang Wan telah lakukan. Aku tumpang bangga. Kepayahan Wan aku rasai. Kesusahan Wan juga aku rasai. Hebat....itulah satu-satu perkataan yang mampu aku nyatakan. Wan dan Kak Sutinah telah bersengkang mata membesarkan anak-anak. Bukan senang..
Diawal bulan Ramadhan tempohari, Wan dikehendaki masuk ke IJN kerana degupan jantungnya tidak stabil. Oleh kerana IJN berada diantara jalan aku untuk pulang ke rumah maka kesempatan itu aku ambil untuk melawat Wan sebelum pulang berbuka puasa. Banyak kami bersembang. Darihal keluarga sehinggalah kepada penjagaan dan pembelajaran anak-anak. Banyak yang Wan ceritakan kepada aku. Satu persatu nasihat Wan cuba aku ingati.
Pagi tadi aku mendapat pesanan ringkas daripada Wan yang mengatakan bahawa esok beliau akan menjalani pembedahan. Aku rasa itu merupakan jalan yang terbaik untuk Wan. Aku pasti anak-anak dan isteri Wan juga berfikiran begitu. Maka dengan itu, di bulan yang mulia, bulan Ramadhan, aku ingin mengucapkan "selamat menjalani pembedahan" esok dan insyAllah aku akan singgah sebelum pulang kerumah untuk bebuka puasa. You take care, be strong and I love you!
Selasa, Julai 08, 2014
Piala Dunia
Bolasepak Piala Dunia telahpun hampir sampai ke penghujungnya. Cuma tinggal 2 perlawanan separuh akhir dan satu perlawanan akhir sahaja lagi. Selesailah penantian selama 4 tahun. Seterusnya, semua negara gabungan FIFA akan kembali sibuk dengan pertandingan ini sekali lagi 4 tahun akan datang! Aku tidak menyokong mana-mana pasukan. Asalkan pasukan itu mempunyai corak permainan yang baik, aku akan sokong. Pada tahun 1970-an dulu aku suka membaca mengenai pasukan Belanda. Mereka mempunyai ramai pemain berbakat dan antara yang aku masih ingat ialah Johan Nieskens dan Johan Cruyff. Cara permainan mereka sangat hebat dan aku pernah berangan-angan untuk menjadi seperti mereka!
Rabu, Julai 02, 2014
Buka puasa di Cheras
Semalam bertempat di salah sebuah hotel di Cheras, aku berjaya mengumpulkan beberapa orang rakan 'sekawah' aku sejak tahun 1981 untuk sama-sama berbuka puasa dan merangka beberapa projek untuk tahun baru nanti. Tak lah ramai memandangkan semuanya sibuk berbuka dengan keluarga. Tapi 8 orang termasuk aku sudah memadai untuk merencanakan projek-projek lain dihujung tahun dan juga tahun depan. Sungguh payah nak mengumpulkan rakan-rakan walaupun hanya 8 orang memandangkan jawatan dan tugas yang mereka sandang. Ada yang dah membayar tetapi disaat akhir tidak dapat pula menghadirkan diri. Namun semua itu tidak menjadi masalah kepada 8 orang "teruna" yang dah lama tak bertemu. Paling awal sampai ialah Kudo. Sewaktu Kudo menalipon, aku masih diatas moto. Terpaksa berhenti ditepi jalan untuk menjawab kerana aku risau kalau-kalau itu adalah panggilan penting. Aku jawab yang aku berada diatas moto.
dari kiri: kudo, aku, POP, demang, payau, buji dan chelayer. Tak kelihatan, iq.
Hujan sangat lebat. Aku terpaksa berhenti diatas MRR2 hanya untuk memakai baju hujan. Mulanya fikir, aku mahu lajak terus ke hotel tetapi memandangkan cuaca yang sangat tidak menentu, aku terpaksa balik ke rumah dulu untuk bertukar pakaian! Basah lencun aku dibuatnya. Hujan tak juga reda. Apabila dah agak kurang, aku bergegas menunggang moto ke hotel di Cheras. Kudo dah sedia menunggu. Begitu juga POP. Lepas setengah jam, sorang demi sorang mula sampai. Yang paling aku tak jangka ialah PAYAU sebab daripada mula lagi tak pernahnya beliau mengirimkan sms atau apa-apa saja indication yang beliau akan ikut serta tapi tiba-tiba saja ada!
Pilihan makanan agak menarik jika nak dibandingkan dengan diskaun yang kami bayar. Makanan kampung biasalah, penuh kaunter buffet. di buffet ke dua pula diletakkan salad beserta beberapa jenis air termasuk air tebu. Action stall pulak ada satay dan lamb station, pasta station, soup station dan lain-lain lagi. Aku seperti kebiasaan apabila makan buffet, nasi tak akan aku jamah. Kalau nak makan nasi dan rendang, baik aku balik rumah! Makanya aku dok ronda-ronda kat pasta station. Ngap satu spaghetti carbonara. Ronda kat noodle station, ngap satu mee rebus. Ronda-ronda kat meat station, ngap aku rembat lamb dan satay. Lepas makan aku tersadai. Seluar rasa ketat. Baju rasa sendat. Semuanya berlaku secara tiba-tiba...hahahahahahaha.....
Perbualan rakan-rakan nasi sekawah banyak berkisar kepada projek dihujung tahun nanti dan juga projek besar tahun depan apabila kami berusia 47 tahun. Diwaktu itu genaplah 30 tahun kami meninggalkan bangku persekolahan menengah. Walaupun umur sudah menghampiri setengah abad, apabila bertemu, kami kembali menjadi 17 tahun seperti tahun 1985. Cerita berkisar dengan bagaimana kami meniru didalam peperiksaan add maths (yang tu aku) dan bagaimana Payau meniru sewaktu peperiksaan English dan lulus lebih baik daripada orang yang ditirunya! Kami ketawa berdekah-dekah. Bukan calang-calang orang yang hadir semalam. Demang baru saja mendapat anugerah cemerlang daripada Perdana Menteri beberapa hari lalu manakala Payau pula merupakan kepala HR disalah sebuah syarikat besar antarabangsa.
IQ pula orang kuat di Sime Darby dan sampai paling lewat malam tadi. Kesian kat dia kerana katanya payah nak cari hotel. Orang dah buka puasa baru lah dia sampai. Tapi nasib baik dia sampai.....bila IQ dan Payau (dua-dua kelantan) ada, lagilah kecoh jadinya....IQ aku selalu jumpa. Tapi yang lainnya masyAllah punyalah payah. Terutama sekali POP. Rasa aku dah hampir 30 tahun keluar sekolah, ini baru merupakan kali ke 2 aku jumpa POP. POP ni terlepas ke US lepas sekolah dan lepas dia menghabiskan A Level kalau tak salah aku. Sama lah si Demang dan Payau. Buji dan Chelayer juga bekas graduan universiti besar di Malaysia dan terserlah dengan syarikat dan jawatan yang mereka sandang sekarang. Kudo di negara kangaroo manakala IQ di NZ. Negara yang aku teringin sangat nak pergi. Kalau dapat tengok pasukan all blacks berlatih rugby pon jadi lah...tempat lain aku tak payah pergi!
Aku ada bercerita semalam yang aku ada bagitahu staf-staf aku di Mekah dulu yakni kalau di Malaysia, buka puasa ada kugiran....siap ada penyanyi pompuan lagi....Semua staf aku kata, "MasyAllah....haraaammmmm....haraammmmmm". Semuanya terkejut! Hahahahahahaha....Tapi itulah kita.....apa saja yang tak boleh, itulah yang menyeronokkan! Selamat berpuasa people!
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...