Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Oktober 27, 2017
Khamis, Oktober 26, 2017
Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 7
Alhamdulillah saya
selamat sampai di Vientienne kini. Selepas naik keretapi malam tadi,
saya terus terlelap. Apabila saya terjaga, jam dah pun menunjukkan pukul
11.30 malam waktu Malaysia yg juga bersamaan 12.30 malam waktu Thai.
Saya terlelap dengan nyenyak. Deep sleep kata orang kampung saya.
Thanaleng to Vientiane |
Tepat jam 7 pagi saya sampai di Nongkhai. Nongkhai ialah sebuah pekan
kecil bersempadan dengan Lao. Saya lantas membeli tiket berharga Baht50
dan mula beratur utk melepasi immigresen
Thai. Seterusnya saya kembali menaiki keretapi utk menyeberangi sungai
Mekong untuk masuk ke Lao. Tatkala saya menyeberangi sungai Mekong, saya
mengambil gambar dan mengirimkan pesanan nakal kepada cikgu Sabarudin
Ahmad yg selalu menyebat tangan dan ponggong saya dengan pembaris
lagendanya yg tebal pada tahun 1982-1983 dulu.......hahaha...berikut
ialah message nakal saya kepada cikgu SA..
[10/4, 07:50] mohd shahrir ali: assalamualaikum cikgu.....ni sungai mekong!
[10/4, 07:51] mohd shahrir ali: dulu geografi ada cikgu ajar....umur nak masuk 50 baru saya sampai....hahaha....errr, cikgu dah sampai?💨💨
[10/4, 08:36] Cikgu Sabarudin: Untungla kau uncle...den dah pencen lon dapek lae nengok...
[10/4, 07:51] mohd shahrir ali: dulu geografi ada cikgu ajar....umur nak masuk 50 baru saya sampai....hahaha....errr, cikgu dah sampai?💨💨
[10/4, 08:36] Cikgu Sabarudin: Untungla kau uncle...den dah pencen lon dapek lae nengok...
Begitulah akrabnya kami kini. Dulu? Hahahaha....walaubagaimanapun saya
dah peluk dan cium tangan cikgu SA sambil memohon maaf dan alhamdulillah
sambil menggosok kepala saya mcm kepala kucing, beliau memaafkan saya.
Saya doakan cikgu SA diberikan kesihatan yg baik....
Breakfast with HE Mr Ambassador |
Keretapi
berhenti di Thanaleng Station dan sekali lagi saya beratur utk dicop
paspot saya masuk ke Lao. Prosesnya tak lama. Dalam pada itu ada seorang
makcik tua yg saya bantu sewaktu turun dari keretapi bertanyakan
sesuatu kpd saya didalam bahasa Perancis. Beliau terkejut kerana saya
menjawab didalam bahasa Perancis!
I'm safe! |
Saya mengambil van menuju ke
Vientienne utk bertemu rakan satu nasi kawah batch saya di Seremban
dulu. Beliau kini bertugas sebagai Duta Besar Malaysia di Lao. Kami
berjabat tangan dan berpelukan sebelum saya disajikan kopi oleh pegawai
wanita kedutaan. Waahhh saya terasa besar....kawan saya HE Mr
Ambassador.....haha....hidung saya kembang tatkala menandatangi buku
rasmi kedutaan....haha! Kami lantas keluar utk bersarapan sebentar.
Breakfast dgn Duta tau.....kalau cikgu Sabarudin atau cikgu Azizi Sihab baca, mereka pasti turut berbangga! Seriously!
Apa aktiviti saya disini? Nanti saya ceritakan. Meanwhile saya nak rest dulu......
Depan bilik saya di kediaman Duta Besar |
#unclefrommas
Isnin, Oktober 23, 2017
Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6
(cerita ini diambil dari fb saya, trip 30/9-7/10)
Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa datang menjenguk saya di Pop Art Hostel. In fact lepas saya check in, saya mandi dan terlelap sekejap. Oh, lupa nak bagitahu yg tangga nak ke bilik saya sangatlah curam. Sama curam macam tangga rumah mak mertua saya di tokyo! Bila naik, saya kena pegang anak tangga atas dan bila turun, saya kena baca doa banyak-banyak!
"O" datang sekitar pukul 4 petang. Kami
berpeluk sakan dilobi dan keluar mencari kedai kopi berdekatan.
Bercerita mengenai kisah kami sewaktu bergelar pelajar, pulang kenegara
masing-masing, cerita mengenai karier, cerita mengenai keluarga dan
anak-anak yg sedang membesar dan banyak lagi....banyak persamaan
rupanya.."O" lah yg sering masak dan menjamu saya dihujung minggu dan
"O" jugalah yg sering menjemput saya di malam minggu sewaktu kami di
Geneva dulu. Jasa baik beliau takkan saya lupa hingga bila-bila. Saya
sempat berbual dengan isterinya yg juga saya kenali melalui talipon.
Kami berjanji akan bertemu lagi samada di Bangkok ataupun di KL.
Sewaktu check out pada pukul 6 petang dan menunggu hujan reda, saya
sempat berbual dengan seorang lagi backpacker dari Germany yg sudah 15
bulan mengembara. Kami bercerita mengenai kesedapan makanan Thai yg
sudah sememangnya authentic dan tak sama dengan dinegara kami. Saya
gelihati bila "O" kata dinegaranya tak pernah wujud nasi goreng Pattaya!
Hahahaha....mungkin sama dengan sirap bandung atau mee jawa yg tak
pernah wujud di tempat asal masing-masing! Saya dan "O" berjalan
pantas ke stesyen Hualamphong. Kami makan malam dulu sebelum "O"
menyuruh saya menghabiskan makanan dengan cepat kerana terdengar
announcement memanggil penumpang yg nak ke Nongkhai segera ke platfom 3. Kami sempat bergambar sekali lagi. "O" berjalan bersama saya ke
gerabak no 2. Sekali lagi kami berpeluk sakan dan berjanji akan bertemu
di masa akan datang.....
Buat kesekian kalinya saya merasa
nikmat dunia yg Allah kurniakan kepada saya terlalu hebat. Nilai
persahabatan yg utuh ini harus saya pelihara. Saya amat bersyukur kerana
dikelilingi oleh rakan-rakan sebegini....
Nice Thai chic curry |
Apakah destinasi saya
esok selepas Nongkhai dan dimanakah saya akan menginap, biarlah saya
rahsiakan dulu.....apakah saya akan menginap di hostel seperti Pop Art
lagi? Siapakah yg akan saya bertemu esok? Silalah tunggu cerita
sambungan saya. Yg penting anda doakanlah agar kesihatan saya terus
baik....
Keretapi dahpun bergerak meninggalkan Stesyen
Hualamphong. Esok 6.45 pagi saya akan sampai di tebing sungai Mekong.
Saya pernah belajar tentang sungai ini dari cikgu Sabarudin Ahmad. Cikgu
Sabarudin selalu sebat saya dengan pembaris tebalnya.....esok bila
nampak sungai tu, saya nak ambil gambar dan hantar kepada
beliau....hahahaha......Good night!
"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas
Khamis, Oktober 19, 2017
Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5
(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10)
Oh ya...berapakah harga katil disini utk semalaman? Hanya rm19 tanpa sarapan...
Till we meet again....bye for now...
"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas
Alhamdulillah saya
selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusnya mencari kopi
yg ke dua utk hari ini. Berehat sebentar di luar stesyen dan seterusnya
meneruskan perjalanan utk mencari hostel yg saya tempah yakni Pop Art
Hostel yg kedudukannya hanya 400 meter dari stesyen keretapi. Agak sukar
mencari kerana ada terlalu banyak lorong tikus dan saya tersalah masuk
kerumah orang tempatan! Fun hah?
Pop Art Hostel |
Sewaktu berehat sambil minum kopi
cicah croissant, saya membuat beberapa panggilan utk menetapkan waktu
dan tarikh mesyuarat pada minggu depan dengan counterpart dari Bangkok.
Selesai.
Sesampainya saya
di hostel saya harus menunggu selama 30 minit sebelum dibenarkan masuk
ke bilik dormitori. Bersama saya ialah pasangan pengembara dari UK yg
dah setahun berkelana di Australia. Kami berbual sebentar dan ternyata
pasangan muda ini suka mengembara spt saya. Haha....
Hualamphong Station |
Hujan turun
dengan lebatnya diluar. Selepas ini saya nak mandi dan kemudiannya
berehat sehingga jam 6 petang sebelum bergerak semula ke stesyen pada
pukul 6.30 petang nanti. Saya harap tak hujan!
Perjalanan masih jauh.. |
Oh ya...berapakah harga katil disini utk semalaman? Hanya rm19 tanpa sarapan...
Till we meet again....bye for now...
"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas
Selasa, Oktober 17, 2017
Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 4
(cerita ini diambil dari FB posting saya minggu lalu)
Pada saat saya sedang menulis/menaip ini, saya berada didalam 'sleeper
train', katil bawah kelas 2 yg bertolak dari stesyen Hatyai tepat pada
pukul 6.45pm. Kini telah hampir 30 minit keretapi ini berlepas dan saya
terasa seperti diawangan. Terbuai-buai kekiri dan kanan.
Pagi
tadi saya memohon kepada pihak hotel utk check out sedikit lewat dari
waktu kebiasaannya yakni pukul 2 petang. Tunggu di lobi hotel, kepala
otak saya ligat berfikir apa yg harus saya buat bagi menunggu keretapi
yg dijadualkan berlepas pada pukul 6.45pm. Saya menyandang beg di bahu
dan kembali melangkah ke kedai Sulaiman untuk makan tengahari. Dua hari
saya disitu utk minum, tidak kelihatan seorang pun yg mengunjungi kedai
makan tersebut. Saya hairan..apabila berada disituasi sebegini, anda
janganlah pergi bertanya kepada "tokmoh". Jawapan yg bakal anda terima
ialah, 'terkena buatan orang' ataupun 'ada orang dengki'. Berdasarkan
kepada jawapan clichè yg sering kita dengar, saya memberanikan diri utk
memesan makan. Saya pesan ayam masak merah, nasi putih dan juga bistik
(bistik? beef steak?) manakala minuman yg saya pesan ialah kopi ais. Oh,
lupa nak bagitahu. Kehadiran saya langsung tak disedari walaupun saya
melintas betul-betul disebelah gadis manis pekerja restoran tersebut.
Beliau asyik bermain game di mobilenya....saya mengambil menu sendiri
dan duduk di meja belakang berhampiran cashier...saya memanggil cashier
dan memberitahu yg saya nak makan! To cut the story short, kesemua
makanan yg saya pesan, tak sedap. Entah kenapa kesemua masakannya terasa
tomato based! Terlalu 'kental' dan terasa spt tomato sauce jenama maggi
yg dituang kedalam kuali dan dipanaskan. ...Seperti kebiasaannya,
walaupun tak sedap, saya habiskan juga makanan yg saya pesan kerana
menghormati tukang masaknya yg masak! Kini saya faham kenapa tidak ada
kelibat seorang pun yg makan dan minum di restoran tersebut selama 2
hari saya disitu! Misteri terungkai sudah....
Selesai makan, saya
berjalan longlai menuju ke stesyen keretapi. Cuaca sedikit redup dan
agak dingin. Setahun yg lalu, diwaktu yg hampir sama, saya berjalan
dengan Kamal Ariffin Yuya menyusuri sungai Chao Phraya di Bangkok. Terdetik dibenak saya, cepat masa berlalu....
Sesampainya saya di stesyen, saya terfikir, apa saya nak buat selama 4
jam sebelum keretapi bertolak? Kaki saya melangkah laju menuju ke Hatyai
Train Station Hotel/Hostel. Di resepsi, saya mengambil katil di
dormitory yg berharga baht150 utk 3-4 jam berehat. Depositnya baht300
dan akan dipulangkan semula apabila kita serahkan kunci sewaktu check
out. Ada 4 katil didormitory tersebut. Ada penghawa dingin, tilam keras
(saya selesa), bantal keras, selimut baru dikeluarkan dari plastik
laundry, tuala mandi, sebuku kecil sabun mandi dan sepeket shampoo. Not
bad....saya caskan mobile saya dan terlelap nyenyak.
Jam 5.45pm
saya terbangun dengan sendirinya. Bersiap dan turun ke resepsi utk
mengembalikan kunci dan mengambil wang deposit saya semula. Terasa
sedikit segar. Mungkin pada usia yg muda (muda?) sebegini saya
memerlukan rehat yg cukup ketika berjalan jauh......hmmmmm.....
Usai membeli sebotol besar air mineral saya hampiri pintu masuk stesyen
keretapi Hatyai dan scan beg sandang saya. Capai semula beg sandang,
saya lihat keretapi ke Bangkok telahpun berada dilandasannya. Saya di
koc bernombor 4 dan katil bawah saya bernombor 34. Tiket kelas 2 tempat
tidur katil bawah ini berharga baht945. Obviously katil atas sedikit
murah manakala ruang kepalanya sempit. Pilihan saya tepat. 30 minit
bergerak, barulah pekerjanya menukarkan tempat duduk kami menjadi sebuah
katil utk saya harungi perjalanan selama hampir 16 jam ini...Diberikan
bantal, selimut, disisi saya ada reading light dan socket utk mengecas
peralatan spt telefon bimbit. Sangat convenient. Tempat tidurnya selesa
dan lebih lebar. Personally, saya prefer yg ini dari sleeper train ktm
kita..
Malam ini saya akan cuba dapatkan rehat yg secukupnya
kerana esok, hari saya amat panjang sebelum mengambil connecting train
ke Nongkhai pada jam 8 malam, hari yg sama. Tapi seperti yg saya
beritahu sebelum ini, di Bangkok saya akan bertemu rakan lama saya dan
kemudian saya ada sedikit tugasan rasmi yg perlu diselesaikan sebelum
mencari hostel murah utk saya berehat dan mandi sebelum bersiap utk
perjalanan seterusnya...
Saya suka perjalanan seperti ini. Tidak
ada dateline (tetapi harus selesaikan juga beberapa tugasan penting),
menaiki keretapi seorang diri, bertemu rakan lama, singgah dibeberapa
café dan hostel-hostel kecil yg murah, melihat kehidupan masyarakat
setempat serta mengambil foto. MasyAllah...inilah yg sering saya
nyatakan sebagai nikmat dunia! Good night people dan nantikan sambungan
cerita saya esok yakni selesai pertemuan saya dgn rakan lama
saya....SELAMAT MALAM!
#unclefrommas
Isnin, Oktober 16, 2017
Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3
(semua ini adalah diambil dari entry FB saya)
Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar kecil yg terletak ditepi laut. Lebih 10 tahun yg lalu saya pernah kesana buat pertama kalinya. Yang paling saya ingat disitu ialah rakan satu batch saya di Seremban dulu pernah bertugas disana sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla manakala masakan seafood di Songkhla juga amat terkenal sedapnya!
Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar kecil yg terletak ditepi laut. Lebih 10 tahun yg lalu saya pernah kesana buat pertama kalinya. Yang paling saya ingat disitu ialah rakan satu batch saya di Seremban dulu pernah bertugas disana sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla manakala masakan seafood di Songkhla juga amat terkenal sedapnya!
Saya dan laut bolehlah diibaratkan seperti rakan karib yg sukar
dipisahkan. Saya pernah menetap di tebing laut sewaktu di Telok Mas,
Melaka dulu sekitar tahun 1977. Disanalah saya mengenali Rohimi Che Lah.
Dak Imi tu kurus kering sewaktu kecil.....sekarang kalau jumpa pon tak
banyak bezanya....kami berdua adalah anak-anak warden Penjara Malaysia.
Hahaha...
Tujuan
saya ke Songkhla ialah semata-mata utk mengunjungi beberapa café
menarik yg sering saya baca di web-web para pengembara dan juga listing
di web café terbaik Songkhla. Saya suka melihat kreativiti pemilik café.
Café pertama yg saya singgah ialah "Café der See". Terletak ditepi laut
dan mempunyai pelantar yg bersambung dengan dermaga pelabuhan bot-bot
besar tradisional yg digunakan utk menangkap ikan. Aktiviti nelayan jelas kelihatan.
Cafe de See |
Ternyata menu yg saya pilih disini ialah Padthai sekali
lagi...(hmmm)....ramai pengunjung yg terdiri dari anak-anak muda
tempatan mula memenuhi ruang dalam café ini...jika rating kelazatan
makanan nak diberikan diantara 1-10 (terbaik), saya akan berikan 7!
Rating saya ikhlas. Meenya kenyal. Tastenya 'well balanced'. 3 ekor
udangnya fresh dan tidak hanyir serta serbuk kacang dan taugeh yg saya
gaul memberikan adunan 'crunchiness' di setiap kunyahan saya. Sewaktu
melangkah keluar saya menjenguk sedikit kedalam dapur. Yang mengagumkan
saya ialah petugas didapur saya lihat rata-rata berumur diawal 20-an!
Original Phadthai |
Saya sengaja tidak minum kopi disitu kerana ingin mengunjungi café yg
lain. Kawasan ini telah dijadikan seperti Jonker Street di Melaka dengan
'street art' nya dan banyak café-café kecil yg amat memuaskan hati dan
citarasa saya.
Menyusuri lorong-lorong kecil terasa seperti berada di Florence, Italy sewaktu di pertengahan tahun 90-an sewaktu saya bercuti Easter selama seminggu dulu. Masyarakat di Songkhla amat ramah dan akan berhenti memberitahu saya jika ada sesuatu yg saya tanyakan.
Menyusuri lorong-lorong kecil terasa seperti berada di Florence, Italy sewaktu di pertengahan tahun 90-an sewaktu saya bercuti Easter selama seminggu dulu. Masyarakat di Songkhla amat ramah dan akan berhenti memberitahu saya jika ada sesuatu yg saya tanyakan.
Lyn's Cafe, Songkhla |
Saya singgah disebuah café lagi yg dinamakan "The
Secret Garden". Saya ada membaca tentang café ini dan kek-keknya yg
enak, begitu juga dengan kopinya. Saya memesan double white lattè dan
sepotong kek yg dilacedkan dengan madu yg dibawa khas (dikirim dengan
pos oleh ibu pemilik) dari Poland. Sewaktu menghirup kopi pertama saya,
saya ditemani oleh Kabir. Lelaki Poland yg juga pemilik café berkenaan
sambil bercerita mengenai perjalanan kareernya sebagai pemilik café itu
selama 5-6 tahun kini.. Impressive. Rating saya utk keknya ialah 6
manakala kopinya saya bagi 7!
Setelah
menjelaskan bil, saya kembali mengatur langkah berjalan dilorong-lorong
yg berselirat. Malam dah pun menjelang. Disalah satu lorong dengan
cahaya berbalam, kelihatan seorang remaja sekitar umur 17 tahun sedang
melakarkan hasil kreativitinya di dinding. Sewaktu saya bertanya,
didalam susunan bahasa inggerisnya yg terhad, beliau memberitahu yg
beliau sedang menghabiskan lukisan muralnya. Cantik dan saya kagum.
Abstrak. Saya berikan masa selama 2 tahun lagi, saya pasti Songkhla
bakal menjadi salah sebuah destinasi pelancongan yg terkemuka....jika
anda mencari café seperti saya, disinilah tempatnya!
Inilah
pengembaraan/percutian yang saya impikan. Inilah juga sebabnya saya
singgah disini. Saya bukan nak ke Lee Garden utk shopping barangan yg
boleh saya dapat di Kuala Lumpur. Saya ingin mencari café yg tumbuh
seperti cendawan selepas hujan di sepanjang route perjalanan saya dengan
keretapi.
Sebentar lagi saya akan check out dan menaiki keretapi pukul 6.45pm menuju ke destinasi seterusnya yakni Bangkok....disana saya bakal bertemu dengan seorang Chef asal Thai yg hebat yg suatu waktu sekitar tahun 90an dulu pernah belajar bersama-sama saya di Institut Hotelièr César Ritz, Le Bouveret, Switzerland..beliau jugalah yg sering menyajikan makanan-makanan enak kepada saya tatkala saya rindukan makanan Asia..
Sebentar lagi saya akan check out dan menaiki keretapi pukul 6.45pm menuju ke destinasi seterusnya yakni Bangkok....disana saya bakal bertemu dengan seorang Chef asal Thai yg hebat yg suatu waktu sekitar tahun 90an dulu pernah belajar bersama-sama saya di Institut Hotelièr César Ritz, Le Bouveret, Switzerland..beliau jugalah yg sering menyajikan makanan-makanan enak kepada saya tatkala saya rindukan makanan Asia..
"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas
Khamis, Oktober 12, 2017
Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 2
#(diambil dari coretan saya di fb minggu lalu!)
"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas
Alhamdulillah saya sampai di Padang Besar stesyen tepat pada waktunya.
ETS terlalu sejuk membuatkan saya sering berulang-alik ke tandas.
Kelebihan tandas ETS ialah kerana tandasnya dibuat sekaligus utk oku.
Pintunya besar utk menyorong kerusi roda masuk dan ada besi penghadang
utk mengangkat badan setelah menggunakan tandas.
Stesyen Pdg
Besar tidak ada perubahan ketara. Masih seperti yg lama spt saya lalui
dulu. Oleh kerana kaunter tiketnya dibuka pada pukul 2.30 petang waktu
Thai, saya menghabiskan masa naik ke tingkat atas dan minum. Kelihatan
ramai rakyat Malaysia yang tiba dari Hatyai sedang beratur di kaunter
imigresen. Tepat pukul 2.30 saya melangkah ke kaunter tiket. Utk ke
Hatyai harganya baht70 sahaja. Setelah pembelian, saya pula yg beratur
masuk ke kaunter imigresen Malaysia utk dicop keluar dan seterusnya ke
kaunter imigresen Thai utk dicop masuk sebelum saya melangkah ke
platform dan menaiki keretapi yg hanya ada 2 gerabak.
Keretapi
ini mengembalikan kenangan saya ditahun 80-an dulu. Keretapi lama yg
saya sering naik..saya cuba membandingkan kenangan saya sewaktu menaiki
keretapi di eropah pula sekitar tahun 90an dan disini. Ternyata masih
jauh tetapi setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing yg amat
tersendiri dan unik.
Keretapi bergerak laju dan setelah 35
minit, saya sampai di stesyen Hatyai. Tidaklah terlalu besar. Diluar,
banyak teksi sedang menunggu. Saya tidak bercadang utk menaiki teksi
kerana jarak hotelnya hanyalah 100 meter dari stesyen. Berjalan terus
mengikut panduan yg diberikan senior saya abg Bond, saya melewati
beberapa barisan rumah-rumah kedai lama. Dibawahnya ada deretan
kedai-kedai emas. Ramai makcik-makcik sedang tawar-menawar. Deretan
kedai-kedai emas lama ini sedikit-sebanyak mengingatkan saya dengan
kedai-kedai pajak gadai yg sering saya lewati di pekan Jelutong sewaktu
mengikuti arwah mama utk membeli sayuran dan ikan di pasar Jelutong pada
awal tahun 70-an dulu.
Mendaftar masuk ke hotel Aloha mengambil
sedikit masa kerana nama saya tidak tersenarai walaupun booking telah
saya buat. Lama menunggu akhirnya registration card saya dijumpai tetapi
nama saya ditulis didalam bahasa Thai. Ini membuatkan bunyi dan lenggok
sebutan nama saya menjadi lain. Receptionist memohon maaf lantas
menyuruh bellman membawa saya dengan pantas. Masuk saja ke bilik, hmmm
not bad. A nice comfortable looking queen size bed menunggu saya. Nampak
seperti baru lepas renovasi. Tidak terlalu besar tetapi cukup utk saya
seorang. Almari dipojok, meja kerja yg kecil sesuai utk meletakkan
laptop beserta plug point berhampiran meja tersebut amat sesuai utk
tetamu yang mengembara seperti saya. Tv diletakkan sedikit tinggi dari
aras biasa. Bilik airnya kemas. Ada long bath. Saya berpuas hati.
Saya tidak bercadang mahu kemana. Hanya mahu berehat sahaja dibilik
kali ini sementara menunggu waktu yg sesuai utk keluar makan dikawasan
persekitaran. Membuka laptop dan terus mengupdatekan perkara-perkara
penting sambil sekali-sekala menjeling iklan tv Thailand yg saya rasa
amat menarik.
Pukul 8 saya turun ke lobi dan memesan kenderaan
utk ke restoran Sugar Rock. Jangan tanya saya dimana lokasinya kerana
saya tak tahu..tapi ia hanya mengambil masa selama 15 minit dari hotel
penginapan saya. Tidak ada menu lain yg saya sering pesan kecuali
Padthai setiap kali saya di Thailand dan satu salad. Juga jangan ditanya
nama salad tersebut kerana saya tak tahu nak sebut bagaimana.
Didalamnya ada isi kelapa muda yg di potong kecil. Rangup, sedap, pedas
semuanya ada. Saya suka tapi menyesal kerana tak menyuruh pekerja yg
rekomen kepada saya, untuk menulis nama makanan tersebut. Hari ni nak
cari dah tak tahu! Hahaha....
Restorannya packed dengan
universiti students kerana hari itu merupakan graduation day mereka dan
salah satu celebrationsnya ialah dengan keluar makan beramai-ramai.
Saya pulang ke hotel, kekenyangan...letih, sendat, mengantuk semuanya terikat menjadi satu...
Hari ini saya akan ke pekan Songkhla sekitar 30 minit dari sini dengan
tujuan mencari padthai dan cafè hopping. Banyak cafè-cafè hipster tumbuh
di pekan Songhla kini dan saya akan cuba singgah disatu atau dua cafè
yg saya rasa bagus...ini yg saya enjoy sekarang...melawat cafè, melihat
kreativiti menunya, konsep cafènya, harga menunya, servis, displaynya
dan banyak lagi...
Esok saya akan menaiki keretapi malam (sleeper coach) dan bakal ke destinasi yg berbeza....haha......tak sabar rasanya!
Isnin, Oktober 09, 2017
Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 1
(petikan dari entry di FB)
"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sejak berumur 13 tahun saya dah
jatuh hati dengan perjalanan jauh menaiki keretapi. Bersekolah di
Seremban dan hanya pulang ke kampung di Pulau Pinang setahun 3 kali
membuatkan saya begitu dekat dgn keretapi.
Perjalanan kali ini
adalah urutan daripada trip saya dengan Yuya ke Bangkok tahun 2016. Ini
juga merupakan 'warmup trip' secara solo saya sebelum saya melangkah
kaki dengan lebih jauh lagi. Saya
mengimpikan 'solo long distance train trip' menjejaki "laluan sutera"
hingga ke Rome. Laluan pedagang-pedagang merentasi benua dgn
rempah-ratus, sutera dan juga gun powder. Itu ultimate aim saya. Bila?
Bergantung kepada kesihatan dan juga kewangan saya.
Pagi ini saya menaiki ets jam 8 pagi dari KL Sentral menuju ke
destinasi terakhir ets yakni di Padang Besar dan seterusnya mengambil
connecting train dari sana terus ke Hatyai.
Train datang dan
berlepas tepat pada waktunya. Didalam train ets ini, kenangan saya
kembali menjurus ke tahun 1981 sewaktu mendapat konsesi ktm utk pulang
bercuti setibanya musim cuti sekolah. Seminggu sebelum cuti tiba,
fikiran saya tepu dengan pelbagai rencana. Pelajaran di kelas tak
dihiraukan. Cikgu Sains Paduan, Yap Kar Hong sering menjeling kearah
saya yg terlihat seolah-olah berada didunia sendiri yg sekali-sekala
tersenyum tanpa sebab yg valid.
Perebutan utk mendapat tempat
duduk didalam train adalah seperti berebut utk membeli tiket bolasepak
di stadium merdeka sewaktu Selangor menentang Mohan Bagan (team terkuat
bolasepak di India) waktu itu!
Saya melihat seniors membaling beg melalui tingkap even sebelum keretapi berhenti serta aksi-aksi akrobatik mereka melompat masuk melalui tingkap amat "adventurous" sekali. Kali pertama saya seperti 'culture shock' dan terus menggeleng-gelengkan kepala. Kali kedua mereka pulak menggeleng-gelengkan kepala kerana saya lebih pantas menerobos melalui tingkap! Hahaha...
Saya melihat seniors membaling beg melalui tingkap even sebelum keretapi berhenti serta aksi-aksi akrobatik mereka melompat masuk melalui tingkap amat "adventurous" sekali. Kali pertama saya seperti 'culture shock' dan terus menggeleng-gelengkan kepala. Kali kedua mereka pulak menggeleng-gelengkan kepala kerana saya lebih pantas menerobos melalui tingkap! Hahaha...
Perjalanan ini
bakal mengambil masa maksima selama 5 jam dan saya membeli tiket ETS
Platinum yg kurang stesyen hentiannya. Tiket berharga rm120. Malangnya
saya masih belum layak mendapat tiket warga emas walaupun tak lama lagi
saya bakal meng arah ke situ!
Apa yg saya cari didalam PSTT saya
kali ini? Saya ingin mencari diri sendiri. Bersendirian sebegini memberi
ruang luas utk saya bermuhasabah diri. Peluang ini memberi saya
kesempatan utk saya merencana perjalanan karier dan hidup saya. PSTT ini
juga memberi saya kesempatan utk menukilkan perjalanan keluarga saya.
Saya enjoy dengan cara saya ini. Sepanjang perjalanan ini juga saya
bakal bertemu beberapa rakan lama saya. Kesemua ini akan saya ceritakan
nanti.
Bunyi keretapi dilandasan amat menenangkan sekali.
Therapautic! Alunan keretapi kembali membawa saya ke alam awal
remaja....To all my beloved batchmates from class of 85', you guys are
always in my thoughts....
"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...